Suami Kaki Perempuan, Jangan Tunjuk Kita Lemah, Bangkitlah Pilih Kehidupan Kita Sendiri
Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita melalui ruangan mesej whatapp dan fecebook dengan harapan agar kisah beliau dapat dijadikan pengajaran kepada para isteri yang menghadapi masalah rumah tangga seperti beliau.
Baca lagi:
Saya bernikah dengan suami awal 2011, salah saya tak berfikir panjang
waktu tu, ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri
kedua. Isteri pertama bercerai, dan sudah pun berkahwin lain. Yang kedua
(dah naik jadi no. 1) dan saya no. 2. Waktu tu suami saya tidak
berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada
langsung.
Saya selalu baca sms dari wife di kampung, tiada duit, susu anak dan
pampers. Macam macam lagi. Saya jadi kasihan. Saya selalu letak Rm50
atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti
bank-in kat kampung (isteri pertama di kampung ). Pada masa tu saya
fikir, saya harus menolong kerana siapa yang ada selain saya. Walaupun
serangan facebook berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak
mengapa, siapa tak sakit hatikan?
Tapi betul orang tua kata, isteri di uji di saat suami tidak mempunyai apa, suami di uji di saat punya segala. Anak saya yang pertama baru 4 bulan, suami main cinta dengan budak
umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam-macam dia
beli handphone, perfume sampai adik-beradik budak tu semua dia beli.
Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan
tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai. Karma saya sudah sampai
saya pasrah, saya redha.
Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama di
kampung yang memujuk saya secara tiba-tiba, pada dia saya meluah segala,
saya tak tenang, jangan kata hati tak tenang. Duit, sedikit harta saya
korban sebab saya tak suka suami bersedih, muram. Kami menjadi kawan
baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan,
saya membantu sekiranya mampu.
Satu hari, suami pergi out station, saya tahu tapi saya tak bertanya.
Senyap-senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya ke
rumah budak perempuan tu dengan anak dan ibu, kereta suami ada di situ.
Allah, menggigil kaki saya, macam-macam perasaan, marah bengang semua
ada. Saya balik ke rumah saya pack barang-barang suami dan niat saya
hantar ke rumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak
tu, jika betul-betul nekad, hantar rumah ibu-bapa suami.
Dengan hati
yang membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta
suami di rumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dengan
keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yang mereka membohongi
keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa ibu bapa
saya sebagai saksi.
Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu mengatakan
sudah memutuskan hubungan dengan suami saya. Saya balik yang bertanya,
mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami,
saya itu dan ini, macam-macam kurang. Saya dah redha, saya mengalah,
kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu. Saya mengandung
anak kedua. Akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lagi. Saya hanya
menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.
Saya maafkan suami. Kami kembali bersama cuba untuk membina kembali.
Tapi masih tidak serumah, kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua
tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG, IBU SAYA .
Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jangan ditegur.
Dia berhak kerana
dia SUAMI. Kami teruskan hidup dengan setiap minggu berjumpa, habiskan
masa menonton wayang, bercuti dengan suami, kadang-kadang dengan
anak-anak tiri. Saya nampak perubahan, setiap hari saya berdoa agar
perubahan tu berpanjangan rezeki dipermudahkan.
Selepas 2 tahun, saya diuji lagi. Suami bernikah di sempadan dengan
janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya
dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu hampir
sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dengan perempuan
juga. Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan
dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil
peduli, mungkin sudah lali.
Awal tahun ini saya menerima pm dari facebook, dari seorang perempuan
katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali
baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan
isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi
mereka mempermainkan saya, kebaikan yang dihulurkan hanya untuk
melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan.
Isteri baru suami
menyatakan kata kekurangan saya. Saya terlalu pentingkan kerja, tak ada
masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak
pentingkan kerja? Jika rumah, api air, unifi, pampers susu, insurans,
duit dapur dan duit bagi emak semua atas saya?
Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, ada bagi, tak
ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Di saat yang
paling sukar ibu berada di samping saya, menjaga anak-anak di saat saya
mencari sesuap nasi. Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yang
dikatakan kolot ni, tak mengapa suami tak ada duit, saya ada. Kita orang
tua tak makan tak apa, anak-anak perlu makan minum, susu pampers mesti
ada. Tu belum sakit mereka lagi, kita sakit makan panadol tidur. Budak?
Mereka tak tahu.
Setiap hari saya pulang ke rumah, saya tinggalkan masalah saya dan
suami di dalam kereta, saya ukir senyuman untuk anak-anak. Ibu saya tak
tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru, daftar
menggunakan surat cerai suami dengan isteri lama. Saya termenung
dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua orang. Saya hanya melihat
gambar kegembiraan mereka di facebook dan instagram.
Kadang-kadang
anak-anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu. Saya
hanya mampu mendengar. Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati
sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak
rugi apa-apa, saya cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja
tetap, rumah, kereta dan anak-anak.
Saya bersyukur Allah SWT masih sayang, ujian saya ni kecil jika
dibandingkan dengan isteri-isteri yang jadi mangsa aniaya. Akhirnya,
saya membuat permohonan cerai. Alhamdulillah, saya tenang walaupun saya
ke mahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa, saya tahu saya kuat.
Allah ada, Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa-apa dengan suami,
hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit
belanja, jika tidak tak apa, ada rezeki lain untuk anak. Kalau dulu saya
ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat-bulat.
Buat isteri di luar sana, kalau suami ada perempuan lain, jangan
menangis atau murung, bangkit. Kalau tak kerja, cari kerja. Belajar
berdikari. Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan.
Thanks
admin.
Kredit : thecoverage
No comments
Post a Comment