SLIDER
Bertanggungjawab Dengan Pemberian Faraid Yang Di Terima
11 Jan 2024
Ada sesetengah orang masih
tidak tahu hukum faraid apabila berlaku sesuatu kematian. Tetapi ada juga
rata-rata yang tahu hukum faraid. Tetapi sekarang yang menjadi isunya, ada
sesetengah yang tahu tu , tidak menggunakan hukum faraid sepenuhnya seperti
yang diajarkan dalam Islam. Peraturan Islam dalam menentukan hukum faraid
memang dah tersusun dengan cantik, dengan syarat diamalkan 100% seperti yang
dikehendaki dalam Islam. Namun ada sesetengahnya seolah-olah seperti memejam
sebelah mata, mengabaikan tanggungjawab sepatutnya selepas mendapat bahagian
masing-masing. Admin suka dengan perkongsian di facebook oleh Hishamuddin Abd Majid.
Mari kita cuba selami dan mengambil iktibar dengan apa yang dikongsikan.
Mudah-mudahan kita boleh menjadi orang yang bertanggungjawab yang mana lebih
pahalanya berbanding menuntut harta simati kemudian berjoli sesuka hati.
-Admin-
Rupanya setelah kematian
suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu
datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian
faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris
yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan
isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan
kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai
harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.
Ramai dari kita tidak tahu kerana
belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang
masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya
tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak
isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya. Apabila agama itu diambil
separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.
Mari kita berfikir akan kisah
benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.
1. Semasa hidup simati org susah,
adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah
walaupon semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2 simati dpt beli
sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati
membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal
dulu)
3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm
bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Simati selalu bagitau isterinya
kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade
sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati
utk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal
dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org
anak perempuan.
6. Sejurus selepas simati
dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri
berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak
diselesaikan secepat mungkin.
7. Simati tiada anak lelaki, so
harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.
8. Tak sampai seminggu si mati
meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm
kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik
beradik simati.
8. Hukum faraid-bahagian isteri
dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,
dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
9. Paling memilukan,dinilaikan
sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2
itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg
berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut
kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut
hukum.
10. Nak cari mana 150k? nak tak
nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan
anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah
baru.
Bermula lah episod merempat si
anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon
bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah
sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan
isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt
bahagian masing2.
Walaupon berhak pada harta simat
tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu
separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg
sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab
nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.
Jika kita termasuk dlm golongan
sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite
suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.
Ambil pengajaran saudara saudari,
sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg
belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan
nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat
kelak.
Hukum faraid itu sgt adil dan
indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene
menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi
juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah
tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim
adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban
/membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
INGAT
YEA..! dpt pembahagian harta
simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan
dulu tanggungjawab si anak yatim.
Anak Menangis Apabila Diletakkan Dalam Stroller? Nak Angkat Atau Biarkan. Cuba Dulu Cara Ini
16 May 2022
Ada Rahsia Tentang Ayah Yang Ibu Simpan Selama Ini...Sehinggalah
6 May 2022
Aku sampai sekarang belum pernah jumpa ayah kandung aku dan bila tanya ibu, dia seperti sembunyikan sesuatu. Muka aku ni ada kacukan arab sedangkan muka kakak aku melayu. Satu hari aku kemas almari ibu dan alangkah terkejut apabila menemui pelbagai dokumen dan sah aku ini adalah anak……..
Kasih Seorang Insan Bernama Ayah
24 Apr 2022
Wahai anak-anak ayah…
Wahai anak sulung ayah…
Apabila telah berlalu setahun dari usiamu, pada tanggal 8 Ogos 1987, lahirlah adikmu, seorang bayi lelaki sebagai penyambung zuriat ayah. Ketika itu, ayah sendiri yang telah mengalunkan azan ke telinga adikmu. Masa pantas berlalu tanpa boleh dikejar dan setelah empat tahun berselang, iaitu pada tanggal 16 Ogos 1991 seorang lagi adikmu dilahirkan, seorang bayi perempuan yang periang. Masa berlalu lagi yang tidak pernah sepi dari gelombang dan setelah agak lama berlalu iaitu pada tanggal 6 Oktober 1999, lahir seorang bayi perempuan iaitu adikmu yang bungsu.
Wahai anak-anak ayah…
Lalu berlalulah waktu, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, selama itu pula, ayah setia menjadi pelayanmu yang tidak pernah lalai, setiap permintaanmu ayah penuhi, menjadi dayangmu yang tidak pernah berhenti, kemana sahaja kamu nak pergi, ayah menjadi pemandumu, menjadi pekerjamu yang tidak pernah lelah, setiap kehendakmu ayah turuti dan saban hari ayah mendoakan kebaikan dan taufiq untukmu. Harapan ayah supaya anak-anak ayah semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Dimanakah silap ayah? Apakah ayah tidak menghantarmu ke sekolah agama hingga perilakumu sedemikian rupa? Seingat ayah, akademikmu cemerlang, pelajaran agamamu terbilang! Apakah ayahmu tidak bekalkan ilmu buatmu menyuluh? Ayah mendidikmu bagaikan menatang air yang penuh! Agar kamu tahu menilai pahala dan arif mengenal dosa. Ayah selalu berdamping dengan mu, mendengar luahan kata yang tersurat dan memahami syarat dalamannya yang tersirat. Apakah itu tidak mampu membantumu? Fikiran ayah semakin kontang. Sudah beberapa dekad amanah Allah SWT ayah genggam. Ayah cuba perkukuhkan amanah ini hari demi hari. Adakalanya ayah tegak berdiri dengan ampuh. Tetapi banyak masanya ayah terjatuh, ayah dilanggar dan dirempuh.
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Kerana ini adalah firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59: yang bermaksud “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh” sedang jilbab itu pakaian yang menutupi seluruh tubuh.
Juga terdapat dalam firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31: yang bermaksud“ Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka, memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.”
Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat diatas sebagai “mereka tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya kepada orang-orang ajnabi (bukan mahram), kecuali bahagian yang tidak boleh disembunyikan”.
Namun ulamak berbeza pendapat tentang “kecuali yang biasa nampak” ada yang mentafsirkannya sebagai pakaian-pakaian luar, celak, cincin, gelang dan muka dan kedua tapak tangan. Pendapat yang lebih tepat adalah muka dan tapak tangan, kerana celak letaknya dimuka manakala cincin dan gelang di tangan.
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Kerana ini adalah firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: “Janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka”. Secara umum ia mengandungi larangan menghiasi pakaian yang dipakai sehingga menarik perhatian laki-laki.
Ayat di atas dikuatkan oleh firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu semua tetap tinggal dirumah! Juga, janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah dulu”.
Juga sebuah hadis Nabi yang bermaksud: “ Ada 3 golongan manusia yang tidak ditanya (kerana mereka sudah pasti termasuk orang-orang yang celaka): pertama orang laki-laki yang meninggalkan jemaah dan mendurhakai imamnya serta meninggal dalam kedurhakaan itu; kedua, seorang budak perempuan atau lelaki yang melarikan diri dari Tuannya lalu mati; ketiga, wanita yang ditinggalkan pergi oleh suaminya, dimana suaminya itu telah mencukupi keperluan dunianya, namun (ketika suaminya tiada dirumah) dia bertabarruj.” [Hadith riwayat al-Hakim & Ahmad]
Kalimah tabarruj bererti perbuatan wanita menampakkan perhiasan dan kecantikannya, serta segala sesuatu yang harus ditutup dan disembunyikan kerana boleh membangkitksn syahwat laki-laki. Jadi maksud perintah mengenakan pakaian yang menutup aurat (jilbab) adalah perintah untuk menutup perhiasan wanita. Maka tidak masuk akal bila jilbab yang berfungsi untuk menutup perhiasan wanita itu menjadi pakaian untuk berhias.
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Kerana pakaian yang menutup aurat disyaratkan diperbuat daripada kain yang tebal, sebab sesuatu yang menutup itu hendaklah daripada yang tebal. Adapun kain yang nipis akan hanya menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit yang menjadi tarikan lelaki untuk memandangnya. Pakaian seperti ini tidak berfungsi sebagai menutup aurat kerana tidak dapat menghalangi daripada pandangan mata.
Ibnul Abdil Bar berkata “Yang dimaksudkan oleh Nabi saw adalah para wanita yang mengenakan pakaian nipis yang menggambarkan bentuk tubuhnya, belum menutup atau menyembunyikan tubuh yang sebenarnya. Mereka itu berpakaian, namun pada hakikatnya masih telanjang”
Ini diperkuatkan oleh sebuah hadis yang mana Aisyah meriwayatkan, bahawa Asma’ bt Abu Bakar pernah masuk kerumah Rasulullah saw, sedang ia memakai baju nipis, lalu Rasulullah saw berpaling daripadanya. [Hadith riwayat Abu Daud dengan sanad Mursal]
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Kerana pakaian yang menutup aurat mesti longgar, kerana maksud dan tujuan seseorang wanita berpakaian adalah untuk menghilangkan fitnah dan tarikan orang laki-laki. Pakaian yang ketat meskipun tebal kainnya dan boleh menutup warna kulit namun tetap menggambarkan bentuk tubuh badan pemakainya dan masih bolih mempesona, menarik perhatian dan menaikkan berahi laki-laki yang memandangnya. Oleh itu pakaian wanita harus longgar, tidak ketat.
Usamah bin Zaid pernah berkata: “Pernah Rasulullah saw memberi saya baju qibthiyah yang tebal hadiah dari Dihyah Al-Kalbi. Baju itupun saya pakaikan pada isteri saya. Nabi bertanya kepada saya, “Mengapa kamu tidak pernah memakai baju qibthiyah ? Saya menjawab, “Baju itu saya beri isteri saya pakai” Beliau lalu berkata, “Perintahkan isterimu agar memakai baju dalam ketika memakai baju qibthiyah, kerana saya khawatir baju qibthiyah itu masih boleh menggambarkan bentuk tulangnya (bentuk tubuh)”.
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Kerana pakaian yang menutup aurat disyaratkan tidak diberi wangi-wangian berdasarkan hadis-hadis yang melarang wanita memakai wangi-wangian ketika mereka keluar rumah. Pakaian yang diberi wangi-wangian akan dapat meransang syahwat laki-laki apabila terbau wangian tersebut.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari bahawasanya dia berkata, “ Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu ia berjalan di hadapan suatu kaum (dengan tujuan) supaya mereka mencium baunya maka ia berzina” [Hadith riwayat at-Tirmidhi, An-Nasai, Abu Dawud].
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia berkata, Rasulullah saw pernah bersabda: “Perempuan yang memakai bakhur (sejenis pewangi pakaian), janganlah solat Isya bersama kami”. [Hadith riwayat Muslim dan Abu Awanah]
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Kerana pakaian yang menutup aurat disyaratkan tidak menyerupai pakaian lelaki iaitu pakaian yang lazimnya dipakai oleh lelaki saperti seluar dan kemeja atau baju T.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya “ Rasulullah saw melaknat laki-laki yang berpakaian seperti pakaian perempuan dan perempuan yang berpakaian seperti pakaian laki-laki”. [Hadith riwayat Abu Daud dan Nasai].
Daripada Abdullah bin Amru, katanya “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bukan termasuk golongan kami laki-laki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai laki-laki”.[Hadith riwayat Ahmad]
Kedua-dua hadis di atas dengan jelas menunjukkan haramnya wanita menyerupai laki-laki dan laki-laki menyerupai wanita. Hadis pertama menghusus kepada masaalah pakaian manakala hadis kedua kepada masaalah umum.
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid ayat 16, yang bermaksud: “ … Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al-Kitab kepada meraka, lalu berjalanlah masa yang panjang, sehingga hati mereka menjadi keras dan kebanyakkan dari mereka menjadi orang-orang yang fasik”.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Firman Allah, ‘Janganlah mereka seperti…’ merupakan larangan mutlak terhadap tindakan menyerupai orang yang kafir; disamping itu merupakan peringatan yang khusus bahawa hati mereka boleh menjadi keras akibat dari kemaksiatan’”
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Kerana pakaian yang menutup aurat disyaratkan bukan merupakan pakaian untuk mencari populariti berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Umar, dia berkata, “Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ‘Barangsiapa memakai pakaian untuk mencari populariti di dunia, maka Allah mengenakan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka” [Hadith riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah]
Wahai anak-anak perempuan ayah…
Kerana sesungguhnya, mereka yang memakai pakaian yang dilarang, dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya iaitu (1) Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang dipukulkan kepada manusia. (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi hakikatnya) telanjang, jalannya lenggang-lenggok, kepala (rambutnya) seperti ponok unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, padahal sesungguhnya bau syurga itu tercium dari jarak yang sangat jauh. Dalam lain riwayat (dikatakan): dan sesungguhnya baunya tercium dari jarak perjalanan (sejauh) lima ratus tahun”. [Hadith Riwayat Muslim].
Oleh itu, wahai anak-anak perempuan ayah…
Ingatlah amaran Nabi SAW supaya selamat dunia akhirat dan kehidupan menjadi berkat, kerana kasih sayang ayah kepada kamu semua tidak pernah luntur, masih seperti dulu, masih seperti lautan yang tidak pernah kering, masih seperti angin yang tidak pernah berhenti. Harapan ayah, agar kamu semua dimuliakan satu hari nanti, nescaya engkau akan dibalas dengan kebaikan, sedangkan ayahmu tidak mengharapkan apa-apa balasan. Ayah hanya ingin melihatmu berubah menjadi wanita solehah.
Terasa lama hari-hari yang ayah lewati, hanya untuk melihat perubahan dalam penampilan dirimu. Detik demi detik tidak dapat ayah hitung dengan jari, hanya setia menanti. Akan tetapi penantian ayah seakan sangat panjang, seakan-akan semua itu tidak ada, mampukah ayah bertahan. Penantian ayah hanya sia-sia, dan harapan ayah hancur belaka. Yang ada hanya keputus-asaan. Yang tersisa hanya kesedihan dari semua keletihan yang selama ini ayah rasakan, sambil menangisi diri dan nasib yang memang ditakdirkan oleh Tuhan.
Sampai begitukah keras hatimu, dan sudah begitu jauhkah dirimu setelah berlalunya hari dan berselangnya waktu. Apakah hatimu tidak tersentuh, terhadap seorang lelaki tua yang lemah dimamah usia, sudah putih rambut dikepala, sudah berkedut garis di muka, sudah menggigil kaki dan tangan, sudah kabur mata memandang. Usia sudah diambang senja, entah esuk entahkan lusa, mentari hidup kian redup, sudah hampir episode penutup. Itulah ayahmu yang masih engkau belum kenal.
Wahai anak-anak ayah…
Bangunlah wahai anak-anak ayah. Bangkitlah! Bertakwalah kepada Allah, takutlah kepada Allah. Uban-uban sudah mulai merambut di kepalamu. Akan berlalu masa, sehingga kamu semua akan menjadi tua pula saperti ayahmu. Sebagaimana kamu semua akan berbuat, seperti itu pula anak-anakmu akan berbuat kepadamu kelak. Ganjaran itu sesuai dengan amal yang kamu semua telah lakukan. Kamu semua akan memetik sesuai dengan apa yang kamu semua tanam.
Senyummu yang selama ini menjadi pelipur duka dan kesedihan ayah, sekarang telah mulai suram bagaikan matahari yang ditutupi oleh kegelapan malam. Tawamu yang selama ini ayah jadikan buluh perindu, sekarang telah tenggelam, seperti batu yang dijatuhkan ke dalam kolam yang hening, dengan dedaunan yang berguguran.
Wahai anak-anak ayah…
Ayah tidak akan melakukannya wahai anak-anak ayah. Bagaimana ayah akan melakukannya, sedangkan engkau adalah jantung hati ayah. Bagaimana ayah boleh menengadahkan tangan ke langit, sedangkan engkau adalah pelipur lara hati ayah. Bagaimana ayah sampai hati melihatmu merana terkena doa mustajab, padahal engkau bagi ayah adalah kebahagiaan hidup ayah.
Ayah tidak ingin anak-anak ayah menulis rintihan saperti ini. Ayah tidak ingin anak-anak ayah menulis rintihan yang serupa dengan air matamu kepada anak-anakmu kelak, sebagaimana ayah telah menulisnya kepada kamu semua.
Wahai anak-anak ayah… Andainya kamu semua telah membaca rintihan ayah ini, terserah padamu. Apakah kamu semua akan sedar dan kamu semua akan kembali merobah diri, atau kamu semua akan pergi sepantas kuda berlari.
Namun ayah akan terus menghadapi taufan kehidupan ini yang tidak sudi simpati. Dengan sepercik iman, sekelumit keyakinan, ayah akan harungi badai penderitaan. Sesungguhnya titipan Tuhan ini bukan khayalan tetapi ia adalah kenyataan. Walaupun perjalanan peristiwa kekadang sepantas igauan.
Walaupun sekali-sekali terasa gian berkejar-kejaran di tepian denai. Atau berenang-renang di sungai. Tapi siapakah mampu memutar jarum waktu. Yang berlalu, terus berlalu, perginya begitu laju. Yang tinggal hanya turisan kenangan, yang kekal sebagai ingatan. Ah, musim bermain hujan telah berlalu. Kini musim… bermandi ujian .... akan tenggelamkah ayah !.
“Ya Allah, Ya Tuhan Kami, hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hamba-hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci, hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati”.
“Ya Allah, Ya Tuhan Kami Yang Maha Pengampun, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kami terhadap kedua ibubapa kami, mereka bersusah payah membesarkan kami Ya Allah, tetapi kami telah berbuat salah kepada mereka, kami telah abaikan mereka, kami sering mengherdik mereka, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami Ya Allah, janganlah mereka diazab kerana perbuatan kami, Ya Allah, ampunkanlah dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat”.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami hamba yang lemah lagi hina, memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah permohonan kami”.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu”.
Amin, amin Ya Rabbal’alamin.
Kredit : mencari-redha-mu
Kisah Anak Luar Nikah Dipinggir IbuBapa Sendiri. Remuk Hatiku Bila Dapat Tahu Ibu Dan Ayah Kahwin Lepas 4 Bulan Aku Lahir
15 Apr 2022
Aku Eyna, 27 tahun merupakan seorangi pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat tersohor di Malaysia.
Aku merupakan anak sulung dari 4 beradik, adik aku yang kedua dan ketiga telahpun mendirikan rumahtangga dan menetap bersama sama keluarga mertua masing masing.
Ayahku telah pun pencen pada 28 April yang lalu, manakala ibu masih berkerja di salah sebuah kilang disini sebagai seorang supervisor.
Sejak dari kecil aku merupakan anak yang selalu terpinggir, ibu dan ayah mengajar aku untuk hidup tanpa bantuan orang lain dan harus pandai berdikari.
Aku dihantar pulang ke kampung untuk bersekolah disana, aku cuma akan menjadi ‘ anak ‘ ketika cuti sekolah panjang sahaja.
Begitulah rutin aku selama 5 tahun, bahkan boleh dikira dengan jari berapa kali aku pulang ke rumah aku sendiri.
Setiap kali pulang ke rumah, pasti aku akan mengambil baju kotor ibu untuk dibawa ke kampung, buat melepaskan rindu pada keluarga yang jauh disana.
Aku sering dibvli di sekolah hanya kerana kawanku yang lain tidak pernah berjumpa mereka, hinggalah pada pertengahan darjah 5 aku telah dibuli sehingga dirotan oleh cikgu berulangkali hingga lebam dan berbekas darah beku di tangan.
Sebaik pulang nenek, kelihatan sangat sedih kemudian mengkhabarkan kejadian tersebut kepada ibu dan ayah.
Ibu menitipkan pesan bahawa dia akan menukarkan aku untuk bersekolah disana dalam masa terdekat.
Aku sangka aku akan menyambut berita itu dengan penuh perasaan teruja kerana akhirnya aku tidak perlu menunggu cuti sekolah lagi tetapi rupanya itu adalah permulaan bagi segalanya.
Sebaik selesai urusan pertukaran sekolah di Selangor, aku ditempatkan didalam kelas pertama ekoran kecemerlangan aku dalam setiap peperiksaan setiap tahun.
Setiap hari aku akan berjalan ke sekolah selama 15 minit seorang diri sambil memikul beban yang banyak kerana aku akan menghadapi UPSR pada tahun tersebut, sedangkan adik adikku yang lain akan menaiki bas sekolah yang dibayar setiap bulan oleh ibu dan ayah.
Sekiranya aku letih untuk berjalan kaki, aku juga akan menaiki bas tersebut namun aku harus membayar RM2 untuk pergi dan balik menggunakan wang belanja aku sendiri.
Namun tidak pernah keluhan itu terpancar dari bibirku kerana ibu dan ayah sering menekankan bahawa anak sulung harus tumbuh dengan tabah sekali.
Jadual aku padat dengan sekolah kebangsaan di waktu pagi, sekolah agama di waktu petang dan tuisyen di waktu malam 2 hari sekali.
Aku menguruskan keperluanku sendiri, berbeza sekali dengan adikku yang lain kerana segala serba serbi pasti disediakan oleh ibu dan ayah.
Hari demi hari, berbaki seminggu sebelum UPSR ketika aku sibuk menyiapkan borang termasuk salinan fotostat hati aku tertarik untuk melihat sijil nikah ibu dan ayah sekadar tahu tarikh pernikahan mereka kerana aku tidak pernah tahu tentang hal itu.
Alangkah remuknya hatiku bila mengetahui bahawa tarikh pernikahan ibu dan ayah 4 bulan setelah kelahiranku, berkali aku melihatnya dengan harapan aku salah tapi setiap kali itulah kebenaran dihidangkan untukku.
Aku menangis sehari suntuk, tetapi aku tidak berani untuk memberitahu mereka bahawa aku telah tahu semuanya, aku hadapi hari hari yang mendatang dengan perasaan yang sungguh berkecamuk.
Bahkan, aku sampai menangis ketika menjawab UPSR dan aku mula menyalahkan diri aku sendiri.
Aku kekal tegap menyimpan rahsia itu sehingga sekolah menengah, untuk menutup pengetahuanku, aku telah menjadi pelajar cemerlang setiap tahun sehingga dinobatkan antara Pelajar Harapan Negeri Selangor.
Tahun demi tahun, keadaan makin sukar bagiku. Aku mula memberontak bila layanan mereka tidak memadai buatku, mungkin aku telah melihat jurang kemesraan itu dan aku telah pun tahu punca semua itu.
Aku mula berpeleseran di waktu malam bersama rakan rakanku yang lain, termasuklah lelaki. Aku mula keluar secara sembunyi, merokok, bergaul bebas dan bahkan aku mula minum minuman keras.
Aku menjadi sangat liar dan tidak terkawal, cara ibu dan ayah mengajarku adalah dengan kekerasan dan bukannya secara diplomasi hati ke hati.
Setiap kekerasan yang hinggap di batang tubuhku seolah tidak terasa apa pun, sekadar menjadi angin lalu buatku dan itu membuatkan aku semakin memberontak.
Pada permulaan tingkatan 5, aku telah dipukul oleh ibu hanya kerana aku memarahi adikku kerana tidak meninggalkan makanan buatku yang lelah berjalan menghadap terik mentari sewaktu pulang dari sekolah.
Ibu memijak mukaku berulangkali sehingga mukaku bengkak dan mengeluarkan drah dengan begitu banyak sekali, aku tidak sanggup lagi hidup menjadi anak buangan lalu aku mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
Berbekalkan RM20, aku menaiki bas menuju ke Ipoh. Aku cuma sehelai sepinggang berbekalkan duit belanja yang dikumpul, IC, sebotol air mineral dan sehelai baju sejuk.
Seharian berjalan di kota yang asing, tanpa makan bahkan sesuap, tanpa wang untuk pulang akhirnya aku terduduk disebuah tangga kedai.
Aku melepaskan lelah dan tertidur pulas sambil memegang perut yang lapar. Aku akan mengutip makanan di tokong kecil, mandi di tandas awam berhampiran dan tidur semula di tangga dalam keadaan duduk, panas dan dihurung nyamuk.
Seminggu berkeadaan begitu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkerja. Aku mendapat tawaran berkerja disebuah kelab malam sebagai ‘assistent bartender’ di Ipoh.
Aku diberi kemudahan untuk tinggal di rumah sewa yang disediakan oleh pihak majikan. Setiap hari dihidangkan oleh gemerlap dunia membuatkan aku lupa pada keluarga juga pada agama, hampir setahun aku menghilangkan diri tanpa khabar buat mereka.
Saat itu aku terasa puas dan bebas tidak lagi hidup menjadi sesiapa, namun disatu sisi yang lain aku merasa kosong dan rindu pada yang jauh dimata.
Setelah lebih 2 tahun diperantauan akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang dan mendaftarkan diri sebagai calon persendiriaan SPM hasil pertolongan kaunselor sekolah dan aku juga menggunakan gaji yang telah dikumpul selama berkerja di bar tersebut.
Kepulanganku juga membawa kerinduaan dan azam seorang anak untuk berbakti pada keluarga namun benar kata pepatah ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.
Pulangnya aku ke rumah tidak disambut baik, bahkan mereka memerliku sepanjang masa namun aku sudah lalu pada istilah ‘ keluarga ‘ mereka.
Aku mengasingkan diri daripada mereka, aku meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Begitu payah rasanya, hampir aku terpunduk jatuh di tengah jalan.
Alunan ‘perempuan sundal’ , ‘jalang’ dan sebagainya akan didendangkan dari mulut ibu dan ayah. Adik adikku yang lain juga terikut dengan alunan tersebut dan itulah mimpiku setiap hari.
Aku kekal teguh berdiri menjadi tempat melampiaskan amarah mereka saban hari sehingga keputusan SPM telah pun keluar.
Hasil lelah dan kesabaran itu terbukti bila aku mendapat keputusan ‘Straight A’s’ dalam peperiksaan tersebut sekaligus melayakkan diriku untuk melanjutkan pelajaran di universiti.
Di semester akhir pengajian, aku dikhabarkan oleh guru di kolej adik keduaku bahawa dia disahkan hamil 5 bulan akibat terlanjur. Ibu dan ayah terus menikahkan mereka berdua untuk menutup malu.
Kini mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan dan selang 8 bulan kemudian sekali lagi aku dikhabarkan bahawa adikku yang ketiga telah menghamili teman wanitanya dan berakhir dengan pernikahan untuk menutup malu.
Serasa puas benar, akhirnya kata kata mereka dulu telah berpatah balik kepada mereka sendiri.
Aku juga telah pun disahkan menghidap tekanan perasaan yang pelbagai dan masih lagi meneruskan rawatan dengan pakar pskiatri. Mereka masih belum insaf dengan kejadian yang telah berlaku.
Doakan aku kuat menjalani hari yang mendatang, doakan mereka berubah suatu hari nanti.





