Ini cerita KURUS gua....
Segmen
“Kisah Kejayaan” kali ini akan membawa para pembaca sekalian untuk
melihat kisah kejayaan seseorang dari sudut yang berbeza dari apa yang
kita pernah baca dalam blog ini. Pengirim cerita ini meminta saya untuk
merahsiakan nama beliau, namun siapa yang kenal tu, kira nasiblah…
selamat membaca.
Sebelum terlupa, tahniah kepada si pengirim, kekalkan momentum anda ke arah gaya hidup mantap!
Fatty Fatty Boom Boom Cak!
Konon-kononnya ini adalah kisah sukses aku.
“Aku” ni siapa tanya kau? *buat muka poyo sambil hirup teh yang bau macam bunga*. Biar aku cerita.
Aku sememangnya sudah obes dari kecil.
Sampailah aku jadi kanak2 sekolah, Kemudian jadi remaja dan baru2 sahaja
lagi aku hadap pada zaman dewasa aku. Secara genetiknya aku datang
daripada ibu bapa dan keturunan kaum yang boleh tahan debab, katik pulak
tu.
Alahai nasib.
Walau begitu, langsung tak halang aku untuk aku kelihatan super kacak *angkat kening*, pakai baju macam superstar,
berlagak konfiden macam artis, tak malu berjumpa orang, tak ada efek
pada intelektual aku, lagi langsung tak ada efek pada kebolehan aku
untuk menari, menyanyi dan bermain muzik, oh dan lagi satu, bersukan –
tapi biasalah malas sikit.
Banyak kali juga aku cuba kuruskan
badan. Aku rasa sebab macam ni. Aku rasa diri aku cukup hensem. Tapi
kadang2 tu ada rasa benci juga. Jadi perasaan nak cuba kuruskan badan
ikut mood sebenarnya.
Tak kurang banyak juga cara kuruskan badan aku dah cuba. Diet yang tak ada asas. Makan sikit,
tapi masih makan makanan tinggi lemak, gula, karbohidrat, kalori. Berat
aku jadi naik turun macam yoyo. Bosan sungguh.
Buat aktiviti kardio sampai lembik
lutut. Kalau dah awal2 pun paksa diri buat banyak terus, memanglah tak
ada semangat lepas tu. Nak hadap pun kena paksa. Lepas tu lama2 hilang
motivasi. Tambah pula aku yang perangai hot2 chicken shit ni (baca: hangat2 tahi ayam)
Habis duit masuk gym yang super mahal, tapi bodoh tak reti nak guna alat yang ada dan ada penyakit mim alif lam sin (baca: malas). Campur tak ada asas diet. Rugi betul *kesat air mata*
Oh, dan dasar melayu. Nak berjaya cepat.
Lemak dah ternak berpuluh tahun tapi nak jadi kurus macam model dalam
masa sekelip mata. Jadi habiskan duit beli produk2 kurus yang entah
apa2.
Keluarga aku pun kebetulan mampu. Pernah
habis aku syak berpuluh ribu untuk hantar aku masuk pusat kuruskan
badan. Ada lah aku sempat merasa dua tiga tempat.
Semua pun hampeh.
Nah tisu kalau cerita aku sama macam kau. Kesat hingus tu. Geli sangat.
Aku Mahu Muat itu Baju!
Bulan September 2012, di tempat aku
belajar ada anjurkan Karnival Malaysia setiap tahun. Ada persembahan dan
jual makanan2 negara. Aku belajar di benua lain, jadi benda macam ni heaven woi.
Cerita dia aku masuk persembahan. Macam tahun2 sebelum tu pun.
Tapi tahun tu aku tak beli baju raya
baru. Baju yang ada stok 2011. Masa tu aku kurus sikit mungkin. Kan dah
kata berat aku macam yoyo. Tahun 2012, aku tak muat pun baju2 aku.
Sendat gila.
Pakai baju/seluar cegah boroi pun tak
dapat nak tolong. Perut comel aku kedepan. Nak beli baru, dekat negara
omputes tak jual baju raya. Nak suruh mak pos, membazir dan berjanggut
tunggu nak sampai. Nak pinjam orang lain punya baju, tak ada langsung
manusia melayu kat situ yang sama saiz dengan aku ada baju yang aku
perlu untuk buat persembahan.
Saspen kan?
Ni lah pengenalan aku pada Diet Atkins waktu tu. Aku sangat terdesak sampai sanggup cuba apa2. Aku perlu muat dalam baju aku.
Aku teringat dulu, owner Kelab Diet Atkins Malaysia (https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia/) masa awal2 cuba Atkins ada ajak aku cuba sekali.
Masa tu dia masih belum taff dan kacak
macam sekarang dan suka berblog. Aku masih ingat aku cari komen dia yang
dia tulis pada blog aku. Cuba cari link untuk ke blog dia dan mungkin dari situ ada harapan kalau aku sedut tips dari dia.
Hebat. Dalam masa 2 minggu, aku masih gemuk. Tapi perut kedepan aku dah gostan kebelakang sikit. Ewah! Boleh pakai baju raya!
Aku berhenti buat Diet Atkins (DA) lepas habis buat persembahan. Aku dah kata aku cukup kacak. Tak payah nak kurus sangat.
Aja Aja Fighting!
Aku ada cyst pada bahagian vital
untuk aku buat anak. Dah tahu lama pun. Tapi aku fikir tak menjejaskan
apa pun. Jadi aku langsung tak hairan.
Lagipun belum nak kahwin. Chillex lah beb. Ubatnya kena bedah sahaja. Kalau kurus sikit bolehlah cuba kurangkan simptom yang ada dengan masalah ni. Cinta hati aku suruh aku cuba kurus juga. Kesian katanya. Nanti sakit.
Aku ego. Marah dia pula. Aku tuduh dan kata dia sebenarnya malu aku gemuk. Iolls Butthurt sangat uolls. Tapi sebab sayang, aku cubalah DA semula. Tapi tak hardcore mana. Sampai lah cuti musim panas 2012/2013,
aku pulang ke tanah air. Turun sahaja dari kapal terbang, badan aku
sangat kembang. Macam di pam2. Water retention melampau. Kalau kau tekan kaki aku yang mengembang macam gajah tu, dia jadi macam lopak (pitted oedema)
Scary gila. Sumpah.
Aku turun naik hospital lepas tu. Dari jumpa doktor biasa (baca: GP),
aku di hantar pada doktor pakar itu, doktor pakar ini, kemudian doktor
endokrin lagi. Darah aku yang berdaulat ni kena sedut bertiub2 setiap
hari untuk di test. Vampire betul.
Semenjak dari tu, aku bertekad. Kena
cuba kurus juga. Seksa wo. Kesian darah aku kena curik. Kesian kaki aku
macam gajah. Kesian aku susah nak buat baby nanti.
Cinta hati aku super awesome. Bagi aku semangat. Sebab dia hot juga aku rasa. Jadi motivasi nak sama2 hot tu kuat la sikit. Kehkehkeh.
Sekarang…
Selepas berjuta2 kali tolak nasi
*sebelum kau bash aku, baca dulu apa itu DA*, aku sekarang lebih ringan.
Belum boleh nak dipacak lambung, tapi dekat lah sikit dengan cita2 tu.
Haha. Simptom sakit aku dah makin berkurang. Sekali sekala tu ada lah juga kena attack. Tak sekerap dulu.
Kacak? Level Over 9000!
Nasihat Aku?
Biarlah ada ilmu sebelum buat sesuatu.
Perbuatan yang tak ada ilmu dan dasar sangat bodoh, sia2 dan buang masa.
Walau apa pun cara kau pilih untuk kurus. Boleh aplikasi juga dalam
kehidupan seharian lain.
Biar betul motivasi. Kena set juga goal.
Macam aku tampal besar2 di meja study. “Azam tahun 2013. Nak jadik hot
gilos.” Setiap kali aku rasa nak kelaut sekejap, aku tengok tu dan insaf
semula. Cinta hati aku juga motivasi aku. Kau cuba lah cari cinta hati
juga. Tak perlu boipreng gepreng. Ibu bapak ke. Jiran sebelah
rumah ke. Kalau kau tak tahu malu, boleh la motivasi kau ni Faizal Tahir
ke. Emma Maembong ke. Wondergirls ke. Eh?Oh, Bila dah lain sikit ni, sumpah I tell you. Culture shock sikit lah awal2 tu.
Aku nak nasihatkan semua yang dah kurus
hot tu jangan nak pentingkan luaran sangat. Obses sangat tengok luar
kita cantik. Dalaman pun mesti baik ma. Mohon jangan jadi kosong sangat
boleh tak?
p/s: Aku ada cerita yang aku perempuan? Hihi! *Kenyit mata*
Saya tak kasar pun sebenarnya. Poyo tu sikit2 ada lah. *gelak comel*. Saya gurau je. Jangan marahkan saya ya?
Umur: 24 (2013)
Tinggi: 154cm
Terberat: 98kg (Awal Januari 2012)
Berat Terkini: 65kg (Pertengahan Ogos 2013)
Saiz Dulu: XXXL / 56 / AUS 20
Saiz Sekarang: M/ 38 / AUS 12
No comments
Post a Comment