6 Cara Menjadi Ibu Yang Baik Pada Anak Lelaki. Wajib Baca!
Ibu ibarat pelindung kepada anak. Kasih sayang dan sikap lemah-lembutnya tidak dapat digantikan oleh sesiapa pun.
Dalam setiap rumah tangga, peranan ibu sangat diperlukan. Bagi anak-anak, kerana kesabaran dan kepekaan seorang ibu, ibu menjadi tempat untuk mencurahkan segala beban, ujian dan permasalahan hidup.
Karakter seorang ibu sangat penting bagi setiap anak, baik buat anak perempuan mahu pun anak lelaki. Namun bagi anak lelaki, ibu adalah cinta pertamanya yang dapat mendidiknya untuk menjadi lelaki yang bertanggung jawab. Berikut adalah 6 cara yang dapat anda gunakan sebagai panduan untuk menjadi ibu yang baik bagi anak lelaki.
1. Ajarkan mereka tentang kesabaran dan kecekalan.
Masalah demi masalah yang menimpa dalam keluarga anda, anda harus tanganinya dengan kesabaran. Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu dapat menjadi contoh yang nyata bagi anak-anaknya. Ketika anda sabar dan cekal, hal itu akan mengajarkan kepada anak anda secara tidak langsung supaya suatu hari nanti mereka juga kuat mengatasi permasalahan yang akan dihadapinya.
2. Ajarkan mereka menjadi lemah-lembut.
Seorang anak laki-laki yang membesar tanpa kehadiran seorang ibu kebiasaannya akan menjadi seseorang yang kasar dan kurang peduli terhadap dirinya sendiri, tidak menghargai orang lain serta masyarakat sekitarnya. Ajarkanlah kepada anak lelaki anda agar menjadi lemah lembut dalam setiap perbuatan mereka, tanpa harus menghilangkan sisi tegasnya seorang lelaki. Ingat, lemah-lembut bukan bererti pondan!
3. Jadilah agen penyatu.
Jadilah agen penyatu dalam kehidupan mereka. Terkadang di dalam rumah tangga, konflik pertikaian sesama anggota keluarga tidak dapat dielakkan, ibu adalah satu-satunya orang yang seharusnya berdiri pada posisi neutral (tidak menyokong sesiapa). Jadilah pendamai perselisihan antara anak dengan ayah atau anak anda dengan adik-beradiknya yang lain. Secara singkat jadilah penyatu untuk mempersatukan seluruh anggota keluarga, agar dapat bekerja sama dengan baik.
4. Sokonglah dia!
Ada kalanya hari-hari anak anda penuh dengan ujian, jadilah ibu yang peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfikirlah secara positif dan berikan kata-kata serta sokongan agar anak anda memiliki keyakinan dan optimis bahawa setiap satu masalah itu pasti ada jalan keluarnya.
5. Jadilah penasihat yang baik.
Seorang anak akan risau ketika pergi mengambil keputusan peperiksaan besar untuk yang pertama kalinya. Peranan anda di sini sangat diperlukannya, berikanlah nasihat-nasihat yang dia perlukan, bantulah dia untuk percaya diri dan mampu memahami kesan baik serta buruk dari setiap keputusan yang akan dia terima. Yakinkan dia bahawa apa pun keputusan yang akan dia ambil, itu adalah yang terbaik untuknya.
6. Menjadi sang pemberani.
Sebagai seorang wanita, anda juga harus berani dalam melakukan pelbagai aktiviti. Kadang anda harus melakukan sendiri tugas-tugas seorang lelaki tanpa harus menunggu hingga suami anda pulang dari kerja. Contohnya menukar mentol lampu. Mungkin bagi anda hal itu adalah biasa dan tidak perlu diendahkan, tetapi di mata anak anda, anda adalah seorang ibu yang hebat. Percayalah!
Artikel ini diterjemah dan diolah kembali daripada artikel asal yang ditulis oleh Agung Candra Setiawan.
No comments
Post a Comment