Gara-gara Isteri , Terputus Hubungan Sepupu

Assalamualaikum..Aku Azlan, sepupu aku Hakim, Memandangkan kami saudara sepupu, hubungan kami memang sangat rapat. Selalu Hakim bercerita hal-hal peribadi termasuklah hal -hal memikat teman wanita. Begitu juga aku, selesa bercerita dengan Hakim. Jadi kiranya aku pun kenallah teman wanita Hakim ni, yang bakal jadi isteri dia tak lama lagi. Kadang-kadang teman wanita Hakim ini ada juga bertanyakan hal-hal peribadi Hakim, dengan niat nak memikat hati Hakim. Aku tak kisahlah, asalkan diorang bahagia.
Hakim terlebih dahulu berkahwin. Rezeki dia awal. Aku happy je. Aku tengok kehidupan suami isteri ni bahagia sangat, aku sebagai sepupu rapat tumpang gembiralah dan berdoa semoga diorang bahagia hingga akhir hayat. Sekarang dah nak masuk 3 tahun usia perkahwinan diorang. Anak dah nak masuk 2. Sehinggalah satu hari, Hakim datang jumpa aku marah-marah dengan perkara yang merepek dan mengatakan dia nak putuskan hubungan saudara dengan aku sebagai sepupu. Aku terkejut. Gila tak sedih.
Aku ajak bincang, tapi seolah-olah die nak buang aku tanpa sebab yang aku sendiri tak tahu. Kata Hakim, die dapat tahu isterinya senyap-senyap menelefon aku untuk mengadu masalah rumah tangga mereka. Ya, isteri die memang ada beberapa kali call aku, tapi aku bukannya jahat sangat nak menghasut supaya hubungan diorang jadi lebih teruk. Apa yg aku buat, aku bagi nasihatlah kat isteri die, untuk selesaikan masalah diorang dengan lebih elok. Aku tahu perangai Hakim luar dan dalam, jadi aku cuba beri tips kepada isteri die bagaimana nak ambil hati Hakim dan seterusnya dapat selesaikan masalah diorang. Aku hanya membantu sahaja.
Masalahnya sekarang, aku rasa Hakim dah tersalah faham. Aku ada pergi jumpa Hakim
untuk meminta maaf kalau dia tak selesa dengan situasi yang dah terjadi tu, dan memberi penjelasan,tapi dia hanya mendiamkan diri je . Dia seolah -olah nak menjauhkan diri daripada aku. Kalau berjumpa di rumah saudara mara pun , buat buat macam tak kenal. Call apatah lagi, memang langsung dah tak call. Fb pun dah unfriend. Kami pun dah jarang berjumpa dan berborak-borak macam dulu.
Sedih wehh, sepupu sendiri tuuu. Pusing-pusing jumpa jugak, tapi jadi dah tak rapat mesra macam dululah. aku rasa bendanya kecik je, Mungkin dia silap faham. Aku cuba juga jumpa isteri dia untuk dapatkan kepastian. Isteri Hakim bagitahu yang sepupu aku tu kuat cemburu. Dia ingat aku nak cuba try isteri dia. Memanglah aku ni still bujang, tapi tak adalah sampai aku nak rampas isteri orang. Sepupu sendiri pula tu. Lagipun sekarang ni , aku sedang mengenali seseorang. Anak dara. Aku dah pergi berjumpa Hakim dan jelaskan, dan minta maaf, Aku tak tahu lagi macam mana nak buat. Tolong aku, kalau kalau ada idea. Buntu-buntu.
-Azlan-