SLIDER

kana-kanak
Showing posts with label kana-kanak. Show all posts

(Resepi : Video) Ayam Bakar Ala Ala Nandos Sedap

27 May 2022

 


Kanak-kanak dengan ayam memang tak dapat dipisahkan. hari-hari makan ayam pun tak apa . Ayam goreng, kicap, pedas, lemak dan Nasi Ayam pun boleh tak sedar bila tengah makan :) Lagikan orang tua..ngap ngap ngap sampai tak sedar orang sebelah :)


Memandangkan ayam ni memang feveret sepanjang zaman , apakata cuba try resepi ayam bakar ala-ala nandos ni. Dapat sama 70% pun jadiii lah kan, asalkan anak-anak dan family suka....ajomm



RESEPI AYAM BAKAR ALA "NANDOS" SEDAP

Bahan-Bahan:
1.Ayam bahagian kepak atau paha 2kg
2.Sos tomato 240g
3.Sos cili 240g
4.Gula 120g
5.Garam 2 sudu mkn
6.Serbuk lada hitam 2 sudu mkn
7. Serbuk paprika 4 sudu mkn (atau lebih )
8. Bawang putih tumbuk lumat 2 sudu mkn (atau lebih)
9. Majerin 120g

Cara-cara:
1. Dlm periuk...masuk majerin bawang putih
2. Sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, serbuk paprik, garam, dan gula letak atas api guna api perlahan.
3. Kacau sehingga mendidih.
4. Dah masak tutup api...sejukkan.
5. Gaul bersama ayam yg kita sedia tadi gaul lebih kurang 10 minit biar rata...
6. Tutup dengan plastik simpan dlm peti ais selama 1 malam.
7. Kemudian bakar dlm oven dgn suhu 180'C selama 1 jam. Selepas 30 minit pertama terbalikkan.

Kredit Resepi - ‎Afrina Zulqarnaen

Anak Menangis Apabila Diletakkan Dalam Stroller? Nak Angkat Atau Biarkan. Cuba Dulu Cara Ini

16 May 2022


Biasanya ibu bapa yang ada anak kecil membeli stroller dengan niat untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada si anak apabila di bawa keluar berjalan. Tapi lain pula jadinya apabila anak menangis mahu diangkat.

Nak angkat atau biarkan sahaja anak di dalam stroller? Itu yang jadi dilema untuk ibu bapa.

Perlu diketahui semua anak kecil memang tak suka apabila diletakkan dalam stroller. Mereka tidak merasa pelukan si ibu atau ayah. Lagi satu apabila dipegang anak dapat melihat kawasan sekeliling dengan jelas selain mereka rasa lebih selamat.

Ibu bapa yang mengalami situasi ini tidak perlu risau. Cuba dulu 4 cara ini sekiranya anda dapati anada tidak selesa apabila diletakkan dalam stroller.

1) Bertahan dan jangan menyerah
Apabila mendengar anak mula merengek, anda perlu bertahan. Maksudnya cuba jangan diangkat secepat mungkin. Lekakan anak dengan cuba menolaknya. Mungkin apabila stroller dah mula bergerak anak dah mula berasa tenang dan seronok.

2) Letakkan mainan
Anda boleh meletakkan beberapa mainan yang boleh membuatkan anak leka untuk bermain atau memegangnya. Biasakan dengan mainan yang berbunyi. Mainan berbunyi apabila si kecil menangis dan dia mula mendengar bunyi tersebut, biasanya akan berhenti.

3) Berkomunikasi
Walaupun anak diletakkan di dalam stroller, anda perlu juga berkomunikasi dengan bayi anda. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa anda ada bersamanya. Biarpun anak tidak memahaminya tetap itu sudah cukup buat dia rasa selesa apabila berada di khalayak ramai.

4) Gunakan pengalihan
Apabila anda dah nampak anak mula bosan dalam stroller, bolehkan alihkan sekejap pandangan kepada pemandangan yang boleh menarik perhatiannya. Anda boleh melayannya sambil memberi makan atau menyusukan sekejap.

Sakitnya Bila Gigi Geraham Bongsu Nak Tumbuh, Apa Pengalaman Anda

6 Sept 2017


“Doktor, gigi bawah saya yang hujung sekali sakit sampai ke telinga. Nak buka mulut pun sakit, nak telan makanan pun susah.” Seorang pesakit wanita berusia awal 20 an menceritakan masalahnya. 

“Berapa umur adik sekarang?” Tanya saya bukan dengan tujuan nak berkenalan, tapi ada tujuannya.
“24 tahun!” Jawabnya
“Sudah berapa lama sakitnya?” 
“Banyak kali dah doktor. Dalam masa 3 bulan ini, dah berulang kali sakit.” 

“Boleh doktor periksa gigi adik?” Saya sebenarnya sudah dapat meneka, apakah punca masalahnya walaupun belum memeriksa giginya. 

Benar sebagaimana hipotesis (pandangan) awal saya, pesakit ini mempunyai masalah dengan gigi geraham bongsu (wisdom tooth). 

Kenapa ia dipanggil dalam masyarakat kita sebagai geraham bongsu? Jawabnya, kita manusia yang normal dikurniakan oleh Allah, masing-masing mempunyai 3 batang gigi geraham besar. Gigi geraham bongsu adalah gigi geraham yang ketiga, paling hujung kedudukannya serta paling akhir masa tumbuhnya ketika seseorang itu berusia dalam lingkungan 19 – 23 tahun.  

Pesakit yang saya ceritakan ini sudah berusia 24 tahun, sepatutnya gigi geraham bongsunya telah tumbuh sepenuhnya dengan sempurna. Tetapi kenapa dia mengadu kesakitan? 

Pemeriksaan saya mendapati, gigi geraham bongsunya berada dalam kedudukan condong, bukannya menegak. Hanya sedikit sahaja dari bahagian gigi tersebut yang keluar sementara bakinya masih terbenam di bawah gusi. Keadaan gigi yang condong itu menghalangnya daripada tumbuh dengan sempurna. Di dalam istilah pergigian, ia disebut ‘impacted wisdom tooth’ (geraham bongsu terimpak).  

Apabila gigi ini tak dapat tumbuh dengan sempurna, akan terbentuk satu lapisan gusi yang menutup di bahagian atas gigi tersebut. Lapisan gusi inilah yang selalunya terkena jangkitan kuman sehingga menyebabkan kesakitan. Memang kesakitan disebabkan masalah geraham bongsu akan menyebabkan pesakit sukar untuk membuka mulut dan menelan makanan. 

Kedudukan gigi dalam keadaan condong juga akan membentuk kawasan yang menjadi perangkap makanan di antara geraham bongsu ini dengan gigi di hadapannya sehingga kemungkinan untuk sisa makanan yang terperangkap tersebut menjadi punca kepada berlakunya karies gigi adalah tinggi. Karies ini boleh berlaku bukan hanya kepada geraham bongsu tersebut, malah kadang-kadang turut melibatkan gigi bersebelahan. 

Bagaimana penyelesaiannya? 


Gigi yang tumbuh dengan posisi condong yang tak normal ini bolehlah kita istilahkan sebagai gigi yang tak memberi sebarang fungsi. Bukan setakat tak berfungsi, ia juga membawa masalah kepada tuannya. Tak ada pilihan lain kecuali gigi ini perlu dicabut. Tetapi oleh kerana kedudukannya yang condong serta sebahagian besar gigi ini masih terbenam di dalam tulang rahang di bawah gusi, maka pembedahan kecil perlu dilakukan untuk mengeluarkannya. 

Bagaimana kaedahnya? 


Pembedahan ini hanya pembedahan kecil yang boleh dibuat di kerusi pergigian dengan bius setempat (local anesthesia) secara suntikan sahaja. Di dalam kes apabila gigi geraham bongsu yang terbenam ini bilangannya lebih dari sebatang dan pesakit memohon untuk mencabut kesemuanya secara sekaligus, pembedahan ini juga boleh dilakukan di bawah bius am (general anesthesia).



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.