SLIDER

redha
Showing posts with label redha. Show all posts

Kasih Seorang Insan Bernama Ayah

24 Apr 2022

 


Untuk anak-anak ayah yang ayah sayangi di bumi Allah SWT. Segala puji bagi Allah SWT, yang telah memudahkan ayah untuk beribadah kepada-Nya. Selawat serta salam, ayah sampaikan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, dan para sahabat sekalian.

Wahai anak-anak ayah…

Luahan rasa ini ini datang dari lubuk hati ayahmu, yang selalu dirundung keresahan. Satelah berpikir panjang, ayah  mencuba untuk menulis dan menekan papan kekunci menggunakan jari-jari ayah yang semakin kendur, sekalipun keraguan dan rasa malu menyelimuti diri ayahmu ini.



Setiap kali meluahkan isi hati melalui papan kekunci yang usang ini, setiap itu pula jari-jari ayah terhalang oleh tangis. Dan setiap kali menitiskan air mata, setiap itu pula, hati ini terluka. 

Wahai anak sulung ayah

Tanggal 26 Disember 1985, engkau telah dilahirkan wahai anak sulungku. Ayah masih ingat, ayah berada disisi ibumu didalam bilik bersalin ketika engkau mula menjengah dunia ini dan bercampurlah air mata kebahagiaan ayah dengan air mata tangismu. Ayah masih ingat bahawa arwah datukmu yang telah mengalunkan azan ke telingamu. Sesungguhnya bait-bait suci itulah yang mula-mula engkau dengar dan terukirlah kalimah tauhid di kanvas hatimu yang masih suci. Itulah bekal utama,  jati dirimu yang pertama. Dan maktub sudah  janji insan di sisi Tuhan. Wahai anak ayah, kau adalah hamba Allah SWT dan khalifah-Nya. Dan ayah adalah ayahmu,  pemegang amanah kehidupanmu yang fana. Ayah merasa sungguh gembira pada ketika itu kerana telah bergelar “ayah” dan bertambahlah tanggungjawab ayah. Ayah bersyukur kepada Allah SWT.

Apabila telah berlalu setahun dari usiamu, pada tanggal 8 Ogos 1987, lahirlah adikmu, seorang bayi lelaki sebagai penyambung zuriat ayah. Ketika itu, ayah sendiri yang telah mengalunkan azan ke telinga adikmu. Masa pantas berlalu tanpa boleh dikejar dan setelah empat tahun berselang, iaitu pada tanggal 16 Ogos 1991 seorang lagi adikmu dilahirkan, seorang bayi perempuan yang periang. Masa berlalu lagi yang tidak pernah sepi dari gelombang dan setelah agak lama berlalu iaitu pada tanggal 6 Oktober 1999, lahir seorang bayi perempuan iaitu adikmu yang bungsu. 

Wahai anak-anak ayah…

Ketika diawal-awal usiamu, ayah masih ingat bahawa ayah selalu menolong ibumu memandikanmu dengan kedua tangan kasih sayang ayah, memakaikan lampinmu dan pakaianmu, membancuh air minummu dikala engkau kelaparan, menyapu minyak angin dan mengurut dadamu ketika kembung perutmu. Kehidupan ayah, ayah berikan kepadamu. Ayah tidak tidur, demi tidurmu, berletih demi kebahagiaanmu. Harapan ayah pada setiap hari, agar ayah selalu melihat senyumanmu. Kebahagiaan ayah setiap saat, adalah setiap permintaanmu agar ayah berbuat sesuatu untukmu. Itulah kebahagiaan ayah.

Lalu berlalulah waktu, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, selama itu pula, ayah setia menjadi pelayanmu yang tidak pernah lalai, setiap permintaanmu ayah penuhi,  menjadi dayangmu yang tidak pernah berhenti, kemana sahaja kamu nak pergi, ayah menjadi pemandumu, menjadi pekerjamu yang tidak pernah lelah, setiap kehendakmu ayah turuti dan saban hari ayah mendoakan kebaikan dan taufiq untukmu. Harapan ayah supaya anak-anak ayah semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Ayah selalu memperhatikan dirimu, hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun, dan waktu pun terus berlalu, seakan-akan ayah menyeretnya dengan berat sekali seakan tidak mampu ayah harungi. Sepanjang masa yang telah engkau lalui, ayah lihat anak-anak ayah semua telah menjadi semakin dewasa. Namun perasaan hati ayah berbaur bahagia dan duka. Bahagia kerana anak-anak ayah  semuanya cerdas dan bijaksana, sedangkan duka kerana anak-anak ayah sering berpenampilan tidak saperti yang ayahmu harapkan. Tatkala itu, hati ayah serasa teriris-iris, air mata ayah mengalir, entah apa rasanya hati ini. Bahagia telah bercampur dengan duka. Tangis telah bercampur pula dengan tawa.

Dimanakah silap ayah? Apakah ayah tidak menghantarmu ke sekolah agama hingga perilakumu sedemikian rupa? Seingat ayah, akademikmu cemerlang, pelajaran agamamu terbilang! Apakah ayahmu tidak bekalkan ilmu buatmu menyuluh? Ayah mendidikmu bagaikan menatang air yang penuh! Agar kamu tahu menilai pahala dan arif mengenal dosa. Ayah selalu berdamping dengan mu, mendengar luahan kata yang tersurat dan memahami syarat dalamannya yang tersirat. Apakah itu tidak mampu membantumu? Fikiran ayah semakin kontang. Sudah beberapa dekad amanah Allah SWT ayah genggam. Ayah cuba perkukuhkan amanah ini hari demi hari. Adakalanya ayah tegak berdiri dengan ampuh. Tetapi banyak masanya ayah terjatuh, ayah dilanggar dan dirempuh. 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Melalui rintihan ayah ini, ayah ingin melihat kiranya anak-anak ayah berpenampilan sebagaimana yang ayah inginkan, agar sejuk mata ayah memandang, hati tidak rasa  radang, perasaan tidak terus karuan, kiranya ayah pergi tidak kempunan dengan dosa yang diampun Tuhan. 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Pakailah pakaian yang menutup seluruh tubuh kecuali bahagian yang biasa nampak 

Kerana ini adalah firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59: yang bermaksud “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya  ke seluruh tubuh” sedang jilbab itu pakaian yang menutupi seluruh tubuh.

Juga terdapat dalam firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31: yang bermaksud“ Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka, memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak. 

Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat diatas sebagai “mereka tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya kepada orang-orang ajnabi (bukan mahram), kecuali bahagian yang tidak boleh disembunyikan”. 

Namun ulamak berbeza pendapat tentang “kecuali yang biasa nampak” ada yang mentafsirkannya sebagai pakaian-pakaian luar, celak, cincin, gelang dan muka dan kedua tapak tangan. Pendapat yang lebih tepat adalah muka dan tapak tangan, kerana celak letaknya dimuka manakala cincin dan gelang di tangan.


Kesimpulannya, wajib bagi seluruh wanita, baik yang merdeka atau hamba abdi untuk menutupkan pakaiannya ke seluruh tubuh ketika mereka keluar. Mereka hanya dibolehkan menampakkan muka dan kedua telapak tangannya sahaja berdasarkan kebiasaan yang berlaku pada zaman Nabi saw kerana adanya persetujuan beliau terhadap mereka. 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Pakailah pakaian yang tidak untuk berhias. 

Kerana ini adalah firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka”. Secara umum ia mengandungi larangan menghiasi pakaian yang dipakai sehingga menarik perhatian laki-laki.

Ayat di atas dikuatkan oleh firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu semua tetap tinggal dirumah! Juga, janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah dulu”.

Juga sebuah hadis Nabi yang bermaksud: “ Ada 3 golongan manusia yang tidak ditanya (kerana mereka sudah pasti termasuk orang-orang yang celaka): pertama orang laki-laki yang meninggalkan jemaah dan mendurhakai imamnya serta meninggal dalam kedurhakaan itu; kedua, seorang budak perempuan atau lelaki yang melarikan diri dari Tuannya lalu mati; ketiga, wanita yang ditinggalkan pergi oleh suaminya, dimana suaminya itu telah mencukupi keperluan dunianya, namun (ketika suaminya tiada dirumah) dia bertabarruj.” [Hadith  riwayat al-Hakim & Ahmad]

Kalimah tabarruj  bererti perbuatan wanita menampakkan perhiasan dan kecantikannya, serta segala sesuatu yang harus ditutup dan disembunyikan kerana boleh membangkitksn syahwat laki-laki. Jadi maksud perintah mengenakan pakaian yang menutup aurat (jilbab) adalah perintah untuk menutup perhiasan wanita. Maka tidak masuk akal bila jilbab yang berfungsi untuk menutup perhiasan wanita itu menjadi pakaian untuk berhias. 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Pakailah pakaian yang kainnya tebal dan tidak nipis. 

Kerana pakaian yang menutup aurat disyaratkan diperbuat daripada kain yang tebal, sebab sesuatu yang menutup itu hendaklah daripada yang tebal. Adapun kain yang nipis akan hanya menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit yang menjadi tarikan lelaki untuk memandangnya. Pakaian seperti ini tidak berfungsi sebagai menutup aurat kerana tidak dapat menghalangi daripada pandangan  mata.

Ibnul Abdil Bar berkata “Yang dimaksudkan oleh Nabi  saw adalah para wanita yang mengenakan pakaian nipis yang menggambarkan bentuk tubuhnya, belum menutup atau menyembunyikan tubuh yang sebenarnya. Mereka itu berpakaian, namun pada hakikatnya masih telanjang”

Ini diperkuatkan oleh sebuah hadis yang mana Aisyah meriwayatkan, bahawa Asma’ bt Abu Bakar pernah masuk kerumah Rasulullah saw, sedang ia memakai baju nipis, lalu Rasulullah saw berpaling daripadanya. [Hadith riwayat  Abu Daud dengan sanad Mursal] 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Pakailah pakaian yang longgar dan tidak ketat. 

Kerana pakaian yang menutup aurat mesti longgar, kerana maksud dan tujuan seseorang wanita berpakaian adalah untuk menghilangkan fitnah dan tarikan orang laki-laki. Pakaian yang ketat meskipun tebal kainnya dan boleh menutup warna kulit namun tetap menggambarkan bentuk tubuh badan pemakainya dan masih bolih mempesona,  menarik perhatian dan menaikkan berahi laki-laki yang memandangnya. Oleh itu pakaian wanita harus longgar, tidak ketat.

Usamah bin Zaid pernah berkata: “Pernah Rasulullah saw memberi saya baju qibthiyah yang tebal hadiah dari Dihyah Al-Kalbi. Baju itupun saya pakaikan pada isteri saya. Nabi bertanya kepada saya, “Mengapa kamu tidak pernah memakai baju qibthiyah ? Saya menjawab, “Baju itu saya beri isteri saya pakai” Beliau lalu berkata, “Perintahkan isterimu agar memakai baju dalam ketika memakai baju qibthiyah, kerana saya khawatir baju qibthiyah itu masih boleh menggambarkan bentuk tulangnya (bentuk tubuh)”. 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Pakailah pakaian yang tidak di beri wangi-wangian. 

Kerana pakaian yang menutup aurat disyaratkan tidak diberi wangi-wangian berdasarkan hadis-hadis yang melarang wanita memakai wangi-wangian ketika mereka keluar rumah. Pakaian yang diberi wangi-wangian akan dapat meransang syahwat laki-laki apabila terbau wangian tersebut.

Dari Abu Musa Al-Asy’ari bahawasanya dia berkata, “ Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu ia berjalan di hadapan suatu kaum (dengan tujuan) supaya mereka mencium baunya maka ia berzina”  [Hadith riwayat at-Tirmidhi, An-Nasai, Abu Dawud].

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia berkata, Rasulullah saw pernah bersabda: “Perempuan yang memakai bakhur (sejenis pewangi pakaian), janganlah solat Isya bersama kami”. [Hadith riwayat Muslim dan Abu Awanah] 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Pakailah pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki. 

Kerana pakaian yang menutup aurat disyaratkan tidak menyerupai pakaian lelaki iaitu pakaian yang lazimnya dipakai oleh lelaki saperti seluar dan kemeja atau baju T.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya  “ Rasulullah saw melaknat laki-laki yang berpakaian seperti pakaian perempuan dan perempuan yang berpakaian seperti pakaian laki-laki”.  [Hadith riwayat Abu Daud dan Nasai].

Daripada Abdullah bin Amru, katanya “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bukan termasuk golongan kami laki-laki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai laki-laki”.[Hadith riwayat Ahmad]

Kedua-dua hadis di atas dengan jelas menunjukkan haramnya wanita menyerupai laki-laki dan laki-laki menyerupai wanita.  Hadis pertama menghusus kepada masaalah pakaian manakala hadis kedua kepada masaalah umum. 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Pakailah pakaian yang tidak menyerupai pakaian orang kafir. 

Kerana pakaian yang menutup aurat disyaratkan tidak menyerupai pakaian orang kafir sebab didalam syariat Islam telah ditetapkan bahawa kaum muslimin, baik laki-laki mahupun perempuan, tidak boleh tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir, baik dalam hal ibadah, perayaan hari raya, dan pakaian yang menjadi pakaian khas mereka.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid ayat 16, yang bermaksud: “ … Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepada meraka, lalu berjalanlah masa yang panjang, sehingga hati mereka menjadi keras dan kebanyakkan dari mereka menjadi orang-orang yang fasik”. 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Firman Allah, ‘Janganlah mereka seperti…’ merupakan larangan mutlak terhadap tindakan menyerupai orang yang kafir; disamping itu merupakan peringatan yang khusus bahawa hati mereka boleh menjadi keras akibat dari kemaksiatan’” 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Pakailah pakaian yang bukan pakaian syurah (mencari populariti).




Kerana pakaian yang menutup aurat disyaratkan bukan merupakan pakaian untuk mencari populariti berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Umar, dia berkata, “Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ‘Barangsiapa memakai pakaian untuk mencari populariti di dunia, maka Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka” [Hadith riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah] 

Wahai anak-anak perempuan ayah…

Jagalah penampilan dirimu. Janganlah memakai pakaian yang dilarang kerana ianya tidak dapat berfungsi sebagai menutup aurat atau tubuh pemakainya daripada sorotan mata yang beracun, yang memancar dari orang-orang yang hatinya berpenyakit dan orang-orang yang rendah akhlaknya.

Kerana sesungguhnya, mereka yang memakai pakaian yang dilarang, dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya iaitu (1) Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang dipukulkan kepada manusia. (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi hakikatnya) telanjang, jalannya lenggang-lenggok, kepala (rambutnya) seperti ponok unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, padahal sesungguhnya bau syurga itu tercium dari jarak yang sangat jauh. Dalam lain riwayat (dikatakan): dan sesungguhnya baunya tercium dari jarak perjalanan (sejauh) lima ratus tahun”. [Hadith Riwayat Muslim]. 

Oleh itu, wahai anak-anak perempuan ayah…

Berpenampilanlah dengan pakaian yang boleh menutup seluruh tubuh (tidak singkat), pakaian yang tebal (tidak nipis), pakaian yang longgar (tidak ketat), pakaian yang dikhususkan untuk perempuan sahaja (seperti baju kurung, jubah), pakaian yang tidak berwarna – warni dan pakaian yang tidak diberi wangi-wangian dan dilengkapkan dengan tudung sehingga menutupi dada kerana sesungguhnya memakai pakaian dari jenis pakaian yang tersebut, akan memutuskan keinginan-keinginan gila dan meluap-luap dari lelaki fasiq, agar tidak sampai kepada anak-anak ayah.

Ingatlah amaran Nabi SAW supaya selamat dunia akhirat dan kehidupan menjadi berkat, kerana kasih sayang ayah kepada kamu semua tidak pernah luntur, masih seperti dulu, masih seperti lautan yang tidak pernah kering, masih seperti angin yang tidak pernah berhenti. Harapan ayah, agar kamu semua dimuliakan satu hari nanti, nescaya engkau akan dibalas dengan kebaikan, sedangkan ayahmu tidak mengharapkan apa-apa balasan. Ayah hanya ingin melihatmu berubah menjadi wanita solehah.

Terasa lama hari-hari yang ayah lewati, hanya untuk melihat perubahan dalam penampilan dirimu. Detik demi detik tidak dapat ayah hitung dengan jari, hanya setia menanti. Akan tetapi penantian ayah seakan sangat panjang, seakan-akan semua itu tidak ada, mampukah ayah bertahan. Penantian ayah hanya sia-sia, dan harapan ayah hancur belaka. Yang ada hanya keputus-asaan. Yang tersisa hanya kesedihan dari semua keletihan yang selama ini ayah rasakan, sambil menangisi diri dan nasib yang memang ditakdirkan oleh Tuhan.

Sampai begitukah keras hatimu, dan sudah begitu jauhkah dirimu setelah berlalunya hari dan berselangnya waktu. Apakah hatimu tidak tersentuh, terhadap seorang lelaki tua yang lemah dimamah usia, sudah putih rambut dikepala, sudah berkedut garis di muka, sudah menggigil kaki dan tangan, sudah kabur mata memandang. Usia sudah diambang senja, entah esuk entahkan lusa, mentari hidup kian redup, sudah hampir episode penutup. Itulah ayahmu yang masih engkau belum kenal. 

Wahai anak-anak ayah…

Ayahmu tidaklah meminta banyak, ia tidaklah menagih padamu yang bukan-bukan. Yang ayah pinta kepadamu, jadilah anak-anak yang soleh dan solehah yang sejuk mata ayahmu memandang, yang memanjangkan doa bila ayah di alam kubur . Jadikanlah teguran ayahmu sebagai nasihat, agar engkau tidak tersesat. Jangan jadikan ia sebagai tempat sampah yang tidak pernah engkau singgah. Dosa apakah yang telah ayah perbuat, sehingga nasihat ayah tidak engkau genggam erat. Atau pernahkah ayah berbuat lalai dalam melayanimu, sehingga kehidupanmu melarat!

Bangunlah wahai anak-anak ayah. Bangkitlah! Bertakwalah kepada Allah, takutlah kepada Allah. Uban-uban sudah mulai merambut di kepalamu. Akan berlalu masa, sehingga kamu semua akan menjadi tua pula saperti ayahmu. Sebagaimana kamu semua akan berbuat, seperti itu pula anak-anakmu akan berbuat kepadamu kelak. Ganjaran itu sesuai dengan amal yang kamu semua telah lakukan. Kamu semua akan memetik sesuai dengan apa yang kamu semua tanam.

Senyummu yang selama ini menjadi pelipur duka dan kesedihan ayah, sekarang telah mulai suram bagaikan matahari yang ditutupi oleh kegelapan malam. Tawamu yang selama ini ayah jadikan buluh perindu, sekarang telah tenggelam, seperti batu yang dijatuhkan ke dalam kolam yang hening, dengan dedaunan yang berguguran. 

Wahai anak-anak ayah…

Ayah tidak akan panjatkan keluhan ini ke langit, ayah tidak akan adukan duka ini kepada Allah SWT, karena jika seandainya keluhan ini telah membumbung menembus awan, melewati pintu-pintu langit, maka ayah risau akan menimpamu kebinasaan dan kesengsaraan, yang tidak ada ubatnya dan tidak ada doktor yang dapat menyembuhkannya…hanya Allah jua.

Ayah tidak akan melakukannya wahai anak-anak ayah. Bagaimana ayah akan melakukannya, sedangkan engkau adalah jantung hati ayah. Bagaimana ayah boleh menengadahkan tangan ke langit, sedangkan engkau adalah pelipur lara hati ayah. Bagaimana ayah sampai hati melihatmu merana terkena doa mustajab, padahal engkau bagi ayah adalah kebahagiaan hidup ayah.

Ayah tidak ingin anak-anak ayah menulis rintihan saperti ini. Ayah tidak ingin anak-anak ayah menulis rintihan yang serupa dengan air matamu kepada anak-anakmu kelak, sebagaimana ayah  telah menulisnya kepada kamu semua. 

Wahai anak-anak ayah…   Andainya kamu semua telah membaca rintihan ayah ini, terserah padamu. Apakah kamu semua akan sedar dan kamu semua akan kembali merobah diri, atau kamu semua akan pergi sepantas kuda berlari.

Namun ayah akan terus menghadapi taufan kehidupan ini yang tidak sudi simpati. Dengan sepercik iman, sekelumit keyakinan, ayah akan harungi badai penderitaan. Sesungguhnya titipan Tuhan ini bukan khayalan tetapi ia adalah  kenyataan. Walaupun perjalanan peristiwa  kekadang sepantas  igauan.

Walaupun sekali-sekali terasa gian berkejar-kejaran di tepian denai. Atau berenang-renang di sungai. Tapi siapakah mampu memutar jarum waktu. Yang berlalu, terus berlalu, perginya begitu laju. Yang tinggal hanya turisan kenangan, yang kekal sebagai ingatan. Ah, musim bermain  hujan telah berlalu. Kini musim… bermandi   ujian .... akan tenggelamkah ayah !. 

“Ya Allah, Ya Tuhan Kami, hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hamba-hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci, hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati”. 

“Ya Allah, Ya Tuhan Kami Yang Maha Pengampun, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kami terhadap kedua ibubapa kami, mereka bersusah payah membesarkan kami Ya Allah, tetapi kami telah berbuat salah kepada mereka, kami telah abaikan mereka, kami sering mengherdik mereka, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami Ya Allah, janganlah mereka diazab kerana perbuatan kami, Ya Allah, ampunkanlah dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat”.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Perbaikilah akhlak anak-anak kami. Tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buangkanlah sifat mazmumah dalam diri mereka”.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami hamba yang lemah lagi hina, memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon,  redhailah permohonan kami”. 

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu”. 


Amin, amin Ya Rabbal’alamin.

Kredit : mencari-redha-mu


Bebanan Status ANDARTU

7 Mar 2022


Assalamualaikum , dan salam sejahtera semua,

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Nama akak Nurin. Akak bahasakan diri Kak Nurin ye. Tahun ni Kak Nurin berumur 49 tahun dan bekerja di syarikat separa kerajaan. Lagi beberapa tahun je lagi Kak Nurin dah nak pencen. Seperti tajuk yang Kak Nurin tulis di atas ni, YA, Kak Nurin masih belum berkahwin, masih bujang, kata orang dah layak sangat digelar anak dara tua (ANDARTU). Bila dah dapat gelaran ini pun , dah rasa sangat-sangat tragis. Malu ? Sedih ? Kecewa ? Redha ? Semuanya ada dah tersimpan kemas dalam hati. Tapi tak bermakna Kak Nurin tak pernah mempunyai teman istimewa, tak pernah bercinta. Cinta yang tak kesampaianlah yang membawa Kak Nurin sehingga kepada keadaan sekarang.

Kak Nurin mula bekerja seawal umur 24 tahun. Masih muda. Mempunyai teman lelaki sejak dari Universiti. Kami merancang untuk bekerja dan berkahwin untuk membina keluarga. Tapi apakan daya, bila semua keperluan dah cukup untuk membina masjid, cinta kami dihalang dan tak direstui keluarga teman lelaki. Mereka dah ada calon menantu mereka sendiri. Untuk apa Kak Nurin perlu merayu lagi, kalau pihak keluarga sana dah tak suka. Hubungan kami tamat di sini sahaja, selepas bercinta selama hampir 4 tahun. 

Darah masih muda . Untuk memulihkan hati yang terluka , Kak Nurin tak ambil masa yang lama , sehinggalah Kak Nurin berjumpa pengganti yang berjaya mencuri hati Kak Nurin. Orangnya kacak, sangat dikenali. Satu ofis tetapi lain jabatan. Kami berkawan dan bercinta dan menjadi bualan rakan-rakan office kerana kami sentiasa berkepit dah macam belangkas. Mungkin bercinta hanya berlandaskan paras rupa, hubungan kami tak lama. Dia curang di depan mata Kak Nurin sendiri. Cinta dia dijaja kepada wanita-wanita lain pula. Sebelum ni kata-kata nasihat kawan baik mengatakan dia seorang 'playboy', tidak diendahkan Kak Nurin. Pada hemat Kak Nurin, mungkin dia ikhlas apabila bersama Kak Nurin, tetapi hakikatnya dia cuma nak mempermain-mainkan perasaan sahaja. Pada ketika ini, Kak Nurin dah rasa bosan dengan permainan cinta seorang lelaki. Lelaki-lelaki ini telah menghancurkan perasaan Kak Nurin. Semua lelaki adalah sama. Dan pada ketika ini Kak Nurin bencikan lelaki. Tiada siapa pun yang dapat mengubah persepsi ini sehinggalah Kak Nurin dipertemukan dengan seseorang yang karektornya lebih kurang macam ustaz muda, di satu majlis khidmat bakti syarikat Kak Nurin bekerja.

Orangnya biasa je, agak warak . Bekerja sebagai guru, mengajar di sekolah menengah. Kami sempat menjalinkan hubungan hampir selama 2 tahun, sebelum mengambil keputusan untuk ke arah yang lebih serius. Namun Kak Nurin diuji lagi, Allah lebih menyayangi dia . Terlibat dalam satu kemalangan, koma dan meninggal dunia. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Jiwa Kak Nurin tidak tenteram mengenangkan arwah yang sangat baik. Untuk memujuk hati yang lara, Kak Nurin bersangka baik dengan Allah, mungkin arwah seorang yang baik, jadi Allah cepat mengambil dia  untuk berada disisiNya.

Sedih dan pilu untuk melupakan arwah. Tetapi hidup perlu diteruskan. Namun untuk memulakan semula hubungan cinta, memang sangat-sangat memenatkan. Semuanya perlu bermula dari 0, untuk membolehkan hubungan menjadi serasi. Jadi Kak Nurin ambil keputusan ,mahu berehat daripada bermain perasaan cinta. Kak Nurin hanya mahu fokus kepada kerjaya dan menjaga emak yang sudah tua. Kak Nurin anak bongsu dari 3 beradik, satu-satunya yang belum berkahwin. Bapa Kak Nurin dah meninggal dunia, jadi emak diletak dibawah penjagaan Kak Nurin, memandangkan kakak dan abang dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. 

Sebagai ibu, emak Kak Nurin sentiasa memberi kata-kata positif, kerana dia turut bersedih melihat anak bongsunya dirundung kekecewaan. Kak Nurin hanya terus berdoa. Dan mungkin Allah juga masih menyayangi Kak Nurin , DIA menghantar lagi ujianNya kepada Kak Nurin untuk menguji sejauh mana Kak Nurin mengingatiNya. Kak Nurin dikenalkan dengan anak kawan lama emak . Kami hanya berkawan dahulu, memandangkan Kak Nurin masih tak dapat lupakan arwah. Sikap dia yang sabar, tidak memaksa, dan sanggup beri ruang masa kepada Kak Nurin betul-betul membuatkan Kak Nurin jatuh hati pada dia. Kami tak bercinta lama. Emak minta kami bertunang cepat dan terus berkahwin. Kami OK, dan ikut cakap emak. Kami  dah bertunang hampir 3 bulan, dan bersetuju untuk berkahwin selepas setahun. Namun kebahagiaan yang diharapkan tidak kesampaian. Akibat kata-kata provokasi dan hasutan orang luar kepada bakal suami dan mertua, menyebabkan mereka membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan kami. Alasannya, mereka tak mahu nasib malang Kak Nurin diwarisi oleh keturunan-keturunan mereka nanti.

*Cukuplah empat kali hati Kak Nurin terluka*

Kawan-kawan rumah sewa silih-berganti , bertukar-tukar yang baru, sebab ada yang dah kahwin dan berpindah. Yang tetap setia tinggal di sini Kak Nurin sorang je, sehinggalah Kak Nurin mampu membeli rumah kos rendah dan Kak Nurin berpindah keluar tinggal sendiri di rumah baru ni. Tiada lagi rakan sebilik, tiada lagi rakan rumah sewa dan tiada lagi perasaan cemburu melihat rakan-rakan silih berganti berkahwin. Kat office pula, Kak Nurin dah jadi pemerhati staff-staff lain berubah daripada status bujang kepada status kahwin. Daripada anak 1 jadi anak 2, 3 , 4 dan seterusnya. Sehingga hari ini ada officemate sebaya Kak Nurin, yang dah menunggu nak dapat menantu! Untungnya kehidupan yang telah ditetapkan kepada officemate Kak Nurin tu. Kalau dulu kami jalan bersama, makan bersama, outing bersama, sekarang masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Dah ada tanggungjawab sendiri. Rakan-rakan sebaya dah berlalu meniti usia mereka bersama keluarga. Tinggallah Kak Nurin masih berseorangan , masih menjaga emak yang semakin uzur. Namun Kak Nurin menganggap ini hikmahnya , untuk peluang Kak Nurin mencari pahala kerana menjaga emak sehingga akhir hayatnya.

Memang berat untuk memikul status ANDARTU. Bukan tidak ingin berkahwin, malah perjalanan kisah Kak Nurin amat istimewa. Walaupun keinginan untuk berkahwin dan membina keluarga sendiri sentiasa ada di hati, namun bila sampai waktunya, jodoh Kak Nurin belum diizinkan Allah. Bohonglah kalau nak kata Kak Nurin tak sedih. Kecewa hampir kemurungan memikirkan nasib diri. Sebagai wanita yang normal, perasaan perit mengingati kisah silam sentiasa menghantui fikiran. Lagi-lagi apabila mendengar usikan dan tohmahan orang. Sehinggakan saudara-mara beritahu, nasib Kak Nurin sentiasa membawa malang dan perlu pergi berjumpa bomoh untuk buang sial. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mudah bagi orang luar untuk berkata-kata, tetapi jawapan Kak Nurin mudah je. Untuk tahap umur dah nak masuk 50 tahun ni, Kak Nurin hanya berserah segala-galanya kepada Allah dan redha, dan dah menganggap ini sebagai satu takdir, mungkin dah tiada jodoh Kak Nurin. Tak perlu fokus dan fikir lagi untuk mencari teman hidup. Teruskan menikmati kehidupan seperti biasa, dan menerima ini sebagai satu ujianNya.

Pinta Kak Nurin dalam luahan ini, untuk mereka yang sama seperti Kak Nurin, janganlah dipandang serong terhadap kami. Walaupun kami dah redha, tetapi sebagai wanita insan yang lemah, tetap akan terguris dan tercalar hatinya apabila menjadi bualan hangat orang luar. Jiwa kami sensitif . Sedangkan title ANDARTU tu sendiri kami dah terbeban untuk memegangnya jadi janganlah dibebankan lagi dengan segala tohmahan dan umpatan yang tidak berasas. Kita tak tahu apa yang mereka dah lalui. Ada sesetengah orang mudah jodohnya, ada orang lain pula sukar untuk mendapat jodohnya. Tapi apalah kuasa kami dan siapa kami untuk menidakkan ketentuanNya. Kita doakan rakan-rakan yang sama title dengan Kak Nurin ni , mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat, kerana KEBAHAGIAAN itu amatlah luas. 

Terima kasih kepada semua kerana sudi membaca luahan Kak Nurin.

=========================================================================


Setahun Sekali Datang Haid, Hidap PCOS - Wanita Ini Kongsi Pengalaman

23 Dec 2021






PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal Syndrome’ ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Jom kita baca pengalaman yang dikongsikan oleh wanita yang merupakan bekas pesakit PCOS ini untuk dijadikan panduan.


MY JOURNEY WITH PCOS #pcosfighter




Sempena setahun selepas buat Laparoscopic Surgery on Pcos, jom kita throwback sikit pengalaman saya. Cerita ni bermula seawal umur 14 tahun bila period datang dua bulan sekali. Dan semakin meningkat jarak kehadiran period tu. Sehingga pernah setahun, hanya sekali. TAHUN 2013, perubahan pada kulit semakin ketara, bulu roma di tangan semakin lebat, jerawat semakin subur di kulit, pikmentasi kulit semakin bertambah, period semakin lambat. Pernah 8bulan xdatang period. Pergi klinik reproduktif, masa tu doctor suspect pcos.


Ape itu PCOS?



Doctor suruh buat research sendiri. Supaya betul² faham maksudnya. Doktor kasi pil hormone (Yasmin/ Diane35) Dan doktor kasi refer letter ke Hospital. Tapi masa tu masih xtau kemudaratan nya.. TAK PERNAH refer hospital.

TAHUN 2015, semakin cakna tentang ketidakhadiran period, refer hospital swasta dengan pakar O&G, doctor scan, tak kelihatan lagi cyst nya dlm ovary. Cume ovary kelihatan bukan pada size normal. Doktor hanya suggest utk teruskan ambik pil hormone selama 3bulan berturut. Tujuannya adalah utk normalkan semula kelancaran period setiap bulan. Malangnya, selepas 3bulan bergantung dgn Yasmin, masuk bulan ke-4, period xdtg pula… mase tu mula rase stress dtg semula… fed-up dgn ubatan, dan hanya biarkan period xdtg lagi.

TAHUN 2016, Selepas kahwin tanpa refer O&g terus ambik Yasmin 1cycle dan terus anggap boleh pregnant, bila xpregnant, lagi stress. Bayangkan setiap hari check UPT (dan sehingga kini sy menjual UPT/OPK haaa promote sikit). Setiap bulan pergi klinik scan. Tapi semua tu hanya sia-sia. At last jumpe o&g semula, doctor bg cadangan utk ambik ubat induced bleeding (provera) dan makan pil rangsang telur (clomid).




Ujian bertimpa, semasa cycle pertama pengambilan Clomid, perkahwinan berakhir dengan penceraian (so xsempat experiment clomid tu). Stress semakin kuat, hormon semakin tak stabil, emosi semakin bercelaru. Period langsung xdatang selepas berpisah. Seminggu selepas bercerai, masuk hospital demam panas, blood pressure naik mendadak (hipertension) dgn bacaan 157/103.

TAHUN 2017, pasang azam dari keluarga dan orang sekeliling yg bnyak memberi moral n mental support, kumpul semula semangat, kutip sisa hati yg berkecai musnah. Pada awal bulan 7, buat check up di hospital akibat rase ade sakit di breast. Lepas doctor buat scanning, tiada ape yg asing dan doctor tnye history kesihatan, saya kata mmg dah xperiod 8bulan dan doctor minta terus refer pakar O&G.

Bila buat altrasound, mmg nampak ketulan asing dalam kedua belah ovary. Doctor terus buat procedure laparoscopic surgery utk ovary drilling. Dan itu adalah ikhtiar terakhir yg boleh dibuat. Seminggu lepas tu, hospital call utk operation. Alhamdulillah selepas 2 hari pembedahan dilakukan, period keluar. Dan itulah saat yg tidak dpt diperkatakan betapa bersyukurnya.



Sebab doktor kata, jika period turun selepas pembedahan, itu membawa maksud pembedahan itu berjaya, jika tidak, doktor akan bagi masa dalam 2bulan. Jika tidak berhasil, maksdnya pembedahan tu tidak berjaya utk membantu PCOS. Masa tu doktor hanye bekalkan ubat kencing manis (metformin) utk 3bulan.


LANGSUNG TAK JAGA PEMAKANAN

Memang diakui semasa dlm waktu perkahwinan, langsung tidak jaga pemakanan hampir setiap hari makan process food and junk food. Burger, nugget, sausage, fries, ayam goreng, chips, snacks adalah makanan harian sebabkan ikut selera suami. Tapi sebenarnye semua tu kesilapan besar sebab waktu tu la adalah rapid growth untuk cyst tu terbentuk. Jika tidak tersedar awal, mungkin boleh menyebabkan cancer. Nauzubillah!

Tengok gambar. Yang putih merening tu adalah ovary. Ovary yang tidak normal. Warna putih sebab dah dipenuhi cyst. Kalau scan ultrasound, haaa nampak biji biji hitam macam anggur. Ovary tu dipenuhi hormone testosterone yg membantutkan kematangan telur. Sebab tu x period. So doktor tebuk ovary utk release hormone testosterone tu.. Yg lain lelemaks tu ko jgn tnye hakak.




Dan hormone hormone tu adalah dari pemakanan yg tidak sihat. So jaga lah pemakanan… bertindak awal sebelum merana. So untuk wanita diluar sana. Sayangi ovary anda kerana ovary ni sangat penting sbb ia adalah kilang utama telur anda. Dan telur telur ini akan habis. Bayangkan, jika dah banyak telur yg rosak menjadi cyst, tinggal berapa lagi telur yg berbaki? Umur masih muda.

Jika anda mempunyai masalah period tidak stabil, segerakan lah jumpe pakar. Jangan malu dan tggu sehingga bertahun. Jangan anggap tidak period bermaksud anda mengandung! Itu adalah hormone. Hormone yg mengganggu kitaran haid.

Tips: nak makan apa-apa ubat atau supplement, refer doc pakar anda dulu. Sebab dosage berbeza bagi setiap pesakit. JANGAN IKUT APA KAWAN AWAK MAKAN. Pesanan saya “hargai lah setiap titis darah period anda, saya setahun hanya sekali beli pad dan itu TIDAK NORMAL“.

Kredit : Ernieadilah Zulk 
Kredit : siraplimau 



Lina , Isteriku Yang Kasar, Selekeh, Ganas,...Tapi Dialah Isteri Paling Sempurna ...Sehinggalah ..

1 Sept 2017




Assalamualaikum to admin and readers. Thanks kalau cerita aku ni tersiar. Well confession ni bukan untuk cerita pasal aku, tp untuk cerita pasal seseorang yg sangat istimewa dalam hidup aku, Lina nama diberi.

Aku dengan Lina memang boleh kira dari kecik dah bersama. Kitorang sebaya, duduk sekampung. Memang kitorang rapat dari kecik lagi. Sekolah sama, main sama2, senang cerita memang rapat la. Sikit info pasal Lina, dia anak bongsu dari 6 orang adik beradik. Dan adik beradik dia semua lelaki. Mak Lina ni dah meninggal masa umur dia 4 tahun. Jadi dia memang dibesarkan dalam rumah yg dipenuhi lelaki sahaja. Jadi korg paham2 jela macam mana perangai si Lina ni kan. Yes, dia kasar. Perwatakan macam lelaki. Tomboy la senang cerita. Dari kecik sampai besar perangai kasar dia ni memang tak hilang. 

Si Lina ni memang rapat dengan aku. Sebab rumah kitorang dekat, so selalu la main sama2. Aku dengan kawan2 aku mandi sungai, terjun lombong, mancing, lastik burung, masuk hutan semua dia ikut. Sampai satu tahap Lina ni boleh kalahkan kitorang yg lelaki ni melastik la. Dia lagi terror. Malu betul kitorang.

Masa dia kecik memang takde langsung rupa pempuan. Gaya dia, cara cakap dia, cara jalan dia memang tak feminin langsung. Masa sekolah rendah dia dengan rambut pendek bawak beg silang memang sekali imbas macam jantan la. Nasib baik pakai baju kurung. Kalau tak memang orang ingat dia ni lelaki la. 

Masuk sekolah menengah, kitorang still satu sekolah. Naik form 1 dia dah mula pakai tudung. Tapi korang paham2 jela mcm mana rupa dia. Memang selekeh habis. Tudung senget benget. Anak tudunh terkeluar tutup dahi..hahaha. kelakar gila bila aku teringat balik rupa dia masa tu. Yelah dalam rumah dia tu dia sorang je pempuan. Ntah ayah dia ke abang2 dia ke yang pakaikan dia tudung tu aku pon tak tau.

Tapi memang kelakar. Masa sekolah menengah ni dia nampak je ayu bertudung bagai, tapi perangai still macam tu lagi weh. Kasar gila. Dia penah hempuk budak sekelas dia dengan kamus oxford tu sebab budak tu kutuk dia. Punyalah garang. Masa ni aku selalu la kacau2 dia. Bagitau dia “kau ni sampai tua la takde orang nak. Perangai mengalahkan jantan!”

Dia gelak je masa ni. Korang nak tau dia jawab apa masa ni? “Alah takde laki nak kat aku pon aku tak kesah la. Susah2 sangat nanti aku masuk la minang kau. Biar kau jadi bini aku”. Kuang ajo betul dia ni. Geram je aku. Tapi disebabkan dia lagi gengster dan lagi kuat dari aku tak berani aku nak melawan..hahaha.. 

Dipendekkan cerita memang masin mulut dia ni. Lepas dua2 habis belajar kitorang pon disatukan. Dan perangai dia memang tak berubah weh. Masih macam jantan. Pening kepala aku nak layan. Nasib baik la dia ni pandai jugak buat kerja2 rumah. Elok la teratur rumah kitorang. Tapi satu pulak masalahnya bink aku ni. Semua benda dia nak buat. Bila aku lata semua tu memang betul2 semua. Korang bayangkanla.

Aku balik keje bukak2 pintu rumah aku dengar bedentung dentang kat bilik air. Rupa2nya bini aku tengah alter kepala paip. Tambah paip bawah. Aku tegur la dia kenapa tak bagitau aku, biar aku yang buat. Dia kata alah benda kecik je ni. Setakat tambah paip senang punya keje. Masa dia mengandung anak first kitorang, ada satu hujung minggu tu aku dengan dia tengah lepak2 tengok tv. Tiba2 ada lori hon depan rumah. Rupa2nya bini aku singgah kedai hardware beli kayu. Nak buat baby crib sendiri katanya. Ape ke gila bini aku ni. Dengan perut memboyot tu dia nak bertukang. Memang aku tak bagi la kan. Tapi tu la perangai bini aku ni. 

Aku rasa disebabkan dia membesar dalam rumah yang penuh lelaki dia jadi macam ni. Terlampau berdikari. Kadang2 tu aku rasa macam dia pulak take over tugas aku sebagai suami. Bukan aku tak tegur weh, tapi da ni memang tak makan saman. Alasan dia, dah terbiasa lepas tu alah bende kecik je. Boleh setel lah. Tapi alhamdulillah la, ganas2 dia pon dia tetap patuh dan hormat aku sebagai suami dia walaupon kadang2 tu gurau dia agak kasar sikit. Korang bayangkanlah, kalau bergurau tu tepuk tampar laki bini biasanya manja2 kan? Dengan dia tak weh. Memang dia hempuk aku betul2. Kudrat jin bini aku ni agaknya..hahaha.. 

Tapi tu semua tinggal kenangan sekarang. Tanggal 27 May 2016 ketika dia berumur 27 tahun, isteri yang amat aku sayang telah pergi mengadap ilahi akibat kemalangan jalan raya. Anak kami masa ni baru umur setahun 7 bulan. Belum mengerti apa2 lagi. Dah jadi anak yatim. Walaupon dekat mata orang lain dia kasar, selekeh, ganas tapi dekat mata aku dialah isteri paling sempurna. Takde cacat cela langsung.



Dialah tempat aku mengadu, dialah tempat aku mencurah kasih. Tahun ni tahun kedua aku dengan anakku berpuasa tanpa dia. Dah tahun ni tarikh kematian dia jatuh pada 1 ramadhan. Terkesan betul aku dengan puasa tahun ni. Aku rindukan isteri aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Doakan isteri aku ditempatkan dalam kalangan orang beriman ye semua. Maaflah kalau confession ni bosan. Aku cuma seorang suami yang merindui isterinya.


Alfatihah untuk isteriku Nor Azlina bt. Sulaiman.
Terima kasih. Assalamualaikum.

– Ajib

Kredit : IIUM


Berkat ? Rezeki Tanpa Di Sangka ...

25 Aug 2017


Isnin lepas, saya buat keputusan untuk balik ke Bangi awal pagi selasa. Isteri pun minta saya rehat secukupnya sebelum balik nanti. Saya pun tulislah dalam grup WhatsApp keluarga yang saya akan balik ke-esokkan harinya dan selang beberapa minit abang saya menjawab, “bolehlah masak lagi,”

Saya ok sahaja.

Dari Temerloh nak ke Mentakab, saya duk berkira-kira nak masak apa. Duit sudah tinggal RM30 di dalam dompet. Saya pun kenyit-kenyit mata ke orang rumah, dan dia pinjamkan RM100. Saya melenggang sahaja masuk ke pasar dan cari apa yang sesuai untuk dimakan bersama sekeluarga. Ya, kali ini tujuh-tujuh beradik balik. Campur tolak lebih kurang ada 20 orang tidak termasuk yang dalam perut. Kikikiki.

Sudah semalamnya makan rendang ayam, ikan patin tempoyak, udang masak lemak bagai, jadi saya pun belilah tulang lembu dalam empat kilo campur sedikit ekor dan dapatlah sedikit daging tak sampai satu kilo. Dalam kepala saya, adik-beradik saya tak adalah suka bebenor makan malam. Semua kaki TV dan kaki sembang kalau malam-malam buta ni. Jadi, duit yang ada tu bolehlah cukup-cukup. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan balik ke rumah emak, isteri saya memberi penerangan luar biasa. Katanya macam tak cukup jumlah tulang dan daging yang saya beli. Dia kata kalau keluarga dia, itu memang tak cukup. Ok saya sudah tak keruan.

Sampai sahaja di rumah, saya buat-buat tak beli kentang. Ha ha ha, jadi pesanlah kata Abang yang kurang kacak dari saya belikan. Kemudiannya beliau belikan roti. Oh hoi, masa tu saya sudah berdebar-debar. Lain macam aura nak masak sup malam ini. Cukup ke idak ni?

Saya pun punggahlah periuk emak yang paling besar. Didihkan air. Siapkan semua bahan dan masukkan dalam periuk. Ya Tuhan, hanya ada ¼ sahaja isi di dalam periuk tersebut. Tambah dengan kentang pun masih nampak sedikit. Saya kool sahaja masak sampai siap, terkumat kamit baca selawat bagai, ha ha dalam hati ini duk berdoa yang penting semua dapat merasa seorang sedikit pun oklah.

Sambil tunggu sup masak, Abang saya ajak solat sama-sama. Kami pun solatlah Jemaah beramai-ramai. Waktu ini Tuhan sahajalah yang tahu saya berdoa bagaimana. Macam nak ambil keputusan SPM, setiap sujud saya duk mohon Ya Tuhan, cukupkanlah sup aku malam ini. Ha ha ha.

Siap sahaja masak, Abah saya ambil semangkuk besar. Menggunung tinggi. Katanya dia dah lama mengidam. Saya telan air liur. Anak-anak saudara yang dah besar panjang pun mengulang-ulang ambil. Isteri juga boleh tahan menambah-nambah, abang kakak yang dah berkahwin kemain kongsi mangkuk cicah roti sama-sama. Saya sudah berdebar-debar. Takkan nak sound yang tulang tu sikit je?

Kakak ipar saya yang berbadan dua juga ambil, bertambah-tambah. Makan pula dengan kicap cili, fuh meletup. Saya relak dan kool bertahan jangan ambil lagi. Konon-konon badi orang masak tak berapa lalu nak makan. Saya perhati sahaja semua dah ambil dan siap tanya semua dah makan ke belum.

Saya pun ke dapur. Ambil senduk dan ceduk. Eh kenapa banyak lagi? Saya pun tanya dua tiga kali pada semua orang, betul ke semua dah makan? Ya semua angguk.

Saya pun cakap dengan emak, satu-satunya yang duk tengok jumlah yang saya beli masa saya membasuh tulang dan daging tadi. “Kenapa banyak lagi eh mak? Macam pelik pulak, Kan semua orang ambil banyak-banyak.”

Emak jawab relak je macam tak ada apa-apa,

“Berkat,”

Saya pun terdiam. Hirup sup perlahan-lahan, jadi orang terakhir yang menjamah masakan sendiri. Tuhan tolong saya dengan cukup bergaya malam itu. Cukup sekadar memberi gembira kepada perut sekeluarga. Jika pada malam itu mereka tidak tahu cerita ini, hari ini mereka bakal tahu.

Saya tidaklah banyak wang ringgit nak bantu keluarga dengan menabur-nabur kekayaan, tetapi ada sedikit kemahiran memasak bolehlah untuk beri gembira emak abah melihat anak-anaknya berkumpul makan sama-sama.

Dalam dunia ni, kalau dapat kau kongsi kemahiran yang kau ada dengan adik beradik dan keluarga, itulah syurga yang kau dapat semasa kau hidup. Mereka ini adalah manusia yang pernah berkongsi rahim dalam perut emak. Mendapat segala zat dan makanan dari mulut emak dan kemudiannya dapat didikan dan asuhan dari tangan emak bapak kita sendiri. Itulah namanya adik beradik.

Walau Tuhan beri seribu kepelikan dan banyak perbezaan kita sesudah kita dewasa, adik beradik tetap adik beradik. Keluarga tetap keluarga.

Malam itu Tuhan tolong saya, mungkin sebab saya tolong emak gembirakan semua anak-anaknya.

Kawan-kawan,
Bila balik kampung, boleh sahaja kita tolong mana yang kita tahu. Jika hanya tahu masak air, boleh tengok-tengokkan air dalam peti ais, boleh juga perhatikan ada air panas ke tidak. Jika kita hanya tahu mengemas, boleh sahaja kita ringan-ringankan tulang mengemas sana sini. Semua itu akan jadi kesayangan dalam pandangan Tuhan.

Jika nampak ada pinggan di dalam singki belum berbasuh, lalu sekejap basuhlah sebentar.

Tolong emak, tolong bapak banyak-banyak. Tuhan pula akan tolong kita banyak-banyak. Tak secara cash, mungkin Tuhan akan beri kita anak-anak yang rajin, atau Tuhan beri kita rezeki yang kita tak sangka-sangka.

Khairul Hakimin. Muhammad
Anak ke-lima, paling kacak. Nak jugak tak kira.


Kredit : Fb Khairul Hakimin Muhammad




Pesanan Buat IbuBapa, Kalau Tak Boleh Terima 13 Perkara Ini, Jangan Hantar Anak Ke Sekolah

20 Aug 2017


Pesanan untuk semua ibu bapa. Guru juga adalah ibu bapa kepada seorang anak. Peringatan untuk semua, mudah-mudahan dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang prihatin.

Tanamkan dalam hati bahawa:

1. Anak kita bukan baik sangat
Walaupun di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi, dia mungkin melawan cakap guru, pukul kawan dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangkakan.

2. Bukan anak kita seorang saja di dalam kelas itu
Kita di rumah  paling ramai anak 6 7 orang. Itu pun kita tidak mampu nak berikan perhatian kepada semua. Anak cakap banyak sikit, kita dah suruh diam. Bayangkan saja kita ada anak kembar seramai 40 orang. Begitu jugalah apa yang guru alami sewaktu mengajar anak-anak kita.


3. Anak kita juga pandai menipu
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita, dia mungkin menipu. tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah, nanti kita yang mendapat malu.

4. Anak kita layak dimarah
Anak kita bukan malaikat, dia tidak sempurna dan pasti melakukan banyak kesilapan. Dia perlu dididik, karekter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat mengjengkelkan sewaktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarahi, itu tandanya guru sedang mendidiknya.

5. Ingat semula mengapa kita hantar dia ke sekolah
Untuk dia menjadi diva kah sampai tak boleh diusik? Untuk dia menjadi samseng sampai tak boleh dijentik? Untuk dia menjadi biadab sampai tak boleh dididik?

6. Dia sedang dididik dengan cara yang kita suka atau tidak suka
Jika tidak boleh menerima orang lain mendidik anak sendiri dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang mengikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul. 

7. Kita tidak mampu memberikan semua ilmu yang diperlukan
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia tetapi kita tidak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru-guru itu mencurahkan ilmu kepada anak-anak kita. Hormatilah mereka.

8. Duit bukan segalanya
Kita mungkin kaya, tetapi duit tidak mampu menjadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu dididik, diajar dan dibentuk, barulah dia mampu menjadi seorang manusia berguna.

9. Kita tidak mampu membentuknya seorang diri
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memberi kefahaman yang jelas kepadanya bagaimana untuk terus hidup di dunia ini. Guru-guru itulah yang akan membantu kita membuatkan dia melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia
Cara guru dengan kita mungki nberbeza tetapi pengalaman mereka mendidik memang kita tidak mampu menandinginya. Paling hebat kita mampu mendidik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang aanak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru-guru
Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-quran. Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji tetapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia. Amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?

12. Ilmu anak kita tidak akan berkat tanpa redha gurunya
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tetapi jika biadab dengan guru, belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. Kurang mendapat A tak mengapa asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya dan kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar menghormati ibu bapa
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tidak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita. 

Berlapang dadalah, ilmu itu bukan bilangan A. Tetapi apa yang anak kita dapat untuk jadikan panduan bagi menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat. - Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia | PIXEL MEDIA

Saya Bukan Wanita Malang , Yang Malang Dan Tersilap Buat Pilihan Adalah Si Suami Yang Suka Aniaya Isteri Itu

3 Jul 2017


Susulan artikel oleh Prof Muhaya 


Berikut komen seorang pembaca di FB beliau ;

Dear Prof Muhaya, 

Perkataan malang itu tidak sesuai untuk digunakan sama sekali. Saya betul betul tak setuju. Saya percaya ramai di luar sana yang ada pemikiran tipikal sama seperti Prof Muhaya memandang 'kita' sebagai wanita malang. Hidup ini adalah ketentuan Allah, kita merancang Allah yang tentukan segalanya. 

Contoh macam saya ni , jika dilihat dari sudut positif, saya tak silap buat pilihan pun Prof dan saya bukan wanita malang , yang malang dan tersilap buat pilihan serta langkah adalah si suami yang suka aniaya isteri itu kerana hanya 'Jauhari sahaja yang mengenal manikam'. 

So mane mane lelaki lelaki yang bukan jauhari tu die yang malang sebenarnya. Di akhirat kelak, lelaki lelaki yang menganiaya wanita ni kemungkinan lelaki lelaki 'paling' malang kerana Rasulullah s.a.w sendiri ada berpesan berbuat baiklah dengan wanita. 

Al Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallhu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, yang ertinya :
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, janganlah ia mengganggu tetangganya, dan berbuat baiklah kepada wanita. 

Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya, maka engkau mematahkannya dan jika engkau biarkan, maka akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berbuatlah baik kepada wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim). I have nothing to lose at all. I am a better person now. 

Alhamdulillah. Tak terasa malang sikit pun. Mana lah kita boleh 'predict' pilihan kita buat tuu apa yang sedang menanti di hadapannya. Malang ke paling malang ke tak.

I believe ramai juga wanita di luar sana yang sama status dengan saya rasa ketidakpuasan hati pada 'statement' 'malang' ini tetapi tak berani untuk menyuarakan apa yang terpendam. Bagi saya, tersilap buat pilihan dalam kehidupan tak kisah lah sama ada dalam proses memilih pasangan, pelajaran mahupun berkaitan kerjaya merupakan satu pengalaman. 

Apa yang kita panggil itu pengalaman hidup yang lebih mematangkan kita. Cabaran kemanisan, kepahitan dan dugaan selalu ada dalam setiap perjalanan kita kerana hidup ini banyak ujiannya. Pahit manis ranjau kehidupan. Jadi jangan lah sewenang-wenangnya menggelar 'kita' wanita malang. Bersangka baik lah dengan Allah. 

Sesungguhnya rahmat Allah itu lebih mengalahkan kemurkaannya. Ingat, jangan mengaku kita hamba Allah yang beriman jika kita tak pernah diuji- 

'Life experience is priceless'
Yang ikhlas,
Sabrina  

"Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami" --Prof Muhaya..

2 Jul 2017


Ranjau rumah tangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.

Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. "SALAH MEMILIH SUAMI". Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya "padan muka aku".
 
Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.."Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-semata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Nampak remeh hal ni tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT.

Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?

Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.

Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.

"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.." inshaAllah.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula dugaan yang mendatang, kadang-kadang kita minta cerdik, tapi masalah pula yang bertandang, kadang-kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru hara pula yang menjelang. Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah...

Adakalanya jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti di sebaliknya.

Hakikatnya kita memang tidak pernah tahu apa yg sedang MENANTI kita. Namun YAKINLAH, indah atau tidak, pasti ada kebaikan kedua-duanya. ALLAH hanya memberikan yang terbaik kepada hambanya.-Pen Merah Press-

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.