Admin ingin berkongsi pengalaman sendiri. Setiap kali Ramadhan, memang wajib admin makan OAT . Sebagai tambahan makan bersama kurma 3 biji. Nak bagitahu yang oat ni kita dah tahu ia penuh khasiat, cuma sajelah admin nak bagitahu, oat memang favourite food admin! Sangat-sangat sedap. Malah, selain di bulan Ramadhan, setiap hari admin akan layan oat pagi, tengah hari, petang dan malam. Kat dapur wajib kena ada oat. Jadi, bila bulan puasa, tiada masalah untuk admin sahur dengan oat. Kalau sesiapa yang on-diet , boleh ambil oat untuk membantu dalam proses nak kurus tu. Seriously, oat memang boleh mengenyangkan dan tahan sehingga berbuka. Bukan sahaja mengenyangkan, tapi bagus untuk kolesterol dan jantung.
Ya betul, ada sesetengah orang tak biasa makan oat, akan cakap tak sedap dan tak boleh telan. Sama dengan admin masa awal-awal dulu, masa mula nak berjinak-jinak dengan oat. Tapi lepas dah biasa latih diri makan oat, makin lama rasa macam makin sedap , dan sekarang dah tak boleh stop makan oat. Kalau tengok tv, sedang lepak dengan kawan-kawan, buat kerja, baca buku, atau beriadah mesti nak kunyah oat. Dah jadi macam makanan wajib pula. Sekarang makan nasi pun , dah berkurang sukatannya. Anda mesti cuba. Tak rugi. Cuba sikit-sikit dulu, lama-lama akan OK.
Bukan sahaja kenyang dan berkhasiat tapi super sedappp ! I Love Oat ! Jom kita ikuti tips sahur di bawah.
-Admin Laman Qaseh-
Dengan kembalinya bulan Ramadan, sudah pasti
kaum wanita antara yang paling sibuk memikirkan menu yang sesuai untuk
disajikan kepada keluarga, khususnya untuk bersahur. Biarpun
mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai
juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk
mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.
Nasi adalah
menu biasa bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, tetapi ada juga yang
mahukan kelainan, selain mahukan menu yang mudah dan cepat untuk
disediakan pada awal pagi. Untuk itu, kami kongsikan tujuh jenis
juadah bersahur yang ringkas dan mudah untuk dicuba, terutama bagi
mereka yang tidak mahu makan nasi setiap hari.
1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang
Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya
protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang
pula, seperti yang diketahui ramai, merupakan sumber tenaga. Malah
pengambilan pisang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama
daripada pengambilan gula.
2. Roti bakar gandum (whole wheat) + tomato + telur goreng 'mata'

Gabungan biasa untuk sandwic ringkas, namun ianya kaya khasiat. Telur
adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan
sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi.
3. Paket 'Smoothie'

Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk
menghasilkan satu 'protein smoothie' yang mengenyangkan. Antara
buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal,
pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang. Sediakan
bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti
sejuk untuk dikisarkan setiap pagi. Contoh resipi di sini
4. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum

Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat
membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta
cendawan atau tomato dan balutkan dengan roti tortilla untuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan. Contoh resipi di sini
5. Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju

Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien
tinggi, seperti kale. Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis
sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K,
kalsium dan magnesium.
6. Oatmeal bakar

Tak gemar oatmeal tradisional? Bolehlah cuba oatmeal dengan cara ini.
Lebih sedap dan khasiatnya juga tak banyak yang berubah. Setelah
dibakar, boleh disimpan di dalam peti ais dan hanya panaskan sahaja
apabila hendak makan. Contoh resipi di sini
7. Paket oatmeal

Jika anda mahukan oatmeal dengan rasa dan rupa yang lebih menarik,
mungkin ini sesuai untuk anda. Kisarkan oatmeal bersama buah-buahan yang
digemari seperti epal, beri biru atau strawberi. Ia boleh disimpan
selama kira-kira seminggu di dalam peti ais dan tentunya menjimatkan
masa. Contoh resipi di sini
Kredit : AstroAwani