SLIDER

gugur
Showing posts with label gugur. Show all posts

Keguguran? Jangan Salahkan Diri Sendiri

6 Jan 2022



Keguguran. Jangan salahkan diri sendiri.
Puncanya bukan sebab makan nenas.
Puncanya bukan sebab rahim tak kuat.
Bukan sebab mengangkat benda berat, dan bukan sebab mengalami tekanan hidup atau stress.


Ramai yang mengalaminya. Keguguran pada tiga bulan pertama memang kerap berlaku. Jika seratus wanita hamil, seramai 20 akan keguguran (20%), mungkin juga jumlah sebenar lebih dari itu. Lebih kerap lagi untuk wanita berumur 40 tahun ke atas (lebih dari 50% akan keguguran bila hamil). Tapi kebanyakan wanita senyap sahaja bila keguguran, tidak mahu berbincang mengenai pengalamannya. Sebab itu lah masyarakat tidak tahu betapa kerapnya berlaku keguguran. 

Bila kita lihat benih lelaki (sperma), setiap kali melakukan hubungan kelamin, lebih dua juta sperma akan keluar mencari telur wanita. Tapi, sememangnya 70% sperma tidak sempurna, dan 10% telur wanita tidak sempurna. 

Memang manusia tidak dijadikan sempurna. Walaupun kita kelihatan sempurna, benih dan baka kita tidak semuanya sempurna.
Bila benih suami atau telur isteri yang tidak sempurna bergabung, dengan takdir Allah yang maha mengasihani, diutuskan supaya janin itu tidak menjadi dan keguguran berlaku pada tiga bulan pertama, sebelum diberikan roh pada bulan keempat. 

Dari segi Sains kajihayat dan Sains perubatan, bila janin yang digugurkan diperiksa bakanya (analisa kromosom), lebih dari setengah dari janin tu mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal. Kebanyakan mempunyai masalah lebih teruk dari syndrom-syndrom yang kita pernah jumpa dalam bayi yang hidup (iaitu lebih teruk dari Down's Syndrom yang boleh hidup). 

Sebab itulah tidak ada bukti yang ubat hormone yang menguatkan rahim boleh mengelakkan keguguran di peringkat 3 bulan pertama. Sudah sememangnya janin ini tidak boleh menjadi.Tapi, bila berkerja sebagai pakar Fetal Medicine, saya lah yang melihat janin yang tidak menjadi ni dalam scan awal. Memang macam-macam kecacatan yang saya dah lihat, kerap kali lepas kerja balik rumah, saya menangis. Kebanyakan akan gugur sendiri (Alhamdulillah kuasa Allah menentukan supaya anak kita tak menderita), tapi ada segelintir yang tidak jadi gugur, dan kecacatan yang dilihat selepas lahir sangatlah serious. 

Sebagai contoh (lihat gambar), ini Mermaid Syndrome, Bayi Duyong ini bukanlah mitos, berlaku sekali dalam setiap 100,000 ribu kehamilan. Saya pernah melihat dua kali dalam kandungan melalui scan. Ini adalah sindrom di mana ada masalah saluran darah dari badan ke kaki. Selalunya tidak ada buah pinggang maka janin ini tidak membuat air kencing dan tidak ada air ketuban.

Tanpa air ketuban, paru-parunya tidak akan terbentuk dan dia tidak boleh bernafas selepas bersalin (air ketuban diperlukan di peringkat awal kehamilan untuk masuk dalam paru-paru untuk memberi tekanan dari dalam supaya membesar, tanpa air ketuban paru-paru kecil dan keras). Selalunya saluran kencing, saluran najis dan vagina/faraj (jika perempuan) bergabung dan hanya ada satu lubang. Kebanyakan mermaid sindrom ini akan keguguran, tetapi ada segelintir kita lihat akan hidup seketika sebab ada sedikit buah pinggang yang berfungsi (lihat gambar kedua, bayi Duyong yang hidup di Amerika sehingga umur 10 tahun selepas 2 kali pembedahan menerima pendermaan buah pinggang).

Mermaid Syndrome ini contoh sahaja. Nama perubatan sebenarnya Sirenomelia. Lebih banyak lagi syndrom lain saya dah lihat, tak dapat nak kira.Saya pun pernah mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Dua kali saya gugur. Dan dua-dua kali saya bersyukur, Alhamdullilah, sebab Allah nak bagi saya peluang untuk mendapat zuriat yang sihat, dan kurangkan penderitaan kita.

A miscarriage is Allah's decision to abort your abnormal embryo, to give you the opportunity to have a healthy baby in the future. Kalau tak jadi Alhamdullilah Tuhan gugurkan. Cuba lagi. Jangan salahkan diri sendiri. 

Alhamdullilah. Insyallah. 

Kredit : Fb Imelda Balchin 

Ingatkan Queen Control Ni Untuk Isteri Je, Rupanya Mak Mertua Pun Boleh Jadi Queen Control, Malah Lagi Hebattt

11 Jul 2017


Perkahwinan yang bahagia, hidup bersama hingga ke akhir akhir. Jika ditanya kepada semua wanita di muka bumi ini nescaya semua daripada mereka mengimpikan perkahwinan yang sedemikian.


Namun nasib berbeza menimpa wanita ini yang cuma bergelar isteri selama 50 hari sahaja sebelum diceraikan suami kerana dikatakan campur tangan keluarga mertua. Lebih menyedihkan, dia keguguran anak kembar.
Nikah atas pilihan bekas mentua.
Bismillahirrahmanirrahim. Since macam dah ‘penat’ nak CnP kisah berlakunya cerai yg tiba2 nie, saya rungkaikan sedikit sahaja sebagai pedoman dan panduan. Take it positively. Nak jaga aib org seboleh yg mampu.
Saya dgn bekas suami nikah atas pilihan bekas mentua saya. Kenal mmg tak lama, atas dasar jaga agama. Time nie respect la kan. Jaga hubungan sebelum nikah.
Maka, berlangsunglah majlis nikah, walimah, bertandang dlm masa 3 hari non stop. Saya stay dirumah mentua, (saya, bekas suami/mentua/adik2 ipar). Bekas suami anak sulung. Bekas suami seorang yg akan taat apa mak dia suruh/perintah tapi akhirnya makan diri.
Minggu pertama ok. Start minggu kedua dan seterusnya dah lain. Which is, mentua take over/control semua urusan dlm rumah tu. Bersangka baik. Tp bila dah dia masuk campur urusan rumahtangga saya, saya bincang dgn suami. Sy x kisah ditegur tp whole thing dikawal termasuk pergaulan sy dgn suami sendiri.
Nak berjalan berdua, salah. Makan berdua, salah. Kalau ikutkan, semua salah la. Yg tu satu hal. Bincang lagi dgn suami, mak awak tak boleh buat mcm nie. Kita dah suami isteri kan. Suami jawab, kita kena taat mak. Ok, jalan.
Dia cakap manja
Sampai la saya warded sebab bleeding. Pagi sahur tu dah bagitau mentua, nak pergi klinik. Dia x bagi, cakap saya manja lagi. Sampai la tak tahan mcm nk pengsan, baru la suami bawak pergi klinik. Tu pun lama jgk sbb nak dapatkan permission mak dia dulu. Saya dah nangis time nie. Sempat lagi la call nk bagitau nak bawak saya ke klinik.
Sampai klinik terus refer hospital sebab HB drop sampai 6. Bila dah warded saya dgn suami dah macam panas sebab doc ckp saya pregnant mayb twin tapi satu dah gugur (skrg dua2 dah xde dlm rahim). Saya warded pun kena marah jgk sbb menyusahkan anak dia nak keje. Saya cakap cuti je la. Tak boleh katanya sebab mak dia suruh keje, cari duit. Huhu. Mentua xnak cucu sebenarnya sebab katanya menyusahkan. Nak kena pakai banyak duit (bila mentality hanya hidup utk duit)

Discharged hari jumaat. Dia hantar balik rumah mak saya. Dia terus balik sbb mak dia dah pesan lepas hantar saya terus pergi keje. Hari terakhir jumpa suami. Malam tu last call dia cakap tension, stress sbb mak dia marah2 saya balik rumah family. Xde sape nak buat keje rumah, iron baju2 dia etc.

Maruah dipijak-pijak
Sampai la hari ahad (19/6), saya call beratus kali, wasap, msg suami. Langsung xtanye kabar isteri dia mcm mana. Sampai saya persoalkan jugak tanggungjwab dia sbg suami. Yelah, saya dibawah tanggungjawab dia. Last2, dia langsung hantar msg cerai atas sebab saya yg desak dia ceraikan saya (yg nie langsung tak wujud).
Malam tu saya kerumah dia sbb nak ambik brg2 saya. Maruah dipijak2. Nak salahkan saya atas semua nie. Barang2 dihumban dlm kotak je. Saya angkut. Suami langsung tak turun. Langsung xpertahankan maruah sy sebagai isteri dia. Umpama kain buruk la. Sebelum mintak jd isteri, sgt beradab la ambik sy dgn mak abah. Tapi, bila xnak buang mcm tu je. Semua end up by sms, call. Cerai pun buat main2, urusan hidup mereka pun main2 agaknya.
Ustazah, ustazah nie ustazah tau. Sepatutnya nasihat anak jgn sampai bercerai. Tapi, ustazah beria suruh anak ceraikan saya. Sebab? Sebab saya xikut ckp ustazah. Xde sape nak iron baju2 kan. Ustazah sedar saya pregnant tapi sengaja nak bunuh anak2 saya. Tegarnya hati.
Suami, xsalah nak pertahankan mak sendiri. Awak ada tanggungjwb awak jgk terhadap isteri. Ada perkara boleh ikut, ada boleh bantah. Even sy pregnant awak pun x ambik tahu. Cuma persoalkan tanggungjwb saya terhadap awak. Jadi, mna tanggungjwb awak selama nie. Nafkah langsung x bagi sebab mak xbg beri pd saya.
Buat macam hamba
Sila buang title ustaz, ustazah tu. Sangat tak layak. Mentua buat menantu macam pembantu. Suami buat isteri macam hamba. Ya, dunia akhir zaman. Nie baru sikit ceritanya. Kadang2, title tu mengaburi mata kita sebenarnya. Ingat boleh tumpang sikit2 ilmu agama.
Semua dah selesai. Selesai di dunia. Akhirat tanggung sendiri wahai bekas suami, mentua. Anak2 saya pun dah selamat kat syurga. Moga jadi asbab untuk sy ke syurga. Semoga jd asbab untuk kalian kerana menzalimi saya sebagai isteri, menantu.
Maka, berakhirlah kisah saya yg mengharapkan bercinta lepas nikah nie. Xsempat bercinta pun. Honeymoon pun ramai2. Ingatkan till jannah tapi till jahannam dia buat pada rumahtangga kami. Hati budi pun jauh sekali nak kenal. Saya tak cakap bercinta lepas nikah nie tak kekal lama tapi bergantung atas pengemudi rumah tangga tu sendiri. Thats why nikah nie amanah yg berat, tanggungjwb pun dah tak sama. Nak happy forever kena lalui suka dan duka.

50DaysMarried?
Tq,
Lots of love,
LYDIA (12/7/2016)

Berkahwin Dengan Lelaki Bukan Pilihan Papa, Dibuang Keluarga

10 Jun 2017


Tujuan saya berkongsi kisah sedih ini bukanlah ingin menarik simpati sesiapa tetapi saya mengharapkan ada jalan penyelesaian bagi masalah yang saya hadapi. Jujurnya, saya tidak kuat untuk terus hidup dibuang keluarga kerana saya merindukan mama dan papa. Tetapi inilah realiti kehidupan yang harus saya rasai.

Sebenarnya, saya dilahirkan dalam keluarga berada. Sejak kecil saya tidak pernah belajar erti susah sebaliknya segala kemahuan saya dituruti mama dan papa. Alhamdulillah, saya cemerlang dalam akademik dan berjaya keluar negara sebaik tamat SPM. Beberapa tahun hidup di rantau orang, biarpun ada masanya sunyi dan rindu kepada keluarga tetapi saya tahankan hati, kuatkan jiwa demi untuk segulung ijazah. Saya tahu mama dan papa menunggu saya dengan ijazah kerana saya anak pertama dalam keluarga.

Setahun sekali, baru keluarga datang ziarah dan sayalah orang paling gembira ketika itu kerana dapat melepaskan rindu yang bertamu. Enam tahun di rantau orang, saya akhirnya berjaya memperoleh ijazah.


Alhamdulillah, pekerjaan di sebuah syarikat korporat membuatkan kehidupan saya agak selesa. Papa memang punya sebuah syarikat tetapi saya yang menolak bekerja dengannya atas alasan ingin berdikari. Jika diukur secara fizikalnya, saya memang tiada sebarang cacat celanya. Kata orang ada duit, ada pekerjaan yang bagus tetapi satu kekurangan itu saya tiada cinta sedangkan usia terus berlalu.


Sesekala bila tengok kawan-kawan bahagia dengan kekasih, saya sedih di dalam hati. Saya terus tonjolkan sikap ‘happy go lucky’ di hadapan mereka dan mengucapkan tahniah bila mereka naik pelamin. Hinggalah tujuh tahun lalu, saya mengenali seorang lelaki yang mana kerana dirinya, saya dibuang keluarga.

Terus terang saya katakan, dia lelaki yang berjaya membuat hati saya cair. Jadi lemah jiwa raga jika tidak menemuinya. Sikapnya yang berbudi bahasa, penuh kesantunan, penuh kasih sayang malah saya rasakan dia pelengkap jiwa.


Bersamanya, saya rasa sangat bahagia malah bersamanya juga baru saya memahami apa itu kasih sayang yang didambakan pasangan berkasih. Dia yang juga suami saya kini, kami bertemu ketika dia datang ke pejabat saya dalam satu urusan kerja. Dia hanyalah penurut pegawainya kerana ketika itu dia baru saja bekerja. Jadi tugasnya hanyalah sebagai pembantu sahaja. Pertama kali memandangnya, hati saya bergetar. Dia punya aura bila didekati malah selepas selesai pertemuan, saya yang meminta kad dan nombor telefonnya dahulu. Kata orang, tidak salah untuk saya memulakan dahulu. Ternyata, pilihan saya tepat kerana dia memenuhi ciri-ciri lelaki yang saya cari.


Saya sangka episod cinta saya mudah tetapi saya tersilap. Ketika suami (kekasih ketika itu) diperkenalkan kepada keluarga, papa orang yang paling banyak menyoal. Berasal dari mana, kerja apa malah pelbagai pertanyaan lain lancar dari mulut papa. Sejak dia balik, papa menyoal saya dengan pelbagai soalan.

Pendek cerita, demi cinta, saya nikah lari ke sempadan dan itu menambah benci di hati papa. Dia membuang saya kerana katanya saya anak tidak sedar dek untung. Bagi saya, kalau status jadi ukuran, itu masalah papa dan bukan masalah saya kerana saya hanya mencari lelaki yang mencintai saya dengan sepenuh jiwa raganya.


Jujurnya saya bahagia hingga kini dengan suami. Saya pernah keguguran malah pernah sekali melahirkan tetapi anak saya meninggal akibat kompilasi jantung. Saya redha dengan semua ujian takdir. Suami masih baik dan melayan saya dengan baik biarpun rumah tangga kami tidak diserikan dengan anak.



Saya bersyukur tetapi masa yang sama, saya merindui keluarga. Kenapa papa menetapkan aturan kehidupan demi statusnya. Adakah salah untuk kita memilih orang yang bukan sekufu sedangkan di mata Allah itu tiada bezanya.


Ada sesekali saya mencuri telefon kepada mama dan dia melayan dengan baik. Cuma saya yang tiada kekuatan untuk bertemunya lagi di rumah yang pernah saya diami ketika kecil.


Adakah salah cara saya ini? Apa cara terbaik untuk saya memujuk hati papa mengenai perkahwinan ini. Saya rasa sudah terlalu lama ia berlalu dan adakah hati papa masih keras seperti dahulu. Saya sentiasa kuatkan semangat untuk menempuh sebuah kehidupan dengan iringan doa dari keluarga. Apa yang harus saya lakukan? Saya kini hanya mampu menumpang kasih mentua yang sangat baik hati. Apa yang harus saya lakukan dalam hidup ini?  Bantulah saya!

Kredit : Karangkraf 



Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.