SLIDER

duda
Showing posts with label duda. Show all posts

Pandai-pandailah Nak Melepaskan Diri Dari Jerat Cinta Lelaki Tua

22 Apr 2022

 



APABILA membaca e-mel yang dihantar oleh Ezora dan berbual dengan beliau di telefon pasal bercinta dengan orang tua membuatkan saya teringat kembali kepada e-mel yang pernah dihantar oleh Puan Fifi awal Februari yang lalu.Kata-kata atau pandangan Fifi begitu sinis dan amat tajam sindirannya. Namun yang pedih itu memang sakit, tetapi ia adalah ubat dan lebih merupakan ingatan kepada kaum wanita sejenisnya, ingatan beliau lebih kurang begini; ``kaum wanita kalau tak berilmu dan tidak beriman, maka jadilah mereka golongan yang amat bodoh dan akan hidup dalam kecelakaan. Dan hidup mereka lebih menderita hingga ke akhir hayat. 

``Sebagai contoh kalau bercinta dengan lelaki tua, memang payah nak diubati. Kalau dah tersangkut payah nak lepas. Kalau terlepas pun parutnya payah sembuh, dan anda akan tercap dengan pelbagai bekas penyakit seperti parut kudis, panau, kurap ataupun kayap.``Begitulah buruknya atau kesan yang ditinggalkan kalau anda menghambakan diri bercintai dengan lelaki tua. Melalui pengalaman saya sendiri saya pernah cuba diganggu oleh lelaki yang 12 tahun lebih tua daripada saya. Pelbagai cara saya berusaha untuk melepaskan diri. Memang payah tetapi saya bersyukur kerana terlepas juga akhirnya. 

``Saya tak nafikan ramai gadis yang gagal. Macam pengalaman yang saya lalui semakin saya cuba jauhkan daripada cengkamannya, semakin kuat saya dicekik. Tapi saya pula jadi wanita lebih kuat beriman dan lebih berilmu. Semakin digoda saya jadi lebih lekat di tikar sembahyang, ingat dosa dan pahala, di samping risiko buruk dan baiknya. Semua ini membuatkan saya menjadi semakin insaf tentang hidup ini.``Bayangkanlah betapa mewahnya hidup anda kalau menerima golongan tua ini jadi kekasih, anda akan sentiasa diumpan dengan kemewahan dan kesenangan. Dan inilah puncanya ramai gadis mengaku kalah apabila tidak terdaya menolak desakan demi desakan, serta lempahan kemewahan lelaki tua ini. 

``Tidak dinafikan ada juga kalangan wanita yang telah bersuami bertindak meninggalkan suami mereka, semata-mata bila suami sendiri tidak mampu menyediakan segala kemewahan itu. Ketika itu cuma iman yang tertanam di jiwa sahaja yang akan dapat mengatasi segala dugaan. Insya-Allah.``Apa yang menyelamatkan saya ketika bersua dengan keadaan itu ialah, saya bertanya diri sendiri apa ada pada kemewahan? Bukankah kehidupan yang abadi di akhirat kelak menjadi idaman setiap insan?``Bagi saya bila kita tak cukup iman dan ilmu di dada, maka mudahlah syaitan merasuk dan menghasut umat Islam menjadi pengikutnya. Bukankah syaitan telah bersumpah di hadapan Allah akan menyesatkan seberapa banyak umat Nabi Muhammad. 

Dan sedarlah wahai saudara sejenisku, indah bercinta hanya sementara, nikmat dunia takkan kekal selamanya.'' Demikian cerita Fifi tentang pengalamannya. Cerita Ezora pula begini, dia juga pernah jatuh cinta dengan suami orang. Bukan sekali tapi sudah tiga kali. Katanya tak tahulah apa nasibnya, setiap kali jatuh cinta, lelaki itu mengaku bujang, selepas diselidik barulah pecah tembelang dia dah kahwin.``Emak saya pernah mengingatkan sebelum datang bekerja di KL dahulu. Katanya, jangan kahwin suami orang, mula saja kita senang, akhirnya hidup kita sengsara. Emak tak banyak bagi contoh, tetapi dengan banyak membaca saya faham apa maksudnya. 

Ialah siapa tak tahu bila hidup bermadu, dan tak semua lelaki tersebut hidup senang, mereka cuma sanggup melabur beribu ringgit pada peringkat awal sahaja, tetapi bila dah dapat apa yang dihajati, dia akan tinggalkan kita.``Pengalaman pertama saya bercinta dengan lelaki berusia 30 tahun, fikir saya belum kahwin, rupa-rupanya ada dua orang anak, lelaki kedua juga ada dua orang anak, tapi baru berusia 28 tahun. Lelaki ketiga dah ada empat orang anak baru berusia 32 tahun. Siapa sangka mereka dah kahwin, masih muda lagi. Mereka tak puas hidup bujang, nak enjoy sendiri, lepas tu malas nak fikir tentang tanggungjawab di rumah, malas nak duduk rumah berselimut dengan anak-anak. Nak bebas! Free!

``Memang mereka tak banyak duit, tetapi mula-mula kenal cakap saja di mana nak keluar makan, semua ok, pasal hadiah tak usah nak cakaplah. Lepas setahun, baru kita nampak color mereka yang sebenarnya, bila rahsia dah terbongkar. Mulalah nak meminjam duit kita. Boleh belahlah kita nak bagi!``Setelah saya fikir dan kaji saya pun pelik mengapa orang dah berkahwin sahaja suka pada saya, yang bujang-bujang tak nampak batang hidung. Saya bukan memilih sangat, tetapi itulah kenyataannya, memang golongan lelaki yang seangkatan saya ini memang kurang sangat, boleh dikatakan kalaupun ada mereka tak berani nak dekat saya.

``Saya bukan bergaya mewah, cuma mereka mendakwa saya high taste. Sebenarnya tidak. Takkan saya nak tunjuk murah sangat, atau ketawa, tergelak dan tersenyum tak memasal macam orang tak cukup akal. Tetapi yang berani mendekati saya cuma suami orang. Mereka memang pandai jual temberang, menabur budi, memancing peluang.``Mereka tak segan silu menabur umpan mahal-mahal, asal hajat tercapai, bila kita dah berkawan lama barulah tahu siapa mereka. Lepas tu bila kita tinggalkan dia, mulalah mereka cap kita yang buruk-buruk, sebab itu kalau alang-alang semangat dan iman tak kuat kita tidak akan berani angkat kaki ucap selamat tinggal. 

``Tapi saya keras semangat, bila terbukti tak betul, saya tak bimbang ucap selamat tinggal, sebab saya tak rugi, yang melepas merekalah. Saya tak takut sebab saya selamat dan saya tahu jaga diri, saya tak rosak apa-apa.``Selepas tiga kali putus cinta, saya terperangkap dengan lelaki yang bukan sahaja manis mulut, tetapi jalankan taktik mengugut untuk mencapai matlamatnya.``Taktik ini saya rasa kaum wanita khususnya gadis-gadis mesti tahu dan mesti berani bertindak. Mula-mula taktik Zin, 50 tahun ini dia buat baik dengan saya dan bertanya, dia dapat tahu saya ini tengah frust sebab ditinggalkan kekasih. 

``Tapi saya nafikan saya kata, saya tinggalkan lelaki tersebut, namun dia tetap berkeras katanya tak ada wanita seberani saya, maklum zaman ini lebih ramai wanita tak kahwin berbanding lelaki. Lepas itu dia pun setuju dengan kata-kata saya setelah saya menerangkan sungguh-sungguh, ceritakan kegagalan saya bercinta.
``Tak lama lepas tu dia serkap jarang katanya, dia kenal kekasih saya terdahulu. Sebenarnya tidak. Tetapi oleh kerana saya masih mentah, saya pun mengakulah, benar dengan lelaki yang dia serkap jarang tu. Mulalah dia korek rahsia. Mulalah main cerita serkap jarang. Setelah berbual beberapa kali baru saya sedar dia ni main serkap. 

``Lepas tu dia berani hantar bunga pada saya, katanya itu hadiah kerana nak minta maaf sebab serkap jarang, tuduh saya sembarangan. Tetapi masih berkeras konon dia kenal kawan lama saya. Bila saya nafikan, sekali lagi dia hantar bunga ros. Hantar di pejabat tentulah ramai yang terkejut. Jadi elok-elok saya nak dapat peluang berkenalan dengan orang baru, dia sekat dengan buat serkap jarang dan menghantar bunga seperti itu.``Faham sajalah orang Melayu kita, walau setinggai mana pelajarannya, tetapi bila sampai bab hantar bunga ini mulalah otak jadi kelabu. Mula bercerita yang buruk-buruk. Lebih teruk lagi lepas hantar bunga Zin telefon pejabat saya tanya kawan pejabat nampak tak bunga yang di hantarnya. Lepas tu suruh teka siapa yang hantar bunga tu. 

``Dari situlah dia mula korek kisah hidup saya dan mula bertanya dah berapa kali saya putus cinta. Yang perempuan mulut tempayan di pejabat saya ni memang seronok sangat bercerita pasal memburukkan orang lain. Bila main teka-teka di telefon inilah banyak cerita saya di pejabat terbongkar tanpa saya sedari.``Semakin saya larang hantar bunga, setiap Isnin bunga baru terletak atas meja saya. Mungkin pada orang lain tak jadi hal, tapi saya malu. Lepas tu dah jadi hobinya telefon orang lain dulu sebelum bercakap dengan saya. Bila cerita seperti ini dah tersebar luas di pejabat tentulah tak ada lelaki berani dekati saya, apalagi nak berkawan. Mereka mula mendakwa saya memilih orang kaya. Zin benar-benar menghancurkan hidup saya. 

``Akhirnya yang tak ada pun jadi macam ada. Zin menjadi semakin berani menghantar lebih banyak hadiah, jadi macam mana orang tak percaya. Kalau alang-alang iman boleh hancur kita dibuatnya. Pasal ajak keluar makan malam ini memang dah jadi cerita biasa, Zin tak pernah bosan atau jemu mengajak keluar makan.``Oleh kerana saya sering melarang dia menghantar bunga, maka dia berjanji tidak akan hantar bunga lagi kalau saya keluar makan malam dengan dia, sekali pun jadilah. Saya pun patuhlah. Nak jadikan cerita dia bawa kawan-kawannya makan sama. Dan perkenalkan saya sebagai temannya. Mendidih darah saya, tapi apa nak kata, kita orang Melayu masih tak berani memalukan orang di khalayak. 

``Esoknya heboh cerita saya keluar makan malam dengan Zin. Puncanya daripada Zin sendiri, dia telefon kawan pejabat tanya saya dah datang atau belum konon nak tanya, sama ada saya nampak atau tidak telefon bimbitnya hilang selepas makan malam. Sebenarnya telefonnya tak hilang tapi dia sengaja nak bagi tahu saya keluar makan malam dengan dia. Sakitnya hati. Lepas tu kawan-kawan mulalah mengusik kita.``Akhirnya sebagai manusia saya jadi keliru, daripada dimalukan begitu, akhirnya saya mengaku kalah. Selalulah kami keluar makan malam, waktu itu saya dah nekad kalau dia nak ajak kahwin pun saya tak terdaya nak membantah. Hati saya jadi lebih lemah bila peribadi saya diperbodohkan seperti ini. 

``Tapi akhirnya saya bernasib baik juga bila keghairahan Zin memikat saya terbongkar kepada pengetahuan isterinya. Dan peristiwa inilah yang tak sedapnya, saya menjadi sasaran maki hamunnya, sedangkan Zin terlepas. Kerana tak tahan dihina saya perangkap Zin, pada hari yang ditetapkan Zin mengajak saya makan, di situlah baru isterinya sedar yang suaminya memang miang. Tapi saya tetap menjadi sasarannya.``Bagaimanapun nama saya sudah buruk digelar penggoda suami orang, nak runtuhkan masjid dan macam-macam gelaran lagi. Tetapi sedarkah mereka tidak sedikit pun tertanam dalam hati saya sejak awal lagi hendak merosakkan rumah tangga orang lain. Saya benar-benar menjadi mangsa manusia tak bertanggungjawab yang hendak merosakkan masa depan saya dengan mengadakan pelbagai fitnah. 

``Tapi macam biasalah siapa nak percaya cakap saya. Mulalah nama saya dikait-kaitkanÊ bercinta dengan suami orang terdahulunya. Kalau diikutkan hati mahu saya serang mereka balik, tetapi apa gunanya kalau memburukkan nama saja. Akhirnya saya berbincang dengan emak saya, keputusan diambil untuk bertukar kerja ke tempat lain di negeri saya sendiri. Untungnya saya kakitangan kerajaan, kalau tidak saya mati beragan.``Malangnya kini umur pun dah meningkat saya masih belum mendapat calon yang sesuai, selain daripada suami orang. Namun saya tak tahulah berapa lama saya boleh bertahan, saya cuma berdoa hati saya tidak berubah. Cuma satu permintaan saya jangan mudah mengecap wanita suka menggoda suami orang, sebenarnyalah, suami oranglah yang suka menggoda gadis-gadis dan kaum wanita.'' Demikian cerita Ezora. 

Jadi kalau ada kalangan isteri yang mengamuk suami mereka tersangkut dengan gadis lain, cuba lihat perangai suami anda. Jangan menyerang gadis itu melulu, siasat dulu. Sebab kalau tersilap, kerana sakit hati, ada gadis yang bersedia jadi madu anda, semata-mata kerana sakit hati. Balas dendam, sedangkan dia tak berminat.Pendek kata jangan puji suami anda melangit, dan memaki hamun gadis lain, siapa tahu suami anda yang memulakan langkah. Jadi siasat sebelum tangkap. - Maimunah.

Kredit : dcckmonaum@hotmail.com

Kredit : UtusanMalaysia


Nasib Si Ibu Tiri Moden

28 Apr 2017



Hmmm...dah nasib saya jadi ibu tiri. Apalah salah dan dosa saya, sehingga saya dilayan sebegini. Saya Rin, saya berkahwin dengan duda kematian isteri. Masa tu saya berumur 38 tahun, suami 45 tahun. Saya kahwin lewat. Kiranya masa berjumpa suami saya berstatus duda, saya terima dengan redha. Umur pun dah lanjut. Suami saya ada sorang anak perempuan yang sedang meningkat remaja . Kiranya saya ni jadi ibu tirilah kan. Selalunya kita dengar kat berita media, anak-anak didera ibu tiri. Status ibu tiri tu sendiri pun dah dianggap kejam dan jahat, macam dalam drama-drama tv. 

Tapi kes saya ni terbalik pulak. Saya yang didera oleh anak tiri saya adalah. Tapi bukan dera melibatkan fizikal. Cuma melibatkan penderaan emosi dan perasaan. Pada awal perkahwinan kami pun, anak tiri saya dah tak bersetuju dengan ayahnya untuk menjadikan saya isteri. Saya cuba mendekatkan diri saya dengan anak tiri, cuba mengambil hati dan cuba berkawan, namun usaha saya sia-sia, malah dibalas dengan muka yang masam mencuka dan mengeluh. Kalau bercakap dengan saya pun, dengan suara yang menengking dan meninggi, langsung tidak menghormati saya. Saya bersabar dan memujuk hati mungkin dia perlukan lebih masa untuk terima saya sebagai mak dia. 

Ada satu hari , saya dan suami sedang makan. Jadi saya jemputlah anak makan join sekali. Tapi dia hanya menjeling dan buat muka menyampah dengan saya. Saya biarkan aje. Biarkan hatinya cool dan tenang dahulu. Suami perasan anak kesayangannya memperlakukan saya sedemikian. Jadi sebagai ayah, die menegur sikap anak die supaya lebih menghormati saya sebagai ibu tiri. Namun dia buat-buat merajuk dan merungut dengan ayahnya. Bukan setakat merajuk, malah membaling sudu yang dipegangnya ke dalam pinggan. Bagi saya itu dah dikira biadab dan tak menghormati orang tua. Saya pujuk suami supaya biarkan hati anaknya sejuk dulu. Mungkin marahnya tengah meluap-luap selepas kena tegur di hadapan saya.

Hampir 2 tahun kami berkahwin, kami dikurniakan anak lelaki. Memandangkan suami tak ada anak lelaki, dan dah lama tak ada anak kecil, jadi suami sangat teruja dengan kehadiran anak kami. Setiap hari suami sentiasa melayan anak lelaki kami. Namun sejak kami ada anak ni, anak tiri saya semakin memberontak . Dia mula keluar malam dan kalau balik rumah pun terus masuk bilik tak mahu join kami berbual atau makan. Suami pernah ajak berbincang dengan anaknya. Saya ada terdengar di luar bilik, anak tiri menangis-nangis dan menjerit-jerit di depan ayahnya mengatakan bahawa dia tidak suka kehadiran saya di sisi ayahnya. Anak tiri beritahu ayahnya, sejak saya kahwin dengan suami, perhatian ayahnya semakin kurang terhadap die. Kalau dulu 24 jam ayahnya sentiasa berdamping dengan dia. 

Tak macam sekarang, sejak kami  berkahwin. Lagi-lagi bila dah ada adik baru. Perhatian suami terhadap dia dah terbahagi. Semakin kecewalah dia dengan ayahnya. Setiap kali kami bertembung, kalau masa tu saya bersama suami, kelihatan hati dia sangat membenci saya. Kami sentiasa memujuk dia, walau dengan apa cara sekalipun. Saya sendiri cuba membaca di internet, buku malah berjumpa kawan-kawan consultant untuk belajar cara bagaimana nak ambil perhatian anak remaja. Bagaimana nak memujuk hati dia. Namun sehingga sekarang kehadiran saya tetap tidak diterima. Malah, anak tiri ada beritahu suami kalau ayahnya sayangkan dia, anak tiri minta suami menceraikan saya dan tak mahu saya dan anak lelaki saya tinggal di rumah tu lagi. Dia tak nak berkongsi kasih sayang dengan kami.

Malangkah nasib saya ? Dia tak pernah fikir pun hati dan perasaan saya. Walaupun saya turut berkecil hati, terluka dan tersinggung dengan sikapnya, namun saya tak kisah sebab saya percaya hati dan perasaan seorang remaja mungkin lebih sensitif. Jadi saya hanya ada pilihan untuk terus bersabar dan bersabar dan juga terus berusaha memujuk hati anak tiri saya supaya menerima kami. 

Saya mahukan keluarga yang bahagia tanpa ada rasa kurang kasih sayang, Saya sendiri dah menganggap dia dah macam anak saya sendiri. Tolonglah pembaca , kalau ada cara-cara bagaimana lagi yang perlu saya usahakan untuk mengambil hati anak tiri saya.

-Ibu tiri moden-


Cinta Berputik Di Perjumpaan Reunion

18 May 2016

Salam, hi admin. Citer aku ni simple je. Aku Rahim, tahun depan umur 45. Aku duda anak 3. Kematian isteri. Sekali lagi diulang duda anak 3 . Alkisahnya bermula, apabila rakan rakan universiti merancang nak buat perjumpaan reunion untuk batch kami yg sama jurusan. Aku okay je, maklumlah zaman-zaman skrg reunion ni dah mula jadi trend masa kini.

Aku ada terbaca , kisah reunion ni ada baik buruknya. Tapi aku mahu ambil yg positif je, berjumpa rakan-rakan seperjuangan yg dah lama tak nampak depan mata. Jadi kami ON dengan tarikh perjumpaan yang dibuat di sebuah hotel.

Pada hari perjumpaan, biasalah kami berjumpa dan berborak dgn shbat-sbhat lama. Macam-macam topik yg kami sembang, drp topik kesihatan, kekayaan, kerjaya , kecantikan sampailah kepada kisah kehidupan keluarga. Kisah aku duda anak 3 ni mmg sangat hangat dibual oleh kwn-kwn aku ni. Lepas tuulah diorang cuba kenalkan aku pada sorang member perempuan ni. Semua mmg kenallah Aishah ni. Sama batch sama jurusan. Diorang ckp Aishah masih belum kahwin sampai skrg. org tua -tua ckp andartu lah.

Jadi aku ni, yg dah 5 tahun tak berteman, rasa excited pun ada. Cuma taknak lah nanpak over sangat. Jadi aku mulalah langkah aku sbg seorang lelaki macho kononnya, berborak , bersembang mcm mcm dgn Aishah ni. Kami bertukar-tukar contact nombor.

Hampir sebulan kami berkenalan, sedikit sebanyak aku tahulah sikit sikit pasal Aishah ni. Dari segi komunikasi, karakter..aku mmg dah suka pada Aishah ni, Tapi aku tak tahulah Aishah punya perasaan pada aku. Cuma yg jadi masalah pada aku ialah kerjaya Aishah sangatlah hebat berbanding aku. aku ni pegawai cabuk je. Aishah pulak mmg jauh tinggilah level dia drp aku. Patutlah dari segi gaya luaran dia nampak sangat hebat.

Apa yg aku risaunya, boleh ke die terima aku yg kerdil ni. Dahlah anak 3. Aku taknak mcm mcm konflik timbul bila dah kahwin nanti. Aku tak tahulah konflik apa. Tapi mcm mcm aku dengar citer kalau isteri lebih hebat kariernya bebanding suami. Jadi aku taknak benda lebih buruk berlaku. Jadi sebelum aku mulakan langkah seterusnya aku nak pikirlah dulu baik buruknya.

Jadi kalau ada pembaca diluar sana yg berpengalaman, bagilah tips kat aku. Idea or pendapat.

Tq

-Duda Anak 3-
Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.