SLIDER
13 Cara Halau Tikus Dari Rumah Dengan Berkesan
6 Apr 2022
Rumah anda banyak tikus berkeliaran? Cuba praktikkan cara halau tikus dan perangkap tikus yang kami kongsikan di bawah supaya haiwan perosak ini tidak lagi datang ke rumah anda buat selama-lamanya!
Bayangkan jika anda bangun pagi dalam keadaan rumah dengan makanan yang berselerak, dengan najis tikus di merata tempat, arghh stressnya!
Sebut sahaja masalah mana-mana rumah tentang haiwan perosak, masalah tikus sudah semestinya antara yang paling popular dan paling menjengkelkan. Jangan bimbang, dalam artikel ini kami kongsikan tentang cara halau tikus agar rumah anda bukan sahaja bersih, tetapi selamat daripada sebarang penyakit.
Tanda tikus ada di rumah
Sebelum meneruskan lebih lanjut, anda perlu tahu tanda-tanda kehadiran tikus di rumah anda. Bagaimana caranya? Terdapat beberapa tanda dan kesan yang boleh diperhatikan di sekeliling kawasan dalam rumah iaitu:
- Najis tikus seperti bentuk beras berwarna coklat gelap
- Kesan gigitan pada plastik makanan, perabot kayu, wayar elektrik
- Kesan kotoran pada dinding di sepanjang laluan haiwan perosak ini, disebabkan kotoran pada badan tikus yang bergesel dengan permukaan dinding
- Bunyi cakaran dari atas siling pada waktu malam. Disebabkan tikus aktif pada waktu malam, bunyi cakaran akan didengari pada waktu ini
- Kesan tapak kaki kecil. Bagi mengetahui laluan aktif yang dilalui tikus, taburkan tepung di sekeliling laluan yang disyaki menjadi laluan tikus. Kesan tapak kaki yang baru akan dapat dilihat pada keesokan paginya
- Lubang dalam tanah. Tikus boleh membina lubang dalam tanah sebagai sarang, tempat simpanan mereka atau menjadi laluan tikus ke dalam rumah.
- Sarang tikus. Tikus kebiasaannya akan membuat sarang di kawasan yang tersembunyi dengan menggunakan cebisan kertas atau kain. Dalam sarang tikus ini, biasanya anda akan menjumpai anak-anak tikus yang masih kecil dan sarang ini akan terletak berdekatan dengan sumber makanan seperti peti sejuk.
Tempat yang sering menjadi laluan tikus di rumah anda
Apabila anda sudah tahu tentang tanda kehadiran tikus di rumah, terdapat beberapa tempat yang perlu diperiksa kerana sering menjadi laluan tikus. Tidak kira luar atau dalam rumah, kesemua tempat ini perlu melalui pemeriksaan yang teliti agar tidak ada seekor tikus pun yang terlepas.
Kawasan di luar rumah:
- Longkang- Pastikan longkang anda bertutup atau periksa sekiranya terdapat lubang tikus di kawasan longkang
- Kawasan kebun- Perhatikan tanah di sekitar tanaman kebun, periksa sama ada terdapat lubang tikus atau tidak di dalam tanah
- Garaj kereta- Pasti anda biasa dengar kereta yang rosak disebabkan wayar kereta digigit haiwan perosak ini kan? Perhatikan di sekitar kawasan garaj, atau kawasan berkayu kerana ia boleh menjadi laluan tikus.
Kawasan di dalam rumah:
- Siling atau bumbung rumah- Tinjau keadaan siling rumah anda, jika ada kehadiran tikus, kawasan bumbung dan siling akan dipenuhi najis tikus dan sarangnya.
- Dapur- Sumber makanan merupakan salah satu punca kenapa tikus masuk ke dalam rumah kita. Periksa di kawasan belakang peti sejuk yang tersembunyi.
- Ruang membasuh pakaian- Ruang membasuh pakaian perlu dipastikan sentiasa kering. Paip yang bocor dan titisan air boleh menjadi sumber bekalan air buat haiwan perosak ini.
Jenis-jenis tikus
Tikus yang paling sering dijumpai di dalam rumah adalah Tikus Norway (Rattus norvegicus), Tikus Rumah (Rattus rattus), dan Mencit (Mus Musculus). Tetapi menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa jenis tikus yang terdapat di Malaysia seperti Antaranya ialah:
- Tikus rumah (Rattus rattus diardii)
- Tikus Norway (Rattus norvergicus)
- Tikus rumah kecil (Mus musculus)
- Tikus sawah (Rattus argentiventer)
- Tikus kayu (Rattus tiomanicus)
- Tikus Burma (Rattus exculans).
Cara halau tikus dari rumah
Seterusnya, apabila kita sudah tahu di mana kawasan laluan tikus dan tanda-tandanya, makin mudah untuk kita aplikasikan cara yang berkesan untuk menghalau dan menghapuskan tikus ini. Berikut adalah cara-cara menghalau tikus yang boleh dipraktikkan di sekitar rumah anda.
1. Sekat sumber makanan, minuman, dan sarang tikus
Perkara pertama yang paling penting untuk menghalau tikus ialah menyekat tiga faktor utama tikus boleh hidup di dalam rumah anda iaitu makanan, minuman, dan sarangnya. Tidak ada gunanya jika anda mencuba pelbagai cara menghalau tikus, tanpa menitikberatkan perkara ini.
- Sumber makanan boleh disekat dengan memastikan kawasan dapur, peti sejuk anda sentiasa diselenggara dan dibersihkan untuk memastikan tiada makanan yang terdedah, atau lubang tikus. Pastikan tong sampah yang berisi sisa makanan tertutup dan tidak dibiarkan terdedah
- Sumber minuman pula boleh disekat dengan memastikan tiada saluran paip yang bocor yang menyebabkan air bertakung. Lopak kecil ini mungkin nampak remeh bagi anda, tetapi bagi tikus, ia sumber minuman mereka.
- Sarang atau tempat berlindung. Rumah yang berselerak merupakan syurga bagi tikus untuk membiak kerana mereka mempunyai tempat untuk bersembunyi. Pastikan setiap rekahan, lubang serta celah-celah ruang di rumah anda dibaiki dan ditutup.
2. Perangkap tikus
Bagi cara ini, anda boleh menggunakan perangkap tikus yang boleh dibeli di kedai atau menggunakan kreativiti untuk membuat perangkap sendiri. Kebiasaannya, setiap perangkap akan diletakkan sedikit cebisan makanan sebagai umpan untuk menarik perhatian tikus.
Selain itu, gam tikus juga boleh digunakan sebagai cara halau tikus atas siling rumah anda. Jangan lupa untuk taburkan sedikit cebisan makanan sebagai umpan. Tikus akan melekat pada permukaan gam yang kuat dan tidak boleh melepaskan diri. Walaupun begitu, jangan biarkan perangkap tikus ini terlalu lama, kerana tikus akan mati dan bangkai tikus akan mengeluarkan bau yang sangat busuk.
3. Bela kucing
Bagi mereka yang sukakan kucing, ini mungkin masa yang baik untuk membela kucing. Si comel ini bukan sahaja boleh menjadi peneman anda di dalam rumah, tetapi boleh mengurangkan populasi tikus di rumah, kerana naluri semulajadinya untuk memburu mangsa.
Namun begitu, jangan biarkan si comel anda menjadikan tikus ini sebagai makanan mereka pula. Ini kerana, tikus boleh menyebabkan jangkitan cacing kepada usus atau toxoplasmosis dan juga keracunan makanan sekiranya tikus itu memakan umpan yang mengandungi racun tikus. Oleh itu, kami sediakan alternatif semulajadi pula bagi cara seterusnya untuk menghalau tikus. Teruskan membaca!
4. Kulit durian
Bila musim durian setiap tahun, selain menikmati isi durian yang sangat lazat, kulit durian jangan dibuang tau! Anda boleh gunakan kulit durian sebagai salah satu cara halau tikus di rumah anda. Letakkan sahaja kulit durian di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Insya-Allah, tikus tidak akan suka dengan bau durian dan kulit durian yang berduri.
5. Daun durian belanda
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan gantung atau letakkan di tempat yang sering menjadi sarang atau laluan tikus. Biarkan selama beberapa hari dan ganti dengan daun yang baru jika sudah kering.
6. Daun pandan
Jika anda inginkan rumah yang berbau wangi dan pada masa yang sama dapat menghalau tikus, boleh sahaja gunakan daun pandan. Bau daun pandan yang wangi boleh digunakan untuk menghalau tikus.
Gantung serta letakkan beberapa helai daun pandan di lubang atau kawasan yang disyaki menjadi laluan tikus. Disebabkan daun pandan ini sangat mudah didapati di kawasan rumah di Malaysia, anda boleh berjimat, rumah berbau wangi, serta boleh menghalau tikus pada waktu yang sama!
7. Semburan serai wangi
Seterusnya, semburan serai wangi juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Apa yang menarik, pada zaman moden ini, semburan serai wangi ini mudah didapati dan dijual di kedai runcit atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Caranya juga cukup mudah, hanya semburkan semburan ini di kawasan sarang tikus atau laluannya.
8. Serbuk lada hitam
Selain daripada alternatif bahan semulajadi, bahan dapur turut boleh digunakan sebagai salah satu ikhtiar atau cara untuk menghalau tikus. Gunakan sahaja serbuk lada hitam di dapur, dan taburkan di kawasan yang anda sering lihat menjadi laluan tikus.
Serbuk lada hitam ini boleh berfungsi dalam dua cara untuk menghalau tikus iaitu sebagai racun tikus semulajadi atau menghalau tikus. Lada hitam mengandungi sejenis bahan, iaitu piperine yang mampu membunuh tikus, jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Walaupun cara ini kurang berkesan berbanding racun kimia, ia merupakan satu alternatif yang berbaloi untuk dicuba.
Bau serbuk lada hitam juga boleh mendatangkan iritasi kepada tikus yang boleh membuatkan mereka menjauhi kawasan yang ditaburkan serbuk ini.
9. Limau purut
Tahukah anda, limau purut yang biasanya digunakan sebagai mandian untuk menghilangkan bau badan, ia juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Caranya, potong limau purut kepada dua bahagian dan letakkan sahaja di kawasan laluan tikus. Selain daripada buah limau purut, daun limau purut turut boleh digunakan dengan cara yang sama.
Cara ini merupakan salah satu petua menghalau tikus yang sering dikongsikan oleh atuk nenek kita.
10. Cuka
Cuka yang paling sesuai digunakan untuk menghalau tikus ialah cukai putih. Bagi menggunakan kaedah ini, anda memerlukan kapas dan juga cuka. Caranya adalah seperti berikut:
- Mop dan bersihkan kawasan yang sering menjadi laluan tikus
- Celup bebola kapas ke dalam cuka. Bagi mengelakkan iritasi pada tangan anda, gunakan sarung tangan
- Letakkan bebola kapas yang dicelup cuka tadi di kawasan laluan atau sarang tikus
- Sekiranya bebola kapas yang dicelup cuka telah kering, anda hanya perlu celupkan bebola kapas yang sama ke dalam cuka dan letakkan kembali di tempat asalnya.
11. Minyak pudina
Daun pudina atau minyak pudina bukan sahaja boleh digunakan sebagai wangian terapi di dalam rumah, tetapi juga sebagai penghalau tikus di kediaman anda. Selain bebas kimia, ia juga merupakan salah satu alternatif yang bagus jika anda mempunyai anak kecil di rumah.
Cara untuk menggunakan minyak pudina ini juga sangat mudah. Campurkan minyak pudina bersama dengan air dan semburkan di sekitar kawasan yang menjadi laluan tikus. Apa yang menarik, selain menghalau tikus, minyak pudina ini juga boleh digunakan untuk menghalau lipas.
12. Ubat gegat
Jika cara semulajadi masih tidak mendatangkan kesan, anda boleh beralih dengan menggunakan bahan kimia iaitu ubat gegat. Ubat gegat atau naphtalene hanya perlu diletakkan di tempat yang sering menjadi kawasan laluan atau sarang tikus.
Walaupun tikus tidak suka dengan bau yang dikeluarkan oleh ubat gegat ini, namun awas, ubat gegat ini turut mengandungi racun yang bukan sahaja berbahaya kepada tikus, tetapi juga anak kecil. Oleh kerana ubat gegat ini biasanya berwarna-warni, bentuknya sering disalahertikan sebagai gula-gula oleh kanak-kanak.
13. Servis kawalan serangga perosak
Jika semua cara di atas tidak mendatangkan sebarang hasil, mungkin ini masanya anda mendapatkan bantuan dengan khidmat profesional. Walaupun cara ini memerlukan sejumlah kos, tetapi ia sangat berbaloi untuk digunakan bagi mengelakkan masalah tikus ini menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerugian harta benda yang lebih banyak.
Sebelum membuat keputusan memilih syarikat kawalan serangga yang sesuai, buat perbandingan harga dan ulasan dari beberapa syarikat dahulu sebelum memilih yang terbaik untuk bajet anda.
Masalah tikus di dalam rumah ini bukan sahaja menjengkelkan, malah boleh mendatangkan penyakit jika tidak dikendalikan dari awal. Semoga dengan perkongsian kali ini, anda dapat mengurangkan masalah tikus di rumah anda. Semoga berjaya!
Berpantang Dengan Confinement Lady
13 Jul 2017
9.30am- suruh aku bertangas (sambil tu dia prepare lauk untuk lunch)
10.30am- start urut aku (czer so urut belakang tapi sedaplaa dia urut tak macam tukang urut uptown nak patah tulang aku)
12.00pm- done urut and tunku, balut badan aku dengan plastik sekali minyak panas nak mampos, ikatkan bengkung (aku terpaksa pakai air cond sebab tak tahan gilaa panas masa ni, agaknya kalau aku tahan je mesti badan aku dah kurus gila, haha)
12.30pm- aku lunch, tunggu aku susukan baby sebab badan aku dah tegang time ni nak baring semua need help.
1.00pm- kemas kemas barang dia then balik
Ibu Berpantang Jangan Pandang Enteng Pembunuh Senyap Wanita – Dr. Mardiana Kipli
11 Jul 2017
- Berumur lebih daripada 35 tahun
- Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
- Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
- Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
- Menjalani pembedahan caesarean
- Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
- Dehidrasi
- Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
- Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
- Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
- Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
- Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
- Kandungan kembar
- Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)
Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi.
- Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
- Sukar untuk bernafas
- Sakit dada
- Batuk berdarah
- Nadi sangat laju
Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism. Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.
- Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
- Aktif bergerak dan berjalan
- Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
- Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .
Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital.
Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.
- Reducing The Risk of Venous Thromboembolism In Pregnancy and Puerperium. RCOG Green-top Guideline. 37a; 2015
- Oportus SL. Rodrigues LP et al. Lymph Drainage in Pregnant Women. NCBI;2013
- Nelson Piercy C. handbook of obstetric medicine. Informa healthcare 2010; 4:19-39
- Arulkumaran S. Training in Obstetrics and gynaecology, the essential curriculum. OST 2009;1:224-226



