SLIDER
AL-KAFI #1153: Maksud Sekufu Dalam Perkahwinan
9 Oct 2024
Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti, apakah maksud sekufu dalam perkahwinan?
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Sekufu atau kesepadanan dalam bahasa Arab disebut dengan kafa’ah. Dari segi bahasa, kafa’ah (كفاءة) bermaksud “المساوة” (sama) atau “المماثلة” (seimbang). (Lihat al-Munjid fi al-Lughah, hlm. 690)
Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/520-525), ketika membincangkan berkenaan memilih pasangan yang sekufu’, menyatakan: Kufu’ bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:
- Agama dan kesolehan
Seorang lelaki yang fasiq tidak sama dengan perempuan yang solehah. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:
أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا ۚ لَّا يَسْتَوُونَ
Maksudnya: Apakah orang-orang beriman itu sama dengan orang-orang yang fasiq? Mereka tidak sama.
Surah al-Sajadah (18)
Walaubagaimanapun, kita perlu membezakan antara orang yang beragama dengan orang yang belajar agama. Istilah yang digunakan oleh Nabi SAW kepada perempuan zat al-din (ذات الدين) atau dikenali sebagai mutadayyin. Sedangkan yang belajar agama sudah tentu mempunyai ilmu dan kefahaman yang baik, tetapi kadang-kadang tidak diamalkannya. Apa yang perlu, mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik apabila mempunyai kefahaman agama serta ilmunya.
- Pekerjaaan
Seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.
Sebenarnya pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua. Ada yang mulia tetapi bukanlah kaya. Ada pula yang nampak biasa tetapi boleh menghasilkan jutaan ringgit apabila mempunyai kreatif, inovatif dan pandai mencari pasaran serta peluang untuk menjana pendapatan melalui pelaburan dan perniagaan.
- Tidak cacat
Tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya. Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu.
Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua: Pertama, yang mengaibkan seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan dan kefahaman yang jelas. Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Yang ini tidaklah menjadi penghalang dalam membina dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaiknya. Kadang-kadang, kita lihat pasangan seperti ini jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.
Sekufu dalam perkahwinan ialah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah,[2] tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.
Hal yang demikian adalah kerana pasangan yang sekufu mempunyai cara hidup yang tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaannya kerana mereka telah mempunyai persamaan.
Namun, bakal isteri dan walinya boleh menggugurkan syarat sekufu ini. Sekiranya seorang perempuan telah dikahwinkan oleh walinya dengan seorang lelaki yang tidak sekufu, tetapi dengan kerelaannya, perkahwinan itu adalah sah.
Hal ini kerana sekufu merupakan hak perempuan dan walinya. Sekiranya mereka redha menggugurkannya, maka ia tidak perlu dipertikaikan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/520-525)
Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
تَخَيَّرُوْا لِنُطَفِكُمْ وَأَنْكِحُوْا الأَكْفَاءَ وَأَنْكِحُوْا إِلَيْهِمْ
Maksudnya: “Pilihlah tempat yang baik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinkanlah mereka.”
Riwayat al-Hakim (2/163)
Kesimpulan
Kami berpendapat, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga. Sebagai contoh, dua pelajar yang bergraduasi dari universiti sedangkan antara dua keluarga mungkin terdapat perbezaan taraf. Tetapi, wujud antara dua pelajar tersebut sifat keserasian serta perasaan tolak ansur yang begitu tinggi antara keduanya. Maka hal seperti ini boleh dipertimbangkan.
Pada saat ini, suasana mungkin sudah berubah berbanding empat puluh atau lima puluh tahun dahulu di mana lingkaran hubungan bukan lagi dibatasi dengan kekeluargaan dan kampungan tetapi ia jauh merentasi sempadan negeri, negara, bangsa, warna kulit, kaum, dan lain-lain. Justeru, yang paling penting adalah sifat kesolehan yang terwujud pada pasangan. Begitu juga perasaan kasih sayang dan cinta tumbuh dengan mekar pada pasangan tersebut.
Akhir kalam, kami tutup dengan berdoa kepada Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Surah al-Furqan (74)
Nota Hujung:
[1] Syeikh Abdullah Nasih `Ulwan dalam kitabnya, Tarbiyah al-Aulad berkata: Bermula dari prinsip ini, Uthman bin Abi al-`As al-Thaqafi telah menasihati dan berpesan kepada anak-anaknya supaya memilih tempat meletak benih masing-masing serta mengelakkan baka keturunan yang buruk. Dan inilah apa yang dikatakan kepada mereka: “Wahai anak-anakku, orang yang bernikah itu seumpama orang yang bercucuk tanam, seseorang perlu meneliti, di mana dia mencucuk tanamannya. Baka keturunan yang tidak baik jarang mempunyai anak, justeru perlu untuk dilakukan pemilihan.”
[2] Jumhur fuqaha’ menganggap sekufu adalah syarat sah nikah. Sedangkan sebahagian ulama’ seperti Abi al-Hasan al-Karkhi, Abi Bakar al-Razi, al-Thauri dan Ibn Hazmin menganggap sekufu bukanlah syarat sah nikah pada masa aqad.
Wanita Bujang Bila Terjebak Bercinta Dengan Suami Orang, Susah Nak ‘Patah Balik’
3 Oct 2024
Hubungan percintaan antara wanita bujang dengan suami orang. Tidak dapat dinafikan, ramai wanita bujang yang terjebak dalam cinta begini. Kalau sudah terjebak, memang susah hendak ‘berpatah balik.’
Alasan yang diberikan biasanya dikatakan jodoh dan rasa kasih dan sayang pada lelaki yang berstatus suami orang. Bercinta dengan suami orang melibatkan banyak perkara terutama soal hati dan juga perasaan.
Wanita Bujang Bila Terjebak Berkawan Dengan Suami Orang
Melalui satu hantaran dilaman Facaebook, Firdaus Shakirin melontarkan pandangannya tentang mengapa wanita bujang perlu mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan suami orang.
“Berkawan” dengan suami orang: Kalau boleh elak tu, elaklah…
Bila dah tersuka, bila dah dilamun cinta, terus dikatakan jodoh…nak buat macam mana kan…ketentuan ALLAH SWT…tapi pokok pangkal asal hubungan tu adalah sebab tidak pandai jaga pergaulan dan tidak tahu batas bila bergaul…
Bukan tidak tahu dia itu suami orang, tapi melayan juga…dari sekadar “cuma kawan”, sehinggalah terbinanya “satu hubungan.”
Susah Nak ‘Patah Balik’
TIGA SEBAB KENAPA PERLU ELAK BERKAWAN DENGAN SUAMI ORANG:
1. Bukan semuanya mampu
Kita bukan hendak menidakkan perkara yang halal dan boleh untuk orang lelaki buat tapi syarat utama yang membolehkan dia untuk buat pilihan itu ialah mampu. Boleh dikatakan ramai lelaki yang bergelar suami pada hari ini, tidak mampu. Kalau dia betul-betul mampu, maka isteri dia tidak membantu langsung bab kewangan. Dari A to Z dia sediakan, semua hutang dia bayarkan siap ada pakej duit belanja yang fixed lagi setiap bulan untuk isteri.
Kalau bulanan pun, isteri bayar hutang, isteri top up perbelanjaan, keluar makan isteri bayar, minyak kereta isteri penuhkan, maka di mana “kemampuan” dia untuk beristeri lebih dari satu? Kalau dia teruskan juga niat dan perbuatan itu, maka penganiayaan akan berlaku disebabkan dia tidak mampu.
2. Niat nak test market, main-main, tak serius
Bukan semua yang menyentuh hati anda itu, membuatkan anda jatuh cinta dengannya ada nawaitu ingin menghalalkan anda, ada yang saja-saja test market, sekadar suka-suka, main-main. Dia tidak mahu ke peringkat seterusnya sebab dia tiada keinginan pun untuk ke peringkat itu.
Hubungan itu sekadar mengisi masa lapang, memenuhkan masa terbuang. Dia akan mengelak daripada membicarakan soal serius ke tidak, nak berkahwin ke tidak dan sebagainya. Dia akan berjanji sahaja sepanjang masa tapi dia langsung tidak mengotakan apa yang dijanjinya. Lebih teruk lagi, dia dapat “habuan”, dia blah dan memutuskan hubungan begitu sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Dia yang untung dan dia tak rugi apa-apa dalam hubungan yang macam ini.
3. Jangan menambahkan bilangan ibu tunggal
Biasalah, adat mula-mula hendak menumpang kasih. Bila kasih sudah ditumpang, maka mula tamak dan mahu ianya jadi hak milik seorang.
Yang pertama sudah mula rasa kurang senang, yang pertama sudah mula rasa diabaikan, yang pertama tak boleh terima diduakan, maka yang pertama pun “lebih rela” untuk bergelar ibu tunggal.
Ada suami yang sebelum bercinta dengan orang lain, sebelum berkenalan dengan orang lain, dia baik-baik sahaja dengan isterinya. Apabila berjumpa orang baru, dia jadi haru biru. Kewajipan sudah ke laut, nafkah sudah mula tak tunai. Anak isteri tak dihiraukan lagi dek kerana keasyikan dilamun cinta baru.
Ditegur tak guna, dinasihat sia-sia. Maka putus asa dan redalah si isteri dalam mempertahankan rumah tangga asbab kemunculan orang ketiga. Si suami yang asalnya hendak membantu janda, telah menjandakan pula isteri sendiri.
Sebagai suami, jagalah pergaulan dan fahamilah batas-batas pergaulan. Kita keluar mencari nafkah untuk keluarga, bukan jodoh kedua. Tengok cermin, tengok atas bawah, sedarilah kemampuan kita dan ingatlah pengorbanan yang telah isteri kita lakukan.
Kepada ‘orang ketiga’ andai rosak sesebuah rumah tangga kerana perbuatan anda, maka bertanggungjawablah untuk menjawab soalan di akhirat sana. Allah Maha Adil dan Saksama.
Kaum Hawa Carilah Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri, Jangan Salah Tafsir. Jangan Pandang Serong
22 Apr 2022
Kebahagiaan dan kemewahan adalah dua cara yang berbeza. Mungkin
ada keluarga bahagia tapi hidup seadanya. Ada yang mewah tapi tak bahagia.
Sebab itulah, dalam hidup keluarga, kena cari harta untuk kesenangan dan
meneruskan kehidupan yang mendatang.
Namun, jangan ingat cari harta ini hanya pada seorang yang
bergelar lelaki atau suami. Sementelah soerang isteri rumah hanya serahkan
segalanya pada suami. Dengan kata lain bergantung harap padanya semata-mata.
Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang.
Ditakdirkan berlaku perpisahan atau kematian pada pasangan, pada
siapa yang kita harapkan. Sebabnya sebelum ini hanya suami saja yang
menanggungnya. Bukan bermakna, semua isteri harus bekerja untuk cari harta
sendiri. Sebenarnya ada cara lain yang boleh isteri lakukan atau mendapatkan
harta sendiri, walaupun tidak bekerja.
Inilah yang dikatakan oleh Anie Alja dalam perkongsiannya. Bila
sudah berkahwin, sebagai isteri jangan serahkan segalanya pada suami
semata-mata. Cari harta sendiri untuk persiapan diri. Kita tak tahu jodoh kita
dengan pasangan. Minta dijauhkan dari yang tidak diingini.
Cari Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri
Semakin banyak terbaca nasihat minah-minah yang suruh perempuan
cari harta sendiri sebelum kahwin. Poin paling bernas, kalau kena cerai, kita
taklah jadi anjing kurap.
Ya, baca sekali tak salah. Bernas pun nasihat itu.
Kita belajar tinggi-tinggi, harus ada kerjaya sendiri, ada harta sendiri. Suami
tak boleh sentuh. Wah, gagah sangat bunyinya. Matang sangatlah buat perancangan.
Sediakan payung gerai warna pelangi sebelum ‘berjudi’ dalam sebuah perkahwinan.
Dalam buku tulisan HAMKA
berkenan perempuan, beliau kata hanya agama Islam memartabatkan kedudukan orang
perempuan dalam masyarakat. Antaranya, kalau kita ada mak ayah mampu dan
berharta.
Harta kita, bukan milik
suami walaupun kita sah dimiliki atas lafaz akad. Kalau perempuan orang putih,
bila berkahwin, habis semua harta tok nek mak pak, jadi harta suami. Sudahlah
kena tukar nama bapa, ambik nama keluarga lelaki, harta benda pun sama, semua
berpindah tangan.
Kita orang Islam, harta
mak ayah tetap harta kita (perempuan) walaupun suami ‘mengecek’. Jangan
bagilah. Harta kita cari, lagilah bukan milik suami kalau kita beli sebelum
menikah dengan dia. Dan kita jangan bodoh buat pinjaman sebab sayang pada suami
sampai tak beragak-agak. Masalah sekarang, selepas kahwin ada isteri yang
terkena virus ‘ikut saja kata suami.
Tak boleh berfikir,
hilang ingatan, buang kawan dan buang mak ayah, tukar nama ayah ke nama suami.
Itu dah kenapa? Agama Islam tak suruh tukar nama ayah sendiri ke nama keluarga
suami?
Kenapa buat?
Selepas itu, isteri buat
persiapan takut-takut kena cerai oleh suami. Kalau kahwin dengan hujung-hujung
akal akan ‘kena cerai’, selepas itu beriya-iya kumpul harta, baik jangan
kahwin. Bahaya. The seed is already in you, it will grow. Bila dengan suami
sendiri pun tak percaya, ‘dia akan ceraikan aku’, baik sorok beli rumah, beli
emas, sorok itu dan sorok ini. Bayangkan bagaimana cara kalian bermuafakat
dalam sebuah perkahwinan. Jangkaan kita itu akan SAMPAI, suatu hari nanti. Ya,
lambat atau cepat saja sebab dalam hati sentiasa fikir keburukan suami dan
risau akan kena cerai.
Buat Terbaik
Percaya pada pasangan,
buat yang terbaik dan buat persiapan dalam mengurus harta. Betul, isteri wajib
ada duit sendiri tapi tak semestinya kena kerja luar. Duit boleh datang dalam
bentuk elaun/nafkah suami, tak salah pun. Bukan cari duit sebab takut kena
cerai.
Buatlah bisnes pun, bukan
sebab takut kena cerai. Buat wasiat, buat tabung kecemasan, tabung pelajaran
anak-anak. Ambil insurans dan ambil MRTA, buka fail harta sepencarian. Banyak
cara lain, selain menakutkan perempuan cari harta sebelum kahwin.
Sebelum kahwin perempuan
cukup pandai belajar tinggi, beli harta, cari serba-serbi, lepas kahwin terus
berubah tak boleh fikir.
Kenapa?
Sangat Tragik, Bermadu Dengan Madu Yang Bengis Dan Ganas
21 Apr 2022
SAYA sependapat dengan Lela dan Izani juga isteri-isteri pertama yang teraniaya. Saya tidak setuju dengan pendapat Zee tentang "Isteri pertama tak sedar diri". Sebenarnya wanita yang rampas suami oranglah yang paling kejam dan tak tau diuntung. ''Daripada pengalaman saya sejak bermadu dengan Fida, hidup saya bukan sahaja tidak tenteram malah terperangkap sama dengan dosa yang dilakukannya.'' Itu cerita Sofi ketika kami berbual panjang di telefon minggu lalu.
Mertua Sorok Anak, Supaya Tak Perlu Beri Nafkah
14 Apr 2022
Saya ingin menarik perhatian pembaca khususnya yang sudah bergelar ayah , sudahkah anda menyediakan segala keperluan untuk anak-anak anda menyambut hari yang berbahagia ini? Cukupkah makan minum serta pakaian anda sediakan untuk mereka?
Kepada ibu-ibu tiri semua, sudahkah anda ingatkan suami anda tentang nafkah kepada anak-anak yang ditinggalkan kepada bekas isteri? Jika belum ingatkan, sebab kealpaan suami akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan anda kerana bersuamikan lelaki yang tidak bertanggungjawab kepada anak-anak sendiri. Jika anda pula yang menyekat suami daripada beri nafkah kepada anak-anaknya, maka anda pasti akan menerima balasannya, sama ada cepat atau lambat, sebab janji Allah itu pasti.
Itu cuma sedikit ingatan kepada suamisuami yang enggan beri nafkah kepada anak-anaknya kerana tujuan mereka hanya hendak seksa bekas isteri supaya hidup sengsara tanggung makan minum dan pakai anak-anak sendirian. Ingatlah anda tidak akan terlepas daripada pembalasan Allah. Saya bawakan ingatan ini untuk kita berkongsi rintihan ramai ibu tunggal termasuk dari KSIT yang terhidmpit hidupnya kerana bekas suami enggan bertanggungjawab. Dari ramai ibu-ibu tunggal yang ditemui, mereka rata-rata melahirkan rasa keciwa kerana terpaksa menanggung anak-anak sendirian, sedangkan itu tanggungjawab kaum lelaki sebagai ayah. Tambah terseksa bila tiba Hari Raya dan permulaan awal persekolahan.
Antara beberapa ibu tunggal yang ditemui dan dihubungi, ada antara mereka menyalahklan Mahkamah Syariah yang tidak menyediakan peruntukan untuk memotong terus gaji bekas suami sebagai nafkah untuk anak-anak. Sebaliknya Mahkamah Syariah melepaskan masalah nafkah ini kepada bekas isteri untuk buat tuntutan. Tidak kurang juga menggalakkan ibu-ibu tuanggal menggunakan khidmat peguam untuk mendapatkan nafkah. “Puan Bismiyanti berkata, tindakan mahkamah suruh ambil peguam untuk dapatkan nafkah memang tidak adil, lepas bercerai, kebanyakan suami, termasuk suami saya tak mahu bagi nafkah, Sudah lebih setahun saya turun naik mahkamah buat tuntutan. Tetapi setiap kali ke mahkamah saman suami hadir, dia tak pernah datang, Dan kes tertangguh berkali-kali. Guna khidmat peguam bukan percuma, semua kena bayar.
“Akhirnya kerana tidak mampu, saya terpaksa lupakan tuntutan. Sebab setiap kali ke mahkamah kena ambil cuti. Saya kerja dengan syarikat Cina mereka tak faham pasal mahkamah syariah, bila saya minta cuti, mereka kata saya ponteng. Dan beri amaran akan berhentikan kerja kalau selalu ambil cuti.
“Jadi kalau puan di tempat saya mana lebih penting, nak tuntut nafkah kah atau nak fikirkan kerja. Kalau saya berhenti kerja sapa nak beri makan 3 orang anak saya ini? Siapa nak beli pakaian seragam dan buku sekolah bila awal penggal persekolahan nanti.. Jadi dengan rasa amat keciwa saya terpaksa lupakan tuntutan nafkah. Bukan kerana saya tak mahu tuntut, tapi saya lebih sayangkan kerja. Kerana itulah periok nasi kami anak beranak. “Bekas suami bukan tak bekerja, tetapi sengaja tak mahu bagi nafkah, sudah kahwin baru tetapi dia lebih rela tanggung nafkah anak-anak tiri daripada anak-anak sendiri.
Dia langsung tak peduli saman mahkamah katanya, “apa mahkamah boleh buat, kalau dia tak datang? “Ada juga sekali dua dia datang tengok anaknya di sekolah. Bila jumpa paling banyak dia beri anaknya RM10 seorang. Sebagai ayah dia langsung tak peduli tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepadanya untuk beri nafkah anak-anak, anak sakit pun dia tak kisah. Agaknya kerana tak mahu bagi nafkah, maka Allah tunjukkan depan mukanya yang dia dipaksa tanggung 2 orang anak tirinya. Itu pun masih tak sedar lagi.’’ Itu cerita Puan Bismiyanti
“Puan Aliah juga mempunyai pengalaman yang sama. Dia langsung tak tuntut mafkah ke mahkamah sebab memang tak ada duit nak bayar peguam. Dia cuma merayu kepada bekas suaminya supaya beri nafkah, terutama ketika Hari Raya dan awal penggal persekolahan. “Seperti biasa bukan senang nak dapat sebab dia kata dia pun dah ada anak sendiri lebih terok lagi kena beli susu dan pampers. Gajinya pun tak banyak. Katanya saya ibunya dan bekerja, jadi apa salahnya kalau saya tanggung anak-anak sendiri ?
“Bila saya kata beri nafkah tanggungjawab seorang ayah. Dia jawab itu cerita zaman dulu. Orang lelaki dulu dia seorang diri bekerja sementara isteri. duduk rumah. Jadi si ayah kena beri nafkah anak-anak. Tetapi zaman sekarang isteri atau ibu-ibu semua sudah bekerja, jadi isterilah yang patut bagi makan pakai anak-anaknya, tak perlu minta daripada suami. “Kerana selalu bergaduh pasal nafkah, maka anak-anak tidak dapat belajar dengan baik, tambah saya duduk rumah flat, perangai anak-anak turut berubah.
Oleh kerana saya sering kerja malam, anak-anak terbiar, ada kalanya ponteng sekolah. “Jadi salahkah anak-anak jika mereka terpengaruh dengan perangai budakbudak liar. Bekas suami salahkan saya kerana tak jaga anak. Masalahnya saya bekerja tak tentu masa, anak-anak tinggal sendirian di rumah. Gangguan luar sentiasa menguasai mereka, dan anak sulung saya berhenti sekolah dalam tingkatan 4. Dia tak minat bersekolah, akhirnya bekerja kedai motor. “Anak kedua saya perempuan, kerana takut dia ikut perangai abangnya saya hantar dia duduk dengan kakak saya di kampong. Alasan saya kalau duduk kampong sekolah dekat boleh jalan kaki, dan dia boleh bersama sepupunya. Alhamdulillah kini dia dalam tingkatan 4. “Tetapi bekas suami tuduh saya sengaja hantar anak ke kampung kerana saya nak enjoy tak mahu jaga anak.
Sedangkan ada anak ketiga masih bersekolah dia duduk dengan saya. Harapan saya bila anak kedua saya dapat masuk kolej atau naik tingkatan 6 nanti bolehlah saya hantarkan anak ke 3 ke kampung. Saya bersyukur kakak saya faham masalah saya dan mahu bantu saya jaga anak-anak saya. Tetapi setiap bulan saya tetap hantar duit bantuan kepadanya. “Saya tak peduli apa kata bekas suami, kerana saya mahu selamatkan anak-anak saya, saya tak mahu mereka ikut jejak abangnya yang liat ke sekolah. Pada saya kalau ayah sendifri tak mahu fikirkan nasib anak-anak buat apa ada ayah. Jangan besok bila dah tua jangan pulak tuduh anak-anak tak pedulikan ayah. Ayah mesti cermin diri sendiri’’ Itu cerita Aliah panjang lebar. Sementara itu, Puan Norraihana yang ada 2 orang anak masih kecil juga memberitahu hidupnya terseksa kerana besarkan anak-anaknya sendiri.
Suaminya menghilangkan diri atas alasan pindah tempat kerja. Ingatkan betul, rupanya menyorok kerana tidak mahu beri nafkah anak-anak. “Bila saya sering hubunginya minta nafkah, dia tukar no telefon, supaya saya tak dapat hubungi dia lagi. Bila saya telefon ibunya di kampung, mereka beritahu mengapa saya cari dia lagi, sebab saya sudah diceraikan. Tetapi saya tak tahu. Dan tindakan terakhirnya dia ceraikan saya di mahkamah Syariah. Lebih licik, dia beritahu mahkamah syariah suruh datang jam 11 pagi, tetapi bila saya sampai dia sudah ceraikan saya di mahkamah syariah pada jam 10 pagi. Bila saya sampai, saya kebingongan. Tak tahu siapa yang betul.
“Walaupun sah saya diceraikan, tetapi saya tetap mencarinya untuk dapatkan nafkah, tetapi dia tetap menghilangkan diri. Berkali-kali saya bertanyakan kepada kaum keluarganya di mana anaknya tinggal dan di mana dia bekerja. Tetapi tidak seorang pun mahu beritahu, sebaliknya mereka salahkan saya kerana bercerai. Masalahnya saya diceraikan bukan saya ceraikan suami. “Pelik sungguh tuduhan keluarganya apakah saya wanita boleh ceraikan suami. Bukankah talak ditangan suami? Tetapi keluarganya tetap salahkan saya kerana bercerai. Namun itu bukan masalahnya, saya tetap mahukan nafkah anak-anak daripada bekas suami.
“Saya pelik mengapa bekas mertua saya dan anak-anaknya tidak mahu beritahu atau nasihatkan anak lelakiunya supaya bertanggungjawab dan beri nafkah anakanaknya. Sepatutnya sebagai ibu menjadi tanggungjawab dia nasihatkan anaknya supaya jadi ayah yang baik dan amanah. “Jangan persoalkan mengapa kami bercerai, sebagai isteri memang saya tak mahu bercerai, tetapi kalau diceraikan juga salah saya ke? “Inilah masalahnya apabila emak ayah tidak mahu menasihatkan anaknya supaya beri nafkah sebaliknya menyembunyikan di mana anaknya berada.
Tujuannya supaya anaknya iaitu bekas suami saya tidak tak perlu bagi nafkah anak-anak. Alasan bekas mertua, anaknya nak kahwin lagi, dan dia hendak bina keluarga baru yang perlukan duit. Tetapi macam mana dengan nafkah anak-anak yang ditinggalkan kepada bekas isteri. “Saya juga pernah menghubungi adik beradik bekas suami saya di KL minta mereka nasihatkan abangnya supaya beri nafkah. Sebaliknya adiknya menyalahkan, kerana saya yang salah hingga berlaku perceraian, maka saya tak boleh dapatkan nafkah.
Mana dia orang sekolah? Cakap macam orang tak tahu agama, sedangkan ayahnya orang kuat masjid dan mereka pun mendapat pendidikan agama takkan soal nafkah anak pun mereka tak tahu? “Masalahnya bila saya bawa tuntutan nafkah ke mahkamah syariah, saya disuruh cari alamat bekas suami supaya mereka boleh hantar surat saman supaya hadir ke mahkamah. Masalahnya macam mana nak cari jika keluarganya sembunyikan anaknya daripada saya?
“Kerana itu saya sarankan kepada Mahkamah Syariah supaya buat potong gaji suami yang bekerja atau berniaga sebaik sahaja mahkamah luluskan perceraian. Sebab sementara menunggu tuntutan nafkah yang makan masa bertahun-tahun, apa anak-anak nak makan. “ Jika salah satu pihak tidak setuju dengan jumlah potongan nafkah yang ditetapkan oleh mahkamah, maka mereka boleh lawan di mahkamah kemudiannya. Jadi, mahkamah fikirkan masalah ibu-ibu Tags: cerai Kahwin Ratapan Isteri suami tunggal yang terseksa tuntut nafkah dari bekas suami. Jangan biarkan anak-anak jadi mangsa kerana kebebalan ayah mereka,’’ itu harapan Norraihana supaya mahkamah syariah buat peruntukan potong gaji bekas suami sebaik sahaja luluskan perceraian..
Ibu Lagakan Kami Adik-Beradik Sehingga Bergaduh Besar
12 Apr 2022
Harapan saya apa yang saya luahkan di ruangan ini dapat dikongsi bersama, paling tidak supaya kita tidak menyalahkan anak-anak sahaja jika tidak mahu menjaga ibu mereka.
Bukan tujuan saya membuka aib keluarga sendiri, tetapi sekadar menjadi renungan dan pengajaran buat pembaca setia, khususnya kaum wanita kerana satu hari nanti kita juga akan menempuh dunia yang sama, seperti ibu kita lalui.
Saya mempunyai empat orang adik-beradik. Emak saya sudah tua, ada tanda-tanda akan diserang penyakit strok. Saya dan suami sering menawarkan diri untuk menjaga emak, kerana saya tahu kalau kita kurang beri perhatian,
mungkin penyakitnya akan segera menyerang. Lagi pun ibu pernah tinggal bersama kami satu ketika dahulu, tetapi tak lama, katanya tidak selesa tinggal di rumah kami. Alasannya, anak saya ramai dan kawasan rumah saya bising. Dia suka tinggal bersama adik Su yang ketika itu baru setahun dua berkahwin.
Tetapi sejak emak tinggal bersama adik, rumahtangga adik sering terjadi perselisihan faham. Pertengkaran dan pergaduhan sering terjadi antara adik dan suaminya yang berakhir dengan perceraian.
Saya dapat tahu dari adik, emak suka ikut campur tangan dalam urusan mereka suami isteri banyak yang mak tak sukakan menantunya. Bila emak keluar dari rumah adik, mereka suami isteri rujuk semula.
Bila adik Su rujuk dengan suaminya semula tentulah emak tak selesa lagi datang ke rumah adik apalagi hendak tinggal bersama seperti dulu. Jadi emak terpaksa pindah tinggal di rumah anak lelakinya di KL yang merupakan anak kesayangan emak.
Lagi pun sejak bujang lagi adik Sham pernah berjanji pada enak yang dia akan jaga emak apabila emak memerlukannya nanti.
Tetapi janji sebelum kahwin, dah beristeri adik mula tak selesa bila emak cakap nak datang ke rumahnya. Beberapa kali emak telefon Sham untuk menjemputnya tapi Sham tak berapa nak layan, alasannya sibuk tak boleh ambil emak tinggal bersama di rumahnya.
Saya tak tahulah apa alasan Sham sebenarnya, tetapi saya tahu emak memang tak berkenan dan tak serasi dengan menantunya, isteri Sham. da sahaja yang emak tak berkenankan isteri Sham. Jadi mungkin salah satu sebab Sham tak pedulikan permintaan emak untuk membawa emak tinggal bersamanya.
Setelah saya kaji masalah adik-beradik saya satu persatu, saya dapati perangai adik-adik saya ini taklah seteruk mana.
Tetapi sedihnya perangai emak yang merunsingkan saya. Saya dapati emak menjadi punca kami adik-beradik berbalah bukan perangai suami atau isteri kami adik-beradik sebenarnya.
Satu perangai buruk emak suka melaga-lagakan dan memburuk-burukkan antara kami adik-beradik. Sebagai contoh emak memburukkan saya pada adik-adik, tapi depan saya emak akan mengutuk dan burukkan adik-adik.
Begitulah peel emak sejak dulu lagi. Jadi akhirnya antara kami adik-beradik tak pernah setuju angin, sentiasa benci antara satu sama lain. Jika dah selalu masam muka akhirnya kami bertengkar dan bergaduh. Itu zaman remaja kami sebelum berkahwin.
Bila masing-masing dah berumahtangga, emak burukkan kami cara lain pulak. Sebagai contoh, emak mengata saya tak layan emak ketika tinggal di rumah saya. Pada saya pulak emak kata adik-adik tidak layan dia dan nak jadi anak derhaka. Pendek kata antara kami selalu sangat berselisih faham dan tuduh menuduh.
Terbaru emak mengadu pada adik Su, saya burukkan Su. Apalagi Su datang mengamuk ke rumah saya lantas tuduh saya macam-macam tanpa bertanya.
Saya tahu adik tak akan mengamuk macam tu kalau hatinya tak sakit sangat. Sedangkan saya tak pernah mengutuk Su. Ceritanya terbongkar bila adik kata emak yang bercerita. Jadi salah siapa kalau kami adik-beradik berkelahi?
Di pendekkan cerita, emak memfitnah saya dengan cerita yang tidak pernah saya lakukan. Saya mengambil langkah berdiam diri tetapi macam-macam cerita tak betul timbul satu-persatu. Begitu juga dengan Shah. Mengenangkan ibu sudah tua, saya hanya bersabar kerana Shah pembengis, dia maki hamun saya tanpa bertanya.
Dia tengking saya macam budak-budak. Saya tak suka bising. Kerana dia lelaki. Tapi herannya emak suka bila dapat tahu kami bergaduh adik-beradik. Dia mahu anak-anaknya dengar cakap dia dan buat apa yang dia suruh. Baru dia rasa puas hati bila sudah melaga-lagikan kami.
Walaupun emak fitnahkan saya macam-macam, tapi saya tetap sayangkan emak. Malah saya kesian bila Shah tak pedulikan makan minum emak. Bayangkan emak sarapan jam 12 tengah hari, itu pun emak terpaksa kejutkan Shah dan isterinya dari tidur di bilik atas. Makan malam pulak jam 11 malam.
Tetapi kerana emak sayangkan Shah kerana dia anak lelaki harapan, emak tak marah, walau apa pun Shah lakukan pada emak. Saya pernah ajak emak tinggal dengan saya, dan saya berjanji tidak akan minta apa-apa harta emak, tetapi emak tak ambil peduli.
Saya juga pernah nasihatkan emak baikkan hubungan kami adik-beradik. Sebaliknya semakin menjadi-jadi emak fitnahkah saya. Akibatnya adik-adik bencikan saya sebab percaya cerita emak.
Emak fikir dengan fitnahkan saya maka Shah dan Su akan jaga emak dengan baik, tetapi sayangnya emak tetap dipinggir dan diketepikan.Apa yang merunsingkan saya siapa antara mereka akan menjaga emak? Sekarang pun emak dah tersepit kerana fitnahnya.
Nak ke rumah saya dia tak sukakan saya, nak ke rumah Su dia bencikan suami Su. Nak tinggal di rumah Shah, mereka suami isteri tak pernah pedulikan emak. Malah menganggap emak kuli mereka. Sementara seorang lagi adik masih bujang, tak boleh nak tumpang.
Saya tak boleh nak berbincang adik-beradik sebab mereka semua bencikan saya akibat fitnah yang emak taburkan terhadap saya. Begitu juga antara Su dan Shah mereka juga tak pernah berbaik, sentiasa berbalah. Ada saja yang tak kena.
Kini saya hanya memanjatkan doa memohon kepada Allah agar emak dapat mengakhiri perjalanan hidupnya dengan aman, bukan memporak-perandakan hidup anak-anak. Saya mahu kami berbaik adik-beradik dapat bergilir menjaga emak. Sikap emak memfitnahkan kami bukan boleh membuatkan emak disayangi, sebaliknya emak akan dibenci dan dipinggirkan.’’ Demikian luahan hati Shamsiah.
Memfitnah bukan boleh menarik perhatian orang atau anak-anak sayangkan kita, atau percayakan apa juga cerita yang disebarkan, sebaliknya akan membuat diri kita sentiasa ditakuti dan dibenci bila kebenaran terserlah akhirnya nanti.
Akhirnya siapa yang mahu menjaga emak bila dia sakit terlantar nanti. Dan siapa yang mahu mengambil tugas menguruskan masalah emak nanti? Inilah yang saya bimbangkan. Tapi emak tak pernah fikirkan semua itu, dia suka dengar kalau kami bergaduh.



