SLIDER

ramadhan
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Esok Dah Puasa...Ini 5 Moment Lucu Yang Anda Boleh Relate Dalam Bulan Ramadan…

2 Apr 2022



Bulan Ramadan merupakan bulan suci yang dinantikan umat Islam seluruh dunia. Pada bulan inilah kita diajak untuk memperbanyak amal ibadat selain menahan lapar dan dahaga. Nak kejar keberkatan bulan yang mulia ni. Bukan senang, tahun depan belum tentu jumpa!

Tapi disebabkan bulan puasa ni hanya setahun sekali, selalu terjadi moment lucu sama ada anda terlupa sedang berpuasa atau tak tahan sangat nak berbuka puasa. Kami nak share 5 ragam yang anda boleh relate bila tibanya bulan Ramadan. 


1. TERLAJAK NAK SAHUR, SEDAR JE DAH AZAN SUBUH.

Disebabkan waktu bersahur adalah pada awal pagi, kami yakin anda mesti pernah terlajak tidur sampai tak bersahur. Lagi sedih kalau sedar masa tengah azan Subuh. Rasa sedih tu tak boleh nak cakap la.

Bagi anda yang dah biasa berpuasa, mungkin anda rasa takde hal pun kalau tak bersahur. Tapi kalau jenis yang berpuasa masa bulan Ramadan je, mesti rasa nak berguling tunggu waktu berbuka kan?  Nasiblaaa…


2. DAH PLANNING AWAL NAK BERBUKA APA

Baru pukul 10 pagi dah fikir nak masak ke beli je untuk berbuka. Hmmm.. Perangai apa ni? Mungkin setakat planning awal takpe lagi, tapi kalau sampai pengaruh orang untuk sama-sama usha makanan untuk berbuka puasa, sampai anda pon lapar.

Lagi menyakitkan hati kalau anda tengok makanan lepas tu mengadu lapar. Ni boleh bawak gaduh… Baik mengaku anda ada buat tak perangai macam ni?


3. HANTU BAZAR RAMADAN

Puasa dan bazar merupakan 2 perkara yang tak boleh dipisahkan. Setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadan lah yang paling dinantikan. Kat sinilah anda boleh jumpa kuih-muih tradisional, ayam bakar, ayam golek, nasi ayam penyek dan pelbagai jenis air kat satu tempat. Harga yang dijual pon berpatutan.

Alang-alang bulan puasa ni mengajar kita erti kesabaran dan menahan nafsu, anda jangan la membazir semasa berbelanja. Beli ala kadar je, sekadar kenyangkan perut jangan nak over lak ye..


4. ASYIK TENGOK JAM… MACAM BARU BELAJAR PUASA

Jangan ingat dah besar tak buat perangai. Makin tua la kadang-kadang perangai  berpuasa mengalahkan budak-budak. Asyik tengok jam je, sebab tak sabar nak tunggu waktu nak berbuka.

Paling parah bila tinggal sejam dua sebelum berbuka, asyik tanya pukul berapa. Lepas tu, gaya lapar macam sebulan tak makan. Siapa ada kawan macam ni? Anda memang perlukan kesabaran yang tinggi nak layan mereka.


5. PERANGAI BILA TEGUK AIR WAKTU BERBUKA, KALAU BOLEH SATU JAG NAK HABISKAN..

Lepas seharian berpuasa, waktu berbuka pastinya dinantikan semua. Dapat pula air manis dan berais, pastinya dapat memberikan rasa lega. Dapat pula minum air favourite memang layan laaa. Kalau boleh nak ada 5-6 jenis air depan mata sewaktu berbuka....Kemudian bersiap-sedialah senak perut dan nak makan nasi pun dah tak dapat masuk..




Tak Sempat Ganti Puasa ? Dah Bayar Fidyah ? Begini Caranya

9 Mar 2022

 


PENGERTIAN FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

 

Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184:

 

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”

KIRAAN FIDYAH
Untuk memahami kaedah kiraan fidyah, sebagai contoh Fatimah meninggalkan puasa selama 7 hari kerana haid pada bulan Ramadan 1438H (2017). Berikut adalah contoh kiraan berdasarkan situasi:

Situasi 1

Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadan berikutnya pada tahun 1439H (2018).
Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

7hari x RM4.00 = RM28.00


Situasi 2
Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.

Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

(7hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00

Keterangan :

Justeru kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun.  Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya.



GOLONGAN YANG WAJIB MEMBAYAR FIDYAH

1. Uzur menunaikan puasa wajib

 Terdiri daripada golongan menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh, atau orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.

 Contoh:
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira seperti berikut:

Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah
30hari x Rm4.00 = RM120.00


2.Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.

 Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah yang lain kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh:
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

 Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

 7 hari X RM4.00 = RM28.00

 *Fidyah ini disebabkan oleh Puan Rina meninggalkan puasa kerana khuatir keselamatan anaknya.

**Puan Rina perlu menggantikan puasanya sebelum tiba Ramadan berikutnya.

*** Jika Puan Rina masih belum menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.


3.Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa

 Puasa yang ditinggalkan perlu digantikan. Jika masih tidak berganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh :

Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)

10 hari X RM4.00 = RM40.00 (FIDYAH)


 4.Orang yang telah meninggal dunia

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris-warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Contoh:

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM4.00 = RM52.00 (FIDYAH)


 5.Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

 Contoh:
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah ( cupak )

3 hari X RM4.00 = RM12 (FIDYAH)


Boleh guna KALKULATOR ini untuk kira kadar FIDYAH . Klik Here

Viral "Bahaya Tidur Selepas Sahur", Kita Dengar Apa Penjelasan Doktor Pakar

14 Jun 2017



Seorang Doktor Pakar dari Group Pseudoscience Watch ingin membongkarkan satu mitos yang berlegar viral dalam whatsapp dan juga media sosial yang seumpama dengannya.

Berikut ini adalah isi mesej tersebut.


Kami sediakan dalam bentuk point agar para pembaca senang faham.

1) Ketika tidur, semua organ dalam tubuh akan melambat metabolismenya, seperti usus dan perut akan lambat dalam mencerna makanan.

Penerangan:
Pencernaan makanan sebenarnya terletak dibawah satu sistem saraf dinamakan sebagai PARASYMPATHETIC NERVOUS system. Parasympathetic nervous system inilah yg akan menyebabkan mode badan bertukar kepada REST AND DIGEST. Iaitu setelah makan, selalunya badan mesti akan mengaktifkan saraf parasympathetic utk mencernakan makanan tersebut. Disebabkan saraf para sympathetic diaktifkan, maka kita pun akan merasa letih. Ini kerana seperti yg saya kata awal2 tadi, mode badan akan bertukar kepada ‘Rest'(rehat) and digest(pencernaan).

Saya nak bawa maksudnya di sini, apabila kita tidur atau pun rehat, sebenarnya waktu tulah proses pencernaan sedang berlaku dgn rancak. Bukan semakin lembab seperti dalam mesej tersebut. Jadi ianya bukan menjadi penyebab kepada ketidakcernaan makanan itu.

Tapi utk tidur sebaik selepas makan pun tidak baik. Ini kerana ianya akan meletakkkan kita pada posisi baring dimana makanan senang utk reflux naik balik ke dalam esophagus. Chronic reflux(atau lebih tepat lagi Gastroesophageal reflux disease/GERD) boleh menyebabkan cancer dibahagian bawah esophagus.

Nasihat admin, lepas makan tunggu dalam 1 jam ataupun 2 jam supaya makanan drpd perut itu boleh turun ke usus dahulu utk mengelakkan GERD. Lps tu, baru tidor.

2) mesej itu mengatakan bacteria dalam usus adalah bersifat anaerob iaitu mereka menghasilkan tenaga tanpa memerlukan oksigen berlainan dgn kita. Mesej itu juga menyatakan bahawa bahan kumuh yg terhasil drpd proses anaerob tersebut adalah nitric acid

Penjelasan:
Betul yang dalam usus banyak bakteria yg jenisnya anaerobic. Ini disebabkan dalam usus kurangnya oksigen. Oleh itu, bakteria yg mampu menghasilkan tenaga tanpa oksigen seperti anaerob ini sahaja yg dpt hidup.

Yang menjadi kesalahannya adalah apabila mengatakan proses anaerob itu akan menghasilkan nitric acid. Fakta yg betul adalah proses anaeorob tersebut akan menghasilkan LACTIC ACID. Bukan nitric acid

Dan bukan bakteria sahaja yg boleh menghasilkan tenaga tanpa oksigen. Otot kita pun boleh menjalankan proses anaerob. Ianya berlaku apa bila kita menggunakan otot kita utk melakukan kerja2 yg berat ataupun bersenam. Pada ketika itu, oksigen tidak sempat dibekalkan kepada otot utk melakukan fungsinya. Maka, sel otot terpaksa melakukan proses anaerob utk menghasilkan tenaga supaya sels tersebut masih boleh berfungsi. Hasilnya adalah lactic acid yg berkumpul di dalam otot. Sebab tu kalau org dah lama tak bersenam, tiba2 dia bersenam balik. Selpas itu dia mesti sakit2 otot. Sebab lactic acid berkumpul.

3) Terjadi pengumpulan gas racun amonia dalam tubuh anda akibat makanan yang tidak tercerna menjadi busuk dalam usus & perut anda.

Penjelasan: Ada beberapa bakteria dalam usus kita yg menghasilkan ammonia. Benda ini adalah sesuatu yg normal dan hati dgn senangnya dpt menguraikan ammonia ini.

Masalah hanya akan berlaku apabila hati tersebut gagal berfungsi(liver failure). Waktu itu kandungan ammonia dalam badan boleh meninggkat tinggi dan menyebabkan kesedaran(conciousness) seseorang pesakit itu semakin kurang ataupun pesakit itu akan meracau. Keadaan ini dipanggil sebagai Hepatic Encephalopathy

Nak stresskan di sini. Tiada istilah makanan akan membusuk dalam perut dan menyebabkan bakteria itu membiak dgn lebih banyak ketika tidur. Ianya adalau sesuatu yg sgt normal.

4) Menambah PH keasidan tubuh akan menyebabkan kanser. Terutamanya bila ph<4 font="">

Penerangan: pH
Dan pH badan yg rendah(asid) tidak menyebabkan kanser. Sebenarnya kanser itu sendiri yg menyebabkan pH badan menjadi rendah. Ini disebabkan sel2 kanser yg aktif membiak, membuatkan sel2 baru jauh drpd saluran darah. Ini menyebabkan supply oxygen kepada sel2 kanser tersebut berkurangan. Oleh itu, sel2 kanser itu akan menghasilkan tenaga secara anaerob(tanpa memerlukan oksigen) dan menghasilkan bahan kumuh iaitu lactic acid seperti penerangan di atas . Inilah yg akan menyebabkan pH berkurangan

Kesimpulannya
1) Tidor selepas sahur tidak akan menyebabkan bakteria membiak dan menghasilkan NITRIC ACID. Malah keadaan berehat/tidor akan menjadikan pencernaan makanan lebih rancak

2) Tapi tidak dpt dinafikan kalau tidur lepas makan boleh menyebabkan penyakit GERD

3) pH asid tidak menyebabkan kanser

4) Tidak perlu menyebarkan kesesatan atas nama Nabi SAW yg suci.

              JomMelancong



Orang Kampung Buka Puasa di Hotel Mewah

12 Jun 2017



Saya orang kampung. Rakyat marhaen biasa. Semalam sahabat baik saya seorang VIP menjemput saya berbuka puasa dengan beliau. Barangkali beliau ingin meraikan saya yang berada di KL sehari dua ini. Beliau mengajak saya berbuka puasa di sebuah hotel dengan hidangan yang mewah. Atas dasar meraikan jemputan sahabat maka saya pun hadir bersama dua orang yang mengiringi saya. Saya lihat ramai yang berbuka puasa di situ. Terdapat yang hadir atas belanja sendiri dan ramai juga atas syarikat masing-masing.

Saya sebenarnya kurang biasa berbuka di hotel dengan hidangan semewah itu. Semasa berbuka semalam, saya tidak bangun pun mengambil makanan-makanan hebat yang disediakan. Pertamanya saya rasa berat sedikit kerana nanti mengganggu orang ramai yang akan bertegur sapa dengan saya. Mungkin menggangu tumpuan mereka untuk mengambil makanan. Satu lagi, saya rasa tidak selesa apabila ada yang nak bergambar kerana latar makanan yang begitu ‘hebat’ nanti disalah fahami. 

Maka, saya hanya makan apa yang sahabat-sahabat lain ambil untuk meja kami. Itupun alhamdulillah, pelbagai jenis juga. Namun saya rasa kadar yang saya dapat makan dari hidangan itu tidak lebih dari 10 peratus harga berbuka puasa yang dibayar oleh sahabat saya itu. Saya terlebih dahulu berterima kasih kepada sahabat saya yang menjamu kami berbuka. Mungkin dia ingin berikan yang terbaik untuk saya. Semoga Allah berikan pahala untuk beliau. 

Kepadanya saya ucapkan seperti ucapan Nabi yang diriwayatkan oleh Anas r.a.: 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ إِلَى سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَجَاءَ بِخُبْزٍ وَزَيْتٍ فَأَكَلَ ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ


“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Sa`ad bin `Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: “Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.(Riwayat Abu Daud. sahih).


Juga ucapan seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w: 

جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا


Namun, di sini sebagai orang kampung marhaen, saya ingin melontarkan sedikit pandangan tentang berbuka puasa di hotel mewah seperti itu;


1. Bunyian muzik semasa berbuka tidak membantu merealisasi suasana berdoa semasa berbuka. Terdapat pelbagai riwayat hadis yang menunjukkan galakan berdoa semasa iftar. Puasa melunakkan jiwa kita. Bunyi-bunyian yang berlebihan itu boleh memadam kekusyukan dan kehalusan rohani.

2. Pembaziran yang mungkin terjadi disebabkan tidak mungkin dapat dihabiskan makanan sepadan dengan harga yang dibayar. Kita semua tahu Islam melarang pembaziran.

3. Mungkin akan ada yang cuba makan berlebihan supaya sepadan dengan harga yang dibayar. Maka akan berlaku berlebihan dalam berbuka dan membawa kepada berat dan malas untuk solat dan ibadah yang lain selepas itu.

Nabi s.a.w. menyebut: 

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ


“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertga untuk pernafasan. (Riwayat al-Tirmizi, katanya: hadith ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadith ini hasan).


4. Waktu selepas berbuka jika tidak dikawal akan berlarutan di meja makan, padahal kita sepatutnya selepas selesai urusan berbuka menumpukan kepada urusan ibadah di masjid. Ramadan hanya sebulan. Kita sepatutnya memberikan ruang waktu untuk ibadah khususnya solat qiyam Ramadan ataupun tarawih yang hanya ada pada malam-malam Ramadan.

Mohon maaf, ini sekadar pandangan orang kampong seperti saya ini. Namun, jika perkara-perkara yang disebutkan di atas dapat diatasi maka tidak menjadi masalah untuk berbuka di mana sahaja termasuk di hotel mewah sekalipun. 

Ramadan terhad. Kedatangannya hanya sebulan dalam setahun. Ia merupakan peluang yang Allah buka untuk kita meningkatkan pahala. Tahun hadapan belum pasti kita bertemu lagi dengan Ramadan. Semoga kita mengambil kesempatan dari Ramadan ini. 


Kepada Allah kita pohon keampunan.

Kredit : Fb DrMaza




Serius Korang ! Nak Kenyang Dan Bertenaga? Ini 7 Idea Sahur Yang Berkhasiat Di Bulan Ramadhan

31 May 2017



Admin ingin berkongsi pengalaman sendiri. Setiap kali Ramadhan, memang wajib admin makan OAT . Sebagai tambahan makan bersama kurma 3 biji. Nak bagitahu yang oat ni kita dah tahu ia penuh khasiat, cuma sajelah admin nak bagitahu, oat memang favourite food admin! Sangat-sangat sedap. Malah, selain di bulan Ramadhan, setiap hari admin akan layan oat pagi, tengah hari, petang dan malam. Kat dapur wajib kena ada oat. Jadi, bila bulan puasa, tiada masalah untuk admin sahur dengan oat. Kalau sesiapa yang on-diet , boleh ambil oat untuk membantu dalam proses nak kurus tu. Seriously, oat memang boleh mengenyangkan dan tahan sehingga berbuka. Bukan sahaja mengenyangkan, tapi bagus untuk kolesterol dan jantung.

Ya betul, ada sesetengah orang tak biasa makan oat, akan cakap tak sedap dan tak boleh telan. Sama dengan admin masa awal-awal dulu, masa mula nak berjinak-jinak dengan oat. Tapi lepas dah biasa latih diri makan oat, makin lama rasa macam makin sedap , dan sekarang dah tak boleh stop makan oat. Kalau tengok tv, sedang lepak dengan kawan-kawan, buat kerja, baca buku,  atau beriadah mesti nak kunyah oat. Dah jadi macam makanan wajib pula. Sekarang makan nasi pun , dah berkurang sukatannya. Anda mesti cuba. Tak rugi. Cuba sikit-sikit dulu, lama-lama akan OK.

Bukan sahaja kenyang dan berkhasiat tapi super sedappp ! I Love Oat ! Jom kita ikuti tips sahur di bawah.

-Admin Laman Qaseh- 

Dengan kembalinya bulan Ramadan, sudah pasti kaum wanita antara yang paling sibuk memikirkan menu yang sesuai untuk disajikan kepada keluarga, khususnya untuk bersahur. Biarpun mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.

Nasi adalah menu biasa bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, tetapi ada juga yang mahukan kelainan, selain mahukan menu yang mudah dan cepat untuk disediakan pada awal pagi. Untuk itu, kami kongsikan tujuh jenis juadah bersahur yang ringkas dan mudah untuk dicuba, terutama bagi mereka yang tidak mahu makan nasi setiap hari.

1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang
 
Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang pula, seperti yang diketahui ramai, merupakan sumber tenaga. Malah pengambilan pisang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.


2. Roti bakar gandum (whole wheat)  + tomato + telur goreng 'mata'

Gabungan biasa untuk sandwic ringkas, namun ianya kaya khasiat. Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi.

3. Paket 'Smoothie'

Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu 'protein smoothie' yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang. Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi. Contoh resipi di sini

4. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum

Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta cendawan atau tomato dan balutkan dengan roti tortilla untuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan. Contoh resipi di sini

5. Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju

Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien tinggi, seperti kale. Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.

6. Oatmeal bakar

Tak gemar oatmeal tradisional? Bolehlah cuba oatmeal dengan cara ini. Lebih sedap dan khasiatnya juga tak banyak yang berubah. Setelah dibakar, boleh disimpan di dalam peti ais dan hanya panaskan sahaja apabila hendak makan. Contoh resipi di sini

7. Paket oatmeal

Jika anda mahukan oatmeal dengan rasa dan rupa yang lebih menarik, mungkin ini sesuai untuk anda. Kisarkan oatmeal bersama buah-buahan yang digemari seperti epal, beri biru atau strawberi. Ia boleh disimpan selama kira-kira seminggu di dalam peti ais dan tentunya menjimatkan masa. Contoh resipi di sini


Kredit : AstroAwani


 

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.