Ada Rahsia Tentang Ayah Yang Ibu Simpan Selama Ini...Sehinggalah
Aku sampai sekarang belum pernah jumpa ayah kandung aku dan bila tanya ibu, dia seperti sembunyikan sesuatu. Muka aku ni ada kacukan arab sedangkan muka kakak aku melayu. Satu hari aku kemas almari ibu dan alangkah terkejut apabila menemui pelbagai dokumen dan sah aku ini adalah anak……..
...
...
...
Assalamualaikum.Aku perempuan.Dah berkahwin dengan seorang incredible man dan ada seorang anak lelaki super saiya. Aku anak luar nikah hasil hubungan terlarang ibu dan seorang lelaki
warga Pakistan.Aku tak pasti lah macam mana berlaku,yang aku tahu masa
tu ibu janda di tinggal kan suami dan sebulan lepas tu kematian anak
lelaki.Apa yang aku boleh fikir dia manusia yg khilaf dinodai tipu daya
syaitan sewaktu hilang arah kehidupan.
Cuma part yang aku kecewa,terluka dan pedih sangat aku
ditipu.Sepanjang kehidupan aku.Aku begitu sanjung ibu aku.Aku sangat
menjadikan dia idola.Sebab Aku rasa dia yg paling sayang kn aku dekat
dunia ni jadi ibu takkan sakit kan aku.Dari kecik aku di bg tahu yg ayah
kakak aku(suami pertama ibu) tu ayah aku.Nama aku tak ber binti kan dia
sebab dia tk mengaku aku anak dia.Aku naïf,bila siapa-siapa tanya tu
jawapan aku.Aku benci kan dia dr kecik sampai habis umur aku 16
tahun.
Padahal dia bukan bapak aku.Rahsia ni ibu simpan elok je.Kakak pun
tak pernah bg tahu aku apa2.Kakak selalu jugak jumpa ayah dia.Masa tu
aku mesti menangis fikir kenapa ayah tak nak jumpa aku?,bayangkan umur 8
tahun,aku curi2 ambil nombor telefon ayah kakak aku tu jalan 2 batu
pergi public phone semata2 nak dengar suara ayah aku.Bila dia angkat aku
senyap je,aku cuma nak dengar suara ayah aku.
Aku suka kemas rumah,setiap bulan aku akan kemas rumah dan alih2
perabot rumah aku.Kuasa Allah satu hari tu aku tengah alih kan almari
berlaci dekat bilik ibu aku macam mana tah tersalah step laci tu semua
terkeluar dan memuntahkan macam2 Surat&dokumen.Aku kemas satu-satu
sampai terjumpa surat cerai ibu.Tarikh cerai tu beza 3 tahun dr tarikh
lahir aku.Dekat situ aku dah tahu aku ditipu.Dan malam tu kuasa Allah
jugak ibu tengok forum perdana.Memang setiap minggu tu rancangan
favourite dia.Setepek dekat dahi.Tajuk dia “kenapa aku Bin/binti
Abdullah”.
Actually aku ni tak macam budak2 perempuan lain.Alhamdulillah aku tak
tahu kenapa tapi pemikiran aku memang agak matang dr kecik.Aku tak
cepat emo.Aku boleh handle situation.Kadang kakak Aku yg jarak umur 12
tahun dengan aku pun minta pandangan aku.So,satu hari tu aku kumpul
segala kekuatan yang ada untuk tanya ibu.Dengan setenang-tenangnya aku
tanya.Aku sayang ibu Aku tak nak hati dia terguris.
Jawapan ibu(sambil menangis) dia dirogol dengan anak majikan
dia.Warga Pakistan.Aku?tak berapa terkezut sebab ramai orang tanya
aku,aku ni kacukan ke?arab ke?(mungkin sebab hidung kot).Then aku tanya
ibu kenapa tipu Sebab aku terkilan sangat,since aku 6 tahun sampai 16
tahun aku simpan gambar ayah kakak aku bawah bantal.Sebelum tidur mesti
aku usap2 muka dia aku cari part mana muka aku sama dengan dia.Lepastu
aku cium gambar tu semua.Kecewa sangat part tu.Ibu kata ibu tak nak aku
sedih,ibu tak nak aku rasa down dengan status aku.Jadi aku faham,sikit
pun aku tak marah ibu dan Aku tak tanya lebih lanjut pun.Aku tak nak
luka dekat hati dia bertambah.
Aku nekad lupa kan ayah aku.Dia tak patut dikenang.Aku dari air mani
manusia perangai binatang.Aku jijik dengan sebahagian diri aku.Tapi aku
sakit sangat,aku kecewa sangat bila aku tahu ibu tipu aku lagi.Kakak
yang cerita kan ni.Aku daripada hubungan suka sama suka.Bukan
dirogol.Ayah aku muda 10 tahun dr ibu.Memang anak majikan ibu dan
diorang di tangkap berkhalwat.Kakak cakap masa tu dia pun ibu
abaikan,ibu tengah dilamun cinta dengan ayah aku.Tu yang buat kakak aku
benci ayah aku dan tak nak ingat dah hal tu.
Lepas kejadian tu,dua2 masuk lokap.Kes ibu ni jd headline
suratkhabar.Kakak kata dia sampai tak nak keluar rumah sebab malu.Dahlah
ayah dia dah ada bini baru,ibu macam tu.Dia kata dia tertekan sangat
dengan keadaan tu kalau boleh dia tak nak cerita dekat aku tapi dia
kesian tengok aku.Tapi tulah salute dekat kakak sikit pun dia tak
berdendam dengan ibu.
Pasal ayah kandung aku,lepas keluar lokap diorang satu family balik
negara diorang.Last sebelum dia balik kakak cakap dia ada request nak
jumpa aku tapi ibu tak bawak.Dan sampai sekarang.
Dari lepas SPM sampai sekarang aku ada menyimpan nak cari ayah
aku.Aku tahu status aku dengan dia.Mesti ada yg kata better tak payah
sebab dr segi hukum dia bukan ayah aku.Tapi aku sumpah aku dapat tengok
dari jauh pun cukuplah.Hari-hari aku rindu kan ayah aku tapi Aku tak
dapat gambar kan pun muka dia.Kadang aku terasa ada orang tengah
ingatkan aku,dan rasa nya sayu sangat.
Tolong,kalau ada siapa boleh komen macam mana aku nak cari dia.Aku
tak ada satu detail pun pasal dia.Tak tahu nak mulakan perjalanan ni
macam mana.Kejadian ni pun dah 24 tahun lepas.
No comments
Post a Comment