SLIDER

buang
Showing posts with label buang. Show all posts

Selepas Kahwin, Ipar Dan Mertua Jangan Cuba Kacau Kehidupan Dan Ekonomi Rumahtangga

3 Jan 2018



Sebenarnya kisah yang saya nak post ni berkisar mengenai kisah keluarga saya. Bukan niat nak membuka pekung di dada tapi biar dijadikan iktibar buat semua.

Mak berkahwin dengan ayah atas dasar cinta. Namun keluarga bahagia impian mak saya sentiasa diganggu oleh insan yang berstatus ipar dan mertua. Dari baru kahwin sampai kini ada saja tohmahan dilemparkan kepada mak saya. Mak saya seorang yang bekerjaya bagus. Berlatarkan keluarga yang bagus. Mereka menganggap jika ayah saya kawen dgn mak jadi gaji ayah boleh lah digunakan untuk menyara mereka sekeluarga (keluarga ipar, anak sedara, mak ayahnya, adik beradik) dan ayah saya hidup dengan saraan gaji mak saya.

Sedaaapp ja nak atur-rampas hak orang ssdangkan orang itu dah beranak pinak. Ayah jenis pak turut keluarga. Apa mak ayah adik beradik dia nak semua dia turutkan hingga suatu masa barang kemas saya, mak dan adik sewaktu kecil pun dia gadaikan demi nak bagi duit kat adik beradik dia kalau tak atuk sumpah tak masuk syurga!!! . Atuk dan nenek keduanya berpencen dan wang bukanlah isu besar bagi mereka sebenarnya. 

Mereka juga berharta tapi tamak!!. Sedangkan makan minum hidup mati kami si cucu ni tak pernah dia ambil tahu.waktu kami kecil sentuh salam kami pun dorang tak nak. Macam tu ke atuk/nenek?? Berbalik pada isu gaji tadi.. Mak saya sampai satu tahap melawan idea bangang keluarga ayah.

Ye lah.. Kalau macam tu senang la.. Korang beranak pinak orang lain yg menanggung.. Anak sendiri diabaikan. Mana boleh!! Ipar mak juga bekerja dengan kerajaan tapi gaji selalu tak cukup. Mana tak cukup.. Orang beli itu dia pon nak, orang pergi berjalan dia pon nak p jugak, hutang keliling pinggang.bila pencen buat rumah sebesar alam tapi tak ada saving. Akhirnya sampai ke matilah hidup ditanggung.. 

Dia dok goyang kaki dengan anak bini dia. Apa yg buat saya terkilan.. Sampai ke hari ini dah 30tahun aku hidup mereka masih meminta duit dari ayah. Pelik.

Masalah duit yang tak pernah selesai.

Sedih Ya Allah. Mak kami nak minta RM2 dari ayah pun kena maki tau. Kesian tgk mak. Kkdang berjurai air mata dia. Tapi tak pernah nak burukkan ayah. Namun kami ni berotak dan tahu menilai. Sampai satu tahap kami hilang rasa hormat pada keluarga ayah. Benci. Mertua mak pula tak habis2 burukkan mak itu ini kat satu malaysia. Ye burukkan lah.. Allah maha kaya, dorang rampas hak mak kami Allah kurniakan berganda rezeki untuk mak. Dinaikkan pangkat dan darjat. Harta tak payah cakaplah..

Yang paling kelakar keluarga ayah cakap tu semua ayah yang punya.. Hahaha korang dah lupa ke bulan2 korang dok mintak duit tu agak2 orang tua tu masih ada saving?? Tu ayah hidup.. Kalau ayah dah tak ada kami boleh bayang drama nak menuntut harta ayah kami macam mana dari pihak dorang. Sebagai anak kami dah fobia dengar perkataan sedara mara. Kami cuma nak bersama dengan mak ayah kami ja tanpa gangguan sedara mara yang gemar mengambil kesempatan.

Yang atuk nenek pula sewaktu kami kecik langsung tak mahu pandang kami, sentuh kami bila dah besar kami pun masing2 dalam sektor profesional negara mulalah drama “cucu atuk bagus…nanti jangan lupa bagi duit kat atuk ye..” direct je cakap.. Wah kau.. Aku sebagai anak yg pendam dah lama depan2 sedara mara ayah aku cakap “eh, dulu waktu kecik atuk sentuh kami, pandang kami pun tak nak…duit raya pun xpnah bagi sedangkan cucu2 lain diberi kami disisih kenapa pula sekarang kami nak bagi duit kat atuk?” ayah senyap. Sedara mara membisu. Ada yang tak berani angkat muka. Atuk berubah wajah namun tidak serik.

Samalah juga dengan anak sedara yang ayah duk tatangkan tu. Baju raya kami disisih. Anak sedara diutamakan. Sekarang mana p dorang?? Keluar masuk lokap! Tak habis menyusahkan. Anak sendiri pula jadi kebanggaan. Mak hingga kini diganggu dengan tomahan keluarga ayah. Namun mak kini lebih tough dari dulu. Tiada lagi air mata. Mak dah tawar hati.

Bila kami dah berkeluarga sendiri apa yg kami nak hanyalah masa bersama keluarga kami. Mak xpernah nak ganggu anak2. Mak masih bekerja ya. Makin murah rezeki. Kerja dalam dan luar negara ni biasa je bagi dia. Tu pun puaka2 sebelah ayah masih berdengki sedangkan dorang yang bengap tak reti2 nak majukan diri. Tapi mak dah tak heran. 

Mak cuma fokus pada anak2 dan cucu2 nya sahaja. Mungkin sebab dia dah rasa dulu. Kami adik beradik pun tak pernah nak ganggu hidup sesama kami adik beradik. Walaupun saya mempunyai ipar2 jadian yang busy body dan pencetus tragedi namun semua itu dapat disangkal dan terasa diri bagai kalis segala hasad syaitan tu. Dah 30 tahun kot aku nampak drama macam ni depan mata. Kau yg baru nak naik mmg jangan nak cabar sangat lah. Hati ni dah keras. Stakat drama ala drama pkl 7 tu biskut kering ja bagi aku.

Di sini juga saya menyeru semua insan manusia supaya bukakanlah minda anda terangkanlah hati supaya jangan menyibuk hal adik beradik bila dah kahwen. Privasi adik beradik terhapus secara automatik bila wujudnya insan bergelar menantu di dalam keluarga. Dan hormatilah insan yang bergelar ipar kepada adik beradik korang. Jangan di ganggu keharmonian rumah tangga mereka walau se-milimeter pun nilainya. Adalah lebih waras jika masing2 fokus berusaha meningkatkan kemampuan hidup keluarga masing2. Ada masa bertemu maka bertemu jua. Jangan risau, air dicincang takkan terputus. Sekian.

Sumber : Aliff Channel

Seksanya Bercinta Dengan Suami Orang

12 Jun 2017



BUKAN seronok sangat bercinta dengan suami orang!''Itu kesimpulan yang dapat dibuat daripada curahan hati Haslinda dalam e-mel yang dihantarkannya kepada saya. Nak seronok macam mana semuanya dibuat dalam rasa kebimbangan bukan kerana takutkan isteri kekasih kita tu, tetapi lebih kepada bimbang rahsia terbongkar. Pecah tembelang.


''Sebenarnya saya bukan suka sangat nak bongkar rahsia hati ini, tetapi kadang kala saya merasa terlalu sunyi, tak ada orang nak lawan bercakap, ada kawan perempuan mereka ada suami dan anak nak diuruskan. Yang masih single sibuk dengan hal peribadi sekali sekala sahaja kami boleh keluar berjalan dan makan-makan.


''Bukan saya tak boleh keluar selalu tetapi teman saya ini terlalu cemburukan saya, tak benarkan saya keluar dengan kawan-kawan, berbual di telefon pun dia tak suka. Ditakdirkan ketika saya berbual, dia tak dapat hubungi saya, mulalah dia merepek meraban, marah dan mendakwa konon saya melayan lelaki lain.


''Di sebabkan saya tak suka kena marah, jadi saya tak bolehlah berbual lama dengan kawan bukan sahaja ketika di rumah ketika di pejabat pun dia akan pastikan saya tidak bergayut di telefon. Hinggakan nak keluar makan pun kena beritahu dia di mana dan dengan siapa. 


''Nak kata dia suami bukan, cuma kekasih, tetapi punyalah cemburu Tuhan sahaja yang tahu. Sebenarnya saya memerlukan pandangan seseorang untuk meredakan hati ini, cukuplah sekadar nasihat. Saya tahu tentu banyak pembaca di luar sana yang berpengalaman jadi bolehlah saya belajar mengatasi masalah ini.


''Tetapi sebelum itu biar saya cerita dulu. Sebenarnya bukan saya tak mahu bercinta dengan orang bujang. Saya dah cuba banyak kali, tetapi malangnya semuanya tak lekat alasan mereka dah ada kekasih, dah bertunang dan ada juga yang tak minat nak kahwin. ''Ada seorang tu saya punyalah gilakan dia, setahun lamanya saya simpan perasaan dia pun baik layan saya, saya fikir tentulah dia sukakan saya. Top-top saya terima kad jemputan kahwin. Katanya gadis itu pilihan ibunya. Ya Allah frustnya. Umur saya dah 27 tahun.


''Saya pun bukan memilih, tetapi entah mengapa hanya suami orang sahaja yang selalu singgah dalam hidup saya. Saya memang tak sukakan suami orang, yang saya cap mereka sebagai gatal. Malangnya yang gatal-gatal inilah yang tersangkut dengan saya. Dek kerana bencikan suami orang inilah juga saya pernah berjanji dengan diri saya sendiri bahawa saya tidak akan kahwin dengan suami orang.


''Tetapi apabila kita minta dijauhi sesuatu yang amat kita benci maka itulah yang datang dalam hidup kita. Mungkin Allah ingin menguji kekuatan iman saya. Dan saya mengaku akhirnya saya lemah dengan ujian ini. Kadang kala saya tanya diri sendiri apakah malangnya nasib saya ini. Saya ingin segera berumahtangga dengan orang bujang, tetapi mengapa suami orang yang suka sangat dengan saya?


''Bercinta dengan suami orang bukannya seronok sangat. Dia mahu kita jadi kekasihnya tetapi dia tidak pernah ada di samping kita, bila kita mahu. Ke mana saya pergi mesti minta izinnya dahulu.''Berjumpa sebulan sekali, nak berjalan pun kena sorok-sorok. Sebagai contoh kalau nak shopping saya pergi ke kedai sendiri, pilih mana-mana yang suka, lepas tu dia datang tapis pilihan saya adakah mengikut seleranya, kalau tidak saya kena tukar yang lain. Dalam kedai tak boleh cakap banyak, lepas dia bayar secara tunai saya balik sendirian dia tak hantar.


''Kalau nak makan malam cuma di tempat tertentu sahaja, yang sunyi-sunyi, jauh daripada orang, yang orang ramai tak suka datang. Saya tiba dulu buat pilihan makanan untuk dia. Saya kena pilih kedudukan mejanya agak tersorok sedikit. Ketika itulah kami dapat berbual atau berbincang panjang sebab tak ada orang nampak. ''Agaknya inilah nasib wanita seperti saya hendak menumpang manja dengan suami orang. Tapi bukan saya cari, dia yang cari saya, dah dapat memikat hati saya dia beri saya pelbagai syarat dan undang-undang untuk saya patuhi, alasannya dia suami orang dan dia tak mahu rosakkan kebahagiaan rumahtangganya.


''Kalau difikirkan lebih mendalam memang saya sudah membuang banyak masa bercinta dengannya sedangkan saya fikir tidak ada peluang langsung untuk menjadi isterinya. Pertama kerana dia terlalu takutkan isteri, dalihnya konon dia sayangkan isteri, tak mahu rosakkan kehidupan anak-anaknya, kedua, katanya kerana bosnya tak suka pekerjanya kahwin dua. Jadi apakah taraf saya ini adakah seorang kekasih ataupun simpanannya?. simpanan.


"Nak kata simpanan pun tak boleh dia tidak membiayai segala keperluan saya sama ada membayar sewa rumah dulu ataupun membayar ansuran rumah yang baru saya beli. Kadang-kadang saya fikir memang saya membodohkan diri, membuang masa aja, tapi entahlah kenapa saya jadi bodoh macam ni. ''Emak selalu tanya saya bila nak kahwin. Saya jawab saya lebih senang hidup sendirian. Tetapi sebenarnya saya dah terperangkap. Tak tahu kenapa saya terlalu sayangkan dia, sedangkan saya tahu dia sudah berkeluarga. Dan terlalu sukar untuk dia kahwin dua. Sampai bila saya harus jadi macam ini. Menunggu lamarannya macam tunggu buah tak jatuh.


''Berbanding kehidupan isterinya, saya rasa hidup saya lebih menderita, terkurung tanpa arah tujuan, nak berkawan dilarang, apa lagi kalau nak keluar berjalan dan berhibur dengan kawan-kawan. Semuanya mesti mendapat persetujuan dan kebenarannya. ''Bila memikirkan nasib saya sekarang ini, adakah masih ada jalan untuk kebahagiaan hidup saya di masa depan bersamanya? Umur semakin meningkat, saya bimbang langsung tak mendapat zuriat kalau saya tinggalkan dia sebab belum tentu ada lelaki lain yang mahu mengambil saya sebagai isteri, jika mereka tahu gaya hidup saya sekarang.


''Ditakdirkan saya bertemu lelaki lain dan saya dilayan lebih baik dari dia mungkin saya jadi seperti kera dapat bunga, kerana saya tidak pernah merasa dilayan seperti seorang wanita istimewa kecuali ketika saya ditidurinya. Kerana hanya ketika itulah saya dilayan bagaikan seorang permaisuri diulit mesra, sambil memadu asmara bagaikan hidup di syurga.''Namun selepas kembali ke rumah sendiri, saya rasa diri saya bagaikan robot yang menurut semua perintah, dipanggil saya datang disuruh saya pergi. Saya tahu dan saya sedar diri saya ini amat bodoh namun tiada sesiapa di sisi saya yang sudi membimbing si bodoh ini keluar dari kotak yang selama ini membelenggu hidup saya.


''Kadang kala saya tanya diri sendiri, mengapa saya begitu bodoh dan takut dengan suami orang ini, dan mengapa saya terlalu mengasihi dan mencintai dia. Adakah saya takut tak dapat kahwin kerana usia yang semakin meningkat? Entahlah, saya sendiri tak tahu apa jawapan yang sesuai dilemparkan pada diri saya ini.'' Demikian cerita Haslinda panjang lebar tentang masalahnya terperangkap bercinta dengan suami orang. 


Kata Haslinda selepas bercerita panjang dengan meluahkan perasaan begini terlepas sedikit rasa seksa di hati. Reda sedikit beban. Pesan orang tua-tua 'bukan beban batu digalas' Kalau tak ada masalah janganlah cari masalah.

Kredit : UtusanMalaysia



Sanggup Mentua Sisihkan Saya, Kerana Tidak Berduit Dan Kaya

10 Jun 2017



TEMPAT seorang isteri tentunya di sisi suami, ertinya mesti sanggup bersusah senang dengan suami.Ada pasangan suami isteri yang bahagia dengan penderitaan yang ditanggung, ada yang patah di tengah jalan, kesemuanya bergantung pada keadaan dan kesetiaan pasangan masing-masing.

Bagaimana pula dengan isteri yang sanggup meninggalkan ibu bapa kerana taat setianya kepada suami?Nak tahu lebih lanjut, kita ikuti kisah yang dikirimkan oleh Amin (bukan nama sebenar) kepada saya untuk dikongsi dengan pembaca.

Saya berusia awal 30-an, bekerja sebagai penjawat awam. Saya berkahwin dengan seorang guru, Aisyah berusia lewat 20-an, sejak lima tahun lalu dan kami dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun.Hubungan yang dibina atas dasar cinta ini pada mulanya mendapat restu keluarga mentua tetapi kemudian bertukar menjadi benci setelah setahun lebih saya menjadi menantu mereka.

Semuanya kerana saya tidak dapat memberi kemewahan kepada mereka anak-beranak termasuk membawa mereka bercuti setiap tahun. Faham-faham sahajalah gaji sebagai penjawat awam berapa sangat yang dapat, tolak itu tolak ini, cukup untuk belanja kami tiga beranak. Sayangnya mentua saya mahukan lebih daripada itu. Mujur saya tidak tinggal bersama mereka, jika tidak bertambah parahlah hidup saya. Saya mula nampak sikap mentua yang mata duitan dan tamak harta semasa isteri melahirkan anak pertama kami.

Mentua saya mahu buat majlis cukur jambul secara besar-besaran. Nak jemput kawan-kawan dan jiran tetangga. Saya kata buat ala kadar sudahlah, jemput saudara mara terdekat.Dia mula naik angin kerana saya melawan cakapnya. Sejak itu, hubungan saya dengan mereka menjadi dingin. Bersabit banyak perkara lain, akhirnya terus retak.

Kemuncaknya tiba apabila saya enggan memberi izin Aisyah membuat pinjaman untuk mereka baiki rumah. Masalahnya kami berdua gaji cukup-cukup makan, tambahan pula masih baru dalam rumah tangga. Banyak yang perlu kami berjimat. Masa depan kami dan pendidikan anak. Kami juga bercadang untuk membeli rumah yang selesa untuk kami sekeluarga, kalau isteri sudah buat pinjaman, macam mana kami nak buat pinjaman perumahan nanti.

Tapi mereka tak faham. Akhirnya saya dituduh sebagai menantu yang kurang ajar dan tidak menghormati mereka. Di peringkat awal, Aisyah juga termakan dengan hasutan ibu bapanya. Dia kemudian meminta izin untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu bapanya, anak kami dibawa bersama. Lama juga saya terpisah dengan Aisyah dan anak kami. Saya tidak menghalang dia berbuat demikian dengan harapan keadaan akan kembali jernih.

Saya tidak dibenarkan ke rumah mentua. Berjumpa Aisyah dan anak kami, cuma di luar. Lama juga saya sabar. Enam bulan kemudian apabila keadaan tidak berubah, saya minta tukar ke utara tanah air. Tindakan saya menyebabkan kemarahan mentua bertambah. Mereka melarang Aisyah mengikut saya. Setahun lebih saya berulang alik ke utara dan Kuala Lumpur untuk bekerja tanpa isteri dan anak.

Sepanjang tempoh itu, macam-macam hal berlaku. Isteri tidak mendengar cakap saya, tidak patuh kepada apa yang saya cakap. Akhirnya saya tidak ada pilihan, saya fail nusyuz kepada Aisyah kerana tidak taat kepada saya. Keadaan ini menyebabkan mentua saya bertambah berang. Akhirnya Aisyah dipaksa menuntut cerai. Tapi dia enggan berbuat demikian kerana sayangkan saya dan mula terfikir akan muslihat ibu bapanya.

Akhirnya berkat doa dan pertolongan saudara mara yang memahami masalah saya, Aisyah dan anak saya dapat dibawa keluar dari rumah mentua. Aisyah menyesal dengan perbuatannya dan meminta maaf. Dia mahu mengikut saya. Saya mohon pertukaran Aisyah ke tempat kerja saya yang baru. Masalah yang saya maklumkan kepada pihak berkaitan mempercepatkan pertukaran Aisyah untuk bersama saya.

Alhamdulillah, setelah itu saya merasa aman dan bahagia. Tapi hubungan saya dan mentua terus renggang sampai ke hari ini. Aisyah juga tidak dapat berjumpa ibu bapanya kerana mereka tidak mahu berjumpa dia sebelum dia berpisah dengan saya. Saya sudah mendapatkan nasihat daripada pejabat agama dan mereka minta saya bertahan dan berdoa agar masalah ini dapat diselesaikan.

Sehingga kini, saya tidak pernah putus berdoa agar keajaiban akan berlaku dalam hubungan saya dengan mentua. Saya inginkan kebahagiaan bersama anak dan isteri saya. Saya sangat berharap mentua saya akan berubah dan menerima saya sebagai menantu mereka dengan seadanya. Saya tidak nampak kenapa dia amat benci kepada saya sedangkan menantu yang lain bukan hebat mana pun.

Kepada isteri, saya hanya dapat meminta dia bersabar dan berdoa agar satu hari nanti ibu bapanya akan menerima kami semula. Walaupun ibu bapa mentua saya tidak mahu berjumpa kami anak-beranak tetapi ipar-duai saya datang ke rumah kami bila-bila masa. Hubungan saya dengan ipar-duai sangat baik dan mereka juga meminta saya supaya bersabar dengan dugaan yang dihadapi. Mereka juga hairan kenapa mentua saya sangat marah kepada saya.

Saya berharap kemelut ini akan berakhir secepat mungkin. Saya minta maaf jika saya ada buat silap kepada mentua saya tetapi seingat saya, tidak ada apa yang saya lakukan sehingga mereka buat saya sampai begitu sekali. Kepada Allah saya berharap, dalam masa terdekat ini, masalah saya akan selesai kerana saya juga ingin hidup bahagia dengan mentua seperti orang lain, mudah-mudahan Allah makbulkan permintaan saya," pinta Amin tenang.

Hubungan dingin mentua dan menantu menjadi lumrah dalam kehidupan. Kepada Amin, saya nasihatkan supaya bersabar dan berdoa selalu. Hati orang tua, ada kalanya tersinggung dan terasa hati walaupun perkara kecil. Saya pasti segala-galanya akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat. Pesan saya, pandai-pandailah mengambil hati mereka, bertanya khabar selalu dan bantu mereka mana perlu. Jangan putuskan hubungan mentua dengan anak mereka, isteri anda. Sebaliknya pastikan isteri anda sentiasa berhubung dengan ibu bapanya walaupun tidak diterima.

Saya juga berharap ada orang tengah yang rapat dengan mentua yang boleh menjadi pengantara untuk menyelesaikan masalah ini.Jadikan anak anda sebagai umpan meraih simpati dan maaf daripada mereka. Biasanya orang tua akan cair dengan cucu. Semoga segala hajat Amin akan terlaksana satu hari nanti. Jangan putus berdoa dan mohon Allah buka pintu hati mentua untuk menerima anda sekeluarga semula.

Menutup kata, sepatah kata buat renungan. Orang yang paling bahagia adalah mereka yang bersabar apabila berada dalam kesulitan dan bersyukur setelah terlepas daripadanya.

Salam.

Kredit : openminda

Berkahwin Dengan Lelaki Bukan Pilihan Papa, Dibuang Keluarga


Tujuan saya berkongsi kisah sedih ini bukanlah ingin menarik simpati sesiapa tetapi saya mengharapkan ada jalan penyelesaian bagi masalah yang saya hadapi. Jujurnya, saya tidak kuat untuk terus hidup dibuang keluarga kerana saya merindukan mama dan papa. Tetapi inilah realiti kehidupan yang harus saya rasai.

Sebenarnya, saya dilahirkan dalam keluarga berada. Sejak kecil saya tidak pernah belajar erti susah sebaliknya segala kemahuan saya dituruti mama dan papa. Alhamdulillah, saya cemerlang dalam akademik dan berjaya keluar negara sebaik tamat SPM. Beberapa tahun hidup di rantau orang, biarpun ada masanya sunyi dan rindu kepada keluarga tetapi saya tahankan hati, kuatkan jiwa demi untuk segulung ijazah. Saya tahu mama dan papa menunggu saya dengan ijazah kerana saya anak pertama dalam keluarga.

Setahun sekali, baru keluarga datang ziarah dan sayalah orang paling gembira ketika itu kerana dapat melepaskan rindu yang bertamu. Enam tahun di rantau orang, saya akhirnya berjaya memperoleh ijazah.


Alhamdulillah, pekerjaan di sebuah syarikat korporat membuatkan kehidupan saya agak selesa. Papa memang punya sebuah syarikat tetapi saya yang menolak bekerja dengannya atas alasan ingin berdikari. Jika diukur secara fizikalnya, saya memang tiada sebarang cacat celanya. Kata orang ada duit, ada pekerjaan yang bagus tetapi satu kekurangan itu saya tiada cinta sedangkan usia terus berlalu.


Sesekala bila tengok kawan-kawan bahagia dengan kekasih, saya sedih di dalam hati. Saya terus tonjolkan sikap ‘happy go lucky’ di hadapan mereka dan mengucapkan tahniah bila mereka naik pelamin. Hinggalah tujuh tahun lalu, saya mengenali seorang lelaki yang mana kerana dirinya, saya dibuang keluarga.

Terus terang saya katakan, dia lelaki yang berjaya membuat hati saya cair. Jadi lemah jiwa raga jika tidak menemuinya. Sikapnya yang berbudi bahasa, penuh kesantunan, penuh kasih sayang malah saya rasakan dia pelengkap jiwa.


Bersamanya, saya rasa sangat bahagia malah bersamanya juga baru saya memahami apa itu kasih sayang yang didambakan pasangan berkasih. Dia yang juga suami saya kini, kami bertemu ketika dia datang ke pejabat saya dalam satu urusan kerja. Dia hanyalah penurut pegawainya kerana ketika itu dia baru saja bekerja. Jadi tugasnya hanyalah sebagai pembantu sahaja. Pertama kali memandangnya, hati saya bergetar. Dia punya aura bila didekati malah selepas selesai pertemuan, saya yang meminta kad dan nombor telefonnya dahulu. Kata orang, tidak salah untuk saya memulakan dahulu. Ternyata, pilihan saya tepat kerana dia memenuhi ciri-ciri lelaki yang saya cari.


Saya sangka episod cinta saya mudah tetapi saya tersilap. Ketika suami (kekasih ketika itu) diperkenalkan kepada keluarga, papa orang yang paling banyak menyoal. Berasal dari mana, kerja apa malah pelbagai pertanyaan lain lancar dari mulut papa. Sejak dia balik, papa menyoal saya dengan pelbagai soalan.

Pendek cerita, demi cinta, saya nikah lari ke sempadan dan itu menambah benci di hati papa. Dia membuang saya kerana katanya saya anak tidak sedar dek untung. Bagi saya, kalau status jadi ukuran, itu masalah papa dan bukan masalah saya kerana saya hanya mencari lelaki yang mencintai saya dengan sepenuh jiwa raganya.


Jujurnya saya bahagia hingga kini dengan suami. Saya pernah keguguran malah pernah sekali melahirkan tetapi anak saya meninggal akibat kompilasi jantung. Saya redha dengan semua ujian takdir. Suami masih baik dan melayan saya dengan baik biarpun rumah tangga kami tidak diserikan dengan anak.



Saya bersyukur tetapi masa yang sama, saya merindui keluarga. Kenapa papa menetapkan aturan kehidupan demi statusnya. Adakah salah untuk kita memilih orang yang bukan sekufu sedangkan di mata Allah itu tiada bezanya.


Ada sesekali saya mencuri telefon kepada mama dan dia melayan dengan baik. Cuma saya yang tiada kekuatan untuk bertemunya lagi di rumah yang pernah saya diami ketika kecil.


Adakah salah cara saya ini? Apa cara terbaik untuk saya memujuk hati papa mengenai perkahwinan ini. Saya rasa sudah terlalu lama ia berlalu dan adakah hati papa masih keras seperti dahulu. Saya sentiasa kuatkan semangat untuk menempuh sebuah kehidupan dengan iringan doa dari keluarga. Apa yang harus saya lakukan? Saya kini hanya mampu menumpang kasih mentua yang sangat baik hati. Apa yang harus saya lakukan dalam hidup ini?  Bantulah saya!

Kredit : Karangkraf 



Ibu Ayah, Kalaulah Saya Dapat Berbicara, Dengarkan Luahan Saya Ini

5 Jun 2017


Assalamualaikum korang ;)

Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa.

sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..."
9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia.

oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia.
sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya.

tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak.
saya percaya itu.
hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perotnya.
saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi.
semalam ibu sakit perot.

ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perot segala..."
tapi apa kan daya mulut saya belom terbentuk sempurna.
tapi kan saya sungguh pelik.
kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung?
tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut.
oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perot agaknya...
malam nih ibu tidor lewat.

ibu tunggu ayah barangkali.
mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan?
sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam.
ibu..... saya sejuklah.
tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah.
takper, saya rela bersejuk.
sampai pukul 2 pagi baru ayah datang.
dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perot, mana boleh ngorat.

tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah.
bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise.
romantiknya ibu ayah saya!!mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perot ibu.
bergegar saya dalam perot ibu.
apa nih ayah, saya sakit lah.
belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat.
tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham....
then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.

ayah tolak.
aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot?
ganasnya ibu ayah saya.
tiba-tiba ayah pijak perot ibu.
adoi sakitnya saya!

ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. jom lah kita kawin..."
ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
yer la saya pening di sepak terajang.
tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
kenapa...................

lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi.
ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek.
ibu duduk dengan kawan dia.
aunty mira kot nama dia.
saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas.
saya sakit tau bila ibu minum air nenas?
tapi... ibu sayang saya.

jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis.
pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis.
saya tak paham lah kenapa.
kenapa yer korang?

makin lama, saya makin besar.
ibu dah tak penah keluar rumah.
yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat.
jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidor.
saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis.
mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!

nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu..
oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang.
dia tengok ibu.
dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia.
ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh.
mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu.
sukanya saya.

saya ingat ayah benci saya tadi.
ayah nih pandai bergurau lah.
tapi ayah tak duduk lama pun.
ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
ayah tak pegang pon saya.
mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.
tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe.
dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat.
saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perot ibu.
saya rasa saya nak keluar.
saya dah hint ibu banyak kali dah.

saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil?
kenapa ibu tak pergi hospital pon?
IBU, SAYA NAK KELUAR NIH.....
ibu mengerang dan meneran kuat.

saya nampak aunty mira duduk tepi katil dan biar ibu teros meneran dan keluarkan saya.
aunty mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..."
dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan?
maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu.
saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik.

itu janji saya pada ibu.... dan ayah.
aunty mira letakkan saya dalam kain batik.
ape la aunty nih mandi kan la saya.
tak seronok lah ada darah-darah nih.
karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya.
ibu dah la tengah terbaring sakit.
wah indah nya dunia.

ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga.
akhirnya saya terkeluar juga.
nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.
tiba-tiba ayah datang.
ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..."

ibu tersenyum dalam sakit.
ayah angkat saya laju-laju.
rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe.
ayah bawak saya keluar rumah.

ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak.
AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU.
dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor.
tapi ruang yang terbuka cuma kecil.

ayah tutup saya dengan beg kerjanya.
sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan.
saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok.

tak sabarnya di pelok, di cium....
dan ayah berenti di satu rumah flat.
mungkin nenek dan atok saya duduk sini.
ayah bawak saya naik atas, guna tangga.

kenapa tak guna lif ayah? saya kan berat kesian ayah.
nanti saya balas jasa ayah yer.
sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga.
sunyi tempat tu.
mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi.
ayah ni kan......
ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi.
ayah ikat semua sekali.
sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELOM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELOM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELOM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELOM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

dan saya rasa saya tercampak jauh.
berlegar-legar sebentar sebelum teros jatuh mencium tanah.
sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok.
dan sampai ke tanah.............

mungkin saya di takdirkan untuk hidop hanya setakat ini.
tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing.
kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.

OH AYAH KU.......

TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIODP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDOP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?

BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDOP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.

SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDOP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...

Kredit: FB AISHA INANI


 

Anak Tunggal Si Tanggang Moden

4 Jun 2017


 
Saya berusia awal 60-an, berkahwin. Kami suami isteri ada bisnes sendiri. Kami dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia awal 30-an. Itulah satu-satunya zuriat kami yang Allah kurniakan.Di awal kehidupan, kami sangat bahagia. Anak tunggal yang kami namakan Azhan (bukan nama sebenar) membesar sebagai anak yang sangat baik, bijak dalam pelajaran dan periang. Dia juga aktif bersukan dan sentiasa menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.

Kami memanggilnya Boy kerana dia anak yang sangat manja. Maklumlah anak seorang tentu keciwi kata orang Kedah. Meniti usia remaja, Boy mendapat tawaran masuk sekolah berasrama, kemudian ke universiti. Sebagai ibu bapa, saya dan suami tentu sangat gembira. Kami iringi kejayaannya dengan doa yang tidak pernah putus dan berharap kami boleh menumpang bahagia dan hidup bersamanya.

Sayangnya itu semua tidak berlaku, doa kami Allah belum makbulkan, sebaliknya kami diuji berterusan dengan perangai Boy. Tapi kami reda. Mungkin ada silap yang kami tidak nampak. Tamat belajar di universiti, Boy mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat minyak yang ternama. Hanya doa dan rasa syukur yang saya panjatkan kepada Allah SWT. Saya masih ingat, pada hari pertama dia melapor diri sekitar 2010, dia keluar rumah dan tidak balik-balik lagi. Tiga tahun kami terputus hubungan. Saya tidak tahu apa salah kami. Apa dosa kami dia buat macam itu. Puas saya cari, bertanya kawan-kawannya, saudara mara tetapi semua tidak tahu.

Pada awal 2013, kami suami isteri dikejutkan dengan kad undangan perkahwinan Boy yang diadakan di sebuah hotel. Melalui kad, saya agak isterinya anak orang kenamaan. Terkejut saya Allah sahaja yang tahu. Ribut tidak, angin tidak, tiba-tiba saya dapat kad kahwin anak sendiri. Saya suami isteri berfikir sama ada hendak hadir atau tidak. Setelah mengambil kira rindu kami kepadanya, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi, bukan untuk meraikan perkahwinannya tetapi untuk bertemu muka dengan dia.

Kami dapat meja hadapan dekat dengan laluan pengantin untuk ke pelamin. Peluang yang baik untuk saya berjumpa Boy. Ketika pengantin diarak masuk, saya berdiri menghadap laluan pengantin. Boy nampak saya dan babahnya. Tidak nampak rasa bersalah pada wajahnya. Bila dekat dengan kami, dia berhenti. Saya terus cakap, Apa salah mak Boy, kamu buat kami macam ini. Malu mak Boy, malu mak Boy,” kata saya dengan air mata berlinangan di pipi.

Boy selamba sahaja tidak nampak rasa bersalah pada wajahnya. Malah memperkenalkan isterinya kepada kami pun tidak. Saya terus bersabar. Saya yakin tetamu di meja itu semua perasan akan kesedihan saya. Suara saya cukup kuat untuk mereka mendengarnya. Ada yang menggeleng kepala dan ada yang turut menitis air mata. Boy tanpa bersalah berlalu sambil berpimpin tangan dengan isterinya ke pelamin.

Puas hati saya. Ketika kompang masih bergema meraikan Boy dan isterinya, kami terus keluar. Tak tunggu makan. Sepanjang jalan balik ke rumah, air mata saya macam empangan pecah, berjurai-jurai membasahi pipi. Saya tidak merasa apa-apa. Nak kata sedih pun tidak, marah pun tidak. Tetapi saya rasa lega dapat berkata begitu kepada Boy. Kini, sudah tujuh tahun Boy ‘pergi’ daripada kami. Saya dengar khabar dia bekerja di luar negara. Saya tidak kisah lagi tentang dia. Air mata saya sudah kering memikirkan perbuatan dia. Saya reda dan menerima ketentuan Allah kepada kami, suami isteri.

Yang saya pelik, bagaimana keluarga mentuanya boleh menerima anak saya begitu sahaja tanpa bertanya atau siasat latar belakang, siapa ibu bapanya. Mudah sungguh cari menantu sampai tak ambil kira anak siapa. Agaknya sebab anak saya ada jawatan tinggi dan bergaji lumayan. Itulah dunia, bohonglah kalau kata saya tidak sedih, tapi saya tidak mahu fikir sangat. Biarkan dia dengan kehidupan dia. Saya tetap berdoa, satu hari dia akan sedar dan mencari kami.

Di bulan Ramadan ini, saya teringatkan dia. Terkenang masa kecil dia makan masakan saya. Bulan puasa sahaja, dia akan minta saya masakkan makanan yang dia suka untuk berbuka. Tetapi semua itu kini tinggal kenangan. Saya tetap mendoakan kebahagiaan dia dan keluarganya. Cuma saya berharap, satu hari nanti, besan saya akan datang mencari saya. Tentang Boy, biar Allah yang aturkan. Jika saya ini ibu yang mengandung dan melahirkan dia, dia akan cari saya dan babahnya. Saya akan berdoa dan tunggu keajaiban berlaku. 

Dahulu saya selalu baca buku Kisah Si Tanggang, tetapi sekarang, saya sendiri menghadapinya. Semoga Allah makbulkan doa-doa saya.

Kredit : UtusanMalaysia


 

Jangan Buang Bayi....Berikan Kepada Saya

31 Jul 2010


SAYA amat tertarik membaca luahan Wan Baling, Kedah yang merayu agar remaja yang hamil anak luar nikah menyerahkan bayi mereka kepadanya untuk dijaga dan tidak membuang bayi yang tidak bersalah itu ke dalam tong sampah dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, saya sebenarnya mempunyai kisah yang agak menarik berkaitan anak "istimewa" ini. Saya dan suami telah mendirikan rumah tangga sejak September 2002. Malangnya sehingga menjelang ulang tahun perkahwinan kami keenam saya masih belum pernah sekalipun mengandung.

Pelbagai cara juga telah kami lakukan. Malahan usaha terakhir saya di salah sebuah hospital swasta popular telah dikhabarkan bahawa saya yang sebenarnya mempunyai masalah iaitu ovum @ telur yang saya hasilkan terlalu kecil dan kerana itu ia sukar untuk bersenyawa dengan sperma suami. Akhirnya kami pasrah. Pada 1 Syawal tahun 2008, ketika pulang beraya di kampung, kami dikhabarkan oleh pakcik saya bahawa terdapat seorang gadis telah melahirkan seorang bayi perempuan yang tidak berbapa.

Gadis ini bercadang untuk memberikan anak tersebut kepada orang lain untuk dijaga. Tanpa berfikir panjang, saya dan suami segera bersetuju dan menelefon pihak yang mengenali gadis tersebut untuk memaklumkannya. Pada masa itu, sepupu saya yang juga hampir sebaya usia perkahwinannya dengan saya turut mahukan bayi ini kerana dia juga tidak pernah sekalipun mengandung sepanjang usia perkahwinannya (tetapi telah mengambil seorang anak angkat lelaki). Akhirnya kata putus dibuat dan sepupu mengalah untuk membiarkan saya dan suami yang mengambil dan memelihara anak tersebut.

Malangnya, semenjak dilahirkan anak itu terus ditahan di wad hospital kerana telah lemas di dalam perut ibu akibat lewat dibawa ke hospital. Tanpa jemu dan putus asa, saya dan sepupu berulang-alik melawat bayi itu di hospital yang terletak di Pantai Timur sedangkan kami tinggal di Lembah Kelang. Akhirnya, selepas 40 hari, barulah anak itu dapat dibawa keluar dari hospital dan diserahkan kepada kami beserta dengan dokumen perubatan dan temujanji doktor yang tidak kurang banyaknya.

Pada mulanya, saya yang tiada pengalaman menganggap ini hanyalah kebiasaan pada bayi yang baru lahir. Tetapi, setelah beberapa minggu, barulah saya perasan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada anak itu. Selepas dirujuk kepada doktor dan ditambah dengan temujanji yang dibuat dengan doktor pakar di hospital tempat kelahirannya, barulah kami jelas bahawa anak ini sebenarnya telah mengalami masalah akibat kemalangan yang dihadapi di saat dia dilahirkan dulu. Telinga kiri anak perempuan saya itu tidak dapat mendengar. Malahan tangan dan kaki kirinya juga tidak dapat berfungsi dengan sempurna (akibat dari lemas ketika kelahiran, otak kanannya terjejas dan merosakkan fungsi organ kiri). Untuk itu, kami perlu membawanya untuk menghadiri sesi fisioterapi dan sebagainya.

Tetapi, sedikitpun anak ini tidak memberi masalah atau memberi beban kepada kami. Kehadirannya cukup menceriakan seisi rumah malahan dia menjadi perhatian semua ahli keluarga saya termasuk menjadi kesayangan sepupu saya tadi. Tambah istimewa, hanya selepas menjaganya dua bulan dan pada usia anak perempuan saya ini menjangkau umur tiga bulan, saya sendiri telah disahkan hamil. Makin bertambah kasih kami kepada anak ini kerana mungkin berkat kehadirannya dalam hidup kami suami isteri, hormon di dalam badan saya semakin aktif dan akhirnya saya disahkan mengandung.

Kini, hampir 2 tahun berlalu dan saya sekarang menjadi ibu kepada sepasang anak perempuan dan lelaki yang cukup comel dan keletah. Kasih sayang kami kepada kedua-duanya tidak pernah berbelah bahagi. Malahan, tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa ahli keluarga saya lebih menyayangi anak "istimewa" saya ini berbanding adik lelakinya memandangkan dia merupakan seorang anak perempuan yang bijak, comel dan cukup cerdik walaupun ada sedikit kekurangan. Sebagai tambahan kepada surat dari Wan Baling, Kedah tadi, apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah beberapa situasi yang saya alami sepanjang menjaga anak perempuan saya ini. Memandangkan saya dan suami berkulit hitam manis, anak lelaki kami juga mewarisi warna kulit yang sama.

Akan tetapi, anak perempuan saya ini putih dan cerah kulitnya. Ditambah pula dengan beza umur mereka yang agak rapat (jarak umur hanya 9 bulan dan tumbesaran hampir sama besar), jadi seringkali, saat berjalan sekeluarga anak-anak ini akan mendapat perhatian ramai. Pada yang tidak ambil pusing, mereka hanya akan berbicara sesama sendiri dan menganggap anak-anak saya ini kembar. Tetapi pada mereka yang berani dan lebih prihatin, persoalan yang bersarang di kepala biasanya akan terus diajukan kepada kami suami isteri. "Kembar ke? Umur berapa? Beza ye kulit mereka? Yang perempuan putih ikut siapa?" Itu antara soalan perangkap yang sering kami terima.

Pada insan yang hanya selisih di jalanan, mungkin jawapan mudah seperti "Iye, kembar" sudah memadai. Tetapi bagi mereka yang berjam-jam akan berada berada di tepi kita (saat menanti temujanji doktor, saat menghadiri kenduri kendara), jawapan sebenar tidak dapat dielakkan. Tetapi, tidak bermakna bila saya mengaku bahawa anak perempuan saya itu hanyalah anak angkat, adalah tanda bahawa saya tidak menghargainya atau membezakan mereka dua beradik. Seringkali cerita tentang kehadiran anak perempuan saya ini dan kemudian kisah saya hamil selepas kehadirannya akan turut saya ceritakan juga. Reaksi yang saya terima itulah yang ingin saya kongsi di sini.

Dari situ saya dapat kesimpulan bahawa terlalu ramai orang di luar sana yang tidak berpeluang untuk mengandung tetapi mahukan anak. Untuk mengambil anak angkat melalui saluran yang betul (Jabatan Kebajikan contohnya) kami sering dicerita dengan prosedur yang rumit dan susah sehingga menyebabkan anak-anak tanpa status inilah yang menjadi pilihan ramai sebenarnya. Oleh itu, kepada remaja di luar sana, andainya anda sudah tiada tempat untuk mengadu dan tidak mampu menjaga anak yang sembilan bulan anda kandungkan, berilah kepada orang lain.

Janganlah dibuang begitu sahaja. Jangan tambah dosa yang telah anda buat. Cuba dapatkan pula pahala apabila kami insan yang memerlukan ini mengucapkan terima kasih kepada anda atas anugerah "anak istimewa" ini dan juga terima kasih kerana anda tidak menjadi pembunuh. Sedikit nasihat untuk remaja terlanjur di luar sana. Atas pengalaman saya, ibu kepada anak yang saya pelihara ini tidak didakwa walaupun dia melahirkan anak luar nikah di hospital kerajaan. Ini kerana, melahirkan bukanlah satu kesalahan walaupun ia merupakan dosa besar kerana melahirkan anak luar nikah.

Menyorokkan kelahiran, membuang anak dan membunuh bayi yang tidak berdosa itu yang salah dan perlu dihukum oleh undang-undang dunia sebelum dihukum di akhirat kelak. Oleh itu, carilah pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak kerana rasanya bukan sahaja Wan Baling Kedah yang sanggup menjaga anda ibu terlanjur sehingga selamat melahirkan, tetapi ramai lagi pasangan yang sanggup berbuat demikian demi untuk memastikan anak-anak yang tidak berdosa juga dapat peluang untuk hidup seperti manusia yang lainnya.

Sebelum saya mengundur diri, tidak juga saya lupakan untuk bercerita sedikit tentang ibu kandung anak perempuan saya ini. Gadis tersebut yang telah insaf, kini telah pun berbahagia bersama suami dan anak perempuannya yang baru. Malahan hubungan kami sekeluarga dengan mereka juga terjalin dengan baik. Tidak ada apa yang perlu dirahsiakan dan dimalukan. Yang lepas biarlah lepas.

NOOR

Semenyih

Kredit : SuaraHati

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.