Pandai-pandailah Nak Melepaskan Diri Dari Jerat Cinta Lelaki Tua
22 Apr 2022
"Perkongsian Informasi, Pendapat, Tips, Luahan, Travel, Kisah, Petua, Pengalaman, Resepi, Dan Pelbagai Artikel Yang Bermanfaat"
Bayangkan jika anda bangun pagi dalam keadaan rumah dengan makanan yang berselerak, dengan najis tikus di merata tempat, arghh stressnya!
Sebut sahaja masalah mana-mana rumah tentang haiwan perosak, masalah tikus sudah semestinya antara yang paling popular dan paling menjengkelkan. Jangan bimbang, dalam artikel ini kami kongsikan tentang cara halau tikus agar rumah anda bukan sahaja bersih, tetapi selamat daripada sebarang penyakit.
Sebelum meneruskan lebih lanjut, anda perlu tahu tanda-tanda kehadiran tikus di rumah anda. Bagaimana caranya? Terdapat beberapa tanda dan kesan yang boleh diperhatikan di sekeliling kawasan dalam rumah iaitu:
Apabila anda sudah tahu tentang tanda kehadiran tikus di rumah, terdapat beberapa tempat yang perlu diperiksa kerana sering menjadi laluan tikus. Tidak kira luar atau dalam rumah, kesemua tempat ini perlu melalui pemeriksaan yang teliti agar tidak ada seekor tikus pun yang terlepas.
Tikus yang paling sering dijumpai di dalam rumah adalah Tikus Norway (Rattus norvegicus), Tikus Rumah (Rattus rattus), dan Mencit (Mus Musculus). Tetapi menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa jenis tikus yang terdapat di Malaysia seperti Antaranya ialah:
Seterusnya, apabila kita sudah tahu di mana kawasan laluan tikus dan tanda-tandanya, makin mudah untuk kita aplikasikan cara yang berkesan untuk menghalau dan menghapuskan tikus ini. Berikut adalah cara-cara menghalau tikus yang boleh dipraktikkan di sekitar rumah anda.
Perkara pertama yang paling penting untuk menghalau tikus ialah menyekat tiga faktor utama tikus boleh hidup di dalam rumah anda iaitu makanan, minuman, dan sarangnya. Tidak ada gunanya jika anda mencuba pelbagai cara menghalau tikus, tanpa menitikberatkan perkara ini.
Bagi cara ini, anda boleh menggunakan perangkap tikus yang boleh dibeli di kedai atau menggunakan kreativiti untuk membuat perangkap sendiri. Kebiasaannya, setiap perangkap akan diletakkan sedikit cebisan makanan sebagai umpan untuk menarik perhatian tikus.
Selain itu, gam tikus juga boleh digunakan sebagai cara halau tikus atas siling rumah anda. Jangan lupa untuk taburkan sedikit cebisan makanan sebagai umpan. Tikus akan melekat pada permukaan gam yang kuat dan tidak boleh melepaskan diri. Walaupun begitu, jangan biarkan perangkap tikus ini terlalu lama, kerana tikus akan mati dan bangkai tikus akan mengeluarkan bau yang sangat busuk.
Bagi mereka yang sukakan kucing, ini mungkin masa yang baik untuk membela kucing. Si comel ini bukan sahaja boleh menjadi peneman anda di dalam rumah, tetapi boleh mengurangkan populasi tikus di rumah, kerana naluri semulajadinya untuk memburu mangsa.
Namun begitu, jangan biarkan si comel anda menjadikan tikus ini sebagai makanan mereka pula. Ini kerana, tikus boleh menyebabkan jangkitan cacing kepada usus atau toxoplasmosis dan juga keracunan makanan sekiranya tikus itu memakan umpan yang mengandungi racun tikus. Oleh itu, kami sediakan alternatif semulajadi pula bagi cara seterusnya untuk menghalau tikus. Teruskan membaca!
Bila musim durian setiap tahun, selain menikmati isi durian yang sangat lazat, kulit durian jangan dibuang tau! Anda boleh gunakan kulit durian sebagai salah satu cara halau tikus di rumah anda. Letakkan sahaja kulit durian di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah, tikus tidak akan suka dengan bau durian dan kulit durian yang berduri.
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan gantung atau letakkan di tempat yang sering menjadi sarang atau laluan tikus. Biarkan selama beberapa hari dan ganti dengan daun yang baru jika sudah kering.
Jika anda inginkan rumah yang berbau wangi dan pada masa yang sama dapat menghalau tikus, boleh sahaja gunakan daun pandan. Bau daun pandan yang wangi boleh digunakan untuk menghalau tikus.
Gantung serta letakkan beberapa helai daun pandan di lubang atau kawasan yang disyaki menjadi laluan tikus. Disebabkan daun pandan ini sangat mudah didapati di kawasan rumah di Malaysia, anda boleh berjimat, rumah berbau wangi, serta boleh menghalau tikus pada waktu yang sama!
Seterusnya, semburan serai wangi juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Apa yang menarik, pada zaman moden ini, semburan serai wangi ini mudah didapati dan dijual di kedai runcit atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Caranya juga cukup mudah, hanya semburkan semburan ini di kawasan sarang tikus atau laluannya.
Selain daripada alternatif bahan semulajadi, bahan dapur turut boleh digunakan sebagai salah satu ikhtiar atau cara untuk menghalau tikus. Gunakan sahaja serbuk lada hitam di dapur, dan taburkan di kawasan yang anda sering lihat menjadi laluan tikus.
Serbuk lada hitam ini boleh berfungsi dalam dua cara untuk menghalau tikus iaitu sebagai racun tikus semulajadi atau menghalau tikus. Lada hitam mengandungi sejenis bahan, iaitu piperine yang mampu membunuh tikus, jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Walaupun cara ini kurang berkesan berbanding racun kimia, ia merupakan satu alternatif yang berbaloi untuk dicuba.
Bau serbuk lada hitam juga boleh mendatangkan iritasi kepada tikus yang boleh membuatkan mereka menjauhi kawasan yang ditaburkan serbuk ini.
Tahukah anda, limau purut yang biasanya digunakan sebagai mandian untuk menghilangkan bau badan, ia juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Caranya, potong limau purut kepada dua bahagian dan letakkan sahaja di kawasan laluan tikus. Selain daripada buah limau purut, daun limau purut turut boleh digunakan dengan cara yang sama.
Cara ini merupakan salah satu petua menghalau tikus yang sering dikongsikan oleh atuk nenek kita.
Cuka yang paling sesuai digunakan untuk menghalau tikus ialah cukai putih. Bagi menggunakan kaedah ini, anda memerlukan kapas dan juga cuka. Caranya adalah seperti berikut:
Daun pudina atau minyak pudina bukan sahaja boleh digunakan sebagai wangian terapi di dalam rumah, tetapi juga sebagai penghalau tikus di kediaman anda. Selain bebas kimia, ia juga merupakan salah satu alternatif yang bagus jika anda mempunyai anak kecil di rumah.
Cara untuk menggunakan minyak pudina ini juga sangat mudah. Campurkan minyak pudina bersama dengan air dan semburkan di sekitar kawasan yang menjadi laluan tikus. Apa yang menarik, selain menghalau tikus, minyak pudina ini juga boleh digunakan untuk menghalau lipas.
Jika cara semulajadi masih tidak mendatangkan kesan, anda boleh beralih dengan menggunakan bahan kimia iaitu ubat gegat. Ubat gegat atau naphtalene hanya perlu diletakkan di tempat yang sering menjadi kawasan laluan atau sarang tikus.
Walaupun tikus tidak suka dengan bau yang dikeluarkan oleh ubat gegat ini, namun awas, ubat gegat ini turut mengandungi racun yang bukan sahaja berbahaya kepada tikus, tetapi juga anak kecil. Oleh kerana ubat gegat ini biasanya berwarna-warni, bentuknya sering disalahertikan sebagai gula-gula oleh kanak-kanak.
Jika semua cara di atas tidak mendatangkan sebarang hasil, mungkin ini masanya anda mendapatkan bantuan dengan khidmat profesional. Walaupun cara ini memerlukan sejumlah kos, tetapi ia sangat berbaloi untuk digunakan bagi mengelakkan masalah tikus ini menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerugian harta benda yang lebih banyak.
Sebelum membuat keputusan memilih syarikat kawalan serangga yang sesuai, buat perbandingan harga dan ulasan dari beberapa syarikat dahulu sebelum memilih yang terbaik untuk bajet anda.
Masalah tikus di dalam rumah ini bukan sahaja menjengkelkan, malah boleh mendatangkan penyakit jika tidak dikendalikan dari awal. Semoga dengan perkongsian kali ini, anda dapat mengurangkan masalah tikus di rumah anda. Semoga berjaya!