SLIDER

mewah
Showing posts with label mewah. Show all posts

Pandai-pandailah Nak Melepaskan Diri Dari Jerat Cinta Lelaki Tua

22 Apr 2022

 



APABILA membaca e-mel yang dihantar oleh Ezora dan berbual dengan beliau di telefon pasal bercinta dengan orang tua membuatkan saya teringat kembali kepada e-mel yang pernah dihantar oleh Puan Fifi awal Februari yang lalu.Kata-kata atau pandangan Fifi begitu sinis dan amat tajam sindirannya. Namun yang pedih itu memang sakit, tetapi ia adalah ubat dan lebih merupakan ingatan kepada kaum wanita sejenisnya, ingatan beliau lebih kurang begini; ``kaum wanita kalau tak berilmu dan tidak beriman, maka jadilah mereka golongan yang amat bodoh dan akan hidup dalam kecelakaan. Dan hidup mereka lebih menderita hingga ke akhir hayat. 

``Sebagai contoh kalau bercinta dengan lelaki tua, memang payah nak diubati. Kalau dah tersangkut payah nak lepas. Kalau terlepas pun parutnya payah sembuh, dan anda akan tercap dengan pelbagai bekas penyakit seperti parut kudis, panau, kurap ataupun kayap.``Begitulah buruknya atau kesan yang ditinggalkan kalau anda menghambakan diri bercintai dengan lelaki tua. Melalui pengalaman saya sendiri saya pernah cuba diganggu oleh lelaki yang 12 tahun lebih tua daripada saya. Pelbagai cara saya berusaha untuk melepaskan diri. Memang payah tetapi saya bersyukur kerana terlepas juga akhirnya. 

``Saya tak nafikan ramai gadis yang gagal. Macam pengalaman yang saya lalui semakin saya cuba jauhkan daripada cengkamannya, semakin kuat saya dicekik. Tapi saya pula jadi wanita lebih kuat beriman dan lebih berilmu. Semakin digoda saya jadi lebih lekat di tikar sembahyang, ingat dosa dan pahala, di samping risiko buruk dan baiknya. Semua ini membuatkan saya menjadi semakin insaf tentang hidup ini.``Bayangkanlah betapa mewahnya hidup anda kalau menerima golongan tua ini jadi kekasih, anda akan sentiasa diumpan dengan kemewahan dan kesenangan. Dan inilah puncanya ramai gadis mengaku kalah apabila tidak terdaya menolak desakan demi desakan, serta lempahan kemewahan lelaki tua ini. 

``Tidak dinafikan ada juga kalangan wanita yang telah bersuami bertindak meninggalkan suami mereka, semata-mata bila suami sendiri tidak mampu menyediakan segala kemewahan itu. Ketika itu cuma iman yang tertanam di jiwa sahaja yang akan dapat mengatasi segala dugaan. Insya-Allah.``Apa yang menyelamatkan saya ketika bersua dengan keadaan itu ialah, saya bertanya diri sendiri apa ada pada kemewahan? Bukankah kehidupan yang abadi di akhirat kelak menjadi idaman setiap insan?``Bagi saya bila kita tak cukup iman dan ilmu di dada, maka mudahlah syaitan merasuk dan menghasut umat Islam menjadi pengikutnya. Bukankah syaitan telah bersumpah di hadapan Allah akan menyesatkan seberapa banyak umat Nabi Muhammad. 

Dan sedarlah wahai saudara sejenisku, indah bercinta hanya sementara, nikmat dunia takkan kekal selamanya.'' Demikian cerita Fifi tentang pengalamannya. Cerita Ezora pula begini, dia juga pernah jatuh cinta dengan suami orang. Bukan sekali tapi sudah tiga kali. Katanya tak tahulah apa nasibnya, setiap kali jatuh cinta, lelaki itu mengaku bujang, selepas diselidik barulah pecah tembelang dia dah kahwin.``Emak saya pernah mengingatkan sebelum datang bekerja di KL dahulu. Katanya, jangan kahwin suami orang, mula saja kita senang, akhirnya hidup kita sengsara. Emak tak banyak bagi contoh, tetapi dengan banyak membaca saya faham apa maksudnya. 

Ialah siapa tak tahu bila hidup bermadu, dan tak semua lelaki tersebut hidup senang, mereka cuma sanggup melabur beribu ringgit pada peringkat awal sahaja, tetapi bila dah dapat apa yang dihajati, dia akan tinggalkan kita.``Pengalaman pertama saya bercinta dengan lelaki berusia 30 tahun, fikir saya belum kahwin, rupa-rupanya ada dua orang anak, lelaki kedua juga ada dua orang anak, tapi baru berusia 28 tahun. Lelaki ketiga dah ada empat orang anak baru berusia 32 tahun. Siapa sangka mereka dah kahwin, masih muda lagi. Mereka tak puas hidup bujang, nak enjoy sendiri, lepas tu malas nak fikir tentang tanggungjawab di rumah, malas nak duduk rumah berselimut dengan anak-anak. Nak bebas! Free!

``Memang mereka tak banyak duit, tetapi mula-mula kenal cakap saja di mana nak keluar makan, semua ok, pasal hadiah tak usah nak cakaplah. Lepas setahun, baru kita nampak color mereka yang sebenarnya, bila rahsia dah terbongkar. Mulalah nak meminjam duit kita. Boleh belahlah kita nak bagi!``Setelah saya fikir dan kaji saya pun pelik mengapa orang dah berkahwin sahaja suka pada saya, yang bujang-bujang tak nampak batang hidung. Saya bukan memilih sangat, tetapi itulah kenyataannya, memang golongan lelaki yang seangkatan saya ini memang kurang sangat, boleh dikatakan kalaupun ada mereka tak berani nak dekat saya.

``Saya bukan bergaya mewah, cuma mereka mendakwa saya high taste. Sebenarnya tidak. Takkan saya nak tunjuk murah sangat, atau ketawa, tergelak dan tersenyum tak memasal macam orang tak cukup akal. Tetapi yang berani mendekati saya cuma suami orang. Mereka memang pandai jual temberang, menabur budi, memancing peluang.``Mereka tak segan silu menabur umpan mahal-mahal, asal hajat tercapai, bila kita dah berkawan lama barulah tahu siapa mereka. Lepas tu bila kita tinggalkan dia, mulalah mereka cap kita yang buruk-buruk, sebab itu kalau alang-alang semangat dan iman tak kuat kita tidak akan berani angkat kaki ucap selamat tinggal. 

``Tapi saya keras semangat, bila terbukti tak betul, saya tak bimbang ucap selamat tinggal, sebab saya tak rugi, yang melepas merekalah. Saya tak takut sebab saya selamat dan saya tahu jaga diri, saya tak rosak apa-apa.``Selepas tiga kali putus cinta, saya terperangkap dengan lelaki yang bukan sahaja manis mulut, tetapi jalankan taktik mengugut untuk mencapai matlamatnya.``Taktik ini saya rasa kaum wanita khususnya gadis-gadis mesti tahu dan mesti berani bertindak. Mula-mula taktik Zin, 50 tahun ini dia buat baik dengan saya dan bertanya, dia dapat tahu saya ini tengah frust sebab ditinggalkan kekasih. 

``Tapi saya nafikan saya kata, saya tinggalkan lelaki tersebut, namun dia tetap berkeras katanya tak ada wanita seberani saya, maklum zaman ini lebih ramai wanita tak kahwin berbanding lelaki. Lepas itu dia pun setuju dengan kata-kata saya setelah saya menerangkan sungguh-sungguh, ceritakan kegagalan saya bercinta.
``Tak lama lepas tu dia serkap jarang katanya, dia kenal kekasih saya terdahulu. Sebenarnya tidak. Tetapi oleh kerana saya masih mentah, saya pun mengakulah, benar dengan lelaki yang dia serkap jarang tu. Mulalah dia korek rahsia. Mulalah main cerita serkap jarang. Setelah berbual beberapa kali baru saya sedar dia ni main serkap. 

``Lepas tu dia berani hantar bunga pada saya, katanya itu hadiah kerana nak minta maaf sebab serkap jarang, tuduh saya sembarangan. Tetapi masih berkeras konon dia kenal kawan lama saya. Bila saya nafikan, sekali lagi dia hantar bunga ros. Hantar di pejabat tentulah ramai yang terkejut. Jadi elok-elok saya nak dapat peluang berkenalan dengan orang baru, dia sekat dengan buat serkap jarang dan menghantar bunga seperti itu.``Faham sajalah orang Melayu kita, walau setinggai mana pelajarannya, tetapi bila sampai bab hantar bunga ini mulalah otak jadi kelabu. Mula bercerita yang buruk-buruk. Lebih teruk lagi lepas hantar bunga Zin telefon pejabat saya tanya kawan pejabat nampak tak bunga yang di hantarnya. Lepas tu suruh teka siapa yang hantar bunga tu. 

``Dari situlah dia mula korek kisah hidup saya dan mula bertanya dah berapa kali saya putus cinta. Yang perempuan mulut tempayan di pejabat saya ni memang seronok sangat bercerita pasal memburukkan orang lain. Bila main teka-teka di telefon inilah banyak cerita saya di pejabat terbongkar tanpa saya sedari.``Semakin saya larang hantar bunga, setiap Isnin bunga baru terletak atas meja saya. Mungkin pada orang lain tak jadi hal, tapi saya malu. Lepas tu dah jadi hobinya telefon orang lain dulu sebelum bercakap dengan saya. Bila cerita seperti ini dah tersebar luas di pejabat tentulah tak ada lelaki berani dekati saya, apalagi nak berkawan. Mereka mula mendakwa saya memilih orang kaya. Zin benar-benar menghancurkan hidup saya. 

``Akhirnya yang tak ada pun jadi macam ada. Zin menjadi semakin berani menghantar lebih banyak hadiah, jadi macam mana orang tak percaya. Kalau alang-alang iman boleh hancur kita dibuatnya. Pasal ajak keluar makan malam ini memang dah jadi cerita biasa, Zin tak pernah bosan atau jemu mengajak keluar makan.``Oleh kerana saya sering melarang dia menghantar bunga, maka dia berjanji tidak akan hantar bunga lagi kalau saya keluar makan malam dengan dia, sekali pun jadilah. Saya pun patuhlah. Nak jadikan cerita dia bawa kawan-kawannya makan sama. Dan perkenalkan saya sebagai temannya. Mendidih darah saya, tapi apa nak kata, kita orang Melayu masih tak berani memalukan orang di khalayak. 

``Esoknya heboh cerita saya keluar makan malam dengan Zin. Puncanya daripada Zin sendiri, dia telefon kawan pejabat tanya saya dah datang atau belum konon nak tanya, sama ada saya nampak atau tidak telefon bimbitnya hilang selepas makan malam. Sebenarnya telefonnya tak hilang tapi dia sengaja nak bagi tahu saya keluar makan malam dengan dia. Sakitnya hati. Lepas tu kawan-kawan mulalah mengusik kita.``Akhirnya sebagai manusia saya jadi keliru, daripada dimalukan begitu, akhirnya saya mengaku kalah. Selalulah kami keluar makan malam, waktu itu saya dah nekad kalau dia nak ajak kahwin pun saya tak terdaya nak membantah. Hati saya jadi lebih lemah bila peribadi saya diperbodohkan seperti ini. 

``Tapi akhirnya saya bernasib baik juga bila keghairahan Zin memikat saya terbongkar kepada pengetahuan isterinya. Dan peristiwa inilah yang tak sedapnya, saya menjadi sasaran maki hamunnya, sedangkan Zin terlepas. Kerana tak tahan dihina saya perangkap Zin, pada hari yang ditetapkan Zin mengajak saya makan, di situlah baru isterinya sedar yang suaminya memang miang. Tapi saya tetap menjadi sasarannya.``Bagaimanapun nama saya sudah buruk digelar penggoda suami orang, nak runtuhkan masjid dan macam-macam gelaran lagi. Tetapi sedarkah mereka tidak sedikit pun tertanam dalam hati saya sejak awal lagi hendak merosakkan rumah tangga orang lain. Saya benar-benar menjadi mangsa manusia tak bertanggungjawab yang hendak merosakkan masa depan saya dengan mengadakan pelbagai fitnah. 

``Tapi macam biasalah siapa nak percaya cakap saya. Mulalah nama saya dikait-kaitkanÊ bercinta dengan suami orang terdahulunya. Kalau diikutkan hati mahu saya serang mereka balik, tetapi apa gunanya kalau memburukkan nama saja. Akhirnya saya berbincang dengan emak saya, keputusan diambil untuk bertukar kerja ke tempat lain di negeri saya sendiri. Untungnya saya kakitangan kerajaan, kalau tidak saya mati beragan.``Malangnya kini umur pun dah meningkat saya masih belum mendapat calon yang sesuai, selain daripada suami orang. Namun saya tak tahulah berapa lama saya boleh bertahan, saya cuma berdoa hati saya tidak berubah. Cuma satu permintaan saya jangan mudah mengecap wanita suka menggoda suami orang, sebenarnyalah, suami oranglah yang suka menggoda gadis-gadis dan kaum wanita.'' Demikian cerita Ezora. 

Jadi kalau ada kalangan isteri yang mengamuk suami mereka tersangkut dengan gadis lain, cuba lihat perangai suami anda. Jangan menyerang gadis itu melulu, siasat dulu. Sebab kalau tersilap, kerana sakit hati, ada gadis yang bersedia jadi madu anda, semata-mata kerana sakit hati. Balas dendam, sedangkan dia tak berminat.Pendek kata jangan puji suami anda melangit, dan memaki hamun gadis lain, siapa tahu suami anda yang memulakan langkah. Jadi siasat sebelum tangkap. - Maimunah.

Kredit : dcckmonaum@hotmail.com

Kredit : UtusanMalaysia


Kekayaan Boleh Hancurkan Kehidupan Anak-Anak, Jika Tidak Dididik Dengan Betul

19 Apr 2022

 


“KEPADA ibu bapa muda zaman sekarang, suka saya mengingatkan mereka supaya belajar jimat berbelanja dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Bagaimana pun bukan maksud saya anda mesti `ikat perut,’ memadailah berbelanja ikut keperluan terutama dalam menyediakan  pakai untuk anak-anak. Baju cantik tak semestinya mahal. “Kerana saya dapati ramai golongan ibu bapa muda suka berbelanja mewah untuk anak-anak, tambah tambah golongan bekerja, bukan setakat diri sendiri berbelanja mewah, malah anak-anak mereka turut ajar hidup mewah  dan bergaya sejak kecil lagi.

“Perbuatan berbelanja mewah ini menjadi lebih teruk bila ada rakan-rakan suka bandingkan anak-anak rakan mereka supaya kelihatan lebih cantik bergaya dengan pakaian mewah dan berjenama. ‘’ Itu cerita Noor Adriyani ketika melahirkan pendapatnya tentang gaya hidup orang muda sekarang sanggup bergaya hingga berhutang.

“Saya tak cakap pasal orang lain, tetapi melihat gaya hidup saudara mara sekeliling saya sendiri yang amalkan sikap `biar papa asalkan bergaya.’ Setiap kali balik menghadiri majlis kenduri  kahwin apatah lagi kalau Hari Raya. Baju-baju mahal tersedia bergantungan dalam kereta, macamkan almari bergerak. Itu belum tengok dalam beg lagi. Lepas tu bersungut kalau pakaian kotor, mulalah menjerit marahkan anak jangan rosakkan baju mahal mereka.

“Kalau kita rajin tanya mulalah keluar cerita mereka beli baju tu di butik2 terkenal atau berjenama yang mahal[1]mahal harganya.  Itu belum masuk cerita pakaian mereka sendiri yang sentiasa ikut trand. Bila cerita pasal tudung, lagi terngangah kita dengar, ada yang berharga lebih dua tiga ratus ringgit sehelai.

“Dulu anak-anak saya kecil juga, dan saya juga bekerja, tetapi bergaya dengan pakaian mahal dan berjenama bukan cita rasa saya. Saya tak ajar anak-anak mewah bergaya. Cukup dengan pakaian di beli di mall. Kerana pada saya beli pakaian mahal untuk anak-anak kecil cuma membazir, sebab mereka cepat besar, pasti pakaian tadi tak boleh digunakan lagi. “Bayangkan bayi baru setahun dua sudah dikenakan pakaian mahal, paling lama 6 bulan pakaian tersebut tidak boleh digunakan lagi, lepas itu terpaksa beli baru. Jadi buat apa membazir?

“Demikian juga kalau anak-anak berumur 3 atau 5 tahun, untuk apa mereka bergaya mewah, budak budak tak kenal jenama pakaian tersebut, hanya si ibu yang menggayakan dan mengajar anaknya berpakaian mahal. Bila sudah besar memang sukar menolak permintaan anak-anak yang  mahukan pakaian up to date. Malah mereka malu kalau pakaian tidak berjenama dan out dated. Jadi siapa yang susah terpaksa sediakan wang banyak untuk pakaian anak-anak?

“Namun kepada yang mampu mungkin itu bukan masalahnya, tetapi `penyakit’ boros berbelanja untuk berpakaian mahal ini akan terbawa-bawa dalam kehidupan anak-anak apabila mereka dewasa nanti. Kalau mereka bekerja dan bergaji sendiri itu tidak ada masalah, bagaimana pulak ada anak-anak zaman sekarang ada yang tak mahu bekerja, memilih kerja, suka bertukar-tukar kerja dan cepat bosan dengan kerja yang mereka anggap semua kerja menyusahkan dan mengikat kebebasan mereka?

“Mungkin belum ada kajian dari pihak university dan sebagainya, tetapi kita boleh lihat sendiri masalah anak-anak zaman sekarang. Tidak keterlaluan kalau saya katakana ibu bapa miskin boleh melahirkan anak-anak yang rajin berusaha, kuat bekerja dan akhirnya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka.

“Berbanding anak-anak orang senang yang hidup mereka serba serbi tersedia depan mata. Celik sahaja mata mereka sudah boleh lihat emak ayah ada kereta, rumah besar, berbelanja mewah, pakaian berjenama. Bila besar mereka cuma pandai minta dan ibu bapa akan sediakan.

Kerana sejak kecil  mereka sentiasa dimajakan.  Kekayaan dan kemewahan bergelumang di depan mata. Untuk siapa jika bukan untuk anak-anak? Kata mereka! “Pendek kata untuk apa anak-anak perlu bersusah payah belajar semata mata untuk cari kerja, mungkin gaji yang mereka dapat tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup mereka sehari-hari.

Lagi pun mereka boleh dapat lebih daripada ibu bapa masing-masing. “Kerana itu tidak keterluan jika saya simpulkan anak-anak orang miskin lebih berjaya daripada anak-anak orang berduit, sebab anak orang kaya tidak perlu bekerja untuk dapatkan duit, semuanya disediakan oleh ibu bapa. Lainlah anak orang miskin dan susah, mereka terpaksa bekerja berhempas pulas cari duit bagi keperluan hidup mereka dan membantu keluarga yang susah di kampung.

“Apa yang saya katakan ini apabila melihat kehidupan  saudara mara saya, yang ibu bapa mereka ada hidup mewah dan ada yang sederhana seperti saya. Saya perhatikan ibu bapa mewah ini sering mengeloh kerana anak-anak tak mahu bekerja dan kalau ada pun yang bekerja sentiasa meminta duit daripada mereka untuk memenuhi kehidupan sehari-hari.

“Anak mewah ini kalaupun sudah berumahtangga dia masih ligat dengan aktiviti luar rumah hingga memaksa si isteri bekerja keras menanggung keluarga. Bila mengadu kepada mertua masalah suami mereka, mertua tidak berani nasihati anak-anaknya kerana itu jelas kesalahan mereka mendidik anak[1]anak sejak kecil lagi. “Bukan hendak membandingkan, tetapi nak beritahu masalah ibu bapa yang berlagak mewah ini tentang cara mereka mendidik anak-anak gaya hidup mewah.

Anak-anak dapat SPM tak seberapa dihantar belajar ke kolej swasta dengan harapan mereka boleh sambung belajar, malangnya, bertahun tahun belajar tak lulus, tukar kolej lain pun gagal juga. “Akhirnya tentulah tak bekerja. Sebab majikan mana nak ambil bekerja kalau tak ada kelulusan. Akhirnya jadi pemandu peribadi emak ayah. Lepas kahwin mak bapak terpaksa tanggung makan minum anak isterinya. Tapi sampai bila? Selagi emak ayah ada mereka selamat, bila emak ayah sudah meninggal macam mana? Tentu susah!

“Akhirnya sudah pasti harta pusaka tinggalan emak ayah jadi rebutan anak[1]anak untuk menyara kehidupan mereka. Cuma mereka akan diam selepas semua harta pusaka tinggalan emak bapak kaya habis digunakan untuk perbelanjaan keluarga yang terhimpit. “Dalam isu ini siapa patut disalahkan.

Bukan guru sekolah, tetapi emak ayah yang terlalu manjakan anak-anak hingga mereka tak tahu keperluan belajar, kerana tanpa pelajaran dan hidup sentiasa bermewah-mewah akan menyusahkan diri mereka bila dewasa dan berkeluarga nanti. “Berbanding kehidupan anak-anak saudara yang hidup ibu bapa mereka tak seberapa. Nak kata berduit tidak, tak berduit pun tidak, sebab mereka bekerja. Tetapi pendapatan ala kadar sahaja. Cukup untuk beri makan anak isteri. Apa yang menariknya anak-anak mereka cerdik belajar, dapat masuk sekolah berasrama dan seterusnya ke university. Memanglah kerajaan tangguang, kerana ketika itu tak ada PTPTN, habis belajar mereka dapat kerja’ dan mereka rajin bekerja walaupun di hantar jauh ke pendalaman. Mereka bekerja dengan gigih.

“Hasilnya sudah pasti mereka dapat membina keluarga terbaik untuk anak- anak. Tetapi ada juga kalangan mereka ini yang tersalah mendidik anak. Falsafah mereka, “jika aku masa kecil dulu miskin dan susah, bila ada bekerja dan ada duit, maka aku akan beri segala  kemewahan kepada anak-anak aku, apa salahnya mereka enjoy dengan kemewahan aku?” “Di sinilah timbulnya kesilapan mereka ajar anak-anak hidup mewah, yang akhirnya nanti akan menyusahkan diri sendiri.

Melihat masalah  ini kami mula khuatir mereka mungkin tersilap langkah dalam mendidik anak-anak. Dan kami tidak mahu melihat masalah yang sama  berulang. Dengan inisiatif beberapa orang saudara kami cuba menasihati mereka supaya menggubah cara dan gaya hidup mewah dalam membimbing anak-anak mereka anak. Tetapi ada juga kalangan mereka ini yang tersalah mendidik anak.

Falsafah mereka, “jika aku masa kecil dulu miskin dan susah, bila ada bekerja dan ada duit, maka aku akan beri segala  kemewahan kepada anak-anak aku, apa salahnya mereka enjoy dengan kemewahan aku?” “Di sinilah timbulnya kesilapan mereka ajar anak-anak hidup mewah, yang akhirnya nanti akan menyusahkan diri sendiri.

Melihat masalah  ini kami mula khuatir mereka mungkin tersilap langkah dalam mendidik anak-anak. Dan kami tidak mahu melihat masalah yang sama  berulang. Dengan inisiatif beberapa orang saudara kami cuba menasihati mereka supaya menggubah cara dan gaya hidup mewah dalam membimbing anak-anak mereka.

“Masalahnya bukan semua yang “makan nasihat’ ada pulak yang menjauhklan diri daripada kami,  bila kami cuba beri pandangan. Mereka anggap kami mencampuri urusan mereka.  Kami dapati tidak banyak masalah timbul jika berbincang dengan saudara perempuan, tetapi sukar berbincang dengan saudara lelaki, mungkin mereka terima nasihat kami, tetapi isteri mereka menolak mentah-mentah sambil menyifatkan usaha kami sebagai mahu mengawal kehidupan mereka. Niat kami supaya `pisang tidak berbual dua kali,’ tetapi hampa. Mereka anggap kami cuba campur kehidupan mereka.

“Kerana itulah walaupun kalangan adik beradik kami ramai, tapi kami masih boleh berbincang, tidak ada masalah, tetapi bila campur ipar duai, kebanyakan mereka buat hubungan kekeluargaan kami menjadi genting dan retak malah sering `tidak setuju angin.’ Akhirnya ada yang kecil hati dan membenci antara satu sama lain. “Masalah ini tidak berakhir di situ sahaja, sebaliknya menjarakkan hubungan baik antara adik beradik. Ini adalah punca yang berlaku dalam keluarga besar kami.

Namun saya tak bercakap tentang keluarga kami sahaja, tetapi meliputi keluarga ibu ibu saudara atau sepupu kami yang lain yang juga terdiri dari adik[1]beradik yang ramai. “Perselisihan faham sering terjadi, semuanya berpunca daripada kegagalan para suami bimbing keluarga masing-masing. Kerana ada antara saudara lelaki yang menjadi pak turut mengikut telunjuk isteri dalam mendidik anak-anak, akhirnya keluarga mereka hancur.

“Ramai adik beradik tak semestinya membawa kebaikan kepada keluarga, sebaliknya ada yang memusnahkan malah menghancurkan hati ibu bapa kerana keciwa melihat ragam anak-anak yang sukar diatur. “Namun lebih teruk kehidupan orang kaya kalangan saudara mara kami, ada yang tidak kenal antara satu sama lain, ada yang menjauhkan diri, lebih menyedihkan tidak kenal anak saudara terdekat, kerana keegoan dan kekayaan yang mereka perolehi.

Tetapi kami tahu mereka tidak bahagia apabila kehidupan anak-anak sendiri kucar kacil. Kerana kekayaan mereka tidak menjamin kebahagiaan kehidupan anak-anak mereka hingga ke akhir hayat.’’ Itu cerita  Noor Adriayani tentang kekayaan boleh menghancurkan masa depan anak-anak.


Kredit : dcckmona


Kerana Harta, Adik-Beradik Berbalah

24 Jan 2022



SAYA cukup tertarik dengan kisah 'Mencari Keberkatan hidup' yang dipaparkan di ruangan ini beberapa minggu lalu. Tentang permaufakatan adik beradik atas harta tinggalan arwah ibu ayah mereka. Dan mereka lakukan yang terbaik untuk menambah pahala ibu ayah mereka. Malangnya adik beradik saya berbalah berebut harta hingga menyusahkan arwah ibu dan ayah di alam sana.

Saya bayangkan ditakdirkan kami berenam beradik boleh berpakat seperti itu tentu hidup kami lebih bahagia dan tentu arwah ibu bapa kami lebih tenteram di sana. Kami tidak ramai tetapi malangnya kami masih tidak dapat membuat keputusan tentang harta peninggalan arwah." Demikian cerita Siti Sara dalam emelnya.

Emak saya meninggal dulu daripada ayah. Walaupun sudah lapan tahun berlalu, tetapi baik ayah mahupun kami adik-beradik tidak dapat buat keputusan tentang harta peninggalan emak. Emak juga ada harta peninggalan arwah nenek atas nama emak tetapi dikongsi bersama adik-beradik emak yang lain. Pendek kata harta ada, tetapi pemiliknya bukan seorang, ada sangkut paut dengan orang lain. Kata kakak apa yang berlaku kerana emak tak mahu putuskan semasa hayatnya dulu, maka susahlah nak buat keputusan sekarang, sementara itu ada pula adik-beradik emak yang sudah meninggal dunia. Pendek kata memang sulit nak diputuskan.

Oleh kerana ayah masih ada maka perkara tersebut didiamkan begitu sahaja hinggalah ayah meninggal dunia setahun lalu. Barulah masing-masing bersuara tambahan pula tanah emak itu hendak dibeli oleh sebuah syarikat pemaju untuk dirikan projek mereka. Barulah masing-masing terbuka mata, barulah mahu 'ambil kuasa'.

Bab nak ambil surat kuasa atas tanah tersebut bukan mudah. Mesti ada persetujuan adik-beradik dan mestilah orangnya amanah dan mahu menguruskannya serta ada masa. Kami minta abang sulung usahakan ambil kuasa. Tapi abang sulung buat tak kisah. Sebab katanya, dia perlukan duit untuk urusan pindah milik dan turun lain ke pejabat tanah.

Malangnya dalam diam abang tetap teruskan usahanya, kerana dia telah dijanjikan jumlah wang yang banyak jika dia jual tanah emak kepada syarikat tersebut. Bila berita itu bocor, maka berlakulah bertengkaran antara adik dengan abang. Tuduh menuduh berlaku. Dan sudah pasti tidak ada kepercayaan antara mereka lagi. Keadaan menjadi lebih kacau bila isteri abang masuk campur, kerana beliau mahu tanah tersebut segera dijual.

Walaupun saya dan kakak cuba bawa mereka berunding, tetapi gagal kerana setiap kali berbincang kakak ipar masuk campur. Katanya bila minta duit untuk upah abang mengurusan 'ambil surat kuasa' untuk belanja turun naik pejabat tanah, tidak ada siapa nak bagi duit, semua abang belanja sendiri. Tetapi bila nak dapat duit semua nak minta duit. Perkataan kakak ipar kami itu sudah tentu menyakitkan hati dua orang adik lelaki saya. Maka tuduh menuduh berlaku, mereka pula mendakwa abang nak jual harta, nak makan sendiri tanpa memberitahu kami adik beradik.

''Bila kes terbongkar abang cuba jual untuk dirinya sendiri, abang pula mengamuk maka turuh-menuduh berlaku. Tetapi peliknya kami dapat tahu abang dah dapat duit pendahuluan untuk proses penjualan tanah tersebut. Namun abang dan isterinya menafikan. Saya tak tahu siapa yang betul. Sudah beberapa kami saya dan kakak berjumpa abang supaya selesaikan kes ini dengan segera, bukan kerana kami hendakkan hartanya, tetapi kami tak mahu adik beradik bergaduh kerana harta. Kata kakak jika sudah diuruskan surat ambil kuasa, abang boleh jualkan tanah tersebut dan bawa berbincang dengan adik beradik jumlah tawarannya.

Sedihnya hingga kini kes pembahagian harta pusaka emak dan ayah masih tak selesai peliknya tanah tersebut telah dipagar oleh pemaju untuk membangunkan projek mereka. Kami diam bukan kerana takut, tetapi tak mahu mereka bergaduh pasal tanah dan harta. Namun kami yakin memang ada kebenarnnya proses pembelian tanah tersebut telah berlaku, jika tidak takkan ada orang lain berani ceroboh tanah arwah emak kami. 

Beberapa bulan lalu adik-adik lelaki kami telah jumpa peguam untuk membincangkan masalah tanah arwah emak yang diambilalih oleh pemaju. Kami pasti akan berlaku lagi pertengkaran adik-beradik tentang harta tersebut. Inilah masalahnya jika emak tinggalkan harta untuk anak-anak pun susah, tak ditinggalkan harta pun susah. Semuanya kerana tidak ada kepercayaan antara adik-beradik, dan ditokok tambah pula dengan campur tangan ipar duai yang mempunyai kepentingan peribadi.

Peliknya mereka berebutkan tanah tinggalan emak, hingga mereka terlupa keadaan rumah emak yang ditinggalkan selepas kematian ayah. Keadaan rumah semakin teruk, bocor sana sini, rumput tak dipotong dan tak berjaga. Dulu saya bersihkan dan sewakan, duitnya saya kumpul dan diberi sama rata setiap enam bulan sekali. Tetapi adik-beradik lelaki bantah, katanya, sebagai anak lelaki mereka patut dapat dua bahagian. Jika gitu saya minta mereka saja uruskan, tetapi mereka tolak. Akhirnya saya minta adik bongsu tinggal di sana sementara beli rumah sendiri. Malangnya yang lelaki minta bayaran sewa. Kerana merajuk adik tinggalkan rumah tersebut selepas tiga bulan tinggal di sana. Kini keadaan rumah jadi teruk semula.

Pada pandangan saya ini semua terjadi kerana adanya sikap tamak antara adik beradik saya mereka rela rumah itu jadi lebih teruk dan bocor daripada disewakan atau dibenarkan adik sendiri tinggal di situ. Masalahnya hingga kini tentu pembaca dapat bayangkan harta peninggalan arwah emak dan ayah langsung tidak memberi faedah kepada kami anak-anaknya, kerana ada antara kami yang bersikap tamak dan mencurigai antara satu sama lain. Malah ada yang sanggup biarkan harta itu hancur daripada diberikan kepada adik untuk menjaganya.

Ada juga sanggup menjual tanah secara sembunyi untuk kepentingan diri. Sementara harta pemberian nenek kepada emak langsung tidak dipedulikan kerana mereka malas berusaha untuk mengambil kuasa. Sebab takut keluar duit sendiri.

Demikian cerita Siti Sarah panjang lebar tentang harta peninggalan arwah emak ayahnya yang langsung tidak digunakan sebaik mungkin oleh anak-anaknya. Jadi kepada pembaca semua ambillah iktibar daripada cerita Siti Sarah ini supaya harta pusaka anda bawa berkat setelah anda meninggal dunia.

Kredit : UtusanMalaysia



Mertua Banyak Hutang

6 Jul 2017


Nama aku mila. umur aku 26. aku dah 4 tahun kahwin dan Alhamdulillah dikurniakan seorang cahaya mata yg comel berumur setahun lebih skrg ni. yg lg sorang dlm perut.

aku kenal suami aku masa sama2 belajar. 5 tahun bercinta dan kitorg decided untuk kahwin. Sepanjang bercinta tu aku mmg tau la pasal family die yg nama dah blacklisted and bnyak hutang. family die jauh sgt beza dgn family aku. family aku ni jenis tak suka berhutang ( berhutang bile perlu je mcm loan kete loan umah camtu) . dan kalau buat loan ke ape ke mmg bayar tetiap bulan cantik je. 

tp aku terima die seadanya sbb mak bapak die yg bnyak hutang die ni okay je yela dah nama pun cinta, cinta tu kan buta. die keje pun gaji die aku yg manage sbb kitorg plan nak kahwin dah kn so nak simpan duit sndiri. aku tolong manage je tp semua duit kat acc die. aku pulak kerja sndiri income aku sebulan dlm 15k-20k.

kumpul punye kumpul duit die masa tu ade la dalam 10k. tetiba mak bapak die nak pnjam nak buat bayar hutang tu la hutang ni la. die ni mmg jenis anak yg baik yg mmg jenis tak melawan jenis ikut cakap mak bapak semua tu. die pun bg la duit die semua tu kat parents die (aku taktau bnda ni okay aku cuma tau die bg dalam 1k-2k camtu je) . parents die ni dua2 bekerja . so aku taktau la duit tu lg mane. aku penah pg umah die, memula pegi tv besar. second pegi tv kecik. rupanya tv kene tarik sbb tak bayar lol. dahla beli tv pun nak berhutang, lpastu hutang tg puntak mampu nak bayar. 

haih. tu baru tv, yg lain tayah cite la. agaknye kalau seluar dalam tu boleh hutang pon diorg hutang agaknyez Then smpai lah tahun yg spatutnye kitorg plan nak kahwin. aku mula2 taknak tunang and aku nak buat majlis pun simple je sbb dok fikir kehidupan lepas kahwin plus aku tau yg die pun tak bnyak duit mana.

Tapi at the end kitorg bertunang jugak sbb family2 belah aku and belah die nak. kitorg ikutkan je la. kire merisik skali tunang. tu pun aku takdenye buat pelamin ape bagai. just pakai lelawa skit, mekap pun kak sdare aku yg mekapkan. time tunang aku cakap tak payah dulang2 hantaran semua tp biasala org2 tua nak jugak. (bukan parents aku eh parents aku paling sporting diorg tak kesah pun). tp korang tau tak yg best ape? cincin tunang tak beli lagi ni. 

lg seminggu je nak tunang. gile ke ape? aku mati2 ingat die da beli. tanye punya tanya rupanya die takde duit nak beli sbb dah bg parents die semua duit tu. and parents die lg la takde duit. huh. last2 aku keluarkan la duit aku sndiri untuk beli cincin tunang sndiri. yela takkanla nak cancel last mnit kan. tp parents die cakap parents die akan ganti balek. aku pun yekan je la. then time carik cincin, parents die ikut skali. aku nak satu cincin je cincin tnang, tp parents die sebok suruh beli cincin risik skali. katanya kang diorg bayar balek. hurm aku pun cuba la jd bakal menantu yg baik kann so aku ikut jee.

Then selesai sudah majlis tunang kitorg. time tu dah discuss kahwin 10 bulan lepas tu. wuu wuuu. excited campur sedih campur risau semua ada. lg 10 bulan tula kitorg kumpul duit habis habisan huhuhu. majlis kenduri belah aku mmg buat besar2an la sbb aku sorang pompuan plus parents aku yg nak buat besar2an. aku on jela. aku nak bg duit skit untuk tambah2 buat majlis tu diorg taknak. last2 aku cakap okay takpela bab pelamin, andaman and baju kahwen bia aku yg settle. diorg pon okay. aku takde risau sgt bab duit hantaran sbb kalau suami aku tak ckup, aku tambah lah gituu. sbb aku taknak pun actually duit hantaran, but again, risau org kampung bising tu la ni la. so buat jela.

Tiba masa majlis perkahwinan kitorg . Alhamdulillah semua berjalan lancar. then sedara mara aku semua tanya, bile majlis belah laki. yela biasenye kan lpas sminggu lpas majlis belah pompuan, belah laki pulak. pulak tu kitorg dok dalam satu negeri je tak jauh mane kan. aku mmg diam krik2 la sbb mertua aku tak pnah bg tau bile nak buat majlis belah sana. huh. parents aku pun keep tanya. for your information, aku tak pernah bg tau kat family aku pasal family laki aku ni camne. aku just bg tahu yg baik2 je. yelaa kalau aku bg tau kompem diorg tak bg kahwin punya haha. udahnye mmg tak buat pun majlis belah laki.

Sebulan lepas kitorg kahwin, laki aku benti kerja. yela lpas kitorg bncang2, aku ni biness sndiri so waktu tu sndiri. die pulak keje pegi pagi balek malam. sbb tmpat kerja die jauh dr rumah aku. (oh yaa kitorg duk rumah parents aku. sbb kat umah parents aku besar plus mmg parents aku suh duk situ dulu dah beli rumah sndiri nnti kalau nak kelua, kelua la.) lepas die banti kerja die kerj sndiri jugak tp dalam bahagian sales. aku masa tu Alhamdulillah dpt tau aku pregnant. income aku sebelum ni dr 15-20k makin menurun sbb aku mabuk teruk time pregnant. so aku takde mood nak buat bisness. tu semua staff2 aku yg uruskan.

okay berbalik pada laki aku td. die buat sales tu memula semua okay. tp ntah mcmmane makin lame die makin malas buat kerja. mentang gaji aku bnyak pastu aku tak pnah mntak die nafkah ke duit blanje je. kemain die goyang kaki. tp salah aku jugak sbb mase die nak benti keje tu aku cakap, tak payah bg nafkah duit belanja semua, in fact, aku cakap fikir untuk diri die sndiri je dulu. aku ade income aku lebih dr cukup so tak perlu risau. die pon okay. lebih dari okay pulak tu yg sampai goyang kaki tak fikir pasal gaji. huh.

Aku kan bisnes, aku tak penah buat loan pape just loan kereta je. mcm bisness tu modal semua dr bapak aku huhuhu. okay mase 2 bulan lepas kawn camtu, ade satu nmber office ni slalu call fon die. tp die tak angkat. aku curious kat situ. aku belek2 fon die jumpe msg yang ade tunggakan kereta 2000 . aku mmg terkejut gile la sbb bile masenye die beli kereta? kalau ade manenye? and dah 4 bulan pulak tu tak bayar. tanya punye tanya rupenye mak die guna nama die belikan kereta untuk adik die. lol. 

time ni bile aku tau aku mncarut habis dalam hati. nama suami aku jd masuk ccris/ctos semua ade. entah2 dah blacklisted. dah tau mak die tuutakde duit buat la cara takde duit. ni lagi belikan adiknya kereta untuk belajar kat U sana. aku dulu time belajar parents aku tak belikan pape pun walaupun diorg mampu. ni dahlah takde duit, nama diri sndiri dah blacklisted lpastu nak blacklist kan nama anak pulak haih. korang tolong aku carut skit huhuhu. lpas aku dpt tau mmg aku bengang la. tp tgh pregnant kan masa tu so tak boleh nak marah sgt takut menurun kat anak hurmm.

tak lama lepas tu bapak mentua aku benti keje. mula2 aku dpt tau yg ni mmg lol habis la. dah la korang bnyak hutang, lpastu benti keje haih haih. rupenye die benti keje ambek vss. so dapat la dlm 300k lebih. aku mcm hah legaaa settle la hutang2 die gamaknye and clear la nama suami aku. tp takkkkkkkk wuuu. korang nak tau sebelum die benti keje, die g jual rumah. pastu g menyewa 800 sebulan. ni aku taktau la nak panggil cerdik ke ape huhu. die kne jual rumah tu sbb dah bape bulan tak bayar rumah. 

mmg bank ambek dah. jual rumah tu mmg die dpt la dalam 100k camtu. campur duit vss die dalam 400k. lepas bayar hutang2 semua ade la lebih dlm 80k agaknye. huhu. tp guysss diorg bukan menyimpan guysss diorg joli sakan smpai habis duit tu guysss. huhu aku malas nak ambek tahu dah sbb aku dah happy konon2 nama suami aku clear dah hhuhu.

ku sangka kan panas hingga ke petang. rupanya hujan ditengahari huhuhuhu. tak lama lepas tu dpt msg dr bank lg ade tunggakan kete hhuhuhuhuhu. jomlah kite berhuhuhuhu . time ni mmg aku menyirap habis. dah ade duit bukannye nak bayar habis hutang2 tp korang boleh berjoli sakan pulak haih . marah mmg aku marah. suami aku tu tak pndai marah jd aku la tolong marah kan. huh. aku forward kan je msg tunggakan tu ke mak metua aku. (guna fon suami aku lerr) . tp die buat dunno je lol. huh.

beberapa bulan lepas tu aku tgok diorg mcm sengkek balek. dah habis ke berjoli sakan tuuuuuu. hurmm tak lama lpas tu diorg call suami aku nak pnjam 5k sbb baru prasan hutang tak habis lg. baru prasan guysss. setelah dah habis kau berjoli baru prasan ehhhh. tak sudah kau blacklist kan nama anak kau, kau mntak duit lg. haih.

lpas tu aku kesian, sbb aku kan menantu yg baik, lol. so aku bg laa. tp diorg ingat tu duit suami aku. diorg taktau anak diorg takde duit. kalau mnharapkan duit anak diorg tu mati kebulur aku anak beranak. pastu korang bile duit bnyak skit kemain tuka fon baru beli hbag mahal2. time takde duit balek korang jual balek kan. aku taktau nak cakap diorg ni jenis ape.

aku tau kau bg anak kau kawen ngan aku konon boleh settle kan semua hutang kau ke? mntang family aku berada. kau gunakan anak kau pulak. silap besar la haaa. suami aku a.k.a anak kau dah bg duit blanje tetiap bulan kat korang berdua. yg sbnrnya duit blanje tu duit aku, sbb anak kau tu income sikit. cukup makan mulut die je. aku yg tanggung semua okayyy. dahlah anak kau tak bg nafkah kat aku dan anak, korang tambah pulak dgn hutang2 bodoh korang tu. time ade duit tak beragak nak settlekan hutang tp korang berjoli kan. lpastu nak bg anak kau yg lain hdup mewah, kau guna nama suami aku. 

lpastu kau tak bayar dan nama suami aku blacklist. bnyak cantik muka korang. konon alasan nak bg anak hidup mewah sanggup berhutang. tu namanya bod** tau takk. bukannya berkorban untuk besarkan anak2, tp kau lg merosakkan anak2 ade la.

lpastu baru ni call suami aku nak pnjam nama nak beli moto pulakkk. looooool kau dah blacklist kan nama die lg nak gune lg. lpastu suami aku bg tau la kan ke nama die dah blacklist. tapi diorg boleh jawab yg diorg ade member boleh buatkan loan even dah blacklist zzzzzz. then what? lpas dah bg guna nama korang tak bayar pulak kan? nak bia suami aku muflis agaknye. huh.

then kitorg pnye hdup jd tak tenang sbb mertua aku asek mntak duit. aku tau korang pembaca ni cadangkan kitorg untuk cerai kan? no no. suami aku is the best husband in the world. mayb die tak berharta tp bab2 lain die terbaik. tak perlu aku mention sini. kang jd tajuk ‘suami aku the best’ pulekkk. hurmm. now aku mngandung anak ke dua. insyaallah hujung bulan 12 ni bersalin.

now suami aku same2 run bisnes ngan aku. Alhamdulillah makin maju dan berjaya. kitorg pun tgh carik2 rumah nak beli huhu. mak bapak mertua aku? suami aku just bg duit belanja tetiap bulan. bnyak bg 1k sorang sebulan. dan suami aku dah nasihat diorg jgn berhutang ape semua lg as hutang2 diorg smua suami aku dah settle kan. kalau ade hutang lg suami aku cakap suami aku takkan ambek tahu dah. and mak bapak die meroyan huhuhu. yela takkan aku nak ajar suami aku benci mak bapak sndiri huhuhu. 

kitorg pun jarang balek sana, bukan ape, sbb dedua bz kerja. takdela jarang mane sebulan paling busuk pun msti skali balek. anak2 aku pun bibik dok jaga , kitorg pun tak bnyak spent time sgt, sbb yela muda lg ni nak carik ape yg termampu, sbb taknak jd mcm mentua aku tu kan huhu, ini kan pulak diorg meroyan tak dpt jumpe cucu huhu.

camtula ceritanya. aku singkatkan je sbb kalau nak cite betul2 panjang sgt. aku just nak nasihatkan, kalau korang nak kahwin tu, tolong la siasat dulu family balal suami/isteri korang. jgn jd mcm aku okay. cam aku ni nasik baik sumi aku okay. cuba korang bayangkan kalau suami aku jenis mcm mak bapak die jugak? haa. aku bersyukur dan redha atas ape yg jd, pengajaran untuk diri aku supaya lebih berhari2 dan smpaikan kat korang. Tolong la, sbb bile kau kahwin kau bukan kawhin dgn isteri/suami koraang je, korang kahwin ngan family die skali. sbb tu aku cakap siasat dulu sebelum kahwin. dah kawin lg payah huhu.

okaylah smpai sini je kisah aku dan mertua. insyaallah weekend ni aku anak branak pegi bercuti di istanbul. doakan kami selamat pergi dan pulang.

– mila


Bila Gaji Aku Lebih Tinggi Dari Suami , Aku Ego Baran, Sering Marah Suami ! Inilah Balasan Untuk Aku

21 Jun 2017


Zaman kini memang dah biasa wanita bekerja. Malah ada yang wanita mempunyai gaji lebih besar dari suaminya.

Sekiranya ego berjaya dikawal dan mengetepikan status kerja dalam keluarga, selalunya boleh hidup bahagia seperti biasa, namun jika ego menguasai diri, boleh musnah rumah tangga.

Ini merupakan kisah benar seorang isteri yang amat menyesali perbuatannya terhadap suami sehingga mengahalu suami dari rumah. Apa yang berlaku selepas kejadian itu tidak dapat ditarik balik.

Jom kita baca kisah ini, dan jadikanlah teladan serta pengajaran buat kita:

KISAH ISTERI EGO

Assalamualaikum readers….

Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana. Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.

KAHWIN MUDA

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21. Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.

ISTERI BARAN

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal. Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku.

GAJI ISTERI TINGGI, EGO

Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi ego. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami.

Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him.

Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat. Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

TAK PERCAYA SUAMI

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah. Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

RASA SERBA CUKUP

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n suami siap bawak bekal lagi.

Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.

Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.

Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi.

Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

HALAU SUAMI

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

KEMARAHAN MEMUNCAK SUAMI

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents suami aku pulak accident dalam perjalanan ambik suami aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.

Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku.

Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada suami aku. Rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Memang rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

PESANAN BUAT ISTERI LAIN

Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.

Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku

Kredit :  Sehinggit.Com



Orang Kampung Buka Puasa di Hotel Mewah

12 Jun 2017



Saya orang kampung. Rakyat marhaen biasa. Semalam sahabat baik saya seorang VIP menjemput saya berbuka puasa dengan beliau. Barangkali beliau ingin meraikan saya yang berada di KL sehari dua ini. Beliau mengajak saya berbuka puasa di sebuah hotel dengan hidangan yang mewah. Atas dasar meraikan jemputan sahabat maka saya pun hadir bersama dua orang yang mengiringi saya. Saya lihat ramai yang berbuka puasa di situ. Terdapat yang hadir atas belanja sendiri dan ramai juga atas syarikat masing-masing.

Saya sebenarnya kurang biasa berbuka di hotel dengan hidangan semewah itu. Semasa berbuka semalam, saya tidak bangun pun mengambil makanan-makanan hebat yang disediakan. Pertamanya saya rasa berat sedikit kerana nanti mengganggu orang ramai yang akan bertegur sapa dengan saya. Mungkin menggangu tumpuan mereka untuk mengambil makanan. Satu lagi, saya rasa tidak selesa apabila ada yang nak bergambar kerana latar makanan yang begitu ‘hebat’ nanti disalah fahami. 

Maka, saya hanya makan apa yang sahabat-sahabat lain ambil untuk meja kami. Itupun alhamdulillah, pelbagai jenis juga. Namun saya rasa kadar yang saya dapat makan dari hidangan itu tidak lebih dari 10 peratus harga berbuka puasa yang dibayar oleh sahabat saya itu. Saya terlebih dahulu berterima kasih kepada sahabat saya yang menjamu kami berbuka. Mungkin dia ingin berikan yang terbaik untuk saya. Semoga Allah berikan pahala untuk beliau. 

Kepadanya saya ucapkan seperti ucapan Nabi yang diriwayatkan oleh Anas r.a.: 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ إِلَى سَعْدِ بْنِ عُبَادَةَ فَجَاءَ بِخُبْزٍ وَزَيْتٍ فَأَكَلَ ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُونَ وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الْأَبْرَارُ وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلَائِكَةُ


“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Sa`ad bin `Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: “Telah berbuka puasa disisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.(Riwayat Abu Daud. sahih).


Juga ucapan seperti yang diajar oleh Nabi s.a.w: 

جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا


Namun, di sini sebagai orang kampung marhaen, saya ingin melontarkan sedikit pandangan tentang berbuka puasa di hotel mewah seperti itu;


1. Bunyian muzik semasa berbuka tidak membantu merealisasi suasana berdoa semasa berbuka. Terdapat pelbagai riwayat hadis yang menunjukkan galakan berdoa semasa iftar. Puasa melunakkan jiwa kita. Bunyi-bunyian yang berlebihan itu boleh memadam kekusyukan dan kehalusan rohani.

2. Pembaziran yang mungkin terjadi disebabkan tidak mungkin dapat dihabiskan makanan sepadan dengan harga yang dibayar. Kita semua tahu Islam melarang pembaziran.

3. Mungkin akan ada yang cuba makan berlebihan supaya sepadan dengan harga yang dibayar. Maka akan berlaku berlebihan dalam berbuka dan membawa kepada berat dan malas untuk solat dan ibadah yang lain selepas itu.

Nabi s.a.w. menyebut: 

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ


“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertga untuk pernafasan. (Riwayat al-Tirmizi, katanya: hadith ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadith ini hasan).


4. Waktu selepas berbuka jika tidak dikawal akan berlarutan di meja makan, padahal kita sepatutnya selepas selesai urusan berbuka menumpukan kepada urusan ibadah di masjid. Ramadan hanya sebulan. Kita sepatutnya memberikan ruang waktu untuk ibadah khususnya solat qiyam Ramadan ataupun tarawih yang hanya ada pada malam-malam Ramadan.

Mohon maaf, ini sekadar pandangan orang kampong seperti saya ini. Namun, jika perkara-perkara yang disebutkan di atas dapat diatasi maka tidak menjadi masalah untuk berbuka di mana sahaja termasuk di hotel mewah sekalipun. 

Ramadan terhad. Kedatangannya hanya sebulan dalam setahun. Ia merupakan peluang yang Allah buka untuk kita meningkatkan pahala. Tahun hadapan belum pasti kita bertemu lagi dengan Ramadan. Semoga kita mengambil kesempatan dari Ramadan ini. 


Kepada Allah kita pohon keampunan.

Kredit : Fb DrMaza




Gara-gara Wang Hantaran Tak Cukup RM1,000, Dicerai Talak Tiga Selepas Setengah Jam Jadi Isteri

11 Jun 2017


Selepas kecoh isu membabitkan sepasang bakal pengantin tidak jadi melangsungkan perkahwinan selepas didakwa berlaku salah faham ketika rundingan dipercayai membabitkan wang hantaran tidak dipenuhi pada Sabtu lalu, viral pula kisah mengenai seorang lelaki menceraikan isterinya selepas setengah jam melangsungkan pernikahan. 

Menerusi status yang dikongsi oleh seorang jurugambar yang dikenali sebagai Boii Amani Hashim, insiden didakwa berlaku selepas pihak keluarga pengantin perempuan ‘naik angin’ kerana wang hantaran yang sepatutnya berjumlah RM22,222.22 tidak dipenuhi oleh pengantin lelaki.

Kekecohan mula tercetus sejurus pengantin lelaki selesai melafaz akad. “Hantaran kahwin mak ayah perempuan ni letak, mahal gila, tapi si laki ni setuju. Aku tengok pun lelaki ini bukan calang-calang orang. “Hari akad nikah, gembira sahaja dua-dua belah pihak. Pengantin muka dah tak saba mengawan. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai, maka berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas sahaja si lelaki lafazkan akad.

“Hantaran pun bertukar tangan begitu gak ngan mas kahwin. Masa lelaki tu nak baca lafas takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising duit hantaran tak cukup seribu,” tulis Boii Amani Hashim dalam entri di laman Facebooknya, lewat petang semalam. Menyedari wang hantaran tidak cukup RM1,000, Boii Amani berkata pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduknya, sebelum meninggikan suara kepada suaminya.

“Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal ape tak cukup seribu…siap pihak pompuan perli-perli ‘dah tau tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenapa?’ “Yang pengantin lelaki walaupun mata berkaca, dia senyum saja,” tambahnya. Menurut Boii Amani, pengantin lelaki sengaja berbuat demikian dengan tidak memenuhi jumlah hantaran kerana mahu menguji keikhlasan isterinya.

“Dia (pengantin lelaki) amik ‘mic’ pastu dia cakap, baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni. Saje saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kamu macam mana. “Ni ada saya bawa wang yang tak cukup tu, (sambil buka beg yang berkepuk-kepuk duit 50 dan 100). Tak apa la…alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak tiga,” tulis Boii Amani yang turut menceritakan lelaki itu terus beredar daripada majlis tersebut.

Sehingga kini status tersebut dikongsi lebih 4,000 pengguna Facebook yang rata-rata mengkritik tindakan keluarga pengantin perempuan meletakkan nilai hantaran yang terlalu tinggi. Menurut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, mas kahwin (mahar) adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah hukum syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.

Islam menyerahkan persoalan mengenai kadar mas kahwin mengikut kemampuan seseorang serta tradisi masyarakat setempat. Sungguhpun demikian, Islam menganjurkan supaya bersederhana iaitu tidak meletakkan nilai mas kahwin terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah berdasarkan kemampuan masing-masing.

Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam agar mempermudah mahar sebagaimana dalam sabda baginda yang bermaksud: “Mas kahwin yang paling baik adalah yang paling mudah.” (Riwayat Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak).

 

               MalaysianDigest

 

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.