Sihir Dan Santau ! Ketahui 9 Amalan Hindar Sihir
Kalau cakap pasal berniaga, orang kita tak lari dari Sihir dan lain2 ni, ada yg hanya agak2 je.. Klu risau ttg sihir ni, blh amalkan 9 Amalan Hindar Sihir Dan Gangguan Syaitan.. InshaAllah mujarab.
1.
Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan
memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah.
Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah
apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang
berbunyi:
“Barang
siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang
kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”. (Hadis
Riwayat Al Bukhari)
2.
Berwuduk Sebelum tidur
Sihir
tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai
wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para
Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda
Rasulullah SAW maksudnya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan
menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya” . Malaikat
tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
“Ya
Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci” (Hadis
Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
3.
Mengambil berat tentang solat berjemaah.
Mengambil
berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman
dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan
menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila
selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau
melakukan kejahatan lain. Mengikut
riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda maksudnya:
“Mana-mana
kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun
penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan” Oleh itu
hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan
kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Hadis Riwayat Abu Daud Dengan
Sanad)
4.
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah
mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan
untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri
seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat
kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.
5.
Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas
adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W
mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata:
Ertinya:
“Dengan
nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang
kekotoran dan gangguan syaitan” (Hadis
Riwayat Al Bukhari dan Muslim). Maksudnya
adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina
6.
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas
majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas
ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepadaMU
kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari
keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah
berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan
perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya: (Hadis
Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)
7.
Amalakan membaca ayat Kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum
tidur.
Nabi
SAW bersabda maksudnya, “Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai
selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak
akan mendekatimu sampai pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari 2311)
8.
Amalkan membaca zikir waktu pagi dan petang.
Dari
Uthman bin Affan r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda ; “Tidaklah seorang hamba
setiap pagi dan petang membaca; ‘ Bismillahillazi layadurrumaasmihi saiun
filardi wallafis samai wahuwas samiul alim’
(maksudnya : Dengan nama Allah,
yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit,
dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui.) kecuali bahawa tidak ada sesuatu yang
membahayakannya.” (Hadis
Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)
{Zikir
ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}
Di
dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda,
“Barangsiapa menjelang petang membaca , ‘A’uzubikalimatilla hittaamaati min
syarrimaahalaq’ (maksudnya : Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna
dari kejahatan makhluk-Nya) 3 kali maka tidak akan membahayakan baginya racun
yang ada pada malam itu.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)
{Zikir
ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}
9.
Amalkan zikir-zikir di dalam kitab zikir al-Matsurat di dalamnya mengandungi
doa-doa untuk di jauhi daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan.
SENARAI
BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:
(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)
(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)
A.
Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1.
Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau
Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B.
Amalan minggu ketiga dan keempat:
1.
Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak
dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
C.
Amalan minggu kelima dan keenam:
1.
Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak
dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Kredit : viralohviral
No comments
Post a Comment