Biarkan Bayi Puas Merangkak Dan Menjulur Kerana Ia Penting Untuk Perkembangan Otak Serta Cara Pembelajaran Terbaik
Seronok bila tengok bayi kita sudah mencapai perkembangan merangkak.
Merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi kerana ia salah satu
cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala
otot-otot badannya sebelum dia mula belajar berjalan.
Kalau anak anda belum boleh berjalan dibandingkan dengan anak orang
lain yang sudah boleh berjalan seawal usia 9 bulan, biarkan sahaja
kerana dia sebenarnya sedang memperkukuhkan perkembangan otaknya.
Fahami apa kelebihan merangkak dan menjulur yang ada kaitan dengan
perkembangan otak bayi hasil perkongsian Puan Khadijah Tahirah, seorang
ibu dan juga pengamal pendidikan awal kanak-kanak.
Merangkak dan menjulur berkait rapat dengan otak. Merangkak dan menjulur indicate otak bahagian mana yang sudah di develop.
Begitu juga kalau skip satu stage maknanya ada bahagian otak yang
underdeveloped. Akan wujud kesulitan untuk anak antaranya fokus, kawalan
emosi, pertuturan, masalah pembelajaran di kemudian hari.
Pembangunan otak anak berlaku secara bertahap. Mula dari tangkai
otak medula oblangata, otak pons, otak tengah. Baru naik yang otak
korteks(otak fikir).
Setiap stage pembangunan otak boleh di monitor dengan pembangunan
fizikal anak, dan untuk memperkukuhkannya ada aktiviti/rangsangan
fizikal yang boleh dibuat.
Anak manusia lahir-lahir tidak terus berjalan berlari macam anak kuda.
Sekitar 12 bulan baru berjalan. Hikmahnya Allah jadikan kronologi
manusia menjulur, merangkak, berdiri, berjalan, kemudian baru berlari.
Untuk development otaknya yang bertahap-tahap.
Allah lebih mengetahui.
Pergerakan menjulur kawalan otak pons, merangkak kerja midbrain.
Konsepnya, freedom to move, beri peluang untuk menjulur dan merangkak.
Lebih banyak menjulur dan merangkak lebih banyak otak pons dan
midbrain digunakan. Bahagian otak yang merupakan highway yang WAJIB
dilalui untuk informasi dari deria masuk dan kemudian keluar sebagai
perbuatan.
Saya memilih untuk tidak gunakan walker.
3 kategori merangkak.
1.Homologus
2.Homoletarel
3. Cross pattern (Gerak silang)
Cross pattern kemuncak kesempurnaan menjulur dan merangkak. Gaya macam harimau merangkak. Kaki kiri tangan kanan.
Kaki kanan tangan kiri.
Otak kiri kawal bahagian kanan tubuh.
Otak kanan kawal bahagian kiri tubuh. Menunjukkan kedua-dua belahan
otak sedang bertukar maklumat dan bekerjasama. Inilah tahap tertinggi
menjulur merangkak.
Kesempurnaan dan kekemasan merangkak menjulur yang BETUL boleh dinilai dengan: (Saya senaraikan beberapa)
-Gerakan kepala,
-Jari-jari tangan dibuka,
-Jari kaki menekan lantai,
-Gerakan ke hadapan,
-Tidak menyeret
Capai movement cross pattern, Abdullah suka parktis naik tangga. Umur dalam 7 bulan macam tu.
Tangga bukan tempat yang jadi fobia lagi. Tahu kebaikan aktiviti
naik tangga bantu pengukuhan untuk cross pattern, saya wujudkan quality
time, tunggu dan layan.
Satu aktiviti tetapi mengangkat rantaian pembangunan lain juga
secara tak langsung, vestibular, proprioception, hand and eye
coordination.
Ilmu beri perbezaan untuk react pada development anak kecil.
Sumber : Facebook Khadijah Tahirah Seikh Salim
Early Childhood Practitioner
No comments
Post a Comment