SLIDER

sepupu
Showing posts with label sepupu. Show all posts

Family Reunion Bawa Duka

13 Jun 2017


Assalamualaikum admin, mohon hide profile saya. Saya sudah bergelar sebagai seorang isteri selama beberapa tahun. Kehidupan kami biasa saja, bahagia sehingga lah pada suatu hari, kejadian yang membuat kasih sayang saya, kepercayaan saya berkurangan terhadap suami saya.

Kejadian itu berlaku semasa balik ke kampung ketika ada family reunion. Kejadian yang saya rasa memalukan bagi saya seorang isteri. Saya dan suami tidur di ruang tamu, pada ketika itu sepupu saya pun tidur di ruang tamu tetapi diatas sofa. Ketika saya terjaga saya terpandang suami saya yang sedang asyik memandang sepupu saya yang sedang tidur.

Pada pandagan saya mungkin dia terpandang keadaan kain nya yang sedikit tersingkap (nampak anak seluar), tapi apabila berkali-kali dia memandang sambil membetulkan posisi kedudukan nya supaya selesa (nampak dengan lebih jelas) hati saya jadi sakit, dia tidak tahu saya berpura-pura tidur. Saya kecewa apabila melihat kelakuan suami saya.

Loading...
Saya ingin menegur tetapi saya rasa malu dengan kejadian itu. Sejak kejadian itu, hati saya sakit. Saya rasa jijik, geli dengan suami lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku di bulan yang mulia bulan ramadhan. Bila saya pandang muka suami, hati saya bagaikan hancur saya ada cakap dengan suami supaya jangan sentuh saya. Suami bertanya kenapa saya melayan dia dengan dingin. Saya sudah beri hint tentang apa yang saya marahkan, tapi dia masih tidak faham. (sepupu saya mahupun suami tidak tahu yg saya nmpk kejadian ini).

Mulut saya pula tidak terluah tentang apa yang berlaku, saya punya la menjaga aib saya sebagai seorang isteri(menutup aurat semasa di kampung atau rumah mertua, memakai tudung 24 jam) tapi ini balasan suami saya. Dalam hal ini siapa yg bersalah? salahkah saya sebagai seorang isteri kecewa dengan perilaku suami? yang membuatkan saya terlalu kecewa sebab saya tak sangka suami akan berkelakuan sedemikian.

Bertahun kami hidup, ini kali pertama terjadi di depan mata saya, saya berdoa jika suami memandang tanpa niat, harap Allah hilangkan ingatan saya tentang kejadian itu tapi kejadian itu masih segar di ingatan saya. Buat masa sekarang pandang muka suami pun saya tak mampu.

Saya rasa terhina, saya jadi tak suka dengan suami saya. Apa yang patut saya lakukan.? Melupakan atau berterus terang. Sehingga sekarang saya masih bersedih. Ketika menaip warkah ini air mata saya tidak berhenti mengalir.

Di Fitnah Saudara-Mara Di Laman Sosial

30 Apr 2017


Kepulangan Linda, 30, ke rumah nenek sebelah ibunya di sebuah perkampungan di utara Semenanjung bagi sambutan Syawal baru-baru ini, tidak semeriah sebagaimana diharapkan. Dia yang tidak mengetahui punca sebenar tindakan ramai dalam kalangan sepupu-sepupunya yang tidak mengindahkan malah dilihat seperti memulaukan dirinya amat tidak difahami. Dia yang balik beraya bersama keluarga, ibu dan ayahnya, sedikit berasa tersisih dengan layanan daripada sepupu-sepupu yang lain. “Keluarga nenek memang ramai. Ibu saya mempunyai 12 orang adik-beradik dan setiap keluarga mempunyai anak-anak yang ramai. Apabila sesekali balik berjumpa pasti meriah kerana setahun sekali bersua mesra apabila hari raya.

“Tetapi kepulangan saya baru-baru ini seolah-olah tidak diendahkan oleh sepupu-sepupu lain yang jarak usia mereka tidak jauh beza dari saya,” jelas Linda ketika ditemui di majlis rumah terbuka baru-baru ini. Namun menurut Linda, bukan semua yang bersikap begitu, ada yang juga masih mesra dan saling bertegur sapa dan bertanyakan khabar apabila bersua di rumah nenek pada pagi Syawal. Linda yang kehairanan cuba mencari punca dan masalah sebenar apa yang menyebabkan sepupu-sepupu yang kebanyakannya perempuan enggan bercakap dengan dirinya, sedangkan sepatutnya, pada pagi raya seperti itu orang akan saling bersalaman bagi memohon ampun atas kekhilafan yang dilakukan.

Masih teringat di fikiran Linda bagaimana meriahnya dia dan sepupu-sepupu saling berlumba-lumba mencantikkan diri dengan memakai pakaian baru yang paling cantik di mata mereka. Selalunya, dia yang akan mendapat pujian daripada nenek dan datuknya kerana Linda memang dilahirkan dalam keluarga yang memiliki personaliti menawan. “Namun semua itu tidak pernah menjadi penghalang dan bagi saya kelebihan itu tidak pernah dijadikan ukuran kepada persahabatan saya dengan sepupu-sepupu lain,” katanya. Akhirnya, menurut Linda, tiga hari selepas balik ke kampung, apabila dia beraya ke rumah sepupunya yang paling muda, iaitu anak kepada ibu saudaranya paling bongsu, segalanya terbongkar. Itupun selepas Linda cuba mengorek kebenaran yang menjadikan dirinya seolah-olah tidak diendahkan oleh sepupu-sepupu lain.

Setelah dikorek rahsia, barulah Linda mengetahui yang selama ini dia menjadi bahan cerita, kutukan dan sindiran beberapa sepupunya yang lain di dalam laman sosial seperti facebook, we chat dan whats app. “Aplikasi laman sosial seperti whats app menyediakan satu laman bagi perkumpulan atau group yang membolehkan mereka yang berada di dalam perkumpulan berkenaan boleh berbincang sesama mereka tanpa diketahui oleh insan luar yang tidak tersenarai dalam perkumpulan berkenaan. “Sepatutnya laman sosial seperti ini memberi banyak kebaikan kepada mereka yang berada di dalamnya seperti pengetahuan, mengeratkan perhubungan, memberi bantuan dan sebagainya, namun selalunya laman sosial seperti ini akan menjadi satu tempat untuk melepaskan geram, dendam, kutukan dan malahan fitnah kepada orang lain.

“Inilah yang terjadi kepada saya kerana saya sering menjadi fitnah kepada sepupu-sepupu lain dan saya sendiri tidak mengetahuinya kerana mereka mempunyai group whats app sendiri,” jelas Linda. Apa yang Linda tidak tahu sepanjang tahun lepas, Linda sentiasa menjadi bahan fitnah daripada tiga orang sepupu yang amat mencemburuinya selama ini. Bukan sahaja atas dasar kecantikan Linda, malah dia juga merupakan pegawai tertinggi di jabatan kerajaan, lulusan luar negara dan keluarganya kaya serta disenangi oleh datuk dan neneknya. Daripada risikan yang Linda lakukan, sepupunya yang muda itu telah menunjukkan laman sosial berkenaan dan pelbagai perbincangan yang telah mereka lakukan yang kebanyakannya memburuk-burukkan dirinya, yang semuanya berunsurkan fitnah.

Sepupunya yang paling muda dan yang paling baik dengannya itu mengakui hanya melihat sahaja lontaran perbincangan yang dimuat naik oleh sepupu-sepupu lain tetapi dia sendiri tidak masuk campur kerana mengetahui kebanyakannya adalah fitnah terhadap Linda. “Rasa marah, lucu, sedih dan sebagainya bercampur baur dalam perasaan apabila membaca perbincangan yang dilakukan dalam laman sosial berkenaan. Tetapi saya beranggapan, semua itu hanya satu perkara biasa yang dilontarkan oleh mereka yang tidak mengenali saya sepenuhnya. “Dari sekecil hingga sebesar ayat saya baca, satu perkara yang menyentuh hati ialah apabila mereka mengaitkan saya cantik tetapi dalam usia seperti itu masih belum mempunyai teman lelaki. Mereka bukannya tidak tahu jodoh dan ajal maut itu di tangan Tuhan. Siapalah kita yang menentukannya.

“Dari situ saya berasakan amatlah teruknya laman sosial ini sekiranya digunakan tanpa perkara yang jelas dan digunakan untuk memfitnah. Apa yang penting mereka berbincang di laman sosial mengenai diri mereka tetapi orang yang diperbincangkan itu tidak mengetahui apa-apa pun malah tidak mempunyai kuasa untuk membela diri. Apa-apa pun dalam hati, saya memaafkan mereka atas perbuatan yang dilakukan. “Mereka tidak tahu saya telah tahu apa yang mereka bincangkan mengenai diri saya, tetapi mulai dari hari itu saya mesti berhati-hati. Apa yang saya dapati, bukan hanya perihal saya yang mereka bincangkan, malah mereka juga akan turut membincangkan orang lain yang tidak disukai mereka di laman berkenaan,” katanya.

Kredit : UtusanMalaysia
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gara-gara Isteri , Terputus Hubungan Sepupu

15 Mar 2016


Assalamualaikum..Aku Azlan, sepupu aku Hakim, Memandangkan kami saudara sepupu, hubungan kami memang sangat rapat. Selalu Hakim bercerita hal-hal peribadi termasuklah hal -hal memikat teman wanita. Begitu juga aku, selesa bercerita dengan Hakim. Jadi kiranya aku pun kenallah teman wanita Hakim ni, yang bakal jadi isteri dia tak lama lagi. Kadang-kadang teman wanita Hakim ini ada juga bertanyakan hal-hal peribadi Hakim, dengan niat nak memikat hati Hakim. Aku tak kisahlah, asalkan diorang bahagia.

Hakim terlebih dahulu berkahwin. Rezeki dia awal. Aku happy je. Aku tengok kehidupan suami isteri ni bahagia sangat, aku sebagai sepupu rapat tumpang gembiralah dan berdoa semoga diorang bahagia hingga akhir hayat. Sekarang dah nak masuk 3 tahun usia perkahwinan diorang. Anak dah nak masuk 2. Sehinggalah satu hari, Hakim datang jumpa aku marah-marah dengan perkara yang merepek dan mengatakan dia nak putuskan hubungan saudara dengan aku sebagai sepupu. Aku terkejut. Gila tak sedih.

Aku ajak bincang,  tapi seolah-olah die nak buang aku tanpa sebab yang aku sendiri tak tahu. Kata Hakim, die dapat tahu isterinya senyap-senyap menelefon aku untuk mengadu masalah rumah tangga mereka. Ya, isteri die memang ada beberapa kali call aku, tapi aku bukannya jahat sangat nak menghasut supaya hubungan diorang jadi lebih teruk. Apa yg aku buat, aku bagi nasihatlah kat isteri die, untuk selesaikan masalah diorang dengan lebih elok. Aku tahu perangai Hakim luar dan dalam, jadi aku cuba beri tips kepada isteri die bagaimana nak ambil hati Hakim dan seterusnya dapat selesaikan masalah diorang. Aku hanya membantu sahaja.

Masalahnya sekarang, aku rasa Hakim dah tersalah faham. Aku ada pergi jumpa Hakim untuk meminta maaf kalau dia tak selesa dengan situasi yang dah terjadi tu, dan memberi penjelasan,tapi dia hanya mendiamkan diri je . Dia seolah -olah nak menjauhkan diri daripada aku. Kalau berjumpa di rumah saudara mara pun , buat buat macam tak kenal. Call apatah lagi, memang langsung dah tak call. Fb pun dah unfriend. Kami pun dah jarang berjumpa dan berborak-borak macam dulu.

Sedih wehh, sepupu sendiri tuuu. Pusing-pusing jumpa jugak, tapi jadi dah tak rapat mesra macam dululah. aku rasa bendanya kecik je, Mungkin dia silap faham. Aku cuba juga jumpa isteri dia untuk dapatkan kepastian. Isteri Hakim bagitahu yang sepupu aku tu kuat cemburu. Dia ingat aku nak cuba try isteri dia. Memanglah aku ni still bujang, tapi tak adalah sampai aku nak rampas isteri orang. Sepupu sendiri pula tu. Lagipun sekarang ni , aku sedang mengenali seseorang. Anak dara. Aku dah pergi berjumpa Hakim dan jelaskan, dan minta maaf, Aku tak tahu lagi macam mana nak buat. Tolong aku, kalau kalau ada idea. Buntu-buntu.

-Azlan-

Jangan Buang Bayi....Berikan Kepada Saya

31 Jul 2010


SAYA amat tertarik membaca luahan Wan Baling, Kedah yang merayu agar remaja yang hamil anak luar nikah menyerahkan bayi mereka kepadanya untuk dijaga dan tidak membuang bayi yang tidak bersalah itu ke dalam tong sampah dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, saya sebenarnya mempunyai kisah yang agak menarik berkaitan anak "istimewa" ini. Saya dan suami telah mendirikan rumah tangga sejak September 2002. Malangnya sehingga menjelang ulang tahun perkahwinan kami keenam saya masih belum pernah sekalipun mengandung.

Pelbagai cara juga telah kami lakukan. Malahan usaha terakhir saya di salah sebuah hospital swasta popular telah dikhabarkan bahawa saya yang sebenarnya mempunyai masalah iaitu ovum @ telur yang saya hasilkan terlalu kecil dan kerana itu ia sukar untuk bersenyawa dengan sperma suami. Akhirnya kami pasrah. Pada 1 Syawal tahun 2008, ketika pulang beraya di kampung, kami dikhabarkan oleh pakcik saya bahawa terdapat seorang gadis telah melahirkan seorang bayi perempuan yang tidak berbapa.

Gadis ini bercadang untuk memberikan anak tersebut kepada orang lain untuk dijaga. Tanpa berfikir panjang, saya dan suami segera bersetuju dan menelefon pihak yang mengenali gadis tersebut untuk memaklumkannya. Pada masa itu, sepupu saya yang juga hampir sebaya usia perkahwinannya dengan saya turut mahukan bayi ini kerana dia juga tidak pernah sekalipun mengandung sepanjang usia perkahwinannya (tetapi telah mengambil seorang anak angkat lelaki). Akhirnya kata putus dibuat dan sepupu mengalah untuk membiarkan saya dan suami yang mengambil dan memelihara anak tersebut.

Malangnya, semenjak dilahirkan anak itu terus ditahan di wad hospital kerana telah lemas di dalam perut ibu akibat lewat dibawa ke hospital. Tanpa jemu dan putus asa, saya dan sepupu berulang-alik melawat bayi itu di hospital yang terletak di Pantai Timur sedangkan kami tinggal di Lembah Kelang. Akhirnya, selepas 40 hari, barulah anak itu dapat dibawa keluar dari hospital dan diserahkan kepada kami beserta dengan dokumen perubatan dan temujanji doktor yang tidak kurang banyaknya.

Pada mulanya, saya yang tiada pengalaman menganggap ini hanyalah kebiasaan pada bayi yang baru lahir. Tetapi, setelah beberapa minggu, barulah saya perasan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada anak itu. Selepas dirujuk kepada doktor dan ditambah dengan temujanji yang dibuat dengan doktor pakar di hospital tempat kelahirannya, barulah kami jelas bahawa anak ini sebenarnya telah mengalami masalah akibat kemalangan yang dihadapi di saat dia dilahirkan dulu. Telinga kiri anak perempuan saya itu tidak dapat mendengar. Malahan tangan dan kaki kirinya juga tidak dapat berfungsi dengan sempurna (akibat dari lemas ketika kelahiran, otak kanannya terjejas dan merosakkan fungsi organ kiri). Untuk itu, kami perlu membawanya untuk menghadiri sesi fisioterapi dan sebagainya.

Tetapi, sedikitpun anak ini tidak memberi masalah atau memberi beban kepada kami. Kehadirannya cukup menceriakan seisi rumah malahan dia menjadi perhatian semua ahli keluarga saya termasuk menjadi kesayangan sepupu saya tadi. Tambah istimewa, hanya selepas menjaganya dua bulan dan pada usia anak perempuan saya ini menjangkau umur tiga bulan, saya sendiri telah disahkan hamil. Makin bertambah kasih kami kepada anak ini kerana mungkin berkat kehadirannya dalam hidup kami suami isteri, hormon di dalam badan saya semakin aktif dan akhirnya saya disahkan mengandung.

Kini, hampir 2 tahun berlalu dan saya sekarang menjadi ibu kepada sepasang anak perempuan dan lelaki yang cukup comel dan keletah. Kasih sayang kami kepada kedua-duanya tidak pernah berbelah bahagi. Malahan, tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa ahli keluarga saya lebih menyayangi anak "istimewa" saya ini berbanding adik lelakinya memandangkan dia merupakan seorang anak perempuan yang bijak, comel dan cukup cerdik walaupun ada sedikit kekurangan. Sebagai tambahan kepada surat dari Wan Baling, Kedah tadi, apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah beberapa situasi yang saya alami sepanjang menjaga anak perempuan saya ini. Memandangkan saya dan suami berkulit hitam manis, anak lelaki kami juga mewarisi warna kulit yang sama.

Akan tetapi, anak perempuan saya ini putih dan cerah kulitnya. Ditambah pula dengan beza umur mereka yang agak rapat (jarak umur hanya 9 bulan dan tumbesaran hampir sama besar), jadi seringkali, saat berjalan sekeluarga anak-anak ini akan mendapat perhatian ramai. Pada yang tidak ambil pusing, mereka hanya akan berbicara sesama sendiri dan menganggap anak-anak saya ini kembar. Tetapi pada mereka yang berani dan lebih prihatin, persoalan yang bersarang di kepala biasanya akan terus diajukan kepada kami suami isteri. "Kembar ke? Umur berapa? Beza ye kulit mereka? Yang perempuan putih ikut siapa?" Itu antara soalan perangkap yang sering kami terima.

Pada insan yang hanya selisih di jalanan, mungkin jawapan mudah seperti "Iye, kembar" sudah memadai. Tetapi bagi mereka yang berjam-jam akan berada berada di tepi kita (saat menanti temujanji doktor, saat menghadiri kenduri kendara), jawapan sebenar tidak dapat dielakkan. Tetapi, tidak bermakna bila saya mengaku bahawa anak perempuan saya itu hanyalah anak angkat, adalah tanda bahawa saya tidak menghargainya atau membezakan mereka dua beradik. Seringkali cerita tentang kehadiran anak perempuan saya ini dan kemudian kisah saya hamil selepas kehadirannya akan turut saya ceritakan juga. Reaksi yang saya terima itulah yang ingin saya kongsi di sini.

Dari situ saya dapat kesimpulan bahawa terlalu ramai orang di luar sana yang tidak berpeluang untuk mengandung tetapi mahukan anak. Untuk mengambil anak angkat melalui saluran yang betul (Jabatan Kebajikan contohnya) kami sering dicerita dengan prosedur yang rumit dan susah sehingga menyebabkan anak-anak tanpa status inilah yang menjadi pilihan ramai sebenarnya. Oleh itu, kepada remaja di luar sana, andainya anda sudah tiada tempat untuk mengadu dan tidak mampu menjaga anak yang sembilan bulan anda kandungkan, berilah kepada orang lain.

Janganlah dibuang begitu sahaja. Jangan tambah dosa yang telah anda buat. Cuba dapatkan pula pahala apabila kami insan yang memerlukan ini mengucapkan terima kasih kepada anda atas anugerah "anak istimewa" ini dan juga terima kasih kerana anda tidak menjadi pembunuh. Sedikit nasihat untuk remaja terlanjur di luar sana. Atas pengalaman saya, ibu kepada anak yang saya pelihara ini tidak didakwa walaupun dia melahirkan anak luar nikah di hospital kerajaan. Ini kerana, melahirkan bukanlah satu kesalahan walaupun ia merupakan dosa besar kerana melahirkan anak luar nikah.

Menyorokkan kelahiran, membuang anak dan membunuh bayi yang tidak berdosa itu yang salah dan perlu dihukum oleh undang-undang dunia sebelum dihukum di akhirat kelak. Oleh itu, carilah pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak kerana rasanya bukan sahaja Wan Baling Kedah yang sanggup menjaga anda ibu terlanjur sehingga selamat melahirkan, tetapi ramai lagi pasangan yang sanggup berbuat demikian demi untuk memastikan anak-anak yang tidak berdosa juga dapat peluang untuk hidup seperti manusia yang lainnya.

Sebelum saya mengundur diri, tidak juga saya lupakan untuk bercerita sedikit tentang ibu kandung anak perempuan saya ini. Gadis tersebut yang telah insaf, kini telah pun berbahagia bersama suami dan anak perempuannya yang baru. Malahan hubungan kami sekeluarga dengan mereka juga terjalin dengan baik. Tidak ada apa yang perlu dirahsiakan dan dimalukan. Yang lepas biarlah lepas.

NOOR

Semenyih

Kredit : SuaraHati

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.