Kaum Hawa Carilah Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri, Jangan Salah Tafsir. Jangan Pandang Serong
Kebahagiaan dan kemewahan adalah dua cara yang berbeza. Mungkin
ada keluarga bahagia tapi hidup seadanya. Ada yang mewah tapi tak bahagia.
Sebab itulah, dalam hidup keluarga, kena cari harta untuk kesenangan dan
meneruskan kehidupan yang mendatang.
Namun, jangan ingat cari harta ini hanya pada seorang yang
bergelar lelaki atau suami. Sementelah soerang isteri rumah hanya serahkan
segalanya pada suami. Dengan kata lain bergantung harap padanya semata-mata.
Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang.
Ditakdirkan berlaku perpisahan atau kematian pada pasangan, pada
siapa yang kita harapkan. Sebabnya sebelum ini hanya suami saja yang
menanggungnya. Bukan bermakna, semua isteri harus bekerja untuk cari harta
sendiri. Sebenarnya ada cara lain yang boleh isteri lakukan atau mendapatkan
harta sendiri, walaupun tidak bekerja.
Inilah yang dikatakan oleh Anie Alja dalam perkongsiannya. Bila
sudah berkahwin, sebagai isteri jangan serahkan segalanya pada suami
semata-mata. Cari harta sendiri untuk persiapan diri. Kita tak tahu jodoh kita
dengan pasangan. Minta dijauhkan dari yang tidak diingini.
Cari Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri
Semakin banyak terbaca nasihat minah-minah yang suruh perempuan
cari harta sendiri sebelum kahwin. Poin paling bernas, kalau kena cerai, kita
taklah jadi anjing kurap.
Ya, baca sekali tak salah. Bernas pun nasihat itu.
Kita belajar tinggi-tinggi, harus ada kerjaya sendiri, ada harta sendiri. Suami
tak boleh sentuh. Wah, gagah sangat bunyinya. Matang sangatlah buat perancangan.
Sediakan payung gerai warna pelangi sebelum ‘berjudi’ dalam sebuah perkahwinan.
Dalam buku tulisan HAMKA
berkenan perempuan, beliau kata hanya agama Islam memartabatkan kedudukan orang
perempuan dalam masyarakat. Antaranya, kalau kita ada mak ayah mampu dan
berharta.
Harta kita, bukan milik
suami walaupun kita sah dimiliki atas lafaz akad. Kalau perempuan orang putih,
bila berkahwin, habis semua harta tok nek mak pak, jadi harta suami. Sudahlah
kena tukar nama bapa, ambik nama keluarga lelaki, harta benda pun sama, semua
berpindah tangan.
Kita orang Islam, harta
mak ayah tetap harta kita (perempuan) walaupun suami ‘mengecek’. Jangan
bagilah. Harta kita cari, lagilah bukan milik suami kalau kita beli sebelum
menikah dengan dia. Dan kita jangan bodoh buat pinjaman sebab sayang pada suami
sampai tak beragak-agak. Masalah sekarang, selepas kahwin ada isteri yang
terkena virus ‘ikut saja kata suami.
Tak boleh berfikir,
hilang ingatan, buang kawan dan buang mak ayah, tukar nama ayah ke nama suami.
Itu dah kenapa? Agama Islam tak suruh tukar nama ayah sendiri ke nama keluarga
suami?
Kenapa buat?
Selepas itu, isteri buat
persiapan takut-takut kena cerai oleh suami. Kalau kahwin dengan hujung-hujung
akal akan ‘kena cerai’, selepas itu beriya-iya kumpul harta, baik jangan
kahwin. Bahaya. The seed is already in you, it will grow. Bila dengan suami
sendiri pun tak percaya, ‘dia akan ceraikan aku’, baik sorok beli rumah, beli
emas, sorok itu dan sorok ini. Bayangkan bagaimana cara kalian bermuafakat
dalam sebuah perkahwinan. Jangkaan kita itu akan SAMPAI, suatu hari nanti. Ya,
lambat atau cepat saja sebab dalam hati sentiasa fikir keburukan suami dan
risau akan kena cerai.
Buat Terbaik
Percaya pada pasangan,
buat yang terbaik dan buat persiapan dalam mengurus harta. Betul, isteri wajib
ada duit sendiri tapi tak semestinya kena kerja luar. Duit boleh datang dalam
bentuk elaun/nafkah suami, tak salah pun. Bukan cari duit sebab takut kena
cerai.
Buatlah bisnes pun, bukan
sebab takut kena cerai. Buat wasiat, buat tabung kecemasan, tabung pelajaran
anak-anak. Ambil insurans dan ambil MRTA, buka fail harta sepencarian. Banyak
cara lain, selain menakutkan perempuan cari harta sebelum kahwin.
Sebelum kahwin perempuan
cukup pandai belajar tinggi, beli harta, cari serba-serbi, lepas kahwin terus
berubah tak boleh fikir.
Kenapa?
No comments
Post a Comment