Mengadakan Hubungan Seks Dengan Ramai Pasangan, Risiko Bukan Sahaja HIV, Tapi Banyak Lagi!
Seks atau hubungan senggama adalah suatu perbuatan
yang mendatangkan kenikmatan dan kepuasan nafsu syahwat bagi setiap individu.
Disebabkan itu, ia penting dalam kehidupan suami isteri bagi
memastikan rumah tangga lebih indah dan bahagia.
Pun begitu, ini merupakan satu masalah besar pada zaman sekarang
kerana seks kini sudah menjadi satu
kebiasaan bagi pasangan yang belum berkahwin.
Ia akan menyebabkan satu lagi keadaan yang membimbangkan iaitu
individu cenderung melakukan hubungan
senggama bersama banyak pasangan.
Seperti mana yang kita tahu, ia memang berbahaya, berisiko dan
berdosa bagi individu yang beragama Islam.
Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi!
Hubungan Senggama Bersama Banyak Pasangan Itu Normal?
Hakikatnya, projek asmara bersama ramai pasangan memang sudah menjadi satu kebiasaan yang normal kini. Kebiasaan ini harus diperbetulkan dengan kadar segera kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan seorang yang beragama Islam kerana ia sudah tentu akan mendatangkan dosa besar dan kemerosotan kesihatan.
”Hubungan senggama bersama banyak pasangan adalah satu tabiat
buruk yang sama dashyat dengan berjudi, minum arak, ambil dadah dan
lain-lain kerana ia adalah perbuatan yang seronok hari ini namun sengsara esok
hari”, kata Profesor Psikologi dari Eastern Connecticut State University di
Amerika Syarikat, Deirdre Lee Fitzgerald.
Dalam pada itu, hubungan senggama bersama banyak pasangan mesti
dielakkan tidak kira sama ada anda sudah atau belum berkahwin.
Kenapa? Ini kerana ia bukan setakat berisiko menyebarkan penyakit human immunodeficiency virus (HIV) malah banyak lagi kemudaratan yang lain.
Apa Risiko Buat Hubungan Senggama Dengan Banyak Pasangan?
Mungkin ramai orang yang akan berbicara berkaitan dengan
pandangan agama terhadap perkara mungkar ini namun ia sebenarnya lebih besar
daripada itu.
Berikut merupakan kesan-kesannya:
#1. Penularan penyakit jangkitan kelamin
(STD)
Ya, memang benar bahawa perbuatan mungkar ini boleh
mengakibatkan penularan pelbagai penyakit
jangkitan kelamin buat individu yang terlibat.
Seperti mana yang kita semua sudah tahu, ia boleh memindahkan
virus HIV sekali gus menyebabkan penyakit AIDS yang masih tiada
penawar sehingga kini.
Namun jangan terlalu fokus dengan satu penyakit sahaja, ada
pelbagai lagi jenis STD yang berisiko tinggi untuk anda dapat jika mengamalkan
kehidupan seks tidak selamat seperti:
- Sifilis
- Herpes
- Gonorrhea
- Chlamydia
- Human Papillomavirus (HPV)
Bukan itu sahaja, kalian juga mungkin berisiko tinggi terkena wabak
bertaraf pandemik seperti COVID-19 jika melakukan seks dengan banyak
pasangan yang anda sendiri tidak berapa kenal latar belakang kesihatan mereka!
#2.
Kehamilan luar jangkaan
Sedangkan jika sudah berkahwin dengan seorang pasangan pun
perancangan keluarga masih diperlukan, apatah lagi jika belum berkahwin dan
mempunyai ramai pasangan?
Ini sudah tentu akan mengakibatkan peningkatan risiko kehamilan luar jangkaan.
Jika anda sangka dengan menggunakan alat kontraseptif seperti kondom atau pil perancang sudah memadai, fikirkannya semula.
Masih terdapat peratusan di mana kaedah perancangan keluarga tidak
efektif meskipun kebarangkaliannya adalah sangat kecil.
Kesannya, ia akan menyebabkan kehamilan dan kelahiran anak di
luar pernikahan serta kekeliruan untuk mengenal pasti keturunan.
#3. Kesihatan mental terganggu
Adakah individu yang gemar melakukan hubungan senggama bersama
banyak pasangan itu sihat secara fizikal dan mental? Tidak sama sekali!
Jika dinilai dari aspek mental, mereka yang mempunyai cara hidup
seperti ini mungkin mempunyai tahap kesihatan mental yang kurang baik.
Pada mereka, cara hidup sebegini boleh meningkatkan status
sosial dan berasakan diri lebih ‘moden’ berbanding individu lain yang dianggap
‘jumud’.
Hakikatnya, ia cuma akan mengakibatkan pelbagai masalah mental seperti kegelisahan, kemurungan dan lain-lain apabila sudah menyesal kelak.
Setia Pada Pasangan Adalah Cara Hidup Yang Terbaik !
Konklusinya, berkahwinlah untuk kehidupan seksual yang lebih baik kerana ia sudah tentu membuat kalian menyalurkan nafsu syahwat ke arah yang lebih benar dan sihat.
Selain itu, setia pada pasangan adalah cara hidup yang terbaik!
Jangan hanya beranggapan pernikahan itu hanya sekadar untuk nafsu syahwat sahaja sebaliknya semai dan sulam rasa cinta kepada pasangan agar rumah tangga lebih harmoni.
No comments
Post a Comment