SLIDER

Folic Acid Adalah Selamat Untuk Ibu-Ibu Mengandung



Salam saudaraku Dr Noorul Amin.
.
Saya kira tulisan saudara kali ini berkaitan dengan asid folik dan autisma adalah menyimpang dari keseluruhan artikel sebenar webmd.com.[1] Saudara hanya mengambil konteks ayat yang hanya menyokong kefahaman terpesong saudara. Sekaligus menuduh asid folik yang diberikan kepada ibu-ibu hamil selama berpuluh-puluh tahun pengamalannya sebagai punca berlakunya autisma dikalangan bayi. Akhirnya penulisan sebegini akan memberi gambaran buruk kepada ibu-ibu hamil yang membacanya agar tidak mengambil asid folik sepanjang tempoh hamil. Ini sesuatu yang bahaya, dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia wajib mengambil tindakan tegas atas kefahaman sebegini.
.
Saya pohon saudaraku Dr Noorul Amin membaca semula dengan teliti bait demi bait tulisan tersebut. Perenggan pertama telah dinyatakan:
"But researchers stress that women should not throw away their supplements".
Bermakna pengkaji telah memberi pengakuan awal bahawa jangan sesekali wanita membuang suplimen ini.
.
Kajian yang dijalankan oleh Daniele Fallin, professor di Universiti Johns Hopkins Bloomberg ini belum lagi diputuskan secara muktamad. Ianya hanya keputusan pemula yang masih lagi tertakluk kepada bias dan kecenderungan tertentu. Malah mereka juga mengaku:
"However, the study only found an association and COULD NOT PROVE that high levels caused an increased risk of autism."
Bahawa tidak membuktikan lagi asid folik ini penyebab kepada meningkatnya kejadian autisma dikalangan subjek kajian.
.
Saudara, dalam statistik kajian, para pengkaji perubatan tidak boleh membuat telahan rambang. Ianya perlu dilakukan beberapa peringkat sub analisa samada menggunakan risk ratio, anova, relative risk dan dan sebagainya bagi menentusahkan kebenaran hasil dapatan yang diperolehi.
.
Saya masih menganggap kajian tersebut belum matang dan memerlukan banyak perbincangan. Bukan sekadar dilepaskan ke dunia penulisan bagi menyokong teori salah. Rakan pengkaji, Dr Paul Wang juga mengaku dalam artikel tersebut bahawa:
"Dr. Paul Wang, senior vice president of medical research for Autism Speaks, agreed that "it's just too early to say" what this study means, particularly because it hasn't yet appeared in a peer-reviewed medical journal.
"We need to see the full study," Wang said. "We need to look at all of the data they have."
.
Nah! Mereka sendiri pun mengakui bahawa kajian tersebut masih terlalu awal untuk dijadikan konklusi ampuh.
.
Saya cukup hairan kenapa saudaraku Dr Norul Amin tidak membaca bait-bait ayat yang disusun cantik dalam artikel berkenaan?
.
Pemberian asid folik yang diberikan kepada ibu-ibu hamil selama ini adalah selamat. Ini telah terbukti dalam beribu-ribu kajian yang berwibawa. Asid Folik ini adalah salah satu suplimen yang diberikan kepada ibu hamil bagi mencegah berlakunya kecacatan saraf tunjang bayi (neural tube defects - Spina bifida).[3]
.
Kajian dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) menyatakan 70% bayi yang berikutnya akan selamat setelah ibu hamil mengambil asid folik dari berlakunya kecacatan saraf tunjang ini dikalangan ibu yang sudah terdapat kecacatan saraf tunjang ke atas bayi pertama mereka. Satu peratusan yang cukup membanggakan.
.
Jumlah dos yang diberikan kepada ibu-ibu hamil sudah sesuai dan selamat dengan cadangan dari pakar-pakar sakit puan seluruh dunia. Adalah dicadangkan pengambilan asid folik sebelum hamil bagi mengurangkan risiko mendapat bayi yg kecil saiznya (small for gestation).
.
Semua wanita digalakkan untuk mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari bila sedang cuba untuk hamil sehingga 12 minggu kehamilan. Dos yang sama diteruskan sehingga bersalin. Dos yang lebih tinggi HANYA untuk sesetengah kumpulan seperti ibu ada kencing manis (diabetes). Semasa menyusu bayi pula sebanyak 500 mikrogram. Cadangan ini tidak tertakluk kepada berapa banyak makanan atau sayuran yang mengandungi asid folik diambil oleh ibu hamil berkenaan.
.
Semoga masyarakat dan ibu-ibu hamil sekalian tidak terpengaruh dengan tulisan Dr Noorul Amin yang saya merasakan mempunyai agenda tertentu dalam kehidupan beliau.
.
Saya juga memohon saudara Dr Noorul Amin menarik balik penulisan ini. Jika tidak saya akan membuat laporan kepada pihak MMC yang senantiasa memantau perjalanan setiap doktor di Malaysia.
.
Terima kasih.
.
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Kementerian Kesihatan Malaysia

Fb.com/drsuhazeli
20.9.2017
Kuala Dungun

Pautan:
[1] Asid Folik penyebab Autisma. http://www.webmd.com/…/too-much-folic-acid-in-pregnancy-tie…
[2] Tulisan Dr Noorul Amin. https://m.facebook.com/story.php…
[3] Manfaat Folic Acid. http://www.webmd.com/baby/folic-acid-and-pregnancy

Kredit : Fb Suhazeli Abdullah 



No comments

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.