SLIDER

iftar
Showing posts with label iftar. Show all posts

(Resepi : Video) Siakap 3 Rasa Ala Thai

25 Apr 2022


Sekejap je Ramadan dah hampir ke penghujungnya. Mesti seronok kan sebab dah nak dekat raya. Yeyyyy !! 

Emm untuk kaum wanita macam biasalah terfikir-fikir apa nak  masak berbuka malam ni. Dah tentu resepi-resepi special yang tengah viral kat medsoc.

Jadi sebelum terfikir nak beli bahan-bahan kat kedai runcit, admin cadangkan cuba resepi Siakap 3 Rasa Ala Thai ....konpem marvelles....Kalau jadik macam ala-ala Malaysia pun tak apalahhh, janji air tangan ibu/isteri ini mesti berkat dan sedap...ajomm..



RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI  

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak – untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos: 
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum 
1 sb guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara Memasak:
1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing. 

2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit. 

3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. 

4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. 

5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng. 

6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.


Esok Dah Puasa...Ini 5 Moment Lucu Yang Anda Boleh Relate Dalam Bulan Ramadan…

2 Apr 2022



Bulan Ramadan merupakan bulan suci yang dinantikan umat Islam seluruh dunia. Pada bulan inilah kita diajak untuk memperbanyak amal ibadat selain menahan lapar dan dahaga. Nak kejar keberkatan bulan yang mulia ni. Bukan senang, tahun depan belum tentu jumpa!

Tapi disebabkan bulan puasa ni hanya setahun sekali, selalu terjadi moment lucu sama ada anda terlupa sedang berpuasa atau tak tahan sangat nak berbuka puasa. Kami nak share 5 ragam yang anda boleh relate bila tibanya bulan Ramadan. 


1. TERLAJAK NAK SAHUR, SEDAR JE DAH AZAN SUBUH.

Disebabkan waktu bersahur adalah pada awal pagi, kami yakin anda mesti pernah terlajak tidur sampai tak bersahur. Lagi sedih kalau sedar masa tengah azan Subuh. Rasa sedih tu tak boleh nak cakap la.

Bagi anda yang dah biasa berpuasa, mungkin anda rasa takde hal pun kalau tak bersahur. Tapi kalau jenis yang berpuasa masa bulan Ramadan je, mesti rasa nak berguling tunggu waktu berbuka kan?  Nasiblaaa…


2. DAH PLANNING AWAL NAK BERBUKA APA

Baru pukul 10 pagi dah fikir nak masak ke beli je untuk berbuka. Hmmm.. Perangai apa ni? Mungkin setakat planning awal takpe lagi, tapi kalau sampai pengaruh orang untuk sama-sama usha makanan untuk berbuka puasa, sampai anda pon lapar.

Lagi menyakitkan hati kalau anda tengok makanan lepas tu mengadu lapar. Ni boleh bawak gaduh… Baik mengaku anda ada buat tak perangai macam ni?


3. HANTU BAZAR RAMADAN

Puasa dan bazar merupakan 2 perkara yang tak boleh dipisahkan. Setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadan lah yang paling dinantikan. Kat sinilah anda boleh jumpa kuih-muih tradisional, ayam bakar, ayam golek, nasi ayam penyek dan pelbagai jenis air kat satu tempat. Harga yang dijual pon berpatutan.

Alang-alang bulan puasa ni mengajar kita erti kesabaran dan menahan nafsu, anda jangan la membazir semasa berbelanja. Beli ala kadar je, sekadar kenyangkan perut jangan nak over lak ye..


4. ASYIK TENGOK JAM… MACAM BARU BELAJAR PUASA

Jangan ingat dah besar tak buat perangai. Makin tua la kadang-kadang perangai  berpuasa mengalahkan budak-budak. Asyik tengok jam je, sebab tak sabar nak tunggu waktu nak berbuka.

Paling parah bila tinggal sejam dua sebelum berbuka, asyik tanya pukul berapa. Lepas tu, gaya lapar macam sebulan tak makan. Siapa ada kawan macam ni? Anda memang perlukan kesabaran yang tinggi nak layan mereka.


5. PERANGAI BILA TEGUK AIR WAKTU BERBUKA, KALAU BOLEH SATU JAG NAK HABISKAN..

Lepas seharian berpuasa, waktu berbuka pastinya dinantikan semua. Dapat pula air manis dan berais, pastinya dapat memberikan rasa lega. Dapat pula minum air favourite memang layan laaa. Kalau boleh nak ada 5-6 jenis air depan mata sewaktu berbuka....Kemudian bersiap-sedialah senak perut dan nak makan nasi pun dah tak dapat masuk..




Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.