SLIDER

mertua
Showing posts with label mertua. Show all posts

Jiwa Terseksa Bila Jadi Menantu Bukan Pilihan

20 Apr 2022

 


“KATA orang tua-tua `jauh berjalan luas pandangan’ dan bila berjalan kita bertemu dengan ramai manusia dan mengenali pelbagai kerenah dan perangai mereka,aik dari segi agama, bahasa juga budaya. Malah dalam masyarakat sekeliling kita pun masih agak sukar untuk kita sendiri memahami  pelbagai perangai apa lagi loghat mereka apabila berbicara.“Namun apa yang ingin saya ceritakan bukan tentang masyarakat, tetapi lebih kepada kehidupan saya yang datang dari dua negeri berbeza budaya dan tutur kata. Contoh orang negeri utara bercakap agak sukar difahami oleh orang dari selatan, apa lagi jika dari pantai timur, mahupun Sabah dan Sarawak.’’ Itu cerita Hanijuwita ketika kami bertemu.

 

“Nak dijadikan cerita saya orang selatan berkahwin dengan orang pantai timur. Saya bukan sahaja tak faham budaya mereka, malah bahasa mereka yang teruk-teruk itu memang susah nak faham. Jadi bila sekali sekali ikut suami balik kampungnya saya jadi macam orang ulu, mendengar tetapi tak pernah faham apa juga perbualan mereka. “Lebih teruk lagi perangai mertua saya dan anak-anak gadisnya bila bercakap,macamkan berbisik, hinggakan saya tak terdengar apa yang mereka katakan.

 

Paling teruk kalau bercakap sama ada tengah marah atau bertanya seperti orang berbisik, bukan bercakap, langsung tak dengar, cuma mimik muka menunjukkan mereka tengah marah. Suara tak dengar. Saya bukan pekak, tetapi saya lihat adik-adik  ipar saya faham walaupun tak dengar suara ibunya. “Pernah juga saya cuba berbual dengan mertua saya, tetapi mertua saya tak mahu jawab, saya benar-benar tak faham, apa masalahnya, adakah kerana saya bersuara agak kuat sikit, atau dia tak faham bahasa, rasanya nada saya taklah kuat, mungkin mereka tak suka.

 

“Pernah juga saya cuba ubah nada percakapan saya, dia cuma pandang, tapi tak jawab juga. Akhirnya saya mengalah, memang saya tak boleh berbual dengan keluarga ini terutama mertua saya, jadi untuk memudahkan hubungan kami, saya hanya akan bercakap dengan adik ipar saya atau dengan suami Jay apabila saya ingin bertanyakan sesuatu, jika tak perlu baik saya diam.

 

“Paling saya hairan bila mereka berbual panjang anak beranak, dan saya dating duduk sama ingin mendengar perbualan dan memahami gaya bahasa mereka, biasanya mertua saya terus diam, Macamkan mereka sedang berbual sesuatu rahsia, bila saya hadir, maka perbualan itu terhenti begitu sahaja. “ Kalau sekali dua keadaan seperti itu saya mungkin boleh faham mereka tak ada modal nak berbual lagi. Tetapi kalau memanjang saya datang dan mereka berhenti berbual, tentu saya rasa hairan. Dan tak salah kalau saya katakan mereka bercakap perkara rahsia. Saya datang bukan nak dengar rahsia mereka, tetapi cuba memahami gaya bahawa mereka. Tak salah kan?

 

“Tetapi satu lagi perangai mertua saya suka panggil Jay keluar bilik dan mengajaknya pergi kedai atau ke rumah saudara mereka pada waktu malam, ini memang saya tak faham,.“Bayangkan sedang kami masuk bilik selepas jam 10 malam, lepas 20 minit kemudian adik Jay akan ketok pintu dan Jay akan beritahu saya, dia nak ke kedai beli tepong lah, gula dan endah apa apa barang lagi, ataupun Jay beritahu emaknya ajak ke rumah saudara sekejap. Alasannya esok saudaranya akan ke KL tak jumpa lagi. Soalnya kenapa tak pergi jumpa pada siang hari, kenapa tunggu sampai malam hari baru nak bertandang ke rumah orang. Ini saya tak faham. Dan mengapa tak mengajak saya ikut sama kalau ke rumah saudara mereka? “Pernah juga adiknya ajak makan di luar, kenapa malam baru keluar, mungkin kedai dah tutup. Tetapi mereka tetap keluar dan balik entah jam berapa saya pun tak tahu.

 

Apa yang pasti saya syak mereka berbual dan tak mahu saya dengar perbualan mereka. “Saya pernah `sound’ pada suami saya kalau nak keluar makan ajaklah saya sama, atau keluar lebih awal lagi, mengapa dah malam baru nak keluar. Pekan mereka bukan macam KL 24 jam ada kedai masih dibuka lagi. Dan manusia tak tidur. Tapi Jay kata apa salahnya dia bawa adiknya makan di luar sekali sekala. Kerana emaknya ada bersama menemani mereka. Dan Jay beri alasan, biarlah saya tidur sebab letih. “Kalau ajak Jay pergi pasar pun saya tak pernah diajak sama. Alasan Jay biar saya bantu adik siapkan benda benda nak masak.

 

Pada saya bukan susah sangat kalau setakat buang kulit bawang merah, bawang putih dan halia. Sedangkan untuk ke pasar Jay minta duit saya sebab duitnya dah habis. Sebenarnya saya teringin juga keluar ke pekan. Tapi tak dibenarkan.

 

“Saya mula terasa hati dengar sikap mertua saya ini ketika awal perkahwinan kami lagi, sebab apa yang saya masak dia tak sentuh, awalnya saya fikir mungkin tak ikut seleranya, tetapi kalau sepanjang tahun perangainya tak perubah, saya terasa pelik jugak “Terasa lebih pelik bila Jay tak mahu ikut saya balik kampung selepas setahun kami berkahwin, macam-macam Jay beri alasan. Setahun lepas kahwin saya hamil, mertua saya macam orang meroyan bila tahu saya mengandung. Kalau dating rumah saya dia tak senang duduk, kejap ajak Jay ke rumah anaknya di Serdang,

sekejap di PJ, tapi tak lama, lepas makan dia balik. “Di rumah saya mereka tak suka saya sediakan makan, mereka nak masak sendiri.

 

Tetapi masalahnya bila mereka memasak, ruang dapur saya berselerak macam kapal pecah. Dapur tempat masak berkecah tak dibersihkan, bahan masakan bersepah tak disimpan di tempat asalnya. Pinggan mangkuk lepas makan bertimbun dalam sinki tidak bercuci. Anak dara ada tapi mereka tak mahu tolong cuci pinggan. “Saya terpaksa bersihkan dapur sendiri. Saya dah lali dengan kerenah mereka setiap kali datang ke rumah kami.

 

Nak mengamuk mertua, terpaksalah telan dan simpan dalam hati. Hujung minggu mereka ke rumah anak menantu yang lain pulak. Jay hantarkan. Keluar pagi malam baru balik. Kadang mertua tidur semalam di rumah menantu biasanya tidak bermalam langsung.

“Saya pernah beberapa kali  ikut Jay ke rumah biras. Tetapi saya dapat tahu mertua saya tak berani ke dapur, semua makan minum disediakan di meja, mereka makan selepas itu duduk di ruang tamu

berbual atau berbaring bilik yang disediakan. Begitulah halnya bila waktu makan tengah hari atau malam, tak seorang pun ahli keluarga mertua membantu di dapur.“Saya fikir mungkin kerana menantu mereka ada pembantu rumah.

Bila saya tanya pada ipar mengapa mertua tak ke dapur. Ipar beritahu dia tak izinkan. Sebab mereka bukan membantu, sebaliknya lebih banyak buat sepah yang menyusahkan mereka berkemas. “Contoh lepas kisar cili, pengisarnya dibiarkan di lantai, ubi kendang bercampur bawang, di letak dalam bekas yang sama .

Begitu juga sayor terbiar atas meja dari pagi sampai petang. “Kata ipar ini lagi dulu dia pun tak ada pembantu, tapi selepas beranak pinak dia cari pembantu. Sejak itu kak tak benarkan mereka ke dapur lagi. Pernah mertua tak mahu makan sebab nak masak sendiri. Beliau tak pedulikan. Bila lapar nanti mereka akan makan juga.

 

“Nak ajak anaknya makan di luar anaknya pulak baru berhenti kerja, jadi mereka terpaksa diamkan diri. Kata kakak ipar lagi dia berterus terang dengan mertua menceritakan dia terpaksa berjimat sementara suaminya dapat kerja. Tak boleh makan luar lagi. terdiam mereka “Bila saya ceritakan masalah saya, kak ipar kata dia boleh ramal itulah perangai mertua kami. Sebab kami menantu bukan pilihan, mertua kami suka menantu senegeri dengan mereka. Satu Bahasa satu gaya hidup. Tapi saya bukan seperti

kakak ipar ini, dia berani terus terang. Dan dia tak peduli kalau mertua tak sukakan dia. “Masalah saya hingga dah beranak satu

pun masih takut bersuara, dan selalu membawa diri bila mereka berkumpul dan berbual anak beranak. Oleh kerana rumah menantu lain mertua saya tak berapa berkenan, maka rumah sayalah jadi

sarang mereka berkumpul dan bercerita. Nak ambil pembantu rumah saya tak mampu, jadi saya biarkan aja rumah bersepah ikut suka mereka.

“Saya kemas rumah setelah mereka balik. Jika tidak bilik jadi kubu saya bersama anak yang masih kecil, saya tak tahu sampai bila saya boleh jadi seperti ini. Namun saya senang hati saya tak perlu masak ketika mereka ada di rumah. Dan saya tidak akan keluar duit belanja pasar, biarlah Jay uruskan keluarganya sehingga dia sendiri jemu satu hari nanti. “Saya dapat rasakan ibu Jay memang tak sukakan saya dan sentiasa menghasut Jay supaya berkahwin dengan gadis

pilihannya dari negerinya sendiri. Dengan perangai mertua suka campur tangan dalam rumahangga anak menantu saya rasa tak hairanlah ramai ibu ibu muda hari ini bencikan mertua hingga membawa perceraian.’’ Itu cerita Mas  tentang perangai mertuanya, kerana itu dia amalkan falsafah duit dia hanya untuk

dirinya sendiri. Dia tidak mahu melabur wang untuk memikat hati mertuanya. Padanya itu satu pembaziran kerana kalau buat baik macam mana pun mertua etap tidak sukakan dirinya.

 

 Kredit : dcckmona


 

Mertua Sorok Anak, Supaya Tak Perlu Beri Nafkah

14 Apr 2022



Saya ingin menarik perhatian pembaca khususnya yang sudah bergelar ayah , sudahkah anda menyediakan segala keperluan untuk anak-anak anda menyambut hari yang berbahagia ini? Cukupkah makan minum serta pakaian anda sediakan untuk mereka?

Kepada ibu-ibu tiri semua, sudahkah anda ingatkan suami anda tentang nafkah kepada anak-anak yang ditinggalkan kepada bekas isteri? Jika belum ingatkan, sebab kealpaan suami akan mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan anda kerana bersuamikan lelaki yang tidak bertanggungjawab kepada anak-anak sendiri. Jika anda pula yang menyekat suami daripada beri nafkah kepada anak-anaknya, maka anda pasti akan menerima balasannya, sama ada cepat atau lambat, sebab janji Allah itu pasti.

Itu cuma sedikit ingatan kepada suamisuami yang enggan beri nafkah kepada anak-anaknya kerana tujuan mereka hanya hendak seksa bekas isteri supaya hidup sengsara tanggung  makan minum dan pakai anak-anak sendirian. Ingatlah anda tidak akan terlepas daripada pembalasan  Allah. Saya bawakan ingatan ini untuk kita berkongsi rintihan ramai ibu tunggal termasuk dari KSIT yang terhidmpit hidupnya kerana bekas suami enggan bertanggungjawab. Dari ramai ibu-ibu tunggal yang ditemui, mereka rata-rata melahirkan rasa keciwa kerana terpaksa menanggung anak-anak sendirian, sedangkan itu tanggungjawab kaum lelaki sebagai ayah. Tambah terseksa bila tiba Hari Raya dan permulaan awal persekolahan.

Antara beberapa ibu tunggal yang ditemui dan dihubungi, ada antara mereka menyalahklan Mahkamah Syariah yang tidak menyediakan peruntukan untuk memotong terus gaji bekas suami sebagai nafkah untuk anak-anak. Sebaliknya Mahkamah Syariah melepaskan masalah nafkah ini  kepada bekas isteri untuk buat tuntutan. Tidak kurang juga menggalakkan ibu-ibu tuanggal menggunakan  khidmat peguam untuk mendapatkan nafkah. “Puan Bismiyanti berkata, tindakan mahkamah suruh ambil peguam untuk dapatkan nafkah memang tidak adil, lepas bercerai, kebanyakan suami, termasuk suami saya tak mahu bagi nafkah, Sudah lebih setahun saya turun naik mahkamah buat tuntutan. Tetapi setiap kali ke mahkamah saman suami hadir, dia tak pernah datang, Dan kes tertangguh berkali-kali. Guna khidmat peguam bukan percuma, semua kena bayar. 

“Akhirnya kerana tidak mampu, saya terpaksa lupakan tuntutan. Sebab setiap kali ke mahkamah kena ambil cuti. Saya kerja dengan syarikat Cina mereka tak faham pasal mahkamah syariah, bila saya minta cuti, mereka kata saya ponteng. Dan beri amaran akan berhentikan kerja kalau selalu ambil cuti. 

“Jadi kalau puan di tempat saya mana lebih penting, nak tuntut nafkah kah atau nak fikirkan kerja. Kalau saya berhenti kerja sapa nak beri makan 3 orang anak saya ini? Siapa nak beli pakaian seragam dan buku sekolah bila awal penggal persekolahan nanti.. Jadi dengan rasa amat keciwa saya terpaksa lupakan tuntutan nafkah. Bukan kerana saya tak mahu tuntut, tapi saya lebih sayangkan kerja. Kerana itulah periok nasi kami anak beranak. “Bekas suami bukan tak bekerja, tetapi sengaja tak mahu bagi nafkah, sudah kahwin baru tetapi  dia lebih rela tanggung nafkah anak-anak tiri daripada anak-anak sendiri. 

Dia langsung tak peduli saman mahkamah katanya, “apa mahkamah boleh buat, kalau dia tak datang? “Ada juga sekali dua dia datang tengok anaknya di sekolah. Bila jumpa paling banyak dia beri anaknya RM10 seorang. Sebagai ayah dia langsung tak peduli tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan kepadanya untuk beri nafkah anak-anak, anak sakit pun dia tak kisah. Agaknya kerana tak mahu bagi nafkah, maka Allah tunjukkan depan mukanya yang dia dipaksa tanggung 2 orang anak tirinya. Itu pun masih tak sedar lagi.’’ Itu cerita Puan Bismiyanti

“Puan Aliah juga mempunyai pengalaman yang sama. Dia langsung tak tuntut mafkah ke mahkamah sebab memang tak ada duit nak bayar peguam. Dia cuma merayu kepada bekas suaminya supaya beri nafkah, terutama ketika Hari Raya dan awal penggal persekolahan. “Seperti biasa bukan senang nak dapat sebab dia kata dia pun dah ada anak sendiri lebih terok lagi kena beli susu dan pampers. Gajinya pun tak banyak. Katanya saya ibunya dan bekerja, jadi apa salahnya kalau saya tanggung anak-anak sendiri ?

“Bila saya kata beri nafkah tanggungjawab seorang ayah. Dia jawab itu cerita zaman dulu. Orang lelaki dulu dia seorang diri bekerja sementara isteri. duduk rumah. Jadi si ayah kena beri nafkah anak-anak. Tetapi zaman sekarang isteri atau ibu-ibu semua sudah bekerja, jadi isterilah yang patut bagi makan pakai anak-anaknya, tak perlu minta daripada suami. “Kerana selalu bergaduh pasal nafkah,  maka anak-anak tidak dapat belajar dengan baik, tambah saya duduk rumah flat, perangai anak-anak turut berubah. 

Oleh kerana saya sering kerja malam, anak-anak terbiar, ada kalanya ponteng sekolah. “Jadi salahkah anak-anak jika mereka terpengaruh dengan perangai budakbudak liar. Bekas suami salahkan saya kerana tak jaga anak. Masalahnya saya bekerja tak tentu masa, anak-anak tinggal sendirian di rumah. Gangguan luar sentiasa menguasai mereka, dan anak sulung saya berhenti sekolah dalam tingkatan 4. Dia tak minat bersekolah, akhirnya bekerja kedai motor. “Anak kedua saya perempuan, kerana takut dia ikut perangai abangnya saya hantar dia duduk dengan kakak saya di kampong. Alasan saya kalau duduk kampong sekolah dekat boleh jalan kaki, dan dia boleh bersama sepupunya. Alhamdulillah kini dia dalam tingkatan 4. “Tetapi bekas suami tuduh saya sengaja hantar anak ke kampung kerana saya nak enjoy tak mahu jaga anak. 

Sedangkan ada anak ketiga masih bersekolah dia duduk dengan saya.  Harapan saya bila anak kedua saya dapat masuk kolej atau naik tingkatan 6 nanti bolehlah saya hantarkan anak ke 3 ke kampung. Saya bersyukur kakak saya faham masalah saya dan mahu bantu saya jaga anak-anak saya. Tetapi setiap bulan saya tetap hantar duit bantuan kepadanya. “Saya tak peduli apa kata bekas suami, kerana saya mahu selamatkan anak-anak saya, saya tak mahu mereka ikut jejak abangnya yang liat ke sekolah. Pada saya kalau ayah sendifri tak mahu fikirkan nasib anak-anak buat apa ada ayah. Jangan besok bila dah tua jangan pulak tuduh anak-anak tak pedulikan ayah. Ayah mesti cermin diri sendiri’’ Itu cerita Aliah panjang lebar. Sementara itu, Puan Norraihana yang ada 2 orang anak masih kecil juga memberitahu hidupnya terseksa kerana besarkan anak-anaknya sendiri. 

Suaminya menghilangkan diri atas alasan pindah tempat kerja. Ingatkan betul, rupanya menyorok kerana tidak mahu beri nafkah anak-anak. “Bila saya sering hubunginya minta nafkah, dia tukar no telefon, supaya saya tak dapat hubungi dia lagi. Bila saya telefon ibunya di kampung, mereka beritahu mengapa saya cari dia lagi, sebab saya sudah diceraikan. Tetapi saya tak tahu. Dan tindakan terakhirnya dia ceraikan saya di mahkamah Syariah. Lebih licik, dia beritahu mahkamah syariah suruh datang jam 11 pagi, tetapi bila saya sampai dia sudah ceraikan saya di mahkamah syariah pada jam 10 pagi. Bila saya sampai, saya kebingongan. Tak tahu siapa yang betul.

“Walaupun sah saya diceraikan, tetapi saya tetap mencarinya untuk dapatkan nafkah, tetapi dia tetap menghilangkan diri. Berkali-kali saya bertanyakan kepada kaum keluarganya di mana anaknya tinggal dan di mana dia bekerja. Tetapi tidak seorang pun  mahu beritahu,  sebaliknya mereka salahkan saya kerana bercerai. Masalahnya saya diceraikan bukan saya ceraikan suami. “Pelik sungguh tuduhan keluarganya apakah saya wanita boleh ceraikan suami. Bukankah talak  ditangan suami? Tetapi keluarganya tetap salahkan saya kerana bercerai. Namun itu bukan masalahnya, saya tetap mahukan nafkah anak-anak daripada bekas suami.

“Saya pelik mengapa bekas mertua saya dan anak-anaknya tidak mahu beritahu atau nasihatkan anak lelakiunya supaya bertanggungjawab dan beri nafkah anakanaknya. Sepatutnya sebagai ibu menjadi tanggungjawab dia nasihatkan anaknya supaya jadi ayah yang baik dan amanah. “Jangan persoalkan mengapa kami bercerai, sebagai isteri memang saya tak mahu bercerai, tetapi kalau diceraikan juga salah saya ke? “Inilah masalahnya apabila emak ayah tidak mahu menasihatkan anaknya supaya beri nafkah sebaliknya menyembunyikan di mana anaknya berada. 

Tujuannya supaya anaknya iaitu bekas suami saya tidak tak perlu bagi nafkah anak-anak. Alasan bekas mertua, anaknya nak kahwin lagi, dan dia hendak bina keluarga baru yang perlukan duit.  Tetapi macam mana dengan nafkah anak-anak yang ditinggalkan kepada  bekas isteri. “Saya juga pernah menghubungi adik beradik bekas suami saya di KL minta mereka nasihatkan abangnya supaya beri nafkah. Sebaliknya adiknya menyalahkan, kerana saya yang salah hingga berlaku perceraian, maka saya tak boleh dapatkan nafkah. 

Mana dia orang sekolah? Cakap macam orang tak tahu agama, sedangkan ayahnya orang kuat masjid dan mereka pun mendapat pendidikan agama takkan soal nafkah anak pun mereka tak tahu? “Masalahnya bila saya bawa tuntutan nafkah ke mahkamah syariah, saya disuruh cari alamat bekas suami supaya mereka boleh hantar surat saman supaya hadir ke mahkamah. Masalahnya macam mana nak cari jika keluarganya sembunyikan anaknya daripada saya?

 “Kerana itu saya sarankan kepada Mahkamah Syariah supaya buat potong gaji suami yang bekerja atau berniaga sebaik sahaja mahkamah luluskan perceraian. Sebab sementara menunggu tuntutan nafkah yang makan masa bertahun-tahun, apa anak-anak nak makan. “ Jika salah satu pihak tidak setuju dengan jumlah potongan nafkah yang ditetapkan oleh mahkamah, maka mereka boleh lawan di mahkamah kemudiannya. Jadi, mahkamah fikirkan masalah ibu-ibu Tags: cerai Kahwin Ratapan Isteri suami tunggal yang terseksa tuntut nafkah dari bekas suami. Jangan biarkan anak-anak jadi mangsa kerana kebebalan ayah mereka,’’ itu harapan Norraihana supaya mahkamah syariah  buat peruntukan potong gaji bekas suami sebaik sahaja luluskan perceraian..


Kredit dckkmona


Anak Luar Nikah, Bakal Mertua Tak Dapat Terima Kerana Status

21 Mar 2022

 




Salam admin,


Saya berhadap sangat admin publish confession ini. Dah lama saya memendam perkara ini. Sebelum itu, saya nak beritahu yang saya seorang gadis, yang berusaha sebaik mungkin setakat ini untuk menjadi gadis muslimah yang baik walaupun adakalanya tersasar. 

Nak dijadikan cerita, saya membesar dengan nenek di utara tanah air sejak kecil lagi. Ibu bapa pula menetap di ibu kota. Dari kecil saya tengok surat beranak saya, kenapa column bapa kosong tak bernama? Saya tak ada bapa ke? 

Banyak kali saya berfikir, sehinggalah satu hari nenek beritahu yang saya adalah anak luar nikah. Tetapi bapa saya yang sekarang ini memang bapa kandung. Cuma kalau ikut dalam Islam, saya tiada bapa kan? Ibu berkahwin dengan bapa selepas mengandungkan saya. 

Sedih sangat-sangat selepas mengetahui cerita yang sebenar. Dari hari itu, saya memang tiada keyakinan diri dan tidak berani berkawan secara serius dengan mana-mana lelaki kerana tidak yakin ada yang sanggup menerima. 

Sampailah satu masa ketika saya diploma di satu IPTA ini. Saya kenal dengan seorang lelaki ini, dia bekerja di Perodua dan kami selalu berhubung melalui media sosial tetapi tidak pernah berjumpa. Saya selesa berkawan dengannya kerana dia jenis lelaki yang caring dan menghormati saya. 

Satu hari itu, dia nyatakan hasratnya untuk melamar saya. Terkejut, saya terkejut kerana ingatkan dia bergurau sahaja. Rupa-rupanya dia memang serius dan mahu datang ke rumah nenek untuk masuk meminang. Saya menghalang dan menolak hasratnya itu. Puas dia mendesak saya memberitahunya kenapa saya menolak lamarannya. Padahal, saya sebenarnya memang menyimpan perasaan terhadapnya. Cuma saya tidak yakin yang dia boleh menerima status saya sebagai anak luar nikah. 

Akhirnya saya berterus terang yang saya tidak dapat menerimanya kerana saya anak luar nikah. Sejak itu, dia terus mendiamkan diri dan tidak lagi beria-ria seperti sebelum ini. Saya faham, dia susah mahu menerima. 

Satu hari itu, dia beritahu yang ibunya telah mencari calon isteri pilihannya untuk dia. Dia beritahu yang ibunya tidak dapat menerima saya sebagai menantu sebab saya anak luar nikah. 

Lagipun saya tahu yang dia sendiri juga tidak dapat menerima status saya. Saya faham dan tidak rasa sedih sangat, sebab sudah menjangka perkara seperti ini akan berlaku. 

Sekarang, dia sudah berkahwin. Saya teruskan hidup seperti biasa. Tiba-tiba datang pula seorang lelaki mahu mencuri hati saya. Saya enggan memberikan sebarang respon, namun dia pula bersungguh-sungguh mahu mendekati saya. 

Sekali lagi, saya berterus terang yang saya ini anak luar nikah. Agak-agaknya dia boleh menerima saya tak? 

Dia terus senyap dan berhenti menghubungi saya. 

Sedih kan jadi anak luar nikah ini? Lelaki susah nak menerima gadis berstatus seperti saya. Saya hanya berserah kepada Allah. Saya sudah malas nak mengharapkan perkahwinan. Kalau ada jodoh yang mampu terima, adalah. Jika tiada, tak mengapa, saya teruskan hidup seperti biasa.

Walaupun bukan salah saya jadi anak luar nikah, tetapi mentaliti orang Melayu memang memandang hina pada golongan seperti saya. Jadi, mohon kalian semua doakan yang baik-baik untuk saya agar suatu hari nanti ada yang mampu menerima saya seadanya.

Kredit : superkiram


Sebaiknya Tinggal Bersama Mertua Atau Berasingan ?

2 Dec 2021



Soalan

Assalamualaikum SS Dato' Mufti. Saya sudah dua tahun lebih berkahwin namun suami masih gagal menyediakan tempat tinggal.

Kami tinggal di rumah ibu mertua (ibu tunggal), bersama adik ipar perempuan dan suaminya. Saya sentiasa kena menutup aurat kecuali dalam bilik saya. Isunya kami cuba mencari rumah sewa tapi tak dapat. Apakah boleh kami keluar rumah untuk tinggal berasingan dari ibu?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan jawapan ini dengan mengertikan hakikat perkahwinan seperti nas Ilahi:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً

Maksudnya“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

(Surah al-Rum: 21)

Sayyid Qutb berkata: Islam memandang rumah tangga sebagai tempat kediaman, keamanan dan kedamaian dan memandang kepada hubungan suami isteri sebagai hubungan kasih mesra dan menegakkan hubungan ini di atas pilihan yang bebas supaya ia dapat berlangsung di atas asas saling mengerti, saling bersimpati dan saling berkasih sayang. Maka Islam inilah juga yang berkata kepada para suami:

فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Maksudnya“Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

(Surah al-Nisa’: 19)

Ini adalah supaya mereka mengekalkan hubungan suami isteri mereka dan tidak terus memutuskannya dengan sekali fikir sahaja atau dengan desakan keinginan yang pertama sahaja, malah ia harus memelihara kepentingan yayasan insaniyyah yang agung ini agar tidak terdedah kepada ledakan keinginan sentimen yang berubah-ubah dan kepada ketololan nafsu yang terbang di sana-sini. (Rujuk Tafsir fi Zilal al-Quran, 3/234)

Berkenaan dengan permasalahan Puan, saya amat bersimpati dan saya ringkaskan jawapan dalam beberapa poin berikut:

  • Sepatutnya, apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibubapa dan keluarga, maka inilah yang terbaiknya. Ini kerana dengan hanya berpasangan, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan terwujud. Tambahan pula, tanpa campur tangan mana-mana pihak.
  • Antara makna kemampuan itu adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT:

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ

MaksudnyaTempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).

(Surah al-Talaq: 6)

  • Pepatah Melayu menyebut: “Biar banyak rumah daripada banyak orang dalam rumah,” dengan maksud dengan ramainya anggota dalam sebuah rumah, maka ragam dan juga perangai akan berbeza yang boleh membawa kepada pertelingkahan jika tidak ditangani dengan sebaiknya.
  • Oleh kerana ibu sudah ada anaknya yang menjaganya, maka tidak lagi menjadi masalah untuk anak yang lain keluar daripada rumah tersebut. Yang penting, sentiasa memberi perhatian dan kecaknaan sama ada dari segi nafkah atau kasih sayang melalui ziarah serta hadiah dan juga nafkah. Bahkan dengan cara ini, perasaan kasih sayang dan penghormatan akan jadi lebih tinggi berbanding tinggal sebumbung di rumah.
  • Suami sewajarnya memahami hak isteri untuk ditempatkan, yang munasabah dengan status keisterian agar peranan masing-masing dapat dijelmakan dengan lebih baik dan jelas. Ini akan menatijahkan bahtera rumahtangga lebih bahagia.
  • Layanilah isteri dengan seterbaik mungkin. Firman Allah SWT:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya“Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”

(Surah al-Nisa’: 19)

Syeikh a-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.

Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)

  • Kepada isteri hendaklah patuh dan berkhidmatlah kepada suami dengan seterbaik mungkin kerana dengan sifat isteri solehah dan pelaksanaan ibadat kepada Allah akan menatijahkan syurga buat isteri. Benarlah hadis daripada Abdul Rahman bin ‘Auf, Nabi SAW bersabda:

إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

Maksudnya“Jika seorang wanita solat lima waktu, puasa Ramadhan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya maka dikatakan kepadanya: “Masuklah syurga dari mana-mana pintu yang kamu mahu.”

Riwayat Ahmad (1661), al-Tabarani dalam
al-Mu’jam al-Awsat (4598) dan Ibn Hibban (4237)

  • Elakkan daripada menjadi nusyuz kerana akibatnya amat buruk. Sebuah hadis Nabi SAW menyebut:

وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لاَ تُؤَدِّى الْمَرْأَةُ حَقَّ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهَا كُلَّهُ حَتَّى تُؤَدِّىَ حَقَّ زَوْجِهَا

Maksudnya“Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaan-Nya, seorang perempuan yang belum menunaikan hak Tuhannya sehinggalah dia menyempurnakan hak suaminya.”

Riwayat Ahmad (4/381) dan Ibn Majah (1853)

  • Sentiasalah bermesyuarat dan berbincang antara suami isteri dalam membuat sebarang keputusan. Ini akan menatijahkan ketenangan dan rasa puas hati dari kedua belah pihak. Bermesyuaratlah dengan cara yang baik. Benarlah firman Allah SWT:

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ

Maksudnya: “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.”

(Surah Ali-Imran: 159)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Berbincang itu mengandungi banyak faedah, antaranya memperlihatkan bahawa adanya kesatuan hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Penyatuan hati ini yang akan menolong mencapai sesuatu tujuan.

Akhir kalam, sentiasalah berdoa antara satu sama lain agar rumahtangga Puan akan merasa harmoni dan elakkan daripada memberi tekanan kepada suami sehingga akhirnya niat yang baik boleh membawa akibat yang buruk. Lazimilah qiamullail serta berdoalah sepertimana yang diajar oleh Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

(Surah al-Furqan: 74)

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami di dunia dengan kebaikan dan di akhirat dengan kebaikan. Dan selamatkanlah kami dari azab Neraka.”

Kredit: muftiwp

Difitnah, Dihadiahkan 3 Talaq , Gara-gara Campur Tangan Mertua

20 Oct 2021



And today, i'm wearing our "jubah nikah" to hear the result👰🏻
Thank you for all 3 talaq you gave me. 😊
Allah knows best.
I've nothing to say to you.
wish you all the best.semoga bahagialah ya.
For my LOVELY mother-in-law, 

CONGRATULATIONS Datin 😎
For made us into this situation. Malam ni dah boleh buat parti dan sujud syukur ya sebab berjaya hancurkn semua.
Dulu,Datin pernah kata yang anak Datin takkan bahagia kalau teruskan perkahwinan ni dengan saya. 

Ya.Betul tu.
Saya setuju. 

Sebab takkan ada orang pun yang akan bahagia, kalau ada "IBU MERTUA" macam Datin ni 😂😂😅 

Tahniah sebab dah berjaya meruntuhkan pernikahan ni dua kali berturut dan mendoakan Ali gugur sejak dari dalam perut.Alhamdulillah dah 8 bulan dah Ali. 😊 

Tahniah sebab Datin, saya terpaksa tinggal seorang diri dekat rumah sewa sepanjang saya mengandung 😊 

Tahniah sebab Datin,saya kena beranak seorang diri tanpa suami di sisi. 

Tahniah sebab Datin, anak saya tak diazankan oleh babah dia,dan tak pernah jumpa langsung. dapat kenal Babah dia hanya selepas dia berumur 8 bulan iaitu 2minggu lalu. itu pun sebab kena datang mahkamah. 

Thank you so much! 🎉🎊🎉🎊
Untuk setiap tuduhan datin, yang saya gunakan Ali untuk minta macam2 dekat anak datin, saya tak redha.Dan untuk setiap harta yang datin fitnahkn saya untuk mengambilnya, jika betul saya tak pernah ada niat, Saya doakan segala harta tu di tarik semuanya dari datin. Dan saya tak redha langsung datin doakan keburukan utk anak sy. 

Lagi satu, kirim salam pada ustaz ustaz yang datin gunakan utk bagitahu yang saya ni ada sihir anak datin sampai meroyan ingat saya hehee 😌 ❤️

Mungkin saya guna bomoh Russia kot kehkehkeh
Kesian anak datin, sebab kena ugut jadi anak derhaka kalau tak dengar cakap datin.🤣 

Tak bau syurga katanya kalau mak bapak tak redha. 😌
Saya takkan lupa semua momen saya di halau depan pagar rumah datin dan masa kita bergelut macam madu berebut laki haha masa Sayf ali 7 bulan dalam perut saya 🙂 
 
Sekarang,Datin dah boleh tidur lena sebab saya dan anak datin dah tak boleh bersama lagi pun. 

Cuma satu saya boleh kata,
SAYA TAK MAAFKAN ATAS APA YANG DATIN BUAT PADA SAYA DAN ANAK. DAN SAYA DOAKAN DATIN PANJANG UMUR,TAK TERCABUT NYAWA DARI BADAN,SELAGI DATIN TAK MINTA MAAF PADA SAYF ALI.
WISH YOU ALL THE BEST WITH YOUR FAMILY. 

Ikot hati saya memang saya nak tayang muka datin, tapi takpelah, buat semak FB saya je. Baik sy letak gambar produk ke, laku juga orang nak beli. 

For my lovely Sayf Ali,
Anything yang jadi is between Bunda dan babah. Takde kena mengena dengan Ali. He will always be your only babah in this world.No one can take his place.I will only show you the best and good side about him.Please love and respect him just like u love and respect me. 

And its ok if your "tok abah" and "tok mak" tak pernah mengaku Ali sebagai cucu, sebab seberapa benci sekalipun, diorang tak boleh nafikan yang darah babah juga mengalir dalam badan Ali.
plus,Ali ada wan dengan atok kan 😘 

Ramai lagi sayang Ali.
Sorry baby. Sebab terpaksa hadap benda ni since dalam perut lagi.
You're very strong enough.You're fighter to me. Moga Sayf menjadi anak yang soleh yang membuka laluan syurga buat Bunda dan Babah. 

Dear Self,
Whatever it is, Allah with you. Dia maha Tahu apa yang kau tak tahu.Dia maha penyayang dan maha bijaksana. Dan, mengertilah untuk semua ujian yang kau dapat, itu tanda CintaNya pada kau sebagai hamba dan sebagai penghapus dosa lalu. 

May Allah ease me and my baby. 

Aamiin. 

Thank you semua yang doakan kami selama ni. Hanya Tuhan yg dapat balas semua.

Kredit : Fb Noor Nabilla Fattin 


Kahwin, Duduk Sekali Atau Duduk Asing Dengan Mertua ? Apa pilihan anda ?

23 Sept 2017


Skrg aku nak cerita kisah aku sikit. Lps brkwn dgn bf aku setahun dia ajak kahwin. Prkara prtama yg aku tanya adalah nak duduk mana lps kahwin. Aku tak ada nak brsweet2 plan anak berapa org, nama anak apa yada yada yada..dok cerita2 berangan buat apa! Face the reality…tuk membina keluarga baru prkara asasnya adalah tentulah sebuah rumah tuk tinggal dan bina brsama.

Bkn nak suruh mata duitan kne beli rumah dulu ke apa ker… menyewa dlu pun ok lah…x kisahlah tidur brtilam toto atau makan nasi dgn kicap sekalipun. Nak bina keluarga nak kahwin..keluar dr rumah family. Aku sgt brtegas dlm hal ni sbb adik beradik aku ramai..aku pun brkongsi bilik dgn adik perempuan aku. Mak aku mmg tegas klu anak2 dah kahwin sila pindah keluar utk adik2 yg lain dpt bilik sendiri. Aku faham maksud mak aku bkn dia nak mnghalau.

Tp nak kita laki bini ni ada tanggungjwb. So suami aku 2 bln sblm majlis kahwin dah bayar deposit rumah sewa siap2. Pindahkn sikit2 brg2 aku from rumah parents just tinggalkn sikit2 jer baju yg nak pakai. Ada juga masa beraya ke rumah bakal mentua bapa dia ckp dgn aku x pyh mmbazir mnyewa, duduk jer rumah dia byk bilik kosong (konon) lah. Ya. Mmglah byk bilik kosong sbb abang dan kakak dia dah berkawin dan tinggal di negeri berbeza. 2 lg adik dia kat asrama. Yg tinggal kat rumah tu cuma seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Aku senyum jer… tp dengan suami aku ckp terus terang x nak! Sbb apa..nanti bila time cuti sekolah ker dah sah2 lah rumah tu penuh dgn yg dah kahwin tu pun balik jenguk mak dia…habis kau rasa kau boleh selesa ker? Terus terang klu kena menetap rumah mentua lps kahwin baik x pyh kahwin dulu! Baik duduk rumah mak bapak aku jer. Lg selesa. Pls jgn jadikn gaji kecil sbg alasan tuk lpskn tanggungjawab dlm mnyediakn tmpat tinggal tuk isteri ye.

Suami aku pun basic salary hanya 3 angka masa nak kahwin. Maka lps bertunang kami tak selalu keluar. 3 bulan sekali baru jumpa. Dia pulun OT byk2. Sbb tahu nak ambil anak orang..pandai2lah dia cari jalan. Aku pun x demand rumah tu mesti trsedia semua. Awal2 kahwin mesin basuh pun tak ada.

Menyentallah aku basuh baju pakai tangan. Tp x per…asal bkn serumah dgn mentua. Jgn salah faham ye bkn tak suka dengan MIL aku. Aku rapar jer dgn MIL dan ipar2 semua…dan sbb nak jaga hubungan rapat tu lah aku x mau duduk sebumbung sbb cara kita dibesarkn mmg tak sama. Dah klu kau membesar seperti angsa yg cantik serba serbi bersih sempurna. .

Pastu ko masuk dlm family yg mcm ayam jenis berak merata..nak tak nak kau kenalah jd ayam sama! Inilah yg jd kat si Liza tu. Hikmahlah jugak si Liza tu tak ada anak. Sbb apa? Kalau setakat hidup brdua pun dah x mampu nak sediakan rumah..nanti anak dah 3 pun belum tentu ada rumah. .

Maka malam2 dok brhimpit lah ko 5 beranak dlm bilik sama. Kat situlah baju kau, baju anak2 kau..tak rimas ker?

Klu rumah mentua sebesar rumah Yusof Haslam tu ok lah tingkat rumah lg byk dr jumlah anak. Ini tidak….dah tau jumlah bilik pun x sebanyak jumlah anak2 yg ada kau pulak ada hati nak menyempit lagi dalam rumah tu. Tu bkn kata ssh sng sama tp cari penyakit.

Maaflah wanita semua sbb aku sgt mnyampah baca kisah
menantu yg derita hdup rumah mentua sbb bagi aku kau yg pilih jalan tu awalnya jd buat apa nak mngeluh. Tuk apa disalahkan keluarga mentua sbb yg salah adalah awak dan suami awak yg bimbang tuk bina keluarga dlm rumah yg mana awak sndiri boleh jd surinya.

Konon duduk rumah family sementara. Tp sementara tu smpai bila?tunggu apa?hujan emas dr langit ker? Last2 kau yg mereput kat rumah tu meratapi nasib sdgkn kau yg menempah maut.

Aku ada jer kwn yg senasib Liza ni. Org jauh pantai timur. Bf org Selangor. Puas aku nasihat tp nak kawin jugak pastu tinggal dgn mentua. Ha…skrg dah 5 thn kurus kering dibuatnya. Hidup makan hati. Makan tengahari jgn ckplah…hari2 bwk bekal. Kdg nasi kosong dgn telur goreng jer…kdg sayur kubis semata.

Dari raut wajah pun boleh tau lah yg dia x gembira sbb zaman
anak dara mnyewa dgn kawan2 lg gembira aku tgk. Paling aku kesian kita ni ada mak…kdg mak tu teringin nak brjalan jenguk menantu dan cucu. Jd bila mak dia dtg sini…bkn nye dtg rumah anak tp ke rumah besan. Tak ke kesian tu.

Sekian nasihat drpd akak ni yg dah ke tahun ke 11 berumahtangga. Alhamdullilah bahagia dan dah berjaya beli rumah sendiri.

Sumber: www.islamituindah.com.my

Semua Saya Tanggung !! Mentua, Kakak Ipar, Adik Ipar, Biras Dan Anak Buah, Tapi Gara-Gara Tak Bagi Pinjam Kereta, Semuanya ....

15 Sept 2017


Di dalam alam bertumahtangga, ramai yang inginkan hubungan dibina bahagia , tetapi bukan semua orang bernasib baik untuk menjalani kehidupan bahagia seperti yang diimpikan itu dan akhirnya berakhir dengan penceraian.

Kadang-kadang hubungan yang dibina dengan suami tiada masalah, tetapi kerana campur tangan keluarga hubungan itu musnah.

Meluahkan perasaannya di dalam iium Confession BM, seorang wanita malang menceritakan kisah hidupnya yang begitu memeritkan.

Bukan kerana sang suami curang atau tidak sayang, tetapi kerana keluarga suami yang terlalu mengambil kesempatan atas kebaikannya sehingga dia hilang sabar menyebabkan dia dipukul dan difitnah.

Jom kita baca luahannya.

Akak Ipar, suaminya & Ibu Mertua yang melampau"

Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan, sebelum itu, selamat mennyambut bulan Ramadhan semua. Saya bekas penuntut UIA, graduasi pada tahun 2007.

Saya baru bercerai dengan suami dua minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.

Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya. Jujur saya kata, ex suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab ex suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana perangai mereka.

Sekali lagi, bukan niat mengaibkan. Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, ex suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya. Ex suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik, kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya), dan dua adik-adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah. W/pun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dgn ibu mertua saya.

Long story short, bermulalah satu-satu perkara berbangkit. Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar & abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah. Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya spt barang basah, duit dapur, bil elektrik & air. Mereka juga minta dipasangkan wifi dan astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada) Kami berpakat memperuntuk RM1000 untuk kesemua tersebut. Kami juga menanggung adik-adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak.

Konflik pertama apabila kakak ipar & suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak-anak mereka (9 & 12 tahun). Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja, ex suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar-tukar kerja, sama ada dibuang kerana selalu ponteng dan tidur di rumah. Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam.

Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong, saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun makin lama makin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rokok, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru. Suami mula tidak gemar dan pernah 'sound' abg iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut, ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang menghasut suami.

Demi Tuhan, saya tidak pernah melarang suami menolong adik-beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan. Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa-apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen arwah ayah suami). Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak-anak mereka meminta duit sekolah pada saya. Saya akan berikan namun semakin lama anak-anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua.

Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai.

Dengan selamba mak ayah dia cakap

"mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja and mak nak pesan barang jugak alang-alang pergi sana" 

Saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap, kerana senang-senang kakak ipar saya cakap macam tu.

Anaknya datang dan cakap

"cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan." 

Kemudian terus berlalu. Suami saya ada masa tu and cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana-mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap kat orang. Kakak ipar tarik muka, bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dikatakan kami berkira. Saya taknak suami saya bergaduh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu.

Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang. Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam-macam, saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya namun mertua tidak pernah puas. Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri, bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan kat saya dan tak belikan pada dia juga, suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir, lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa yang kami beri lebih pada cukup. 
Paling saya marah, syarikat saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya. percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya.

Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok drama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dah macam-macam lagi.

Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami. Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua and kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya. Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam-macam buah tangan untuk mereka. Mereka masih lagi perli saya dan cakap macam-macam di belakang saya.

Kemuncak semua perkara ini adalah perangai kakak ipar & suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan arwah ayah mertua. Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja. Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu.

Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti. Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak beranak dan saya tidak kisah pun, cuma lama-lama mereka buat seolah-olah harta sendiri pula. road tax, minyak masih harap saya yang bayar.

Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami. Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik-baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik. Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar.

Bagi saya, kalau nak, usaha lah, jangan nak semua benda free, lainla mereka cakap mereka nak beli daripada saya. Bukanlah saya kedekut, tapi hasil penat saya ikat perut zaman universiti untuk beli kereta tu supaya memudahkan saya bergerak, saya taknak adik saya rasa susah macam saya, sebab tu saya janji nak beri pada dia.

Kemuncaknya, saya dah beritahu mereka saya akan balik ke rumah saya dah akan bawa kereta viva tersebut untuk beri pada adik saya. Mereka cuma diam jadi saya rasa tiada masalah. Saya nak balik pada hari jumaat, pada hari rabu itu, bila saya balik kerja, saya tengok kereta viva saya tiada, saya assumed kakak ipar dan abang pinjam la kot untuk pergi mana-mana. Saya tak kisah.

Esok pagi nak pergi kerja, kereta masih tiada, saya dah tak sedap hati, balik kerja tu, saya tengok masih tiada.

Saya tanya ibu mertua saya, mana kakak ipar dan abang? Pinjam kereta ke? Ibu mertua dengan selamba cakap

"oh diorang dah balik kampung abang ko kat kelantan, tak tahu balik bila. ko pun bagi-bagi je la kereta tu kat diorang, kesian diorang takde kereta, jangan berkira sangat, ko banyak duit tak berkat hidup ko kedekut."

Darah saya menyirap, dan masa itulah saya terlalu marah. Rasa dipergunakan jadi saya marah ibu mertua saya dan kami berperang besar. Saya cakap ibu mertua saya ambil kesempatan, rumah ni pakai duit saya, dengan nak membela anak-beranak kakak ipar dan abang macam biawak hidup, dan saya terus ditampar ibu mertua. 
Saya dah tak tahan, saya kemas barang saya, saya cabut semua wifi rumah dan panel astro. Bukan saya berkira, namun saya dah tak tahan sangat. Masa pergi bercuti di Korea baru ini pun, ibu mertua perli ibu saya cakap ibu saya kolot, buat malu je bawak pergi luar negara, selekeh dan macam-macam, namun saya sabar.

Kali ini mereka melampau sangat buat lari kereta yang saya nak bagi pada adik saya. Saya call kakak ipar banyak kali namun tak berjawab, message berpuluh-puluh kali tak reply, whatsapp dia bagi saya bluetick.

Last-last saya message kalau esok diorang tak balik bawak kereta saya, saya akan report polis mereka curi. Terus kakak ipar saya call and marah-marah cakap diorang pinjam je and macam-macam.

Tapi saya dah sakit hati dah dengan keluarga suami saya. Masa ini, suami saya takde, dia pergi ikut lawatan sekolah 3 hari jadi guru iringan. Sebab itu mertua and kakaknya berani sangat, sebab suami saya takde.

Esoknya, kakak ipar, abang dan anak-anak diorang balik and kakak ipar serang saya, tampar saya tarik-tarik saya dengan suaminya tengok je dan cakap

"bagus, bagi je penampar, sepak je betina macam ni"

Mertua pun takde langsung nak meleraikan. Mujurlah masa itu, sempat-sempat suami saya balik dan bila dia tengok keadaan macam tu, dia dah naik gila and tarik kakak dia and bertumbuk dengan abang iparnya. Mertua pegang suami and cakap saya punca semua benda and macam-macam fitnah keluar seolah-olah saya ah paling jahat, berkira dan semua benda.

Suami tarik saya masuk bilik and masa itu suami cakap dia ikut saya pindah. Saya masa itu dah tawar hati dengan semua perkara dan selepas dua minggu saya fikir masak-masak di apartment baru saya, saya called suami and minta dia lepaskan saya cara baik, sebab saya dah tidak mahu ada kena mengena dengan mertua, kakak ipar dan abang ipar saya lagi.

Dah tak sanggup. Suami pujuk namun akhirnya dia juga terpaksa lepaskan. Kami bercerai secara baik, tanpa anak. Ex suami lepas kejadian itu pindah keluar dari rumah ibunya dan menyewa di tempat dekat dengan sekolah tempat dia kerja. S

Saya pun dah ada apartment (sewa beli) sendiri dan sedang cuba bina hidup baru. Tolong doakan saya semua, semoga saya kuat.

Pesanan saya, sebelum berkahwin selidiklah juga keadaan keluarga bakal pasangan kita, berkenalan la juga dengan adik-beradik mereka, tahu latar belakang mereka sedikit. Salam Ramadhan semua, maaf post ini terlalu panjang, ini pertama kali saya meluahkan. Harap dimaafkan.


Kredit : siakapkeli



Ingatkan Queen Control Ni Untuk Isteri Je, Rupanya Mak Mertua Pun Boleh Jadi Queen Control, Malah Lagi Hebattt

11 Jul 2017


Perkahwinan yang bahagia, hidup bersama hingga ke akhir akhir. Jika ditanya kepada semua wanita di muka bumi ini nescaya semua daripada mereka mengimpikan perkahwinan yang sedemikian.


Namun nasib berbeza menimpa wanita ini yang cuma bergelar isteri selama 50 hari sahaja sebelum diceraikan suami kerana dikatakan campur tangan keluarga mertua. Lebih menyedihkan, dia keguguran anak kembar.
Nikah atas pilihan bekas mentua.
Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah ‘penat’ nak CnP kisah berlakunya cerai yg tiba2 nie, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib org seboleh yg mampu.
Saya dgn bekas suami nikah atas pilihan bekas mentua saya. Kenal mmg tak lama, atas dasar jaga agama. Time nie respect la kan. Jaga hubungan sebelum nikah.
Maka, berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dlm masa 3 hari non stop. Saya stay dirumah mentua, (saya, bekas suami/mentua/adik2 ipar). Bekas suami anak sulung. Bekas suami seorang yg akan taat apa mak dia suruh/perintah tapi akhirnya makan diri.
Minggu pertama ok. Start minggu kedua dan seterusnya dah lain. Which is, mentua take over/control semua urusan dlm rumah tu. Bersangka baik. Tp bila dah dia masuk campur urusan rumahtangga saya, saya bincang dgn suami. Sy x kisah ditegur tp whole thing dikawal termasuk pergaulan sy dgn suami sendiri.
Nak berjalan berdua, salah. Makan berdua, salah. Kalau ikutkan, semua salah la. Yg tu satu hal. Bincang lagi dgn suami, mak awak tak boleh buat mcm nie. Kita dah suami isteri kan. Suami jawab, kita kena taat mak. Ok, jalan.
Dia cakap manja
Sampai la saya warded sebab bleeding. Pagi sahur tu dah bagitau mentua, nak pergi klinik. Dia x bagi, cakap saya manja lagi. Sampai la tak tahan mcm nk pengsan, baru la suami bawak pergi klinik. Tu pun lama jgk sbb nak dapatkan permission mak dia dulu. Saya dah nangis time nie. Sempat lagi la call nk bagitau nak bawak saya ke klinik.
Sampai klinik terus refer hospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded saya dgn suami dah macam panas sebab doc ckp saya pregnant mayb twin tapi satu dah gugur (skrg dua2 dah xde dlm rahim). Saya warded pun kena marah jgk sbb menyusahkan anak dia nak keje. Saya cakap cuti je la. Tak boleh katanya sebab mak dia suruh keje, cari duit. Huhu. Mentua xnak cucu sebenarnya sebab katanya menyusahkan. Nak kena pakai banyak duit (bila mentality hanya hidup utk duit)

Discharged hari jumaat. Dia hantar balik rumah mak saya. Dia terus balik sbb mak dia dah pesan lepas hantar saya terus pergi keje. Hari terakhir jumpa suami. Malam tu last call dia cakap tension, stress sbb mak dia marah2 saya balik rumah family. Xde sape nak buat keje rumah, iron baju2 dia etc.

Maruah dipijak-pijak
Sampai la hari ahad (19/6), saya call beratus kali, wasap, msg suami. Langsung xtanye kabar isteri dia mcm mana. Sampai saya persoalkan jugak tanggungjwab dia sbg suami. Yelah, saya dibawah tanggungjawab dia. Last2, dia langsung hantar msg cerai atas sebab saya yg desak dia ceraikan saya (yg nie langsung tak wujud).
Malam tu saya kerumah dia sbb nak ambik brg2 saya. Maruah dipijak2. Nak salahkan saya atas semua nie. Barang2 dihumban dlm kotak je. Saya angkut. Suami langsung tak turun. Langsung xpertahankan maruah sy sebagai isteri dia. Umpama kain buruk la. Sebelum mintak jd isteri, sgt beradab la ambik sy dgn mak abah. Tapi, bila xnak buang mcm tu je. Semua end up by sms, call. Cerai pun buat main2, urusan hidup mereka pun main2 agaknya.
Ustazah, ustazah nie ustazah tau. Sepatutnya nasihat anak jgn sampai bercerai. Tapi, ustazah beria suruh anak ceraikan saya. Sebab? Sebab saya xikut ckp ustazah. Xde sape nak iron baju2 kan. Ustazah sedar saya pregnant tapi sengaja nak bunuh anak2 saya. Tegarnya hati.
Suami, xsalah nak pertahankan mak sendiri. Awak ada tanggungjwb awak jgk terhadap isteri. Ada perkara boleh ikut, ada boleh bantah. Even sy pregnant awak pun x ambik tahu. Cuma persoalkan tanggungjwb saya terhadap awak. Jadi, mna tanggungjwb awak selama nie. Nafkah langsung x bagi sebab mak xbg beri pd saya.
Buat macam hamba
Sila buang title ustaz, ustazah tu. Sangat tak layak. Mentua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Nie baru sikit ceritanya. Kadang2, title tu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit2 ilmu agama.
Semua dah selesai. Selesai di dunia. Akhirat tanggung sendiri wahai bekas suami, mentua. Anak2 saya pun dah selamat kat syurga. Moga jadi asbab untuk sy ke syurga. Semoga jd asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri, menantu.
Maka, berakhirlah kisah saya yg mengharapkan bercinta lepas nikah nie. Xsempat bercinta pun. Honeymoon pun ramai2. Ingatkan till jannah tapi till jahannam dia buat pada rumahtangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal. Saya tak cakap bercinta lepas nikah nie tak kekal lama tapi bergantung atas pengemudi rumah tangga tu sendiri. Thats why nikah nie amanah yg berat, tanggungjwb pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka.

50DaysMarried?
Tq,
Lots of love,
LYDIA (12/7/2016)

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.