SLIDER

bersalin
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Wanita Perlu Tahu Cara Sebenar Kesan Peranakan Jatuh

24 May 2022


Tahukah anda peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil, peranakan jatuh yang lebih di kenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.


Antara Simptom Peranakan Jatuh
  • Rasa berat disekitar kawasan ari2. Seperti sesuatu yang bergayut. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar dibahagian pembukaan faraj tu.
  • Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga
  • Kencing rasa tidak lawas. Even dah ke toilet. Tapi rasa macam ada je lagi air kencing nk keluar. Bila diteran tak ada apa yang keluar.
  • Senak bila bersama suami. Ini very obvious.
  • Sakit pinggang yg seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari2.waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
  • Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Cara hendak mengetahuinya :
  • Jumpa doktor, biasanya doktor akan menggunakan alatan tertentu untuk buka bahagian bukaan vagina dan akan cek keadaan pangkal rahim berada di tahap mana.
  • Jumpa tukang urut/ bidan, kebiasaanya tukang urut/ bidan bila tekan mereka akan tahu keadaan peranakan/rahim kita berada di tempat yang betul atau tidak. Kemudian mereka akan sengkak (angkat) naik untuk letak di tempat yang betul.
  • Anda juga boleh mengesan sendiri dengan cara berikut :

1.Cara pertama :
Dalam keadaan posisi berbaring, letakkan ibu jari pada bahagian dalam pusat, jika terasa ada nadi berdenyut-denyut, itu tandanya peranakan/rahim berada di tempat yang betul.
Tetapi jika terasa denyutan nadi berada di bawah pusat ataupun tundun vagina, itu tandanya peranakan/rahim telah terturun ke bawah.

2.Cara kedua :
Duduk dalam keadaan mencangkung, masukkan jari ke dalam faraj dan cuba sentuh objek berbentuk bulat.
Ia lembut dan seperti guli. Kalau jari dapat mencapainya dengan mudah bermakna peranakan/rahim telah terturun. Untuk mendapatkan kepastian. Ambil cermin dan lihat pada lubang vagina, ada atau tidak, secebis daging terkeluar. Jika ada, itu tanda peranakan/ rahim sudah berada terlalu ke bawah dari tempat asalnya


Faktor-faktor peranakan jatuh:
  • Menopaus
  • Kerap mengandung
  • Melahirkan bayi yang besar serta mengalami trauma sewaktu bersalin seperti penggunaan forcep atau vakum
  • Meneran ketika bersalin atau melakukan kerja dengan memberi tekanan kepada abdomen
  • Peningkatan berat badan
  • Sembelit
  • Batuk atau bersin yang tidak berhenti selama dua bulan
  • Merokok
  • Jika sudah pernah melahirkan, suka angkat benda berat dan mempunyai berat badan melampau, sakit bahagian ari-ari serta sukar kawal kencing, berkemungkinan peranakan dah terturun.
  • Merawat peranakan jatuh dengan senaman otot

Melakukan senaman yang boleh menguatkan otot-otot faraj. Senaman pada faraj yang mudah dilakukan dimana-mana pada pada bila-bila masa dan tidak memerlukan peralatan serta belanja. Beberapa teknik boleh dijadikan panduan untuk melakukan senaman kemutan yang mampu menguatkan kembali dinding rahim.

Berikut ada gambarajah senaman kemutan yang dapat membantu :



Doktor Cerita Pengalaman Dirinya Bersalin, Sakit & Seksanya Contraction Pain Berbanding Episiotomi

10 May 2022


Setelah 9 bulan mengandung saat yang paling mendebarkan bagi seorang wanita pastinya waktu melahirkan anak.Apatah lagi jika ia pengalaman bersalin kali pertama.

Macam-macam perasaan wujud dalam hati, apabila memikirkan situasi yang perlu ditempuhi sebelum selamat melahirkan seorang bayi.

Melalui perkongsian oleh Dr Anisah Ali, beliau berkongsi tentang pengalaman dirinya ketika bersalin dan perkara yang patut ibu-ibu dan para suami/ahli keluarga lakukan sebagai persediaan ketika menghadapi saat getir ini.

Waktu saya pregnant dulu.
Benda yang paling saya takut adalah Episiotomy.
Sebab dari sekolah duk dengar cerita pasal kene gunting apa semua. Then kena jahit.
Huii seram oi!

9bulan pregnant, itu yang paling saya gerun.
Sampaikan tiba hari nak bersalin, rupanya.. episiotomy tu tak rasa apa pun! Yang teruk saya rasa adalah contraction pain.

Mak saya sampai sekarang gelakkan saya sebab saya punya response to contraction pain tu sangat dramatic. (Blame the indian blood in me, pain threshold rendah ya ampun).

Lepas bersalin saya rasa macam nak marah sebab takde siapa tekankan pada saya tentang sakitnya dan seksanya contraction pain tu.

Sebabkan pengalaman pertama tu mengajar saya. (Have to say i learnt the hard way).

Sampai waktu nak melahirkan anak kedua. Saya dah lebih bersedia untuk hadapi contraction pain tu.

Saya dah tahu apa perlu buat untuk kawal diri dan kawal sakit.
Dan sekarang, saya bertugas di department OnG. Hampir semua patients saya, saya maklumkan siap-siap tentang sakit contraction tu. Supaya diaorang tak terkejut macam saya dulu.

Saya inform siap-siap apa yang mereka perlu anticipate dan apa yang mereka boleh buat untuk bantu kurangkan sikit rasa sakit tu.

Persediaan Sewaktu Proses Bersalin;

So, pregnant mommies out there,
1) Bersiaplah untuk proses bersalin tu. Siapkan fizikal dan siapkan mental. Contraction pain SANGAT SAKIT!

2) Waktu sakit, jangan panik. Cari tangan orang yang paling hampir. Pegang tangan dia dan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan sambil tutup mulut. Insya Allah.Boleh tu.

3)Suami/Ahli keluarga perlu jadi sangat membantu time isteri nak bersalin.Urut belakang dia, urut kaki dia.

4)Coach breathing Technique pada dia. Sebab time sakit tu kita panik kadang sampai tak boleh fikir macamana nak tarik nafas. Suami kena tolong coach.

5)Pegang tangan dia. Bagi isteri genggam tangan tu. Dia perlu tahu yang dia tak sorang-sorang dalam battle tu. :)

6)Bagi dia assurance yang sakit tu sekejap je lagi. Remind dia "Baby dah nak turun dah. Sikit je lagi, Sayang."
Dia perlukan semangat macam tu. Dia perlu tahu yang sakit tu dah nak berakhir.

InsyaAllah, jasa jasa orang waktu kita nak bersalin tu takkan dilupakan.

Hatta orang tu tolong setakat urut jari kelingking pun dia akan ingat. Sebab time sakit tu kita memang rasa helpless dan in need of support sangat.

Semoga bermanfaat apa yang dikongsikan ni.
Sampai sini dulu coretan Nisa Ali.
Next boleh cerita pasal cara nak elak luka besar pulak. Ehehe. InsyaAllah.

Info Ekstra!

* Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj.

Sumber: Anisah Ali
Oleh:Suhaidah Abd Wahab
   

Mencegah Kehamilan Menggunakan IUD Boleh , Tapi AWASS ! Ada Risiko Mengandung Luar Rahim. ALERT

18 Mar 2022



Alat kontraseptif dalam rahim (IUD) merupakan salah satu kaedah kontrasepsi yang sering digunkan oleh wanita untuk cegah kehamilan.

Walaupun alat tersebut berkesan untuk mencegah kehamilan, ia bukan 100% efektif.  Berbanding dengan kaedah kontrasepsi yang lain, alat kontraseptif dalam rahim mempunyai tahap keberkesanan yang sangat tinggi.

Dalam tempoh 1 tahun penggunaan, nisbah kegagalan wanita yang menggunakan kaedah kontrasepsi ini adalah 1:100.  Ini bermakna, dalam kalangan 100 wanita yang menggunakannya, pemakaian oleh 1 individu gagal untuk cegah kehamilan.

Secara teorinya, alat kontraseptif dalam rahim mempunyai keberkesanan pada kadar 99%. Persoalannya di sini, apakah faktor yang menyebabkan kegagalan fungsi alat kontraseptif dalam rahim?

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.


Bukan Semua Wanita Berjaya Cegah Kehamilan Menggunakan IUD

Jika ingin dibandingkan dengan kaedah kontrasepsi yang lain, IUD merupakan satu alternatif yang mudah. Secara idealnya, tiada kesilapan daripada pihak pengguna memandangkan ia bukanlah seperti pil yang perlu diambil setiap hariBergantung kepada model IUD, pengguna berupaya untuk cegah kehamilan selama 5 tahun sebelum tamat tarikh luputnya. IUD merupakan salah satu daripada kaedah kawalan kehamilan sementara yang banyak disarankan kepada wanita yang ingin merancang kehamilanWalau bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit, model IUD yang berbeza mempunyai kadar kegagalan yang berlainan. IUD yang diperbuat daripada tembaga mempunyai kadar kegagalan setinggi 0.8% manakala IUD hormon, levonorgestrel mempunyai kadar kegagalan di antara 0.1% hingga 0.4%.

Mereka yang menggunakan kaedah ini berisiko untuk gagal cegah kehamilan terutamanya jika hubungan seksual dilakukan dalam tempoh 7 hari selepas pemasangan. IUD yang dipasang boleh beralih daripada kedudukan yang sepatutnya menyebabkan fungsinya terganggu. Walaupun keadaan tersebut dianggap jarang berlaku, namun menurut the American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), risiko untuk alat kontraseptif dalam rahim itu beralih adalah di antara 2 hingga 10% dalam tempoh 1 tahun. Mereka yang menyusu badan atau baru lepas bersalin mempunyai risiko yang tinggi untuk alat kontraseptif dalam rahim mereka beralih. Ini meningkatkan kadar kegagalan langkah kontrasepsi untuk cegah kehamilan.

Antara gejala dan simptom yang boleh dialami oleh wanita yang mempunyai masalah ini adalah seperti berikut:

  • ~Benang IUD yang keluar dari faraj kelihatan pendek daripada biasa
  • ~Pendarahan yang banyak
  • ~Kram perut luar biasa
  • ~Lendiran faraj yang banyak

Gagal Cegah Kehamilan Sebabkan Kehamilan Biasa @ Luar Rahim

Bagi wanita yang mengalami kegagalan fungsi IUD, mereka berisiko untuk mendapat komplikasi kehamilan luar rahim. Keadaan ini berlaku apabila embrio yang sepatutnya ditanam pada dinding rahim berada di kawasan luar rahim seperti:

  • ~Tiub falopian
  • ~Ovari
  • ~Ruang abdomen
  • ~Serviks

Menurut ACOG, komplikasi akibat kegagalan alat kontraseptif dalam rahim untuk cegah kehamilan boleh menyebabkan simptom seperti berikut:

  • ~Sakit belakang pada bahagian bawah
  • ~Sakit abdomen atau pada bahagian pinggul
  • ~Pendarahan faraj tidak normal
  • ~Kram pada salah satu bahagian pinggul

Jika mereka yang mengalami keadaan ini tidak dirawat dengan kadar segera, simptom yang lebih serius boleh timbul. Antaranya adalah:

  • ~Sakit teruk pada bahagian abdomen atau pinggul
  • ~Kelesuan dan lemah badan
  • ~Pening kepala dan pengsan
  • ~Sakit pada bahagian bahu

Jika anda atau pasangan mempunyai simptom seperti yang dinyatakan, rawatan perlu diberikan dengan kadar segera. Mereka yang mengalami kehamilan luar rahim berisiko untuk mati akibat pendarahan dalaman.

Pilihan Bagi Yang Gagal Cegah Kehamilan

Jika anda mengalami simptom kehamilan, anda perlu membuat ujian kehamilan atau hadir ke klinik terdekat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Antara simptom yang menunjukkan anda gagal untuk cegah kehamilan:

  • ~Mabuk hamil (muntah dan loya)
  • ~Sakit pada bahagian payudara
  • ~Mengidam
  • ~Perubahan pada mood
  • ~Kelesuan
  • ~Tidak datang haid

Lebih penting lagi jika anda mengalami gejala yang menunjukkan anda mungkin hamil di luar rahim. Jika ragu, pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan pengesahan. Jika anda mengalami komplikasi hamil luar rahim, prosedur pembedahan laparoskopik akan dilakukan bagi mengeluarkan janin pada kawasan bukan rahim.

Bagaimana pula jika kegagalan untuk cegah kehamilan menyebabkan wanita tersebut hamil biasa? Pilihan yang akan diberikan kepada pasangan suami isteri bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah:

  • ~Usia kandungan
  • ~Kedudukan IUD
  • ~Akses kepada benang IUD
  • ~Permintaan daripada wanita itu sendiri

Sekiranya wanita tersebut membuat keputusan untuk meneruskan kehamilan, pemeriksaan akan dibuat. Jika benang IUD tidak kelihatan di luar faraj, doktor akan menggunakan mesin ultrasound bagi menentukan kedudukannya.

  • ~Jika IUD tidak kelihatan, ujian x-ray akan dibuat bagi mengesan kedudukan alat tersebut
  • ~Sekiranya IUD berada pada serviks, doktor akan menarik keluar IUD tersebut
  • ~Jika IUD berada di atas serviks, doktor akan menasihatkan perihal komplikasi dan risiko yang boleh dialami sekiranya kehamilan ingin diteruskan.

Konklusi

Penggunaan IUD untuk cegah kehamilan digalakkan terutamanya kepada ibu yang baru sahaja lepas bersalin.

Perkara ini penting bagi memastikan si ibu mempunyai ruang masa untuk menjaga bayi yang baru lahir sebelum cuba untuk hamil sekali lagi.

Jika anda ingin menggunakan IUD atau menghadapi masalah berkaitan dengan penggunaannya, hadirkan diri anda ke pusat kesihatan terdekat.

Kredit : Hello Doktor


Isteri Mualaf Ditinggal Semasa Pantang

25 Jul 2017


MASA belum dapat macam-macam ‘diayat’, sampai tergoda dan tinggalkan keluarga kerana cinta dengan harapan orang yang dicintai akan melindungi hingga ke hujung nyawa.

Belum pun hilang wangi bunga rampai dan bunyi kompang dari telinga, dia mula buat perangai. Alasan tidak mahu menghampakan permintaan ibu. Mudahnya lelaki buat keputusan.

Begitulah habis madu sepah dibuang. Demikian mukadimah saya minggu ini. Nak tahu kisah lanjut, kita ikuti cerita Efa (bukan nama sebenar).

Ini ceritanya.

“Saya berusia awal 30-an, seorang mualaf yang berkahwin dengan Asnan (bukan nama sebenar) sejak tiga tahun lalu. Kami dikurnia­kan seorang anak lelaki berusia dua tahun.

“Saya hanya seorang kerani di sebuah syarikat kecil yang berurusan dengan kontraktor. Gaji pun tidak seberapa. Saya berkahwin dengan Asnan setelah jatuh cinta dengannya sebab dia selalu datang berurusan di tempat kerja saya.

“Pada mulanya, saya risau juga sebab kami berlainan agama dan adat tetapi dia menyakinkan saya yang dia akan menjaga saya sampai ke hujung nyawanya.

“Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan penyayang. Itu di awal perkahwinan kami. Namun ujian rumah tangga untuk saya sangat hebat.

“Kami berkahwin tanpa restu ibu bapa dan keluarga Asnan. Ibunya membantah keras hajat dia memperisterikan saya. Tapi dia nekad mengahwini saya ke­rana tidak mahu berpisah dengan saya.

“Kami bernikah di pejabat agama sebulan selepas saya memeluk Islam. Alhamdulillah, bos tempat kerja saya juga membantu urusan tersebut untuk kami.

“Setelah bernikah, kami menyewa sebuah rumah berhampiran tempat kerja saya sementara Asnan berulang alik ke tempat kerjanya kira-kira 25 kilometer dari rumah kami.

“Di peringkat awal, Asnan sa­ngat penyayang. Saya kagum dengan sikap penyayang yang dia tunjukkan kepada saya. Janjinya, tidak akan sia-siakan saya, saya pegang sampai hari ini.

“Keadaannya mula berubah selepas anak sulung kami lahir. Semasa saya dalam pantang, dia tidak pedulikan saya. Dia kerap balik ke rumah ibunya yang mana sebelum ini, dia tidak pernah buat kerana keluarganya tidak terima saya.

“Masih saya ingat kata-katanya yang dia tidak akan balik ke rumah ibunya sehingga mereka semua menerima saya. Tapi keadaan menjadi sebaliknya. Saya tidak mahu cerita kenapa kerana saya tidak mahu berburuk sangka dengan dia dan keluarganya.

“Semasa saya dalam pantang sebulan, sampai ke telinga saya khabar sedih. Suami kahwin lagi atas permintaan ibunya. Hancur hati saya. Sedihnya hanya Allah yang tahu. Saya menangis berminggu-minggu, memeluk bayi kami yang tidak tahu apa-apa.

“Ketika saya sedang bergelut dengan anak yang masih belum habis pantang dan keadaan kesihatan yang belum sihat sepenuhnya, Allah uji saya. Mujur ada seorang kawan, Nasha namanya yang prihatin dengan saya membantu.

“Setelah lebih dua bulan Asnan tinggalkan rumah dan tinggal bersama isteri baharu di rumah ibunya, saya mula memikirkan masa depan saya. Apa akan jadi dengan saya dan bayi yang tidak berdosa ini.

“Bagaimana saya hendak te­ruskan hidup. Suami tidak balik, makan minum saya tidak diberi, nafkah entah di mana. Akhirnya saya mengambil keputusan tinggalkan rumah sewa kami dan menumpang tinggal bersama Nasha, ibu tunggal kepada dua orang anak. Walaupun saya tahu berdosa tinggalkan rumah tanpa izin suami, tapi saya terpaksa. Itu sahaja jalan terbaik untuk masa depan saya.

“Sejak itu, Asnan tidak pernah mencari saya dan anaknya. Kini, telah dua tahun lebih berlalu. Asnan tidak muncul lagi dalam hidup saya. Dia bahagia dengan isteri pilihan ibunya. Saya terus memendam rasa membesarkan anak kami yang kini berusia dua tahun.

“Kasihan anak saya, dia tidak tahu siapa bapanya. Dia membesar bersama anak Nasha seperti adik beradiknya. Dan saya de­ngan Nasha seperti adik beradik kandung, saling bantu membantu, mana yang perlu.

“Saya terus bekerja untuk menyambung hidup. Gaji saya campur kerja lebih masa cukup untuk kami dua beranak, bayar sewa rumah berkongsi dengan Nasha dan belanja dapur dan susu anak. Walaupun Nasha tidak mahu ambil, saya bagi juga sebab tidak mahu membebankan dia.

“Saya telah memfailkan perceraian di mahkamah. Saya ada alasan kukuh untuk berbuat demikian, lengkap dengan buktinya sekali. Saya harap kes ini akan dipermudahkan. Jika dia tidak mahu ceraikan, saya akan tuntut fasakh.

“Saya tidak akan kembali kepada keluarga asal saya kerana mereka juga telah membuang saya sebab berkahwin dengan Asnan dahulu. Insya-Allah saya akan kekal dengan Islam, begitu juga dengan anak saya yang diberi nama Muhammad Azhar.

“Saya sangat terhutang budi dengan Nasha yang mengambil berat akan kami dua beranak dan mendoakan agar dia sentiasa dalam rahmat dan perlin­dungan Allah. Kami telah mengaku saudara dunia akhirat dan berjanji akan mengharungi hidup ber sama walau dalam susah atau senang.

“Dalam masa yang sama, saya mendalami agama Islam, mengaji dan belajar solat dengan seorang ustazah yang sudi mengajar saya secara sukarela.

“Semasa bersama Asnan, dia tidak menjadi imam dan keluarga yang baik dan sempurna untuk saya. Semoga Allah buka pintu hati saya dan pancarkan nur 
di hati saya untuk menjadi seorang wanita dan ibu solehah. Amin.

“Doakan saya dan anak saya. Tentang Asnan, saya mendoakan dia sedar akan perbuatannya dan menjalankan tanggungjawabnya terhadap Muhammad Azhar walaupun saya tidak begitu mengharap. Jika tidak, berjawablah di akhirat nanti,” kata Efa menamatkan ceritanya.

Apa lagi yang mampu saya katakan. Simpati saya yang teramat sangat untuk Efa, tapi saya tahu Efa seorang wanita yang tabah dan cekal. Allah tidak akan me­nguji hambanya yang dia tahu tidak mampu menerima ujianNya.

Semoga Allah permudahkan urusan hidup Efa dan 
kurniakan kebaikan kepadanya dan anaknya di dunia dan akhirat.

Mengundur diri, pesanan ikhlas saya, lupakan kesedihan kerana hidup tidak akan tenang andai kita selalu memikirkan perkara negatif. Bangkit dan cipta kebahagiaan dengan kembali kepada Allah SWT.

Salam

Berpantang Dengan Confinement Lady

13 Jul 2017


 
Assalamaualaikum and Happy Weekend,

Confession aku sebelum ni pasal mak aku dah meninggal, so bila aku bersalin anak first aku decided untuk guna khidmat confinement lady.

Aku berpantang kat KL asalnya aku nak pantang kat rumah aku sendiri tapi desakkan keluarga dan orang orang tua aku pon mengalah laaa berpantang kat rumah nenek aku- kebetulan ada extra room since pakcik aku pegi oversea masatu selama sebulan.

Nenek aku ni, mak kepada arwah mak aku lah. Tua dah dalam 70 plus. So aku cuma duduk rumah dia, segala kerja pantang aku, confinement lady yang akan uruskan.

Masa 4 bulan orang sibuk pikir kelengakapan anak, aku sibuk survey Confinement Lady kat KL. Harga diaa macam aku bersalin kat swasta secara czer kalau full 40 hari hire dorang. Mana laa mampu, aku bersalin pon kerajaan jer, tapi tetap kena hire sebab first time mana aku reti.

Mak mertua aku ada offer duduk rumah dia, tapi aku tak selesa, so better not. So dengan duit hasil kami kumpul, kami dapat lah hire Confinement Lady yang tak popular (yang takder ig dan pakej mahal sangat sangat). CL (confinement lady) ni aku dapat contact through kawan aku.

Harga untuk service 15 hari (half day 9am-1pm) RM1500. Sehari RM100 lah kiranyaa. Apa yang dia buat? Maksudnya apa service dia.

9am- datang mandi kan baby

9.30am- suruh aku bertangas (sambil tu dia prepare lauk untuk lunch)


10.30am- start urut aku (czer so urut belakang tapi sedaplaa dia urut tak macam tukang urut uptown nak patah tulang aku)


12.00pm- done urut and tunku, balut badan aku dengan plastik sekali minyak panas nak mampos, ikatkan bengkung (aku terpaksa pakai air cond sebab tak tahan gilaa panas masa ni, agaknya kalau aku tahan je mesti badan aku dah kurus gila, haha)


12.30pm- aku lunch, tunggu aku susukan baby sebab badan aku dah tegang time ni nak baring semua need help.


1.00pm- kemas kemas barang dia then balik
Jujurnya aku puas hati service dia. Dia tak laa negative, cerita yang baik baik. Macam ibu ibu lah yang concern. Kadang kadang sampai tertidur bila dia urut.

TAPI, haha. Aku kan duduk rumah nenek aku. Bila dia tahu bayaran dia RM1500 then keja looks easy, naik laa hantu dia dan makcik aku. Masa ni aku depress wei.

Makcik tu baik, nenek aku dengan makcik aku pulak kejaa nak tak puas hati kat dia. Itu tak kena ni tak kena. Nasib laa makcik ni sabar tapi ada gak nampak dia terasa.

Kau paham laa kan orang tua tua, mana boleh pay more than seems-like-easy-service. Banyak kali aku terangkan tu paling murah, tu paling murah. Nak jugakk ada lagi murah lah apelaa. Ada jugak masa day 15 confinement aku, rasa nak lari. Nasib Allah ada buang godaan Syaitan dalam diri aku.

Makcik ni aku tak suruh dia datang dari day 1. Tak silap dia datang hari ke 5. Awal awal tu ada jugak orang masakkan untuk aku- nenek aku, makcik2 aku yang lain.

Tapi aku tak ambik straight hari ke 5 sampai 20. Aku jarak jarakkan sebab masa ni aku tengah siapkan thesis writting ada hari aku kena jumpa lecturer lah, apelah.

So let say next day tu aku tak suruh dia datang, dia frozen kan lauk sesiap, esok tu aku tinggal panaskan je. Tak elok? Takpela guys dari aku tak makan, kan?

Masa makcik ni jaga, berat aku turun dari 75kg-65kg. Habis jee dia jaga, tak turun turun dah. Yelaa sapa nak ikat bengkung, nak balut badan aku dengan plastik :(

Pendek kata service dia OK. Pejam mata jelah bayar, pengalaman pon dapat, badan pon rasa segar. Memang segar, just imagine 44 hari pantang tu aku boleh siapkan writting chapter 3,4 & 5. Tiap malam aku boleh stay back menulis thesis even czer. Bukan puji lebih tapi memang sedap badan.

Aku tak tau confinement lady lain macam mana. Kalau ada yang boleh uruskan rumah sekali lagi best kan? Tapi harga mesti lagi meletop kot. Tah!

Next time pantang aku nak duduk rumah sendiri. Nak hire CL tak? Maybe boleh kurangkan hari kot, sebab dah ada pengalaman sikit kan.

To CL out there, jangan mahal mahal please. We need your service tapi makin tahun makin mahal. Makcik ni pon dah naik sikit harganya, baru ni aku recommend dekat kawan, dah naik dalam RM20. Hmmm

Oh ya harga RM1500 tu tak termasuk phytonatal, herbanika semua. Service jee mende mende camtu tambah sendiri.

Untuk suami, make sure your wife has a conducive moment and space masa pantang. Sacrifice lah sikit duit dan tenaga. Sakit rasa badan lepas bersalin, kusam lah, letih lah, nak adapt new feeling as mom lagi, so please give the best.

Kalau korang bukan ada ada, isi rumah total 6k je macam aku and husband, seriously kena simpan dari awal. Tau jee pregnant memang kena menabung lebih. Kalau mula dari awal lagi baik :)
So ini jelaa cerita CL aku, have a good weekend. Byee

– Mrs A

Ibu Berpantang Jangan Pandang Enteng Pembunuh Senyap Wanita – Dr. Mardiana Kipli

11 Jul 2017


Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem. 

Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi. Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.

Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar. Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis. 

Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.

“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’

Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa. Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:
  • Berumur lebih daripada 35 tahun
  • Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
  • Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
  • Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
  • Menjalani pembedahan caesarean
  • Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
  • Dehidrasi
  • Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
  • Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
  • Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
  • Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
  • Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
  • Kandungan kembar
  • Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)

Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. 

Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.
Tanda-tanda awal adalah:
  • Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Nadi sangat laju

Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism. Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera. 

Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.

‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’
Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:
  • Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
  • Aktif bergerak dan berjalan
  • Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
  • Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .

Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial. Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital. 

Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas. Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.

Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.
Rujukan:
  • Reducing The Risk of Venous Thromboembolism In Pregnancy and Puerperium. RCOG Green-top Guideline. 37a; 2015
  • Oportus SL. Rodrigues LP et al. Lymph Drainage in Pregnant Women. NCBI;2013
  • Nelson Piercy C. handbook of obstetric medicine. Informa healthcare 2010; 4:19-39
  • Arulkumaran S. Training in Obstetrics and gynaecology, the essential curriculum. OST 2009;1:224-226

Kredit : mmgazette

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.