Malang Yang Berbau & Cara Tukar Tayar Kereta Perempuan Wajib Belajar
ASSALAMUALAIKUM...
"AISH!!! Babah memang nak pergi tukar tayar tadi, tapi pasal nak ambil cek dengan client tu babah ingat nak buat esok.. ishhh!" Tergambar kesal yang tak sudah di wajah ER. Saya sendiri memang tersangat sedih bila ditimpa musibah di saat semua orang mungkin sedang bersiap-siap menyediakan juadah berbuka. Tengok jam lebih kurang 6.40 petang. Sepatutnya ketika ini kami dah berada di rumah tapi kini tersadai di tepi jalan betul-betul berhadapan dengan tapak projek Pulai Hijauan. Mujur ada satu kawasan lapang di pinggir jalan tu, kalau tidak seram juga takut disambar lori yang laju membelah jalanraya.
Sebenarnya ada beberapa kemujuran semalam ketika tayar kereta hadapan sebelah kanan kami pecah semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil Yaya pulang dari sekolah agama.
- Kami melalui jalan belakang/ highway GP yang agak lengang. Tak boleh dibayangkan jika kejadian berlaku di Jalan Skudai yang sesak ditambah pula biasanya ER akan memandu di lorong paling kanan.
- Lori bersaiz sederhana yang terletak selang satu kereta di hadapan
kami tiba-tiba memperlahankan kenderaan sedangkan sebelumnya agak laju
yang mengekornya tentulah laju juga. Yang peliknya kenapa tiba-tiba lori tu perlahan sedangkan tiada apa yang menghalang di depan. Mungkinkah dia telah terpandang di cermin sisinya yang tayar kereta kami mengempis kerana ketika itu kami sedang berada di selekoh dan cuba memberi satu isyarat kepada kami? Masa inilah ER merasa keadaan kereta/ stereng tidak begitu stabil. - Saya baru sahaja belajar/ tengok orang tukar tayar depan bijik mata.. hehehe.
Kalau nak diikutkan gemuruh saya memang berdarah gemuruh yang telah saya akui dalam entry yang lalu. Tapi jika diukur meter tenang, saya lebih cool dalam menghadapi situasi cemas berbanding ER. Tengok pun tahu memang jenis yang suka nak marah
bila ditimpa masalah, kan. Saya tahu tayar simpanan memang ada di
bonet. Yang saya musykil ialah alatan untuk menukar tayar tu sebab saya
tak pernah nampak dalam bonet kereta. Huhu. Saya tanya ER, dia kata...
"Mana ada," dengan nada sedih.Dia hilang ingatan sekejap rupanya.
ER tekan-tekan telefon untuk telefon Gary, mekanik kereta kami. Saya alihkan barang-barang dari bonet kereta terus hulur pada Yaya (Kami guna MPV jadi bonetnya bersambung terus dengan tempat duduk penumpang). Bonet dah 'clear' saya selak ruang tayar nampak satu beg mengandungi wheel brace di atas tayar simpanan. Saya tunjuk dengan ER, ER angguk-angguk, lega barangkali.
"Okey, takpeee.. i cuba tukar tayar guna tayar spare ini sendiri dulu nanti i datang sanalah bawa pelan-pelan," terdengar ER bercakap-cakap di telefon.
Maka tertonggeng-tonggenglah ER memulas jek meninggikan badan kereta. Agaknya dah sedia lahir berdarah Tun Teja, saya memang tak boleh senang duduk tengok saja. Berkali-kali saya menawarkan pertolongan tapi ER macam susah jer nak bagi, tak percaya ke??? Agaknya bila dah penat tertonggeng-tonggeng tu, barulah ER hulur besi jek untuk nak naikkan jek tu sementara dia pulak pulas nut skru tayar yang kempis. Dekat situ dia dah keliru nak putar arah mana. ER ni jenis lelaki pejabat dan saya pula teknikal.. bezagila kan.. hehe. Saya tunjuk ER arah yang betul untuk buka nut. ER memang selalu keliru bab skru dan nut ni.
Bila dah saling kerjasama, seorang naik/ turun jek, seorang buka/ tukar tayar maka segala-galanya terus jadi mudah. Dalam masa tak sampai setengah jam kami siap tukar tayar tu. Alhamdulillah. Terus ER boleh buat lawak raya ni nak balik Kuala Ketil sebab sekejap lagi terus pergi bengkel dan tukar tayar kereta baru.. huhu.
Maka buat pertama kalinya tahun ini kami bertiga beranak berbuka dalam kereta. Adushhhh! Sayu jer rasa hati masa kunyah burger Malaysia yang beli di BBU. Air pun tak ada dalam kereta rasa macam nak tersengkang jer kat tekak. Saya sempat juga bagi tazkirah dekat anak bapak dua orang ni. 'Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tarik satu nikmat sebab Dia nak bagi nikmat yang lain. Allah akan menduga hamba-Nya setakat yang kita mampu. Allahkan suka menduga hamba-Nya yang beriman.....' ya.. gitewlah konon-kononnya perasan macam baik sangat bila diuji dengan ujian yang sedikit sedangkan ada orang lain yang menempuh musibah yang lebih besar.Wallahualam.
Jom belajar cara tukar tayar kereta, wajib tahu ni tau ;-)))
1. Pancitkan tayar kereta... eh! Jangan!!! Tak pancit pun boleh tukar.. jom main tukar-tukar.. hehe.. Pastikan anda meletak kenderaan/ berada di atas jalan yang keras dan rata.
2. Buka bonet, tengok ada jek tak? Orang putih kata 'jack'. Ada? Okey, bawa keluar. Jek ni percuma (percuma ke) dengan pembelian sebijik kereta ok, kalau tak ada hantar report ke tribunal pengguna. Rupa jek??? Tengok bawah. Letak di bawah kereta kira-kira dua tiga jengkal dengan tayar yang nak tukar. Jangan naikkan dulu ya sebab nanti kalau longgarkan skru, tayar pun main pusing-pusing macam WANG BESAR! WANG BESAR!
ER tekan-tekan telefon untuk telefon Gary, mekanik kereta kami. Saya alihkan barang-barang dari bonet kereta terus hulur pada Yaya (Kami guna MPV jadi bonetnya bersambung terus dengan tempat duduk penumpang). Bonet dah 'clear' saya selak ruang tayar nampak satu beg mengandungi wheel brace di atas tayar simpanan. Saya tunjuk dengan ER, ER angguk-angguk, lega barangkali.
"Okey, takpeee.. i cuba tukar tayar guna tayar spare ini sendiri dulu nanti i datang sanalah bawa pelan-pelan," terdengar ER bercakap-cakap di telefon.
Maka tertonggeng-tonggenglah ER memulas jek meninggikan badan kereta. Agaknya dah sedia lahir berdarah Tun Teja, saya memang tak boleh senang duduk tengok saja. Berkali-kali saya menawarkan pertolongan tapi ER macam susah jer nak bagi, tak percaya ke??? Agaknya bila dah penat tertonggeng-tonggeng tu, barulah ER hulur besi jek untuk nak naikkan jek tu sementara dia pulak pulas nut skru tayar yang kempis. Dekat situ dia dah keliru nak putar arah mana. ER ni jenis lelaki pejabat dan saya pula teknikal.. beza
Bila dah saling kerjasama, seorang naik/ turun jek, seorang buka/ tukar tayar maka segala-galanya terus jadi mudah. Dalam masa tak sampai setengah jam kami siap tukar tayar tu. Alhamdulillah. Terus ER boleh buat lawak raya ni nak balik Kuala Ketil sebab sekejap lagi terus pergi bengkel dan tukar tayar kereta baru.. huhu.
Maka buat pertama kalinya tahun ini kami bertiga beranak berbuka dalam kereta. Adushhhh! Sayu jer rasa hati masa kunyah burger Malaysia yang beli di BBU. Air pun tak ada dalam kereta rasa macam nak tersengkang jer kat tekak. Saya sempat juga bagi tazkirah dekat anak bapak dua orang ni. 'Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tarik satu nikmat sebab Dia nak bagi nikmat yang lain. Allah akan menduga hamba-Nya setakat yang kita mampu. Allahkan suka menduga hamba-Nya yang beriman.....' ya.. gitewlah konon-kononnya perasan macam baik sangat bila diuji dengan ujian yang sedikit sedangkan ada orang lain yang menempuh musibah yang lebih besar.Wallahualam.
Jom belajar cara tukar tayar kereta, wajib tahu ni tau ;-)))
1. Pancitkan tayar kereta... eh! Jangan!!! Tak pancit pun boleh tukar.. jom main tukar-tukar.. hehe.. Pastikan anda meletak kenderaan/ berada di atas jalan yang keras dan rata.
2. Buka bonet, tengok ada jek tak? Orang putih kata 'jack'. Ada? Okey, bawa keluar. Jek ni percuma (percuma ke) dengan pembelian sebijik kereta ok, kalau tak ada hantar report ke tribunal pengguna. Rupa jek??? Tengok bawah. Letak di bawah kereta kira-kira dua tiga jengkal dengan tayar yang nak tukar. Jangan naikkan dulu ya sebab nanti kalau longgarkan skru, tayar pun main pusing-pusing macam WANG BESAR! WANG BESAR!
![]() |
gambar pinjam wikipedia |
3. Ada WHEEL BRACE tak? Atau orang Melayu kata pembuka (nut) tayar. Pun percuma dengan pembelian kereta. Mesti ada, kalau tak ada beli, pastikan ada satu dalam kereta. Ada macam-macam rope, tengok SINI.
![]() |
gambar pinjam wikipedia |
4. Sekarang longgarkan nut -nut skru pada tayar kereta anda yang pancit dengan menggunakan wheel brace. Cara longgarkan dengan memusingnya mengikut arah lawan jam. Dah buka semua nut, nut jangan buang, jangan lempar merata-rata. Letak tepi, jangan letak bawah kereta nanti susah nak cari ;p.
5. Okey, sekarang masa untuk menggunakan tenaga Tun Fatimah anda untuk naikkan jek. Kalau tak kuat, minum dulu air Kacip Fatimah OK. Naikkanlah anggaran anda boleh tarik keluar tayar kereta anda dan masukkan tayar yang baru. Jangan naik tinggi-tinggi pulak, cukuplah boleh keluar dan boleh masuk tayar tu semula.
6. Pasang semula nut, kalau ada empat pasanglah empat-empat. Kalau ada lima jangan tinggalkan salah satu, semua mesti pasang. Turunkan sedikit jek untuk ketatkan tayar kereta, arahnya ikut jamlah ya. Yang akhir-akhir tu dengan membiarkan wheel brace masih berada di nut/ skru tayar, anda pijaklah wheel brace tu untuk mengetatkan nut/ skru supaya lebih yakin kekejapan nut/ skru apabila memandu. Jangan lupa ketatkan ke-empat-empat nut/ skru dengan gaya yang macho.
7. Haaa.. kalau yang anda tukar tadi memang betul tayar pancit, janganlah bertangguh-tangguh untuk menukar tayar yang baru demi keselamatan anda dan keluarga anda.
8. Amaran : Jika anda berada di bahu jalan, jangan lupa letakkan tanda amaran, okey.
No comments
Post a Comment