SLIDER

takdir
Showing posts with label takdir. Show all posts

Silap Saya Kerana Berkahwin Dengan Suami Sahabat Baik Tetapi Tak Mampu Saya Untuk Menolak Suratan Takdir?

20 May 2025




Kisah sedih seorang wanita yang telah mengahwini suami kawan baiknya sendiri tanpa pengetahuan rakannya itu sehinggalah perkahwinan itu terbongkar yang akhirnya mengakibatkan perkahwinannya di ambang kehancuran.

Wanita ini terus jadi bingung kenapa dia diperlakukan sedemikian kerana dibuang tanpa belas kasihan oleh suaminya setelah isteri pertama mendapat tahu akan perkahwinan mereka. Adakah kerana hasutan dari madunya iaitu isteri pertama yang menyebabkan suaminya itu berubah dan tidak lagi menyayanginya.

Apakah yang harus dilakukan oleh wanita ini setelah berhadapan dengan masalah ini?

Saya sedang berduka lara angkara sikap madu saya yang enggan membenarkan suami saya pulang ke rumah saya. Saya tahu silap saya mengahwini suami kawan baik saya sendri tetapi siapa saya untuk menolak takdir?


Saya seorang janda yang mempunyai tiga anak sebelum berkahwin dengan suami sekarang. Suami saya sekarang merupakan suami kawan baik saya. Sebelum ini saya selalu datang ke rumah dia dan banyak mengadu tentang masalah saya kepada dia. Sehinggalah pada suatu hari suami dia menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk berborak.

Dari SMS kami menjadi semakin rapat dan kami selalu berjumpa. Saya sudah cuba untuk melawan tapi nak buat macamana memang jodoh kami sangat kuat. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin di sempadan.

Kami mengambil keputusan berkahwin di sempadan untuk mengelakkan diketahui kawan saya tersebut. Selepas perkahwinan kami, si isteri iaitu kawan baik saya dapat tahu. Dia mengamuk macam orang gila.

Dia memaksa suami saya ceraikan dia. Suami saya tidak sanggup untuk menceraikn dia kerana anak-anak.

Hari berganti hari, dia tetap benci kepada saya sehinggakan tidak membenarkan si suami datang menjenguk saya. Yang amat menyedihkan saya, si suami pun tidak lagi berani untuk datang berjumpa saya, malahan call pun tidak diangkat.

Saya naik angin lalu datang bersemuka dengan madu saya yang juga bekas kawan baik saya. Saya dihina, dicerca macam-macam lagi.

Si suami tidak mempertahankn saya sebaliknya memberi kata dua untuk melepaskan saya. Hati siapa tidak hancur. Saya sedih sangat kerana segala pengorbanan saya dengan meninggalkan anak-anak ketika mengikut dia langsung tidak dihargai. Saya dibuang umpama kain buruk. Tolonglah jangan cerca saya. Berikanlah kata-kata semangat kepada saya
 

Bebanan Status ANDARTU

7 Mar 2022


Assalamualaikum , dan salam sejahtera semua,

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Nama akak Nurin. Akak bahasakan diri Kak Nurin ye. Tahun ni Kak Nurin berumur 49 tahun dan bekerja di syarikat separa kerajaan. Lagi beberapa tahun je lagi Kak Nurin dah nak pencen. Seperti tajuk yang Kak Nurin tulis di atas ni, YA, Kak Nurin masih belum berkahwin, masih bujang, kata orang dah layak sangat digelar anak dara tua (ANDARTU). Bila dah dapat gelaran ini pun , dah rasa sangat-sangat tragis. Malu ? Sedih ? Kecewa ? Redha ? Semuanya ada dah tersimpan kemas dalam hati. Tapi tak bermakna Kak Nurin tak pernah mempunyai teman istimewa, tak pernah bercinta. Cinta yang tak kesampaianlah yang membawa Kak Nurin sehingga kepada keadaan sekarang.

Kak Nurin mula bekerja seawal umur 24 tahun. Masih muda. Mempunyai teman lelaki sejak dari Universiti. Kami merancang untuk bekerja dan berkahwin untuk membina keluarga. Tapi apakan daya, bila semua keperluan dah cukup untuk membina masjid, cinta kami dihalang dan tak direstui keluarga teman lelaki. Mereka dah ada calon menantu mereka sendiri. Untuk apa Kak Nurin perlu merayu lagi, kalau pihak keluarga sana dah tak suka. Hubungan kami tamat di sini sahaja, selepas bercinta selama hampir 4 tahun. 

Darah masih muda . Untuk memulihkan hati yang terluka , Kak Nurin tak ambil masa yang lama , sehinggalah Kak Nurin berjumpa pengganti yang berjaya mencuri hati Kak Nurin. Orangnya kacak, sangat dikenali. Satu ofis tetapi lain jabatan. Kami berkawan dan bercinta dan menjadi bualan rakan-rakan office kerana kami sentiasa berkepit dah macam belangkas. Mungkin bercinta hanya berlandaskan paras rupa, hubungan kami tak lama. Dia curang di depan mata Kak Nurin sendiri. Cinta dia dijaja kepada wanita-wanita lain pula. Sebelum ni kata-kata nasihat kawan baik mengatakan dia seorang 'playboy', tidak diendahkan Kak Nurin. Pada hemat Kak Nurin, mungkin dia ikhlas apabila bersama Kak Nurin, tetapi hakikatnya dia cuma nak mempermain-mainkan perasaan sahaja. Pada ketika ini, Kak Nurin dah rasa bosan dengan permainan cinta seorang lelaki. Lelaki-lelaki ini telah menghancurkan perasaan Kak Nurin. Semua lelaki adalah sama. Dan pada ketika ini Kak Nurin bencikan lelaki. Tiada siapa pun yang dapat mengubah persepsi ini sehinggalah Kak Nurin dipertemukan dengan seseorang yang karektornya lebih kurang macam ustaz muda, di satu majlis khidmat bakti syarikat Kak Nurin bekerja.

Orangnya biasa je, agak warak . Bekerja sebagai guru, mengajar di sekolah menengah. Kami sempat menjalinkan hubungan hampir selama 2 tahun, sebelum mengambil keputusan untuk ke arah yang lebih serius. Namun Kak Nurin diuji lagi, Allah lebih menyayangi dia . Terlibat dalam satu kemalangan, koma dan meninggal dunia. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Jiwa Kak Nurin tidak tenteram mengenangkan arwah yang sangat baik. Untuk memujuk hati yang lara, Kak Nurin bersangka baik dengan Allah, mungkin arwah seorang yang baik, jadi Allah cepat mengambil dia  untuk berada disisiNya.

Sedih dan pilu untuk melupakan arwah. Tetapi hidup perlu diteruskan. Namun untuk memulakan semula hubungan cinta, memang sangat-sangat memenatkan. Semuanya perlu bermula dari 0, untuk membolehkan hubungan menjadi serasi. Jadi Kak Nurin ambil keputusan ,mahu berehat daripada bermain perasaan cinta. Kak Nurin hanya mahu fokus kepada kerjaya dan menjaga emak yang sudah tua. Kak Nurin anak bongsu dari 3 beradik, satu-satunya yang belum berkahwin. Bapa Kak Nurin dah meninggal dunia, jadi emak diletak dibawah penjagaan Kak Nurin, memandangkan kakak dan abang dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. 

Sebagai ibu, emak Kak Nurin sentiasa memberi kata-kata positif, kerana dia turut bersedih melihat anak bongsunya dirundung kekecewaan. Kak Nurin hanya terus berdoa. Dan mungkin Allah juga masih menyayangi Kak Nurin , DIA menghantar lagi ujianNya kepada Kak Nurin untuk menguji sejauh mana Kak Nurin mengingatiNya. Kak Nurin dikenalkan dengan anak kawan lama emak . Kami hanya berkawan dahulu, memandangkan Kak Nurin masih tak dapat lupakan arwah. Sikap dia yang sabar, tidak memaksa, dan sanggup beri ruang masa kepada Kak Nurin betul-betul membuatkan Kak Nurin jatuh hati pada dia. Kami tak bercinta lama. Emak minta kami bertunang cepat dan terus berkahwin. Kami OK, dan ikut cakap emak. Kami  dah bertunang hampir 3 bulan, dan bersetuju untuk berkahwin selepas setahun. Namun kebahagiaan yang diharapkan tidak kesampaian. Akibat kata-kata provokasi dan hasutan orang luar kepada bakal suami dan mertua, menyebabkan mereka membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan kami. Alasannya, mereka tak mahu nasib malang Kak Nurin diwarisi oleh keturunan-keturunan mereka nanti.

*Cukuplah empat kali hati Kak Nurin terluka*

Kawan-kawan rumah sewa silih-berganti , bertukar-tukar yang baru, sebab ada yang dah kahwin dan berpindah. Yang tetap setia tinggal di sini Kak Nurin sorang je, sehinggalah Kak Nurin mampu membeli rumah kos rendah dan Kak Nurin berpindah keluar tinggal sendiri di rumah baru ni. Tiada lagi rakan sebilik, tiada lagi rakan rumah sewa dan tiada lagi perasaan cemburu melihat rakan-rakan silih berganti berkahwin. Kat office pula, Kak Nurin dah jadi pemerhati staff-staff lain berubah daripada status bujang kepada status kahwin. Daripada anak 1 jadi anak 2, 3 , 4 dan seterusnya. Sehingga hari ini ada officemate sebaya Kak Nurin, yang dah menunggu nak dapat menantu! Untungnya kehidupan yang telah ditetapkan kepada officemate Kak Nurin tu. Kalau dulu kami jalan bersama, makan bersama, outing bersama, sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Dah ada tanggungjawab sendiri. Rakan-rakan sebaya dah berlalu meniti usia mereka bersama keluarga. Tinggallah Kak Nurin masih berseorangan , masih menjaga emak yang semakin uzur. Namun Kak Nurin menganggap ini hikmahnya , untuk peluang Kak Nurin mencari pahala kerana menjaga emak sehingga akhir hayatnya.

Memang berat untuk memikul status ANDARTU. Bukan tidak ingin berkahwin, malah perjalanan kisah Kak Nurin amat istimewa. Walaupun keinginan untuk berkahwin dan membina keluarga sendiri sentiasa ada di hati, namun bila sampai waktunya, jodoh Kak Nurin belum diizinkan Allah. Bohonglah kalau nak kata Kak Nurin tak sedih. Kecewa hampir kemurungan memikirkan nasib diri. Sebagai wanita yang normal, perasaan perit mengingati kisah silam sentiasa menghantui fikiran. Lagi-lagi apabila mendengar usikan dan tohmahan orang. Sehinggakan saudara-mara beritahu, nasib Kak Nurin sentiasa membawa malang dan perlu pergi berjumpa bomoh untuk buang sial. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mudah bagi orang luar untuk berkata-kata, tetapi jawapan Kak Nurin mudah je. Untuk tahap umur dah nak masuk 50 tahun ni, Kak Nurin hanya berserah segala-galanya kepada Allah dan redha, dan dah menganggap ini sebagai satu takdir, mungkin dah tiada jodoh Kak Nurin. Tak perlu fokus dan fikir lagi untuk mencari teman hidup. Teruskan menikmati kehidupan seperti biasa, dan menerima ini sebagai satu ujianNya.

Pinta Kak Nurin dalam luahan ini, untuk mereka yang sama seperti Kak Nurin, janganlah dipandang serong terhadap kami. Walaupun kami dah redha, tetapi sebagai wanita insan yang lemah, tetap akan terguris dan tercalar hatinya apabila menjadi bualan hangat orang luar. Jiwa kami sensitif . Sedangkan title ANDARTU tu sendiri kami dah terbeban untuk memegangnya jadi janganlah dibebankan lagi dengan segala tohmahan dan umpatan yang tidak berasas. Kita tak tahu apa yang mereka dah lalui. Ada sesetengah orang mudah jodohnya, ada orang lain pula sukar untuk mendapat jodohnya. Tapi apalah kuasa kami dan siapa kami untuk menidakkan ketentuanNya. Kita doakan rakan-rakan yang sama title dengan Kak Nurin ni , mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat, kerana KEBAHAGIAAN itu amatlah luas. 

Terima kasih kepada semua kerana sudi membaca luahan Kak Nurin.

=========================================================================


Apa Hukumnya Menyalahkan Takdir Yang Berlaku Dalam Hidup Kita

2 Dec 2021



Soalan

Assalamualaikum. Bolehkah kita salahkan takdir dengan apa yang dah berlaku dalam hidup kita sebelum ini. Pernahkah takdir hidup yang kita hadapi ini salah. Setahu saya Allah telah aturkan segala perjalanan hidup seorang manusia. Mohon penjelasan Dato’ Mufti

Jawapan

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.

Takdir (Qadha’ dan qadar)

Beriman dengan qadha’ dan qadar merupakan usul bagi kesempurnaan Iman. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab RA, Jibril AS bertanya kepada Nabi SAW, Beritahu akan aku berkenaan dengan Iman. Lalu Baginda SAW bersabda:

أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ

Maksudnya: Beriman kepada Allah SWT, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya dan Hari Akhirat, serta beriman kepada takdir yang baik dan buruk

40 Hadis Nawawi (2)

Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran, setiap perkara yang berlaku di dalam kehidupan merupakan ketentuan Allah SWT, ini seperti firman Allah SWT:

إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)

(Surah al-Qamar, 49)

Dalam syarahan tafsir al-Sa’di menyatakan, ayat ini merangkumi ke semua makhluk termasuk yang berada di atas muka bumi atau di dalamnya. Sesungguhnya Allah SWT maha pencipta dan tiada yang selain daripadaya. Begitu juga setiap perkara yang berlaku dibawah pengetahuan dan pantauannya. (Lihat: Tafsir al-Sa’di, 1/827)

Menyalahkan Takdir

Menyalahkan takdir supaya dapat melepaskan diri daripada melakukan maksiat dan meletakkan kesalahan itu kepada takdir Allah SWT. Alasan ini telah sekian lama digunakan oleh golongan musyrikin seperti yang terdapat di dalam al-Quran, firman Allah SWT:

سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّـهُ مَا أَشْرَكْنَا وَلَا آبَاؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِن شَيْءٍ 

Maksudnya: Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun".

(Surah al-An’am, 148)

Lalu Allah SWT menjawab persoalan yang dilontarkan Musyrikin dalam ayat yang sama, firman Allah SWT:

كَذَٰلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ حَتَّىٰ ذَاقُوا بَأْسَنَا ۗ قُلْ هَلْ عِندَكُم مِّنْ عِلْمٍ فَتُخْرِجُوهُ لَنَا ۖ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ

Maksudnya: “Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".

(Surah al-An’am, 148)

Dr. Wahbah Zuhaili di dalam tafsirnya menyatakan: “Mereka menyangkakan pembohongan mereka itu dapat melepaskan diri mereka. Akan tetapi pembohongan mereka itu tidak berasas sama ada dari segi ilmu atau akal, ini disebabkan mereka membohongi Rasul. Allah SWT tetap juga akan membalas dengan azab dan siksa. Oleh kerana sifat Allah SWT yang maha adil dan disebabkan iktiar mereka serta usaha mereka ke arah kekufuran”. (Lihat: al-Tafsir al-Wasit li Zuhaili, 1/623)

Bersangka Baik Terhadap Allah SWT

Bersangka baik kepada Allah SWT merupakan satu perintah yang wajib dipatuhi. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA, sabda Nabi SAW:

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

Maksudnya: Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu tidak akan menemui maut melainkan dia telah bersangka baik kepada Allah SWT

(Hadis riwayat Muslim, 2877)

Kewajipan seseorang mukmin itu bersangka baik kepada Allah SWT. Serta memperbanyakkan lagi bersangka baik kepadaNya ketika ditimpa musibah dan ujian. Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis berkenaan bersangka baik kepada Allah SWT dengan menyatakan, “Para Ulama’ berpendapat makna bersangka baik kepada Allah SWT dengan percaya Allah SWT maha penyayang dan maha pengampun” (Lihat: Syarah al-Nawawi ala Muslim 17/210)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan yang diajukan serta nas-nas yang didatangkan, dapat disimpulkan di sini bahawa percaya kepada takdir merupakan salah satu daripada rukun Iman yang wajib dipercayai oleh setiap manusia. Selain itu Baginda SAW melarang hambanya merungut dan menyalahi takdir yang di tetapkan Allah SWT. Ini seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا ‏.‏ وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ

Maksudnya: Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan “kalaulah aku melakukan itu dan ini”. Akan tetapi katakanlah “takdir (ketentuan) Allah, dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi.

(Hadis riwayat sahih Muslim, 2664)

Sebaiknya bersangka baik kepada Allah SWT serta bersabar dengan ujian dan musibah yang dihadapi. Firman Allah SWT:

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Maksudnya: Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

(Surah al-Sajadah: 24)

Oleh itu disarankan supaya memperbanyakkan berdoa agar diberi kekuatan iman. Serta mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang agama dan akidah supaya dapat memahami dan menambah keyakinan terhadap Allah SWT.


Kredit: muftiwp


Jodoh Untuk Wanita Yang Tidak Cantik

21 Nov 2021


Bukan sedikit anak gadis yang resah menunggu kehadiran jodoh mereka, lebih-lebih lagi apabila umur semakin meningkat. Ketika tumpuan kepada pembelajaran telah beralih kepada pekerjaan, ketika alam belajar berubah ke alam bekerja, perasaan resah itu kian menjadi-jadi. Lazimnya, yang paling terhimpit dengan keresahan seperti ini adalah dari kalangan wanita yang tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa paras. Bahasa mudahnya, tidak cantik.
Ada atau tidak jodoh untuk mereka? Itu persoalan yang seringkali menghantui hidup mereka. Apatah lagi apabila melihat teman-teman seusia mereka seorang demi seorang melangkah ke alam rumahtangga. Alangkah bertuahnya mereka, sedangkan diri sendiri semakin hari terasa semakin sunyi. Drama, filem dan novel tidak mampu menyelami perasaan dan hati mereka. Ketika mereka menangis menonton filem dan kisah cinta, mereka sedar yang mereka hanya layak menjadi pemuja, bukan ‘pemilik’ cinta itu. Perasaan iri hati kian hebat menekan jiwa dan sensitiviti mereka.

Akhirnya timbullah persoalan. Sampai bila harus menunggu? Apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan jodoh? Kerana diri juga mahu dimiliki, disayangi. Mahu juga bergelar isteri kepada suami dan ibu kepada putra putri yang comel. Soalnya, bagaimana?
Ini masalah besar atau kecil? Bagi yang memandang mungkin kecil, tetapi bagi yang menanggung, itulah masalah mereka yang paling besar.

KEYAKINAN DAN PERSEPSI

Sebenarnya, asas penyelesaiannya cukup mudah. Sebagai seorang muslim yang percaya dengan Allah, kita juga percaya dengan segala ketentuan dan kerja Allah. Jodoh, rezeki dan ajal kita telah sekian lama ditetapkan oleh Allah sebelum kita menjejak kaki ke bumi lagi. Saya fikir, semua orang maklum tentang pernyataan ini.

Namun, untuk meyakinkan hati supaya percaya, bukan perkara yang mudah. Lemahnya iman kepada Allah membawa kepada lemahnya keyakinan kepada percaturan Allah. Kita boleh yakin malam ini ada rezeki untuk kita, tetapi kita sukar untuk yakin suatu hari nanti akan ada lelaki datang melamar kita.

Ia soal kepercayaan.

DILEMA ” AKU TAK CANTIK “

Pertama sekali, apabila didatangi bisikan-bisikan hati yang mencetus keraguan, anda harus segera ‘memeriksa’ bisikan tersebut terlebih dahulu dan jangan terus percaya.

Umpamanya, bisikan tentang kemungkinan tidak akan ada calon suami untuk anda. Kemungkinan anda akan kahwin tua, menjadi anak dara tua. Anda tidak cantik. Tiada orang yang mahu menjadikan anda isteri. Dan pelbagai lagi bisikan lain.

Analisa dahulu dan jangan terus percaya.

Contoh : Aku tak cantik, siapalah yang hendak kat aku ni.

Ini keraguan dan bisikan yang paling banyak mengacau gadis dan wanita di luar sana. Sekiranya tidak ditapis, semua bisikan itu akan memberi kesan tidak baik kepada diri anda sendiri. Jadi analisa semula ; benarkah anda tidak cantik?

Benarkah anda sehodoh dan seburuk itu? Benarkah anda tidak laku dan tiada lelaki yang mahu?

Jawapannya : TIDAK.

Jika anda tidak percaya, lihatlah sekeliling anda. Berjuta-juta manusia yang tidak cantik sedang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak mereka. Jika tidak cantik itu menjadi penghalang kepada jodoh, mustahil mereka boleh merasai nikmat berumahtangga.

Kadangkala, anda boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri, seorang lelaki yang hensem dan kacak tetapi beristerikan seorang perempuan yang tidak cantik, dan mereka bahagia. Tidak cantik bukanlah bermaksud hodoh seperti hantu. Apa yang saya maksudkan di sini adalah bukan dalam kategori cantik rupawan. Bukan dalam kategori yang mudah menarik perhatian lelaki hidung belang.

Terbukti, yang tidak cantik itu ada jodohnya, bahkan kadangkala hidup mereka jauh lebih bahagia dari si cantik.

AWASI BISIKAN SYAITAN

Maka langkah pertama yang saya sarankan di atas adalah jangan mudah percaya dengan bisikan dan cetusan negatif dari hati anda sendiri. Anda perlu sedar, bahawa apa yang sedang dibincangkan ini sangat berkait rapat dengan soal KEIMANAN  kepada Allah. Iman ertinya percaya dengan yakin. Jodoh juga termasuk dalam soal ini. Kepercayaan dan keyakinan kepada Penguasa seluruh alam, iaitu Allah.

Hendak yakin seperti itu, hati kita kenalah bersih. Kerana iman itu letaknya di dalam hati. Jika sinaran iman kita lemah, pergantungan dengan Allah kurang, maka senanglah syaitan masuk ke dalam hati kita. Syaitan akan berusaha merajai dan mengawal hati kita dengan harapan kita akan berputus asa dari rahmat Allah. Ini memang kerja syaitan sehingga hari kiamat, sepertimana janjinya kepada Allah.

Jika anda berjaya membersihkan hati, dengan cara memperbanyakkan zikir, solat dan membaca Al-Quran, bisikan-bisikan itu tidak akan berjaya mengambil tempat di hati anda. Keyakinan anda kepada Allah akan bertambah kuat. Ketika anda mengharap hadirnya seorang lelaki yang baik untuk anda, pengharapan itu anda sandarkan kepada Allah. Bukan lagi kepada manusia.

Maka dengan itu, insyaAllah anda akan menjadi tenang.

USAHA

Baik, selepas anda melaksanakan step di atas dengan baik dan berusaha keras menjaga hati dari bisikan-bisikan negatif, timbul pula persoalan bagaimana untuk anda berusaha. Benar, sebagai manusia kita tidak boleh hanya bertawakkal semata-mata bahkan perlu disertakan juga dengan usaha. Umpamanya mahu makan nasi. Kita tidak akan kenyang jika hanya duduk bersila di atas katil tanpa membuat apa-apa . Maka di samping keyakinan kita bahawa adanya rezeki untuk kita, keyakinan itu perlulah disertakan dengan tindakan kita keluar bekerja dan mencari rezeki.

Begitu juga dengan jodoh.

Jangan mengharap jodoh akan datang bergolek depan pintu, sedangkan anda berkurung sahaja di dalam rumah. Sebagai wanita, ada caranya untuk anda berusaha bagi mendapatkan jodoh. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa paras dan anda lebih sukar untuk menarik perhatian lelaki.

Wanita cantik, mungkin berbeza keadaannya. Ramai yang beratur untuk mencuba nasib.

Maka dalam soal berusaha ini, anda sebenarnya boleh menggunakan apa sahaja cara dan strategi yang difikirkan perlu, dengan syarat ; ia tidak bercanggah dengan syariat Islam . Antaranya :

1- PERIGI CARI TIMBA

Memalukan. Ini reaksi biasa yang diterima apabila solusi seperti ini cuba diutarakan. Minda masyarakat kita tidak boleh menerima risikan seorang wanita ke atas lelaki. Lelaki yang perlu pergi kepada wanita sebaliknya wanita hanya perlu menunggu kehadiran lelaki.

Sebenarnya, walaupun pihak wanita yang datang merisik pihak lelaki, ini bukanlah suatu keaiban di sisi Islam. Ia cuma dilihat menyalahi adat sahaja. Namun perlu diingat, dalam Islam kita tidak diajar untuk menyusahkan diri dengan karenah birokrasi yang tidak perlu. Maka ambillah adat itu sekadarnya sahaja.

Maka jika pihak wanita yang memulakan terlebih dahulu pun, ia boleh dikira termasuk dalam kategori berusaha dan ia dibolehkan di sisi syarak.

2- MEMBINA KARISMA DIRI

Saya lebih cenderung mencadangkan usaha ini kepada mana-mana wanita yang keresahan memikirkan tentang jodoh. Saya pernah menulis satu artikel bertajuk cantik pada nilaian lelaki yang mana tujuannya lebih kurang sama ; iaitu untuk memberi motivasi kepada wanita di luar sana yang merasakan diri mereka ‘tak cantik’.

Jangan terlalu sugul memikirkan tentang jodoh. Jangan terlalu risau lambat bertemu dengan jodoh. Jangan terlalu dihantui rasa rendah diri, sehingga anda hilang diri anda sendiri! Ini yang paling saya tegaskan.

Anda wajib percaya, bahawa pada sekujur tubuh anda itu, ada seribu satu kelebihan yang Allah berikan pada anda. Cuma, mungkin anda tidak mengetahui kelebihan-kelebihan tersebut kerana anda sendiri tidak kenal diri anda sendiri. Saya ulang, anda TIDAK KENAL diri anda sendiri.

Saya pernah menulis bahawa bagi lelaki, cantik rupa paras itu bukan perkara nombor satu selepas berkahwin. Ini hakikat dalam alam rumahtangga. Maka sepatutnya, isu cantik atau tidak itu jangan anda perbesarkan, sehingga ‘kecantikan’ lain dalam diri anda gagal untuk digilap.

Suatu hakikat yang perlu anda tahu tentang lelaki adalah ; lelaki suka wanita yang karismatik.

Lelaki mudah tertarik kepada wanita yang berani, mampu berdikari, bijak, cerdik, matang, boleh menjadi kawan ketawa dan kawan menangis, memahami, berpandangan jauh, prihatin, pandai memberi sokongan dan pelbagai lagi.

Dan suatu lagi hakikat yang perlu anda segera sedar adalah ; kesemua sifat di atas tidak wujud HANYA pada wanita yang cantik sahaja! Adakah anda sedar?

Anda mungkin tidak sedar jika anda adalah seorang yang sangat suka berangan, gemar menonton cerita cinta Korea dan gila membaca beratus-ratus buah novel cinta. Kenapa? Kerana di dalam ‘dunia’ itu, anda hanya akan melihat watak heroin yang perfect, bahkan very perfect.

Heroin itu seorang yang cantik menawan. Kemudian dia juga seorang yang berbakat, cerdik, pintar, matang, berkarisma, berkaliber dan seribu satu kelebihan yang lain. Manakala kawan kepada si heroin pula biasa-biasa sahaja. Tidak cantik dan tidak banyak kelebihan yang ada.

Watak-watak khayalan inilah yang sedang membutakan anda, dan juga telah berjaya membutakan ramai ‘calon suami’ anda di luar sana. Apabila mahu berumahtangga, ciri-ciri yang dicari pada seorang wanita itu mestilah cantik dan menawan. Kalau tidak, dia akan merasa ‘kalah’ dengan watak di dalam drama dan filem.

Anda juga mungkin begitu jika terlalu percaya dengan cerita yang anda baca atau tonton.

Anda harus segera sedar, bahawa watak dalam filem atau drama itu adalah diri anda. Anda mampu untuk bahagia seperti watak itu. Anda layak untuk didampingi lelaki yang baik, seperti watak itu. WALAUPUN anda tidak secantik heroin dalam filem.

Maka dari situ, anda akan segera bertindak membina karisma dalam diri anda. Jika anda seorang pelajar, anda akan menjadi seorang pelajar yang tip top, bukan yang biasa-biasa. Pencapaian dalam akademik nombor satu. Penampilan anda kemas dan terjaga. Perilaku anda sangat tertib dan menyenangkan siapa sahaja. Penglibatan dalam persatuan, program dan aktiviti sangat cemerlang. Jika dalam program anda adalah pengarah, maka anda dilihat sebagai pengarah yang sangat professional. Jika anda seorang penyelaras program, anda dilihat sebagai seorang yang teliti dan bijak berstrategi. Jika anda di alam pekerjaan pula, anda dikenali sebagai pekerja yang penuh dengan komitmen, bijak mengutarakn idea baru yang bernas, konsisten dalam melaksanakan kerja dan paling utama, akhlak anda menyenangkan semua rakan sekerja.

Sedar atau tidak, anda sedang menjadi perhatian ramai lelaki yang sedang mencari teman hidup mereka. Dan lelaki-lelaki ini, sudah tentu bukan jenis yang hidung belang atau jenis buaya, kerana lelaki jenis itu hanya mementingkan aspek kecantikan rupa paras dalam hidup mereka. Lelaki yang baik akan semakin menghampiri anda, dan semakin anda kelihatan ‘tegas’ dan ‘cemerlang’ , maka semakin tinggilah saham anda di depan mereka.

3- MENJADI DIRI SENDIRI

Tahukah anda, bahawa menjadi diri sendiri itu suatu bentuk usaha? Ramai orang tersilap langkah. Resah memikirkan jodoh yang tidak kunjung tiba, dia berubah menjadi orang lain. Biasanya, mereka ini akan berusaha untuk meningkatkan aspek kecantikan diri, dengan harapan lelaki akan menghampiri mereka.

Daripada seorang anak dara yang tidak pandai bermake-up, dia menjadi anak dara yang make-up nya setebal tiga inci. Bulu kening dinipiskan. Baju yang longgar semakin diketatkan. Tudung yang labuh semakin disingkatkan. Gambar pelbagai pose di upload dan ditayang di blog dan facebook. Segalanya dibuat semata-mata untuk melayakkan dirinya menjadi gadis terhangat di pasaran.

Ini mengarut.

Jadilah diri anda sendiri. Anda perlu faham bahawa pada diri anda itu ada benda yang boleh diubah dan ada benda yang tidak boleh diubah. Perkara ini perlu difahami sebelum anda meletakkan prinsip : Lelaki perlu terima aku seadanya.

Contoh yang tidak boleh diubah adalah benda-benda yang bersifat fizikal. Ketinggian, warna kulit, bentuk hidung dan sebagainya. Semua ini tidak perlulah anda ubah atau perbaiki. Terimalah itu sebagai diri anda dan lelaki yang baik akan menerima anda seadanya.

Tetapi benda yang boleh diubah perlulah anda ubah. Contohnya cara anda berjalan, cara ketawa, tabiat, sikap negatif dan termasuk juga berat badan (jika anda ada masalah kegemukan). Kesemua ini jika anda enggan ubah, maka janganlah anda sewenang-wenangnya mengharapkan lelaki masuk meminang dan kemudian menerima anda seadanya. Itu sukar.

Anda jenis yang ketawa berdekah-dekah. Ini buruk pada pandangan lelaki. Anda perlu ubah. Anda seorang yang tabiat suka tergedik-gedik atau melatah yang bukan-bukan. Ini perlu diubah. Berat badan juga begitu. Anda tidak menjaga pemakanan dan tidak suka bersenam. Ketika berat badan anda bertambah dan semakin membulat, anda berdegil untuk tidak berusaha mengurangkan berat badan dengan alasan ‘ ini diri aku dan lelaki perlu terima aku seadanya’. Itu konsep yang silap.

Maka, jadilah diri anda sendiri pada perkara-perkara yang haram diubah. Sebaliknya yang wajib diubah, anda perlu terus ubah. Itu tidak dinamakan hipokrit, itu namanya berusaha memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik.

KESIMPULAN

Jodoh untuk manusia adalah suatu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah. Dalam hal ini, perkara terbaik yang perlu diusahakan adalah meningkatkan keimanan, keyakinan dan pergantungan kepada Allah sepertimana diterangkan di awal artikel ini. Kemudian, janganlah terlalu memikirkan perkara negatif serta kelemahan diri, sebaliknya berusahalah untuk memperoleh jodoh dengan cara-cara yang disarankan seperti di atas.

Sebagai hamba, usaha itu perlu. Biarlah Allah yang menilai keikhlasan kita dalam usaha tersebut. Sampai masa, DIA akan hadirkan lelaki yang terbaik untuk kita. Dengan syarat, kita benar-benar percaya dan yakin dengan Allah ta’ala, dan dalam masa yang sama kita benar-benar konsisten dengan semua usaha yang kita lakukan.

Buat akhirnya, renungilah suatu hadith Nabi s.a.w :
Sekian.

Kredit : MyIlham



Rezeki Anak : Sikit Atau Ramai Atau Tiada Zuriat, Janganlah Suka Kecoh

26 Oct 2021



Setiap pasangan yang telah berkahwin, sering dilontarkan pertanyaan :

"Bila nak dapat anak?"

"Tak tambah anak lagi ke?"

"Ramainya anak, tak rimas ke?" 

"Mandul ke?"

Persoalan tentang anak memang tidak berkesudahan , dan sebenarnya sikit atau banyak anak atau tidak mempunyai anak , semuanya adalah urusan rezeki Maha Pencipta. 

Mungkin ada di kalangan pasangan setiap tahun dapat anak, mungkin ada yang mempunyai anak sorang sahaja malah ada yang berkahwin berpuluh tahun, masih belum dikurniakan anak dan macam-macam lagi.

Setiap orang mempunyai garis masa masing-masing. Bilangan anak bukanlah harus menjadi perdebatan di kalangan masyarakat, seharusnya setiap ibu bapa perlu memikirkan untuk menggalas tanggungjawab amanah Allah , untuk membesarkan anak sebaik mungkin.

Pasangan yang berkahwin terutama sekali wanita, tidak perlu bersedih dengan apa jua situasi seperti contoh di atas, kerana semuanya sudah di atur rezeki masing-masing. Kita hanya mampu berusaha dan merancang , selebihnya berserah pada yang Maha Kuasa.

Apa yang lebih penting, setiap perancangan untuk mempunyai zuriat, perlu ada  persefahaman dan perbincangan antara suami isteri. Samaada ingin mempunyai anak ramai, atau sedikit atau ada masalah untuk mendapatkan zuriat, perancangan bersama adalah jalan lebih baik untuk membesarkan keluarga dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan sebelum bertemu dengan yang lebih pakar untuk dapatkan khidmat nasihat.

Dan pesanan untuk kita sendiri juga, jangan lah jadi orang yang sibuk nak tahu hal orang sampai tanya persoalan bertubi-tubi dengan soalan-soalan tentang hal anak yang boleh menyebabkan hati orang lain terguris. Cukuplah mendoakan dan memberi sokongan kepada mereka.



Suami Kaki Perempuan, Jangan Tunjuk Kita Lemah, Bangkitlah Pilih Kehidupan Kita Sendiri

15 Jun 2017



Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita melalui ruangan mesej whatapp dan fecebook dengan harapan agar kisah beliau dapat dijadikan pengajaran kepada para isteri yang menghadapi masalah rumah tangga seperti beliau. 

Baca lagi:

Saya bernikah dengan suami awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu, ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai, dan sudah pun berkahwin lain. Yang kedua (dah naik jadi no. 1) dan saya no. 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung.

Saya selalu baca sms dari wife di kampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lagi. Saya jadi kasihan. Saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank-in kat kampung (isteri pertama di kampung ). Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yang ada selain saya. Walaupun serangan facebook berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?

Tapi betul orang tua kata, isteri di uji di saat suami tidak mempunyai apa, suami di uji di saat punya segala. Anak saya yang pertama baru 4 bulan, suami main cinta dengan budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam-macam dia beli handphone, perfume sampai adik-beradik budak tu semua dia beli. Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai. Karma saya sudah sampai saya pasrah, saya redha.

Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama di kampung yang memujuk saya secara tiba-tiba, pada dia saya meluah segala, saya tak tenang, jangan kata hati tak tenang. Duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih, muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu tapi saya tak bertanya. Senyap-senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya ke rumah budak perempuan tu dengan anak dan ibu, kereta suami ada di situ. Allah, menggigil kaki saya, macam-macam perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik ke rumah saya pack barang-barang suami dan niat saya hantar ke rumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul-betul nekad, hantar rumah ibu-bapa suami. 

Dengan hati yang membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami di rumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dengan keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yang mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa ibu bapa saya sebagai saksi.

Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu mengatakan sudah memutuskan hubungan dengan suami saya. Saya balik yang bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami, saya itu dan ini, macam-macam kurang. Saya dah redha, saya mengalah, kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu. Saya mengandung anak kedua. Akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lagi. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.

Saya maafkan suami. Kami kembali bersama cuba untuk membina kembali. Tapi masih tidak serumah, kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG, IBU SAYA . Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jangan ditegur. 

Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dengan setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dengan suami, kadang-kadang dengan anak-anak tiri. Saya nampak perubahan, setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan rezeki dipermudahkan.

Selepas 2 tahun, saya diuji lagi. Suami bernikah di sempadan dengan janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu hampir sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dengan perempuan juga. Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli, mungkin sudah lali.

Awal tahun ini saya menerima pm dari facebook, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya, kebaikan yang dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan. 

Isteri baru suami menyatakan kata kekurangan saya. Saya terlalu pentingkan kerja, tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja? Jika rumah, api air, unifi, pampers susu, insurans, duit dapur dan duit bagi emak semua atas saya?

Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, ada bagi, tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Di saat yang paling sukar ibu berada di samping saya, menjaga anak-anak di saat saya mencari sesuap nasi. Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yang dikatakan kolot ni, tak mengapa suami tak ada duit, saya ada. Kita orang tua tak makan tak apa, anak-anak perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum sakit mereka lagi, kita sakit makan panadol tidur. Budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang ke rumah, saya tinggalkan masalah saya dan suami di dalam kereta, saya ukir senyuman untuk anak-anak. Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru, daftar menggunakan surat cerai suami dengan isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua orang. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di facebook dan instagram. 

Kadang-kadang anak-anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu. Saya hanya mampu mendengar. Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak rugi apa-apa, saya cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan anak-anak.

Saya bersyukur Allah SWT masih sayang, ujian saya ni kecil jika dibandingkan dengan isteri-isteri yang jadi mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai. Alhamdulillah, saya tenang walaupun saya ke mahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa, saya tahu saya kuat. Allah ada, Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa-apa dengan suami, hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak tak apa, ada rezeki lain untuk anak. Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat-bulat.

Buat isteri di luar sana, kalau suami ada perempuan lain, jangan menangis atau murung, bangkit. Kalau tak kerja, cari kerja. Belajar berdikari. Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan.

Thanks admin.

Kredit : thecoverage 


Dilema Si Single, Bujang VS Orang Bermulut Longkang



Setelah sekian lama, aku terpanggil utk menulis artikel ni di sebabkan banyak je orang dlm kelompok masyarakat tak habis2 nak mengutuk dan menghina kaum di atas.Orang kata, sudah lumrah masyarakat menganggap kehidupan membujang lama ni menyalahi fitrah manusia yg perlu berkahwin.Namun adakah semuanya tu kuasa kita?

Memang benar , berkahwin adalah tuntutan agama supaya kita dapat menyalurkan naluri kita di jalan yg halal di samping mempunyai zuriat sebagai pewaris keturunan, sebagai pelengkap pd tuntutan agama dan ibadah pada Allah.Golongan kat atas pun memang mangakui akan nikmat berumahtangga tak kan sama dgn duit sejuta guni akan tetapi apakan daya mereka bila jodoh belum di temukan lagi ?

Disebabkan di asak olah macam2 soalan cepu mas yg mungkin datang dari saudara mara, maka jangan hairan jika mereka akhirnya mengasingkan diri tak mau bercampur dgn sedara mara bila kenduri kahwin, hari raya .Dah tu, dah mcm takde benda lain nak di tanya lak kan.. tak cukup dgn tu, ada lak yg bertanya pd mak bapak diri si andartu /bujang terlajak ni akan sebab kita membujang lama.Dah tu mulalah offerkan diri cari jodoh utk si andartu / bujang terlajak tu .

Kalau bab family arrangment ni ni pun bergantung pada kerelaan si andartu /bujang terlajak tu sendiri. Kalau diaorg tak suka orang aturkan jodoh utk diaorg, tak perlulah memaksa .bukan semua orang boleh terima dan seterusnya jatuh cinta secara naturalnya dgn orang yg korang aturkan tu.. Tapi kalau mereka rela dan siap minta di carikan, then itu tak jadi masalah lah..Itu pun tak tentu gak, ada kawan aku yg tak kisah family aturkan utk dia sampai sekarang tak kahwin gak.

Setiap manusia di dunia baik lelaki dan perempuan pastinya ada keinginan utk berkahwin dan hidup berpasangan .Tipulah kalau tak nak kahwin,tak nak dikasihi,tak nak di cintai dan tak nak ada teman.Akan tetapi bukan semua episod kehidupan manusia ni sama. Ada yg bernasib baik jodohnya sampai cepat dan pulak tu jadi pujaan ramai orang.Maka dgn mudah saja mereka memilih sapa pilihan di hati.Yang mana terbaik orang kata dan membuatkan yg lain gigit jari.Tapi kalau jodohnya agak berat di tambah pulak dgn rupa yg kurang menarik dan tambah jugak dgn pelbagai masalah lain yg menghimpit diri, maka itulah dugaan yg di hadapi yg membuatkan seseorang itu tak kahwin hingga di usia lewat.Kalau takde kisah macam ni terjadi, masakan ada lagu 'APA NAK JADI' nyanyian SM SALIM.Mungkin ianya sebagai lagu,tapi tak mustahil juga kalau benar2 terjadi.

Apabila mereka yg tak kahwin ni bagi jawapan 'belum sampai jodoh lagi' , banyak pulak mulut meyampuk menambah kata2 ' alah, kau yg tak cari..jodoh ni kena cari'.. Wahahaha.. aku tak taulah nak cakap apa lah.. adakalanya korang dlm soal ni mmg banyak tanya dan tanya.. utk pengetahuan korang , jika mereka dah bagi jawapan 'belum jodoh lagi'- itu adalah jawapan umum dan juga penutup kata sebab tak mungkin diaorg nak explain further di atas dilema mereka dlm mencari jodoh ni kat korang atau permasalahan diri yg tak memungkinkan diaorg kahwin dlm waktu terdekat.. dan keduanya, mana korang tau diaorg tak berusaha mencari ? setiap orang ada kisah mereka yg tersendiri. Tak kan nak cerita kat korang semua benda sebab korang ni ada je yg mulut longkang menyampai cerita ke sana sini dan silap haribulan korang lak jadikan cerita tu bahan ketawa sinis pada orang yg tak dapat kahwin.

Serupa gak dilemanya kalau orang bercerai berai. Kalau korang tanya kat diaorg apasal bercerai,dah tentu diaorg tak kuasa nak jawap punca sebenar masalah rumahtangga mesti ada gak yg bagi jawapan umum kat korang 'dah takde jodoh,apa nak buat'. Tapi boleh ke korang tanya lebih2 'ngapa sampai takde jodoh'? 'apa yg buatkan korang jadi bercerai berai takde jodoh ni ? kau tak pandai jaga laki/bini kot, tu yg jodoh tak kekal.." korang rasa, soalan2 tu bukan ke soalan penampar maut ke pada yg bercerai tu? Mana mungkin diaorg nak cerita lebih2.Itu adalah rahsia peribadi mereka.Dan seperti biasa, banyak je yg tak paham bahasa.

Ok lah.. orang kata mulut orang susah nak tutup.. biarkan je lah mereka bercakap sampai muntah..Apa pun ,sukalah jugak utk aku mengkaji beberapa sebab pada permasalahan yg menyebabkan mereka tak kahwin walau di lewat usia.

Sebab2 lambat kahwin/membujang :

Perubahan zaman- Banyak yg melanjutkan pelajaran dan kahwin lambat

1)Zaman sekarang tak macam dulu2. Baik lelaki dan perempuan mereka kebanyakkannya mempunyai peluang pendidikan yg tinggi

selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah.Katakanlah keluar universiti umur 23 tahun, selepas tu mereka masih terumbang ambing mencari kerja bagi memulakan kehidupani. Jika dah dapat kerja dlm umur 24 tahun, mereka sekurang2nya mengambil masa

lebih kurang 3 tahun utk memantapkan diri dlm soal kewangan di samping mungkin membayar hutang belajar dan hutang2 lain.Dlm pada tu ada yg mungkin ingin berbakti dulu pada keluarga sebelum melangkah ke alam perkahwinan.Paling cepat pun mungkin dlm umur 28 tahun baru kahwin. Itu secara kasarnya lah. mungkin gak tersasar. tapi pada aku usia 28 tahun bukanlah terlambat sgt utk kahwin. Tapi biasalah stigma masyarakat akan anggap umur tu dah lanjut.

2)Kecewa bercinta-Kekecewaan bercinta di waktu lalu adakalanya membuat seseorang menjadi serik utk bercinta lagi dan seterusnya berkahwin. Terletak pada 2 kemungkinan, mungkin mereka terlalu menyintai seseorang sehingga tak dapat melupakan cinta dan kekasih lama atau pun mereka menghadapi episod duka yg menyakitkan kita bercinta dulu hingga membuatkan mereka jadi fobia di khuatiri akan di kecewakan lagi.Maka dgn sebab itu mereka lebih rela membujang dan menggembirakan diri sendiri..

3 )fobia dgn kisah kegagalan perkahwinan kenalan -Ini pun satu hal gak.. Sebab mereka terdengar episod duka dlm berumahtangga yg mungkin dari kawan2 atau pun ahli keluarga sendiri. Ada yg bercerita dia di pukul suami, ada yg bercerita dia di herdik dan di perlakukan mcm sampah oleh suami, ada yg kena kikis dgn suami, ada yg kena tipu dgn isteri .ada yg kes main kayu 3 Rasa fobia ni mungkin tak memberi impak sangat pada lelaki.Tapi pada perempuan sesuatu utk mereka fikir 3,4 kali utk mengambil risiko berkahwin di khuatiri akan mengalami benda yg sama .

4 )rahsia diri yg sulit utk diperkatakan-Rahsia diri ni boleh meliputi macam2. Tapi ianya adalah sulit utk diperkatakan dan sulit juga utk di kongsi dgn orang.Mungkin mengenai kecelaruan diri, kisah hitam di zaman silam atau mungkin hal sulit mengenai masalah kesihatan yg menghalang pada perkahwinan. Justeru itu, mereka terpaksa memendamkan rasa keinginan utk berkahwin.

5 )sibuk dalam urusan kerjaya-Kesibukan seseorang dalam mengejar kerjaya turut menyumbang pada masalah kahwin lambat ni.Sebab mereka ingin fokus pada kehendak kerjaya dan mengejar impian utk suskes dalam bidang mereka tanpa terikat dgn komitmen keluarga dan di khuatiri juga pasangan mereka mungkin tak 'merestui' kesibukan mereka .

6)mempunyai komitmen tinggi/ tanggung jawab pada keluarga-Komitmen yang tinggi pada ahli keluarga .Kita selalu saja mengutuk si polan tu, si polan ni tak kahwin tanpa pula kita mengkaji latar belakang si polan tu.Jika orang tu adalah anak yg menanggung keluarga dan adik beradik yg masih bersekolah , masihkah kita mahu mengata dan mengeji orang seperti ini yg mengorbankan keinginan mereka demi tanggungjawab pd keluarga? di buatnya ada 5 orang adik beradik yg bersekolah,5 oranglah yg dia tanggung. Atau mungkin ibu dan bapanya sedang sakit memerlukan penjagaan rapi dari si anak ini. Tapi manusia ni mmg ada yg buta warna dan hati. Tak nak melihat perkara mcm ni secara halus melainkan terus hentam dan hentam.

7 )kedudukan kewangan yg tak stabil-Salah satu masalah yg tak boleh di sangkal boleh menjadi sebab orang kahwin lambat.Mungkin juga di sebabkan tiada pekerjaan tetap atau juga menanggung bebanan hutang yg banyak.Ini lebih pada masalah kaum lelaki. Sebab mereka akan menanggung keluarga dan macam mana nak tanggung keluarga kalau kerja pun tak secure?

8 )Ibu bapa cerewet dlm pemilihan jodoh anak-Kes ni agak harulah kalau dapat parents macam ni. Cerewet dlm pilih jodoh.Bila kita suka pasangan kita,mereka lak membantah. Atas alasan pasangan kita tu tak cantik, tak kaya, tak berpangkat.Jadi macam mana lah kan.. bila banyak sgt calon kita yg dia reject, camno lah nak kahwin ?

9)Diri sendiri yg juga agak memilih dalam soal jodoh-Diri sendiri pun memilih..kekadang nak semuanya perfect walau diri sendiri tak semenggah dan tak sehebat mana pun.

10 )Belanja kahwin yg meningkat ( kumpul duit dulu)- Sekarang barang semua naik. kos sara hidup tinggi. termasuklah kos hantaran kahwin dgn belanja kenduri kahwin. Walaupun kita ada pilihan membuat secara sederhana tapi kalaulah parents kita jenis nak buat besar2 nak panggil sedara mara sekampung, serba salah gak nak tolak permintaan diaorg.Hantaran kahwin pada si perempuan paling kurang pun sekarang RM6000. Ada lak yg meletakkan duit hantaran berdasarkan pada tahap akademik perempuan tu. cth dialog yg pernah aku dgr ' di sebabkan anak aku ni belajar tinggi lulusan diploma, maka hantaran nya RM12000'. Lagi kopak kalau hantaran tu 12000 serba berdiri..

Yg sebelah perempuan lak walaupun tak menyiapkan duit hantaran tapi tetap gak kena siapkan peruntukan majlis kahwin ,persandingan.Dari pelamin,baju kahwin,andam, kompang,persiapan lauk pauk jamuan makan, makan beradat , kameraman foto shoot. kalau pakai service catering siapkan lauk pauk kenduri paling murah pun RM10.00 sekepala .Kiranya sebelah perempuan secara kasar kos belanja kahwin ni maunya dlm RM15,000 ke RM30,000. Tak pikir lak kalau sebelah lelaki.. mungkin lagi banyak sbb diaorg kena siapkan duit hantaran .

Rasanya, mana nak cekau duit beribu2 tu ? kalau dapat mak bapak yg berduit, mungkin boleh je tanggung semua belanja kahwin tu termasuk duit hantaran ( tak tau lak kalau ada anak yg tak rasa bersalah langsung habiskan semua duit mak ayah dia). Tapi kalau tak, tu yg terpaksa buat personal loan sebab nak kahwin. Lepas kahwin tanggung hutang lak. Kalau tak nak meminjam, maka mereka terpaksalah tunggu duit cukup dulu baru kahwin.Tu yg jadi lambat kahwin. Jgn katakan duit belanja kenduri kahwin, kalau si lelaki tu dapat siapkan duit hantaran kahwin pun dah kira baik .

11)Suka berfoya2- Sesetengahnya lebih suka hidup membujang sebab mereka ingin berfoya tanpa perlu terikat dgn tanggungjawab berkeluarga. Belum puas enjoy katanya..tapi kalau menjurus pd maksiat itu dah kira salahlah.. mana boleh

12)Masalah kesihatan-Salah satu sebab yg membuatkan kita melupakan hasrat utk berkahwin jika kita mempunyai masalah kesihatan apatah lagi jika ianya kronik. Kalau di sahkan mereka ada penyakit berbahaya mcm kanser,lemah jantung mana mungkin diaorg nak kahwin. Pada mereka yg sakit, apa yg mereka pikirkan dulu adalah mengenai kesihatan dan harapan mereka agar mereka di sembuhkan dari penyakit kronik. Itu yg paling utama mereka pikirkan.. jadi jika ada yg cuba bertanya pada orang2 mcm ni 'bila nak kahwin' aku rasa korang salah soalan kot.

12)Di sihir dgn ilmu pelalau/ penghalang perkahwinan
Kes ini agak terpencil tapi boleh menyebabkan seseorang gagal berkahwin hingga ke lewat usia.Kekadang di awal perancangan dah ok sampai dah bertunang tetiba putus tanpa ada sebarang sebab. Malah banyak penghalang2 lain yg menggagalkan usaha perempuan nak kahwin tanpa sebab yg jelas yg tak difahami.kekadang walaupun mereka sangat mencintai antara satu sama lain tetapi tanpa sebab mereka boleh bergaduh. Ntahlah.. Adakalanya manusia gilanya tak boleh nak cakap. Terutama sekali yg jenis suka main sihir . Mungkin di sebabkan tak dapat memiliki orang yg di hajati lalu memilih sihir pelalau bagi melunaskan dendamnya. Mungkin di hati si pedendam ni berkata ' kalau aku tak dapat, orang lain pun tak kan dapat'.

Sihir pelalalu ni boleh membuat si perempuan terkunci nafsu utk berkahwin dan hilang keinginan. Jadi pada sesapa yg alert akan kawan2 mereka bertindak tanduk seperti yg atas, segeralah membantu. Pergilah ke mana2 pusat perubatan islam utk memulihkan diri dari sihir tu di samping mengamalkan beberapa bacaan Al Quran sebagai rukyah.

13) Rasa kurang yakin dgn lelaki zaman sekarang ( andartu saja)-Yg ini lebih kepada rasa insecure perempuan pada lelaki zaman sekarang.. pernah aku terdengar seorang makcik berkata ' aku tgk jantan zaman sekarang byk yg tak semenggah, sikit2 nak pukul, sikit2 nak terajang,peras dan buli bini rasanya aku tak yakin nak lepaskan anak aku kahwin'.. itu yg kita dgr kerisauan seorang ibu. Mana kala yg andartu ni byk yg rasa tak yakin sbb mereka takut berkahwin dgn salah orang dan akhirnya hidup sengsara .Ditambah pulak kebanyakan lelaki minta isteri menanggung itu ini dlm rumahtangga. Jadi mereka memilih utk hidup seorang walaupun sunyi tapi tak sakit hati dan jiwa.

14)Personaliti diri yg menjengkelkan
Kekadang diri si andartu/bujang tu gak yg sengal.Dah lah tak kahwin,hendaknya pandai2lah jaga kelakuan diri dan berbudi pekerti elok tapi ada yg hancus meroyan sana sini.Sapa lah yg nak dekat?

15) Akhir sekali, dah takde jodoh. Nak buat macam mana, bukan kuasa kita menentukan.

Apa pun, mereka ada dilema dan risiko yg bakal di tanggung. Dan mereka pun sedia maklum akan risiko yg bakal mendatang di sebabkan tak kahwin..


Dilema kahwin lambat atau membujang lama

1) masalah kesuburan-Ini lebih kepada hal perempuan. Jika mereka kahwin lambat hingga ke umur 40, mereka mempunyai masalah kesuburan utk mendapatkan anak dan di khuatiri jugak anak yg di lahirkan mungkin tak sihat atau cacat .Ini adalah kajian mungkin juga terbukti.Apa pun semuanya adalah kuasa Allah sebab ada gak orang lahirkan anak di usia 40 tahun tapi anaknya sihat saja.

2) tiada zuriat sbg peyambung-Jika membujang tak nak kahwin, mana mungkin kita akan dapat zuriat sendiri yg akan mewarisi harta dan amanah kita. Dan tiada anak yg akan mendoakan kita apabila kita tiada.

3)hidup berseorangan tiada yg menguruskan makan minum/ kesunyian-Di sebabkan kita hidup berseorangan, tanpa anak dan suami/isteri , pastinya kita akan berasa sunyi dan tiada sapa yg akan menguruskan makan minum kita dan menjaga kita ketika sakit.

4) di khuatiri terjerumus ke lembah maksiat dan dosa- Di sebabkan tidak berkahwin, di khuatiri mereka mudah utk terjerumus ke lembah maksiat dan dosa. Ini kerana adalah desakan nafsu yg ada pada setiap manusia dan sebab itu lah Allah menyuruh kita berkahwin demi mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.

5)Kesihatan/emosi terjejas-.Ada orang kata, kalau kita tak kahwin dan membujang lama, tahap kesihatan kita akan terjejas. Kalau lelaki, mereka akan sentiasa sakit kepala, rasa nak pitam dan sebab tu ada saja yg sinis yg cakap ' dah overload sgt benda tu naik ke kepala tak di lepaskan' .Begitu gak kalau kita moody, pun sebab kahwin gak di kaitkan sbb kita tak lepaskan benda yg patut dilepaskan .. tapi mcmlah orang yg kahwin tu moodnya bagus sentiasa kan tak pernah moody langsung ..

6)Terdedah pada fitnah dan kata2 penghinaan orangAndartu/lelaki bujang terlajak- sudah pastinya terdedah dgn fitnah dari orang sekeliling.. mulalah nanti ada yg buat spekulasi yg kita tak kahwin pasal kita ni jahat lah, kita ni selalu bersosial lah.Malah kalau kita balik lambat dari kerja pun orang dah start berkata macam2.

Kalau bab kena hina tu tak payah nak cakap, mulalah kata anak dara tak laku lah, anak dara dah expired lah, anak bujang lapoklah malah ada yg bermulut lepas siap hina andartu ni hanya layak kahwin dgn lelaki buruk dan tak kaya. Adei pakcik makcik oi, cukup2 lah tu menghina, kalau pun dapat lelaki buruk dan tak kaya tapi di sukai oleh andartu ni, apa kes kau nak menyalak ? badan orang, sukahati orang lah. Yg sakit hati dan perut sangat tu ngapa? dah kurang kerja ke ?

7) tekanan perasaan- Mau tak tekanan perasaan, kita dahlah tak kahwin, tak dapat nak tentu apa akan jadi masa akan datang di tambah pulak dgn keceluparan mulut2 orang yg mungkin gila di bawah sedar lagaknya menghina. Apa pun, tak perlu rasa tertekan.. Percayalah Allah ada perancangan yg baik utk kita..


Kekuatan yg mungkin ada pada diri si andartu/bujang :


Walaupun tak semua orang yg single ni memiliki kekuatan yg sama dan walaupun ruang dan sedikit kekuatan yg di miliki oleh mereka tidak begitu 'di iktiraf' oleh kebanyakan orang, tapi sebagai manusia mereka bukanlah teruk sgt . Berikut adalah beberapa ruang dan sedikit kekuatan yg ada pd mereka :

1) Nilai tanggungjawab yg tinggi pada ahli keluarga-.Mereka yg single ni adakalanya mendahului kepentingan keluarga.So kalau ada yg mengatakan orang single ni takde tanggungjawab pada keluarga aku rasa pandangan tu sangatlah salah .Walaupun tak semua yg single berkelakuan begini tapi boleh di lihat kebanyakan dari mereka mmg menumpahkan sepenuh tanggungjawab pada keluarga.contoh Jika mak ayah sakit dan kebetulan si single ni duduk dgn parents mereka, mereka yg single ni jugak yg ulang alik hantar mak atau bapak pi hospital di samping menjaga makan minum mereka. Jika mak bapak mereka memerlukan sesuatu bantuan pun, aku rasa orang pertama yg akan di cari ialah anak mereka yg belum berkahwin sbb tak nak ganggu anak yg lain dgn keluarga mereka.

Ada sesetengah kes, si single menanggung keperluan sekolah adik beradik mereka jika mereka hilang tempat bergantung seperti kematian ayah.Malah adakalanya mereka mengorbankan keinginan mereka kerana mendahului keluarga.Malah anak yg single selalu gak di ambil kesempatan oleh adik beradik lain dlm mengarah buat itu ini atas alasan 'kau kan single' tak banyak tanggungjawab. hahahaha

2) Kewangan yg stabil dan aset-Bukan semua orang single mempunyai kekukuhan kewangan dan aset, ada gak yg takde tapi kebanyakannya mantap belaka. Ini kerana kebanyakan yg single ni educated dan bekerjaya (tak semua tapi kebanyakanya) , maka mereka boleh menabung dari gaji mereka di samping membeli rumah sebagai aset.Di sebabkan kewangan mereka yg agak stabil lah adakalanya di ambil kesempatan oleh orang lain atas alasan 'kau kan bujang, mesti banyak duit' . Tapi tgk jugaklah bujang yg macam mana.. ada gak bujang yg sesak tak berduit

3) mempunyai kebebasan utk merancang sesuatu tanpa perlu terikat dgn sesapa- Mereka yg single ada sedikit kebebasan dlm merancang sesuatu tanpa terikat dgn arahan sesapa. Jadi mereka senang berbuat sesuatu mengikut kehendak hati seperti nak pi melancong, lanjutkan pelajaran, nak pi pasar, nak keluar pi shopping bila2 masa

4) Berdikari menyedari terpaksa menjalani kehidupan seorang diri- Di sebabkan menyedari hakikat akan hidup berseorangan diri, mereka mampu berdikari.Semua benda kena buat sendiri. Nak makan, masak sendiri.kalau sakit, pi klinik sorang diri.Tapi nak buat mcm mana, belum ada jodoh nak kahwin dan ada pasangan sbg pembantu

5) tabah hati krn menempuh setiap kutukan masyarakat-Masyarakat memang suka mengutuk dan mengeji.Naknya kalau bab orang tak kahwin/single ni.Jadi pada yg single, cakap2 berunsur penghinaan,sinis dan keji di lemparkan pada mereka adalah sesuatu yg dah lali utk di dengari walau adakalanya membuat mereka tertekan. Sabar sajalah.. itu yg mampu diucapkan oleh mereka yg single ni

6) rasa tawaduk /insaf memandangkan menempuh jalan berliku dlm soal jodoh.
Di sebabkan mereka menempuh jalan berliku dan payah dalam mencari jodoh di tambah pula kena kutuk dan hina memanjang, ini akan membuatkan mereka insaf dan rendah diri dan menghargai apa yg mereka miliki. Sebab kepayahan akan membuatkan manusia rasa insaf dan jika di takdirkan mereka di temukan jodoh di kemudian hari, pastinya mereka akan lebih sedar diri kerana merasai kesusahan dlm mencari jodoh maka mereka tak akan sesekali menghina pada sesapa yg belum bertemu jodoh.Kalau ada yg menghina tu mmg tak sedar dirilah jawabnya. 

Hakikat kehidupan , bukan saja mengenai jodoh,jika kita payah dlm mendapat sesuatu, kita akan lebih rasa insaf , tawadhuk dan bersyukur jika apa yg kita hajati tu di makbulkan.Dgn rasa insaf ni lah yg membuat kan kita mampu mengawal lidah dari mengeji memandangkan kita pernah berdepan dgn situasi kepayahan .Jika setiap benda dlm hidup ni senang sgt nak dapat, kebanyakan manusia tak rasa syukur dan mula meghina dan mengeji jika kita kurang bernasib baik dari mereka. Tu pasal lah ada je yg suka menghina sbb diaorg 'mudah' sangat dapat apa yg diaorg nak dlm hidup tanpa mengenal maksud kepayahan .Tapi walaupun korang bernasib baik baik mendapat apa yg korang mahukan, ingatlah itu juga sebahagian dari Ujian Allah utk melihat sejauh manakah korang bersyukur dgn apa yg dikurniakan ..

Itulah saja beberapa dilema yg aku huraikan.. Apa pun suka lah aku nak ingatkan, walaupun mereka si andartu dan lelaki bujang ni tak kahwin, tapi mereka adalah manusia biasa berkeinginan ke arah tu. Naluri keibuan pd andartu dan kebapaan pd si bujang terlajak ni terserlah kita boleh nampak. Cuba korang tgk mereka2 ni melayan anak2 saudara masing-masing, adakalanya mereka layan lebih mcm anak sendiri. Ada tu bawak anak buah pi makan2, jalan2, malah siap shopping belikan baju lagi.Ada gak yg jadi babysitter time mak ayah diaorg takde layan kerenah anak buah masing2 yg kerenahnya tak boleh nak cakap- itu semua adalah bukti nilai keibuan dan kebapaan mereka ada .

Pada yg single, bersabarlah menempuh dugaan hidup. Yakinlah di suatu hari nanti korang akan di pertemukan jodoh yang baik dan di berkati Allah. Teruskan hidup, bergembira dgn cara tersendiri di samping perbanyakkan amal jariah dan bakti pd ibu bapa jika ada.Pedulikan mereka yg suka mengeji dan menghina dan anggaplah yg menghina tu sbg' orang yg kurang siuman' yg tak perlu diambil tau.

Pada yg suka mengeji dan menghina, ingatlah lidah itu adalah tajam dari mata pedang. Korang tiada hak sesekali nak menghina dan mengeji mereka yg tak kahwin ni .Nak ikutkan hukum, berdosa jika kita menghina sesama insan walau termasuk dari perkara kecil. Mentang2 lah korang semua berkahwin dan tu mulut tak reti diam seolah2 korang mcm ada 'lesen' nak kutuk orang yg tak kahwin.Ingatlah, roda kan berpusing. Belum tentu apa akan jadi pada anak cucu korang samada mereka kahwin cepat atau lambat.Bersyukurlah banyak2 sebab di pertemukan jodoh dan hidup berbahagia .Jgn mendabik dada dgn nikmat yg korang dapat.

oklah, dah byk aku tulis.. sampai sini sajalah.





 

versi Ali Mamak ni buat aku ketawa ..wakakaka

Kredit : lovelyctjek



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.