SLIDER
Silap Saya Kerana Berkahwin Dengan Suami Sahabat Baik Tetapi Tak Mampu Saya Untuk Menolak Suratan Takdir?
20 May 2025
Wanita ini terus jadi bingung kenapa dia diperlakukan sedemikian kerana dibuang tanpa belas kasihan oleh suaminya setelah isteri pertama mendapat tahu akan perkahwinan mereka. Adakah kerana hasutan dari madunya iaitu isteri pertama yang menyebabkan suaminya itu berubah dan tidak lagi menyayanginya.
Apakah yang harus dilakukan oleh wanita ini setelah berhadapan dengan masalah ini?
Saya sedang berduka lara angkara sikap madu saya yang enggan membenarkan suami saya pulang ke rumah saya. Saya tahu silap saya mengahwini suami kawan baik saya sendri tetapi siapa saya untuk menolak takdir?
Dari SMS kami menjadi semakin rapat dan kami selalu berjumpa. Saya sudah cuba untuk melawan tapi nak buat macamana memang jodoh kami sangat kuat. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin di sempadan.
Kami mengambil keputusan berkahwin di sempadan untuk mengelakkan diketahui kawan saya tersebut. Selepas perkahwinan kami, si isteri iaitu kawan baik saya dapat tahu. Dia mengamuk macam orang gila.
Dia memaksa suami saya ceraikan dia. Suami saya tidak sanggup untuk menceraikn dia kerana anak-anak.
Hari berganti hari, dia tetap benci kepada saya sehinggakan tidak membenarkan si suami datang menjenguk saya. Yang amat menyedihkan saya, si suami pun tidak lagi berani untuk datang berjumpa saya, malahan call pun tidak diangkat.
Saya naik angin lalu datang bersemuka dengan madu saya yang juga bekas kawan baik saya. Saya dihina, dicerca macam-macam lagi.
Si suami tidak mempertahankn saya sebaliknya memberi kata dua untuk melepaskan saya. Hati siapa tidak hancur. Saya sedih sangat kerana segala pengorbanan saya dengan meninggalkan anak-anak ketika mengikut dia langsung tidak dihargai. Saya dibuang umpama kain buruk. Tolonglah jangan cerca saya. Berikanlah kata-kata semangat kepada saya
Derita Ibu Dan Anak Apabila Ayah Kahwin Empat !!
29 Apr 2024
Ada Rahsia Tentang Ayah Yang Ibu Simpan Selama Ini...Sehinggalah
6 May 2022
Aku sampai sekarang belum pernah jumpa ayah kandung aku dan bila tanya ibu, dia seperti sembunyikan sesuatu. Muka aku ni ada kacukan arab sedangkan muka kakak aku melayu. Satu hari aku kemas almari ibu dan alangkah terkejut apabila menemui pelbagai dokumen dan sah aku ini adalah anak……..
Sakitnya Hati Apabila Mencintai Orang Yang Telah Dimiliki...Adakah Aku Bertepuk Sebelah Tangan
28 Apr 2022
Jiwa Terseksa Bila Jadi Menantu Bukan Pilihan
20 Apr 2022
“KATA orang tua-tua `jauh
berjalan luas pandangan’ dan bila berjalan kita bertemu dengan ramai manusia
dan mengenali pelbagai kerenah dan perangai mereka,aik dari segi agama, bahasa
juga budaya. Malah dalam masyarakat sekeliling kita pun masih agak sukar untuk
kita sendiri memahami pelbagai perangai
apa lagi loghat mereka apabila berbicara.“Namun apa yang ingin saya ceritakan
bukan tentang masyarakat, tetapi lebih kepada kehidupan saya yang datang dari
dua negeri berbeza budaya dan tutur kata. Contoh orang negeri utara bercakap agak
sukar difahami oleh orang dari selatan, apa lagi jika dari pantai timur,
mahupun Sabah dan Sarawak.’’ Itu cerita Hanijuwita ketika kami bertemu.
“Nak dijadikan cerita
saya orang selatan berkahwin dengan orang pantai timur. Saya bukan sahaja tak
faham budaya mereka, malah bahasa mereka yang teruk-teruk itu memang susah nak
faham. Jadi bila sekali sekali ikut suami balik kampungnya saya jadi macam
orang ulu, mendengar tetapi tak pernah faham apa juga perbualan mereka. “Lebih
teruk lagi perangai mertua saya dan anak-anak gadisnya bila bercakap,macamkan
berbisik, hinggakan saya tak terdengar apa yang mereka katakan.
Paling teruk kalau
bercakap sama ada tengah marah atau bertanya seperti orang berbisik, bukan
bercakap, langsung tak dengar, cuma mimik muka menunjukkan mereka tengah marah.
Suara tak dengar. Saya bukan pekak, tetapi saya lihat adik-adik ipar saya faham walaupun tak dengar suara
ibunya. “Pernah juga saya cuba berbual dengan mertua saya, tetapi mertua saya
tak mahu jawab, saya benar-benar tak faham, apa masalahnya, adakah kerana saya
bersuara agak kuat sikit, atau dia tak faham bahasa, rasanya nada saya taklah
kuat, mungkin mereka tak suka.
“Pernah juga saya cuba
ubah nada percakapan saya, dia cuma pandang, tapi tak jawab juga. Akhirnya saya
mengalah, memang saya tak boleh berbual dengan keluarga ini terutama mertua
saya, jadi untuk memudahkan hubungan kami, saya hanya akan bercakap dengan adik
ipar saya atau dengan suami Jay apabila saya ingin bertanyakan sesuatu, jika
tak perlu baik saya diam.
“Paling saya hairan bila
mereka berbual panjang anak beranak, dan saya dating duduk sama ingin mendengar
perbualan dan memahami gaya bahasa mereka, biasanya mertua saya terus diam,
Macamkan mereka sedang berbual sesuatu rahsia, bila saya hadir, maka perbualan
itu terhenti begitu sahaja. “ Kalau sekali dua keadaan seperti itu saya mungkin
boleh faham mereka tak ada modal nak berbual lagi. Tetapi kalau memanjang saya
datang dan mereka berhenti berbual, tentu saya rasa hairan. Dan tak salah kalau
saya katakan mereka bercakap perkara rahsia. Saya datang bukan nak dengar
rahsia mereka, tetapi cuba memahami gaya bahawa mereka. Tak salah kan?
“Tetapi satu lagi perangai
mertua saya suka panggil Jay keluar bilik dan mengajaknya pergi kedai atau ke
rumah saudara mereka pada waktu malam, ini memang saya tak faham,.“Bayangkan
sedang kami masuk bilik selepas jam 10 malam, lepas 20 minit kemudian adik Jay
akan ketok pintu dan Jay akan beritahu saya, dia nak ke kedai beli tepong lah,
gula dan endah apa apa barang lagi, ataupun Jay beritahu emaknya ajak ke rumah
saudara sekejap. Alasannya esok saudaranya akan ke KL tak jumpa lagi. Soalnya
kenapa tak pergi jumpa pada siang hari, kenapa tunggu sampai malam hari baru
nak bertandang ke rumah orang. Ini saya tak faham. Dan mengapa tak mengajak
saya ikut sama kalau ke rumah saudara mereka? “Pernah juga adiknya ajak makan
di luar, kenapa malam baru keluar, mungkin kedai dah tutup. Tetapi mereka tetap
keluar dan balik entah jam berapa saya pun tak tahu.
Apa yang pasti saya syak
mereka berbual dan tak mahu saya dengar perbualan mereka. “Saya pernah `sound’
pada suami saya kalau nak keluar makan ajaklah saya sama, atau keluar lebih
awal lagi, mengapa dah malam baru nak keluar. Pekan mereka bukan macam KL 24
jam ada kedai masih dibuka lagi. Dan manusia tak tidur. Tapi Jay kata apa
salahnya dia bawa adiknya makan di luar sekali sekala. Kerana emaknya ada
bersama menemani mereka. Dan Jay beri alasan, biarlah saya tidur sebab letih. “Kalau
ajak Jay pergi pasar pun saya tak pernah diajak sama. Alasan Jay biar saya
bantu adik siapkan benda benda nak masak.
Pada saya bukan susah
sangat kalau setakat buang kulit bawang merah, bawang putih dan halia. Sedangkan
untuk ke pasar Jay minta duit saya sebab duitnya dah habis. Sebenarnya saya
teringin juga keluar ke pekan. Tapi tak dibenarkan.
“Saya mula terasa hati
dengar sikap mertua saya ini ketika awal perkahwinan kami lagi, sebab apa yang
saya masak dia tak sentuh, awalnya saya fikir mungkin tak ikut seleranya,
tetapi kalau sepanjang tahun perangainya tak perubah, saya terasa pelik jugak “Terasa
lebih pelik bila Jay tak mahu ikut saya balik kampung selepas setahun kami berkahwin,
macam-macam Jay beri alasan. Setahun lepas kahwin saya hamil, mertua saya macam
orang meroyan bila tahu saya mengandung. Kalau dating rumah saya dia tak senang
duduk, kejap ajak Jay ke rumah anaknya di Serdang,
sekejap di PJ, tapi tak
lama, lepas makan dia balik. “Di rumah saya mereka tak suka saya sediakan
makan, mereka nak masak sendiri.
Tetapi masalahnya bila
mereka memasak, ruang dapur saya berselerak macam kapal pecah. Dapur tempat
masak berkecah tak dibersihkan, bahan masakan bersepah tak disimpan di tempat
asalnya. Pinggan mangkuk lepas makan bertimbun dalam sinki tidak bercuci. Anak
dara ada tapi mereka tak mahu tolong cuci pinggan. “Saya terpaksa bersihkan
dapur sendiri. Saya dah lali dengan kerenah mereka setiap kali datang ke rumah
kami.
Nak mengamuk mertua,
terpaksalah telan dan simpan dalam hati. Hujung minggu mereka ke rumah anak
menantu yang lain pulak. Jay hantarkan. Keluar pagi malam baru balik. Kadang
mertua tidur semalam di rumah menantu biasanya tidak bermalam langsung.
“Saya pernah beberapa
kali ikut Jay ke rumah biras. Tetapi
saya dapat tahu mertua saya tak berani ke dapur, semua makan minum disediakan
di meja, mereka makan selepas itu duduk di ruang tamu
berbual atau berbaring
bilik yang disediakan. Begitulah halnya bila waktu makan tengah hari atau
malam, tak seorang pun ahli keluarga mertua membantu di dapur.“Saya fikir
mungkin kerana menantu mereka ada pembantu rumah.
Bila saya tanya pada ipar
mengapa mertua tak ke dapur. Ipar beritahu dia tak izinkan. Sebab mereka bukan
membantu, sebaliknya lebih banyak buat sepah yang menyusahkan mereka berkemas. “Contoh
lepas kisar cili, pengisarnya dibiarkan di lantai, ubi kendang bercampur bawang,
di letak dalam bekas yang sama .
Begitu juga sayor terbiar
atas meja dari pagi sampai petang. “Kata ipar ini lagi dulu dia pun tak ada pembantu,
tapi selepas beranak pinak dia cari pembantu. Sejak itu kak tak benarkan mereka
ke dapur lagi. Pernah mertua tak mahu makan sebab nak masak sendiri. Beliau tak
pedulikan. Bila lapar nanti mereka akan makan juga.
“Nak ajak anaknya makan
di luar anaknya pulak baru berhenti kerja, jadi mereka terpaksa diamkan diri.
Kata kakak ipar lagi dia berterus terang dengan mertua menceritakan dia
terpaksa berjimat sementara suaminya dapat kerja. Tak boleh makan luar lagi.
terdiam mereka “Bila saya ceritakan masalah saya, kak ipar kata dia boleh ramal
itulah perangai mertua kami. Sebab kami menantu bukan pilihan, mertua kami suka
menantu senegeri dengan mereka. Satu Bahasa satu gaya hidup. Tapi saya bukan
seperti
kakak ipar ini, dia
berani terus terang. Dan dia tak peduli kalau mertua tak sukakan dia. “Masalah
saya hingga dah beranak satu
pun masih takut bersuara,
dan selalu membawa diri bila mereka berkumpul dan berbual anak beranak. Oleh
kerana rumah menantu lain mertua saya tak berapa berkenan, maka rumah sayalah
jadi
sarang mereka berkumpul
dan bercerita. Nak ambil pembantu rumah saya tak mampu, jadi saya biarkan aja
rumah bersepah ikut suka mereka.
“Saya kemas rumah setelah
mereka balik. Jika tidak bilik jadi kubu saya bersama anak yang masih kecil,
saya tak tahu sampai bila saya boleh jadi seperti ini. Namun saya senang hati
saya tak perlu masak ketika mereka ada di rumah. Dan saya tidak akan keluar
duit belanja pasar, biarlah Jay uruskan keluarganya sehingga dia sendiri jemu
satu hari nanti. “Saya dapat rasakan ibu Jay memang tak sukakan saya dan
sentiasa menghasut Jay supaya berkahwin dengan gadis
pilihannya dari negerinya
sendiri. Dengan perangai mertua suka campur tangan dalam rumahangga anak
menantu saya rasa tak hairanlah ramai ibu ibu muda hari ini bencikan mertua
hingga membawa perceraian.’’ Itu cerita Mas
tentang perangai mertuanya, kerana itu dia amalkan falsafah duit dia
hanya untuk
dirinya sendiri. Dia
tidak mahu melabur wang untuk memikat hati mertuanya. Padanya itu satu
pembaziran kerana kalau buat baik macam mana pun mertua etap tidak sukakan
dirinya.
Kisah Tragis Wanita Dipaksa Kahwin Dengan Perogol Merupakan Abang Ipar Sendiri
9 Apr 2022
Kes wanita dirogol dan dipaksa berkawin dengan perogol sebagai mengambil ‘tanggungjawab’ dan menutup tindakan yang lakukan adalah amat tidak wajar. Trauma dan derita kisah hitam yang dihadapi pasti dapat dirasakan seumur hidup. Selebriti dan aktivis masyarakat Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 40 ada kongsikan posting didalam laman instagram beliau kisah tragis wanita yang terpaksa berkahwin dengan perogolnya sendiri. Semoga menjadi panduan terutama buat mak-mak, agar simpan sedikit perasaan ‘curiga’ pada walaupun pada ahli keluarga sendiri. Kena percaya dengan apa yang diluahkan oleh anak-anak sendiri dan jangan pandang remeh dengan luahan mereka.
Berikut merupakan posting yang dikongsikan Farrah Adeeba; Ini salah satu kisah #stopperogoldalamrumah #stoprapistinthehouse yang paling tragis. Kisahnya lebih panjang tapi saya kongsikan ringkasannya.
Apa yang saya pelajari ialah, ibu-ibu harus akrab dan sentiasa percaya kepada anak sekiranya mereka meluahkan yang mereka dianiaya, didera atau dirogol. Wanita ini lalui apa yang dia lalui kerana tidak dipercayai. Hampir kesemua kisah yang DM Farrah mengatakan mereka berdiam diri kerana takut tidak dipercayai. Anak anak harus tahu yang kita sebagai ibu akan percaya dan mempertakankan hak mereka. Akhir sekali saya yakin dengan maklumat kita mampu memberdayakan anak anak kita untuk berani. Ini antara usaha kempen ini. Kepada sesiapa yang setuju dengan cadangan kahwinkan mangsa dengan perogol, sila hadamkan kisah ini.
Berikut antara perkongsian kisah wanita tersebut;
Salam Farrah, saya ada cerita dirogol abang ipar semasa saya di Tingkatan 3. Tapi saya tak berani beritahu keluarga sebab dia abang ipar kesayangan dan keluarga saya sangat percayakan dia. Saya trauma sampai sekarang umur 46 tahun.Kisah saya agak rumit Farrah. Saya kena tinggalkan rumah dan sekolah sebab macam-macam fitnah. Kakak saya bercerai dengan abang ipar.
Saya terpaksa berkahwin dengan abang ipar sendiri sebab dia dah rosakkan saya.Semua orang termasuk keluarga sendiri fikir saya yang goda abang ipar. Mereka fikir saya yang jahat. Sekarang walaupun dah ada anak dengan abang ipar, saya masih rasa sakit hati dengan perbuatan dia sebab dia tak pernah rasa bersalah apa dia buat pada saya dan keluarga.Lebih lagi dia abaikan tanggungjawab pada saya.Semua waktu muda saya habis disebabkan kejahatan seorang abang ipar.
ADAKAH AWAK MASIH BERKAHWIN DENGAN DIA
Ya. Dan saya benci dia sepenuh hati.
SUBHANNA ALLAH. AWAK MESTI BERITAHU KELUARGA.
Tak boleh. Saya ingin beritahu anak-anak ada perkara yang mereka perlu tahu mengenai ayah mereka. Tapi anak-anak tak nak dengar apa-apa perkara yang buruk mengenai ayah mereka. Saya minta tolong farrah untuk sampaikan pesanan ini kepada ibu bapa. Tolong nasihatkan ibu-ibu supaya jalinkan hubungan yang rapat dengan anak-anak terutama anak-anak perempuan.Jangan jadi macam saya. Bila benda ini jadi pada saya, Saya takut nak cakap dengan mak saya dan ahli keluarga yang lain.Sebab abang ipar orang yang sangat mereka sayang dan percaya. Saya minta sangat supaya ibu-ibu lain nasihatkan anak-anak baik-baik dan berlemah lembut supaya anak-anak percaya pada kita.Jangan terlalu berkeras dan suka membebel marah-marah.
Dekatkan diri kita dan rasa hormat pada anak-anak.Untuk diri saya sendiri saya serahkan nasib pada Allah SWT. Anak-anak saya sedang remaja.Jiwa mereka yang sangat sensitif.Ada yang nak SPM tahun ni. Saya mengadu pada tuhan.Kalau tak hak saya dapat di dunia Insya Allah akan ada diakhirat nanti.
Nasihatkan juga ibu-ibu supaya ajar anak-anak hal-hal agama dari usia kecil. Baik anak lelaki mahupun perempuan. Supaya anak-anak tahu dosa, pahala dan aurat mereka antara ahli keluarga sendiri. Jadi buat mak-mak, mohon sangat jadikan kisah ini sebagai satu iktibar dan pengajaran. Dengarlah luahan anak-anak dan bina hubungan rapat dengan mereka. Tanamkan rasa kepercayaan pada mereka dan terbitkan sedikit rasa tidak mudah percaya dengan orang sekeliling walaupun ahli keluarga sendiri.
Kredit : Farrah Adeeba , MingguanWanita
Kisah Emak Yang Menyayat Hati Sepanjang Hidupnya Dari Muda Hingga Hujung Usia
13 Mar 2022
“APA yang ingin saya ceritakan di sini bukan bertujuan mengumpat, tetapi sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga kalau ada wanita yang ingin tahu. Ceritanya mudah sahaja, iaitu nasib seorang wanita sudahlah semasa mudanya dia jadi pengasuh adik adiknya, setelah kahwin mengasuh anak-anaknya sendiri dan setelah tua disuruh mengasuh orang asing dengan alasan untuk menambah pahala kerana berbakti kepada orang yang amat memerlukan.
“Saya rasa mungkin pembaca tidak faham apa yang saya maksudkan, tetapi terus terang saya katakan cerita saya ini ada kena mengena dengan diri dan nasib emak saya saya sendiri.’’ Itu cerita Zuraina dalam emel pendeknya dan ketika kami menyambung perbualan baru-baru ini. “Emak saya ibu tinggal, bukan ibu tunggal, sebab ayah lari tinggalkan emak bersama 4 orang anak yang masih kecil hingga kini kami tak pernah jumpa. Bukan tak mahu jumpa, tapi rasanya malas nak cari. Untuk apa? Saya memang tak kenal pun, mungkin kakak dan abang boleh kenal wajahnya. Sebab saya ditinggalkan kata emak berumur lebih kurang 7 bulan.
“Kerana tak ada mata pencarian untuk teruskan hidup, emak terpaksa bawa kami balik kampung. Memanglah awalnya ada adik beradik emak `berketak’ mempersoalkan kehadiran kami, sebab sapa nak tanggung makan minum kami. Kata emak mereka salahkan emak tak tau jaga suami sebab itu ditinggal suami. Pendek sungguh akal mereka! “Emak banyak pekakkan telinga selagi nenek dan datuk sanggup terima emak dan kami semua, emak duduk di rumah tersebut. Mulanya emak tak bekerja. Tetapi atas pertolongan jiran emak dapat kerja cuci pejabat. Pagi-pagi emak keluar sama kakak dan abang yang hendak ke sekolah. Saya dijaga nenek sementara emak bekerja.
“Emak tunggu di rumah majikan untuk diambil dengan kereta bersama pekerja lain. Sebab rumah nenek jauh tak ada bas masuk, kecuali motor dan kereta. Oleh kerana tak ada motor, emak jalan kaki ke rumah majikan hampir 2 batu dari rumah nenek. Hasil pendapatan itulah emak boleh sekolahkan abang dan kakak, beli buku, pakaian, dan untuk tampung makan minum kami di rumah nenek dengan jumlah gaji tak seberapa. “Hidup di kampung ketika itu memang susah. Ketika kakak dan abang nak sambung belajar ke sekolah menengah datuk terpaksa jual beberapa ekor kambing untuk perbelanjaan permulaan nak uruskan sekolah kakak dan abang . Oleh kerana sekolah menengah agak jauh dari rumah, datuk terpaksa jual kambing lagi untuk beli motor terpakai, dan emak terpaksa hantar dan ambil kakak dan abang balik sekolah. Jadi emak terpaksa berhenti kerja. Tapi emak dapat kerja lain jadi tukang masak di kantik sekolah. Masih ada rezeki.
“Di pendekkan cerita kini kami semua sudah bekerja, walaupun bukan berpangkat besar, tetapi boleh menyara hidup sendiri. Bila kami duduk di bandar, emak tak mahu ikut kami. Emak masih duduk rumah datuk dan jaga nenek yang uzur. Setiap bulan semua kami bantu hulur duit untuk emak, sebab emak terpaksa duduk di rumah sepenuh masa jaga nenek. Adik beradik emak yang lain tak mahu bantu, sebab kata mereka dulu datuk bantu emak dan besarkan kami, maka kini giliran kami pulak kena bantu dan jaga nenek. “Setelah nenek meninggal dunia, emak tinggal sendirian, ketika inilah bermula cerita baru dalam hidup emak. Ada pulak orang kampung cadangkan supaya emak kahwin lagi, tak elok duduk sendirian, emak tolak, kata emak dia masih isteri orang.
“Tapi ada pulak AJK kampung yang berusah payah menguruskan hal emak, kata mereka kalau dah tak jumpa suami bertahun-tahun, tak bagi nafkah dan sebagainya, bermakna emak sudah bercerailah. Kata orang itu memang ada kebenarannya kerana emak sudah lama ditinggalkan, suami tak pernah datang jenguk isteri dan anak-anak, tak pernah beri nafkah. Takkan nak tunggu lagi suami jenis ini tak bertanggungjawab. “AJK kampong itu menambah dia boleh urusankan masalah emak. Jika emak mahu bercerai. Lagi pun apa gunanya digantung tak bertali bertahun-tahun. Ini semua boleh diselesaikan, asal emak mahu tahu jelas statusnya sudah bercerai atau tidak. Kerja ini amat mudah katanya lagi. Betul, akhirnya emak dapat surat cerai. Selesai.
“Ingatkan cerita itu tamat di situ sahaja, tetapi AJK kampung ini ada niat tersembunyi dia nak kahwinkan emak dengan besan dia sebab disuruh oleh anak menantunya mencarikan seorang isteri untuk ayahnya. Kami hairan juga mengapa nak kahwinkan emak setelah emak berusia lebih 50 tahun . Dan sebagai anak kami tak galakkan emak kahwin lagi. Cukuplah! Lagi pun emak dah tua, emak patut rehat setelah susah semasa mudanya. “Emak juga tolak, tetapi di AJK tadi tetap merayu supaya emak kahwin dengan besannya. Isteri dia pun sama merayu. Ini yang membuatkan emak lembut hati. 5 bulan lamanya mereka merayu emak, siap bawa anak menantunya sekali, sebab nak buktikan bahawa anak-anak semua setuju ayah mereka kahwin lagi, malah merekalah yang carikan jodoh untuk ayah mereka.
“Akhirnya emak nikah juga dengan besan AJK kampung tu. Kami semua tak berapa suka. Sebab bila dah nikah emak kena tinggalkan rumah kampung duduk rumah suaminya. “Sebenarnya ada sebab mengapa emak terpaksa terima rayuan AJK tersebut untuk nikah, sebab sebelum itu emak sudah terdengar `risik-risik’ abang emak nak balik duduk kampung setelah dia berhenti kerja. Itu cerita emak pada saya.
“Tapi saya katakan kalau paklong nak duduk rumah atok emak boleh duduk di rumah kami, kami semua bersedia terima emak. Tetapi kata emak kami yang perempuan belum berkahwin duduk berkongsi rumah di bandar, jadi emak tak mahu menyusahkan kami. Cuma abang dah kahwin, tetapi emak tak selesa duduk di rumah menantu perempuan. Maka inilah jadi punca emak buat keputusan nikah lagi dengan harapan ada tempat tumpang berteduh. “Selepas nikah barulah emak tahu, suaminya banyak perlukan bantuan emak uruskan makan minum, bersihkan rumah. sediakan pakaian dan ubat kerana dia berpenyakit. Orangnya bukan tua sangat, tetapi penyakitnya banyak. Anak-anak semua bekerja dan tak ada masa nak jaga, apa lagi uruskan makan minum ayah mereka, kerana itu mereka carikkan isteri untuk ayahnya supaya ada orang boleh jaga ayahnya dan boleh hidup sempurna.
“Bila emak berkahwin memang banyak masalah timbul kepada kami. Sebab kami tak dapat bermesra dengan emak seperti dulu. Maklum emak sudah ada suami ada tanggung jawab. Kalau kami datang jengok emak pun cuma sebulan atau dua bulan sekali. “Kehadiran kami melihat emak tak ubah macam tetamu. Kami berbual di ruang tamu, minum dan balik. Sebab emak sibuk menguruskan makan minum suaminya. Masalah lebih terasa pada Hari Raya. Bila kami datang anakanak tiri emak pun ada sama, jadi semuanya terasa amat janggal. Kami memang tak boleh berbual lama dengan emak yang sentiasa sibuk di dapur menyediakan makan minum tetamu.
“ Kami memang terasa amak sedih dengan tugas baru emak ini. Tetapi apa boleh kami katakan ini pilihan emak yang terpaksa. Doa kami supaya masalah emak ini segera berakhir supaya kami dapat berkumpul semula dengan emak seperti dulu. “Akhirnya kami yang perempuan ini beraya di rumah abang beberapa jam pada raya kelima atau keenam. Itu pun jika abang tak duduk lebih lama di rumah mertuanya. Memang sedih.
“Masa bergerak begitu pantas, 6 tahun berlalu, akhirnya kerana penyakit yang memanjang, suami emak, akhirnya meninggal dunia di hospital. 2 bulan lamanya sebelum itu dia terlantar di hospital. Emaklah yang jaga siang dan malam. “Walaupun emak mungkin rasa sedih dengan kematian suaminya, tetapi kepada kami ia terasa begitu lega dan menyenangkan. Harapan kami supaya kami dapat berkumpul semula. Kami bercadang untuk berkongsi beli rumah supaya kami dapat duduk bersama emak. “Sebulan selepas suami emak meninggal anak-anak tirinya datang buat perundingan dengan emak. Di pendekkan cerita salah seorang dari anak tiri emak beritahu, dia hendak duduk rumah pusaka itu.
Ada pulak menyuarakan pandangan rumah tersebut akan dijual sebab sudah ada pembelinya dan harga yang ditawarkan memang tinggi. “Oleh kerana ada yang nak duduk, maka emak terpaksa keluar dari rumah tersebut dengan ucapan terima kasih daripada anak-anak tirinya. Itulah sahaja yang emak dapat. “Bukan nak mengumpat, tetapi rasanya kehadiran emak semasa berkahwin, tak ubah sebagai pembantu rumah dan pembantu peribadi percuma yang bertugas uruskan rumah, sediakan makan minum dan menjaga majikan yang tua dan berpenyakit. Kalau upah pembantu pasti emak dibayar lebih RM1,000 sebulan, tetapi atas nama isteri, emak jadi pembantu percuma tak bergaji, tak ada elaun. Mereka dapat pembantu rumah percuma menguruskan ayah mereka.
“Semua makanan disediakan termasuk sayur dan ikan. Kalau lampin dan ubat kehabisan, telefon lampin dan ubat akan dihantar. Harta milik ayah dan ibunya semua sudah dibahagikan dari awal lagi, termasuk rumah tempat emak tinggal. Duit pencen suami diambil oleh anak-anaknya. Ayahnya tidak dibenarkan keluar rumah kecuali bersama mereka. “Saya suka pengalaman hidup emak saya ini jadi inspirasi kepada wanita yang berumur yang mahu dikahwinkan oleh anak-anaknya untuk menjaga ayah mereka. Fikir-fikirkanlah. Rasanya biarlah anak-anak ambil tanggungjawab jaga ibu dan ayah mereka yang sudah tua dan berpenyakit, jangan serahkan kepada orang lain supaya mereka boleh lepas tangan.
“Saya dapat rasakan kesedihan emak sepanjang hayatnya hidup terseksa. Saya berdoa saya diberikan peluang jaga emak hingga ke akhir hayatnya. Saya tak kesah, kalaupun ini bermakna saya tidak akan kahwin kerana bukan semua suami suka jika isterinya menjaga emaknya dan tinggal bersama mereka.’’ Itu cerita Zuraina tentang pengalaman pahit hidup emaknya.






