Sejauh Mana Kesedaran Anda Mengenai Vaksin Di Malaysia
Berikutan kecoh isu Imam Muda Ammar yang mengeluarkan status kontroversi yang mengundang marah ribuan netizen di laman sosial sehingga memaksa beliau menutup laman sosialnya, saya ingin kongsikan sedikit soal jawap bersama Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan isu vaksin. Ia bukan penulisan saya. Saya cuma kongsikan.
1. Apa itu vaksin?
Vaksin mengandungi antigen, yang
diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria
yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi
untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh
membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah
dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam
satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa
jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian
vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.
2. Apakah kandungan vaksin?
Vaksin mengandungi bahan aktif dipanggil
antigen. Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang
telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria
yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. Vaksin
juga mengandungi komponen tambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant
dan beberapa komponen lain. Setiap bahan yang terkandung di dalam
vaksin mempunyai fungsi tersendiri dan menyumbang kepada kualiti,
keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin. Vaksin tidak mengandungi
bahan yang boleh membahayakan tubuh badan.
Pengawet di dalam sesetengah vaksin
berfungsi untuk menstabilkan vaksin serta mencegah pembiakan bakteria
dan kulat dalam vaksin. Pengawet yang selalu digunakan ialah thiomersal
(atau thimerosal). Ia mengandungi sejenis raksa yang dinamakan ethyl
merkuri. Ia tiada kaitan dengan sebarang kesan toksik methyl merkuri.
Methyl merkuri adalah toksik kepada sistem saraf. Thiomersal yang telah
digunakan dalam vaksin sejak 80 tahun lalu, wujud dalam kuantiti yang
amat sedikit. Sehingga hari ini tiada sebarang bukti saintifik yang
menunjukkan ia berbahaya.
Setelah mengkaji bukti epidemiologi
terkini berkaitan thiomersal dan profil farmakokinetiknya, Jawatankuasa
Penasihat Sedunia bagi Keselamatan Vaksin di bawah Pertubuhan Kesihatan
Sedunia telah membuat kesimpulan bahawa tiada bukti kesan toksik merkuri
ke atas bayi, kanak-kanak atau orang dewasa yang terdedah kepada
thiomersal dalam vaksin. Tambahan pula, banyak kajian yang telah
dijalankan mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan kecacatan sistem
saraf atau perkembangan seperti autisme disebabkan oleh penggunaan
vaksin yang mengandungi thiomersal.
Bahan penstabil berfungsi mencegah
komponen vaksin dari melekat di dinding botol vaksin. Ia mengekalkan
keselamatan dan keberkesanan vaksin di dalam keadaan dan suhu yang
pelbagai. Gelatin dan lactose-sorbitol adalah contoh bahan penstabil.
Adjuvan ditambah ke dalam vaksin untuk
meningkatkan tindakbalas system ketahanan tubuh terhadap vaksin. Adjuvan
yang sering digunakan adalah garam aluminium (dikenali sebagai alum).
Pengambilan aluminium dari vaksin adalah lebih rendah berbanding dengan
pengambilan harian dari makanan atau ubat-ubatan seperti antasid.
Penelitian semua kajian yang ada berkaitan vaksin difteria, tetanus dan
pertussis yang mengandungi aluminium (sama ada secara berasingan atau
kombinasi) menunjukkan bahawa tiada bukti garam aluminium di dalam
vaksin menyebabkan sebarang kesan sampingan serius atau kesan sampingan
jangkamasa panjang.
Kemerahan dan bengkak pada tempat suntikan selalunya
berkait dengan vaksin yang mengandungi aluminum berbanding vaksin yang
tiada kandungan aluminium, namun kesan ini selalunya ringan.
3. Benarkah sesetengah vaksin dibuat menggunakan sel janin?
Sel janin digunakan untuk membuat lima
jenis vaksin; iaitu rubella, cacar air, hepatitis A, kayap dan penyakit
anjing gila (rabies). Ia digunakan untuk membiakkan virus-virus tersebut
bagi penghasilan vaksin. Sel janin yang digunakan diperolehi dari dua
pengguguran elektif yang dijalankan di Sweden dan England pada awal
tahun 1960an.
Pengguguran janin baru tidak perlu
dijalankan lagi kerana sel janin yang diperoleh dalam tahun 1960an
tersebut masih dikekalkan dalam kultur makmal. Ahli saintis memilih
untuk menggunakan sel janin atas beberapa sebab, iaitu:
i. Virus berbeza dari bakteria kerana ia
memerlukan sel untuk membiak. Sel manusia adalah media yang lebih baik
bagi menggalakkan pembiakan virus manusia, berbanding dengan sel haiwan.
ii. Sel janin kebal dan boleh membiak banyak kali sebelum mati, berbeza dari sel lain yang hanya membiak secara terhad sebelum mati.
4. Mengapakah formaldehid terkandung di dalam vaksin?
Formaldehid adalah bahan sampingan yang terhasil dari proses pembuatan vaksin. Formaldehid
digunakan dalam proses penghasilan sesetengah vaksin untuk melemahkan
virus (seperti virus polio dan hepatitis A) atau toksin bakteria
(seperti toksin difteria dan tetanus). Hampir semua formaldehid dinyahkan semasa proses penghasilan vaksin dan yang tinggal hanya dalam kuantiti yang amat sedikit.
Formaldehid juga boleh ditemui
dalam saluran darah manusia kerana ia merupakan bahan sampingan sintesis
protein dan DNA. Kuantiti formaldehid dalam darah adalah sepuluh kali
lebih tinggi berbanding kandungannya dalam vaksin.
5. Mengapakah antibiotik terkandung di dalam vaksin?
Antibiotik digunakan semasa proses
penghasilan beberapa jenis vaksin untuk mencegah pencemaran bakteria.
Terdapat kebimbangan sekiranya antibiotik ini boleh mendatangkan bahaya
seperti tindakbalas allergik apabila mengambil antibiotik untuk rawatan
jangkitan. Walau bagaimanapun, jenis antibiotik yang digunakan dalam
vaksin seperti neomycin, streptomycin, polymixin B, chlortetracycline dan amphothericin B bukanlah antibiotik yang lazimnya menyebabkan kesan allergik.
6. Proses pembuatan vaksin
Vaksin terhasil daripada pembiakan
organisma hidup. Sesetengah organisma tersebut adalah penyebab penyakit
berbahaya. Oleh itu, penghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang
dikawalselia dengan rapi. Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada
peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi
Amalan Pengilangan Baik (GMP). Perkara asas yang perlu dipatuhi
termasuk:
• memastikan produk adalah selamat untuk kegunaan masyarakat; dan
• memastikan identiti, kekuatan, kualiti dan keaslian produk sentiasa mematuhi spesifikasi yang ditetapkan
• memastikan identiti, kekuatan, kualiti dan keaslian produk sentiasa mematuhi spesifikasi yang ditetapkan
Penghasilan vaksin dijalankan di dalam
persekitaran bebas kuman (aseptik) dan dipantau secara rapi melalui
langkah-langkah kawalan kualiti. Proses penghasilan boleh berbeza
mengikut jenis vaksin kerana beberapa komponen yang digunakan dalam
proses penghasilan adalah khusus kepada jenis vaksin sama ada
berunsurkan virus atau bakteria. Secara amnya, penghasilan vaksin
melibatkan empat langkah asas:
Rajah 1: Empat langkah dalam proses penghasilan vaksin
i) Pembiakan
Pembiakan organisma hidup yang digunakan dalam vaksin.
ii) Pengasingan
Pengasingan organisma hidup daripada sel atau media pertumbuhan yang digunakan semasa langkah pembiakan.
iii) Penulenan
Mengeluarkan semua bahan yang mungkin melekat pada organisma yang dikultur, atau memisahkan bahagian khusus daripada organisma untuk digunakan dalam vaksin.
iv) Formulasi
Melibatkan pencampuran bahan yang telah
ditulenkan ke dalam larutan sehingga ia mencapai kepekatan yang sesuai.
Proses ini juga merangkumi penambahan komponen seperti pengawet,
pelarut, adjuvant dan agen penstabil. Di peringkat akhir proses
penghasilan, vaksin diisi ke dalam botol atau picagari dan dibungkus
untuk dihantar ke fasiliti kesihatan.
Contoh: Penghasilan vaksin berunsurkan virus
Oleh kerana virus hanya membiak di dalam
sel hidup, virus yang digunakan dalam vaksin dibiakkan di dalam sel
(seperti telur ayam) atau sel Vero (seperti sel Vero). Setelah virus
membiak, ia diasingkan daripada sel dan medium kultur sel. Beberapa
teknik digunakan untuk proses pengasingan ini, seperti pemecahan sel
menggunakan bahan kimia, sentrifugasi dan penapisan atau proses
penyeragaman.
Proses seterusnya adalah penulenan
virus, yang juga melibatkan beberapa teknik sentrifugasi, penapisan
ultra, kromatografi atau penulenan menggunakan bahan kimia. Pada
peringkat ini, virus juga dilemahkan secara kimia untuk penghasilan
vaksin menggunakan virus yang dilemahkan.
Persediaan virus tadi kemudiannya
dicampurkan dengan bahan lain untuk memastikan setiap dos vaksin
mencapai kepekatan yang sesuai agar boleh diberikan secara selamat. Pada
peringkat ini, vaksin boleh digabungkan dengan antigen lain (seperti
vaksin measles-mumps-rubella). Produk yang telah dicampurkan diisi ke
dalam botol atau picagari. Sesetengah vaksin dikering-bekukan pada
peringkat ini bagi memanjangkan tempoh simpanan vaksin.
Contoh: Proses penghasilan vaksin berunsurkan bakteria
Bakteria tidak memerlukan sel hidup
untuk membiak, maka ia dibiakkan dalam bioreaktor yang mengandungi media
kultur khusus. Setelah dibiakkan, pengasingkan dilakukan secara
sentrifugasi atau menggunakan teknik khusus bagi mengekstrak
polisakarida. Proses penulenan adalah khusus kepada antigen yang
digunakan, seperti pemendakan kimia atau pemeringkatan, penapisan ultra
and langkah kromatografi.
Pada peringkat ini, protein pembawa boleh
digabungkan dengan vaksin polisakarida dan vaksin yang telah digabungkan
kemudiannya ditulenkan melalui pelbagai teknik penapisan atau
kromatografi. Produk yang telah ditulenkan kemudiannya digunakan sebagai
vaksin. Pada peringkat ini juga produk boleh digabungkan dengan
beberapa antigen lain.
Sesetengah vaksin polisakarida mengandungi
beberapa jenis polisakarida (seperti vaksin polisakarida pneumococcal
mengandungi 23 polisakarida berbeza) manakala sesetengah vaksin
berunsurkan bakteria digabungkan dengan bakteria lain dan/atau antigen
virus (seperti vaksin difteria-tetanus-pertussis–Hepatitis B atau juga
dikenali sebagai DTP-Hep B).
7. Bagaimana vaksin berfungsi
Tubuh kanak-kanak menghasilkan sel dan
antibodi secara semulajadi bagi melindungi nya daripada jangkitan virus
dan bakteria. Walau bagaimanapun, mekanisma pertahanan ini boleh
dirangsang dengan suntikan vaksin. Antigen dalam vaksin bertindak
merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun) untuk menghasilkan
antibodi khusus terhadap penyakit tertentu. Ia menguatkan imuniti
melalui rangsangan kepada sel pertahanan supaya mengenali virus atau
bakteria tertentu untuk dilawan pada masa hadapan. Kesan maksimum
sesuatu vaksin lazimnya akan bermula selepas dos terakhir vaksin
tersebut diambil mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.
8. Mengapa kanak-kanak diberi imunisasi semasa masih bayi?
Kanak-kanak dijangkiti penyakit cegahan
vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang lebih lemah
berbanding orang dewasa. Vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka
melalui rangsangan kepada sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka
daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa. Maka,
adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi imunisasi seawal mungkin
mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.
9. Adakah vaksin benar-benar mencegah penyakit?
Melalui imunisasi,
• Smallpox telah berjaya
dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia pada tahun 1980. Smallpox adalah
penyakit yang tiada rawatan dengan kadar kematian yang tinggi. Ia
menyebabkan parut atau buta kepada orang yang dijangkiti.
• Poliomyelitis telah dibasmi di tiga rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi polio pada Oktober 2000.
• Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit cegahan vaksin telah berkurangan dengan ketara. Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti penyakit yang boleh dicegah ini. Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta lagi kanak-kanak dan orang dewasa akan mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain.
• Kita dilindungi dari barah (kanser) tertentu seperti vaksin Human papilloma virus (HPV) memberi perlindungan terhadap kanser pangkal rahim manakala vaksin hepatitis B memberi perlindungan terhadap kanser hati.
10. Anak saya sihat dan kuat. Mengapa dia perlu diberi imunisasi?
Tidak dapat dipastikan anak yang sihat
akan sentiasa bebas dari dijangkiti penyakit cegahan vaksin. Penyakit
boleh menjangkiti seseorang tanpa disangka. Sekiranya kanak-kanak telah
diberi imunisasi, mereka akan terlindung dari penyakit cegahan vaksin.
11. Adakah vaksin memberi perlindungan 100% terhadap penyakit cegahan vaksin?
Keberkesanan vaksin tidaklah 100%.
Tindakbalas tubuh seseorang terhadap vaksin adalah berbeza-beza, dan
terdapat kemungkinan sesetengah orang tidak menghasilkan tindakbalas
imun yang mencukupi terhadap vaksin yang diambil. Hasilnya, individu
seperti ini tidak dilindungi dengan berkesan. Terdapat vaksin yang
memerlukan dos tambahan (booster) untuk membantu menguatkan imuniti
terhadap penyakit tertentu. Perlindungan yang diperolehi dari vaksin
adalah lebih baik dari tiada perlindungan langsung.
12. Bukankah daya lawan jangkitan yang diperoleh secara semulajadi lebih baik dari imunisasi?
Bagi menghasilkan perlindungan (imuniti)
secara semulajadi terhadap penyakit tertentu, seorang kanak-kanak perlu
dijangkiti oleh bakteria atau virus tersebut, dan sembuh sepenuhnya
dari jangkitan itu. Dalam proses tersebut, kanak-kanak berisiko untuk
mengalami komplikasi jangkitan yang boleh mengancam nyawa. Vaksin, sama
ada yang berunsurkan bakteria atau virus yang telah dimatikan atau
dilemahkan memberi perlindungan setaraf dengan perlindungan (imuniti)
semulajadi hasil dari jangkitan, tanpa perlu melalui risiko komplikasi
jangkitan.
Vaksin menggunakan tindakbalas
semulajadi tubuh terhadap jangkitan untuk merangsang sistem daya lawan
jangkitan (imun). Maka sekiranya seseorang terdedah kepada patogen
tertentu pada masa hadapan, sistem imun individu tersebut akan
‘mengenali’ patogen tersebut dan menghasilkan tindakbalas yang berkesan
bagi menyekat jangkitan tersebut atau mengurangkan keterukan gejalanya.
13. Berapa lamakah tempoh perlindungan yang diperoleh dari imunisasi?
Tempoh perlindungan sesuatu vaksin
berbeza-beza bergantung kepada jenis vaksin dan cara penghasilannya.
Sesetengah vaksin memberi perlindungan sepanjang hayat, manakala
terdapat vaksin yang boleh memberi perlindungan sehingga 30 tahun.
Terdapat juga vaksin yang memerlukan dos tambahan (booster) untuk memastikan perlindungan berterusan.
14. Mengapakah sesetengah vaksin diberi beberapa kali?
Sesetengah vaksin memberi perlindungan
untuk tempoh terhad. Maka, dos tambahan (booster) diperlukan untuk
merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun) dan memastikan antibodi
pada paras yang tinggi. Sekiranya anak anda tidak mengambil dos tambahan
mengikut jadual yang ditetapkan, mereka tidak akan dilindungi dengan
berkesan.
15. Vaksin perlu diberi mengikut jadual yang ditetapkan
Vaksin diberi mengikut jangkamasa yang
telah ditetapkan. Ia bagi memberi peringatan dan ransangan kepada tubuh
untuk menghasilkan perlindungan yang berkesan. Jangkamasa di antara dos
vaksin bergantung kepada jenis vaksin tertentu.
Pastikan anak anda menerima kesemua dos
lengkap pelalian dan patuhilah jadual imunisasi yang telah ditetapkan.
Ia bagi memastikan anak anda mendapat perlindungan yang optimum.
Sekiranya anak anda tertinggal satu dos
vaksin, sila maklumkan doktor / jururawat secepat mungkin. Tarikh baru
untuk suntikan dos seterusnya akan diberikan.
16. Vaksin melindungi kita serta orang lain dalam masyarakat (imuniti kumpulan)
Apabila sebahagian besar masyarakat
telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit cegahan vaksin,
bakteria/virus penyebab penyakit tersebut sukar mencari seseorang yang
boleh dijangkiti. Oleh itu, seluruh masyarakat akan terlindung dari
jangkitan penyakit tersebut, ini dinamakan ‘imuniti kelompok’. Imuniti
kelompok hanya dicapai dengan liputan imunisasi yang tinggi. Ia berupaya
melindungi mereka yang tiada perlindungan imunisasi dan berisiko
daripada dijangkiti bakteria/virus tersebut.
Maka, imunisasi bukan
sahaja melindungi individu, tetapi turut melindungi seluruh keluarga,
masyarakat dan negara. Sebagai ahli masyarakat, kita bertanggungjawab
untuk melindungi mereka yang tidak sesuai menerima imunisasi seperti
kanak-kanak yang menghidap barah (kanser) dan perlu menjalani rawatan
kemoterapi; lantas mereka berisiko untuk mendapat jangkitan.
Tanggungjawab kita untuk melindungi mereka.
17. Bagaimana vaksin dikatakan selamat sekiranya ia mengandungi kuman?
Vaksin dihasilkan dari keseluruhan atau
sebahagian virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan.
Virus / bakteria tersebut tidak berupaya untuk menyebabkan penyakit
kepada kanak-kanak yang sihat.
18. Terdapat terlalu banyak vaksin untuk kanak-kanak, tidakkah sistem daya lawan jangkitan anak saya terlalu terbeban?
Vaksin tidak akan membebankan sistem
daya lawan jangkitan (imun) kanak-kanak kerana sistem imun mereka boleh
bertindakbalas terhadap pelbagai keadaan.Vaksin mengandungi antigen yang
amat sedikit berbanding dengan pendedahan tubuh terhadap antigen asing
melalui makanan, minuman dan aktiviti lain. Maka, lebih dari satu vaksin
boleh diberi pada satu masa atau selepas tempoh tertentu, dan tidak
akan membahayakan sistem imun kanak-kanak.
19. Adakah vaksin selamat, terutama bagi bayi dan kanak-kanak yang masih terlalu muda?
Sebelum vaksin dipasarkan secara
komersial untuk digunakan, ia diuji dengan rapi pada ribuan orang
menerusi kajian klinikal berskala besar. Ia dipantau dengan ketat bagi
menjamin keselamatan penerimanya. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah,
Kementerian Kesihatan Malaysia akan mendaftarkan / meluluskan sesuatu
vaksin sebelum ia boleh digunakan di Malaysia dan dimasukkan ke dalam
program imunisasi.
20. Adakah vaksin mempunyai kesan sampingan?
Vaksin boleh menyebabkan kesan
sampingan, seperti kesakitan dan kemerahan pada tempat suntikan atau
demam. Namun kebanyakan kesan sampingan ini adalah ringan dan sembuh
dengan segera. Adalah sukar untuk menjangka siapa yang akan mengalami
kesan sampingan ringan dan siapa yang berkemungkinan mengalami kesan
sampingan yang lebih serius kesan dari pengambilan vaksin. Lazimnya
kesan sampingan serius amat jarang berlaku.
Kementerian Kesihatan Malaysia memantau
keselamatan penggunaan vaksin secara berterusan. Kakitangan kesihatan
dari fasiliti kesihatan Kerajaan mahupun swasta, syarikat vaksin dan
orang awam boleh melaporkan kepada pihak Kementerian sebarang kesan
sampingan yang dialami selepas penerimaan vaksin dengan menghubungi 03 –
7883 5400 atau melalui emel ke alamat:
21. Adakah sebab mengapa seseorang tidak boleh diberi imunisasi?
Sentiasa berbincang dengan doktor /
jururawat sebelum anak anda menerima sebarang vaksin. Sila maklumkan
kepada doctor / jururawat sebarang sejarah perubatan keluarga dan
sejarah penyakit atau alahan yang anak anda pernah alami. Ini akan
membantu memastikan sama ada anak anda boleh menerima vaksin tertentu.
Individu berikut adalah dinasihatkan agar berbincang dengan doctor / jururawat sebelum menerima sebarang vaksin:
Individu berikut adalah dinasihatkan agar berbincang dengan doctor / jururawat sebelum menerima sebarang vaksin:
• Pernah mengalami tindakbalas atau kesan sampingan serius setelah menerima suntikan vaksin tertentu
• Menghidap penyakit seperti barah (kanser), HIV/AIDS, kencing manis (diabetes), penyakit jantung atau paru-paru, serta lain-lain penyakit
• Sedang menerima rawatan untuk barah (kanser), rawatan steroid atau immunosuppressant; kerana rawatan-rawatan tersebut melemahkan sistem daya lawan jangkitan tubuh (imun).
• Sedang mengandung kerana sesetengan vaksin tidak disyorkan diambil semasa mengandung
• Sekiranya kurang sihat pada hari vaksin sepatutnya diberi, terutama sekiranya sedang mengalami gejala yang sederhana atau teruk.
22. Mengapa orang dewasa perlu diberi imunisasi?
Ibu mengandung
Banyak penyakit boleh menjangkiti ibu mengandung dan kandungannya. Contohnya jangkitan hepatitis B, rubella dan tetanus (kancing gigi). Terdapat vaksin yang boleh diambil diambil sebelum mengandung (seperti vaksin Hepatitis B dan vaksin rubella) atau semasa mengandung (seperti vaksin tetanus) yang akan mencegah pelbagai komplikasi kepada ibu mengandung dan kandungannya.
Banyak penyakit boleh menjangkiti ibu mengandung dan kandungannya. Contohnya jangkitan hepatitis B, rubella dan tetanus (kancing gigi). Terdapat vaksin yang boleh diambil diambil sebelum mengandung (seperti vaksin Hepatitis B dan vaksin rubella) atau semasa mengandung (seperti vaksin tetanus) yang akan mencegah pelbagai komplikasi kepada ibu mengandung dan kandungannya.
Perjalanan ke luar negara
Sesetengah penyakit adalah endemik (biasa berlaku) di beberapa negara di dunia. Oleh kerana itu, terdapat vaksin khusus yang disyorkan sebelum melawat ke negara yang berisiko berlaku jangkitan ini seperti vaksin demam kuning sebelum melawat ke negara-negara di benua Afrika; pelalian polio sebelum melawat negara Nigeria, Afghanistan atau Pakistan memandangkan negara-negara ini masih mempunyai kes poliomyelitis.
Jemaah
Haji pula perlu mengambil vaksin meningococcal ACW135Y kerana ia telah
ditetapkan / diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Walaupun tiada
peraturan yang ditetapkan untuk mengambil vaksin tertentu sebelum pergi
ke luar negara, adalah satu langkah yang bijak untuk mendapatkannya. Ia
bertujuan mencegah dari mendapat jangkitan penyakit semasa di luar
Negara. Ia juga bagi menghalang dari menyebarkan jangkitan tersebut
kepada orang yang disayangi setelah pulang ke tanahair.
Penyakit Bermusim
Vaksin memberi perlindungan terhadap penyakit bermusim seperti influenza yang berlaku setiap tahun. Vaksin tersebut boleh mencegah ketidakhadiran ke tempat kerja atau sekolah, kemasukan ke hospital atau kematian terutama apabila wabak berlaku. Warga emas dan individu dengan sistem imuniti yang lemah atau penghidap penyakit kronik adalah berisiko untuk mendapat komplikasi sekiranya dijangkiti penyakit bermusim, dan perlu mempertimbangkan pengambilan vaksin bermusim ini.
Vaksin memberi perlindungan terhadap penyakit bermusim seperti influenza yang berlaku setiap tahun. Vaksin tersebut boleh mencegah ketidakhadiran ke tempat kerja atau sekolah, kemasukan ke hospital atau kematian terutama apabila wabak berlaku. Warga emas dan individu dengan sistem imuniti yang lemah atau penghidap penyakit kronik adalah berisiko untuk mendapat komplikasi sekiranya dijangkiti penyakit bermusim, dan perlu mempertimbangkan pengambilan vaksin bermusim ini.
Warga Emas
Warga emas (berumur lebih 65 tahun) secara umumnya mempunyai sistem imuniti yang lemah. Mereka mudah terdedah kepada jangkitan penyakit cegahan vaksin. Oleh itu, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin tertentu seperti vaksin pneumococcal.
Warga emas (berumur lebih 65 tahun) secara umumnya mempunyai sistem imuniti yang lemah. Mereka mudah terdedah kepada jangkitan penyakit cegahan vaksin. Oleh itu, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin tertentu seperti vaksin pneumococcal.
23. Isu Keraguan Dan Penolakan Vaksin Dan Imunisasi Oleh Golongan Yang Mengamalkan Perubatan Homeopati.
Terlalu sedikit kajian saintifik yang
telah dijalankan ke atas persediaan homeopati, dan tiada kajian
saintifik yang telah dijalankan ke atas persediaan homeopati yang
digunakan untuk mencegah penyakit cegahan vaksin yang tersenarai dalam
jadual imunisasi kebangsaan. Manakala keberkesanan vaksin konvensional
telah terbukti melalui kajian berskala besar yang telah dijalankan untuk
mengkaji keselamatan dan keberkesanan vaksin sebelum ia digunakan
dengan meluas. Oleh itu, keberkesanan persediaan homeopati dalam
mencegah penyakit cegahan vaksin masih belum dibuktikan.
Terdapat beberapa produk homeopati yang
dijual sebagai ‘vaksin’. Kebanyakan produk tersebut dihasilkan daripada
proses pencairan pati (ekstrak) tisu berpenyakit atau pati tumbuhan
kepada tahap di mana tiada bahan asal masih berbaki dalam hasil akhir
produk sebelum ia dijual. Proses ‘succussion’ tersebut dikatakan boleh
memindahkan kesan perlindungan dari bahan asal ke dalam air yang
digunakan untuk proses pencairan tersebut. Namun, dari sudut biologi
tiada penjelasan munasabah bagaimana pengambilan persediaan homeopati
tersebut boleh mencegah jangkitan dan / atau penyakit.
Ramai pengamal homeopati yang menyokong
pemberian vaksin konvensional untuk perlindungan terhadap penyakit
cegahan vaksin. Di antaranya, Persatuan Homeopati Australia dan
Persatuan Perubatan Homeopati United Kingdom mengesyorkan imunisasi
melalui pemberian vaksin konvensional. Persatuan Pengamal Homeopati.
United Kingdom juga tidak menggalakkan ahlinya menasihati pesakit supaya menolak vaksin.
Presiden Majlis Perubatan Homeopati
Malaysia (MPHM), Encik Zainul Azmi b. Ahmad juga sependapat dengan
badan-badan homeopati antarabangsa seperti Persatuan Homeopati British,
Fakulti Homeopati London, Jawatankuasa Homeopati Eropah, Jawatankuasa
Induk Homeopati Eropah, Majlis Homeopati Antarabangsa dan Daftar
Pengamal Homeopati Australia mengenai imunisasi. Imunisasi perlu diberi
menggunakan vaksin konvensional.
24. Program Imunisasi Kebangsaan
Di Malaysia, Program Imunisasi
Kebangsaan diperkenalkan pada awal tahun 1950an. Perkhidmatan tersebut
diberikan percuma untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan
tuberculosis (btuk kering), hepatitis B, difteria, pertussis (batuk
kokol), poliomyelitis, Haemophilus influenza type b, measles (campak),
mumps (beguk), rubella, human papillomavirus (HPV) dan Japanese
encephalitis (JE).
25. Tugas-Tugas Kakitangan Kesihatan
• Sentiasa beri penerangan kepada
pesakit atau ibubapa mengenai faedah imunisasi dan kepentingan mematuhi
jadual imunisasi, sebelum vaksin diberikan.
• Maklumkan kepada pesakit atau ibubapa jenis vaksin yang akan diberikan.
• Terangkan dengan ringkas dan jelas kesan sampingan yang boleh dialami selepas suntikan vaksin.
• Berikan suntikan vaksin mengikut prosedur yang betul.
• Catatkan nama vaksin, nombor kelompok dan tarikh luput vaksin dalam buku atau kad kesihatan kanak-kanak.
26. Apa Pandangan Islam Mengenai Penjagaan Kesihatan Ummah
Di dalam Islam penjagaan terhadap lima
(5) perkara utama yang terkandung dalam Maqasid Syar’iyyah iaitu agama,
nyawa, akal, keturunan dan harta adalah amat dituntut. Penjagaan dan
pemeliharaan syariat terhadap lima (5) kriteria asas tersebut merupakan
satu perkara yang sangat penting dalam penentuan Syariat Islam.
Kesihatan individu dan masyarakat adalah antara tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat dan kemaslahatan kepada kehidupan seluruh umat manusia. Oleh itu, tindakan pencegahan daripada perkara-perkara yang boleh memudharatkan kesihatan dan nyawa manusia adalah amat dituntut oleh Islam bersesuaian dengan kaedah Fiqhiyyah ?? ????? ?? . (Menyekat Pintu Kerosakan).
27. Adakah Islam Membenarkan Imunisasi
Imunisasi adalah satu cara pencegahan
yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang
mengancam nyawa, khususnya kanak-kanak seperti demam campak (measles),
tibi (batuk kering), batuk kokol (pertussis), difteria, tetanus (kancing
gigi) atau polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi
mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh
syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu ??? ??? ???? ???? ??? ???
??? ???? (menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari
kemaslahatan).
Sesuatu kerosakan akan cepat berkembang
dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal.
Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah Al-
Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.
Program imunisasi ini bukan lagi
merupakan kehendak seorang individu, tetapi imunisasi kini menjadi
keperluan kepada masyarakat secara umumnya.
28. Adakah Islam Membenarkan Penggunaan Ubat Daripada Sumber Yang Haram
Islam pada dasarnya menegah penggunaan
ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit. Ketetapan
ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dari
Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah
menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap
penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu
semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram”.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan
darurat di mana tiada ubat lain yang boleh digunakan secara berkesan
untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu
dicegah dan dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan nyawa, ubat yang
bersumberkan perkara-perkara yang ditegah adalah diharuskan selama mana
tiada ubat lain dari sumber yang halal ditemui dan ianya dilakukan
mengikut kadar yang diperlukan sahaja.
Dalam mempertimbangkan keharusan ini,
syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keperluan tersebut berada
di peringkat darurat perlulah dipenuhi. Syarat-syarat tersebut ialah:
a. Berlaku atau wujud satu keadaan di
mana kemusnahan atau kemudharatan pada lima perkara asas ataupun
kemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepada sangkaan
yang kuat berpandukan pengalaman-pengalaman atau pengetahuan;
b. Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan dengan perintah atau larangan syarak, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh syarak untuk menghilangkan kemudaratan melainkan perkara yang ditegah;
c. Mestilah dipastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak dapat menghindarkan kemudharatan yang menimpa pesakit;
d. Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja; dan
e. Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah dipasti dan perakui oleh seorang doktor pakar muslim yang adil.
29. Apa Pendirian/Ketetapan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Imunisasi
Fenomema ibubapa enggan memberikan
suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat
membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak
yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca
merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.
Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan
keselamatan umat manusia. Perlu difahami bahawa sesuatu perkara yang
hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak
sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga
agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang
penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini
pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan
kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.
Berdasarkan ketetapan dan panduan syarak
tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia sejak dari tahun 1988 lagi telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum yang berkaitan
langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat
Islam, antaranya Imunisasi Hepatitis B Menurut Islam, Pandangan Islam
Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus Dan
Polio, Ubat Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela), Hukum Suntikan Pelalian
Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam, Hukum Penggunaan
Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam
Proses Penghasilannya, Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus
(HPV) dan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo.
Maklumat-maklumat mengenai keputusan tersebut boleh diperolehi melalui Portal e-fatwa (www.e-fatwa.gov.my).
30. Koleksi Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Berkaitan Vaksin Dan Imunisasi
i) Kajian Semula Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Monumune
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang
bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Kajian
Semula Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Monumune. Muzakarah telah
memutuskan bahawa:
1. Setelah meneliti formulasi dan proses
terbaru dalam penghasilan Vaksin Menomune yang bebas daripada
penggunaan sebarang sumber haiwan beserta fakta-fakta dan hujah-hujah
yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan
Vaksin Meningitis Menomune yang dikeluarkan oleh Sanofi Pasteur adalah
diharuskan.
2. Oleh yang demikian, status pengharaman terhadap vaksin tersebut yang telah diputuskan pada Muzakarah kali Ke-53 tarikh 27 November 2002 adalah dibatalkan.
ii) Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17
Julai 2013 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis
Menveo. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
“Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah
serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa
hukum penggunaan Vaksin Meningitis Menveo adalah diharuskan”.
iii) Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-53 yang bersidang
pada 27 Nov 2002 telah membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin
Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam. Muzakarah telah memutuskan
bahawa hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis mencevax yang
diambil daripada sumber lembu adalah harus. Manakala vaksin pelalian
meningococcal Miningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi
adalah haram. (Sila rujuk Kajian Semula Hukum Penggunaan Vaksin
Meninggitis Monumen, 2014 untuk keputusan terkini)
Keterangan/Hujah:
Penyakit ‘Meningococcal Meningitis
adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria
Nesseria Meningitides. Jangkitan penyakit ini menyebabkan radangan pada
bahagian selaput otak dan saraf tunjang. Bakteria ini berjangkit melalui
hubungan secara langsung (close contact) dengan titisan mulut dan
hidung pesakit yang dijangkiti. Tempoh pengeraman jangkitan adalah di
antara 2 hingga 10 hari. Mereka yang mengidap jangkitan ini akan
mengalami demam, loya, bisa kepala dan sakit tengkuk (neck
stiffness).Antara 5 hingga 10% pengidap tidak menunjukkan tanda-tanda
klinikal tetapi masih berupaya menularkan penyakit (symtomless
carriers).
Dengan rawatan awal, kadar kematian dari jangkitan penyakit
ini adalah dari 5 hingga 15%, tetapi jika tanpa rawatan kadar kematian
akan melebihi 50%. Diagnosa penyakit ini melibatkan ujian makmal khas
seperti ujian cecair tulang belakang (cerebral spinal fluid).
Kejadian penyakit ‘Meningococcal
Meningitis di Malaysia berlaku secara sporadik dan pada kadar yang
rendah (50 kes setahun). Walau bagaimanapun kejadian penyakit ini di
Benua Afrika Utara adalah tinggi dan sering berlaku wabak. Langkah utama
pencegahan penyakit ini adalah melalui penjagaan kesihatan diri yang
baik serta mengelakkan ke tempat orang ramai yang sesak yang disyaki
mempunyai jangkitan penyakit berkenaan. Jangkitan penyakit ini boleh
dicegah melalui pelalian menggunakan Vaksin ‘Meningococcal Meningitis.
Pelalian boleh melindungi seorang dari jangkitan kuman penyakit tersebut
bagi tempoh yang terhad mengikut jenis Vaksin Meninggococcal Meningitis
yang digunakan.
Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko
jangkitan ‘Meningococcal Meningitis di kalangan jemaah haji dan umrah
semasa di Arab Saudi adalah tinggi dan atas sebab itu semua bakal haji
dan umrah adalah diwajibkan mendapatkan pelalian ‘Meninggococcal
Meningitis yang sah sebelum visa haji/umrah dikeluarkan. Peraturan
mewajibkan pelalian ‘Meninggococcal Meningitis ke atas bakal jemaah haji
dan umrah oleh Kerajaan Arab Saudi telah bermula sejak tahun 1988 lagi.
Pada mulanya jenis vaksin yang diwajibkan digunakan kepada bakal jemaah
haji dan umrah adalah Vaksin ‘Meningococcal Mengintis A, C.
Walaubagaimanapun disebabkan terdapat perubahan corak jenis kuman yang
menyebabkan jangkitan penyakit, mulai tahun 2002 Kerajaan Arab Saudi
mewajibkan penggunaan Vaksin ‘Meninggococcal Meningitis jenis A, C, Y,
W135 yang juga dikenali sebagai Vaksin ‘Meningococcal Meningitis
Quadrivalent (ACYW135). Satu suntikan Vaksin ‘Meningococcal Meningitis
(ACYW135) boleh memberi perlindungan kepada individu berkenaan selama 3
tahun dari jangkitan penyakit ‘Meninggococcal Meningitis yang disebabkan
oleh kuman Nisseria Meningitidies dari SerotypeA, C, Y, dan W135.
Pada masa ini di Malaysia terdapat dua (2) jenama Vaksin ‘Meninggococcal Quadrivalent dalam pasaran, yang didaftar dan diluluskan penggunaannya oleh Biro Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jenama tersebut adalah seperti berikut:
Jenama : Monumune Injection
Pengeluar : Syarikat Aventis Pharma, Malaysia
(Bahan mentah yang digunakan termasuk sumbersumber bovine (lembu), porsin (khinzir) dan Avian (itik). Bahagian yang digunakan termasuk susu, limpa dan bulu itik)
Pengeluar : Syarikat Aventis Pharma, Malaysia
(Bahan mentah yang digunakan termasuk sumbersumber bovine (lembu), porsin (khinzir) dan Avian (itik). Bahagian yang digunakan termasuk susu, limpa dan bulu itik)
Jenama : Mencevax Injection
Pengeluar : Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceuticals (Produk ini tidak mengandungi bahan dari sumber binatang kecuali laktosa daripada susu lembu)
Pengeluar : Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceuticals (Produk ini tidak mengandungi bahan dari sumber binatang kecuali laktosa daripada susu lembu)
Vaksin yang digunakan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia adalah dari jenama Mencevax yang dipasarkan oleh
Syarikat GlaxoSmithKline Pharmaceutical.
Pada prinsipnya ulama sepakat bahawa
makanan (termasuk perubatan) yang dibenarkan oleh Islam menggunakannya
adalah bahan yang baik (toyyib) yang tidak mempunyai unsur-unsur yang
merbahaya kepada kesihatan badan dan akal manusia. Al-Quran dan hadis
telah memperakui bahawa setiap bahan yang asalnya halal dan bersih akan
berubah hukum penggunaannya kepada haram jika wujud unsur-unsur najis
ketika pemprosesan bahan tersebut dilakukan. Ini berdasarkan firman
Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor”. (al-A`raf: ayat 156)
Bahan ubatan yang menggunakan bahan yang diragui kehalalannya adalah haram. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara kedua-duanya
terdapat perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahui oleh kebanyakan
manusia; apakah ia termasuk bahagian yang halal atau haram. Maka sesiapa
yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya
maka dia akan selamat. Dan sesiapa yang mengerjakan sedikitpun
daripadanya hampir-hampir ia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana
orang yang mengembala kambing di sekitar daerah larangan, dia
hampir-hampir jatuh kepadanya. Ingatlah, bahawa tiap-tiap raja mempunyai
daerah larangan. Ingat pula, bahawa daerah larangan Allah itu ialah
semua yang diharamkan”.
Kefahaman dan penghayatan tentang aspek
perubatan sangat penting kerana ia akan memberi kesan bukan sahaja aspek
kejiwaan pesakit malah juga dari aspek ibadat pesakit tersebut.
Umpamanya seseorang Islam yang memakan atau menggunakan bahan perubatan
yang haram atau najis maka ibadatnya tidak akan diterima Allah. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“Setiap daging yang tumbuh daripada (perkara) yang haram, maka api neraka lebih layak baginya”. (Riwayat al-Tabrani)
Walaubagaimanapun sekiranya tidak didapati oleh pesakit (atau orang
yang memerlukan) melainkan dalam keadaan dharurat dan terpaksa
menggunakan anggota haiwan yang tidak halal, maka tidak menjadi
kesalahan kerana keperluan yang mendesak tersebut. Ini berdasarkan
firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
“Sesiapa yang terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak
melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya Al
lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”. ( al-Baqarah: ayat 173)
iv) Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang
pada 15 – 17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pengambilan Vaksin
Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah telah membuat keputusan seperti
berikut:
1. Setelah mendengar taklimat daripada
pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan
hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam
menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan
seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat
secara umumya. Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang
diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di
kalangan wanita.
2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) di kalangan wanita.
3. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.
Keterangan/Hujah:
1. Vaksin HPV merupakan kaedah
pencegahan yang berkesan di Amerika Syarikat dan diberikan kepada
kanak-kanak seawal usia 11 tahun. Vaksin ini akan memberi kesan setelah
hampir 20 tahun untuk bertindak. Ia merupakan langkah pencegahan awal
untuk mengelakkan seseorang perempuan daripada terkena penyakit kanser
pangkal rahim yang mampu meragut nyawa. Pencegahan seawal belasan tahun
akan membantu mengurangkan risiko menerima penyakit ini dalam tempoh
beberapa tahun akan datang terutama sekali bagi wanita yang melalui
hubungan seksual secara sah di sisi syarak.
2. Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia yang mempunyai bilangan kes kanser servik tertinggi selepas kes kanser payudara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengenalpasti kanser servik sebagai kanser kedua tertinggi di kalangan wanita selepas kanser payudara, dan menyumbang kira-kira 12% daripada keseluruhan bilangan kes kanser di kalangan wanita Malaysia. Malah, mengikut nisbah kematian kepada minit, direkodkan sebanyak 1 kematian di kalangan wanita akibat penyakit ini dikenal pasti bagi setiap satu minit di dunia. Di Asia, 1 kematian direkodkan bagi setiap 4 minit.
3. Kajian menunjukkan, punca utama kanser ini berlaku adalah kerana jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) yang melata dan berkembang sehingga akhirnya berubah menjadi kanser. Human papilloma virus adalah daripada famili papillomaviridae yang mempunyai lebih 100 jenis virus. Daripada jenis-jenis ini, jenis 16 dan 18 adalah berisiko tinggi dan dikenal pasti sebagai punca utama kanser serviks. Virus ini boleh berjangkit melalui aktiviti seperti hubungan kelamin, seks oral, sentuhan kulit kelamin, berkongsi pakaian dalam, berkongsi alat perubatan yang telah tercemar dengan virus ini dan pemindahan virus daripada seorang ibu kepada anak. Kanser ini juga berpunca daripada hubungan seks secara aktif pada usia muda, mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ramai atau mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan.
4. Sistem imune dalam badan boleh mematikan virus ini, namun kerebakan dan pembiakannya boleh bertukar menjadi kanser serviks atau kanser di kawasan lain seperti di vagina, dubur dan mulut. Jangkitan virus ini mengambil masa 10-20 tahun untuk merebak dan membiak sebelum menampakkan kesannya yang sebenar. Kebimbangan pada virus ini ialah ia tidak mempunyai simptom atau tanda-tanda awal mengenai jangkitannya.
5. Pemvaksinan merupakan jalan pencegahan dan pencegahan adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah Usul Fiqh iaitu ?? ????? ??. Namun, sekiranya sesuatu yang diharuskan itu boleh membawa kepada perkara yang diharamkan, maka hukumnya adalah haram selaras dengan kaedah fiqh:
????? ??? ??? ?????? ???
6. Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada masyarakat. Dalam isu ini, vaksin HPV bukan lagi satu kehendak seseorang wanita, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.
v) Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah
membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang
Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Muzakarah telah
memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak
dibenarkan kerana:
1. Situasi kini dianggap tidak dharurat;
2. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan
3. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
Keterangan/Hujah:
i. Anthrax adalah sejenis penyakit
berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian mengejut dan darah
keluar dari semua rongga yang terbuka. Jangkitan anthrax boleh berlaku sama ada pada kulit
(cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax) atau
serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax). Vaksin BioThrax™
digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu
melindungi daripada jangkitan anthrax. RotaTeq pula ialah vaksin bagi
mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di
kalangan kanak-kanak.
ii. Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)
iii. Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.
iv. Dalam mempertimbangkan hukum keharusan mengambil benda haram dalam situasi dharurat beberapa kaedah fiqhiyyah boleh dijadikan sandaran. Antaranya ialah kaedah “ Dharurat mengharuskan perkara yang dilarang” atau ?? ?????? ? ? ?? ???? ????? . Dalam situasi sesebuah negara yang memerlukan perlindungan atau pelalian daripada ancaman serangan biologi seperti anthrax atau serangan cirit birit di kalangan kanak-kanak, kepentingan suntikan BioThrax™ dan RotaTeq tidak dinafikan sekiranya tiada alternatif lain.
Walaupun penggunaan BioThrax™ dan RotaTeq mungkin
diharuskan namun pengambilan suatu yang haram semasa dharurat dibatasi
dengan kaedah ?? ? ?????? ? ??? ? ??? ? ? (dharurat dinilai sekadar
keperluan). Dalam masa yang sama orang Islam wajib berusaha
bersungguh-sungguh keluar daripada situasi dharurat. Berdasarkan kaedah
ini, menggunakan suatu yang haram dalam situasi bukan dharurat adalah
dilarang.
v. Penggunaan Vaksin Biothrax dan Rotateq tidak diperlukan memandangkan Malaysia bukan dalam keadaan dharurat dan telah ada vaksin halal untuk kegunaan umat Islam di Malaysia.
vi. Setakat ini umat Islam di Malaysia mempunyai pilihan untuk menggunakan vaksin yang disahkan halal kerana pakar-pakar dalam bidang sains farmasi di Malaysia mampu menghasilkannya.
vii. Gesaan supaya menggunakan vaksin-vaksin yang mengandungi unsur-unsur yang tidak halal ini juga merupakan strategi musuh-musuh Islam untuk meracuni pemikiran dan daya ketahanan umat Islam apabila terlalu banyak sumber yang haram menjadi darah daging umat Islam.
vi) Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus Dan Polio
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
1. Program imunisasi campak, tibi, batuk
kokol, dipteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak kerana
berdasarkan kaedah ??? ??? ???? ???? ??? ??? ??? ???? “menolak kerosakan
adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan ” dalam perundangan
Islam.
2. Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci, sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.
Keterangan/Hujah:
Imunisasi adalah satu-satunya cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit seperti campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus atau polio. Mengikut kaedah fiqhiah iaitu ??? ??? ???? ???? ??? ??? ??? ???? “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”, maka program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah sampai kepada peringkat hajat.
Imunisasi adalah satu-satunya cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit seperti campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus atau polio. Mengikut kaedah fiqhiah iaitu ??? ??? ???? ???? ??? ??? ??? ???? “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”, maka program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah sampai kepada peringkat hajat.
Maka program tersebut adalah harus, kerana sesuatu kerosakan akan cepat
berkembang dan bahayanya adalah lebih besar. Oleh hal yang demikian
penggunaan vaksin dalam imunisasi itu adalah harus dari segi syarak.
Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 :
?? ?? ??? ???? ????? ?? ??? ???
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan”.
?? ?? ??? ???? ????? ?? ??? ???
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan”.
vii) Imunisasi Hepatitis B
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-22 yang bersidang
pada 24 Nov 1988 telah membincangkan Imunisasi Hepatitis B. Muzakarah
telah memutuskan bahawa vaksin untuk Imunisasi Hepatitis B yang
dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus digunakan untuk
tujuan tersebut kerana ragi adalah suatu bahan yang suci.
Keterangan/Hujah:
Hepatitis B ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
sejenis virus yang dinamakan Virus Hepatitis B. Virus ini terdapat pada
cecair badan seseorang pesakit seperti pada darah, air liur, air mani
dan mana-mana keluaran atau bendalir. Seorang pesakit atau pembawa
penyakit Hepatitis B akan merebakkan virus ini apabila cecair dari badan
mereka masuk ke dalam tubuh orang lain melalui luka, persetubuhan,
semasa proses kelahiran bayi, perkongsian jarum suntikan yang tercemar
dan lain-lain lagi. Virus ini boleh menyerang segenap lapisan umur.
Seseorang yang mendapat jangkitan, kadar
risiko untuk menjadi pembawa penyakit ini adalah bergantung kepada
umur. Bagi bayi-bayi yang dijangkiti semasa lahir, risiko menjadi
pembawa kronik ialah 90 hingga 95 peratus, manakala bagi golongan dewasa
ialah 5 hingga 10 peratus. Kesan bahaya pesakit dan pembawa penyakit
ini pada jangka masa panjang ialah penyakit kronik pada hati iaitu
cirrhosis hati dan kanser hati yang boleh membawa kematian. Penyakit
Hepatitis B ini boleh dicegah melalui vaksin yang digunakan untuk tujuan
imunisasi.
Terdapat dua jenis vaksin bagi kegunaan
imunisasi ini, iaitu vaksin yang diterbitkan dari plasma darah dan
vaksin yang dihasilkan dari ragi untuk kegunaan program imunisasi ini.
Tiga golongan akan diberi imunisasi ini, iaitu kepada bayi yang baru
lahir, pekerja perubatan dan kesihatan, dan penagih-penagih dadah yang
menggunakan suntikan.
Vaksin yang dihasilkan daripada ragi
adalah lebih utama untuk kegunaan dalam imunisasi hepatitis B jika
dibandingkan dengan vaksin yang dihasilkan oleh plasma darah. Ini adalah
kerana ragi adalah bahan suci yang jelas dibenarkan oleh Islam.
viii) Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 yang bersidang
pada 12 Sep 1988 telah membincangkan Pelalian Rubela (Imunisasi
Rubela). Muzakarah telah memutuskan bahawa Vaksin Rubela yang digunakan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa ini tidak najis dan
hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan bagi mencegah
penyakit rubela.
Keterangan/Hujah:
Rubela ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dan ia
mempunyai banyak persamaan dengan penyakit campak. Penyakit Rubela amat
merbahaya kepada bayi di dalam kandungan dan ia mudah berjangkit melalui
saluran pernafasan atau pergaulan yang rapat. Jika seseorang ibu
mengandung dijangkiti Rubela dalam tiga bulan pertama, bayi yang bakal
dilahirkan mungkin mati dalam kandungan atau jika dilahirkan
berkemungkinan akan mengalami terencat akal, cacat mata, jantung, hati,
limpa dan jantung.
Ketika Malaysia diserang penyakit Rubela ini sekitar tahun 1978 dan
1981, sebanyak 43 hingga 63 kes kecacatan kelahiran dilaporkan akibat
daripada penyakit ini dan ia meningkat dengan mendadak kepada 221 kes
pada tahun 1982. Mulai April 1988 Kerajaan telah melaksanakan program
suntikan Rubela kepada pelajar perempuan dan wanita yang berusia antara
15 dan 44 tahun.
Vaksin pelalian Rubela yang digunakan
diimport dari Itali dan tidak mengandungi sebarang tisu binatang.
Walaubagaimanapun vaksin tersebut diperbuat daripada tisu janin wanita
yang mengalami keguguran dan telah melalui beberapa proses termasuk
pencerakinan virus yang terdapat di dalam tisu janin tersebut. Vaksin
yang terhasil daripada beberapa proses di dalam makmal ini digunakan
bagi mencegah komplikasi kepada bayi sekiranya ibu yang mengandung
dijangkiti Rubela.
Hasil kajian dan penelitian tersebut
adalah didapati bahawa bahanbahan yang digunakan dan proses pembuatan,
persediaan vaksin dan bahan penstabil dalam imunisasi Rubela adalah
tidak najis. Keseluruhan proses yang digunakan dalam penyediaan vaksin
ini tidak melibatkan gelatin. Oleh itu ianya harus digunakan.
Berdasarkan kepada kaedah fiqh “Dharurat
Mengharuskan Tegahan” penggunaan suntikan rubela adalah atas asas hajat
kerana bagi menghindarkan perkara bahaya iaitu penyakit rubela, maka
ianya diharuskan oleh syarak.
Berdasarkan kepada prinsip al-dharuriyat
al-Khams, menolak kemudharatan terhadap agama, jiwa, akal, keturunan
dan harta adalah perlu diutamakan.
31. Rujukan
i. Appendix 3, Drug Registration Guidance Document (DRGD) First Edition, August 2013 at http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=122#sthash.gYP1Bf3u.dpuf
ii. Myths and realities: responding to arguments against immunisation. 5th edition. Canberra: Australian Government Department of Health and Ageing, 2013 – at: http://immunise.health.gov.au/internet/immunise/publishing.nsf/Content/uci-myths-guideprov
iii. Pink Book “Principles of Vaccination” – at : www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/downloads/prinvac.pdf
iv. Stanley A Plotkin, MD; Vaccine Fact Book 2012
v. Vaccine components, National Centre for Immunisation Research & Surveillance (NCIRS) Fact sheet: May 2013 (Content last updated February 2008)
vi. Robert J. Mitkusa, David B. Kinga, Maureen A. Hessb, Richard A. Forsheea, Mark O. Walderhauga. Updated aluminum pharmacokinetics following infant exposures through diet and vaccination. Vaccine 29 (2011) 9538– 9543.
vii. Global Advisory Committee on Vaccine Safety, June 2012. Weekly epidemiological record No. 30, 2012, 87, 277–288 ta http://www.who.int/wer.
Kredit : strengthsifoo.com
No comments
Post a Comment