SLIDER

Cabaran Bila Bercinta, Bertunang Dan Berkahwin Dengan TENTERA!


Entry untuk mereka mereka yang akan bercinta, sedang bercinta, bertunang dan berkahwin dengan tentera...Yang lain boleh baca je..hehehehe

Hah....Bila cerita pasal bercinta, bertunang dan berkahwin dengan kaum Adam yang berkerjaya tentera nih memang macam cabaran dan dugaan tau..Rasanya dari mula bercinta sampai dah beranak pinak cabaran tuh tetap ada...Bila bercinta, bertunang dan berkahwin dengan lelaki berkerjaya tentera nih satu yang kaum Hawa kena tahu dan ingat, kerjaya mereka nih memang tak tentu masa. YOU KNOW WHAT? DI BELAKANG SEORANG TENTERA ITU BERDIRINYA SEORANG WANITA YANG SANGAT KUAT....AND IT'S TRUE!!!!

Sebagai contoh, masa bercinta cinta dulu korang dah berjanji nak keluar makan sama sama hari Sabtu. Dalam kepala dah plan tuh plan nih nak shopping sana sini ketuk duit bf kan kan kan...Tapi tiba masa, terpaksa lah plan korang tuh dicancelkan sebab si bf ada tugas yang lebih penting. Time tuh si gf mula lah merajuk bagai mogok tak nak message tak nak jawab call sebab tak jadi keluar date...Betul tak? Mula la si bf pening kepala nak pujuk gf..kan kan..Sama dengan orang yang menaip entry nih la...Dululah kan...Tapi situasi berlaku mungkin untuk sebulan dua..InsyaALLAH lama lama gf tuh faham lah tugas bf dia sebab dah kerap jadi macam tuh.....Tapi kalau dapat gf jenis tak setia, hi hi bye bye la kat bf tuh ha...Nasib baik dulu saya tak macam tuh....Angkat bakul sendiri...

Lepas tuh korang dah bertunang pulak....Pun jadi benda yang sama. Kena cancel date last minit. Apa yang lagi teruk kena tinggal berminggu minggu lamanya sebab maybe si tunang kena bertugas di luar kawasan (masuk hutan atau belayar) atau kena berkursus. Masa tuh korang yang dah sah bergelar tunang si dia, redha dalam terpaksa. Apa boleh buatkan dah itu tugas dia sebagai tentera.

Bila dah berkahwin lagi lah besar dugaan yang datang....Terpaksa duduk berjauhan dengan suami sebab suami bertugas di tempat lain, korang bertugas tempat lain....Lepas tuh, nak jumpa pun sebulan sekali..Ada yang 3 bulan sekali dan ada jugak bertahun tak berjumpa..Berani cakap macam nih sebab saya macam tuh jugak..hehehe....Ada jugak yang baru berkahwin kena tinggal dek suami kerana tugas. Saya dulu macam tuh la...Selepas kahwin dah kena tinggal sebab incik hubby kena pergi Pulau Lankayan, Sabah ada operasi di sana..Makanya, beraya la sorang sorang ditemani family....

Sebenarnya macam macam dugaan lah kahwin dengan tentera nih. Ada yang kena tinggal time pregnant.Nak check up pun sensorang..Nak bawak anak anak rawatan kat klinik pun sensorang. Bercuti??? Ermmmm....Kadang kadang nak bawak anak anak jenjalan pun kena sensorang. Kadang kadang tuh plan baik punya nak bawak anak anak Cuti Cuti Malaysia tapi last minit terpaksa dibatalkan sebab ayahnya kena panggil bertugas. Nak salahkan siapa? Si isteri dah tentulah faham dan redha...Cuma kadang kadang kasihankan anak anak yang tak faham, memberontak merajuk.....So, dekat sini peranan seorang isteri memang penting. Dia lah ayah dia lah mak. Kena pantau anak anak di kala suami keluar bertugas. Saya masih ingat lagi masa mengandungkan anak yang sulung...Saya dan suami PJJ. Saya di Pulapol Air Hitam, Jempol dia di UPNM, Kem Sg Besi. Segala galanya saya buat sendiri di kala sarat mengandungkan anak kami. Kadang kadang terdetik juga di sudut hati kecil saya, pergi klinik untuk check up bulanan ditemani incik hubby. Timbul juga rasa cemburu lihat isteri lain ditemani suami kala check up. Alangkah beruntungnya mereka. Tapi bila saya sedar SITUASI mereka tidak sama dengan saya, cepat cepat saya istighfar. Ya, rasa bersalah sangat bila timbul rasa itu dalam hati. Kerana bila saya SAH bergelar isteri seorang tentera, inilah salah satu cabaran yang saya harus lalui. Bercinta lain dugaannya, bertunang juga lain dugaannya dan berkahwin apatah lagi. 

Pendek kata, jadi pasangan kepada anggota tentera banyak mengajar diri menjadi lebih kuat, tabah, sabar dan berdikari. Segala galanya kena buat sendiri. Yang paling penting bagaimana nak tepis godaan orang luar di kala kita ditinggalkan pasangan kerana tugas demi negara. Actually, dah banyak kes yang saya dengar bila suami keluar bertugas isteri pasang lain kat belakang suami dan begitu jugalah sebaliknya.

Bagi saya lah, bila dah bergelar isteri tentera nih satu yang kita kena tahu dari segi Islam, apa apa pun kita sebagai isteri wajib taat pada suami, kena jaga maruah suami dan hartanya, dan dalam masa yang sama kita kena betul betul faham TUGAS suami kita sebagai anggota TENTERA yang kerjanya tak tentu masa. Siang malam. Pagi petang, Time cuti pun kena panggil masuk kerja. Itu yang kita kena pegang. Saya sendiri pun, selalu ingatkan diri sendiri, saya dah bersuami dan ada anak anak. Suami keluar cari rezeki, jadi saya kena pandai jaga diri, jaga maruah. Selalu ingat suami No.1 dan syurga saya bawah tapak kaki suami. Jika saya buat sedikit salah sekalipun, saya tetap berdosa. Bila dah tersedar saya buat salah, cepat cepat mintak maaf kat incik hubby takut dapat "ketulahan"...hehehe...

Sebab tuh, kalau adik adik dan saudara mara saya yang nak berkahwin dengan tentera nih saya bagi nasihat satu je, bila berkahwin dengan tentera kita kena faham tugas diorang. Jangan sekali kali mengeluh bila mereka tidak punya masa dengan kita dan keluarga. Kalau tak bersedia nak ada pasangan yang berkerjaya macam nih, baik dilupakan saja niat tuh. Nanti menyesal kemudian hari...Bila kita NEKAD dan nak jugak dia jadi pasangan kita, so, maknanya kita dah betul betul bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi.

Apa yang saya taip nih berdasarkan pengalaman sendiri yang berkahwin dengan anggota tentera. Masa entry nih ditaip, incik hubby takde sebab berkursus 2 bulan...So, saya nak share dengan kawan kawan tentang"life" kami yang berpasangan dengan tentera nih....

Kredit : pinkummi

No comments

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.