SLIDER

amaran
Showing posts with label amaran. Show all posts

Pukau Sebelum Dirogol

8 Mar 2023


Sedihnyer mbaca kisah nie.........prmpuan baik, dirosakkan lelaki jahat. Bila lelaki baik, prmpuan jahat pula menggoda. Ingatlah, Murka & laknat Allah akan sentiasa mengiringi mereka² yg menjahanamkn hidup org lain selagi mereka tidak meminta ampun dan bertaubat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seperti mana yang diceritakan oleh Hana, 17, (bukan nama se­benar), seorang pelajar ting­katan lima dari sebuah sekolah di utara tanah air kepada warta­wan Warta Perdana, M Ilham Arief.


KALAU orang tak tahu cerita sebenar sudah tentu mereka tuduh saya anak yang tak tahu jaga maruah mak bapa. Sudah tentu mereka tuduh saya perempuan tidak bermaruah. Percayalah, apa yang berlaku ini bukan atas kehendak saya. Malah, saya sendiri tidak kenal lelaki bertopeng yang telah meragut kesucian saya. Terlalu berat hendak saya tanggung ujian ini, tapi apa boleh buat semuanya sudah ditakdirkan Allah.

Kalau ikutkan hati saya boleh jadi gila dibuatnya. Saya bersyukur kerana masih lagi memiliki iman yang kuat, walaupun apa yang saya alami ujian ini terlalu pahit untuk saya telan. Hanya air mata menjadi teman setia. Setiap malam saya menangis menge­nangkan apa yang berlaku. Mengapa Allah pilih saya menerima ujian ini?


Persoalan itu sering menerjah fikiran. Namun saya gagal mencari jawapannya. Akhirnya saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin ujian yang saya terima ini ada hikmah yang tersembunyi.Saya kini mengandung lapan bulan akibat perbuatan lelaki jahanam yang tidak dikenali.


Sebelum peristiwa hitam itu berlaku Oktober tahun lalu, saya menunggang motosikal bersendirian seperti biasa dari sekolah untuk pulang ke rumah. Rumah saya jauh di pedalaman dan saya terpaksa melalui belukar dan hutan kecil. Tiba di pertengahan jalan saya dihalang oleh seorang lelaki bertopeng. Dengan kasar dia mengarahkan saya memberhentikan motosikal. 


Mulanya saya tak endahkan arahannya. Saya cuba pecut motosikal, namun dia begitu sadis. Dengan berani dia meng­halang laluan. Sebaik saja memberhentikan motosikal fikiran saya terus melayang entah ke mana. Saya langsung tak ingat apa-apa.

Dalam keadaan fikiran yang bercelaru itu saya diheret lelaki jahanam itu ke dalam semak berdekatan. Mulanya saya melawan namun fikiran saya semakin tidak keruan. Penglihatan saya semakin kabur. Selepas itu saya langsung tidak sedar apa-apa.


Bila sedar, saya dapati tubuh saya dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang. Semua pakaian sekolah saya berlonggok di sebelah saya.


Ya Allah… apa yang telah berlaku? Saya melihat sekeliling, namun tidak ada sesiapa selain belukar dan pohon kayu. Saya lantas menjerit meminta tolong, namun sia-sia. Hanya unggas dan serangga saja menyahut.


Barulah saya tahu, rupa-rupanya saya telah dipukau oleh lelaki bertopeng itu sebelum dia perkosa saya. Apa lagi yang mampu saya lakukan selain menangis semahu-mahunya sebelum memakai semula pakaian saya.


Walaupun telah dinodai, namun saya tetap merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan kedua ibu bapa. Lagipun saya yakin tidak akan mengandung dengan hanya sekali saja tubuh saya disentuh oleh lelaki. Saya meneruskan persekolahan seperti biasa, walaupun fikiran saya sentiasa tertekan dan sering mengasingkan diri daripada rakan-rakan.


Beberapa rakan perasan perubahan saya secara mendadak itu. Mereka tahu perangai saya sebelum ini tidak begitu. Sama ada di sekolah atau di rumah saya mulai menjadi seorang pendiam. Ibu, ayah serta adik-beradik lain hairan dengan perubahan saya.

Tanpa disangka setelah kandungan saya mencecah lima bulan perubahan fizikal saya berlaku secara mendadak. Barulah saya tahu rupa-rupanya saya sudah mengandung.


Ibu semakin pelik melihat perubahan pada tubuh saya. Akhirnya pada satu malam ibu menyoal saya kerana dia tidak puas hati melihat bentuk tubuh saya macam orang mengandung. Tanpa banyak soal, saya mengaku bahawa saya mengandung. Tapi saya tegaskan ia bukan atas kerelaan saya. Saya ceritakan peristiwa sebenar yang berlaku ke atas saya.


Ibu sungguh terkejut. Dia menangis teresak-esak kerana saya menerima padah atas perbuatan orang lain. Ibu percaya saya tak akan buat kerja gila itu kerana dia tahu saya seorang anak yang taat kepada suruhan Allah dan suka mengaji Quran.


Setelah kandungan mencecah enam bulan ibu dan bapa mengambil keputusan menghantar saya ke Kem Modal Insan Kewaja (KEWAJA) sebagai persiapan untuk bersalin. Perbuatan kejam lelaki durjana itu tidak akan saya lupa sehingga ke akhir hayat. Walaupun dia kini terlepas dari pembalasan dunia, tapi di akhirat kelak sudah pasti dia akan menerima azab pedih dari Allah.


Jika tidak kerana perbuatan lelaki durjana itu sudah tentu saya kini sibuk membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.Selepas bersalin nanti saya tekad akan menyambung semula pelajaran. Anak yang bakal lahir ini akan dijaga oleh keluarga saya. Syukur, mereka setuju menjaganya.


Terima kasih mak, ayah kerana memahami kesengsaraan saya!”




Wanita Perlu Tahu Cara Sebenar Kesan Peranakan Jatuh

24 May 2022


Tahukah anda peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil, peranakan jatuh yang lebih di kenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.


Antara Simptom Peranakan Jatuh
  • Rasa berat disekitar kawasan ari2. Seperti sesuatu yang bergayut. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar dibahagian pembukaan faraj tu.
  • Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga
  • Kencing rasa tidak lawas. Even dah ke toilet. Tapi rasa macam ada je lagi air kencing nk keluar. Bila diteran tak ada apa yang keluar.
  • Senak bila bersama suami. Ini very obvious.
  • Sakit pinggang yg seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari2.waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
  • Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Cara hendak mengetahuinya :
  • Jumpa doktor, biasanya doktor akan menggunakan alatan tertentu untuk buka bahagian bukaan vagina dan akan cek keadaan pangkal rahim berada di tahap mana.
  • Jumpa tukang urut/ bidan, kebiasaanya tukang urut/ bidan bila tekan mereka akan tahu keadaan peranakan/rahim kita berada di tempat yang betul atau tidak. Kemudian mereka akan sengkak (angkat) naik untuk letak di tempat yang betul.
  • Anda juga boleh mengesan sendiri dengan cara berikut :

1.Cara pertama :
Dalam keadaan posisi berbaring, letakkan ibu jari pada bahagian dalam pusat, jika terasa ada nadi berdenyut-denyut, itu tandanya peranakan/rahim berada di tempat yang betul.
Tetapi jika terasa denyutan nadi berada di bawah pusat ataupun tundun vagina, itu tandanya peranakan/rahim telah terturun ke bawah.

2.Cara kedua :
Duduk dalam keadaan mencangkung, masukkan jari ke dalam faraj dan cuba sentuh objek berbentuk bulat.
Ia lembut dan seperti guli. Kalau jari dapat mencapainya dengan mudah bermakna peranakan/rahim telah terturun. Untuk mendapatkan kepastian. Ambil cermin dan lihat pada lubang vagina, ada atau tidak, secebis daging terkeluar. Jika ada, itu tanda peranakan/ rahim sudah berada terlalu ke bawah dari tempat asalnya


Faktor-faktor peranakan jatuh:
  • Menopaus
  • Kerap mengandung
  • Melahirkan bayi yang besar serta mengalami trauma sewaktu bersalin seperti penggunaan forcep atau vakum
  • Meneran ketika bersalin atau melakukan kerja dengan memberi tekanan kepada abdomen
  • Peningkatan berat badan
  • Sembelit
  • Batuk atau bersin yang tidak berhenti selama dua bulan
  • Merokok
  • Jika sudah pernah melahirkan, suka angkat benda berat dan mempunyai berat badan melampau, sakit bahagian ari-ari serta sukar kawal kencing, berkemungkinan peranakan dah terturun.
  • Merawat peranakan jatuh dengan senaman otot

Melakukan senaman yang boleh menguatkan otot-otot faraj. Senaman pada faraj yang mudah dilakukan dimana-mana pada pada bila-bila masa dan tidak memerlukan peralatan serta belanja. Beberapa teknik boleh dijadikan panduan untuk melakukan senaman kemutan yang mampu menguatkan kembali dinding rahim.

Berikut ada gambarajah senaman kemutan yang dapat membantu :



Di Tempat Kerja Menjurus Kepada Punca Keretakan Kebahagiaan RumahTangga

27 Apr 2022


Sudah hampir enam tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya.

Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.

Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.

Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja.

BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN


Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada nafsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.

Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.

Mungkin yang senior-senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata nak tau dan ambil berat. “Eh, anak puan dah sihat ke? Anak saya yang first pun lebih kurang sama je macam tu… haha (gelak sengih²)”. Yang ni mungkin tak keterlaluan.

Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.

JAMUAN MAKAN, POTLUCK & PICNIC

Antara sebab aku kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalu dinner), sebab pergaulan ini lah. Masa inilah ada peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya sebab majlis-majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial.

Aku bukannya menentang atau ‘anti’ dengan majlis sebegini. Tak jadi masalah pun, malah memang ada tuntutan untuk rapatkan hubungan dan bonding lebih rapat, ataupun ice-breaking supaya tak kekok buat kerja. Yang jadi masalahnya, macam aku cakap tadi la. Tiba-tiba ada yang jadi miang. Baik lelaki mahupun perempuan. Waktu ni kan masing-masing pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu la kalau mata tak melilau tengok sana sini.

WHATSAPP GROUP



Ha! Benda yang paling biasa di abad ini. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak. Yang belum kerja, nanti korang kerja tau la. 5-6 group itu benda biasa. Malah mungkin lebih dari tu.

Ok itu pasal kerja. Ni aku nak cerita pasal ‘bergurau’ dalam whatsapp group. Tak habis di tempat kerja, dalam whatsapp pun nak bergurau. Share gambar itu, share gambar ini. Share gambar selfie lelaki dan perempuan. Aku punya style, bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung.

Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang.

MATA SEORANG LELAKI

Pernah dengan lagu Jinbara, Patri : “Andai diri ini insani, pasti ada kemahuannya…”

Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan. Yang ini mungkin ada lucah, tapi aku bagitau terus terang. Ada yang tengok buah dada, punggung, badan chubby dan sebagainya. Baik perempuan itu bujang, atau pun isteri orang. Ini berlaku ya, bukan buat-buat cerita. Perempuan patut ada rasa untuk lebih secure, dan lelaki kena jaga pandang dan jangan layan nafsu sangat.

Nafsu ini memang takkan puas. Walaupun orang tu dah kahwin beranak-pinak sekali pun. Sama-samalah jinakkan hawa nafsu yang sentiasa memberontak ni. Ada ganjaran untuk setiap itu.

ISLAM ADA GARIS PANDUAN YANG TEGAS TENTANG PERGAULAN

Benda ni tak semua orang akan senang. Lagi-lagi yang acah-acah berfikiran maju, open-minded. Aku nak highlightkan istilah ‘tegas’ kat sini. Memang islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Ini semua bersumber dari Quran dan hadis nabi SAW. Sebagai muslim, kita kena lah berserah bulat-bulat dengan apa yang dah ditetapkan. Sama-samalah kita belajar dan amalkan.

KESIMPULAN

Jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, apatah lagi. Yang dah kahwin ni, balik boleh bersama dengan pasangan. Yang belum, cuba usaha dan jangan putus harapan dengan rahmat Allah.

Ingat ya, banyak juga kes-kes curang di tempat kerja malah ada juga yang sampai berzina. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah


Kredit : IslamItuIndah

Anda ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat ? 



Nampak Cantik Tapi AWASSS…Jom Tahu Antara Kesan Buruk Kalau Korang Pakai High Heels

14 Mar 2022





Kebanyakkan wanita memakai kasut tumit tinggi sebab korang akan rasa cantik dan elegant. Ada juga yang rasa lebih confident bila memakainya. Kalau keluar tak pakai rasa macam outfit kita tak complete, betul tak? Tapi korang tahu tak sebenarnya ada downside memakai kasut tumit tinggi.

Ia memberi kesan buruk jangka panjang pada kesihatan korang tau. Benarlah kata orang, beauty is pain.. Jom tengok apa akibatnya kalau korang selalu sangat pakai kasut tumit tinggi.

 

1. Opss.. jatuh pulak



Korang yang pakai heels tu mesti pernah jatuh atau tersadung kan masa mula-mula belajar pakai dulu. Rasa tak selesa je bila berjalan. Lagi-lagi kalau permukaan jalan tak rata. Korang jalan pun dah serupa penguin sebab gigih nak imbangkan badan.


Bila dah jatuh tak pasal-pasal pulak kaki korang terseliuh dan bengkak. Buku lali pun boleh tergeliat.

 

2. Postur badan melengkung


Tahukah korang kalau pakai heels secara tak langsung mengubah postur badan? Semasa korang berdiri atau berjalan, bahagian dada korang akan ditolak ke hadapan manakala bahagian pinggul akan ke belakang.



Benda ni akan buat postur badan korang melengkung dan cara berjalan pun berubah.

 

3. Sakit belakang



Seharian pakai heels kat tempat kerja, esoknya bangun pagi aduhh sakit belakang pulak. Kenapa ya? Sebabnya bila korang nak imbangkan postur badan untuk menegak semasa berjalan pakai heels, ia akan memberi kesan buruk kepada tulang belakang menyebabkan ia menjadi lebih membengkok menyebabkan terjadinya lumbar lordosis yang melampau.
Kesian.. muda-muda dah sakit belakang.

 

4. Ganggu pengaliran darah


Kredit: Style Craze

Pemakaian heels juga boleh menyebabkan pengaliran darah terganggu. Heels yang korang pakai tu akan mengecutkan kaki korang dan menyebabkan saluran darah tertekan. Dalam kes yang serious, ada juga saluran darah pecah.
Takutnya!

 




















5. Sakit lutut

Kalau dah pakai heels, memang tak boleh lari lah dari sakit lutut. Tekanan dari heels tu akan effect kat lutut korang sebab nak tahan imbangan badan dan kaki. Sesetengah orang juga akan mengalami osteoarthritis iaitu radang sendi lutut.


Jadi korang dah tahu kan apa kesan-kesannya? Mungkin ada antara korang yang dah rasa kesan-kesan ni. Nak teruskan lagi ke seksa diri tu? Buat apa nak sakitkan diri ye tak? Nasihat admin, jaga lah kesihatan tubuh badan korang okay!

Sumber: MM GazetteStyle CrazeMoney Crashes

Kredit  : ohbulan 


Mandi Wajib Dalam Keadaan Berbogel. Adakah Sah Mandi Junub Saya?

2 Nov 2021


Dalam al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Allah SWT suka kepada orang yang bersih daripada hadas dan kekotoran, sama ada kekotoran zahir atau batin.” 

Mandi menurut bahasa ialah mengalirkan air ke atas apa-apa sahaja. Manakala pada syara’ pula ialah mengalirkan air ke atas badan dengan niat yang tertentu. Mandi telah disyariatkan oleh Allah SWT sama ada untuk kebersihan ataupun untuk mengangkat hadas dan sama ada ia menjadi syarat sah ibadat ataupun tidak. Firman Allah SWT: 

وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَٱعْتَزِلُوا۟ ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّ‌ٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: Haid itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh. Dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (Surah al-Baqarah: 222)

Berkenaan dengan mandi secara telanjang, terdapat dalil yang menunjukkan keharusannya. Antaranya hadis Abu Hurairah RA bahawa Nabi Musa AS mandi dalam keadaan tidak berpakaian di tempat yang jauh daripada orang ramai. Sabda Nabi SAW:

كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ يَغْتَسِلُونَ عُرَاةً، يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ، وَكَانَ مُوسَى يَغْتَسِلُ وَحْدَهُ، فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا يَمْنَعُ مُوسَى أَنْ يَغْتَسِلَ مَعَنَا إِلاَّ أَنَّهُ آدَرُ، فَذَهَبَ مَرَّةً يَغْتَسِلُ، فَوَضَعَ ثَوْبَهُ عَلَى حَجَرٍ، فَفَرَّ الْحَجَرُ بِثَوْبِهِ، فَخَرَجَ مُوسَى فِي إِثْرِهِ يَقُولُ ثَوْبِي يَا حَجَرُ‏.‏ حَتَّى نَظَرَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ إِلَى مُوسَى، فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا بِمُوسَى مِنْ بَأْسٍ‏.‏ وَأَخَذَ ثَوْبَهُ، فَطَفِقَ بِالْحَجَرِ ضَرْبًا

Maksudnya: “Dahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka saling melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa as mandi seorang diri. Orang-orang Bani Israel berkata :’Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa mandi bersama kita kecuali kerana dia mengidap penyaki aadar.’ Suatu ketika Nabi Musa pergi mandi, baginda meletakkan pakaiannya di atas batu, lalu batu itu membawa lari pakaiannya. 

Maka Musa pun mengejarnya (batu itu), seraya berkata : ‘Hai batu, pakaianku!’. Akhirnya, orang-orang Bani Israel pun melihat Musa. Lalu mereka berkata : ‘Demi Allah, ternyata Musa tidak mengidap penyakit apa pun.’ Musa berjaya mengambil pakaiannya, lalu memukul batu tersebut dengan satu pukulan. Abu Hurairah berkata : “Demi Allah, bekas (pukulan) Nabi Musa pada batu itu sama dengan pukulan enam atau tujuh batu”Riwayat al-Bukhari (no: 274) 

Begitu juga terdapat hadis sahih menceritakan bahawa Nabi Ayub AS mandi tanpa seurat benang. Sabda Nabi SAW:

بَيْنَا أَيُّوبُ يَغْتَسِلُ عُرْيَانًا فَخَرَّ عَلَيْهِ جَرَادٌ مِنْ ذَهَبٍ، فَجَعَلَ أَيُّوبُ يَحْتَثِي فِي ثَوْبِهِ، فَنَادَاهُ رَبُّهُ يَا أَيُّوبُ، أَلَمْ أَكُنْ أَغْنَيْتُكَ عَمَّا تَرَى قَالَ بَلَى وَعِزَّتِكَ وَلَكِنْ لاَ غِنَى بِي عَنْ بَرَكَتِكَ ‏

Maksudnya : Sewaktu Nabi Ayyub AS mandi dalam keadaan bogel/telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya seekor belalang emas. Ayyub pun segera hendak mengambil kainnya, maka baginda pun dipanggil oleh Tuhannya, “Wahai Ayyub, bukankah engkau telah cukup kaya hingga tidak memerlukan lagi barang (belalang emas) yang kau lihat itu?” Ujur Ayyab, “Benar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak boleh mengabaikan keberkatan-Mu.” Riwayat al-Bukhari (279) 

Bahkan Imam al-Bukhari sendiri dalam Sahihnya meletakkan bab Orang yang mandi berseorangan dalam keadaan bersendirian, dan orang yang menutup aurat, maka menutup aurat adalah lebih baik.
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari berkata: Imam al-Bukhari menggunakan hadis tentang kisah Nabi Musa dan Nabi Ayyub ini sebagai hujah bahawa dibolehkan bertelanjang ketika mandi. Ha ini kerana, menurut Ibn Battal bahawa Nabi Musa dan Nabi Ayyub adalah Nabi yang kita diperintahkan untuk mengikuti mereka. 

Tetapi kaedah pendalilan dari hadith ini tepat jika kita berpegang kepada prinsip kaedah dalil syarak para Nabi terdahulu sebelum syariat kepada Nabi Muhammad dan berpegang ia adalah syarak bagi kita juga. Kemudian, Ibn Hajar berkata bentuk pendalilan yang lebih jelas ialah dengan mengatakan Nabi SAW menceritakan kisah dua Nabi ini, tanpa memberi sebarang komentar dari sudut mereka mandi telanjang. Ini bermakna syarak mereka dalam hal ini bersamaan dengan syarak kita. 

Kesimpulannya, hukum mandi telanjang adalah makruh dan sebahagian Syafieyyah menguatkan pendapat haram. Al-Hafiz berkata: “Yang masyhur adalah makruh jika bersendirian.”
Justeru, sah mandi dalam keadaan telanjang tetapi hendaklah tidak di tempat terbuka atau dapat dilihat oleh orang lain. Begitu juga sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain. 

Bahkan Rasulullah SAW bersabda:
الحَيَاءُ مِن الإِيمَان
Maksudnya: “Malu itu sebahagian daripada Iman.” Riwayat al-Bukhari (no: 24)
Akhukum Fillah

Sumber: Mufti WP

Selepas Kahwin, Ipar Dan Mertua Jangan Cuba Kacau Kehidupan Dan Ekonomi Rumahtangga

3 Jan 2018



Sebenarnya kisah yang saya nak post ni berkisar mengenai kisah keluarga saya. Bukan niat nak membuka pekung di dada tapi biar dijadikan iktibar buat semua.

Mak berkahwin dengan ayah atas dasar cinta. Namun keluarga bahagia impian mak saya sentiasa diganggu oleh insan yang berstatus ipar dan mertua. Dari baru kahwin sampai kini ada saja tohmahan dilemparkan kepada mak saya. Mak saya seorang yang bekerjaya bagus. Berlatarkan keluarga yang bagus. Mereka menganggap jika ayah saya kawen dgn mak jadi gaji ayah boleh lah digunakan untuk menyara mereka sekeluarga (keluarga ipar, anak sedara, mak ayahnya, adik beradik) dan ayah saya hidup dengan saraan gaji mak saya.

Sedaaapp ja nak atur-rampas hak orang ssdangkan orang itu dah beranak pinak. Ayah jenis pak turut keluarga. Apa mak ayah adik beradik dia nak semua dia turutkan hingga suatu masa barang kemas saya, mak dan adik sewaktu kecil pun dia gadaikan demi nak bagi duit kat adik beradik dia kalau tak atuk sumpah tak masuk syurga!!! . Atuk dan nenek keduanya berpencen dan wang bukanlah isu besar bagi mereka sebenarnya. 

Mereka juga berharta tapi tamak!!. Sedangkan makan minum hidup mati kami si cucu ni tak pernah dia ambil tahu.waktu kami kecil sentuh salam kami pun dorang tak nak. Macam tu ke atuk/nenek?? Berbalik pada isu gaji tadi.. Mak saya sampai satu tahap melawan idea bangang keluarga ayah.

Ye lah.. Kalau macam tu senang la.. Korang beranak pinak orang lain yg menanggung.. Anak sendiri diabaikan. Mana boleh!! Ipar mak juga bekerja dengan kerajaan tapi gaji selalu tak cukup. Mana tak cukup.. Orang beli itu dia pon nak, orang pergi berjalan dia pon nak p jugak, hutang keliling pinggang.bila pencen buat rumah sebesar alam tapi tak ada saving. Akhirnya sampai ke matilah hidup ditanggung.. 

Dia dok goyang kaki dengan anak bini dia. Apa yg buat saya terkilan.. Sampai ke hari ini dah 30tahun aku hidup mereka masih meminta duit dari ayah. Pelik.

Masalah duit yang tak pernah selesai.

Sedih Ya Allah. Mak kami nak minta RM2 dari ayah pun kena maki tau. Kesian tgk mak. Kkdang berjurai air mata dia. Tapi tak pernah nak burukkan ayah. Namun kami ni berotak dan tahu menilai. Sampai satu tahap kami hilang rasa hormat pada keluarga ayah. Benci. Mertua mak pula tak habis2 burukkan mak itu ini kat satu malaysia. Ye burukkan lah.. Allah maha kaya, dorang rampas hak mak kami Allah kurniakan berganda rezeki untuk mak. Dinaikkan pangkat dan darjat. Harta tak payah cakaplah..

Yang paling kelakar keluarga ayah cakap tu semua ayah yang punya.. Hahaha korang dah lupa ke bulan2 korang dok mintak duit tu agak2 orang tua tu masih ada saving?? Tu ayah hidup.. Kalau ayah dah tak ada kami boleh bayang drama nak menuntut harta ayah kami macam mana dari pihak dorang. Sebagai anak kami dah fobia dengar perkataan sedara mara. Kami cuma nak bersama dengan mak ayah kami ja tanpa gangguan sedara mara yang gemar mengambil kesempatan.

Yang atuk nenek pula sewaktu kami kecik langsung tak mahu pandang kami, sentuh kami bila dah besar kami pun masing2 dalam sektor profesional negara mulalah drama “cucu atuk bagus…nanti jangan lupa bagi duit kat atuk ye..” direct je cakap.. Wah kau.. Aku sebagai anak yg pendam dah lama depan2 sedara mara ayah aku cakap “eh, dulu waktu kecik atuk sentuh kami, pandang kami pun tak nak…duit raya pun xpnah bagi sedangkan cucu2 lain diberi kami disisih kenapa pula sekarang kami nak bagi duit kat atuk?” ayah senyap. Sedara mara membisu. Ada yang tak berani angkat muka. Atuk berubah wajah namun tidak serik.

Samalah juga dengan anak sedara yang ayah duk tatangkan tu. Baju raya kami disisih. Anak sedara diutamakan. Sekarang mana p dorang?? Keluar masuk lokap! Tak habis menyusahkan. Anak sendiri pula jadi kebanggaan. Mak hingga kini diganggu dengan tomahan keluarga ayah. Namun mak kini lebih tough dari dulu. Tiada lagi air mata. Mak dah tawar hati.

Bila kami dah berkeluarga sendiri apa yg kami nak hanyalah masa bersama keluarga kami. Mak xpernah nak ganggu anak2. Mak masih bekerja ya. Makin murah rezeki. Kerja dalam dan luar negara ni biasa je bagi dia. Tu pun puaka2 sebelah ayah masih berdengki sedangkan dorang yang bengap tak reti2 nak majukan diri. Tapi mak dah tak heran. 

Mak cuma fokus pada anak2 dan cucu2 nya sahaja. Mungkin sebab dia dah rasa dulu. Kami adik beradik pun tak pernah nak ganggu hidup sesama kami adik beradik. Walaupun saya mempunyai ipar2 jadian yang busy body dan pencetus tragedi namun semua itu dapat disangkal dan terasa diri bagai kalis segala hasad syaitan tu. Dah 30 tahun kot aku nampak drama macam ni depan mata. Kau yg baru nak naik mmg jangan nak cabar sangat lah. Hati ni dah keras. Stakat drama ala drama pkl 7 tu biskut kering ja bagi aku.

Di sini juga saya menyeru semua insan manusia supaya bukakanlah minda anda terangkanlah hati supaya jangan menyibuk hal adik beradik bila dah kahwen. Privasi adik beradik terhapus secara automatik bila wujudnya insan bergelar menantu di dalam keluarga. Dan hormatilah insan yang bergelar ipar kepada adik beradik korang. Jangan di ganggu keharmonian rumah tangga mereka walau se-milimeter pun nilainya. Adalah lebih waras jika masing2 fokus berusaha meningkatkan kemampuan hidup keluarga masing2. Ada masa bertemu maka bertemu jua. Jangan risau, air dicincang takkan terputus. Sekian.

Sumber : Aliff Channel

Perkongsian Makanan Yang Patut Wanita Elakkan Oleh Bekas Pesakit Kanser !!

7 Sept 2017


Dalam tak sedar kanser telah menjadi satu penyakit senyap yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. 

Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Jadi menyemak balik jenis makanan yang patut dimakan dan tidak boleh dimakan, semak perkongsian dari seorang bekas pesakit kanser, Suzana Othman

Nampaknya ramai yang dah mula nak amalkan pemakanan sihat untuk mengelak kanser. Untuk mereka yang berusaha mencegah kanser, jom ikut tips di bawah… 

1. Banyakkan makan sayuran hijau dan berwarna terang. 

2. Makan buah-buahan sebelum makan nasi. 

3. Rendam dulu sayur dalam bekas yang mengandungi air dan garam selama 5 minit sebelum dimasak untuk menyingkirkan racunnya, kemudian bilas bersih-bersih. 

6. Potong dan rendam buah-buahan dalam air yang mengandungi garam sebelum di makan. Selain dapat menyingkirkan racun, ia juga menjadikan buah lebih tahan lama, tidak layu dan rangup. Untuk buah yang lembut seperti mangga, betik dan lain-lain rendam sebelum dipotong. Pisang, durian tak payah rendam. 

7. Banyakkan makan makanan yang mengandungi B17 contohnya pucuk ubi, ubi kayu, nenas bersama empulurnya, anggur bersama bijinya, epal bersama bijinya dan kacang hijau. 

8. Banyakkan makan ulam-ulaman. 

9. Makan ikan laut elakkan makan ikan bela dalam kolam yang diberi makan dedak. 

10. Ayam kampung dan organic lebih selamat dimakan berbanding ayam biasa. 

11. Elakkan makan junkfood dan fastfood. 


KHAS BUAT PESAKIT KANSER!

Diet di bawah adalah diet yg diamalkan ketika kita menghidap kanser seperti yang disarankan untuk pesakit yang menjalani rawatan alternatif B17. 

Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan KECUALI: 

1. Tembikai
2. Timun
3. Kangkung 

Makanan yang mengandungi agent anti kanser sangat DIGALAKKAN diambil setiap hari seperti…
1. Nenas bersama empulurnya
2. Anggur bersama bijinya
3. Epal bersama bijinya
4. Pucuk ubi
5. Ubi kayu
6. Kacang hijau
7. Durian belanda


Selain itu, pesakit sangat DIGALAKKAN makan buah-buahan yang membekalkan tenaga segera seperti:

1. Pisang
2. Durian
3. Betik


Makanan lain yang TIDAK DIBENARKAN untuk dimakan ialah: 


1. Ikan
2. Ayam
3. Daging
4. Seafood
5. Susu dan produk tenusu
6. Gula dan segala makanan yg mengandungi gula
7. Sos
8. Kicap
9. Tauhu dan tempe
10. Soya
11. Kekacang
12. Telur
13. Semua jenis mee KECUALI bihun
14. Semua jenis tepung KECUALI tepung beras dan tepung atta
15. Roti canai xboleh, capati boleh
16. Semua jenis roti KECUALI roti wholemeal
17. Ajinomoto 

Nasi putih dibenarkan dalam diet ini.
Itu sahaja setakat ini yang terlintas kat kepala. 

Kongsi jika bermanfaat! 

Sumber : Mingguan Wanita

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.