SLIDER

cinta
Showing posts with label cinta. Show all posts

Baik Dan Buruk WhatsApp: 7 Jenis Group WhatsApp Paling Lazim

13 Feb 2023



Di zaman teknologi maklumat ini, kebolehan untuk berkomunikasi dengan pantas dan mudah memang sudah menjadi satu keperluan. Satu aplikasi popular di kalangan pengguna adalah WhatsApp, yang dimiliki oleh Facebook sejak awal 2014. Dianggarkan 1 bilion orang menggunakan aplikasi ini, menjadikannya aplikasi pesanan ringkas paling popular di dunia. Lebih 30 bilion mesej WhatsApp dihantar setiap hari. Pentingnya WhatsApp dalam kehidupan seharian boleh dinilai dari reaksi pengguna apabila operasi aplikasi ini terganggu, walaupun untuk seketika.

Selain daripada komunikasi antara individu, satu kegunaan WhatsApp adalah membentuk kumpulan yang membolehkan kita boleh berbual-bual dengan ramai orang pada waktu yang sama. Memang tidak dinafikan, jika digunakan tanpa sebarang pengawasan, WhatsApp boleh mendatangkan impak yang negatif. Banyak group WhatsApp yang kita ‘mute’ kerana hari-hari membincangkan perkara yang tidak berfaedah, malahan dijadikan ruang untuk menyebarkan fitnah. Namun begitu, kita harus meneliti konteks yang lebih besar di mana WhatsApp ternyata memudahkan hidup kita.
Perniagaan melalui WhatsApp mahupun penyebaran maklumat penting dalam kelompok besar antara contoh terbaik mengapa aplikasi ini begitu popular. Untuk membantu kita menilai kebaikan dan keburukan Whatsapp dari aspek kehidupan seharian, mari kita lihat 7 'group' WhatsApp yang paling lazim.



1) Group Bekas Rakan Sekolah

Pada asalnya group ini diwujudkan atas dasar nostalgia, di mana kita boleh kembali bertemu dengan rakan di sekolah dahulu seperti majlis ’reunion‘.
Di majlis tersebut, topik perbualan yang popular adalah “Kerja di mana?“, “Dah kahwin ke?” mahupun “Eh dah kurus ya awak”. Group ini berbual dengan topik yang serupa setiap hari kerana ada ramai ahli maka kita kena tahu semua pekerjaan mereka.

Apabila dah tahu status perkahwinan semua orang, group ini mula hilang arah. Ahli-ahli mula berkongsi jenaka-jenaka yang diambil daripada Facebook ataupun Twitter.

Kadang-kadang bila isteri kita ternampak gambar gadis yang mendedahkan aurat berat di telefon kita, kita tahu group inilah yang harus dipersalahkan.



2) Group Taska

Selepas kita menghantar anak ke taska mahupun tadika, selalunya kita akan dimasukkan ke dalam satu group bersama ibu bapa yang lain.

Di sini kita boleh melihat guru tadika menghantar gambar aktiviti harian anak-anak sebelum ibu bapa memberi komen-komen bangga terhadap anak mereka.

Selebihnya, group ini dijadikan medium pesanan kepada guru agar tidak lupa beri anak sedut Ventolin, memulangkan botol susu yang tertukar, mahupun memberitahu kita ambil anak lambat sebab jalan sesak.



3) Group Jiran Tetangga

Dulu-dulu terbau aroma nasi goreng yang dimasak jiran boleh terus datang bawa pinggan sambil menyanyi keriangan macam iklan Adabi, tetapi generasi muda-mudi mungkin  perlu pendekatan berbeza dalam membentuk komuniti kejiranan yang sihat.

Group WhatsApp Jiran Tetangga ini memang bermanfaat kerana dapat melangkaui jurang usia dan status sesama jiran.

Antara perkara yang sering dibincangkan di sini adalah berkenaan yuran pengawal keselamatan, jemputan ke kenduri khatan anak, mahupun bagaimana mengatasi masalah denggi yang semakin meruncing di kawasan perumahan.



4) Group Perniagaan

Group Perniagaan ini sebenarnya ada banyak nama, ada juga yang panggil group #2Kerja.

Namun begitu saya ingin fokus kepada salah satu cabang ‘perniagaan‘ iaitu MLM. Kadang-kadang rakan sekolah yang kita jarang bertegur sapa tiba-tiba memberi salam dan menambah kita dalam group ini.

Kadang-kadang kita nak terus keluar group tetapi tak sampai hati kerana nak jaga hati kawan.

Bagi mereka yang membuat keputusan untuk terus kekal di dalam group ini, rakan kita tadi yang selama ini pendiam akan memberi kata-kata semangat seperti "Sampai bila nak makan gaji?" dan "Taknak hantar mak pergi haji?" agar kita terus berusaha mencari mangsa, maksud saya pelabur lain.



5) Group Saudara Mara

Ini adalah group yang anda tidak boleh keluar sesuka hati, kerana apabila anda balik kampung ketika hari raya nanti, pasti Mak Ngah anda akan mengungkit "Amir Rashidi, kenapa kau keluar daripada group? Kau dah tak sayang Mak Ngah ya?".

Group ini pasti ada ramai ahli kerana semua orang, dari sekecil-kecil sepupu baru darjah satu, hinggalah ke nenek saudara yang sudah veteran, semuanya memiliki telefon pintar.

Perbualan selalunya berkisar tentang perbandingan keputusan peperiksaan, dapat masuk sekolah asrama ataupun tidak, mahupun perkongsian resepi  Ayam Masak Lemak.



6) Group Tazkirah

Semasa di zaman universiti dahulu, apabila ada geng tabligh yang mengetuk pintu, kita dengan berat hati akan memakai seluar panjang dan dengan tabah mendengar ilmu agama yang disampaikan mereka.

Samalah macam group tazkirah, kalau ada orang dah masukkan anda, memang rasa berdosa untuk keluar daripada group.

Maka setiap kali ada orang berkongsi ilmu tajwid ataupun menyuruh anda boikot barangan Yahudi, anda hanya membalas dengan emoji ibu jari sebanyak tiga kali.

Sesekali kakak atau abang tazkirah senior akan berkongsi klip video nasyid ’Kasih Kekasih‘ yang memberi mesej bercinta selepas kahwin.



7) Group Majikan

Group ini selalunya dicipta oleh bos sebagai tempat untuk menyampaikan amanat pengurusan kepada anak buah mereka.

Ahli-ahli di dalam group ini mengamalkan gaya percakapan yang profesional dengan gaya tatabahasa yang betul kerana tidak mahu mengguris hati majikan, sekaligus mempengaruhi KPI mereka.

Namun begitu pasti wujud satu kumpulan berhaluan kiri yang terdiri daripada ahli-ahli Group Majikan, tidak termasuk bos itu sendiri kerana ingin mengumpat dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pihak pengurusan.



Adakah anda merupakan ahli group WhatsApp yang disebut di atas?

Ataupun anda lebih rindukan zaman sebelum WhatsApp di mana semua orang duduk bersemuka, bebas daripada kekangan telefon pintar untuk membincangkan isu semasa?




*  Faizal Rosly adalah seorang pemerhati media sosial dan juga peminat tegar Liverpool FC. Tweet @ijaicool atau ikuti blog beliau.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

Oleh : Faizal Rosly
Kredit : AstroAwani

Istikharah? Petunjuk Yang Bagaimana Anda Cari?

24 Jun 2022


Tajuk Istikharah sangat popular di kalangan anak muda yang mahu memeluk cinta. Apabila tiba saat hati rasa diusik-usik, maka pilihan mahu segera dibuat. Lantas Istikharah menjadi jawapannya.
Sebenarnya, istikharah ini bukanlah tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata. Di dalam hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari , ia disebut secara umum ; iaitu mana-mana orang yang diberatkan akan beberapa pilihan , maka hendaklah dia solat dua rakaat iaitu solat sunat Istikharah, dan kemudian membaca doa ini : 


Meskipun pelbagai artikel dan tulisan tentang solat Istikharah serta persoalan-persoalan berkaitannya bertebaran di sana sini, namun soal jawab tentangnya tetap berterusan. Kali ini cuba kita lihat secara ringkas perihal solat sunat Istikharah itu sendiri.

Pertama : Kenapa Perlu
Jawabnya, kerana sebagai manusia, kita tidak lepas daripada berdoa. Meminta kepada Allah yang Maha Tahu adalah jalan terbaik bagi kita selaku manusia yang tidak tahu. Pengetahuan kita sangat terbatas, sedangkan pengetahuan Allah Maha Luas. Dia Tahu tentang apa yang sebelum kita, serta apa yang bakal berlaku selepas kita. Termasuklah dalam hal ehwal jodoh serta pasangan kita nanti. Justeru, kita yang tidak tahu ini perlulah meminta pertolongan Allah untuk menunjukkan kepada kita mana yang terbaik, supaya dengan keputusan yang kita buat itu kita tidak akan menyesal di kemudian hari.

Kedua : Kaitan dengan HATI
Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ? Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.

Ketiga : Perkara yang boleh Istikharah
Perkara yang boleh kita Istikharah hanyalah dalam perkara yang harus di sisi Syarak sahaja. Tidak ada istilah Istikharah untuk hal yang telah jelas akan wajib atau haramnya. Umpamanya, nak bayar zakat atau tidak, tidak perlu Istikharah kerana telah jelas wajibnya. Begitu juga dengan bercouple, tidak payah Istikharah kerana telah jelas haramnya. Tetapi dalam hal yang harus, umpamanya untuk memilih antara dua pekerjaan yang sama-sama halal, maka Istikharahlah memohon petunjuk dari Allah.

Keempat : Istikharah 50-50
Benda yang telah kita yakin sebenarnya tidak lagi berhajat kepada Istikharah. Ada orang, berdepan dengan dua pilihan iaitu Nora dan Siti. Tetapi dalam hatinya, dia memang telah sukakan Siti dan dia tidak sukakan Nora. Dalam keadaan ini, kalau dia Istikharah sekalipun – dalam keadaan hatinya sudah meletakkan jawapan – Istikharah itu tiada maknanya. Istikharah hanya dalam perkara yang kita benar-benar buntu untuk memilih, antara A dan B keduanya sama berat. Dalam masa yang sama, kita tidak kisah pun kalau mendapat A ataupun B kerana keduanya tidak memberi mudharat kepada hidup kita. Jadi, Istikharah dalam hal itu adalah digalakkan.

Kelima : Satu pilihan, Dua pilihan atau Tiga pilihan
Ini menjawab persoalan seorang sahabat pengunjung blog saya. Sebenarnya, tidak kisahlah berapa pilihan sekalipun yang ada di hadapan kita, apa yang kita ingin minta adalah pilihan yang terbaik daripada kesemua yang ada.Kata kuncinya di sini adalah PILIHAN. Jika wujud elemen pilihan, wujudlah Isikharah. Jika tidak, bagaimana untuk wujud Istikharah? Mungkin kita perlu memilih antara A, B atau C. Mungkin juga kita perlu memilih antara menerima A atau menolak. Mungkin juga perlu memilih antara membuka ruang untuk lamaran A atau menutup pintu hati untuk kesemua urusan tersebut. Yang penting, kita benar-benar berada dalam persimpangan untuk membuat pilihan antara semua yang ada.

Keenam : Istisyarah atau Mesyuarat
Manusia dianugerahkan akal untuk membuat pertimbangan. Justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berfikir, menganalisa dan mencari jalan. Islam menganjurkan bermesyuarat atau meminta pendapat orang berpengalaman – sebagai kembar kepada proses Istikharah itu sendiri. Maknanya, kita tidak boleh seratus peratus bergantung kepada proses Istikharah semata-mata- hinggakan ada yang menunggu-nunggu mimpi dan sebagainya – sebaliknya, dengan bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan. Timbanglah dengan akal yang matang akan kesemua pilihan yang ada di depan mata, dan belajarlah untuk menjadi berani membuat keputusan. Itu kan sunnatullah dalam kehidupan.

Ketujuh : Mimpi
Dalam banyak keadaan, ini boleh dikatakan mitos. Dari mulut ke mulut, petunjuk tentang mimpi adalah benda wajib yang akan dikembarkan dengan saranan Istikharah. Sedangkan kita tahu, mimpi juga boleh berlaku ke atas seseorang yang sedang angau. Maka jika si angau ini bermimpi , adakah boleh dengan senangnya dia menganggap mimpi itu petunjuk Istikharah? Tentunya tidak semudah itu. Bagaimana pula jika Istikharah dan bermimpi calon A lalu mahu membuat keputusan, tiba-tiba esoknya termimpi pula calon B? Atau, bagaimana jika dalam satu masa yang sama bermimpi calon A dan B serentak? Maka sebaiknya, jangan gantungkan Istikharah anda itu dengan sebarang mimpi!
Begitu juga, Istikharah tidak memerlukan sehingga anda dan calon anda bermimpi perkara yang serupa, barulah dianggap Istikharah anda itu berjaya. Tidak sama sekali.

Kelapan : Petunjuk yang bagaimana?
Seorang guru saya di Pondok pernah berpesan kepada saya tentang Istikharah. Katanya, ketika fikiran dan hati kita terbeban mahu memilih antara A dan B ( atau lain-lain ) maka hendaklah kita melazimi solat Istikharah. Dalam masa yang sama kita jangan tinggalkan Istisyarah. Antara petanda yang mungkin hadir adalah, ketika kita bangun daripada tidur dan teringatkan tentang perkara yang membebani kita itu ( membuat pilihan ) maka salah satu pilihan tersebut menjadi tenang di hati kita berbanding pilihan yang lagi satu. Ini salah satu petunjuk bahawa pilihan itu adalah yang terbaik untuk kita ikut. Mudahnya, petunjuk itu datang ke dalam hati kita sendiri. Kita sendiri akan merasai perkara tersebut jika kita benar-benar konsisten dengan Istikharah dan Istisyarah. Ia seterusnya akan mencetus keyakinan kepada kita dalam membuat langkah seterusnya tanpa ada lagi perasaan ragu-ragu.


Firman Allah ta’ala : ” Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal “

Kesembilan : Was-was itu daripada Syaitan
Dalam Fiqh, kalau kita yakin kita masih ada wudhuk dan mahu solat, tetapi tiba-tiba ada semacam bisikan bahawa wudhuk kita sudah batal, maka bisikan tersebut tidak dikira membatalkan keyakinan kita. Kaedah menyebut : Yakin tidak akan gugur kerana Syak. Begitu juga dalam bab Istikharah. Jika sudah yakin dengan pilihan yang kita buat – berdasarkan doa Istikharah kita kepada Allah serta pertimbangan-pertimbangan yang kita buat dengan Istisyarah – maka jangan dilayan lagi bisikan-bisikan umpamanya mungkin akan menyesal, atau nanti begitu atau begini, kerana kesemua itu sebenarnya adalah helah daripada Syaitan. Seorang ulama’ menyebut : Tidak akan menyesal orang yang melakukan solat Istikharah.

Kesimpulan
Optimislah dengan keputusan sendiri. Belajarlah membuat keputusan dengan yakin. Jangan harapkan anasir lain membuat keputusan untuk anda. Istikharah tidak harus sama sekali diletakkan di tahap itu, kerana ia adalah hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Tetapi meletakkan anasir lain untuk membuat keputusan, umpamanya mengharapkan mimpi tertentu, melihat kepada objek-objek tertentu ataupun nombor-nombor tertentu, kesemua ini akan menjadikan anda seorang manusia yang tiada fungsi. Ia jauh sekali daripada ajaran Islam, apatah lagi hendak dikaitkan dengan solat sunat Istikharah.

Sekian.

Oleh : Ahmad Shafiq
Kredit : myilham



7 Kelebihan Nikah Dengan Janda Berbanding Gadis Dara

9 May 2022



Janda bermakna wanita yang tidak bersuami lagi, mungkin kerana telah bercerai dan kerana ditinggal mati oleh suaminya.

Sayangnya, budaya ketimuran memberi kesan negatif kepada janda daripada duda. Kaum janda seringkali diletakkan sebagai wanita pada posisi yang rendah, lemah, tidak berdaya dan memerlukan belas kasih sehingga dalam keadaan sosial budaya seringkali wujud ketidakadilan.

Sebahagian besar lelaki ingin berkahwin dengan wanita bujang. Malah status lelaki sebagai duda pun masih akan mensasarkan wanita bujang. Adakah perlu nikah dengan bujang? Tentu tidak!

Wanita yang menyandang status sebagai janda pun masih layak untuk dinikahi. Baik oleh duda atau lelaki yang belum pernah berkahwin sebelum ini. Berikut 7 kelebihan jika menikahi seorang janda.

Banyak tahu tentang hubungan
Seorang wanita yang menyandang status sebagai seorang janda memang tahu lebih banyak tentang seorang lelaki, tentang hubungan lelaki dan wanita. Sekurang-kurangnya dia telah mempunyai pengalaman yang cukup.

Tidak hanya itu, wanita seperti ini boleh memahami dunia batin seorang lelaki, sehingga dia faham betul apa yang harus dilakukan dan tidak perlu dilakukan. Hal ini tentu akan membantu seorang lelaki memiliki perasaan tenang dalam menjalani hubungan asmaranya.

Janda tidak banyak menuntut
Seorang janda yang telah mempunyai anak akan cenderung tidak ingin banyak bermimpi tentang hubungan. Ertinya dia sama sekali tidak memerlukan seorang yang romantis, penuh dengan kata manja, drama, dan lain sebagainya. Dia mungkin telah banyak bermimpi di perkahwinan pertamanya. Dia tidak akan banyak menuntut saat menjalani hubungan dengan anda.

Dia akan ‘Memanusiakan’ anda
Pengalaman masa lalunya mungkin telah banyak mendidik tentang apa yang harus diberikan pada suami dan bagaimana dia membuat seorang lelaki benar-benar memainkan peranannya di rumah tangga. Hal ini akan dapat dilihat pada kebebasan dan ruang yang cukup untuk anda menjadi seorang suami yang semestinya. Terlebih lagi dia akan mengajarkan banyak pelajaran hidup dalam membina rumah tangga.

Selain itu, peranan seorang isteri bagi dia akan lebih sempurna lagi. Sebab tentunya dia tidak ingin gagal untuk kali kedua dalam menjadi seorang isteri. Bukankah itu menarik?

Memiliki pengalaman membesarkan anak
Membesarkan seorang anak jelas bukan mudah. Perlu pengalaman, kesabaran, dan ketelitian. Bagi seorang ibu tunggal, membesarkan seorang anak bukan perkara mudah. Namun pengalaman akan mendewasakan dia dan akan membuatnya lebih enjoy lagi ketika melahirkan anak kedua bersama anda.

Janda tidak manja
Biasanya, watak seseorang memang sedikit banyak dibentuk oleh keadaan. Seorang ibu tunggal mampu melakukan pelbagai perkara sendirian. Pergi kemana pun sendiri tanda ditemani oleh sesiapa.

Yang menjadi titik penting bagi anda adalah dia boleh mengurus dirinya sendiri ketika anda meninggalkannya untuk bekerja. Anda tidak perlu bimbang kerana dia tidak akan manja dan menyusahkan anda.

Dia tahu apa erti kebahagiaan dalam rumah tangga
Ketika seorang wanita memutuskan bercerai dari perkahwinan pertamanya, tentu tidak mudah. Biasanya hal itu dicetuskan oleh kurangnya kebahagiaan dalam rumah tangga. Tentu dia akan sangat menghargai itu ketika berkahwin untuk kali kedua dengan anda. Dia akan sangat mengutamakan keharmonian rumah tangga, peranan seorang isteri yang baik, serta tidak akan banyak pertengkaran di dalam rumah.

Ini akan menjadi titik untuk anda yang mahukan rumah tangga yang harmoni. Dia sudah cukup mengetahui selok-belok dan liku-liku rumah tangga.

Tidak mudah cemburu
Dia tahu, dia sedar bahawa dirinya seorang janda yang sudah mempunyai anak. Namun anda malah memilih dia untuk dijadikan pendamping hidup. Dia akan menilai anda sebaga lelaki yang tidak semata-mata melihat wanita dari fizikal.

Sumber: Terselubung.in  

Kredit : aliffchannel



Sakitnya Hati Apabila Mencintai Orang Yang Telah Dimiliki...Adakah Aku Bertepuk Sebelah Tangan

28 Apr 2022


Assalamualaikum...

Sy N..dari utara..usia awal 40an..dan belum berkahwin..mungkin belum sampai jodoh..

Awal thn 2017 sy ada bkenalan dgn seorg lelaki...awal 30an..pkenalan di wechat membawa kbahagiaan pd sy..bermula sbg kakak dan adik..akhirnya sy terpaut pd sikapnya..terus terang dia seorg yg xde rupa..tp hati dia baik..

Setiap hari kami sentiasa berhubung..indah dunia sy..adanya perhatian dari seorg lelaki...setiap ms dia ada dgn sy..wpun hanya dihujung talian..kami xpernah berjumpa...sbb dia di selatan..

1 hari tergerak hati utk stalk fb dia..ternyata dia adalah suami org...dan disisinya seorg wanita yg cantik..dan anak2 yg comel...hancur hati sy kala itu...sy ingatkan dia bujang...sy screenshot fb dia..sy send kat dia..akhirnya dia mengaku..dia suami org..namun dia x bahagia..isteri dia x melayan dia..dan biarkan dia sepi..x hormat pada dia sbg suami..x hormat pada ibu bapa dia sbg mertua..prkahwinan mreka sudah masuk 8thn..isterinya hanya tumpu pada rumahtangga dan anak2 sj..

Kami merancang utk membina singgahsana bersama...dan sy sanggup ikut dia ke tempat dia..menjaga org tuanya dan anak2 nya...dan sy nyatakan seandainya kami berkawin..sy mau anak2 dia dgn sy..sy mampu jadi isteri dan ibu yg baik demi rumahtangga kami yg bakal dibina...

Ckup 3 bulan hubungan kami..sy diberitahu..hbgn kami telah diketahui oleh isterinya..ini kerana isteri dia jumpa gambar sy dlm phone dia..sy menyatakan sy ingin truskan hbgn kami..wpun hanya di telefon..sy xnak berpisah dgn dia..namun dia menegaskan dia memilih isteri dia dr sy...hancur hati sy...namun sy x putus asa..sy tetap menghantat text...tetap berkasih syg sperti selalu..namun balasan dr dia ternyata sinis..sy tau pasti isteri dia yg balas..lama2 segala talian utk menghubungi dia di block..sy try hubungi dia..namun hampa..

Semasa bday dia..sy masakkan sedap2..sgala kesukaan dia..sy post di wechat..sy tau dia akan tgk..tp xde 1 blasan pun dr dia..hari raya sy post baju yg sama warna..seperti yg dia rancang bersama isteri dia..namun bila tiba waktunya sy tgk mereka pakai baju kaler lain..bila birthday anak dia..sy wish bagaikan itu anak sy...sy msk sdap2...tp bila sy stalk fb dia n bini dia..ternyata mereka celebrate di restoran mewah..

Baru2 ni sy stalk fb isteri dia..dia buat sesuatu yg istimewa utk isteri dia..hancur hati sy..tp sy tau..sbnrnya dia buat utk sy..dia saja mengaburi isteri dia..sy terus buat ape yg dia buat utk isteri dia..agar sy dpt merasai perasaan yg dirasai oleh isteri dia..sy tahu perkahwinan mereka hanya sekadar hipokrit..mereka hanya skadar menunjuk kebahagiaan..padahal mereka x bahagia pun...

Masuk hari ni hampir 3 bulan dia langsung x menghubungi sy..sy hanya mampu stalk fb dia sj..tp itupun da xde public dr mereka..mungkin mereka tau sy stalk..sbb slama ni pun wife dia xpernah public ape2 di fb..cuma skrg je..sy jadi benci cemburu bila kwn2 mereka memuji kecomelan anak mereka yg mcm jepun dan korea...tp sy tau..ahli syurga mcm sy xperlu rasa cemburu...utk ape menayang rupa utk tatapan umum..

Hari2 sy luahkan perasaan sy di wechat..berharap dia baca segalanya...hati sy hancur dgn ape yg dia buat..sy slalu menyatakan sy sudah ada yg lain..tp sdikitpun xde respon dr dia..selalu sy menyindir isteri dia..pun xde respons dr wife dia..sakit hati sy bila diperlakukan mcm ni..

Tolong jgn kecam sy..sy perlukan kata2 yg boleh buat sy tenang...


Pandai-pandailah Nak Melepaskan Diri Dari Jerat Cinta Lelaki Tua

22 Apr 2022

 



APABILA membaca e-mel yang dihantar oleh Ezora dan berbual dengan beliau di telefon pasal bercinta dengan orang tua membuatkan saya teringat kembali kepada e-mel yang pernah dihantar oleh Puan Fifi awal Februari yang lalu.Kata-kata atau pandangan Fifi begitu sinis dan amat tajam sindirannya. Namun yang pedih itu memang sakit, tetapi ia adalah ubat dan lebih merupakan ingatan kepada kaum wanita sejenisnya, ingatan beliau lebih kurang begini; ``kaum wanita kalau tak berilmu dan tidak beriman, maka jadilah mereka golongan yang amat bodoh dan akan hidup dalam kecelakaan. Dan hidup mereka lebih menderita hingga ke akhir hayat. 

``Sebagai contoh kalau bercinta dengan lelaki tua, memang payah nak diubati. Kalau dah tersangkut payah nak lepas. Kalau terlepas pun parutnya payah sembuh, dan anda akan tercap dengan pelbagai bekas penyakit seperti parut kudis, panau, kurap ataupun kayap.``Begitulah buruknya atau kesan yang ditinggalkan kalau anda menghambakan diri bercintai dengan lelaki tua. Melalui pengalaman saya sendiri saya pernah cuba diganggu oleh lelaki yang 12 tahun lebih tua daripada saya. Pelbagai cara saya berusaha untuk melepaskan diri. Memang payah tetapi saya bersyukur kerana terlepas juga akhirnya. 

``Saya tak nafikan ramai gadis yang gagal. Macam pengalaman yang saya lalui semakin saya cuba jauhkan daripada cengkamannya, semakin kuat saya dicekik. Tapi saya pula jadi wanita lebih kuat beriman dan lebih berilmu. Semakin digoda saya jadi lebih lekat di tikar sembahyang, ingat dosa dan pahala, di samping risiko buruk dan baiknya. Semua ini membuatkan saya menjadi semakin insaf tentang hidup ini.``Bayangkanlah betapa mewahnya hidup anda kalau menerima golongan tua ini jadi kekasih, anda akan sentiasa diumpan dengan kemewahan dan kesenangan. Dan inilah puncanya ramai gadis mengaku kalah apabila tidak terdaya menolak desakan demi desakan, serta lempahan kemewahan lelaki tua ini. 

``Tidak dinafikan ada juga kalangan wanita yang telah bersuami bertindak meninggalkan suami mereka, semata-mata bila suami sendiri tidak mampu menyediakan segala kemewahan itu. Ketika itu cuma iman yang tertanam di jiwa sahaja yang akan dapat mengatasi segala dugaan. Insya-Allah.``Apa yang menyelamatkan saya ketika bersua dengan keadaan itu ialah, saya bertanya diri sendiri apa ada pada kemewahan? Bukankah kehidupan yang abadi di akhirat kelak menjadi idaman setiap insan?``Bagi saya bila kita tak cukup iman dan ilmu di dada, maka mudahlah syaitan merasuk dan menghasut umat Islam menjadi pengikutnya. Bukankah syaitan telah bersumpah di hadapan Allah akan menyesatkan seberapa banyak umat Nabi Muhammad. 

Dan sedarlah wahai saudara sejenisku, indah bercinta hanya sementara, nikmat dunia takkan kekal selamanya.'' Demikian cerita Fifi tentang pengalamannya. Cerita Ezora pula begini, dia juga pernah jatuh cinta dengan suami orang. Bukan sekali tapi sudah tiga kali. Katanya tak tahulah apa nasibnya, setiap kali jatuh cinta, lelaki itu mengaku bujang, selepas diselidik barulah pecah tembelang dia dah kahwin.``Emak saya pernah mengingatkan sebelum datang bekerja di KL dahulu. Katanya, jangan kahwin suami orang, mula saja kita senang, akhirnya hidup kita sengsara. Emak tak banyak bagi contoh, tetapi dengan banyak membaca saya faham apa maksudnya. 

Ialah siapa tak tahu bila hidup bermadu, dan tak semua lelaki tersebut hidup senang, mereka cuma sanggup melabur beribu ringgit pada peringkat awal sahaja, tetapi bila dah dapat apa yang dihajati, dia akan tinggalkan kita.``Pengalaman pertama saya bercinta dengan lelaki berusia 30 tahun, fikir saya belum kahwin, rupa-rupanya ada dua orang anak, lelaki kedua juga ada dua orang anak, tapi baru berusia 28 tahun. Lelaki ketiga dah ada empat orang anak baru berusia 32 tahun. Siapa sangka mereka dah kahwin, masih muda lagi. Mereka tak puas hidup bujang, nak enjoy sendiri, lepas tu malas nak fikir tentang tanggungjawab di rumah, malas nak duduk rumah berselimut dengan anak-anak. Nak bebas! Free!

``Memang mereka tak banyak duit, tetapi mula-mula kenal cakap saja di mana nak keluar makan, semua ok, pasal hadiah tak usah nak cakaplah. Lepas setahun, baru kita nampak color mereka yang sebenarnya, bila rahsia dah terbongkar. Mulalah nak meminjam duit kita. Boleh belahlah kita nak bagi!``Setelah saya fikir dan kaji saya pun pelik mengapa orang dah berkahwin sahaja suka pada saya, yang bujang-bujang tak nampak batang hidung. Saya bukan memilih sangat, tetapi itulah kenyataannya, memang golongan lelaki yang seangkatan saya ini memang kurang sangat, boleh dikatakan kalaupun ada mereka tak berani nak dekat saya.

``Saya bukan bergaya mewah, cuma mereka mendakwa saya high taste. Sebenarnya tidak. Takkan saya nak tunjuk murah sangat, atau ketawa, tergelak dan tersenyum tak memasal macam orang tak cukup akal. Tetapi yang berani mendekati saya cuma suami orang. Mereka memang pandai jual temberang, menabur budi, memancing peluang.``Mereka tak segan silu menabur umpan mahal-mahal, asal hajat tercapai, bila kita dah berkawan lama barulah tahu siapa mereka. Lepas tu bila kita tinggalkan dia, mulalah mereka cap kita yang buruk-buruk, sebab itu kalau alang-alang semangat dan iman tak kuat kita tidak akan berani angkat kaki ucap selamat tinggal. 

``Tapi saya keras semangat, bila terbukti tak betul, saya tak bimbang ucap selamat tinggal, sebab saya tak rugi, yang melepas merekalah. Saya tak takut sebab saya selamat dan saya tahu jaga diri, saya tak rosak apa-apa.``Selepas tiga kali putus cinta, saya terperangkap dengan lelaki yang bukan sahaja manis mulut, tetapi jalankan taktik mengugut untuk mencapai matlamatnya.``Taktik ini saya rasa kaum wanita khususnya gadis-gadis mesti tahu dan mesti berani bertindak. Mula-mula taktik Zin, 50 tahun ini dia buat baik dengan saya dan bertanya, dia dapat tahu saya ini tengah frust sebab ditinggalkan kekasih. 

``Tapi saya nafikan saya kata, saya tinggalkan lelaki tersebut, namun dia tetap berkeras katanya tak ada wanita seberani saya, maklum zaman ini lebih ramai wanita tak kahwin berbanding lelaki. Lepas itu dia pun setuju dengan kata-kata saya setelah saya menerangkan sungguh-sungguh, ceritakan kegagalan saya bercinta.
``Tak lama lepas tu dia serkap jarang katanya, dia kenal kekasih saya terdahulu. Sebenarnya tidak. Tetapi oleh kerana saya masih mentah, saya pun mengakulah, benar dengan lelaki yang dia serkap jarang tu. Mulalah dia korek rahsia. Mulalah main cerita serkap jarang. Setelah berbual beberapa kali baru saya sedar dia ni main serkap. 

``Lepas tu dia berani hantar bunga pada saya, katanya itu hadiah kerana nak minta maaf sebab serkap jarang, tuduh saya sembarangan. Tetapi masih berkeras konon dia kenal kawan lama saya. Bila saya nafikan, sekali lagi dia hantar bunga ros. Hantar di pejabat tentulah ramai yang terkejut. Jadi elok-elok saya nak dapat peluang berkenalan dengan orang baru, dia sekat dengan buat serkap jarang dan menghantar bunga seperti itu.``Faham sajalah orang Melayu kita, walau setinggai mana pelajarannya, tetapi bila sampai bab hantar bunga ini mulalah otak jadi kelabu. Mula bercerita yang buruk-buruk. Lebih teruk lagi lepas hantar bunga Zin telefon pejabat saya tanya kawan pejabat nampak tak bunga yang di hantarnya. Lepas tu suruh teka siapa yang hantar bunga tu. 

``Dari situlah dia mula korek kisah hidup saya dan mula bertanya dah berapa kali saya putus cinta. Yang perempuan mulut tempayan di pejabat saya ni memang seronok sangat bercerita pasal memburukkan orang lain. Bila main teka-teka di telefon inilah banyak cerita saya di pejabat terbongkar tanpa saya sedari.``Semakin saya larang hantar bunga, setiap Isnin bunga baru terletak atas meja saya. Mungkin pada orang lain tak jadi hal, tapi saya malu. Lepas tu dah jadi hobinya telefon orang lain dulu sebelum bercakap dengan saya. Bila cerita seperti ini dah tersebar luas di pejabat tentulah tak ada lelaki berani dekati saya, apalagi nak berkawan. Mereka mula mendakwa saya memilih orang kaya. Zin benar-benar menghancurkan hidup saya. 

``Akhirnya yang tak ada pun jadi macam ada. Zin menjadi semakin berani menghantar lebih banyak hadiah, jadi macam mana orang tak percaya. Kalau alang-alang iman boleh hancur kita dibuatnya. Pasal ajak keluar makan malam ini memang dah jadi cerita biasa, Zin tak pernah bosan atau jemu mengajak keluar makan.``Oleh kerana saya sering melarang dia menghantar bunga, maka dia berjanji tidak akan hantar bunga lagi kalau saya keluar makan malam dengan dia, sekali pun jadilah. Saya pun patuhlah. Nak jadikan cerita dia bawa kawan-kawannya makan sama. Dan perkenalkan saya sebagai temannya. Mendidih darah saya, tapi apa nak kata, kita orang Melayu masih tak berani memalukan orang di khalayak. 

``Esoknya heboh cerita saya keluar makan malam dengan Zin. Puncanya daripada Zin sendiri, dia telefon kawan pejabat tanya saya dah datang atau belum konon nak tanya, sama ada saya nampak atau tidak telefon bimbitnya hilang selepas makan malam. Sebenarnya telefonnya tak hilang tapi dia sengaja nak bagi tahu saya keluar makan malam dengan dia. Sakitnya hati. Lepas tu kawan-kawan mulalah mengusik kita.``Akhirnya sebagai manusia saya jadi keliru, daripada dimalukan begitu, akhirnya saya mengaku kalah. Selalulah kami keluar makan malam, waktu itu saya dah nekad kalau dia nak ajak kahwin pun saya tak terdaya nak membantah. Hati saya jadi lebih lemah bila peribadi saya diperbodohkan seperti ini. 

``Tapi akhirnya saya bernasib baik juga bila keghairahan Zin memikat saya terbongkar kepada pengetahuan isterinya. Dan peristiwa inilah yang tak sedapnya, saya menjadi sasaran maki hamunnya, sedangkan Zin terlepas. Kerana tak tahan dihina saya perangkap Zin, pada hari yang ditetapkan Zin mengajak saya makan, di situlah baru isterinya sedar yang suaminya memang miang. Tapi saya tetap menjadi sasarannya.``Bagaimanapun nama saya sudah buruk digelar penggoda suami orang, nak runtuhkan masjid dan macam-macam gelaran lagi. Tetapi sedarkah mereka tidak sedikit pun tertanam dalam hati saya sejak awal lagi hendak merosakkan rumah tangga orang lain. Saya benar-benar menjadi mangsa manusia tak bertanggungjawab yang hendak merosakkan masa depan saya dengan mengadakan pelbagai fitnah. 

``Tapi macam biasalah siapa nak percaya cakap saya. Mulalah nama saya dikait-kaitkanÊ bercinta dengan suami orang terdahulunya. Kalau diikutkan hati mahu saya serang mereka balik, tetapi apa gunanya kalau memburukkan nama saja. Akhirnya saya berbincang dengan emak saya, keputusan diambil untuk bertukar kerja ke tempat lain di negeri saya sendiri. Untungnya saya kakitangan kerajaan, kalau tidak saya mati beragan.``Malangnya kini umur pun dah meningkat saya masih belum mendapat calon yang sesuai, selain daripada suami orang. Namun saya tak tahulah berapa lama saya boleh bertahan, saya cuma berdoa hati saya tidak berubah. Cuma satu permintaan saya jangan mudah mengecap wanita suka menggoda suami orang, sebenarnyalah, suami oranglah yang suka menggoda gadis-gadis dan kaum wanita.'' Demikian cerita Ezora. 

Jadi kalau ada kalangan isteri yang mengamuk suami mereka tersangkut dengan gadis lain, cuba lihat perangai suami anda. Jangan menyerang gadis itu melulu, siasat dulu. Sebab kalau tersilap, kerana sakit hati, ada gadis yang bersedia jadi madu anda, semata-mata kerana sakit hati. Balas dendam, sedangkan dia tak berminat.Pendek kata jangan puji suami anda melangit, dan memaki hamun gadis lain, siapa tahu suami anda yang memulakan langkah. Jadi siasat sebelum tangkap. - Maimunah.

Kredit : dcckmonaum@hotmail.com

Kredit : UtusanMalaysia


Susuk Hanyalah Sihir Mata. Jangan Mudah TERTIPU !

11 Mar 2022

KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.  Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri.

"Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa.  "Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan," kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Ungkap Abdul Rahman lagi, selain kecantikan seseorang itu memakai susuk untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian malah, ada juga yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat. Walaupun ada antara kita tahu bahawa susuk dilarang dalam Islam namun, masih ada yang khilaf mengenainya kerana terlalu mengikut nafsu duniawi untuk cantik. Lebih menyedihkan ada yang percaya susuk boleh dipakai selepas bertemu dengan bomoh yang menggunakan potongan ayat al-Quran sedangkan hakikatnya ia hanyalah untuk menutup ilmu hitam mereka.

"Benda-benda sebegini syirik semuanya walaupun menggunakan ayat al-Quran. Kaedah memasukkan susuk ayat ini dilakukan dengan membacakan beberapa potong ayat al-Quran beberapa ribu kali pada air kemudian dibasuhkan pada muka, ia seolah-olah memasukkan susuk tersebut ke dalam wajah," katanya.

Tambahnya, antara ayat-ayat yang biasa digunakan untuk susuk ayat ialah Surah Yusuf, ayat 4 yang dibacakan sebanyak 4,444 kali untuk kecantikan, manakala untuk tujuan kuat atau kebal pula dibacakan Surah Al-Hadid sebanyak 1,000 kali.

"Semua ini amalan syaitan walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran. Susuk diharamkan kerana dua perkara iaitu ada unsur penipuan yang dipanggil gharar dan ada unsur mengubah ciptaan Tuhan walaupun dengan mata kasar kita tidak dapat lihat fizikalnya berubah.

"Orang yang banyak membaca al-Quran, mukanya akan nampak berseri disebabkan amalan tersebut dan ia berbeza dengan susuk ayat kerana susuk ayat mempunyai bacaan ayat-ayat khusus untuk mencantikkan diri dan ini dilarang Islam disebabkan ada pendustaan serta gharar," katanya.


Berunsur pemujaan

SUSUK sering dipakai di wajah, dada atau kemaluan untuk tujuan kecantikan, sedangkan hakikatnya si pemakai didampingi jin yang mengubah bentuk wajah manusia.

Ditanya sama ada susuk yang dimasukkan itu sekadar material sahaja atau mempunyai 'penjaganya', Abdul Rahman memberitahu bahawa pemakaian susuk itu adalah sesuatu yang berbentuk pemujaan.  "Ia akan menyeru jin-jin yang akan berdamping dengan si pemakai. Jin inilah yang akan mengubah wajah secara spiritual bentuk wajah.

"Orang bukan tengok wajah si pemakai tetapi, melihat jin yang berada di sekitar kawasan muka si pemakai kerana jin mampu mengubah bentuk seseorang," jelasnya sambil memberitahu susuk merupakan sihir mata dan biasanya si pemakainya tergolong dalam orang yang melakukan maksiat.

Menurutnya, susuk merupakan amalan sihir yang dipelopor pada zaman Firaun atau lebih tepat ia mula tercipta pada zaman kerajaan Firaun lagi. "Apabila turunnya ayat sihir di Babylon, orang Yahudi mengambil ayat-ayat sihir itu untuk dijadikan amalan. Maka, amalan-amalan sihir ini dipelajari oleh orang Firaun apabila orang Israel pergi ke Mesir.

"Ia berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Jenis susuknya sama, cuma amalan susuk ini disesuaikan di setiap generasi. Contohnya, pengamalan dan bahan yang digunakan sama tetapi, disesuaikan dengan keadaan semasa serta tujuannya. Walaupun susuk dipakai untuk pelbagai tujuan namun, ia paling kerap disinonimkan dengan kecantikan atau sebagai pemikat.


Betis memukau

Lina (bukan nama sebenar), 42, mula memakai susuk emas dan berlian ketika usianya 14 tahun. "Ibu mengesyorkan saya memakai susuk sedangkan saya tidak tahu kegunaan dan untuk tujuan apa. Susuk emas diletakkan di betis, manakala susuk berlian di kening," katanya yang nekad membuang susuk kerana seringkali mengalami mimpi ngeri dan tidak boleh tidur malam.

Menceritakan betapa hebatnya penangan susuk tersebut, mana-mana lelaki yang melihat betis Lina akan mengikutnya hingga ke rumah. "Kini, saya sudah insaf dan menasihatkan agar orang di luar sana terutamanya wanita supaya tidak terjebak dalam pemakaian susuk kerana kesannya akan tiba apabila meningkat usia selain berdosa," ujarnya.


Kemaluan bernanah

Seorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita. "Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun.

"Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan," katanya.

Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.

Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir. "Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah.

"Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut," ujarnya. Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai.

"Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain.

"Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun," katanya.

Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi.


Kredit :  www.kosmo.com.my
          1-kisah



Baik Atau Buruk Pensyarah Bercinta Dengan Pelajar

28 Dec 2021


MENARA gading, satu-satunya lokasi pelbagai fungsi. Tempat menuntut ilmu, percambahan idea, perubahan kematangan diri, karakter dan ada juga yang bertemu jodoh.

Tidak menjadi isu serius jika ia melibatkan kalangan penuntut sesama mereka, namun agak luar biasa apabila ada yang mula menyimpan angan-angan untuk menjadi teman setia kepada pensyarah, tidak kira pensyarah wanita mahupun lelaki.

Jika meletakkan ia adalah ketentuan ALLAH, maka kita akur, tetapi bukankah bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi?

Elok juga memandang positif hal ini sebagai panduan pada masa hadapan. Beberapa pandangan bernas daripada pensyarah kanan berpengalaman kami tampilkan untuk mengisi kupasan Isu Kampus minggu ini. Pandangan berbeza juga dilahirkan daripada kaca mata siswa-siswi melalui pengalaman rakan-rakan yang menaruh minat kepada pensyarah mereka.

Ikuti kupasan lanjut daripada Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Mohd Faisol Ibrahim, Pensyarah Kanan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Areej Torla, Pegawai Psikologi Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak, Che Manisah Che  Mohd Yusof, penuntut Fakulti Kejuruteraan Kimia, Bukit Besi, Terengganu, Nor Aqilah Muhamad Nasir dan Muhammad Iman Firdaus Rosly, serta penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Mohamad Yusri A.Rahman.

Perlu sedar tanggungjawab masing-masing

Senario ini memang wujud di persekitaran kampus sejak dahulu lagi tetapi dalam jumlah amat sedikit. Pengalaman saya bekerja dengan majikan lama dahulu hampir 10 tahun, memang ada penuntut yang masih belajar dan baru habis belajar berkahwin dengan pensyarah.

Ada juga baru tamat pengajian berkahwin dengan kakitangan selain pensyarah. Dalam erti kata lain, perkara ini memang wujud cuma dalam jumlah amat sedikit dan terpencil.

Jika diperhalusi faktor terdekat perkara ini berlaku adalah kerana kekerapan bertemu antara penuntut dan pensyarah, sama ada dalam dewan kuliah, bilik tutorial, perbincangan dalam kumpulan atau kerja individu.

Kekerapan bertemu ini akan mendedahkan mereka kepada bibit-bibit kasih sayang kerana masa yang panjang akan menyebabkan masing-masing mula rasa serasi, rapat, dan mesra.

Ini kerana setiap manusia yang diciptakan ALLAH SWT mempunyai nafsu untuk berpasang-pasangan dan berkahwin. Maka, ruang dan peluang yang wujud di kampus ini akan digunakan oleh mereka yang meletakkan kampus sebagai satu alternatif mencari pasangan hidup.

Semaian kasih sayang antara pensyarah dengan penuntut boleh berlaku dalam situasi penuntut itu mengikuti mata pelajaran yang diajar pensyarah terbabit dan juga boleh berlaku dalam situasi penuntut tersebut tidak pernah mengikuti mata pelajaran yang diajar pensyarah terbabit.

Kebiasaannya pihak universiti tidak menggalakkan pensyarah mengahwini penuntut semasa masih dalam pengajian. Ini kerana tugas penuntut ialah menimba ilmu sehingga berjaya, manakala pensyarah adalah pembimbing agar apa yang disampaikan mampu memberi manfaat dan nilai tambah kepada penuntut.

Selain itu perkara yang paling dibimbangi pihak universiti ialah berlaku kebocoran soalan, skema jawapan, pilih kasih memberi markah, tidak telus menilai markah dan sebagainya kepada pasangan. Jika ini berlaku, ia adalah kesalahan serius dalam dunia akademik.

Selain itu pihak universiti juga bimbang tentang keupayaan seseorang penuntut yang berkahwin dan mempunyai banyak komitmen, di samping belajar dalam keadaan berhutang, mampukah mereka habiskan pengajian? Jika mampu menghabiskan pengajian sekali pun, berapakah nilai PNGK yang diperoleh dan apakah kelas ijazah yang bakal diperoleh nanti sama ada kelas satu kepujian, kelas dua tinggi, kelas dua bawah atau kelas tiga?

Sekiranya wujud situasi pensyarah bertemu jodoh dengan penuntut yang mengambil subjek yang diajar oleh beliau, maka ketelusan sebagai seorang ahli akademik dalam menilai markah perlu diperjuangkan dan diberi keutamaan tanpa  prejudis dan memilih kasih, sekali pun pasangan pensyarah itu memperoleh markah yang kurang baik.

Sebaliknya jika wujud situasi pensyarah bertemu jodoh dengan penuntut yang bukan mengambil subjek yang diajar, tatasusila sebagai seorang ahli akademik masih perlu dijaga, di samping adab-adab sebagai seorang Islam.

Malah, jika jodoh perkahwinan semasa di kampus tidak dibajai dengan nilai-nilai Islam, dikhuatiri mewujudkan dosa, fitnah dan sebagainya. Penuntut pula berkemungkinan tidak menjaga adab dan tatasusila, timbul masalah bebas ponteng kelas, mendapat markah yang tinggi walaupun kerja tidak disiapkan, berbangga dan riak dengan rakan kuliah kerana pasangan seorang pensyarah.

Pensyarah pula berkemungkinan lebih memberi tumpuan kepada pasangannya dalam kelas sehingga mengabaikan penuntut lain, pembahagian markah tinggi kepada pasangannya tanpa justifikasi yang logik dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun kita harus membuang mentaliti bahawa perkahwinan merupakan satu halangan dalam pelajaran, sebaliknya jadikan ia sebagai satu proses mematangkan seseorang penuntut terhadap tanggungjawab, di samping menganggap jodoh di kampus merupakan pemangkin mencipta pahala berganda untuk ke syurga.
- Dr. Mohd Faisol Ibrahim - Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia


Jika boleh elakkan

Saya tidak pernah menyimpan perasaan dengan mana-mana pensyarah mahupun mereka yang bergelar guru. Bagi saya golongan ini sangat dihormati dan tidak layak untuk menyimpan perasaan apatah lagi berkeinginan untuk mengahwini individu yang bergelar sifu.

Cuma suka saya kongsikan pengalaman rakan satu kampus yang begitu menaruh minat pada pensyarah kami. Tidak dinafikan personaliti pensyarah itu begitu cantik, cukup sempurna untuk kami anggap sebagai ratu di kampus.

Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja kata-kata pujian yang diberikan, malah apa sahaja topik tentang kecantikan pasti nama pensyarah terbabit dikait bersama.

Pada mulanya, kelakuan dia yang suka memuji itu tidak disedari, tetapi agak keterlaluan bila dia menghantar surat sebagai secret admire dan memuji pensyarah terbabit sehingga menimbulkan rasa kurang senang oleh pensyarah tersebut.

Sebagai kawan, saya cuba nasihat agar dia lebih realistik, sedar akan kedudukan, jarak umur, dan fokus utama adalah menuntut ilmu. Tindakan sebegitu juga akan menjatuhkan maruah sendiri, juga nama baik keluarga kerana pensyarah berkenaan sudah berkahwin.

Bagi saya, bercinta dengan pensyarah jika boleh elakkanlah. Kita harus sedar minat dengan ilmu yang mereka ajar lebih bermanfaat daripada menaruh hati kepadanya.

Namun jika kedua-duanya masih solo dan keadaan mengizinkan, tidak menjadi masalah, tetapi perlu mendapat restu keluarga dan disenangi ramai.

- YUSRI ABD RAHMAN - Penuntut Polimas

Kawal diri pujuk emosi

Keakraban antara penuntut dan pensyarah mesti ada batasnya. Mereka perlu jaga tingkah laku agar mengekalkan budaya hormat kepada guru, golongan yang mengajar dan memberi ilmu kepada mereka.

Saya tidak pernah berdepan dengan situasi rakan-rakan bercinta mahupun berkahwin dengan pensyarah. Pendirian saya, mereka wajib sedar sebelum lebih parah kerana perkara ini melibatkan perasaan.

Ia dikhuatiri menjurus kepada dendam dan kecewa jika cinta tidak berbalas. Ia juga akan mendatangkan kesan buruk, seperti gagal dalam peperiksaan dan malas belajar kerana mungkin harapan sudah musnah.

Tidak salah mempunyai secret admire, kerana minat mungkin kita akan rasa lebih bermotivasi untuk sama-sama mengejar kejayaan seperti pensyarah, terutama dalam bidang yang diajar.

Namun tidak sesuai menaruh perasaan jika sedar pensyarah terbabit sudah punya keluarga. Konflik lebih besar pasti berlaku, sedangkan sebagai mahasiswa kita tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Perbuatan seperti mengajak pensyarah bertemu empat mata juga harus dielakkan. Bawalah kawan untuk elak fitnah, jangan terlalu pentingkan diri sendiri untuk mencipta laluan mudah kepada fitnah walaupun mengadakan perbincangan di tempat terbuka.

Saya tidak meletakkan kesalahan sekiranya pensyarah berhias ketika mengajar. Itu satu keperluan bukan sahaja untuk tampil menarik di hadapan anak didiknya, tetapi juga khalayak.  Malah, sesuai dengan tugas mereka yang mendidik agar sentiasa menjaga keterampilan diri.

Pada hemat saya, jika ada yang menyimpan angan-angan seperti ini, elok kaji dahulu dan muhasabahlah diri.

- MUHAMMAD FIRDAUS IMAN ROSLY
Penuntut UiTM



Siswa dan pensyarah dua kelompok berbeza  

siswa datang dan berterus-terang nyatakan minat pada saya, memang tidak ada, tetapi bila saya ke akaun media sosial, ada bait-bait yang ditujukan kepada saya. Selalunya pelajar perempuan akan menjadi infomer.

Sudah menjadi lumrah, apabila tampil dengan personaliti tersendiri, ada yang  memuji, namun saya anggap itu pujian biasa daripada seorang anak murid kepada gurunya.

Mula mengajar seawal usia 30, jadi waktu itu saya berdepan dengan anak didik yang jarak umurnya dalam lapan ke 10 tahun, jadi situasi ini di bawah sedar saya.

Personaliti saya yang sering berfikiran terbuka dan out going juga menjadikan mereka mudah mendampingi saya. Namun saya lebih suka terus-terang kerana ketika mula mengajar saya telah pun berkahwin.

Pendapat saya, tidak sopan penuntut menjalin hubungan dengan pensyarah. Ini akan memberi kesan sama ada ke atas emosi mahupun akademik.

Mereka mungkin mudah hilang fokus, manakala pensyarah pula berkemungkinan besar hilang hormat daripada siswa-siswi yang lain. Ia tidak salah jika itu jodoh mereka, namun cuba elakkan, kecuali sudah tamat pengajian.

Penuntut juga tidak patut menyimpan perasaan sebegitu sekali pun pensyarah itu mempunyai ciri-ciri lelaki atau wanita idaman mereka. Harus diakui, penuntut dan pensyarah adalah dua kelompok berbeza.

Perlu lebih persediaan fizikal dan mental bagi yang berperasaan sebegitu. Perlu kembali pada niat asal, menara gading adalah tempat menuntut ilmu, namun tidak salah untuk mencari pasangan jika kena pada tempatnya. 

- DR AREEJ TORLA
Pensyarah Kanan/Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang UIAM



Utamakan pelajaran dahulu

Senior saya pernah menaruh perasaan kepada pensyarah yang jarak umur 10 tahun lebih tua daripadanya. Cintanya tidak berbalas, akibatnya dia jadi murung. Kami sedar perubahan itu kerana dia seorang yang ceria.

Sebagai rakan sebilik, kami simpati dengan nasib menimpanya, lagipun awal-awal lagi pensyarah itu tidak layan dia, apatah lagi memberi harapan. Tetapi dia berdegil dan sikap itu akhirnya memakan dirinya sehingga menyebabkan dia tidak bersemangat untuk ke kelas.

Pada pendapat saya, sebagai penuntut, kita harus tanam kesedaran untuk lebih menuntut ilmu. Mungkin tidak salah meminati pensyarah, lagipun pada masa kini, ada yang sudah berjawatan itu seawal usia 30an. Di kampus saya ketika ini pun, kami menerima tunjuk ajar daripada tenaga profesional yang muda-muda.

Tidak timbul soal untuk minat lebih-lebih kerana pensyarah sepatutnya dihormati. Untuk memastikan perkara ini adil bagi kedua-dua belah pihak, pensyarah perlu tegas ketika sesi memperkenalkan diri.

Terus-terang jika nampak perubahan pada anak didik, sama ada di bawah bimbingan mereka mahupun yang belajar bidang lain. Ini juga boleh mengelakkan daripada pandangan serong dan membersihkan imej masing-masing.  

Bagi saya banyak kesan buruk ke atas penuntut jika suka menaruh hati pada pensyarah. Pada usia seperti ini, buatlah pilihan bijak dengan belajar dahulu sehingga mencapai apa yang dihajati, sekali gus membahagiakan hati ibu bapa.

- NOR AQILAH MUHAMAD NASIR
Penuntut UiTM

Kredit  : SinarHarian


 

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.