SLIDER

penjagaan
Showing posts with label penjagaan. Show all posts

Risiko Kanta Lekap

6 Jun 2024


Memakai kanta lekap bukan sahaja memudahkan rutin harian dilakukan tanpa gangguan, malah ia juga memberikan keselesaan kepada pengguna kerana tidak perlu lagi mengenakan kaca mata.

Sebab itu kanta lekap menjadi kegemaran bagi menggantikan pemakaian kaca mata. Terdapat pelbagai jenis dan warna yang menjadi pilihan terutama bagi remaja dan dewasa.

Namun, secara realitinya tidak ramai yang peka dan mempunyai pengetahuan tentang penjagaan dan cara-cara memakai kanta lekap yang betul.

Perunding Ophthalmologist, Dr. Saira Fairma Ismail Mokhtar berkata, pengguna kanta lekap perlu berdisiplin dalam penjagaan terutama aspek kebersihan.

“Ini kerana, jika silap langkah atau kurang penjagaan, kanta lekap boleh memberi masalah kepada penggunanya.

“Pengguna kanta lekap perlu mempunyai motivasi tinggi jika ingin memakai kanta lekap. Sebelum kanta dipakai, tangan perlu di basuh dengan sabun terlebih dahulu dan biarkan kering sebelum menyentuh kornea mata.

“Elakkan daripada berkongsi kanta lekap dengan orang lain dan tidak memakainya dalam tempoh terlalu lama sehingga melebihi lapan jam. 

"Bekas kanta lekap digunakan perlu dicuci setiap kali sebelum pakai. Seeloknya pemakaian juga perlu mengikuti bilangan jam tertentu setiap hari dan tidak disarankan tidur bersama-sama kanta lekap kerana ditakuti ada komplikasi," katanya.

Dr. Saira Fairma berkata. pengguna yang tidak menjaga kebersihan ketika memakai kanta lekap dan mengambil sambil lewa rutin harian tersebut berkemungkinan berhadapan dengan risiko jangkitan pada bahagian kornea mata.

“Antara yang perlu diberi perhatian ialah jika mata merah, sensitif, kabur atau sakit. Jika keadaan ini berlaku segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan

“Individu yang tidur dengan kanta lekap berisiko lebih tinggi mendapat ulser kornea kerana mata lebih mudah tercedera, kurang oksigen dan memerangkap bakteria. 

"Kanta lekap yang dipakai dalam tempoh lama menyebabkan mata menjadi bukan toleransi kepada kanta lekap. Jika berlaku keadaan sedemikian, mereka dinasihatkan berhenti dahulu selama beberapa bulan sebelum kembali memakainya kembali apabila keadaan sudah baik.

“Kebanyakan individu yang berdepan masalah ini ialah mereka yang tidak mengikut cara penjagaan kanta lekap yang betul selain mungkin menggunakan cecair pencuci, rendaman atau bilasan yang tamat tempoh atau masih menggunakan bekas menyimpan atau merendam kanta lekap yang lama dan kotor," katanya.

Menurut Dr. Saira Fairma lagi, pemakaian kanta lekap untuk tujuan kosmetik juga tidak ada masalah melainkan pemakainya perlu menjaga kebersihan semasa memakainya.

Penggunaan kanta lekap kosmetik juga sama kaedahnya dengan pemakaian kanta lekap untuk tujuan rawatan.

Kebanyakan kanta lekap kategori kosmetik adalah jenis lembut dan dijual dalam pelbagai warna pilihan. 

“Terdapat dua jenis kanta lekap yang dijual di pasaran untuk tujuan rawatan iaitu jenis lembut dan keras. Kanta lekap paling digemari pelanggan adalah jenis lembut kerana lebih selesa dan mudah untuk menyerap cecair dalam mata. 

"Permukaan yang lembut juga memudahkan oksigen diserap masuk pada permukaan kornea mata dan membantu mengurangkan berlaku masalah kekeringan. Kanta lekap jenis pakai buang dalam kategori lembut mempunyai waktu tertentu untuk dipakai oleh pengguna.

“Kanta lekap jenis keras pula boleh dipakai dalam jangka masa yang lebih lama tetapi meninggalkan kesan ketidakselesaan kepada mata pengguna. Kebanyakan kanta lekap untuk merawat rabun adalah warna jernih," katanya.

Terang Saira Fairma, terdapat beberapa sebab yang menghalang individu berkaitan menggunakan kanta lekap sebagai alternatif menggantikan kaca mata biasa.

“Mereka yang mempunyai masalah jangkitan kuman pada mata, mata kering dan alergi mata tidak digalakkan untuk memakai kanta lekap

“Individu yang sentiasa berada dalam persekitaran yang tidak bersih dan kotor seperti debu perlu mengelakkan daripada memakai kanta lekap kerana ditakuti memberi kesan kepada kesihatan mata," katanya.

Ujar beliau lagi, seeloknya pengguna dinasihatkan berjumpa pakar di klinik sebelum mengambil keputusan menggunakan kanta lekap supaya kanta yang akan dipakai sesuai dengan lengkungan kornea mata iaitu tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

Kanta lekap yang dibeli di kedai Optometri yang diluluskan dan mempunyai pengesahan lebih selamat digunakan berbanding hanya membelinya di kedai-kedai biasa.

Apa Itu Kayap : Penyebab, SimptomDan Kaedah Rawatan

5 May 2024



APAKAH ITU KAYAP ?

Kayap ialah penyakit atau jangkitan kulit yang disebabkan oleh virus yang ada dalam sistem saraf. Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster. Kayap terjadi apabila tisu dorman seperti virus cacar air (chickenpox), varicella zoster menjadi aktif semula dalam tisu saraf.

Jangkitan akan muncul dalam bentuk ruam merah pada kulit, sensasi cucukan halus (tingling), gatal, sakit yang tertumpu pada satu tempat, dan sensasi kepanasan. Ruam yang melepuh (blistering) mungkin terbentuk pada bahagian badan tetapi ini tidak terjadi kepada semua pesakit kayap. Biasanya, kayap atau lepuh akan timbul di bahagian torsoleher, atau muka. Kayap selalunya akan menjangkiti selama dua hingga empat minggu sebelum pesakit mendapat kesembuhan sepenuhnya.

Doktor dapat mengenal pasti diagnosis kayap dengan hanya melihat kepada ruam yang timbul. Kayap sangat jarang menjangkiti orang yang sama lebih daripada satu kali, tetapi kayap mungkin menjangkiti kira-kira 1 daripada 3 orang sepanjang hidup mereka. Walau bagaimanapun, jangkitan kayap adalah berlainan daripada individu ke individu kerana kayap mungkin aktif semula berulang kali.


APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM KAYAP?

Simptom-simptom awal kayap adalah demam, seram sejuk, dan rasa lemah seperti sakit yang kuat, kepanasan, gatal, dan sensasi cucukan (tingling). Ruam dan tompok kemerahan mungkin terbentuk beberapa hari selepas itu. Semasa peringkat awal, kayap adalah tidak berjangkit daripada pesakit kepada orang lain. Tompok merah jambu atau kemerahan mungkin kelihatan pada bahagian badan yang menempatkan sistem laluan saraf.


Simptom-simptom lain yang mungkin kelihatan:

Lepuhan berair – Terbentuk daripada ruam yang kelihatan sama dengan lepuhan daripada cacar air. Lepuhan ini mungkin akan timbul bersama dengan kegatalan dan akan terus menjadi lebih teruk untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, lepuhan ini hanya akan terjadi di satu kawasan dan tidak merebak ke serata tubuh badan.


Keruping (scabbing) dan berkerak – Keruping dan kerak pada kulit mula terbentuk apabila lepuhan mula menipis dan mengering. Setiap lepuhan akan mengambil masa selama kira-kira satu hingga dua minggu untuk menjadi berkerak dengan sepenuhnya. Risiko penularan virus menjadi rendah apabila lepuhan mengerak dengan sepenuhnya.


Lilitan kayap– Lilitan kayap kelihatan seperti formasi tali pinggang atau separuh tali pinggang di sekeliling tulang rusuk dan pinggang. Lilitan kayap ini dapat dikenal pasti dengan mudah dan biasanya meliputi bahagian yang luas pada satu bahagian tengah badan.


Kayap oftalmus – Kayap oftalmus menjangkiti saraf oftalmus yang mengawal sensasi serta pergerakan wajah. Kayap ini timbul di sekeliling mata, dahi, dan hidung, dan biasanya datang bersama sakit kepala. Kemerahan dan bengkak pada mata, keradangan pada bahagian kornea atau iris dan mata yang meluyu (drooping) merupakan simptom-simptom yang akan dialami. Kayap oftalmus juga mungkin menyebabkan kehilangan deria penglihatan untuk sementara atau kekal.


Jangkitan – Jangkitan bakteria mungkin berlaku disebabkan oleh lepuhan. Penjagaan yang cermat dengan memastikan bahagian itu bersih dan menahan daripada menggaru akan mengurangkan sebarang kemungkinan risiko jangkitan sekunder. Rawatan yang betul dan awal membantu menghalang bakteria daripada merebak dan menyebabkan parut.

Kayap tidak boleh berjangkit daripada seorang individu kepada individu lain. Tetapi virus cacar air pada kanak-kanak kadang-kala boleh menjangkiti seseorang yang belum pernah dijangkiti cacar air, tetapi bukan kayap. Dalam situasi ini, seseorang itu mungkin dijangkiti cacar air, bukan kayap. Sesuatu jangkitan kayap hanya mungkin merebak melalui sentuhan terus dengan cecair daripada lepuhan dan bukan daripada batuk atau bersin. Kayap adalah lebih susah dijangkiti berbanding dengan cacar air.



CAUSES OF SHINGLES 

Penyebab utama jangkitan kayap adalah virus Varicella-zoster yang dorman yang merupakan punca cacar air dan kayap. Virus ini boleh hidup dalam badan manusia untuk bertahun-tahun tanpa menunjukkan atau menyebabkan sebarang simptom. Varicella-zoster termasuk dalam satu kategori virus-virus yang dikenali sebagai virus-virus herpes, sebab inilah kayap juga dikenali sebagai herpes zoster. Kebolehan mereka untuk bersembunyi dalam sistem saraf menjadikan mereka dapat berada dalam badan untuk tempoh yang lama dan akan aktif semula atau “bangun” dalam kondisi tertentu.

Tiada fakta kukuh bagaimana kayap boleh berlaku, tetapi pakar telah mencadangkan beberapa penyebab yang mungkin mengaktifkan virus itu semula:

  • Lanjut usia – sekitar umur 50 tahun dan ke atas
  • Penyakit yang menjejaskan pertahanan tubuh – Kanser, HIV, atau AIDS
  • Rawatan Kanser – Rawatan kemoterapi atau radiasi
  • Stress berlebihan atau trauma fizikal
  • Ubat imunosupresif (Immunosuppressive drugs)
  • Cacar air – semasa bayi atau diwarisi semasa peringkat kandungan akhir


BAGAIMANA MENCEGAH KAYAP

Vaksinasi boleh membantu anda daripada mengalami simptom-simptom kayap yang serius atau komplikasi. Sekarang, kebanyakan kanak-kanak telah diimunisasikan dengan dua dos vaksin cacar air yang dikenali sebagai imunisasi varicella. Bagi orang dewasa yang belum pernah menghidap cacar air, juga perlu mendapatkan vaksin ini. Untuk vaksin kayap pula, imunisasi varicella-zoster akan membantu mencegah simptom-simptom serius dan komplikasi berkaitan dengan kayap. Orang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas adalah dinasihatkan untuk mendapatkan imunisasi ini daripada doktor.

Jangkitan kayap boleh dicegah dengan mendapatkan rawatan jagaan yang sepatutnya di tempat dijangkiti seperti membasuh tangan dengan kerap. Memastikan ruam tertutup, kering, dan bersih dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Anda juga perlu mengelak daripada bersentuhan rapat dengan individu yang belum pernah mendapat cacar air atau yang mempunyai sistem imun badan yang lemah. Memakai pakaian longgar akan sangat membantu memberi keselesaan kepada kulit dan mempercepat proses penyembuhan. Sapuan rawatan di kawasan dijangkiti akan membantu melegakan kegatalan.



CARA SEMULAJADI MENCEGAH KAYAP

Kayap masih tidak mempunyai penawar tetapi terdapat beberapa amalan rawatan di rumah yang juga boleh melegakan simptom-simptom yang anda alami.

Rawatan di rumah termasuk:

Mandian penyembuhan – Membersihkan lepuhan dengan kerap boleh mengurangkan risiko jangkitan daripada merebak. Dengan mengamalkan mandian air sejuk atau mandian oatmeal akan dapat melegakan kulit, serta mengurangkan kesakitan dan kegatalan.

Demah (compress) sejuk, basah – menuam demah sejuk di bahagian ruam kayap membantu melegakan simptom-simptom, mengurangkan kesakitan dan kegatalan.

Soda penaik dan pes kanji jagung – Sapu pes beberapa kali untuk melegakan gatal yang disebabkan oleh ruam kayap.

Losyen dan krim penenang (calamine lotion– Gunakan agen penenang untuk membantu melegakan ketidak-selesaan yang disebabkan oleh ruam. Elakkan sebarang losyen pewangi kerana mungkin menyebabkan keradangan pada kulit. Hanya sapukan lapisan yang nipis untuk meredakan kegatalan dan mengelakkan daripada proses penyembuhan menjadi lebih lama.

Diet sihat – Kayap boleh menjadi lebih teruk disebabkan oleh sistem imun badan yang lemah. Beberapa plan diet mungkin boleh membantu menguatkan sistem imun serta kesihatan menyeluruh. Amalkan diet yang menguatkan fungsi sistem imun yang memerlukan vitamin A, B, C, E dan asid amino lysine yang menggalakkan khasiat penyembuhan.

Homeopati – Penawar homeopati adalah ubatan alternatif yang berasaskan pendekatan yang menggalakkan badan untuk sembuh dengan sendiri. Tetapi, pastikan anda mendapat diagnosis yang betul serta berunding dengan pakar untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Rehat berkualiti – Dapatkan rehat yang banyak serta tidur yang berkualiti supaya badan anda mendapat kesegaran semula, serta pertumbuhan hormon yang stabil.



PILIHAN RAWATAN UNTUK MENYEMBUHKAN KAYAP

Buat masa sekarang, masih tiada cara untuk menyembuhkan kayap. Tetapi, dengan teknologi dan kajian terkini, ubatan boleh dipreskribsikan untuk mengurangkan simptom-simptom dan mengurangkan tempoh jangkitan. Sila dapatkan perundingan doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan mana-mana rawatan untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

Kredit Sumber : PremierClinic

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.