Pengalaman Menjadi Isteri Hanya 10 Bulan 23 Hari
Maaf jika cerita saya amat panjang..cuma sekadar berkongsi pengalaman
menjadi seorang 'isteri' hanya 10 bulan 23 hari..Alhamdulillah..mungkin
ini takdir saya...saya sudah semakin redha..cumanya,,bila tiba Hari
Raya,, bohong lah kalau hati ini tidak sedih merintih rindukan 'arwah
suami' saya yang telah meninggal kan saya..
Genap 2 tahun arwah
suami saya meninggal dunia; jika ada umur saya berjumpa dengan Hari Raya
yang tidak berapa hari lagi kian tiba
π..

Lepas berkahwin, saya dan arwah suami berPJJ akibat tuntutan tugas
masing-masing...kebiasaan berjumpa 2 minggu sekali atau pun sebulan
sekali ikut kesempatan yang ada.
Long short story; seminggu
before arwah suami saya pergi; dia sangat teruja nak sambut raya dengan
saya..maklum lah raya pertama sebagai suami isteri..
π€..dia
yang plan baju kami berapa pasang; warna apa; semualah...dan saya pula
seronok ikutkan karenah dia...baju melayu lain; kemeja lain; kurta lain;
tshirt berkolar lain;...bunyi macam banyak lah kan
π
...saya
mula rasa pelik sikit sebab suami bukan jenis suka membeli
barang-barang dia...dia jenis dahulukan keperluan saya..tapi bila dia
teruja nak beli itu ini dan semua baju-baju dia akan pastikan sama
sepasang dengan saya
π; saya layankan walau masih pelik, tapi mulut saya macam terkunci nak bertanya kenapa suami lain macam nih teruja
π
..




Dan sampai lah hari raya yang pertama
π€
π€...raya kedua...ketiga...keempat...kelima...keenam..


Malam raya keenam; yang mana esoknya hari raya ketujuh; saya akan mula bekerja...begitu juga suami...memang menjadi rutin saya memandu kereta sendirian kembali ke tempat kerja saya dan tinggalkan suami saya yang tinggal di kampung asal kerana dia memang bekerja di daerah kampungnya juga..
Malam sebelum arwah suami meninggal; dia beritahu saya
yang dia ada permintaan...dia minta untuk saya sambung cuti raya terus
memandangkan lagi 2 hari akan bertemu cuti hujung minggu pula..jadinya
dia cakap, takut dia tidak puas beraya dengan saya
π...saya diam dan bertanya, "macam mana dengan abang..? abang kerja,, sayang duduk rumah..?"

suami jawab "abang kerja kan balik cepat, abang balik nanti, kita sambung jalan raya rumah saudara semua lagi okehh..."..Maka saya turutkan dan maklum pada Bos saya, yang saya minta sambung cuti raya lagi..dan kebetulan badan saya juga tidak berapa sihat kemungkinan keletihan sambut raya...
Pagi Raya Ketujuh; saya tidak sedar pagi
tu..sedar-sedar dari tidur, bila suami kibaskan seluar kerjanya untuk
disarung..saya terjaga dan tanya kenapa tidak kejutkan saya..dia cuma
π
dan jawab tak mahu ganggu saya nyenyak tidur...saya ingin bangun
sediakan sarapan Nasi Goreng Cina kesukaan dia untuk dia bawa bekal;
tapi suami cuma cakap "sayang jangan susah-susah...abang boleh makan di
tempat kerja,,sayang kan tak sihat, tak cukup rehat,lepas nie abang bagi
sayang rehat puas-puas" saya tercengang dengar dia cakap begitu tapi
mulut masih berat nak tanya kenapa abang cakap macam tu..?
π
π



Saya cuma bekalkan air masak dalam botol air seperti dia minta...dan
itulah tugas terakhir saya sebagai isteri pagi raya ketujuh
π’
π’
π
π
π
π..sebelum
dia melangkah keluar dari bilik tidur, saya tarik muka dia, cium
kedua-dua pipi dia puas-puas, dia cium lama dahi saya dan pandang wajah
saya seolah-olah dia dapat rasa, mungkin itu pandangan terakhir kami
berdua di dunia
π
π..








Saya hantar dia sampai ke pintu..dia start motosikal, dan lambai saya
hingga hilang dari pandangan saya..itulah lambaian terakhir suami saya
π’...

Selang 45 minit; ibu saya terima panggilan dari nombor telefon suami
saya sendiri, dan saya pelik kenapa suami saya tidak hubungi telefon
saya (kebiasaan dia memang akan telefon setiap hari untuk maklumkan dia
sudah sampai di tempat kerja)..saya mula rasa lain..Apabila ibu saya
menjawab panggilan dia; dan serta merta ibu saya seolah-olah
terperanjat besar dan ucap "Allahuakbarrrr!!! kat mana encikk..????
macam mana dia encikkk...??"
Tanpa saya tahu kenapa ibu saya
tiba-tiba bereaksi sedemikian; tak semena-mena airmata saya laju
turun...saya pun tak tahu kenapa saya menangis sedangkan saya langsung
belum tahu apa sebenar yang sedang terjadi ..!! Ibu saya cuma maklumkan
"Nak,, orang ni call bagitau A..... kemalangan,, tapi tak bagitahu macam
mana keadaan dia..dia suruh kita datang terus ke sana"
π
π
π
π
π
π
π
π
π
π
π..Masa tu saya rasa macam langit menimpa kepala saya
π..berat ujianMu Ya Allah...












Bapa mertua saya yang bawa saya ke lokasi arwah suami kemalangan masa
tu..dan sebenarnya suami saya sudah meninggal dunia di tempat kejadian
dan saya langsung tidak diberitahu...!(mungkin keluarga yang telah
tahu,,tidak mahu saya terperanjat)
π
π
π’
π’
π
π
π
π
π..semasa
dalam perjalanan ke tempat kejadian, saya masih bersangka baik, mungkin
suami cedera ringan je kot...tapi airmata langsung tak berhenti
mengalir masa tu tanpa sebab..
π
π











Bila sampai jer,,dari jauh saya nampak kain putih tutup sekujur badan dan saya sangat pastii itu SUAMI SAYA !!
π’
π’
π₯
π₯...saya pengsann dan sedar-sedar di hospital untuk menuntut jenazah suami saya
π
π
π’
π’...genap seminggu beraya pertama kali dan terakhir bersama suamiku
π
π
π..











Dan raya kali ini menerpa lagi..tanpa abang di sisi...juga semasa hidupnya, kami juga belum sempat dikurniakan zuriat sendiri..
π...mungkin ada hikmah Allah yang menanti saya di hadapan..

Rindunya sayang pada Abang tidak terkata...di wajah boleh mengukir
senyuman, dalam hati Allah sahaja yang Maha Mengetahui..Sayang tahu
Abang telah pun bahagia di sana...untungnya Abang pergi di usia muda, di
saat ibu ayah Abang masih setia mendoakan Abang..adik beradik Abang
yang tidak jemu melawat pusaramu Abang..terlalu banyak kebaikan yang
Abang tinggalkan sehingga semua terasa dengan pemergianmu
π
π..


Rehat lah Abang di sana...Sayang tidak pernah lupa mendoakan Abang
sentiasa...Semoga sayang makin kuat dan tabah sehari-hari tanpa Abang di
sisi
♥️
♥️


Redha itu perlu...Tapi,, Rindu itu juga pasti..Al-Fatihah

Yang Sentiasa MencintaiMu,
Makmum Mu Abang
Makmum Mu Abang

No comments
Post a Comment