SLIDER

bantu
Showing posts with label bantu. Show all posts

Tertipu, Pengalaman Ngeri Menjadi Pekerja Pemetik Buah Di Australia

2 Mar 2022



Anda pernah terbaca di Twitter atau Facebook tak dimana seorang ejen dari Malaysia menawarkan pekerjaan yang sangat menarik. Anda boleh mendapat ribuan ringgit dalam masa seminggu dengan hanya memetik buah di Australia. Wahh, kerja senang macam tu siapa yang tak nak beb. 

Kerja kat negara sendiri bagai nak rak pun sampai ke sudah tak kaya-kaya. Huhu. Tapi sebelum anda berangan untuk menjadikan memetik buah sebagai kerja tetap anda, anda kena baca kisah yang dikongsikan insan yang bernama Kayla ni. Kami baca luahannya terus tak jadi nak pindah Australia. Seramnya..

Jangan terpedaya dengan iklan kerja pemetik buah gaji lumayan

Kisah ini dilaporkan oleh Sinar Harian, dimana wanita bernama Kayla menceritakan pengalaman sebenar memetik buah di Australia. Pada mulanya Kayla bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji sekitar RM5, 000. Tetapi dia terpaksa berhenti kerana ingin menjaga ibunya yang sakit. 

Antara adik-beradik, hanya saya yang masih bujang, jadi tugas menjaga ibu jatuh di bahu saya. 

Selepas ibunya pulih, Kayla ambil keputusan untuk pindah ke Australia dan mencari ‘lubang’ serta berusaha untuk mencari orang tengah supaya dia dapat bekerja sebagai pemetik buah. Iya lah, siapa yang tak rambang mata jika nampak iklan pekerjaan di Facebook yang menawarkan gaji RM12, 000 sebulan dengan kerja yang senang macam tu. 

Dengan restu ibu, Kayla nekad mengeluarkan semua duit simpanan serta menjual motor kesayangannya. Kayla juga ketika itu meminjam duit adik beradik yang lain serta rakan-rakan demi untuk cukupkan modal. 

Pada waktu itu, saya meletakkan keyakinan kepada ejen dengan harapan saya tidak akan ditipu, malangnya ia sia-sia sahaja.
Sampai ladang, ejen ‘ghaib’ 

Selepas semua persiapan dah buat, Kayla pun meninggalkan bumi Malaysia dan dalam perjalanan ke Australia, pelbagai persoalan bermain di fikiran Kayla. Kata ejen yang memperkenalkan diri sebagai Mie (berasal dari pantai timur) tidak putus-putus memberitahu Kayla supaya jangan bimbang kerana semuanya sudah diuruskan. 

Saya nekad, saya teruskan. Saya sudah tidak boleh berpatah balik, lagipun tujuan utama saya untuk menjadi pemetik buah di Australia ialah mahu melangsaikan hutang dan pinjaman. 

Bila sampai sahaja di sebuah ladang di Victoria, Kayla pun memulakan pekerjaannya sebagai pemetik buah. Tapi perasaan curiga bermula apabila ada pemetik buah yang lebih lama di sana merungut tidak dibayar gaji. 

Apabila saya cakap kontraktor ladang tidak bayar gaji kepada ejen yang menguruskan saya, ejen berkenaan terus ‘ghaib’ tanpa jejak. Dia terus lepas tangan begitu sahaja. 

Merasakan sesuatu yang tak kena.. 

Di situ bermula lah mimpi ngeri Kayla sebagai pemetik buah. Selepas dirinya ditipu kontraktor ladang, Kayla diarahkan oleh ejen lain supaya ke sebuah pekan kecil yang bernama Robinvale, Victoria. 

Ejen itu hanya memberikan saya satu nombor telefon yang dia sendiri tidak pasti siapa, tetapi mendakwa ia milik kontraktor yang akan memberikan saya pekerjaan. 

Malangnya saya tak dapat menghubungi ejen berkenaan dan dari situlah bermulanya siri penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-ratanya mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap di Australia. 

Amat menyedihkan Kayla ialah apabila yang menipunya adalah orang dari negara kita sendiri. 

Seperti berada di ‘neraka’, sering kena tipu 

Demi untuk meneruskan hidup di sana, Kayla terpaksa tempuhi rintangan dan cabaran yang datang. Sehingga kan dia tak sedar pun dia sudah sebulan bekerja keras di Australia. Kontraktor pula semakin galak membuat tipu helah kononnya upah akan dibayar mengikut jam kerja, namun semua hanya janji sekadar janji. 

Setiap kali tiba hari bayaran, kontraktor akan gunakan alasan untuk memotong upah kononnya kotak buah hilang, buah rosak dan pelbagai lagi alasan. Potong punya potong, dapatlah AU$5.4 (RM16), lepas tolak duit sewa rumah AU$80 (RM245). 

Kena ingat, di Australia sebanyak 10 peratus GST ditolak daripada gaji. 

Mungkin lebih baik jadi penjual nasi lemak atau goreng pisang di Malaysia daripada kerja seperti saya di sana. 

Menurut Kayla kadang-kadang dia merasakan diri dia dipergunakan tapi tak boleh buat apa-apa mengenai perkara tersebut. 

Cuma saya kesal ramai mangsa yang sudah ditipu tidak mendedahkan kisah mereka, kalau ia diuar-uarkan setidaknya mungkin dapat mengelak saya daripada melalui azab seperti itu. 

Inilah pengajaran berurusan dengan penipu. Nasihat saya seboleh-bolehnya kalau ada sesiapa yang berminat untuk bekerja sebagai pemetik buah, dapatkan ‘working holiday visa’ untuk tempoh setahun, tidak mahal pun lebih kurang RM1,000. Cari kenalan yang boleh dipercayai dan boleh tawarkan kerja sepanjang musim, bukannya ejen. 

Banyak beri pengajaran 

Kehidupan Kayla sebagai pemetik buah selama dua bulan di Australia beri banyak pengajaran kepadanya. Wang poket yang dibawa sebanyak RM9, 000 habis digunakan untuk menampung perbelanjaan di sana termasuklah tiket penerbangan balik ke Malaysia. 

Kesusahan hidup sebagai pekerja dan dengan hanya menggunakan visa pelawat juga membuatkan hidup Kayla tidak tenteram, kerana setiap kali sedang memetik buah, dia bimbang akan ditangkap oleh pihak berkuasa. 

Oleh kerana tidak tahan dengan pelbagai kos serta wang yang telah digunakan, Kayla buat keputusan untuk terus berhenti menjadi pemetik buah dan meninggalkan ladang tersebut. Dengan Visa yang hampir tamat tempoh, Kayla akhirnya balik ke Malaysia. Bagi Kayla, cukup lah dua bulan yang amat memeritkan tu. 

Pengalaman Isteri Mengalami Penyakit Meroyan .... Bukan Sesuatu Yang Boleh Dipandang Remeh Oleh Para Suami

23 Nov 2021


Berikut adalah catatan peribadi isteri saya. Puan Najwa Abdul Rahman yang sedang berubat baru-baru ini. Puas dia pujuk saya suruh tulis dan kongsikan kepada anda. Katanya, ramai orang di sana yang memerlukan sokongan seperti ini. 

Saya pun teringat. Ketika melahirkan anak pertama kami, Dr. Mashitah (salah seorang doktor pakar melayu yang bermastautin di Arab Saudi) telah membisikkan kepada saya, 

"Lutfi, jaga Najwa. Bantu dia. Jangan bagi meroyan. Dia ada simptom tersebut," sejurus keluar daripada menziarahi isteri saya dari bilik di Kota Makkah. 

Meroyan? itu adalah kali pertama saya mendengar kalimah tersebut dan saya tidak sangka ia tersangat serius.
..... 

Bismillah. 

Hi. Saya Najwa. Ini adalah catatan saya ketika terkena penyakit yang disifatkan meroyan. Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman saya. Tujuan saya kongsikan adalah kerana di luar sana, saya tahu bukan saya sendiri sahaja yang mengalaminya. Ramai lagi orang lain yang kena juga penyakit ini namun tidak tahu merujuk kepada siapa. Ada yang meroyan bertahun lamanya. Ada yang pulih. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah sama dengan saya. Anda tidak keseorangan. Kita masih mempunyai harapan. Sinar cahaya masih ada di hadapan. Jangan putus asa. 

Meroyan ada banyak jenis. Apa yang Najwa alami sekarang adalah 'meroyan angin' dan 'meroyan darah'. Najwa tertekan dengan kehidupan, dengan anak menangis, suami tiada di sisi ketika melahirkan anak, sakit buasir ketika pantang, pantang tak boleh makan makanan yang biasa kita makan dan paling utama adalah tertekan dengan orang kata-kata orang yang datang ziarah ketika pantang (sebab Najwa beranak caeser). 

Perlahan-lahan Najwa cuba berubah. Sampai bila Najwa nak hidup seperti ini. Pasti di sana ada jalan yang boleh memulihkan diri Najwa. Amalan najwa berubat sekarang ialah baca Al Quran setiap hari (sekurang-kurangnya 10 mukasurat ), baca istighfar, baca saidul istighfar (boleh Google) setiap hari dan amalan-amalan lain lagi contoh masuk bilik air baca doa, masuk rumah baca doa dan lain-lain. Najwa jugaf berubat cara tradisional (seperti minum akar kayu Merbu). 

Simptom meroyan yang Najwa alami:

1. Apabila baca Al Quran ada bisikan datang suruh buang Al Quran dalam tandas atau pijak. Astaghfirullah kalau Najwa tak ada asas agama mungkin dah lama tewas. Bila datang bisikan macam tu terus Najwa istighfar banyak-banyak dan cuba sedaya-upaya untuk lawan. 

2. Kadang-kadang datang bisikan pasal anak-anak. Suruh buang anak, bagi orang je anak ini, anak ini adalah beban dan mendatangkan malang. Astaghfirullah. Najwa sendiri hairan kenapa aku ni macam ni? Sekali lagi, kalau Najwa tak ada asas agama, tak tahu lah apa dah jadi dengan anak-anak Najwa semua ini. Alhamdulillah, Najwa lawan dan tak ikut apa yang bisikan tu suruh. 

3. Bila stress lagi lah bertambah bisikan tu dan Najwa tak ada ubat melainkan baca Al Quran dan Azkar (himpunan doa sunnah). 

4. Sensitif tidak bertempat. Contohnya, kalau Najwa beli coklat dan anak-anak makan coklat Najwa itu, Najwa akan menangis dengan sungguh-sungguh. 

5. Pemikiran tidak stabil. Masa tu di rumah emak. Rumah bawah. Terasa nak bunuh diri dan tamatkan hidup ini. Namun, terfikir juga berdosa apa yang Najwa buat ini dan sakit juga kalau kena batu. Lagi pula, rumah ni atas tanah. Bukan bangunan 40 tingkat. Nak terjun macam mana. Itulah kali pertama dan terakhir datang bisikan seperti itu. Masa itu pula dalam pantang anak kembar. Namun, Alhamdulillah. Asas agama adalah benteng pertahanan diri kita. 

6. Rasa putus asa, rasa bersalah, rasa sunyi, rasa letih, selalu menangis, rasa diri tidak berguna, rasa keseorangan, rasa sedih dan murung. 

Itulah perkara yang Najwa alami. Semua orang tak nampak. Orang tak percaya. Hanya diri kita sahaja yang tahu. 

Kepada mereka yang mempunyai simptom di atas, cepat-cepatlah berubat kerana jika terlambat boleh jadi gila. Ada yang terlalu berat sehingga membunuh diri dan orang yang disayangi. Meroyan bukan hanya dalam pantang sahaja ya. Ia boleh berlarutan seumur hidup jika tidak berubat. 


Paling penting, sokongan keluarga. Suami yang sentiasa ada di sisi. Suami yang melihat perkara ini dan membantu dalam perubatan. Membantu meringankan isteri. Menguruskan anak-anak. Mengemas rumah. Membasuh baju. Memberikan masa untuk Najwa bersendirian. Membantu ingatkan tentang solat dan bacaan Al Quran. Itu antara faktor penting dalam perubatan dan perubahan diri. Ia kembali kepada minda kita. Kekuatan minda yang diperlukan melalui amalan-amalan yang disebut di atas. 

Insya Allah. Allah tidak akan sia-siakan hambaNya. Diberinya cubaan dan akan diberikan ganjaran dalam pelbagai bentuk buat kita. Percayalah. Kita mampu untuk menanggungnya dan menguruskannya. Kerana kita adalah makhluk paling sempurna Allah ciptakan. 

Silakan kongsi. Semoga bermanfaat buat anda semua. Juga rujukan bagi bakal suami isteri. 

Salam sayang, 

Najwa Abdul Rahman.


Kredit : Fb Lutfi Lokman 



Bagaimana Seorang Guru Memperkenalkan Tulisan Jawi Kepada Pelajar Jepun

18 Sept 2017


1. Hari ini ada lebih kurang 45 orang pelajar dari Jepun melawat ke sekolah saya. Saya ditugaskan untuk menjaga seksyen tulisan dan demontrasi kaligrafi khat jawi. So, untuk demontrasi khat saya guide mereka untuk menulis nama 'Muhammad'. Saya terangkan kepada mereka bahawa 'Muhammad' adalah 'one of most influential people in the world', then saya sarankan mereka search semula nama 'Muhammad' ini bila free. Mereka nampak berminat dan bersungguh nak tahu walaupun bidang kaligrafi ini agak asing bagi mereka. Sikap bersungguh-sungguh seperti ini seharusnya menjadi ikutan pelajar-pelajar kita. 

2. Sekolah saya mengambil pendekatan untuk memperkenalkan tulisan jawi kepada pelajar-pelajar Jepun tersebut. Mengapa kami mengambil pendekatan ini? Ini kerana tulisan jawi pernah memainkan peranan penting sebagai pengantara dalam semua urusan satu ketika dahulu, tapi itulah sekarang ini tulisan jawi kian terpinggir ditelan arus kemodenan. Jadi, sekolah kami ingin memperkenalkan sub-budaya yang semakin hilang tersebut kepada pelajar Jepun dan apa yang menariknya mereka nampak teruja dengan seni halus budaya kita ini. 'Wow' dan 'amazing' terpacul secara spontan daripada salah seorang murid Jepun bila mereka melihat contoh tulisan khat jawi yang kami pamerkan. Dan kami juga menjemput mereka untuk sama-sama menulis nama mereka dalam tulisan jawi. 

3. Sebahagian pelajar Jepun ni tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Hanya sebilangan mereka yang mampu bertutur secara 'fluent english'. Walaupun tidak fasih bertutur bahasa Inggeris namun teknologi Jepun jauh meninggalkan negara kita, mungkin 10 tahun terkehadapan. Kita perlu sedar bahawa bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya bahasa yang digunakan untuk subjek sains dan teknologi. Banyak penemuan saintifik seperti Teori Relativiti Einstein ditemui dan diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan bukannya bahasa Inggeris. Baru-baru ini pemenang Anugerah Puskas 2016, Faiz Subri dikritik nitizen kerana tidak fasih berbahasa inggeris sedangkan Faiz Subri mendapat pujian daripada ikon-ikon bolasepak dunia kerana bakat beliau. Apa yang menariknya tentang pelajar Jepun ini ialah mereka tetap mencuba untuk memahami dan bertutur dengan cara komunikasi bahasa isyarat yang mereka faham dan saya faham. Cukup sekadar memperagakan 'bahasa tubuh' pun mampu untuk membuatkan saya faham apa yang mereka cuba sampaikan. Tak perlu nak fluent-fluent english sangat. 

4. Orang Jepun terkenal dengan adab dan kesopanan yang tinggi. Contohnya masa saya suruh mereka sain buku pelawat, elok je mereka beratus ikut siapa sampai dahulu. Mereka juga tidak pernah putus dengan senyuman. Budaya positif ini sewajarnya diikuti oleh pelajar-pelajar kita. 

5. Masa pelajar-pelajar Jepun ini naik tangga menuju ke tempat saya, salah seorang pelajar Jepun tersebut mengutip plastik kuning(yang terbang entah dari mana) dan memasukkannya ke dalam tong sampah. Tahukah anda negara Jepun sangat terkenal dengan kebersihannya. Sesiapa yang pernah pergi ke Jepun pasti kagum dengan disiplin rakyatnya berbanding dengan sikap dan perangai pengotor sesetengah daripada masyarakat kita. 

6. Mereka juga amat menghormati guru dan orang yang lebih tua. 'First impression' bila mereka berjumpa saya, mereka menundukkan kepala sambil mengucapkan hai pada saya. Kualiti ini sebenarnya semakin terhakis daripada pelajar kita kat Malaysia. Kadang-kadang pelajar kita ni jumpa cikgu kat 'shopping complex' pun buat tak tau je. 

7. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri cukup kagum dengan kejayaan Jepun yang bangkit daripada Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi salah sebuah kuasa ekonomi dunia setanding dengan Amerika, Rusia dan Jerman. Tun pernah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang menjadikan negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh dalam etika bekerja dan ia memberikan impak positif kepada masyarakat kita sebenarnya. 

8. Kedatangan pelajar Jepun ini mengingatkan saya kepada novel Naratif Ogonshoto karya Sasterawan Negara Dato Anwar Ridhwan yang menjadi teks Kesusasteraan Melayu Elektif (KME) bermula tahun 2015. Novel ini adalah teks wajib baca bagi setiap pelajar mahupun rakyat Malaysia. Ia menceritakan tentang hubungan budaya masyarakat Malaysia-Jepun. Pergilah cari novel Sasterawan Negara ini dan hadam.

Kredit : Fb Muhammad Yusof


 

Aku Sakit Yang Tak Nampak !!




Assalam & Hi.
Mohon admin baik hati tolong approve saya punya confession ni. Terima kasih. 

Just nak share. Aku ni sebenarnya dah lama sakit. Sakit sejak form3 sampai sekarang. Penyakit aku ni lagi teruk daripada segala penyakit yang ada kat dunia ni. Aku ni berpenyakit was-was. Serius lah weh aku dah tak tahan sebenarnya nak tanggung penyakit ni. Was-was aku teruk sangat-sangat! Kadang-kadang aku rasa give up dah dengan semua ni tapi sebab Allah je aku cuba sedaya upaya hari demi hari bangkit semata-mata untuk cari hikmah disebalik dugaan ini. 

Bagi aku, dugaan ni ada baik dan buruknya. Baik sebab duagaan ni banyak ajar aku untuk jadi sabar, syukur dan buat aku lebih mementingkan agama daripada hal lain. Buruknya bila aku terpaksa kuat untuk menghadap semua ni sorang-sorang dan ejekan dan cacian orang lain. Serius, sedih weh. 

Aku was-was bila nak ambil wuduk, mandi wajib dan ada lagi benda lain. Tapi was-was aku kat semua perkara ni macam makin lama makin ok sebab aku rasa Allah tanamkan sedikit demi sedikit perasaan confidence dalam diri aku berdasarkan beberapa ilmu yang dah aku pelajari. In shaa Allah. Sebab aku dah belajar pun kadang-kadang aku confiuse. 

Aku paling sedih bila part solat. Allahu… hanya Allah tahu segalanya. Dia tahu sakit yang aku tanggung ni macam mana pedihnya. Lagi perit daripada putus cinta tahu tak! 

Gaiss, aku was-was bila time nak baca alFatihah. Allahu… kan kena baca alFatihah berlafaz cukup kita saje yang dengar alFatiah yang kita baca tu kan. Tapi aku, bacalah macam bisik ataupun baca bersuara sikit mesti aku rasa ada je part-part ayat fatihah tu aku tak dengar. Bila jadi macam tu mesti ah kan aku nak ulang balik part yang aku tak dengar tu.  

So aku kerap kali ulang-ulang baca fatihah dengan alasan ada sebahagian ayat fatihah tu aku tak dengar. Bila aku duk ulang-ulang tiap kali solat, so orang sekeliling aku dengar la apa yang aku baca. Dorang dengar aku baca fatihah ulang-ulang. Kadang-kadang masa tengah solat aku perasan ada orang pandang aku. Maybe dia pelik sebab aku duk ulang-ulang fatihah. Aku tak ulang surah fatihah tu dari mula just aku ulang balik ayat yang part aku tak dengar tu. 

Benda ni bertambah worst bila aku kena selsema atau batuk. Hmm makin menjadi-jadi kesukaran untuk melafazkan surah fatihah ni. Masa solat subuh pon sama. Baru bangun suara kurang ada. Nasib subuh dua rakaat je. Lagi bertambah teruk bila aku tiap kali nak baca alFatihah ni aku akan rasa berdebar sebab aku tahu aku mesti baca tak betul and aku mesti ada je part-part yang akan aku tak dengar. So sebab tu aku macam trauma dan kadang-kadang aku stress untuk solat.  

Aku takut satu hari nanti aku give up then tak solat langsung. Pas solat aku kerap nangis. Doa pada Allah, tanya napeww aku jadi camni? Aku mintak kat Allah bantu aku baca fatihah dengan baik dan sempurna terutamanya semasa solat. Aku doa, aku minta maaf pada Allah sebab fatihah aku teruk sangat. Dahlah tak khusyuk solat then baca alFatihah pun teruk. Aku takut Allah tak terima solat aku. Siapa tak takut bila Allah tak terima solat dia? Gila ke 

Ibu aku banyak bagi nasihat kat aku. Ibu aku cek fatihah aku. Ibu aku kata ok je. Aku baca fatihah depan ibu aku memang lah ok. Tapi bila dalam solat, hmm serius susah. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku naik buntuh fikir benda ni. Satu je buat aku kuat iaitu Allah. Sebab aku yakinkan diri aku Allah sentiasa ada dengan aku. Sebab tu je weh. Aku sorang2 tapi aku tahu Allah faham sangat-sangat dengan apa yang aku alami ni. Orang lain? Hampeh! Marah aku ada lah. Ejek aku pun ada. 

Sampai aku pernah menangis sebab benda ni. Tak tahan sebab dorang marah aku sebab lama sangat solat, lama sangat ambil wuduk, lama sangat dalam bilik air tu. Allahu… aku sorang-sorang hadapi benda ni. Kadang-kadang aku tak sangka yang aku kuat untuk terima benda ni sampai sekarang. 

Satu je aku nak kata. Aku tak mintak semua benda ni jadi kat aku. Aku tak nak pun solat lama sangat padahal takdelah khusyuk pon. Aku bukannya nak sangat duduk dalam bilik air tu lama-lama. Semuanya sebab was-was weh! Korang tak tahu apa aku rasa korang boleh lah marah-marah aku ejek-ejek aku. Bila korang kata kat aku, "Cuba lawan perasaan tu boleh tak? Jangan ikut sangat was-was tu. Syaitan tu sebenarnya!" "Liiy (nama samaran) cepat sikit solat tu. 

Kau tu dahlah solat setahun." "Liiy, p mandi dulu. Kau tu mandi terhegeh-hegeh nak siap." "Liiy, pergi amek wuduk dulu. Awak tu dahlah amek wudhuk berjam-jam." 

Allahu, sakit sangat dengar semua ni. Rasa macam disindir banyak kali. Dorang suruh aku berubah. Padahal dorang tak tahu aku sedang berubah tiap hari! Aku berusah lawan sakit ni tiap masa! Dorang apa tahu? Dorang ejek aku marah aku sindir aku macam-macam ingat aku ni memang suka ke dengan semua benda ni? Gila ke apa? Orang gila pun tak suka benda was-was ni la. Syaitan je suka. Memang nak mati setan ni suka kacau aku bab-bab macam ni. Tapi takpe. 

Aku masih mampu bertahan sebab Allah. Aku bukan berlagak alim ke apa. Tapi serius aku kata, aku masih kuat sebab Allah je. Aku fikir Allah dengar apa yang aku luahkan kat Dia dan yang paling penting Allah je rasa apa yang aku rasa. Takde manusia faham apa yang aku alami ni. Sebab dorang pandai cakap tapi dorang takkan pernah rasa. 

– Liiy





Perkongsian Makanan Yang Patut Wanita Elakkan Oleh Bekas Pesakit Kanser !!

7 Sept 2017


Dalam tak sedar kanser telah menjadi satu penyakit senyap yang tidak mengenal batasan, miskin, kaya, tua, muda turut diancam. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. 

Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Jadi menyemak balik jenis makanan yang patut dimakan dan tidak boleh dimakan, semak perkongsian dari seorang bekas pesakit kanser, Suzana Othman

Nampaknya ramai yang dah mula nak amalkan pemakanan sihat untuk mengelak kanser. Untuk mereka yang berusaha mencegah kanser, jom ikut tips di bawah… 

1. Banyakkan makan sayuran hijau dan berwarna terang. 

2. Makan buah-buahan sebelum makan nasi. 

3. Rendam dulu sayur dalam bekas yang mengandungi air dan garam selama 5 minit sebelum dimasak untuk menyingkirkan racunnya, kemudian bilas bersih-bersih. 

6. Potong dan rendam buah-buahan dalam air yang mengandungi garam sebelum di makan. Selain dapat menyingkirkan racun, ia juga menjadikan buah lebih tahan lama, tidak layu dan rangup. Untuk buah yang lembut seperti mangga, betik dan lain-lain rendam sebelum dipotong. Pisang, durian tak payah rendam. 

7. Banyakkan makan makanan yang mengandungi B17 contohnya pucuk ubi, ubi kayu, nenas bersama empulurnya, anggur bersama bijinya, epal bersama bijinya dan kacang hijau. 

8. Banyakkan makan ulam-ulaman. 

9. Makan ikan laut elakkan makan ikan bela dalam kolam yang diberi makan dedak. 

10. Ayam kampung dan organic lebih selamat dimakan berbanding ayam biasa. 

11. Elakkan makan junkfood dan fastfood. 


KHAS BUAT PESAKIT KANSER!

Diet di bawah adalah diet yg diamalkan ketika kita menghidap kanser seperti yang disarankan untuk pesakit yang menjalani rawatan alternatif B17. 

Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan KECUALI: 

1. Tembikai
2. Timun
3. Kangkung 

Makanan yang mengandungi agent anti kanser sangat DIGALAKKAN diambil setiap hari seperti…
1. Nenas bersama empulurnya
2. Anggur bersama bijinya
3. Epal bersama bijinya
4. Pucuk ubi
5. Ubi kayu
6. Kacang hijau
7. Durian belanda


Selain itu, pesakit sangat DIGALAKKAN makan buah-buahan yang membekalkan tenaga segera seperti:

1. Pisang
2. Durian
3. Betik


Makanan lain yang TIDAK DIBENARKAN untuk dimakan ialah: 


1. Ikan
2. Ayam
3. Daging
4. Seafood
5. Susu dan produk tenusu
6. Gula dan segala makanan yg mengandungi gula
7. Sos
8. Kicap
9. Tauhu dan tempe
10. Soya
11. Kekacang
12. Telur
13. Semua jenis mee KECUALI bihun
14. Semua jenis tepung KECUALI tepung beras dan tepung atta
15. Roti canai xboleh, capati boleh
16. Semua jenis roti KECUALI roti wholemeal
17. Ajinomoto 

Nasi putih dibenarkan dalam diet ini.
Itu sahaja setakat ini yang terlintas kat kepala. 

Kongsi jika bermanfaat! 

Sumber : Mingguan Wanita

7 Sebab Untuk Anda Berhenti Berharap & Melepaskan Kisah Silam

9 Jul 2017

Kenapa hati anda masih sakit dan sentiasa kesedihan?Antara sebabnya adalah kita masih memendam kisah-kisah silam.Kita akan selalu merasa tertekan, selalu bersedih dan malah menjejaskan kesihatan.

Sebagai manusia biasa, memang mustahil untuk melupakan perkara yang menghancurkan hati dengan sekelip mata.Kita akan rasa setiap perkara mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut akan membuatkan hati kita terseksa.

Kita tidak suka perubahan yang berlaku. Kita rasa sukar untuk menerima takdir. Kita mahukan kehidupan yang kita ‘rasa’ kita patut dapat. Akhirnya, kita terperangkap dengan fantasi sendiri.. walaupun sebenarnya ia sangat melukakan.

Sebenarnya punca kepada segala kesakitan ini adalah kedegilan kita untuk move on, untuk melupakan perkara-perkara yang telah berlalu. Hati kita masih berpegang kemas bahawa “masih ada harapan”,  kita masih takdir akan berubah dan menjadi seperti apa yang kita harapkan.

Mengapa kita selalu merumitkan kehidupan kita dengan harapan yang tidak berkesudahan ini? Jadi bagaimana kita boleh melupakan dan melepaskan kisah silam? Pertama sekali, kita kena sedar bahawa tiada harapan sebenarnya dari kisah terdahulu.

Hidup akan lebih mudah jika kita memahami perkara-perkara ini:

1. Bila kita melepaskan kisah silam, kita membenarkan diri kita untuk menjadi terbaik dengan apa yang kita ada sekarang

Hati tidak akan tenang bila selalu mengenang. Mungkin kita pernah rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman. Tetapi bila sampai masa, ternyata bukan milik kita. Benda penting untuk kita bahagia dalam jangka panjang, adalah bergantung kepada kesanggupan kita untuk melupakan apa yang anda harapkan.... dan secara ikhlas menerima dan menghargai apa yang Allah telah tetapkan.

Redha tentang semua perkara yang terjadi, dan lakukan apa yang terbaik dengan kehidupan sekarang. Past is just something we can’t do anything about. Future, who knows, it could be wonderful. Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita..Trust in Allah timing. Rely on His promises.

2. Dengan melupakan, kita akan membebaskan fikiran kita dari rasa risau yang tidak berkesudahan

Bila kita ‘hilang’ dalam kerisauan, kita akan mudah tersilap menganggap apa yang kita risau itu sebagai sesuatu yang benar. Apa yang terbaik adalah selalu istigfar dan sentiasa sedarkan hati. Terima apa yang datang, lepaskan apa yang telah pergi dan yakinlah bahawa perkara yang baik sedang Allah aturkan.

Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita. Memang sesetengah babak dalam kehidupan kita memang akan berakhir tanpa penutup. But, there’s no point in losing yourself by trying to fix what’s meant to stay broken.

Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah yang lama.

3. Bila anda melepaskan kisah silam, kita membenarkan jiwa kita sembuh

Bila ada seseorang membuatkan kita patah hati, memang sangat sukar untuk melaluinya. Tapi anda akan kembali pulih.... dengan syarat anda ikhlas menerima yang telah terjadi dan perlahan-lahan redha dengan apa yang berlaku.

Sebagai contoh, anda mungkin pernah terfikir “mengapa aku pernah jatuh hati pada dia? Sepatutnya aku pernah tak beri secebis pun hati aku padanya!”. Tapi malangnya pemikiran sebegini tidak akan pernah membantu. Jika anda tidak pernah, maka semua ini tidak akan terjadi. Tetapi disini, anda pernah. Ini adalah realiti.

Mungkin jiwa kita terlalu sakit bila dikhianati. Tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.Dan dengan menerima realiti, dan semua yang terjadi, ia adalah sebahagian daripada proses untuk melepaskan dan menjadi lebih matang. You’re always growing.  Experiences don’t stop. Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.

4. Bila anda melepaskan, maka lebih mudah untuk anda memaafkan diri sendiri

Semua kesilapan dan kebodohan yang pernah kita lakukan selalunya boleh dimaafkan oleh orang lain, kecuali diri kita sendiri.
Penyesalan adalah satu hukuman yang berat dalam kehidupan. Ia membuatkan hidup kita rasa seperti tidak bermakna dan dihantui rasa bersalah. Adakah kita mampu memaafkan diri sendiri?

Jawapannya adalah YA. Kadangkala, anda harus memandang diri anda sendiri di hadapan cermin dan berkata:

‘Semua ini sudah terjadi. Ini adalah teruk. Ini adalah kesilapan yang sangat besar. Tetapi saya telah belajar dari kesilapan ini.. saya telah sedar. Rahmat Allah itu luas dan saya masih ada peluang kedua’
I don’t judge you for what has happened. In life, we all make mistakes. Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri. Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua.Termasuklah kepada diri sendiri.

5. Bila anda melepaskan, anda akan menikmati kejutan demi kejutan dalam kehidupan

Kehidupan adalah penuh dengan kecantikan yang tak terjangka dan kejutan yang menarik. Dan kadangkala, kehadiran saat yang indah itu menjelma secara tiba-tiba sehingga terlalu hebat untuk ditanggung. Anda tahu bagaimana perasaan tersebut? Bila sesuatu itu sangat indah?

Bila saat ada seseorang yang mengatakan, menulis atau memainkan sesuatu melodi yang membuatkan anda rasa tersentuh dan menitiskan air mata. Adakah anda ingin melepaskan saat ini disepanjang hidup anda? Oleh itu lepaskanlah masa lalu dan berikan sepenuh perhatian kepada apa yang kehidupan berikan kepada anda sekarang.

Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan? 

6. Dengan belajar melepaskan, kita akan belajar lebih kuat untuk menghadapi kesakitan mendatang

Kehidupan ini sentiasa ada pasang surutnya. Kesakitan itu memang datang silih berganti. Bukan bermaksud Tuhan itu zalim, tetapi ia adalah satu keperluan untuk kita membina pengalaman dan menjadi lebih matang. Manusia yang paling kuat adalah orang yang merasa sakit, menerimanya, belajar dari kesakitan tersebut, dan melawannya kembali.

Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya. Dengan luka tersebut, mereka belajar menjadi lebih bijak. Ia berkenaan keberanian kita untuk berhenti menjadi lemah, mengesat air mata dan kembali ke dalam gelanggang kehidupan untuk bertempur dengan lebih garang dari sebelumnya.

Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu. Cuma kita kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.

7. Bila kita telah melepaskan masa silam, InsyaaAllah hidup kita akan lebih tenang (dan lebih bersyukur)

Dengan melepaskan masa lalu.... ia adalah sebahagian daripada rasa syukur kita untuk pengalaman yang membuatkan kita ketawa, yang membuatkan kita menangis, dan membantu kita belajar dan lebih matang. Terima apa yang kita ada, apa yang pernah ada, dan segala kemungkinan yang bakal tiba.

Ia akan memberi kita kekuatan untuk menempuhi kehidupan dan perubahan yang dapat dielakkan, serta percaya pada gerak hati sendiri. Kita akan sedar bahawa setiap pengalaman mempunyai nilai tersendiri dalam kehidupan.

InsyaaAllah, kita akan lebih tenang dan yakin untuk mengambil setiap langkah baru setiap hari. Dan kadangkala, perkara-perkara inilah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.

Melepaskan masa silam bukan bererti kita menyembunyikan kesakitan..

Tetapi ia berkaitan untuk lebih ‘hidup’ dan membuka fikiran. Ia berkenaan untuk mengenalpasti punca kesakitan kita selama ini, menerimanya agar kita boleh belajar, dan menjadi lebih matang. Jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Jika kita tidak mampu berdamai dengan takdir, kita pasti tidak akan tenang. Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.

Berdoalah.

Kadang kala Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar dan solat (serta berdoa). Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani untuk bergerak ke hadapan, dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!

oleh :   


Pengalaman Menjadi Isteri Hanya 10 Bulan 23 Hari

1 Jul 2017



Maaf jika cerita saya amat panjang..cuma sekadar berkongsi pengalaman menjadi seorang 'isteri' hanya 10 bulan 23 hari..Alhamdulillah..mungkin ini takdir saya...saya sudah semakin redha..cumanya,,bila tiba Hari Raya,, bohong lah kalau hati ini tidak sedih merintih rindukan 'arwah suami' saya yang telah meninggal kan saya..

Genap 2 tahun arwah suami saya meninggal dunia; jika ada umur saya berjumpa dengan Hari Raya yang tidak berapa hari lagi kian tiba 😔..

Lepas berkahwin, saya dan arwah suami berPJJ akibat tuntutan tugas masing-masing...kebiasaan berjumpa 2 minggu sekali atau pun sebulan sekali ikut kesempatan yang ada.

Long short story; seminggu before arwah suami saya pergi; dia sangat teruja nak sambut raya dengan saya..maklum lah raya pertama sebagai suami isteri..🤗..dia yang plan baju kami berapa pasang; warna apa; semualah...dan saya pula seronok ikutkan karenah dia...baju melayu lain; kemeja lain; kurta lain; tshirt berkolar lain;...bunyi macam banyak lah kan 😅...saya mula rasa pelik sikit sebab suami bukan jenis suka membeli barang-barang dia...dia jenis dahulukan keperluan saya..tapi bila dia teruja nak beli itu ini dan semua baju-baju dia akan pastikan sama sepasang dengan saya 😂; saya layankan walau masih pelik, tapi mulut saya macam terkunci nak bertanya kenapa suami lain macam nih teruja 😅..

Dan sampai lah hari raya yang pertama 🤗🤗...raya kedua...ketiga...keempat...kelima...keenam..

Malam raya keenam; yang mana esoknya hari raya ketujuh; saya akan mula bekerja...begitu juga suami...memang menjadi rutin saya memandu kereta sendirian kembali ke tempat kerja saya dan tinggalkan suami saya yang tinggal di kampung asal kerana dia memang bekerja di daerah kampungnya juga..

Malam sebelum arwah suami meninggal; dia beritahu saya yang dia ada permintaan...dia minta untuk saya sambung cuti raya terus memandangkan lagi 2 hari akan bertemu cuti hujung minggu pula..jadinya dia cakap, takut dia tidak puas beraya dengan saya 😔...saya diam dan bertanya, "macam mana dengan abang..? abang kerja,, sayang duduk rumah..?"

suami jawab "abang kerja kan balik cepat, abang balik nanti, kita sambung jalan raya rumah saudara semua lagi okehh..."..Maka saya turutkan dan maklum pada Bos saya, yang saya minta sambung cuti raya lagi..dan kebetulan badan saya juga tidak berapa sihat kemungkinan keletihan sambut raya...

Pagi Raya Ketujuh; saya tidak sedar pagi tu..sedar-sedar dari tidur, bila suami kibaskan seluar kerjanya untuk disarung..saya terjaga dan tanya kenapa tidak kejutkan saya..dia cuma 😊 dan jawab tak mahu ganggu saya nyenyak tidur...saya ingin bangun sediakan sarapan Nasi Goreng Cina kesukaan dia untuk dia bawa bekal; tapi suami cuma cakap "sayang jangan susah-susah...abang boleh makan di tempat kerja,,sayang kan tak sihat, tak cukup rehat,lepas nie abang bagi sayang rehat puas-puas" saya tercengang dengar dia cakap begitu tapi mulut masih berat nak tanya kenapa abang cakap macam tu..? 😔😔

Saya cuma bekalkan air masak dalam botol air seperti dia minta...dan itulah tugas terakhir saya sebagai isteri pagi raya ketujuh 😢😢😔😔😔😔..sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur, saya tarik muka dia, cium kedua-dua pipi dia puas-puas, dia cium lama dahi saya dan pandang wajah saya seolah-olah dia dapat rasa, mungkin itu pandangan terakhir kami berdua di dunia 😓😓..

Saya hantar dia sampai ke pintu..dia start motosikal, dan lambai saya hingga hilang dari pandangan saya..itulah lambaian terakhir suami saya 😢...

Selang 45 minit; ibu saya terima panggilan dari nombor telefon suami saya sendiri, dan saya pelik kenapa suami saya tidak hubungi telefon saya (kebiasaan dia memang akan telefon setiap hari untuk maklumkan dia sudah sampai di tempat kerja)..saya mula rasa lain..Apabila ibu saya menjawab panggilan dia; dan serta merta ibu saya seolah-olah terperanjat besar dan ucap "Allahuakbarrrr!!! kat mana encikk..???? macam mana dia encikkk...??" 

Tanpa saya tahu kenapa ibu saya tiba-tiba bereaksi sedemikian; tak semena-mena airmata saya laju turun...saya pun tak tahu kenapa saya menangis sedangkan saya langsung belum tahu apa sebenar yang sedang terjadi ..!! Ibu saya cuma maklumkan "Nak,, orang ni call bagitau A..... kemalangan,, tapi tak bagitahu macam mana keadaan dia..dia suruh kita datang terus ke sana" 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭..Masa tu saya rasa macam langit menimpa kepala saya 😭..berat ujianMu Ya Allah...

Bapa mertua saya yang bawa saya ke lokasi arwah suami kemalangan masa tu..dan sebenarnya suami saya sudah meninggal dunia di tempat kejadian dan saya langsung tidak diberitahu...!(mungkin keluarga yang telah tahu,,tidak mahu saya terperanjat) 😭😭😢😢😭😭😭😭😭..semasa dalam perjalanan ke tempat kejadian, saya masih bersangka baik, mungkin suami cedera ringan je kot...tapi airmata langsung tak berhenti mengalir masa tu tanpa sebab..😔😔

Bila sampai jer,,dari jauh saya nampak kain putih tutup sekujur badan dan saya sangat pastii itu SUAMI SAYA !! 😢😢😥😥...saya pengsann dan sedar-sedar di hospital untuk menuntut jenazah suami saya 😭😭😢😢...genap seminggu beraya pertama kali dan terakhir bersama suamiku 😔😔😔..

Dan raya kali ini menerpa lagi..tanpa abang di sisi...juga semasa hidupnya, kami juga belum sempat dikurniakan zuriat sendiri..😔...mungkin ada hikmah Allah yang menanti saya di hadapan.. 

Rindunya sayang pada Abang tidak terkata...di wajah boleh mengukir senyuman, dalam hati Allah sahaja yang Maha Mengetahui..Sayang tahu Abang telah pun bahagia di sana...untungnya Abang pergi di usia muda, di saat ibu ayah Abang masih setia mendoakan Abang..adik beradik Abang yang tidak jemu melawat pusaramu Abang..terlalu banyak kebaikan yang Abang tinggalkan sehingga semua terasa dengan pemergianmu 😔😔..

Rehat lah Abang di sana...Sayang tidak pernah lupa mendoakan Abang sentiasa...Semoga sayang makin kuat dan tabah sehari-hari tanpa Abang di sisi ♥️♥️

Redha itu perlu...Tapi,, Rindu itu juga pasti..Al-Fatihah ♥️
Yang Sentiasa MencintaiMu,
Makmum Mu Abang  

Kredit : Fb ViralOhViral

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.