SLIDER

garang
Showing posts with label garang. Show all posts

Suami Suka Mencarut, Memaki, Mengeji

13 Nov 2025




Saya telah berkahwin selama hampir 3 tahun dan dikurniakan seorang anak yang berusia 1 tahun 5 bulan. Sejak mula perkahwinan, suami sangat panas baran, suka memaki-hamun saya, memalukan saya dan menghina keluarga saya di khalayak ramai. 


Saya rasa seperti bodoh, terhina dan sangat tertekan setiap kali suami memaki hamun saya dengan kata-kata kesat. Suami saya panas baran, kalau marah suka hina dan sebut tentangg ayah saya. Keluarganya huru-hara dan panas baran macam dia jugak.


Suka bergaduh, cakap besar, kurang amalan agama, cakap lepas, suka maki hamun, tengking2, mencarut, marah tak tentu pasal etc.  Sebab tu suami saya pun macam tu tapi suami saya tiap2 hari pi surau, cuma kurang pengetahuan agama (baca quran selalu tajwid salah..kadang2 boleh tegur, kadang2 tidak boleh  tegur).


Saya penah mengadu kat mertua tapi diorang baking anak, bile ngadu kat mertua..ayah dia siap cakap, apa salahnya maki hamun kalau betul. Ajaran agama mana ntah dia pakai.


Masa hari perkahwinan, ibu mertua menengking saya di depan rumah depan tetamu yang ramai sebab saya lambat turun sedangkan pengantin lelaki (suami saya) masa tu masih ada di atas rumah (dalam bilik pengantin).  


Tengking dan maki hamun dah jadi pekara biasa dalam rumah tu. Tiap2 pagi, ibu mertua saya mesti terjerit2 dan maki hamun kejut anak2 lakinya yang bongsu bangun tidor. Adik ipar saya yang bongsu selalu kena marah dan pukul.


Suami saya pernah kena curah air panas masa kecik sebab menangis mintak susu.


Masa mengandung, sy selalu sangat menangis, suami saya tidak boleh ditegur langsung...pernah kita orang  tidak solat asar sebab dia taknak solat di surau shopping complex sebab katanya bajunya kotor kena peluh.Tapi bajunya  takde kena najis.  


Bila  tak  sempat solat, saya tegur dia...tapi dia mengamok atas motor smpai buka baju depan orang ramai sambil motor bergerak.  


Dia pernah tengking saya depan supermarket, tengking saya atas motor kat traffic light...dan bukan tengking sepatah perkataan....ayatnya  berjela2 siap maki hamun 'puki mak, bangsat, baghal, gila, cerdik sungguh, babi', dan hempas pinggan dah banyak kali.   


Selalu tunjuk penumbuk kalau gadoh.  Pernah baling cawan kaca kat saya dan anak tapi pecah terkena dinding dan serpihannya terkena pada  saya.


Menghina mak dan ayah saya miskin..."nak makan sendiri pun mintak kat anak, ada hati nak bagi pinjam kereta",  menghina mak ayah saya..."macam pencuri" sebab saya bagi duit tiap2 bulan kat mak ayah dan belikan kereta untuk ayah.  


Suami tuduh saya  tidak minta izin sedangkan sebelum dan  selepas kahwin (masa mengandung) saya dah tanya dia...kadang2 dia jawab ok dan kadang2 dia jawab bila mampu...mampu tu subjektif (bagi saya, saya dah mampu sebab dah kerja tetap kerajaan).


Saya tidak tahan sangat....dah rasa macam nak sakit jiwa...kalau fikir kepala jadi sakit, mungkin dah kena darah tinggi...saya sangat  tertekan...hubungan dengan keluarga saya  jadi renggang dan jauh sebab sikap suami...saya sedih dan  tak  mampu lagi.


Masa raya kedua baru2 ni suami saya mengamuk kat  rumah mak ayah saya... tiba2 dia paksa saya balik rumah sambil jerit2...saya tidak ikut sebab  takut. Dia terus rampas anak dari saya..mak saya halang,   dia tolak.  


Jadi ayah  dan adik lelaki saya bergelut dengan dia untuk ambik anak...sebenarnya kita orang  tidak sangka sampai jadi  macamtu sekali. Dia terus keluar balik rumah mak bapak dia.  


Lepas tu dia tuduh saya nusyuz  sebab tidak ikut dia dan tuduh family saya dah plan semua ini. Suami siap cerita dengan kawan saya yang mak ayah saya tuduh dia curi  duit saya sedangkan dia yang cakap camtu pada  mak ayah saya.


Suami call pujuk2...saya layan ala kadar sebab masih terluka. Tiba2 bila balik rumah kami dengan mak ayah saya (dia orang tolong hantar sebab saya tidak mampu drive sorang...jauh, lagipon  tidak  ikut syariat).  


Dia bawak family dia...konon nak bincang tapi dia pertahankan diri  dan marah2. Dia arahkan saya  balik rumah mak bapak dia  tapi saya dah takut sebab mak n ayah dia termasuk suami saya, kutuk kami sekeluarga macam2 masa tu..saya  diam saje...terus dia ambik anak dan keluar umah...


Saya mintak nak susukan anak,  dia tidak bagi...sedangkan anak saya masih menyusu badan...Saya  tidak  sanggup berpisah dengan anak saya...asyik menangis saje... tidak  tentu arah, tidak tau nak buat apa.


Kalau tuntut fasakh, saya takut dia cakap "AKU CERAIKAN KAU DGN SYARAT AKU JAGA ANAK"....saya takut kehilangan hak penjagaan anak. Apa yang patut saya buat sekarang? Dalam kes saya ni, berdosakah kalau saya tuntut fasakh? - Sumber Forum Halaqah.net


Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".  Memulakan perbincangannya beliau menyebut: "Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".  Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu.  


Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban); 


"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni); "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); "Wahai Aisyah!  Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya); "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).  Beliau seterusnya memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah:


"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".


Kredit : milokaw



Lina , Isteriku Yang Kasar, Selekeh, Ganas,...Tapi Dialah Isteri Paling Sempurna ...Sehinggalah ..

1 Sept 2017




Assalamualaikum to admin and readers. Thanks kalau cerita aku ni tersiar. Well confession ni bukan untuk cerita pasal aku, tp untuk cerita pasal seseorang yg sangat istimewa dalam hidup aku, Lina nama diberi.

Aku dengan Lina memang boleh kira dari kecik dah bersama. Kitorang sebaya, duduk sekampung. Memang kitorang rapat dari kecik lagi. Sekolah sama, main sama2, senang cerita memang rapat la. Sikit info pasal Lina, dia anak bongsu dari 6 orang adik beradik. Dan adik beradik dia semua lelaki. Mak Lina ni dah meninggal masa umur dia 4 tahun. Jadi dia memang dibesarkan dalam rumah yg dipenuhi lelaki sahaja. Jadi korg paham2 jela macam mana perangai si Lina ni kan. Yes, dia kasar. Perwatakan macam lelaki. Tomboy la senang cerita. Dari kecik sampai besar perangai kasar dia ni memang tak hilang. 

Si Lina ni memang rapat dengan aku. Sebab rumah kitorang dekat, so selalu la main sama2. Aku dengan kawan2 aku mandi sungai, terjun lombong, mancing, lastik burung, masuk hutan semua dia ikut. Sampai satu tahap Lina ni boleh kalahkan kitorang yg lelaki ni melastik la. Dia lagi terror. Malu betul kitorang.

Masa dia kecik memang takde langsung rupa pempuan. Gaya dia, cara cakap dia, cara jalan dia memang tak feminin langsung. Masa sekolah rendah dia dengan rambut pendek bawak beg silang memang sekali imbas macam jantan la. Nasib baik pakai baju kurung. Kalau tak memang orang ingat dia ni lelaki la. 

Masuk sekolah menengah, kitorang still satu sekolah. Naik form 1 dia dah mula pakai tudung. Tapi korang paham2 jela mcm mana rupa dia. Memang selekeh habis. Tudung senget benget. Anak tudunh terkeluar tutup dahi..hahaha. kelakar gila bila aku teringat balik rupa dia masa tu. Yelah dalam rumah dia tu dia sorang je pempuan. Ntah ayah dia ke abang2 dia ke yang pakaikan dia tudung tu aku pon tak tau.

Tapi memang kelakar. Masa sekolah menengah ni dia nampak je ayu bertudung bagai, tapi perangai still macam tu lagi weh. Kasar gila. Dia penah hempuk budak sekelas dia dengan kamus oxford tu sebab budak tu kutuk dia. Punyalah garang. Masa ni aku selalu la kacau2 dia. Bagitau dia “kau ni sampai tua la takde orang nak. Perangai mengalahkan jantan!”

Dia gelak je masa ni. Korang nak tau dia jawab apa masa ni? “Alah takde laki nak kat aku pon aku tak kesah la. Susah2 sangat nanti aku masuk la minang kau. Biar kau jadi bini aku”. Kuang ajo betul dia ni. Geram je aku. Tapi disebabkan dia lagi gengster dan lagi kuat dari aku tak berani aku nak melawan..hahaha.. 

Dipendekkan cerita memang masin mulut dia ni. Lepas dua2 habis belajar kitorang pon disatukan. Dan perangai dia memang tak berubah weh. Masih macam jantan. Pening kepala aku nak layan. Nasib baik la dia ni pandai jugak buat kerja2 rumah. Elok la teratur rumah kitorang. Tapi satu pulak masalahnya bink aku ni. Semua benda dia nak buat. Bila aku lata semua tu memang betul2 semua. Korang bayangkanla.

Aku balik keje bukak2 pintu rumah aku dengar bedentung dentang kat bilik air. Rupa2nya bini aku tengah alter kepala paip. Tambah paip bawah. Aku tegur la dia kenapa tak bagitau aku, biar aku yang buat. Dia kata alah benda kecik je ni. Setakat tambah paip senang punya keje. Masa dia mengandung anak first kitorang, ada satu hujung minggu tu aku dengan dia tengah lepak2 tengok tv. Tiba2 ada lori hon depan rumah. Rupa2nya bini aku singgah kedai hardware beli kayu. Nak buat baby crib sendiri katanya. Ape ke gila bini aku ni. Dengan perut memboyot tu dia nak bertukang. Memang aku tak bagi la kan. Tapi tu la perangai bini aku ni. 

Aku rasa disebabkan dia membesar dalam rumah yang penuh lelaki dia jadi macam ni. Terlampau berdikari. Kadang2 tu aku rasa macam dia pulak take over tugas aku sebagai suami. Bukan aku tak tegur weh, tapi da ni memang tak makan saman. Alasan dia, dah terbiasa lepas tu alah bende kecik je. Boleh setel lah. Tapi alhamdulillah la, ganas2 dia pon dia tetap patuh dan hormat aku sebagai suami dia walaupon kadang2 tu gurau dia agak kasar sikit. Korang bayangkanlah, kalau bergurau tu tepuk tampar laki bini biasanya manja2 kan? Dengan dia tak weh. Memang dia hempuk aku betul2. Kudrat jin bini aku ni agaknya..hahaha.. 

Tapi tu semua tinggal kenangan sekarang. Tanggal 27 May 2016 ketika dia berumur 27 tahun, isteri yang amat aku sayang telah pergi mengadap ilahi akibat kemalangan jalan raya. Anak kami masa ni baru umur setahun 7 bulan. Belum mengerti apa2 lagi. Dah jadi anak yatim. Walaupon dekat mata orang lain dia kasar, selekeh, ganas tapi dekat mata aku dialah isteri paling sempurna. Takde cacat cela langsung.



Dialah tempat aku mengadu, dialah tempat aku mencurah kasih. Tahun ni tahun kedua aku dengan anakku berpuasa tanpa dia. Dah tahun ni tarikh kematian dia jatuh pada 1 ramadhan. Terkesan betul aku dengan puasa tahun ni. Aku rindukan isteri aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Doakan isteri aku ditempatkan dalam kalangan orang beriman ye semua. Maaflah kalau confession ni bosan. Aku cuma seorang suami yang merindui isterinya.


Alfatihah untuk isteriku Nor Azlina bt. Sulaiman.
Terima kasih. Assalamualaikum.

– Ajib

Kredit : IIUM


Saya Rela Bercerai Daripada 'Bermadu' Dengan Ibu Mertua

14 Jun 2017


MENJALANI hidup berumah tangga, tak selalu bahagia seperti yang dicitakan dan tak semestinya derita seperti yang dibimbangkan. Biasanya latar belakang seseorang menantu memainkan peranan menentukan bahagia atau sebaliknya. Terutama kalau menantu miskin, kehadiran kita tidak disukai mentua. Ini yang saya alami selama sembilan tahun berkahwin.'' Itu cerita Azihani dalam e-melnya.

''Kini saya ada dua orang anak dan saya merancang keluarga sebab bimbang masa depan yang belum pasti, kerana sering diganggu mertua. Saya takut kalau ramai anak. Apa akan jadi kepada mereka kalau ditakdirkan saya diceraikan.

''Saya tiada tempat mengadu, ibu bapa sudah lima tahun meninggal dunia, adik-beradik walaupun ramai bukan tempat meminta tolong sebab mereka bukan berpendapatan tinggi. Jadi saya fikir dengan dua anak saya boleh hadapi hidup, berdikari jika ditakdirkan diceraikan.

''Saya tidak minta diceraikan, tetapi kerana sering diganggu, dihasut saya takut, mana tahu apa yang dibimbangkan jadi kenyataan. Saya bukan kaki melawan, saya pasrah ditakdirkan sesuatu keburukan berlaku ke atas diri saya.

''Memang sekarang suami saya Faiz baik, tetapi saya tak boleh baca fikirannya lima tahun lagi. Manusia boleh berubah. Tambahan pula kehadiran saya dalam keluarganya sejak awal tidak disenangi ibu mertua, Saya berpendapat apa juga masalah yang dihadapi dari dulu hingga sekarang berpunca daripada latar belakang keluarga saya, kami orang susah. Kami warga setinggarden (rumah setinggan).

''Namun bukan semua warga stinggarden susah, ada senang. Malah ada mempunyai kereta dan rumah besar. Tetapi keluarga kami memang susah, ayah jadi buruh adik-beradik pula ramai. Bayangkan kesusahan kami, tetapi saya bangga dapat bantuan pelajaran dari kerajaan hingga masuk kolej, begitu juga adik-beradik lain, ada masuk Giat Mara, politeknik dan kolej. Walaupun tak mewah tapi kami ada pekerjaan dan didikan yang kami terima. Syukur!

''Tapi adik-beradik Faiz, walaupun ayahnya gaji besar, berpangkat, seorang ipar saya tak bekerja sebab tak lulus SPM dan dia tak mahu berkerja. Seorang lagi lulusan kolej tapi dia juga tak mahu bekerja, jadi mereka makan tanggung di rumah. Sebab dari awal kehidupan mereka segalanya disediakan oleh ibu, mereka tak perlu risau. Bukan seperti adik-beradik saya, kami berhempas pulas belajar bila lulus cari kerja, baiki taraf hidup keluarga dan diri sendiri.

''Mungkin kerana perbelanjaan makin meningkat setelah ayah mertua bersara, Faiz jadi sasaran sumber kewangan, janji boleh bantu ibu, itu pesan mertua setiap kali kami berkunjung ke rumahnya. Saya tak faham apa sebenar punca kebencian ibu mertua. Dulu saya syak kerana saya miskin dan mereka berada, lepasi tu saya lihat mertua dan ipar saya cemburukan pekerjaan saya, sebab saya lulusan kolej dan saya bekerja di syarikat GLC. Dan sejak itu cerita kekurangan duit semakin menjadi-jadi. Ada saja mintanya.

''Saya tak marah kalau Faiz nak bagi duit pada emaknya kerana itu tanggung jawabnya, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai menyusahkan saya, sebab Faiz selalu pinjam duit saya. Itu sudah lebih. Dia patut tanggung kami. Walaupun kami suami isteri bekerja, anak dua orang, duduk di pangsapuri, tetapi hidup kami tak senang. Kami selalu tak berduit. Siapa boleh sabar kalau pemberian pada ibunya meningkat dari RM200 kepada RM300 sebulan. Tak masuk bantuan 'sesak' pertengahan bulan.

''Mungkin pada anda jumlah itu kecil, tetapi pada kami perbelanjaan itu besar. Pertama kerana perbelanjaan hidup kami besar, kami bekerja di tempat berbeza, kami memiliki kereta sendiri, anak-anak perlu dihantar ke rumah pembantu, ansuran rumah dan sebagainya, tentu memerlukan perbelanjaan tinggi, walaupun kami tinggal di pinggir KL, tapi semua mahal.

''Dipendekkan cerita, perbelanjaan hidup yang tinggi, membuatkan kami terpaksa berjimat. Dalam masa sama terpaksa menghadapi mertua yang sentiasa tak puas hati dengan kehidupan kami. Ketika kami mula beli rumah ,katanya rumah yang kami beli terlalu mahal sedangkan ia cuma pangsapuri, sedangkan dia boleh dapat rumah teres yang lebih murah. Mertua salahkan saya kerana tak sabar beli rumah dan sentiasa galakkan Faiz menjualnya dan beli rumah yang akan dicarikan.

''Tak dinafikan rumah ini mahal, sebab kami beli atas tangan orang bukan pemaju, tentu mahal. Tapi masalahnya kami tak sanggup berpindah setiap kali tuan rumah naikkan sewa rumah. Jadi kalau beli tak payah pindah. Sekali lagi saya dipersalahkan kerana tak mahu dengar nasihatnya.

''Dipendekkan cerita kata emak Faiz sejak lapan tahun kami berkahwin, Faiz telah melakukan tiga kesalahan besar kerana tidak menurut cakapnya. Oleh kerana sering kena marah, Faiz melepaskan kemarahannya kepada saya. Ada sahaja salah pada saya, akhirnya tentulah saya naik angin dan kami sering bertengkar.

''Saya pernah beritahu Faiz jika dia rasa saya bukan isteri sesuai dan bukan pilihan ibunya, dia boleh ceraikan saya. Lagi pun saya rasa tak ada guna kami tinggal serumah, jika kehidupan keluarga sering dipersoal dan saya dipersalahkan kerana membeli rumah mahal dan macam-macam lagi, saya rasa kesabaran saya semakin berkurangan. Biarpun saya cuba bersabar.

''Bila bertengkar saya suruh Faiz jual semula rumah yang kami beli, saya rasa hidup saya tak tenteram dan tak aman tinggal di rumah ini. Saya beritahu Faiz jika hidupnya sentiasa diganggu dan dipersoal, dia adalah anak yang amat malang di kalangan adik-beradik. Jadi sebaiknya dia ikut apa juga kehendak dan permintaan ibunya. Saya pasrah.

''Saya rasa sukar untuk bersabar, terutama jika Faiz tidak tahu bertindak apa lagi bersuara mempertahankan saya demi kebahagian hidupnya. Saya tak suruh dia melawan ibunya, sebaliknya saya suruh Faiz berfikir, pilih mana yang boleh menyenangkan hatinya dan hati ibunya. Saya tak mahu dia menderhaka semata-mata kerana mempertahankan saya dan rumah tangga . Tetapi fikir dan pilih mana yang baik. Tentang anak-anak Faiz tak perlu bimbang saya boleh besarkannya sendiri, tetapi dia mesti beri nafkah. Kerana itu tanggungjawabnya sebagai ayah.

''Saya rasa kehidupan saya semakin sempit, jika Faiz mahu membantu ibunya hidup senang, saya juga ingin melindungi diri. Saya perlu ada simpanan untuk masa depan yang belum pasti. Tetapi jika saya sentiasa membantu Faiz bagaimana saya boleh menyimpan? 

''Saya sudah penat menasihatkan Faiz, tetapi dia masih mendahulukan ibunya, takut menderhaka, tetapi bagaimana dengan saya? Kerana itu saya beri laluan kepada Faiz untuk memudahkan dia buat keputusan, saya sedia berundur daripada 'bermadu' dengan ibunya. Saya pasrah,'' Itu kisah Azihani mengakhiri ceritanya yang masih belum ada keputusan. 

Kredit : UtusanMalaysia



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.