“4 Tahun Kahwin, Tiada Anak. Saya Sangat OK”- Kisah Inspirasi Bagi Pasangan Belum Ada Anak
Zuriat
adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t. ..dan kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa
untuk mendapat zuriat yg baik dan sempurna. Kepada pasangan yang dah lama berkahwin , tapi masih belum mendapat zuriat, ini adalah ujian hebat buat mereka. Bukan setakat untuk menghadapi ujianNya, tapi nak menadah telinga daripada kata-kata umpatan orang luar juga satu bebanan.
Orang sekeliling memang suka melihat kekurangan orang lain, terutama sekali mereka yang merasakan nasib mereka lebih baik daripada orang lain. Kadang-kadang admin naik hairan dengan manusia yang suka cakap lepas ni, langsung tiada perasaan timbang rasa dan tidak memikirkan perasaan orang lain.
Kalau kita ada rakan-rakan, saudara-mara, dan adik-beradik yang sedang menghadapi masalah ini, janganlah sama sekali
mencaci-cerca, mengata atau menghina pasangan itu kerana mereka sedang melaluinya dengan bermacam-macam usaha. Mereka pasti akan tertekan, kecewa dan sedih jikalau selalu ditanyakan
tentang anak. Kalau anda ada cadangan atau sebarang alternatif untuk membantu pasangan mendapatkan zuriat, berjumpa mereka secara personally dan berbincang seperti orang bijak pandai.
Untuk pasangan yang sedang menghadapi ujian ini, perkongsian dari Shafiq Fadeli melalui laman facebook beliau mungkin akan memberikan sedikit kata-kata semangat dan kekuatan untuk kalian melaluinya dengan tenang. Insyaallah, admin juga mendoakan kepada semua agar dikurniakan zuriat yang soleh, solehah dan menenangkan kedua ibu bapa.
-Admin Laman Qaseh-
Artikel ini panjang. Namun percayalah, teruskan membaca,
saya jamin anda akan perolehi sesuatu yang sangat bermanfaat.
29 Julai 2011, saya sah bergelar suami kepada isteri
saya, semestinya saya seperti anda yang lain, sama juga seperti majoriti insan
lain, mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Saya mengimpikan untuk memiliki
anak seperti orang lain juga, saya mengimpikan untuk bergelar ayah, saya
mengimpikan untuk dipanggil ‘Abi’. Saya mengimpikan untuk memiliki, menjaga dan
mendidik anak-anak saya dengan didikan terbaik. Kini sudah 2015, lebih 4 tahun sudah kami berkahwin, dan
kami masih belum dikurniakan cahaya mata.
Apa pandangan orang ramai?
Ramai yang kasihankan kami, hingga kami kasihan kepada mereka kerana kasihankan kami. Ada rakan-rakan yang memberikan tips, nasihat, tidak kurang yang bagi produk untuk bantu kami. Tidak dilupa, ada juga yang menyarankan untuk bertemu doktor, bidan, tukang urut, ustaz, dan lain-lain. (Terima kasih kerana anda semua prihatin)
Pelbagai diagnosis yang saya terima. Pada mulanya saya
sangkakan yang kami tidak sihat, namun apabila pakar mengesahkan yang kami
sihat, mulalah kedengaran tekaan-tekaan yang mengatakan ini semua berpunca dari
gangguan makhluk halus, saka, dan bermacam-macam lagi. Jujurnya, saya pun sudah
tak ingat berapa banyak tips, nasihat, dan tekaan yang sudah saya terima.
Pada awalnya, kami sungguh tertekan… Saya sebagai
lelaki, saya mampu mengawal emosi saya. Sedih, namun sorok. Teringin, namun
sorok. Geram, namun sorok. Kecewa, namun sorok. Lain pula halnya dengan isteri
saya, sebagai wanita yang dikurniakan naluri keibuan yang lemah lembut,
pastinya keadaan diri yang masih tidak memiliki anak cukup menampar benaknya.
Ada yang datang bertanya, dan menunjukkan muka pelik “Eh,
dah lama kahwin tak dapat anak lagi???” Kemudian dia terus berlalu pergi.
Beliau tanya satu soalan yang berdurasi 1 saat sahaja, tapi cukup untuk buat
kami sedih selama 1 minggu. “Bila nak mengandung ni?”, sedih lagi 1 minggu.
“Bila la umi awak nak jadi nenek ni?” sedih lagi 1 minggu. Hehe, sungguh senang
kerja mereka, datang menghancurkan hati kami dalam 1 saat sahaja, kemudian
terus berlalu pergi jumpa kawan-kawan dan bergelak-sakan menonton drama lucu.
Dan kami berselubung duka untuk entah ke berapa kalinya. Ya, pada masa itu saya
rasa geram. Itu pada awalnya.
Selepas 4 tahun… kami sudah ada perspektif yang berbeza.
Ilmu, kematangan dan pengalaman cukup untuk menguatkan langkah kami. Kami sedar, malah saya sendiri kerap menyebutkan perkara
ini dalam ceramah saya, bahawasanya Qada’ dan Qadar Allah itu adalah ujian,
amanah, dan ianya adalah 100% hak Allah. Ini bukan berpunca dari tersalah makan
ke, gangguan saka ke, apa ke, ini adalah satu ujian yang Allah bagi kepada
kami, ujian ‘tidak memiliki anak’. Bukan kami sahaja diuji sebegini, semua
manusia pun diuji.
Sepertimana orang lain, masing-masing ada ‘medan tempur’
sendiri. Analogi mudah, seperti tentera. Kita lihat tentera ada macam-macam
jawatan dan posisi. Ada pegawai, ada tentera di lapangan tempur, ada di bilik
operasi, ada jaga komunikasi, ada yang pandu jet pejuang, ada yang sediakan
peluru, ada yang pandu trak, ada yang sediakan makanan, ada yang memberi arahan,
ada yang merangka strategi peperangan. Masing-masing diberikan ‘medan tempur’
sendiri, kerjanya lain-lain, namun matlamatnya sama iaitu untuk memenangi
peperangan dan mencapai kejayaan.
Jika orang kata kami tiada anak itu adalah ujian, ya, ia
memang satu ujian. Dan itulah ‘medan tempur’ kami, di mana Allah ingin lihat
bagaimana kami menjadi hamba yang soleh apabila diletakkan di dalam ‘medan
tempur’ tersebut. Mampukah kami menguasai medan tempur ini, dan akhirnya
mencapai kejayaan di akhir pertempuran ini? Allah tak bagi kami anak, Allah
bagi kami kesukaran di sini dan sana, namun Allah juga bagi 1001 rahmat yang
sebenarnya berganda-ganda lagi banyak dari setitik kesukaran yang kami hadapi.
Maka, adakah wajar kami bersedih dan tidak bersyukur?
Semestinya tidak!
Allah bagi kami nikamat yang banyak. Di usia muda kami
sudah memiliki pekerjaan yang stabil, malah memiliki perniagaan yang sangat
hebat, kami memiliki rakan-rakan yang baik, ahli keluarga yang sangat baik,
kesihatan yang baik, kami memiliki rumah dan kereta idaman kami, kami diberi
ruang untuk berjumpa dan mengenali individu hebat di Malaysia, kami sentiasa
dikurniakan fast-track apabila kami berbuat sesuatu untuk mencapai impian kami,
setiap program dan ceramah saya mendapat sambutan hebat, ramai orang suka kami,
ramai orang sayang kami, ramai orang hormat, kagum, malah ada yang nak jadi
macam kami. Dan semuanya bukannya kebetulan, itu semua kurniaan Allah. Itulah
rupa ‘medan tempur’ kami. Di situlah kami bertempur.
Ujian kami adalah ‘tidak memiliki anak’, tetapi memiliki
banyak lagi nikmat. Maka Allah nak uji kami, bagaimana kami uruskan hidup kami
yang macam sekarang ini?
Dan kami percaya, orang yang memiliki anak juga adalah
satu ujian. Semestinya ujiannya tak kurang hebatnya, kena jaga anak, didik
anak, hantar anak pergi sekolah, ajarkan anak tentang agama, bina akhlak anak,
dan macam-macam lagi, itu ‘medan tempur’ mereka. Sama juga macam seorang lelaki
yang beristeri seorang dan seorang lelaki yang beristeri ramai. Semestinya
kehidupan, cabaran dan ujian mereka tidak sama, sebab masing-masing memiliki
rupa ‘medan tempur’ yang berlainan.
Namun di akhirnya, tidak kira walau bagaimanapun rupa
‘medan tempur’ kita, apa yang kita mahu adalah kejayaan dan kebahagiaan di
akhir pertempuran itu.
Lihatlah Nabi Ayub diuji dengan penyakit sopak di seluruh
badannya, Siti Asiah diuji dengan ditakdirkan menjadi isteri kepada Firaun,
Nabi Nuh diuji dengan isteri dan anak-anak yang derhaka, malah Nabi Muhammad
diuji dengan kewafatan putera-puteranya. Mereka juga diuji dengan ujian yang sungguh
hebat! Persoalannya, adakah mereka berduka, berputus asa, dan berhenti
‘bertempur’?
Anda faham tak apa yang saya cuba sampaikan?
Pasakkan dalam minda kita, tak kira bagaimanapun rupa
ujian yang Allah bagi kepada kita, kita kena terima ketentuan ini dengan redha,
dan selesaikan ujian itu dengan sebaiknya. Mungkin awalnya kita goyah dan
jatuh, namun bangkitlah, teruskan. Jangan berhenti. Biarlah di garisan penamat
nanti, kita menang dan cemerlang. Jalankanlah amanah dan laksanakanlah tugasan,
bertempurlah dengan hebat di ‘medan tempur’ itu.
Wahai mereka yang tiada anak.
Wahai mereka yang ada anak.
Wahai mereka yang kaya dan miskin.
Wahai mereka yang berjaya dan gagal.
Wahai mereka yang alim dan jahil.
Wahai mereka yang tidak kira apa ujian sekalipun yang anda hadapi sekarang.
Wahai mereka yang ada anak.
Wahai mereka yang kaya dan miskin.
Wahai mereka yang berjaya dan gagal.
Wahai mereka yang alim dan jahil.
Wahai mereka yang tidak kira apa ujian sekalipun yang anda hadapi sekarang.
Bertabahlah, lakukannya sebaiknya, terus buru kejayaan dunia dan akhirat.
Semoga berjaya semua!
Kerana seorang guru tidak memandang rupa kertas ujian
yang diberikan kepada muridnya, tetapi dia memandang jawapan muridnya, untuk
diberikan markah.
Dan, kerana Allah tidak memandang bentuk ujian yang Dia
berikan kepada kita, tetapi Dia memandang hasil usaha kita untuk mencapai
redhaNya, untuk diberikan syurga.
Artikel ini bukan untuk minta simpati, bukan untuk
mengeluh.
Saya cuma nak ajak anda semua rasa OK dengan apa saja ujian yang anda terima hari ini. Dan saya, sejujurnya saya SANGAT OK smile emoticon.
Sekian.
No comments
Post a Comment