SLIDER
Anak Menangis Apabila Diletakkan Dalam Stroller? Nak Angkat Atau Biarkan. Cuba Dulu Cara Ini
16 May 2022
Apakah Hukumnya Suami Terminum Susu Badan Isteri , Ketika Bersetubuh
23 Apr 2022
Soalan: Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan si isteri juga menikmatinya. Pada masa yang sama, si isteri menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
Kredit : edyramanov
Anak Luar Nikah, Bakal Mertua Tak Dapat Terima Kerana Status
21 Mar 2022
Baby Boy Atau Baby Girl. Ini Tips Yang Dikongsikan Oleh Cikgu Kimia Mengikut Logik Sains Selain Usaha & Doa
19 Mar 2022
Garisan Hitam Di Perut Ibu Hamil, Jangan Percaya MITOS. Ini Adalah Sebabnya
15 Mar 2022
“Sejak perut makin membesar ni, makin jelas garis hitam di perut. Orang kata kalau ada garisan jelas macam ni, dapat anak lelaki, ye ke?”
Garisan hitam atau berwarna gelap yang menegak dari kawasan bawah pusat hingga ke bahagian kemaluan ini amat sinonim dengan wanita hamil. Ia biasanya muncul pada usia kehamilan 23 minggu atau trimester kedua.
Sebenarnya garisan ini memang ada pada setiap orang dan dikenali sebagai linea alba. Apabila linea alba ini menjadi semakin jelas dan berubah menjadi warna gelap, ia dikenali sebagai linea nigra.
5 PERKARA TENTANG GARIS HITAM DI PERUT IBU MENGANDUNG
1. BUKAN PENENTU JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN
Orang lama rajin mengaitkan garis hitam di perut ibu hamil ini sebagai cara menentukan jantina bayi dalam kandungan.
Menurut telahan mereka, kalau garisan ini berhenti sampai pusat maksudnya anak dalam kandungan adalah anak perempuan. Sebaliknya apabila garis hitam tersebut sampai ke atas perut (hingga ke abdomen) maksudnya anak dalam kandungan itu lelaki. Ada juga bidan-bidan kampung yang kata perempuan yang ada garisan yang ketara maksudnya dia akan mudah bersalin nanti.
Walaupun kadangkala ianya tepat, namun sehingga kini tiada fakta saintifik yang dapat mengesahkan kenyataan tersebut.
2. GARIS HITAM TERJADI AKIBAT PERUBAHAN HORMON
Hampir semua ibu yang mengandungkan anak pertama akan mengalami perubahan pada kulit. Hormon yang aktif semasa mengandung bukan sahaja berperanan menyokong perkembangan bayi serta penghasilan susu badan, ia juga menyebabkan perubahan fizikal.
Dalam kes ini, hormon estrogen yang hadir merangsang sejenis hormon lain untuk dihasilkan iaitu hormon ‘melanocyte-stimulating hormone’. Hormon ini berperanan untuk menghasilkan pigmen pada sel yang mengandungi melanosit dan seterusnya membuatkan kulit kelihatan lebih gelap. Bukan garisan ini saja yang ketara, malah anda pasti perasan yang terdapat bahagian lain menjadi semakin gelap ketika mengandung seperti leher, pelipat dan kawasan sekitar areola.
Sesetengah wanita sensitif dengan perubahan hormon ini dan ada yang tidak. Oleh sebab itu, tidak semua wanita akan mendapati perubahan yang ketara pada kulitnya.
3. MUNGKIN PETANDA KURANG ASID FOLIK
Sebuah kajian yang dilaporkan dalam Journal of Family Medicine and Primary Care mendapati antara punca munculnya linea nigra ini ada kaitannya dengan kekurangan asid folik dalam tubuh.
Oleh itu, jangan mengabaikan pengambilan vitamin asid folik yang dipreskripsikan oleh doktor. Selain itu, anda juga boleh menambahkan sumber asid folik dalam diet harian dengan memakan sayuran berdaun hijau serta bijirin penuh.
Asid folik amat penting untuk perkembangan janin, mengelakkan anemia, mencegah kecacatan bayi dalam kandungan, serta menjaga kondisi kulit ibu hamil.
4. BILAKAH GARISAN HITAM INI AKAN MENGHILANG?
Mungkin sesetengah ibu hamil merasakan penampilan mereka kurang menarik dengan kemunculan linea nigra ini. Namun para ibu tidak perlu risau kerana garisan serta pigmentasi tersebut lazimnya bersifat sementara. Ia dijangka akan memudar dan hilang beberapa bulan selepas melahirkan bayi.
Walaubagaimanapun bagi sesetengah wanita, garis hitam ini mungkin tidak akan hilang sepenuhnya.
5. CARA MENGHILANGKAN GARIS HITAM PADA PERUT
Linea nigra bukanlah boleh dihilangkan dengan mudah. Sungguhpun begitu, garisan tersebut boleh menjadi kurang ketara dengan melakukan beberapa cara.
Anda boleh cuba gel atau krim yang berasaskan sumber semulajadi seperti cocoa butter atau gel vitamin E. Amalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan garisan pada perut, malah dapat membantu mengurangkan strech mark pada kulit perut.
Selain itu, banyakkan makan makanan yang kaya dengan folat seperti buah-buahan serta sayuran hijau serta amalkan supplemen asid folik seperti yang disarankan oleh doktor.
JANGAN PERCAYA MITOS
Jadi sekarang anda dah tahu kan apa sebenarnya maksud garis hitam di perut ibu mengandung. Tanggapan bahawa ia mempengaruhi jantina bayi adalah mitos semata-mata. Jika ianya betul, itu hanyalah kebetulan saja.
Linea nigra bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan, bahkan ia menandakan perkembangan yang baik dalam tempoh kehamilan serta perubahan hormon yang sihat dan progresif untuk kesihatan anda dan bayi.
Jadi, tak ada apa yang perlu anda risaukan ya!
Awas ! Wanita Merokok
19 Jan 2022
Jangan Menangis Kalau Ditakdirkan Jadi Ibu Tunggal
21 Dec 2021




