SLIDER

kisah
Showing posts with label kisah. Show all posts

Pernah Dengar 5 Kisah Seram 90-an Paling Popular & Seram? Sumpah Cerita Dulu-Dulu Takut Oii !

24 Apr 2024




Pernah tak dengar beberapa cerita seram yang popular pada tahun 90-an? Kali ini, nak kongsikan 5 kisah seram yang boleh buatkan kamu meremang bulu roma. Jom baca kisah seram di bawah.

#1 Proton Wira 

Pada suatu malam, sepasang suami isteri memandu pulang ke kampung untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Semuanya berjalan dengan lancar pada mulanya tetapi di tengah-tengah jalan ada sesuatu yang telah berlaku.

Proton Wira yang dinaiki mereka telah hilang kawalan dan tiba-tiba mati. Mereka terkandas di tepi dalam di tengah-tengah malam. Di sekeliling mereka hanyalah hutan dan bukit yang sunyi sepi. Si suami cuba hidupkan enjin kereta tetapi tidak berjaya. Mereka juga cuba menghubungi bantuan tetapi hasilnya tetap sama.

Foto – Iluminasi

Si suami keluar daripada kereta untuk mencari telefon kecemasan tetapi tidak disetujui si isteri kerana bimbang si suami akan dilanggar oleh kereta ketika berjalan dalam gelap. Si suami tetap keluar dan minta si isteri untuk kekal dalam kereta.

Setelah lama menunggu, si isteri dengar bunyi dentuman yang kuat di atas kereta dan bunyi yang aneh. Dia sangkakan haiwan liar dan tidak keluar untuk memeriksanya. Kemudian ada kereta yang lalu kawasan itu, perlahankan kelajuannya ketika menghampiri kereta mereka sebelum memecut laju secara tiba-tiba.

Si isteri tunggu lagi dan beberapa kereta lakukan perkara yang sama seperti kereta pertama yang menghampiri mereka. Dia mula jadi risau tentang bunyi pelik di atas keretanya dan tertanya-tanya di manakah suaminya.

Foto – SAYS

Kemudian, kereta polis menghampiri dan berhenti beberapa meter di belakang dan menggunakan pembesar suara meminta si isteri untuk keluar tinggalkan kereta perlahan-lahan. Si isteri lakukan seperti yang diarahkan. Ketika sudah sampai ke kereta polis, dia ternampak tubuh suaminya di atas kereta.

Yang paling menakutkan, ada entiti jahat yang memakan tubuh suaminya ketika dia berada di dalam kereta menunggu. Anggota polis terus membawa si isteri dengan segera dan cerita ini mula tersebar seluruh Malaysia.

#2 Hantu Janet Sarawak 

Kisah ini melibatkan jururawat Cina iaitu Janet yang bekerja di Hospital Umum Sarawak. Dia telah diculik dan dipercayai menjadi korban semah apabila Sarawak mula membina jambatan Satok.

Untuk elakkan pembinaan jambatan dilambatkan dan roh sekitarnya tidak tenang, pengorbanan manusia iaitu anak dara perlu dibuat. Kepala mereka akan dipenggal dan ditanam di tiang konkrit untuk kukuhkan jambatan.

Foto – Twitter

Kemudian pihak polis menemui badan Janeh tanpa kepala. Ibu bapa Janet yang sedih telah mengebumikan anak mereka dengan pakaian dan kasut berwarna merah. Mengikut kepercayaan Cina, wanita yang mati memakai pakaian serba merah, rohnya akan kembali untuk membalas dendam.

Kemudian, penampakan hantu Janet mula berlaku. Ada yang nampak seorang wanita berpakaian merah jalan kaki dengan payung pada waktu malam. Kemudian ada yang nampak, wanita berpakaian merah naik feri dan hilang.

#3 Volkswagen Kuning Karak 

Antara cerita yang popular apabila kereta Volkswagen kuning sering muncul di lebuhraya Karak. Bagi rakyat Malaysia, lebuhraya ini merupakan jalan yang paling berhantu kerana ia memiliki kadar kemalangan yang tertinggi.

Yang menyeramkan tentang kisah ini adalah ada beberapa pengguna jalan raya di lebuhraya Karak akan ternampak kereta ini. Kereta ini akan menghalang laluan mereka dengan kelajuan yang perlahan dan memaksa pemandu lain untuk memotongnya.

Foto – Orang Kata

Sebaik sahaja sudah potong, keadaan yang sama akan berulang-ulang kali berlaku. Selepas beberapa kali, pemandu akan sedar bahawa ianya adalah kereta yang sama. Yang paling menakutkan ialah tiada pemandu dalam kereta Volkswagen kuning itu!

Menurut khabar angin, antara salah satu cara untuk hentikan perkara itu adalah pemandu tidak perlu memotong kereta itu. Ada juga yang mengatakan bila pemandu memotong kereta itu, ia akan memecut dan hilang dalam kegelapan.

#4 Merman 

Gambar merman atau ikan duyung versi lelaki mula tersebar di laman sesawang seluruh Malaysia. Menurut khabar angin, merman ditangkap oleh seorang nelayan di pantai Teluk Bahang, Penang. Ada 6 jenis gambar makhluk ini yang diambil dari pelbagai sudut.

Foto – 40ana.blogspot

Merman ini kelihatan mirip seperti seorang lelaki dan mempunyai saiz badan hampir sebesar lelaki dewasa. Ada 2 sirip panjang seperti telinga besar di kepalanya. Kemudian, dia ada 2 lengan dan badan dilutupi dengan sirip dari kepala sehingga kaki.

Foto – 40ana.blogspot

Ada beberapa ‘penyiasat internet’ mendakwa gambar itu daripada jualan eBay di Florida. Tetapi lain pula pandangan ahli teori apabila mereka mengatakan ia hanyalah cubaan untuk tutup kisah ini dan sebenarnya ada banyak merman di laut Malaysia.

#5 DJ Radio & Pemanggil Misteri 

Paling menakutkan apabila seorang DJ radio Malaysia ketika itu menerima sebuah panggilan telefon untuk berkongsi tentang kisah hantu menerusi rancangan lewat malam.

DJ radio itu menerima telefon daripada seorang lelaki. Lelaki itu menceritakan dia sedang memandu di sebuah lebuhraya pada lewat malam bersama ibu bapa, isteri dan bayinya. Kesemua penumpang sedang tidur ketika itu membuatkan dia juga berasa mengantuk.

Foto – Facebook

Tiba-tiba dia ternampak lori datang dari arah bertentangan. Tetapi lori itu melepasinya seperti tiada apa. Perkara itu berulang-ulang kali berlaku. Kemudian, dia sedar lori tersebut berada di belakang keretanya dan seperti mengejarnya.

Tak mahu panik, dia cuba pecut dengan laju sehingga ke atas bukit dan nampak sebuah kereta bergerak di arah bertentangan. Dia mengelak sehingga hilang kawalan dan terbabas dalam jurang yang dalam. Dia juga beritahu DJ radio itu kemalang itu membunuh kesemua ahli keluarganya dan juga dia.

Foto – Facebook

DJ radio itu menyangkakan ianya adalah prank dan terus  ketawa. Keesokan harinya, dia melihat akhbar yang memaparkan kisah lelaki tersebut. Dia yang berasa terkejut terus mencari rakaman pita kisah lelaki itu tetapi apa yang dia dengar hanyalah bunyi sunyi sepi.

Baru baca sahaja dah rasa seram sampai meremang bulu roma. Cuba kamu bayangkan kamu mengalami kisah-kisah di atas, rasanya boleh tidur malam atau tak?

Kredit : murai.MY


Balas Budi ? Kawan Baik Tikam Belakang ? Duit ? Hutang ? Pinjam ? Akhirnya .... Sendiri Terduduk

17 Mar 2022


Kawan yang baik adalah kawan yang sanggup bagi kau pinjam duit dan tak kisah pun kau nak bayar balik atau tak. Seronok kan? Senang hidup kau wei! Baiknya kawan kau tu. 

Tapi secara automatik kaulah yang akan jadi kawan paling tak guna, tak guna, tak guna kat atas dunia ni. Suka betul ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. 

Saya kongsikan 12 kisah orang ambil kesempatan kat orang lain. Gerammm baca. Kalau iman tak kuat, jangan baca ya. Nanti penuh maki-maki kat komen tu.
Haha!



#KISAH_1
#KAHWIN_PAKAI_DUIT_ORANG

Ini cerita buat personal loan untuk kahwin guna kawan punya nama. Akak kepada member saya terkena. Last-last lepas kahwin tak bayar. Si member ni pula tak pasal-pasal tiap-tiap bulan kena bayar hutang kawin diorang. Memang tak berkat lah kahwin kalau gitu gayanya. Sebab tu jangan mudah kesian atau percaya sangat dengan orang.


#KISAH_2
#KAWAN_BAIK_BUAT_TAIK

Paling bongok kau buat pinjaman peribadi untuk dia, kawan sejati kononnya. Sudahnya kau gaduh hutang di bank kau dia tak bayar. Kau bajet cun bagi dia duit konon nak pikat hati dia. Sudahnya now kau bayar hutang personal loan (PL) tu 10 tahun. Sadis Betul. 


Cerita daripada seorang rakan tadi yang mengadu tak boleh beli rumah dah banyak komitmen hutang. Salah satunya PL utk "kawan baik" yang berbaki lagi 5 tahun. Serious cannot brain. 


#KISAH_3
#MANGSA_MLM_ABANG

Husband saya pun kena. Abang-abang dia nak join MLM, 8 tahun dulu famous benda ni. Husband kerje gomen. Abang-abang dia minta guna nama dia buat personal loan dan janji bayar balik tiap-tiap bulan. 


Husband buat loan tanpa pengetahuan saya. Sebab abang-abang dia pesan jangan bagitau isteri. Tapi saya tahu jugak. Memang mengamuk la jugak kan. Tapi nak buat macam mana, bende dah jadi. 

Sekarang, bisnes entah ke mana. Pulangan entah ke mana. 1 sen pun tak pernah bayar balik kat husband saya. Sehingga sekarang Husband saya tanggung sorang-sorang hutang tu. Kesian dia dengan gaji yang tak seberapa. 

Yang abang-abang dia, siap boleh beli & tambah rumah kedua. Beli kereta baru. Motor besar dan bila kami tanya, jawapan dia senang je, tunggu lepas dia dapat pergi haji baru dia nak bayar. Ada ke patut. 

Hubungan husband dengan abang-abang dia sekarang? Memang renggang sangat. Saya dengan mereka, lagi lah tak bercakap. Perasaan sakit hati tu tak tau nak cakap. Sebab mereka, saya terpaksa bersusah bantu mencukupkan perbelanjaan rumah. 

Saya tak kisah jika bersusah atas sebab diri sendiri. Tapi terpaksa bersusah, disebabkan orang lain buat taik, hare betul rasenye.


#KISAH_4
#KURANG_ASAM_ENCIK_SAHARUDDIN

Macam ayah saya terkena. Dulu ayah dengan kawan dia buat PL dengan bank rakyat. Memasing jadi penjamin antara satu sama lain. Ayah bayar cantik smpai loan habis. Tup-tup bahagian kawan dia tu, tahun lepas bank call cakap kawan dia tu tak bayar. Dah tertunggak lama dan banyak. Pastu orangnya tak dapat dihubungi. Bila dah dapat cari, boleh pulak cakap tak mampu bayar. 


Sudahnya sebagai penjamin tak pasal-pasal ayah kena kuar duit RM16k bayar hutang dia. Sampai bila-bila takkan halal.Kurang asam sungguh Encik Saharuddin tu.


#KISAH_5
#MAK_NAK_KERETA_OVERSEA

Kawan adik saya kerja nurse swasta ambik Vokswagen sebab mak dia teringin pakai kerete obersea. Serius tak tau apa dalam kepala otak mak dia menyusahkan anak mcm tu. Haihh!


#KISAH_6
#PREBET_ASKAR_HONDA_CITY

Kawan saya prebet askar. Habis training belikan mak dia Honda City sebagai tanda dia dah berjaya. Gaji RM1,800 bayar kerete RM900. 


#KISAH_7
#MAK_BAIK_SANGAT

Ini yang saya takutkan. Alhamdulillah diberi rezeki kerja sebagai penjawat awam. Sebelum kerja lagi dah cakap awal-awal kat family termasuk mak, tak kan buat loan untuk nama orang lain. 


Sebab dah nampak apa yang berlaku dalam keluarga. Mak pesara. Mak saudara bongsu guna nama mak untuk beli kereta Vios. Dah habis bayar, tukar nama dia sendiri. 

Lepas tu mak saudara lain pulak guna nama mak beli kereta Bezza. Mak saudara ni jugak pakai nama mak untuk penjamin pinjaman.
Kakak pulak suruh mak buat pinjaman pencen. Semua atas bahu mak. Bila kereta mak saudara kemalangan, yang susahnya mak. Bila mak saudara lambat bayar kereta, orang bank call mak.  

Ini yang paling saya marah. Dah puas bebel cakap dengan mak, tak yah lah baik hati sangat kasi orang guna nama.  

Effect, baru-baru ni mak terdesak perlukan duit urgent. Nak pinjam bank dah tak boleh sebab terlalu banyak komitmen. Dah tak tahu macam mana nak nasihat lagi.


#KISAH_8
#PENJAMIN_BLACKLISTED
 
Teringat dekat kawan saya jadi penjamin kereta Myvi kawan dia. Last-last kawan dia tak bayar bawa lari kereta sampai sekarang tak nampak bayang. Tak pasal-pasal kawan saya terpaksa pinjam duit dan buat personal loan untuk clearkan nama dari blacklist. 

Setiap bulan terpaksa menanggung hutang benda yang dia tak pakai. Semoga Allah limpahkan rezeki yang banyak dan berkat buat kawan saya dan dipermudahkan segala urusannya.
Aamiin.


#KISAH_9
#ADIK_BIJAK
 
Adik ipar (lelaki) jadi penjamin loan kereta kawan. Lepastu kawan buat taik. Sekarang nama dia blacklisted. Haram nak beli rumah loan semua tak boleh.Mujur lah adik saya pompuan beli rumah masa belum kawen. Merasa lah menumpang rumah isteri.


#KISAH_10
#SURIRUMAH_BLACKLISTED
 
Saya salah seorang mangsa bagi pinjam nama buat personal loan pada ahli keluarga. Akhirnya bulanan tak mampu bayar. Bank kejar saya. Saya dahlah surirumah macam mane nak tolong bayar. Akhirnya nama blacklist masuk CCRIS. Sedih rasa hati. 


#KISAH_11
#UNCLE_CAMRY
 
Saya pun pernah kena black list sebab tolong guna nama saya ke uncle saya. Dia nak beli Toyota Camry. Dia bayar 6 bulan saja lepas tu dia terus senyap. 

Dia sembunyikan kereta tu. Lepas tu bank jumpa and bagitau ke saya. So saya lah yang kena bayar balance nya. 

Masa Camry tu kena tarik. Wife dia fikir saya yang suruh. So saya yang kena maki lagi. Hahah. And uncle tetap diam membisu. (Patut uncle tu yang perlu dimaki). Tu lah ceritanya. 

Moral of the story, siapa pun manusia yg nak pinjam nama kita. JANGAN BAGI 


#KISAH_12
#MANA_KAU_CIKGU_NORDIN
 
Kisah macam ni terjadi juga pada Ayah saya. Ex-jiran merangkap kawan mengajar satu sekolah, merangkap kawan baik (pada ketika itulah!). Swipe credit card Ayah sampai cecah limit. Kononnya waktu tu dia sedang susah dan perlukan duit bantuan kewangan sangat-sangat. 

Lepas tu dia menghilang. Beberapa tahun kemudian, ayah nak tukar kereta dan baru dapat tahu, hutang kredit kad tu tak pernah langsai malah bertambah-tambah interest! Jadinya nama dah masuk ccris, loan kereta tak lepas. 

Terpaksa pulak gali lubang untuk tutup hutang kredit kad tu. Jumlahnya beribu, of course lah kan. Sampai harini CIKGU NORDIN tu entah hilang ke mana satu family.
MANA KAU CIKGU NORDIN??
GANTI BALIK DUIT AYAH AKU!



Kau dah baca 12 kisah sedih ni, kalau lepas ni jadi kat diri sendiri juga, memang salah kaulah tak ambil pengajaran. Kawan makan kawan, abang tipu adik, pakcik buat taik. 


Hati-hatilah. Dunia ni memang penuh dengan manusia-manusia jahat yang suka ambil kesempatan atas kebaikan kita. Lagi-lagi kalau dorang nampak kita ni macam berduit. 

Sorok-soroklah duit tu ya.
Jangan semua nak tayang kat orang.
Haha! - HF


SHARE supaya orang ramai jadi BIJAK!



KISAH SI PENGHANTAR GAS BERNAMA FAHMI

17 Sept 2017


Dungun- Kisah ini merupakan luahan kisah benar daripada seorang lelaki yang bernama Fahmi. Fahmi merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan dari salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam ternama tempatan. Walaupun die pemegang ijazah, Fahmi tidak malu berkerja dari bawah sebagai penghantar gas memasak ke pelanggan-pelanggannya. 

Sebagai pembekal gas, sudah semestinya Fahmi berjumpa ramai orang. Dengan berjumpa ramai orang sedikit sebanyak membantu meningkatkan keyakinan diri & kebolehan komunikasinya bagus dari semasa ke semasa. Selain itu dia akan lebih memahami apa itu perniagaan bermula dari basic. Sebab itulah Fahmi sanggup bekerja sebagai penghantar gas. 

DETIK PERKENALAN DENGAN LINDA
Pada suatu hari, Fahmi telah pergi menghantar gas ke satu rumah orang kaya di Dungun. Sebaik sahaja sampai, Fahmi turun memberi salam & menekan loceng rumah besar itu. Alangkah terkejutnya apabila seorang gadis cantik telah membuka pintu. Gadis itu bernama Linda. Linda merupakan seorang yang peramah & tidak sombong. Dia menerima baik kedatangan Fahmi yang menghantar gas ke rumahnya. 

Selesai mengangkat & memasang gas, sebelum balik Fahmi sempat lagi untuk memberanikan diri untuk meminta nombor telefon Linda. Bermula dari situlah mereka berkenalan & lama-kelamaan mereka bercinta. Akan tetapi, ibu kepada Linda dapat tahu mengenai percintaan Linda & Fahmi si penghantar gas. Ibu Linda seorang Datin yang sangat mementingkan status. Ibu Linda sudah mempunyai calon lain yang mahu dijodohkan kepada Linda. Calon itu seorang anak Dato yang kaya. 

PINANGAN DITOLAK SEBAB KERJA TIDAK SETARAF
Walaupun ditentang ibu, Linda tetap meneruskan hubungannya dengan Fahmi kerana dia berpendapat Fahmi merupakan seorang yang baik, rendah diri, pandai berkata-kata & juga mampu menjadi imam dalam solat. Tak lama kemudian, Fahmi nekad untuk menghantar rombongan meminang ke rumah Linda. Ibu Linda sangat terkejut dengan kedatangan rombongan itu. Kerana dia telah ada rancangan lain untuk Linda. 

Satu kejadian sedih telah berlaku dimana ibu Linda telah MENOLAK pinangan daripada keluarga Fahmi. Hanya kerana Fahmi hanya seorang penghantar gas, kerja yang tidak glemer, dia telah menolaknya bulat-bulat. Ibu bapa Fahmi berasa sangat malu & marah dimalukan sedemikian rupa. Ibubapa Fahmi telah tawar hati & meninggalkan rumah Linda sambil berkata “Ayuh nak, kita tinggalkan sahaja orang yang sombong ini. Mungkin kamu tidak berjodoh dengan dia. Tidak mengapa, Bunga bukan sekuntum” 

HAKIKAT SEBENAR FAHMI & KELUARGA
Namun satu tanda tanya menjadi persoalan dibenak minda keluarga Linda ialah, kenapa Fahmi yang kerjanya hanya penghantar gas mampu memakai kereta mewah Nissan Skyline. Kereta yang menjadi idaman orang muda seusia Fahmi. Setelah disiasat, rupa-rupanya Fahmi berkerja sebagai penghantar gas rupanya adalah sebahagian daripada perancangan ayahanda Fahmi supaya menimba pengalaman dari bawah. 

Fahmi rupa-rupanya berkerja di syarikat besar pengedar gas terbesar di Negeri Terengganu. Ayahanda Fahmi merupakan CEO disitu. Fahmi adalah bakal CEO seterusnya yang dalam proses pembelajaran yang bakal menerajui perniagaan ayahandanya kelak. 

PENYESALAN
Terduduk ibu Linda apabila mengetahui cerita sebenar. Linda menangis teresak-esak. Ada juga dia cuba memujuk keluarga Fahmi semula, namun sukar diterima. Ini adalah pengajaran yang besar buat keluarga Linda,terutama ibunya. Janganlah memandang keduniaan, janganlah menghina orang lain, janganlah menilai orang lain hanya dari luaran.

Sumber: Pena Viral


7 Sebab Untuk Anda Berhenti Berharap & Melepaskan Kisah Silam

9 Jul 2017

Kenapa hati anda masih sakit dan sentiasa kesedihan?Antara sebabnya adalah kita masih memendam kisah-kisah silam.Kita akan selalu merasa tertekan, selalu bersedih dan malah menjejaskan kesihatan.

Sebagai manusia biasa, memang mustahil untuk melupakan perkara yang menghancurkan hati dengan sekelip mata.Kita akan rasa setiap perkara mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut akan membuatkan hati kita terseksa.

Kita tidak suka perubahan yang berlaku. Kita rasa sukar untuk menerima takdir. Kita mahukan kehidupan yang kita ‘rasa’ kita patut dapat. Akhirnya, kita terperangkap dengan fantasi sendiri.. walaupun sebenarnya ia sangat melukakan.

Sebenarnya punca kepada segala kesakitan ini adalah kedegilan kita untuk move on, untuk melupakan perkara-perkara yang telah berlalu. Hati kita masih berpegang kemas bahawa “masih ada harapan”,  kita masih takdir akan berubah dan menjadi seperti apa yang kita harapkan.

Mengapa kita selalu merumitkan kehidupan kita dengan harapan yang tidak berkesudahan ini? Jadi bagaimana kita boleh melupakan dan melepaskan kisah silam? Pertama sekali, kita kena sedar bahawa tiada harapan sebenarnya dari kisah terdahulu.

Hidup akan lebih mudah jika kita memahami perkara-perkara ini:

1. Bila kita melepaskan kisah silam, kita membenarkan diri kita untuk menjadi terbaik dengan apa yang kita ada sekarang

Hati tidak akan tenang bila selalu mengenang. Mungkin kita pernah rasa sesuatu perkara itu sudah berada dalam genggaman. Tetapi bila sampai masa, ternyata bukan milik kita. Benda penting untuk kita bahagia dalam jangka panjang, adalah bergantung kepada kesanggupan kita untuk melupakan apa yang anda harapkan.... dan secara ikhlas menerima dan menghargai apa yang Allah telah tetapkan.

Redha tentang semua perkara yang terjadi, dan lakukan apa yang terbaik dengan kehidupan sekarang. Past is just something we can’t do anything about. Future, who knows, it could be wonderful. Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita..Trust in Allah timing. Rely on His promises.

2. Dengan melupakan, kita akan membebaskan fikiran kita dari rasa risau yang tidak berkesudahan

Bila kita ‘hilang’ dalam kerisauan, kita akan mudah tersilap menganggap apa yang kita risau itu sebagai sesuatu yang benar. Apa yang terbaik adalah selalu istigfar dan sentiasa sedarkan hati. Terima apa yang datang, lepaskan apa yang telah pergi dan yakinlah bahawa perkara yang baik sedang Allah aturkan.

Move on kadangkala sangat menyakitkan, tetapi tiada yang lebih menyakitkan dalam kehidupan ini berbanding terperangkap dalam kehidupan yang bukan lagi milik kita. Memang sesetengah babak dalam kehidupan kita memang akan berakhir tanpa penutup. But, there’s no point in losing yourself by trying to fix what’s meant to stay broken.

Satu hari nanti kita pasti akan merasa bahagia dengan kehidupan baru, dengan syarat kita tidak lagi meletakkan harapan pada kisah yang lama.

3. Bila anda melepaskan kisah silam, kita membenarkan jiwa kita sembuh

Bila ada seseorang membuatkan kita patah hati, memang sangat sukar untuk melaluinya. Tapi anda akan kembali pulih.... dengan syarat anda ikhlas menerima yang telah terjadi dan perlahan-lahan redha dengan apa yang berlaku.

Sebagai contoh, anda mungkin pernah terfikir “mengapa aku pernah jatuh hati pada dia? Sepatutnya aku pernah tak beri secebis pun hati aku padanya!”. Tapi malangnya pemikiran sebegini tidak akan pernah membantu. Jika anda tidak pernah, maka semua ini tidak akan terjadi. Tetapi disini, anda pernah. Ini adalah realiti.

Mungkin jiwa kita terlalu sakit bila dikhianati. Tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.Dan dengan menerima realiti, dan semua yang terjadi, ia adalah sebahagian daripada proses untuk melepaskan dan menjadi lebih matang. You’re always growing.  Experiences don’t stop. Inilah tanda Allah sayang kita, Dia mahu kita lebih matang.

4. Bila anda melepaskan, maka lebih mudah untuk anda memaafkan diri sendiri

Semua kesilapan dan kebodohan yang pernah kita lakukan selalunya boleh dimaafkan oleh orang lain, kecuali diri kita sendiri.
Penyesalan adalah satu hukuman yang berat dalam kehidupan. Ia membuatkan hidup kita rasa seperti tidak bermakna dan dihantui rasa bersalah. Adakah kita mampu memaafkan diri sendiri?

Jawapannya adalah YA. Kadangkala, anda harus memandang diri anda sendiri di hadapan cermin dan berkata:

‘Semua ini sudah terjadi. Ini adalah teruk. Ini adalah kesilapan yang sangat besar. Tetapi saya telah belajar dari kesilapan ini.. saya telah sedar. Rahmat Allah itu luas dan saya masih ada peluang kedua’
I don’t judge you for what has happened. In life, we all make mistakes. Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri. Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua.Termasuklah kepada diri sendiri.

5. Bila anda melepaskan, anda akan menikmati kejutan demi kejutan dalam kehidupan

Kehidupan adalah penuh dengan kecantikan yang tak terjangka dan kejutan yang menarik. Dan kadangkala, kehadiran saat yang indah itu menjelma secara tiba-tiba sehingga terlalu hebat untuk ditanggung. Anda tahu bagaimana perasaan tersebut? Bila sesuatu itu sangat indah?

Bila saat ada seseorang yang mengatakan, menulis atau memainkan sesuatu melodi yang membuatkan anda rasa tersentuh dan menitiskan air mata. Adakah anda ingin melepaskan saat ini disepanjang hidup anda? Oleh itu lepaskanlah masa lalu dan berikan sepenuh perhatian kepada apa yang kehidupan berikan kepada anda sekarang.

Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan? 

6. Dengan belajar melepaskan, kita akan belajar lebih kuat untuk menghadapi kesakitan mendatang

Kehidupan ini sentiasa ada pasang surutnya. Kesakitan itu memang datang silih berganti. Bukan bermaksud Tuhan itu zalim, tetapi ia adalah satu keperluan untuk kita membina pengalaman dan menjadi lebih matang. Manusia yang paling kuat adalah orang yang merasa sakit, menerimanya, belajar dari kesakitan tersebut, dan melawannya kembali.

Hakikatnya, setiap perkara melukakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya. Dengan luka tersebut, mereka belajar menjadi lebih bijak. Ia berkenaan keberanian kita untuk berhenti menjadi lemah, mengesat air mata dan kembali ke dalam gelanggang kehidupan untuk bertempur dengan lebih garang dari sebelumnya.

Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu. Cuma kita kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.

7. Bila kita telah melepaskan masa silam, InsyaaAllah hidup kita akan lebih tenang (dan lebih bersyukur)

Dengan melepaskan masa lalu.... ia adalah sebahagian daripada rasa syukur kita untuk pengalaman yang membuatkan kita ketawa, yang membuatkan kita menangis, dan membantu kita belajar dan lebih matang. Terima apa yang kita ada, apa yang pernah ada, dan segala kemungkinan yang bakal tiba.

Ia akan memberi kita kekuatan untuk menempuhi kehidupan dan perubahan yang dapat dielakkan, serta percaya pada gerak hati sendiri. Kita akan sedar bahawa setiap pengalaman mempunyai nilai tersendiri dalam kehidupan.

InsyaaAllah, kita akan lebih tenang dan yakin untuk mengambil setiap langkah baru setiap hari. Dan kadangkala, perkara-perkara inilah yang akan membuatkan kita sedar, dan membantu kita melihat bagaimana hubungan kita dengan Tuhan selama ini.

Melepaskan masa silam bukan bererti kita menyembunyikan kesakitan..

Tetapi ia berkaitan untuk lebih ‘hidup’ dan membuka fikiran. Ia berkenaan untuk mengenalpasti punca kesakitan kita selama ini, menerimanya agar kita boleh belajar, dan menjadi lebih matang. Jawapannya ada dalam diri kita sendiri. Jika kita tidak mampu berdamai dengan takdir, kita pasti tidak akan tenang. Memang sakit bila jatuh, bukan senang nak pulih dalam masa terdekat.

Berdoalah.

Kadang kala Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Dia hanya mahu kita sabar dan solat (serta berdoa). Jadilah cukup kuat untuk melepaskan, cukup berani untuk bergerak ke hadapan, dan cukup sabar untuk menunggu apa layak untuk kita!

oleh :   


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.