(About) mauKongsi
24 Nov 2005
Blog community http://www.maukongsi.blogspot.com/ ialah satu platform blog atau portal yang memaparkan info-info secara:
i) Perkongsian sebarang informasi; artikel-artikel, tips, pendapat, dan maklumat dari pelbagai website dan blog untuk perkongsian manfaat bersama-sama dengan masyarakat umum.
ii) Perkongsian secara individu; luahan perkara, isu,pergolakan,
pengalaman, pendapat , kisah teladan, petua dan masalah- masalah
yang diemel kepada kami oleh community di luar sana.
Objektif utama adalah untuk membantu memaparkannya disini supaya dapatlah bersama-sama mencari ilham melalui perbincangan, diskusi , idea, komen, pendapat ,berforum dan pengalaman antara sesama community. Dengan dorongan dan semangat yang dikongsikan pembaca, diharap semua info-info dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Untuk perkongsian individu yang diemel kepada kami , ianya dapat membantu community di luar untuk meluahkannya di sini tanpa perlu mendedahkan identiti mereka . Mungkin ada ramai yang menghadapi permasalahan peribadi, tetapi tidak tahu arah tuju, takut, malu atau ragu-ragu untuk bercerita kepada kenalan atau saudara yang dikenali.
Identiti tidak didedahkan dan anda boleh menghantar sebarang perkongsian permasalahan seperti masalah kerjaya, perhubungan, perniagaan, pembelajaran dan apa-apa sahaja ASALKAN ia tidak melibatkan kemudaratan kepada agama, bangsa dan negara. Pihak kami akan menyemak terlebih dahulu permasalahan yang dihantar, dan kami akan kongsikan sekiranya ia dapat dapat dimanfaatkan bersama-sama antara sesama community.
Segala perkongsian pendapat dan komen adalah hak dan tanggungjawab community sendiri dan sila pastikan anda berdiskusi secara positif di sini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas perkongsian pendapat yang diutarakan. Semua gambar yang digunakan di dalam blog ini , kredit kepada Google.Com.
Kami tidak mempunyai apa-apa connection dengan mana-mana agency atau menandatangani sebarang dokumen perjanjian dengan mana-mana pihak selain jika dinyatakan. Semua pelawat dianggap setuju dengan semua terma, syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami .