Viral "Bahaya Tidur Selepas Sahur", Kita Dengar Apa Penjelasan Doktor Pakar
Seorang Doktor Pakar dari Group Pseudoscience Watch ingin membongkarkan satu mitos yang berlegar
viral dalam whatsapp dan juga media sosial yang seumpama dengannya.
Berikut ini adalah isi mesej tersebut.
Kami sediakan dalam bentuk point
agar para pembaca senang faham.
1) Ketika tidur, semua organ dalam
tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam
mencerna makanan.
Penerangan:
Pencernaan makanan sebenarnya terletak dibawah satu sistem saraf
dinamakan sebagai PARASYMPATHETIC NERVOUS system. Parasympathetic nervous
system inilah yg akan menyebabkan mode badan bertukar kepada REST AND DIGEST.
Iaitu setelah makan, selalunya badan mesti akan mengaktifkan saraf
parasympathetic utk mencernakan makanan tersebut. Disebabkan saraf para
sympathetic diaktifkan, maka kita pun akan merasa letih. Ini kerana seperti yg
saya kata awal2 tadi, mode badan akan bertukar kepada ‘Rest'(rehat) and
digest(pencernaan).
Saya nak bawa maksudnya di sini, apabila kita tidur atau pun
rehat, sebenarnya waktu tulah proses pencernaan sedang berlaku dgn rancak.
Bukan semakin lembab seperti dalam mesej tersebut. Jadi ianya bukan menjadi
penyebab kepada ketidakcernaan makanan itu.
Tapi utk tidur sebaik selepas makan pun tidak baik. Ini kerana
ianya akan meletakkkan kita pada posisi baring dimana makanan senang utk reflux
naik balik ke dalam esophagus. Chronic reflux(atau lebih tepat lagi
Gastroesophageal reflux disease/GERD) boleh menyebabkan cancer dibahagian bawah
esophagus.
Nasihat admin, lepas makan tunggu dalam 1 jam ataupun 2 jam supaya
makanan drpd perut itu boleh turun ke usus dahulu utk mengelakkan GERD. Lps tu,
baru tidor.
2) mesej itu mengatakan bacteria dalam usus adalah bersifat
anaerob iaitu mereka menghasilkan tenaga tanpa memerlukan oksigen berlainan dgn
kita. Mesej itu juga menyatakan bahawa bahan kumuh yg terhasil drpd proses
anaerob tersebut adalah nitric acid
Penjelasan:
Betul yang dalam usus banyak bakteria yg jenisnya anaerobic. Ini disebabkan dalam usus kurangnya oksigen. Oleh itu, bakteria yg mampu menghasilkan tenaga tanpa oksigen seperti anaerob ini sahaja yg dpt hidup.
Betul yang dalam usus banyak bakteria yg jenisnya anaerobic. Ini disebabkan dalam usus kurangnya oksigen. Oleh itu, bakteria yg mampu menghasilkan tenaga tanpa oksigen seperti anaerob ini sahaja yg dpt hidup.
Yang menjadi kesalahannya adalah apabila mengatakan proses anaerob
itu akan menghasilkan nitric acid. Fakta yg betul adalah proses anaeorob
tersebut akan menghasilkan LACTIC ACID. Bukan nitric acid
Dan bukan bakteria sahaja yg boleh menghasilkan tenaga tanpa
oksigen. Otot kita pun boleh menjalankan proses anaerob. Ianya berlaku apa bila
kita menggunakan otot kita utk melakukan kerja2 yg berat ataupun bersenam. Pada
ketika itu, oksigen tidak sempat dibekalkan kepada otot utk melakukan
fungsinya. Maka, sel otot terpaksa melakukan proses anaerob utk menghasilkan
tenaga supaya sels tersebut masih boleh berfungsi. Hasilnya adalah lactic acid
yg berkumpul di dalam otot. Sebab tu kalau org dah lama tak bersenam, tiba2 dia
bersenam balik. Selpas itu dia mesti sakit2 otot. Sebab lactic acid berkumpul.
3) Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat
makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.
Penjelasan: Ada beberapa bakteria dalam usus kita yg menghasilkan
ammonia. Benda ini adalah sesuatu yg normal dan hati dgn senangnya dpt
menguraikan ammonia ini.
Masalah hanya akan berlaku apabila hati tersebut gagal
berfungsi(liver failure). Waktu itu kandungan ammonia dalam badan boleh
meninggkat tinggi dan menyebabkan kesedaran(conciousness) seseorang pesakit itu
semakin kurang ataupun pesakit itu akan meracau. Keadaan ini dipanggil sebagai
Hepatic Encephalopathy
Nak stresskan di sini. Tiada istilah makanan akan membusuk dalam
perut dan menyebabkan bakteria itu membiak dgn lebih banyak ketika tidur. Ianya
adalau sesuatu yg sgt normal.
4) Menambah PH keasidan tubuh akan menyebabkan kanser. Terutamanya
bila ph<4 font="">4>
Penerangan: pH
Penerangan: pH
Dan pH badan yg rendah(asid) tidak menyebabkan kanser. Sebenarnya kanser
itu sendiri yg menyebabkan pH badan menjadi rendah. Ini disebabkan sel2 kanser
yg aktif membiak, membuatkan sel2 baru jauh drpd saluran darah. Ini menyebabkan
supply oxygen kepada sel2 kanser tersebut berkurangan. Oleh itu, sel2 kanser
itu akan menghasilkan tenaga secara anaerob(tanpa memerlukan oksigen) dan
menghasilkan bahan kumuh iaitu lactic acid seperti penerangan di atas . Inilah
yg akan menyebabkan pH berkurangan
Kesimpulannya
1) Tidor selepas sahur tidak akan menyebabkan bakteria membiak dan menghasilkan NITRIC ACID. Malah keadaan berehat/tidor akan menjadikan pencernaan makanan lebih rancak
1) Tidor selepas sahur tidak akan menyebabkan bakteria membiak dan menghasilkan NITRIC ACID. Malah keadaan berehat/tidor akan menjadikan pencernaan makanan lebih rancak
2) Tapi tidak dpt dinafikan kalau tidur lepas makan boleh
menyebabkan penyakit GERD
3) pH asid tidak menyebabkan kanser
4) Tidak perlu menyebarkan kesesatan atas nama Nabi SAW yg suci.
Kredit : Fb Pseudoscience Watch
No comments
Post a Comment