KISAH SI PENGHANTAR GAS BERNAMA FAHMI
Dungun- Kisah ini merupakan luahan kisah benar daripada seorang
lelaki yang bernama Fahmi. Fahmi merupakan seorang pemegang Ijazah
Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan dari salah sebuah
Institusi Pengajian Tinggi Awam ternama tempatan. Walaupun die pemegang
ijazah, Fahmi tidak malu berkerja dari bawah sebagai penghantar gas
memasak ke pelanggan-pelanggannya.
Sebagai pembekal gas, sudah semestinya Fahmi berjumpa ramai orang.
Dengan berjumpa ramai orang sedikit sebanyak membantu meningkatkan
keyakinan diri & kebolehan komunikasinya bagus dari semasa ke
semasa. Selain itu dia akan lebih memahami apa itu perniagaan bermula
dari basic. Sebab itulah Fahmi sanggup bekerja sebagai penghantar gas.
DETIK PERKENALAN DENGAN LINDA
Pada suatu hari, Fahmi telah pergi menghantar gas ke satu rumah orang
kaya di Dungun. Sebaik sahaja sampai, Fahmi turun memberi salam &
menekan loceng rumah besar itu. Alangkah terkejutnya apabila seorang
gadis cantik telah membuka pintu. Gadis itu bernama Linda. Linda
merupakan seorang yang peramah & tidak sombong. Dia menerima baik
kedatangan Fahmi yang menghantar gas ke rumahnya.
Selesai mengangkat & memasang gas, sebelum balik Fahmi sempat
lagi untuk memberanikan diri untuk meminta nombor telefon Linda. Bermula
dari situlah mereka berkenalan & lama-kelamaan mereka bercinta.
Akan tetapi, ibu kepada Linda dapat tahu mengenai percintaan Linda &
Fahmi si penghantar gas. Ibu Linda seorang Datin yang sangat
mementingkan status. Ibu Linda sudah mempunyai calon lain yang mahu
dijodohkan kepada Linda. Calon itu seorang anak Dato yang kaya.
PINANGAN DITOLAK SEBAB KERJA TIDAK SETARAF
Walaupun ditentang ibu, Linda tetap meneruskan hubungannya dengan
Fahmi kerana dia berpendapat Fahmi merupakan seorang yang baik, rendah
diri, pandai berkata-kata & juga mampu menjadi imam dalam solat. Tak
lama kemudian, Fahmi nekad untuk menghantar rombongan meminang ke rumah
Linda. Ibu Linda sangat terkejut dengan kedatangan rombongan itu.
Kerana dia telah ada rancangan lain untuk Linda.
Satu kejadian sedih telah berlaku dimana ibu Linda telah MENOLAK
pinangan daripada keluarga Fahmi. Hanya kerana Fahmi hanya seorang
penghantar gas, kerja yang tidak glemer, dia telah menolaknya
bulat-bulat. Ibu bapa Fahmi berasa sangat malu & marah dimalukan
sedemikian rupa. Ibubapa Fahmi telah tawar hati & meninggalkan rumah
Linda sambil berkata “Ayuh nak, kita tinggalkan sahaja orang yang
sombong ini. Mungkin kamu tidak berjodoh dengan dia. Tidak mengapa,
Bunga bukan sekuntum”
HAKIKAT SEBENAR FAHMI & KELUARGA
Namun satu tanda tanya menjadi persoalan dibenak minda keluarga Linda
ialah, kenapa Fahmi yang kerjanya hanya penghantar gas mampu memakai
kereta mewah Nissan Skyline. Kereta yang menjadi idaman orang muda
seusia Fahmi. Setelah disiasat, rupa-rupanya Fahmi berkerja sebagai
penghantar gas rupanya adalah sebahagian daripada perancangan ayahanda
Fahmi supaya menimba pengalaman dari bawah.
Fahmi rupa-rupanya berkerja
di syarikat besar pengedar gas terbesar di Negeri Terengganu. Ayahanda
Fahmi merupakan CEO disitu. Fahmi adalah bakal CEO seterusnya yang dalam
proses pembelajaran yang bakal menerajui perniagaan ayahandanya kelak.
PENYESALAN
Terduduk ibu Linda apabila mengetahui cerita sebenar. Linda menangis
teresak-esak. Ada juga dia cuba memujuk keluarga Fahmi semula, namun
sukar diterima. Ini adalah pengajaran yang besar buat keluarga
Linda,terutama ibunya. Janganlah memandang keduniaan, janganlah menghina
orang lain, janganlah menilai orang lain hanya dari luaran.
Sumber: Pena Viral
No comments
Post a Comment