"Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami" --Prof Muhaya..
Ranjau rumah tangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.
Tertarik dengan kata-kata Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. "SALAH MEMILIH SUAMI". Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya "padan muka aku".
Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.."Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata-semata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin. Nampak remeh hal ni tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT.
Bagaimana seorang wanita boleh
mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan
solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak
isterinya masuk ke syurga?
Isteri adalah cerminan suami. Cantik
suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu
maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya.
Wahai sang suami, jika kau merasa
isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka
itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk
dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.
"Lelaki
yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki
yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan
solehah.." inshaAllah.
Kadang-kadang kita berdoa untuk
kuat, tapi banyak pula dugaan yang mendatang, kadang-kadang kita minta
cerdik, tapi masalah pula yang bertandang, kadang-kadang kita minta
kebahagiaan, tapi huru hara pula yang menjelang. Dugaan menjadikan
mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan
kita tabah...
Adakalanya jalan di hadapan
kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan. Lalu kita pun
bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti di
sebaliknya.
Hakikatnya kita memang tidak pernah
tahu apa yg sedang MENANTI kita. Namun YAKINLAH, indah atau tidak, pasti
ada kebaikan kedua-duanya. ALLAH hanya memberikan yang terbaik kepada
hambanya.-Pen Merah Press-
No comments
Post a Comment