Jiwa Terseksa Bila Jadi Menantu Bukan Pilihan
“KATA orang tua-tua `jauh
berjalan luas pandangan’ dan bila berjalan kita bertemu dengan ramai manusia
dan mengenali pelbagai kerenah dan perangai mereka,aik dari segi agama, bahasa
juga budaya. Malah dalam masyarakat sekeliling kita pun masih agak sukar untuk
kita sendiri memahami pelbagai perangai
apa lagi loghat mereka apabila berbicara.“Namun apa yang ingin saya ceritakan
bukan tentang masyarakat, tetapi lebih kepada kehidupan saya yang datang dari
dua negeri berbeza budaya dan tutur kata. Contoh orang negeri utara bercakap agak
sukar difahami oleh orang dari selatan, apa lagi jika dari pantai timur,
mahupun Sabah dan Sarawak.’’ Itu cerita Hanijuwita ketika kami bertemu.
“Nak dijadikan cerita
saya orang selatan berkahwin dengan orang pantai timur. Saya bukan sahaja tak
faham budaya mereka, malah bahasa mereka yang teruk-teruk itu memang susah nak
faham. Jadi bila sekali sekali ikut suami balik kampungnya saya jadi macam
orang ulu, mendengar tetapi tak pernah faham apa juga perbualan mereka. “Lebih
teruk lagi perangai mertua saya dan anak-anak gadisnya bila bercakap,macamkan
berbisik, hinggakan saya tak terdengar apa yang mereka katakan.
Paling teruk kalau
bercakap sama ada tengah marah atau bertanya seperti orang berbisik, bukan
bercakap, langsung tak dengar, cuma mimik muka menunjukkan mereka tengah marah.
Suara tak dengar. Saya bukan pekak, tetapi saya lihat adik-adik ipar saya faham walaupun tak dengar suara
ibunya. “Pernah juga saya cuba berbual dengan mertua saya, tetapi mertua saya
tak mahu jawab, saya benar-benar tak faham, apa masalahnya, adakah kerana saya
bersuara agak kuat sikit, atau dia tak faham bahasa, rasanya nada saya taklah
kuat, mungkin mereka tak suka.
“Pernah juga saya cuba
ubah nada percakapan saya, dia cuma pandang, tapi tak jawab juga. Akhirnya saya
mengalah, memang saya tak boleh berbual dengan keluarga ini terutama mertua
saya, jadi untuk memudahkan hubungan kami, saya hanya akan bercakap dengan adik
ipar saya atau dengan suami Jay apabila saya ingin bertanyakan sesuatu, jika
tak perlu baik saya diam.
“Paling saya hairan bila
mereka berbual panjang anak beranak, dan saya dating duduk sama ingin mendengar
perbualan dan memahami gaya bahasa mereka, biasanya mertua saya terus diam,
Macamkan mereka sedang berbual sesuatu rahsia, bila saya hadir, maka perbualan
itu terhenti begitu sahaja. “ Kalau sekali dua keadaan seperti itu saya mungkin
boleh faham mereka tak ada modal nak berbual lagi. Tetapi kalau memanjang saya
datang dan mereka berhenti berbual, tentu saya rasa hairan. Dan tak salah kalau
saya katakan mereka bercakap perkara rahsia. Saya datang bukan nak dengar
rahsia mereka, tetapi cuba memahami gaya bahawa mereka. Tak salah kan?
“Tetapi satu lagi perangai
mertua saya suka panggil Jay keluar bilik dan mengajaknya pergi kedai atau ke
rumah saudara mereka pada waktu malam, ini memang saya tak faham,.“Bayangkan
sedang kami masuk bilik selepas jam 10 malam, lepas 20 minit kemudian adik Jay
akan ketok pintu dan Jay akan beritahu saya, dia nak ke kedai beli tepong lah,
gula dan endah apa apa barang lagi, ataupun Jay beritahu emaknya ajak ke rumah
saudara sekejap. Alasannya esok saudaranya akan ke KL tak jumpa lagi. Soalnya
kenapa tak pergi jumpa pada siang hari, kenapa tunggu sampai malam hari baru
nak bertandang ke rumah orang. Ini saya tak faham. Dan mengapa tak mengajak
saya ikut sama kalau ke rumah saudara mereka? “Pernah juga adiknya ajak makan
di luar, kenapa malam baru keluar, mungkin kedai dah tutup. Tetapi mereka tetap
keluar dan balik entah jam berapa saya pun tak tahu.
Apa yang pasti saya syak
mereka berbual dan tak mahu saya dengar perbualan mereka. “Saya pernah `sound’
pada suami saya kalau nak keluar makan ajaklah saya sama, atau keluar lebih
awal lagi, mengapa dah malam baru nak keluar. Pekan mereka bukan macam KL 24
jam ada kedai masih dibuka lagi. Dan manusia tak tidur. Tapi Jay kata apa
salahnya dia bawa adiknya makan di luar sekali sekala. Kerana emaknya ada
bersama menemani mereka. Dan Jay beri alasan, biarlah saya tidur sebab letih. “Kalau
ajak Jay pergi pasar pun saya tak pernah diajak sama. Alasan Jay biar saya
bantu adik siapkan benda benda nak masak.
Pada saya bukan susah
sangat kalau setakat buang kulit bawang merah, bawang putih dan halia. Sedangkan
untuk ke pasar Jay minta duit saya sebab duitnya dah habis. Sebenarnya saya
teringin juga keluar ke pekan. Tapi tak dibenarkan.
“Saya mula terasa hati
dengar sikap mertua saya ini ketika awal perkahwinan kami lagi, sebab apa yang
saya masak dia tak sentuh, awalnya saya fikir mungkin tak ikut seleranya,
tetapi kalau sepanjang tahun perangainya tak perubah, saya terasa pelik jugak “Terasa
lebih pelik bila Jay tak mahu ikut saya balik kampung selepas setahun kami berkahwin,
macam-macam Jay beri alasan. Setahun lepas kahwin saya hamil, mertua saya macam
orang meroyan bila tahu saya mengandung. Kalau dating rumah saya dia tak senang
duduk, kejap ajak Jay ke rumah anaknya di Serdang,
sekejap di PJ, tapi tak
lama, lepas makan dia balik. “Di rumah saya mereka tak suka saya sediakan
makan, mereka nak masak sendiri.
Tetapi masalahnya bila
mereka memasak, ruang dapur saya berselerak macam kapal pecah. Dapur tempat
masak berkecah tak dibersihkan, bahan masakan bersepah tak disimpan di tempat
asalnya. Pinggan mangkuk lepas makan bertimbun dalam sinki tidak bercuci. Anak
dara ada tapi mereka tak mahu tolong cuci pinggan. “Saya terpaksa bersihkan
dapur sendiri. Saya dah lali dengan kerenah mereka setiap kali datang ke rumah
kami.
Nak mengamuk mertua,
terpaksalah telan dan simpan dalam hati. Hujung minggu mereka ke rumah anak
menantu yang lain pulak. Jay hantarkan. Keluar pagi malam baru balik. Kadang
mertua tidur semalam di rumah menantu biasanya tidak bermalam langsung.
“Saya pernah beberapa
kali ikut Jay ke rumah biras. Tetapi
saya dapat tahu mertua saya tak berani ke dapur, semua makan minum disediakan
di meja, mereka makan selepas itu duduk di ruang tamu
berbual atau berbaring
bilik yang disediakan. Begitulah halnya bila waktu makan tengah hari atau
malam, tak seorang pun ahli keluarga mertua membantu di dapur.“Saya fikir
mungkin kerana menantu mereka ada pembantu rumah.
Bila saya tanya pada ipar
mengapa mertua tak ke dapur. Ipar beritahu dia tak izinkan. Sebab mereka bukan
membantu, sebaliknya lebih banyak buat sepah yang menyusahkan mereka berkemas. “Contoh
lepas kisar cili, pengisarnya dibiarkan di lantai, ubi kendang bercampur bawang,
di letak dalam bekas yang sama .
Begitu juga sayor terbiar
atas meja dari pagi sampai petang. “Kata ipar ini lagi dulu dia pun tak ada pembantu,
tapi selepas beranak pinak dia cari pembantu. Sejak itu kak tak benarkan mereka
ke dapur lagi. Pernah mertua tak mahu makan sebab nak masak sendiri. Beliau tak
pedulikan. Bila lapar nanti mereka akan makan juga.
“Nak ajak anaknya makan
di luar anaknya pulak baru berhenti kerja, jadi mereka terpaksa diamkan diri.
Kata kakak ipar lagi dia berterus terang dengan mertua menceritakan dia
terpaksa berjimat sementara suaminya dapat kerja. Tak boleh makan luar lagi.
terdiam mereka “Bila saya ceritakan masalah saya, kak ipar kata dia boleh ramal
itulah perangai mertua kami. Sebab kami menantu bukan pilihan, mertua kami suka
menantu senegeri dengan mereka. Satu Bahasa satu gaya hidup. Tapi saya bukan
seperti
kakak ipar ini, dia
berani terus terang. Dan dia tak peduli kalau mertua tak sukakan dia. “Masalah
saya hingga dah beranak satu
pun masih takut bersuara,
dan selalu membawa diri bila mereka berkumpul dan berbual anak beranak. Oleh
kerana rumah menantu lain mertua saya tak berapa berkenan, maka rumah sayalah
jadi
sarang mereka berkumpul
dan bercerita. Nak ambil pembantu rumah saya tak mampu, jadi saya biarkan aja
rumah bersepah ikut suka mereka.
“Saya kemas rumah setelah
mereka balik. Jika tidak bilik jadi kubu saya bersama anak yang masih kecil,
saya tak tahu sampai bila saya boleh jadi seperti ini. Namun saya senang hati
saya tak perlu masak ketika mereka ada di rumah. Dan saya tidak akan keluar
duit belanja pasar, biarlah Jay uruskan keluarganya sehingga dia sendiri jemu
satu hari nanti. “Saya dapat rasakan ibu Jay memang tak sukakan saya dan
sentiasa menghasut Jay supaya berkahwin dengan gadis
pilihannya dari negerinya
sendiri. Dengan perangai mertua suka campur tangan dalam rumahangga anak
menantu saya rasa tak hairanlah ramai ibu ibu muda hari ini bencikan mertua
hingga membawa perceraian.’’ Itu cerita Mas
tentang perangai mertuanya, kerana itu dia amalkan falsafah duit dia
hanya untuk
dirinya sendiri. Dia
tidak mahu melabur wang untuk memikat hati mertuanya. Padanya itu satu
pembaziran kerana kalau buat baik macam mana pun mertua etap tidak sukakan
dirinya.
No comments
Post a Comment