SLIDER

kecewa
Showing posts with label kecewa. Show all posts

Suami Suka Mencarut, Memaki, Mengeji

13 Nov 2025




Saya telah berkahwin selama hampir 3 tahun dan dikurniakan seorang anak yang berusia 1 tahun 5 bulan. Sejak mula perkahwinan, suami sangat panas baran, suka memaki-hamun saya, memalukan saya dan menghina keluarga saya di khalayak ramai. 


Saya rasa seperti bodoh, terhina dan sangat tertekan setiap kali suami memaki hamun saya dengan kata-kata kesat. Suami saya panas baran, kalau marah suka hina dan sebut tentangg ayah saya. Keluarganya huru-hara dan panas baran macam dia jugak.


Suka bergaduh, cakap besar, kurang amalan agama, cakap lepas, suka maki hamun, tengking2, mencarut, marah tak tentu pasal etc.  Sebab tu suami saya pun macam tu tapi suami saya tiap2 hari pi surau, cuma kurang pengetahuan agama (baca quran selalu tajwid salah..kadang2 boleh tegur, kadang2 tidak boleh  tegur).


Saya penah mengadu kat mertua tapi diorang baking anak, bile ngadu kat mertua..ayah dia siap cakap, apa salahnya maki hamun kalau betul. Ajaran agama mana ntah dia pakai.


Masa hari perkahwinan, ibu mertua menengking saya di depan rumah depan tetamu yang ramai sebab saya lambat turun sedangkan pengantin lelaki (suami saya) masa tu masih ada di atas rumah (dalam bilik pengantin).  


Tengking dan maki hamun dah jadi pekara biasa dalam rumah tu. Tiap2 pagi, ibu mertua saya mesti terjerit2 dan maki hamun kejut anak2 lakinya yang bongsu bangun tidor. Adik ipar saya yang bongsu selalu kena marah dan pukul.


Suami saya pernah kena curah air panas masa kecik sebab menangis mintak susu.


Masa mengandung, sy selalu sangat menangis, suami saya tidak boleh ditegur langsung...pernah kita orang  tidak solat asar sebab dia taknak solat di surau shopping complex sebab katanya bajunya kotor kena peluh.Tapi bajunya  takde kena najis.  


Bila  tak  sempat solat, saya tegur dia...tapi dia mengamok atas motor smpai buka baju depan orang ramai sambil motor bergerak.  


Dia pernah tengking saya depan supermarket, tengking saya atas motor kat traffic light...dan bukan tengking sepatah perkataan....ayatnya  berjela2 siap maki hamun 'puki mak, bangsat, baghal, gila, cerdik sungguh, babi', dan hempas pinggan dah banyak kali.   


Selalu tunjuk penumbuk kalau gadoh.  Pernah baling cawan kaca kat saya dan anak tapi pecah terkena dinding dan serpihannya terkena pada  saya.


Menghina mak dan ayah saya miskin..."nak makan sendiri pun mintak kat anak, ada hati nak bagi pinjam kereta",  menghina mak ayah saya..."macam pencuri" sebab saya bagi duit tiap2 bulan kat mak ayah dan belikan kereta untuk ayah.  


Suami tuduh saya  tidak minta izin sedangkan sebelum dan  selepas kahwin (masa mengandung) saya dah tanya dia...kadang2 dia jawab ok dan kadang2 dia jawab bila mampu...mampu tu subjektif (bagi saya, saya dah mampu sebab dah kerja tetap kerajaan).


Saya tidak tahan sangat....dah rasa macam nak sakit jiwa...kalau fikir kepala jadi sakit, mungkin dah kena darah tinggi...saya sangat  tertekan...hubungan dengan keluarga saya  jadi renggang dan jauh sebab sikap suami...saya sedih dan  tak  mampu lagi.


Masa raya kedua baru2 ni suami saya mengamuk kat  rumah mak ayah saya... tiba2 dia paksa saya balik rumah sambil jerit2...saya tidak ikut sebab  takut. Dia terus rampas anak dari saya..mak saya halang,   dia tolak.  


Jadi ayah  dan adik lelaki saya bergelut dengan dia untuk ambik anak...sebenarnya kita orang  tidak sangka sampai jadi  macamtu sekali. Dia terus keluar balik rumah mak bapak dia.  


Lepas tu dia tuduh saya nusyuz  sebab tidak ikut dia dan tuduh family saya dah plan semua ini. Suami siap cerita dengan kawan saya yang mak ayah saya tuduh dia curi  duit saya sedangkan dia yang cakap camtu pada  mak ayah saya.


Suami call pujuk2...saya layan ala kadar sebab masih terluka. Tiba2 bila balik rumah kami dengan mak ayah saya (dia orang tolong hantar sebab saya tidak mampu drive sorang...jauh, lagipon  tidak  ikut syariat).  


Dia bawak family dia...konon nak bincang tapi dia pertahankan diri  dan marah2. Dia arahkan saya  balik rumah mak bapak dia  tapi saya dah takut sebab mak n ayah dia termasuk suami saya, kutuk kami sekeluarga macam2 masa tu..saya  diam saje...terus dia ambik anak dan keluar umah...


Saya mintak nak susukan anak,  dia tidak bagi...sedangkan anak saya masih menyusu badan...Saya  tidak  sanggup berpisah dengan anak saya...asyik menangis saje... tidak  tentu arah, tidak tau nak buat apa.


Kalau tuntut fasakh, saya takut dia cakap "AKU CERAIKAN KAU DGN SYARAT AKU JAGA ANAK"....saya takut kehilangan hak penjagaan anak. Apa yang patut saya buat sekarang? Dalam kes saya ni, berdosakah kalau saya tuntut fasakh? - Sumber Forum Halaqah.net


Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".  Memulakan perbincangannya beliau menyebut: "Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".  Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu.  


Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban); 


"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni); "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); "Wahai Aisyah!  Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya); "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).  Beliau seterusnya memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah:


"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".


Kredit : milokaw



APA ITU MATI PUCUK BAGI LELAKI ?

2 May 2024



Mati pucuk (Erectile dysfunction, ED) terjadi apabila seseorang lelaki itu tidak mampu atau gagal mengekalkan ereksi yang cukup untuk melakukan seks. Anda mungkin mengalami ED sekiranya:

i) Anda boleh mengalami ereksi kadang-kadang, walaupun bukan setiap masa


ii) Mendapat ereksi, tetapi tidak bertahan cukup lama untuk seks


iii) Tidak mampu mendapat ereksi langsung


Apakah kebarangkalian mati pucuk lelaki?

Mati pucuk terjadi pada lelaki tanpa mengira bangsa di seluruh pelosok dunia. Lelaki lebih berkemungkinan mengalami ED seiring penambahan umur. Contohnya, mati pucuk lelaki terjadi dalam:


i) Sekitar 12% untuk lelaki di bawah usia 60 tahun

ii) 22% lelaki sekitar umur 60 hingga 69

iii) 30% lelaki berumur 70 tahun dan ke atas


Apakah simptom dan tanda mati pucuk?

Gejala utama ED ialah ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi hingga ke akhir aktiviti seks.


Jika penyebabnya ialah psikologikal, lelaki mungkin mengalami keresahan, naik angin (mood swings), kemurungan, insomnia, dan risau dengan kemampuan seksual.


Jika penyebabnya ialah fizikal pula, gejala penyakit medikal mungkin melibatkan pendarahan yang lemah di bahagian kaki, atau nafas singkat apabila disertai senaman (kemungkinan penyakit jantung). Kencing manis juga biasanya dikaitkan dengan mati pucuk lelaki.


Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom dan tanda mati pucuk tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.


Bila saya harus berjumpa doktor?

Doktor keluarga ialah rujukan permulaan yang baik sekiranya anda mengalami masalah mati pucuk. Berjumpalah dengan doktor sekiranya:


i) Anda mempunyai kerisauan mengenai ereksi atau anda mengalami masalah seksual lain, termasuk menunjukkan tanda mati pucuk, seperti ejakulasi pramatang atau ejakulasi tertunda


ii) Anda mengalami kencing manis, penyakit jantung atau penyakit-penyakit lain yang mungkin dikaitkan dengan masalah mati pucuk


iii) Anda mengalami gejala lain selain mati pucuk


Apakah punca mati pucuk lelaki?

Penyebab mati pucuk, antaranya:

i.) Gangguan yang menyebabkan aliran darah lemah atau saraf yang cedera di bahagian zakar


ii) Saraf di bahagian zakar terkesan daripada pembedahan bahagian pinggang dan abdomen (terutamanya pembedahan prostat), terapi radiasi, penyakit berkaitan tulang belakang dan kencing manis


iii) Gangguan hormon


Faktor lain termasuk strok, merokok, alkohol, dan dadah.


Ubatan yang boleh mengakibatkan mati pucuk (terutamanya dalam kalangan orang tua) adalah ubat darah tinggi, anti depresi, sedatif, cimetadine, digoxin, diuretik dan ubatan terlarang.



Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat mati pucuk lelaki?

Pelbagai faktor risiko turut menyumbang kepada masalah mati pucuk lelaki, antaranya:

>> Masalah kesihatan, terutamanya kencing manis atau masalah jantung

>> Penggunaan tembakau, yang mana menghalang aliran darah daripada vena ke arteri, dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang kronik serta membawa kepada masalah mati pucuk

>> Berat badan berlebihan, terutamanya jika anda obes

>>Rawatan perubatan tertentu, seperti pembedahan prostat atau rawatan radiasi untuk kanser

>> Kecederaan, khususnya jika ia merosakkan saraf atau arteri yang mengawal ereksi

>> Pengambilan ubat, termasuk anti depresi, antihistamin, dan ubatan untuk merawat darah tinggi, kesakitan atau masalah prostat

>> Keadaan psikologikal, seperti tekanan, kerisauan (anxiety) atau kemurungan

>> Aktiviti berbasikal berpanjangan, yang mana boleh menekan saraf dan mempengaruhi aliran darah ke zakar, boleh membawa kepada masalah mati pucuk lelaki sementara atau kekal


Bagaimana pesakit mati pucuk didiagnosis?

i) Ambilan ubat menerusi mulut. Doktor mungkin boleh memberi preskripsi dalam bentuk pil yang merawat mati pucuk. Ubatan biasa adalah seperti sildenafil (®Viagra), vardenafil (®Levitra, ®Staxyn), tadalafil (®Cialis), avanafil (®Stendra). Jika anda dalam keadaan sihat, doktor akan memberi preskripsi mana-mana satu ubatan ini. Anda tidak boleh mengambil mana-mana satu pil tersebut untuk merawat mati pucuk jika anda sedang mengambil nitrat, sejenis ubatan penyakit jantung. Semua pil untuk merawat mati pucuk berfungsi meningkatkan aliran darah menuju zakar. Ia tidak menyebabkan ereksi secara automatik. Bincang dengan doktor anda mengenai bila pil perlu diambil. Anda mungkin perlu menguji berapa lama masa yang diperlukan untuk sesetengah pil menunjukkan kesannya


ii) Penggantian testosteron. Sesetengah lelaki mengalami tanda mati pucuk yang mungkin terkesan daripada kadar hormon testosteron yang rendah. Dalam kes tersebut, terapi penggantian testosteron mungkin dapat dicadangkan sebagai langkah pertama.


iii) Memberi preskripsi alatan vakum: Cara lain untuk mendapat ereksi adalah menggunakan alatan khas yang dicipta bersama tiub vakum. Masukkan zakar anda ke dalam tiub, yang mana ia bersambung dengan pam. Ketika udara dikeluarkan daripada dalam pam, darah akan mengalir masuk ke zakar dan menyebabkan ia semakin besar dan tegang. Kemudian, cincin elastik yang dicipta khas akan digerakkan daripada penghujung tiub ke pangkal zakar untuk mengekalkan darah dari mengalir semula ke dalam badan. Anda akan dapati bahawa penggunaan alatan vakum memerlukan beberapa latihan


iv) Rawatan lain: Implan zakar merangkumi proses pembedahan untuk memasukkan alat gantian ke dalam kedua-dua bahagian zakar. Implan ini terdiri daripada yang boleh kembung (inflatable) atau rod separuh tegang. Alat boleh kembung membenarkan anda untuk mengawal bila dan berapa lama anda mengalami ereksi. Rod separuh tegang membenarkan zakar tegang namun dapat dibengkokkan.


Di samping itu, doktor boleh juga menggunakan terapi psikologi untuk merawat faktor mental dan emosi jika ia menjadi punca mati pucuk lelaki. Masalah anda mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dirawat dan memerlukan penggunaan langkah yang pelbagai. Anda perlu bekerjasama dan memberikan maklumat yang cukup kepada doktor agar dapat memperoleh hasil rawatan yang terbaik.


Bagaimana pesakit mati pucuk lelaki dirawat?

Bagi kebanyakan lelaki, cukup jika doktor mengambil sejarah perubatan, dan pemeriksaan fizikal untuk mereka mendiagnosis masalah mati pucuk serta rawatan yang diperlukan.


Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik atau doktor anda mengesyaki ada masalah lain yang turut terlibat, anda mungkin perlu melalui ujian lain atau mendapatkan konsultasi daripada doktor pakar.


Ujian untuk masalah lain yang turut terlibat antaranya:

i) Ujian darah. Sampel darah akan dihantar ke makmal untuk diuji sebarang tanda penyakit jantung, kencing manis, kadar testosteron rendah, dan masaah kesihatan lain


ii) Ujian kencing. Seperti ujian darah, ujian kencing adalah untuk mencari tanda kencing manis atau masalah lain yang turut serta


iii) Ultrasound. Ujian ini biasanya dijalankan oleh pakar di dalam pejabat mereka. Ia merangkumi penggunaan alatan seperti tongkat kecil (transducer) diletakkan di atas salur darah yang menuju ke zakar. Video imej akan terhasil, yang akan membantu doktor untuk mengenal pasti jika anda mengalami masalah salur darah


Ujian ini kadang-kadang dijalankan bersama cucukan ubatan khas ke dalam zakar untuk menggalakkan aliran darah dan penghasilan ereksi baru:

i) Ujian ereksi semalaman. Kebanyakan lelaki mengalami ereksi semasa tidur tanpa sedar atau ingat akannya. Ujian ringkas ini melibatkan pembalutan alatan khas di sekeliling zakar sebelum anda tidur


Alatan ini membantu untuk mengukur jumlah dan kekuatan ereksi yang dialami semalaman. Ia adalah penting untuk mengenal pasti sama ada masalah mati pucuk anda diakibatkan oleh kesan psikologikal atau fizikal.

i) Ujian psikologi. Doktor akan menanyakan beberapa soalan untuk menapis kemurungan dan kemungkinan punca psikologi yang mengakibatkan mati pucuk lelaki



Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani mati pucuk?

Untuk kebanyakan lelaki, masalah mati pucuk adalah disebabkan atau diakibatkan oleh pilihan gaya hidup. Antara langkah yang mungkin membantu ialah:

>> Sekiranya anda merokok, hentikan. Sekiranya anda mengalami masalah untuk berhenti, dapatkan pertolongan. Cuba gantian nikotin, seperti gula getah serta lozeng yang boleh didapati di kaunter, atau tanyakan pada doktor mengenai preskripsi ubatan yang boleh membantu anda untuk berhenti


>> Kurangkan beberapa kilo berat badan. Mengalami berat badan berlebihan boleh mengakibatkan atau membuatkan masalah mati pucuk lelaki semakin teruk


>> Masukkan aktiviti fizikal dalam rutin harian. Senaman boleh membantu mengatasi masalah dalaman yang berkaitan dengan mati pucuk melalui pelbagai cara. Ini termasuklah mengatasi tekanan, membantu mengurangkan berat, dan meningkatkan aliran darah


>> Dapatkan rawatan untuk masalah alkohol dan dadah. Terlalu banyak minum (alkohol) atau pengambilan dadah tertentu boleh menimbulkan masalah tanda mati pucuk, atau mengakibatkan masalah kesihatan jangka panjang


>> Cari solusi masalah perhubungan. Dapatkan kaunseling bersama pasangan sekiranya anda mengalami masalah komunikasi dengan si dia atau sedang mengalami masalah peribadi


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.


Kredit Sumber : HelloDoktor

Ada Rahsia Tentang Ayah Yang Ibu Simpan Selama Ini...Sehinggalah

6 May 2022


Aku sampai sekarang belum pernah jumpa ayah kandung aku dan bila tanya ibu, dia seperti sembunyikan sesuatu. Muka aku ni ada kacukan arab sedangkan muka kakak aku melayu. Satu hari aku kemas almari ibu dan alangkah terkejut apabila menemui pelbagai dokumen dan sah aku ini adalah anak……..
...
...
...
Assalamualaikum.Aku perempuan.Dah berkahwin dengan seorang incredible man dan ada seorang anak lelaki super saiya. Aku anak luar nikah hasil hubungan terlarang ibu dan seorang lelaki warga Pakistan.Aku tak pasti lah macam mana berlaku,yang aku tahu masa tu ibu janda di tinggal kan suami dan sebulan lepas tu kematian anak lelaki.Apa yang aku boleh fikir dia manusia yg khilaf dinodai tipu daya syaitan sewaktu hilang arah kehidupan. 

Cuma part yang aku kecewa,terluka dan pedih sangat aku ditipu.Sepanjang kehidupan aku.Aku begitu sanjung ibu aku.Aku sangat menjadikan dia idola.Sebab Aku rasa dia yg paling sayang kn aku dekat dunia ni jadi ibu takkan sakit kan aku.Dari kecik aku di bg tahu yg ayah kakak aku(suami pertama ibu) tu ayah aku.Nama aku tak ber binti kan dia sebab dia tk mengaku aku anak dia.Aku naïf,bila siapa-siapa tanya tu jawapan aku.Aku benci kan dia dr kecik sampai habis umur aku 16 tahun. 

Padahal dia bukan bapak aku.Rahsia ni ibu simpan elok je.Kakak pun tak pernah bg tahu aku apa2.Kakak selalu jugak jumpa ayah dia.Masa tu aku mesti menangis fikir kenapa ayah tak nak jumpa aku?,bayangkan umur 8 tahun,aku curi2 ambil nombor telefon ayah kakak aku tu jalan 2 batu pergi public phone semata2 nak dengar suara ayah aku.Bila dia angkat aku senyap je,aku cuma nak dengar suara ayah aku. 

Aku suka kemas rumah,setiap bulan aku akan kemas rumah dan alih2 perabot rumah aku.Kuasa Allah satu hari tu aku tengah alih kan almari berlaci dekat bilik ibu aku macam mana tah tersalah step laci tu semua terkeluar dan memuntahkan macam2 Surat&dokumen.Aku kemas satu-satu sampai terjumpa surat cerai ibu.Tarikh cerai tu beza 3 tahun dr tarikh lahir aku.Dekat situ aku dah tahu aku ditipu.Dan malam tu kuasa Allah jugak ibu tengok forum perdana.Memang setiap minggu tu rancangan favourite dia.Setepek dekat dahi.Tajuk dia “kenapa aku Bin/binti Abdullah”. 

Actually aku ni tak macam budak2 perempuan lain.Alhamdulillah aku tak tahu kenapa tapi pemikiran aku memang agak matang dr kecik.Aku tak cepat emo.Aku boleh handle situation.Kadang kakak Aku yg jarak umur 12 tahun dengan aku pun minta pandangan aku.So,satu hari tu aku kumpul segala kekuatan yang ada untuk tanya ibu.Dengan setenang-tenangnya aku tanya.Aku sayang ibu Aku tak nak hati dia terguris. 

Jawapan ibu(sambil menangis) dia dirogol dengan anak majikan dia.Warga Pakistan.Aku?tak berapa terkezut sebab ramai orang tanya aku,aku ni kacukan ke?arab ke?(mungkin sebab hidung kot).Then aku tanya ibu kenapa tipu Sebab aku terkilan sangat,since aku 6 tahun sampai 16 tahun aku simpan gambar ayah kakak aku bawah bantal.Sebelum tidur mesti aku usap2 muka dia aku cari part mana muka aku sama dengan dia.Lepastu aku cium gambar tu semua.Kecewa sangat part tu.Ibu kata ibu tak nak aku sedih,ibu tak nak aku rasa down dengan status aku.Jadi aku faham,sikit pun aku tak marah ibu dan Aku tak tanya lebih lanjut pun.Aku tak nak luka dekat hati dia bertambah. 

Aku nekad lupa kan ayah aku.Dia tak patut dikenang.Aku dari air mani manusia perangai binatang.Aku jijik dengan sebahagian diri aku.Tapi aku sakit sangat,aku kecewa sangat bila aku tahu ibu tipu aku lagi.Kakak yang cerita kan ni.Aku daripada hubungan suka sama suka.Bukan dirogol.Ayah aku muda 10 tahun dr ibu.Memang anak majikan ibu dan diorang di tangkap berkhalwat.Kakak cakap masa tu dia pun ibu abaikan,ibu tengah dilamun cinta dengan ayah aku.Tu yang buat kakak aku benci ayah aku dan tak nak ingat dah hal tu. 

Lepas kejadian tu,dua2 masuk lokap.Kes ibu ni jd headline suratkhabar.Kakak kata dia sampai tak nak keluar rumah sebab malu.Dahlah ayah dia dah ada bini baru,ibu macam tu.Dia kata dia tertekan sangat dengan keadaan tu kalau boleh dia tak nak cerita dekat aku tapi dia kesian tengok aku.Tapi tulah salute dekat kakak sikit pun dia tak berdendam dengan ibu. 

Pasal ayah kandung aku,lepas keluar lokap diorang satu family balik negara diorang.Last sebelum dia balik kakak cakap dia ada request nak jumpa aku tapi ibu tak bawak.Dan sampai sekarang. 

Dari lepas SPM sampai sekarang aku ada menyimpan nak cari ayah aku.Aku tahu status aku dengan dia.Mesti ada yg kata better tak payah sebab dr segi hukum dia bukan ayah aku.Tapi aku sumpah aku dapat tengok dari jauh pun cukuplah.Hari-hari aku rindu kan ayah aku tapi Aku tak dapat gambar kan pun muka dia.Kadang aku terasa ada orang tengah ingatkan aku,dan rasa nya sayu sangat. 

Tolong,kalau ada siapa boleh komen macam mana aku nak cari dia.Aku tak ada satu detail pun pasal dia.Tak tahu nak mulakan perjalanan ni macam mana.Kejadian ni pun dah 24 tahun lepas.

Sakitnya Hati Apabila Mencintai Orang Yang Telah Dimiliki...Adakah Aku Bertepuk Sebelah Tangan

28 Apr 2022


Assalamualaikum...

Sy N..dari utara..usia awal 40an..dan belum berkahwin..mungkin belum sampai jodoh..

Awal thn 2017 sy ada bkenalan dgn seorg lelaki...awal 30an..pkenalan di wechat membawa kbahagiaan pd sy..bermula sbg kakak dan adik..akhirnya sy terpaut pd sikapnya..terus terang dia seorg yg xde rupa..tp hati dia baik..

Setiap hari kami sentiasa berhubung..indah dunia sy..adanya perhatian dari seorg lelaki...setiap ms dia ada dgn sy..wpun hanya dihujung talian..kami xpernah berjumpa...sbb dia di selatan..

1 hari tergerak hati utk stalk fb dia..ternyata dia adalah suami org...dan disisinya seorg wanita yg cantik..dan anak2 yg comel...hancur hati sy kala itu...sy ingatkan dia bujang...sy screenshot fb dia..sy send kat dia..akhirnya dia mengaku..dia suami org..namun dia x bahagia..isteri dia x melayan dia..dan biarkan dia sepi..x hormat pada dia sbg suami..x hormat pada ibu bapa dia sbg mertua..prkahwinan mreka sudah masuk 8thn..isterinya hanya tumpu pada rumahtangga dan anak2 sj..

Kami merancang utk membina singgahsana bersama...dan sy sanggup ikut dia ke tempat dia..menjaga org tuanya dan anak2 nya...dan sy nyatakan seandainya kami berkawin..sy mau anak2 dia dgn sy..sy mampu jadi isteri dan ibu yg baik demi rumahtangga kami yg bakal dibina...

Ckup 3 bulan hubungan kami..sy diberitahu..hbgn kami telah diketahui oleh isterinya..ini kerana isteri dia jumpa gambar sy dlm phone dia..sy menyatakan sy ingin truskan hbgn kami..wpun hanya di telefon..sy xnak berpisah dgn dia..namun dia menegaskan dia memilih isteri dia dr sy...hancur hati sy...namun sy x putus asa..sy tetap menghantat text...tetap berkasih syg sperti selalu..namun balasan dr dia ternyata sinis..sy tau pasti isteri dia yg balas..lama2 segala talian utk menghubungi dia di block..sy try hubungi dia..namun hampa..

Semasa bday dia..sy masakkan sedap2..sgala kesukaan dia..sy post di wechat..sy tau dia akan tgk..tp xde 1 blasan pun dr dia..hari raya sy post baju yg sama warna..seperti yg dia rancang bersama isteri dia..namun bila tiba waktunya sy tgk mereka pakai baju kaler lain..bila birthday anak dia..sy wish bagaikan itu anak sy...sy msk sdap2...tp bila sy stalk fb dia n bini dia..ternyata mereka celebrate di restoran mewah..

Baru2 ni sy stalk fb isteri dia..dia buat sesuatu yg istimewa utk isteri dia..hancur hati sy..tp sy tau..sbnrnya dia buat utk sy..dia saja mengaburi isteri dia..sy terus buat ape yg dia buat utk isteri dia..agar sy dpt merasai perasaan yg dirasai oleh isteri dia..sy tahu perkahwinan mereka hanya sekadar hipokrit..mereka hanya skadar menunjuk kebahagiaan..padahal mereka x bahagia pun...

Masuk hari ni hampir 3 bulan dia langsung x menghubungi sy..sy hanya mampu stalk fb dia sj..tp itupun da xde public dr mereka..mungkin mereka tau sy stalk..sbb slama ni pun wife dia xpernah public ape2 di fb..cuma skrg je..sy jadi benci cemburu bila kwn2 mereka memuji kecomelan anak mereka yg mcm jepun dan korea...tp sy tau..ahli syurga mcm sy xperlu rasa cemburu...utk ape menayang rupa utk tatapan umum..

Hari2 sy luahkan perasaan sy di wechat..berharap dia baca segalanya...hati sy hancur dgn ape yg dia buat..sy slalu menyatakan sy sudah ada yg lain..tp sdikitpun xde respon dr dia..selalu sy menyindir isteri dia..pun xde respons dr wife dia..sakit hati sy bila diperlakukan mcm ni..

Tolong jgn kecam sy..sy perlukan kata2 yg boleh buat sy tenang...


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.