Cantik Itu Membunuh. Awas !! Pesanan Untuk Yang Obses
Aku rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang satu isu khususnya buat kaum hawa (namun jugak telah menular kepada kaum lelaki), terhadap satu lagi kegilaan dan ketaksuban masa kini, iaitu kecantikkan yang diistilahkan sebagai “beauty hunter”.
Aku merupakan seorang pelajar perubatan di sebuah ipta yang sedang
menunggu penempatan di hospital tanah air. Dan sepanjang aku menjadi
pelajar, pelbagai jenis manusia aku temui dengan pelbagai jalan cerita
dan latar belakang hidup mereka.
Sebelum lebih lanjut, tahukah anda penyakit nombor satu di Malaysia
adalah sakit jantung (yang berkaitan dengan permakanan dan gaya hidup
kita) manakala kanser kini berada di tangga nombor dua?
Dan terutamanya untuk para wanita, lima kanser utama yang membunuh pada waktu ini adalah kanser payu dara (nombor satu) ,disamping kanser kolon (usus),serviks , ovari dan paru-paru. Malah melihat kepada kepesatan penyakit-penyakit kanser, menjelang tahun 2020 dijangkakan kanser akan menjadi pembunuh nombor satu di dunia.
Kesedaran masyarakat kita terhadap bahaya kanser masih rendah, dan
kerana itu kita dibanjiri dengan pelbagai kegilaan-kegilaan hipster
seperti food hunter, kecantikkan dan sebagainya. Secara ringkas disini,
kanser terjadi apabila berlaku pertumbuhan sel abnormal yang tidak
terkawal di dalam tubuh badan manusia. Jadi apa sahaja yang boleh
menyebabkan sel badan membesar atau membahagi secara tidak normal
berpotensi untuk mengakibatkan kanser seperti pendedahan terhadap
bahan-bahan kimia atau toksik, radiasi, dan faktor keturunan atau
genetik manusia.
Confesion aku ini bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak atau nak
cantas rezeki atau bisnes siapa-siapa. Tapi aku rasa perlu untuk kita
ambil masa sedikit dan merenung sejenak apa yang telah kita lakukan pada
tubuh badan kita yang merupakan amanah dari tuhan, agar kita sedar
sebelum terlambat dan tidak meletakkan diri kita dalam kecelakaan.
Dalam kehidupan harian kita, kita tidak boleh lari dari terdedah
kepada bahan-bahan kimia, dari segi permakanan dek kerana kekangan
waktu, kita banyak mengambil makanan diluar dan juga makanan berproses
disamping fast food. Jadi perkara itu sudah menjadi normal dalam
masyarakat, tapi kegilaan kita tidak berhenti disitu apabila ditambahkan
pulak dengan penggunaan bahan-bahan kimia yang lain seperti
produk-produk kecantikkan yang meningkatkan lagi kandungan bahan-bahan
kimia yang sedia ada dalam tubuh badan kita.
Aku ingin kongsikan sendiri bagaimana aku berdepan dengan
pesakit-pesakit kanser yang menderita kerana obsesisi ‘nak cantik’ ini.
Ketika aku menjadi pelajar dulu, ramai pesakit wanita yang aku temui
diwad wanita menghidap kanser. Sehinggakan pernah ada minggu-minggu
dimana katil-katil hospital memang penuh gila dengan pesakit kanser.
Berdasarkan pemerhatian aku terhadap pesakit kanser ini, mereka mempunyai hampir satu persamaan yang jelas, nyata, terang lagi bersuluh, iaitu penggamalan produk-produk kecantikkan tidak kira ianya ubat-ubat tradisional (yang sudah bercampur bahan kimia) atau produk-produk kecantikkan yang berlambak di pasaran. Tidak terhad hanya kepada produk mencantik dan mencerahkan wajah, ia merangkumi jugak supplement-supplement kesihatan, produk kosmetik,produk penegang payudara, pil-pil kurus, dan produk kesihatan dalaman, harian dan pencuci wanita.
Aku masih ingat, pertemuan aku dengan seorang wanita, dalam
lingkungan umur 50 an, ketika aku menemubual (dalam istilah perubatan
dipanggil history taking). Mak cik ni aku namakan mak cik A, menyambut
kedatangan aku dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Tak tergambar
langsung kesedihan atau perderitaan yang dia tanggung. Mak cik A ini
disahkan menghidap kanser ovari tapi aku tak ingat tahap berapa, yang
pasti badan dia kurus, dan muka sedikit cengkung.
Dia menceritakan
bagaimana dia mula-mula sedar tentang masalah itu. Katanya selepas dia
bersama dengan suami, dia mengalami kesakitan dan pendarahan pada
bahagian sulit. Setelah menjalani pemeriksaan di hospital dia disahkan
menghidap kanser ovari.
Perbualan itu semakin jauh dan serius dengan aku menanyakan amalan
dan gaya hidup mak cik A, merangkumi sejarah keluarga jika ada dalam
keluarganya jugak menghidap kanser, permakanan dan produk-produk
kesihatan sampingan yang dia ambil. Tiada sejarah kanser dalam
keluarganya, tidak merokok juga mengamalkan permakanan sihat kecuali
satu benda yang dia tekankan semasa temubual itu, adalah gaya hidup dia
sejak dari zaman anak dara,
iaitu pengamalan pelbagai produk-produk
kecantikkan seperti jamu, dan segala macam produk kt pasaran demi
memenuhi kehendak suaminya dan dirinya untuk sentiasa kelihatan cantik,
menarik dan tertarik . Malah walaupun sudah lanjut usia, dia masih
mngamalkan tabiat itu kerana sekarang produk yang ada sudah pelbagai
jenis dengan aneka pilihan juadah yang lebih banyak berbanding zaman dia
muda-muda dulu.
Sebelum aku meminta diri, mak cik A menyampaikan satu pesanan yang
masih aku ingat sampai sekarang. Kata mak cik A,”Anak, tolong pesan pada
semua orang, pada kawan-kawan dan ahli keluarga, jangan amalkan makan
produk-produk macam ni, sebelum dapat kanser macam mak cik” kata-kata
itu diakhirinya dengan senyuman. Jadi aku menganggap confession ini
adalah salah satu amanah dan pesanan terakhir dari mak cik A buat kaum
hawa sekalian.
Seorang lagi pesakit, masih muda, dalam lingkungan 35-40 an, aku
gelarkan dia kak B. Kak B ni disahkan menghidap kanser payudara. Ketika
ditemui, dia sudah menjalani pembuangan payudara. Katanya dia menyedari
ada ketulan namun membiarkan kerana takut ke hospital sehingga ia
menjadi sedikit bernanah dan membusuk. Apabila ditanya lebih lanjut, dia
mngatakan mengamalkan ubat-ubat sapuan dan jugak suntikan menegang dan
membesarkan payudara bagi kepuasan si suami yang mahukan dia memiliki
payudara yang besar, pejal dan mantop.
Menurutnya lagi, si suami kini
menyesal beribu sesalan kerana meminta hal tersebut namun semuanya sudah
tidak berguna lagi . Dia menceritakan kepada aku dengan mengharapkan
kisah dia ini menjadi pengajaran buat kaum wanita diluar disana yang
obses terhadap kecantikkan agar berhenti merosakkan diri anda demi
memenuhi nafsu suami atau nafsu diri sendiri.
Ramai diantara kita yang salah faham dengan menganggap produk-produk
yang digunakan dipasaran selamat kerana telah mendapat kelulusan KKM.
Namun ‘selamat’ dan ‘lulus’ yang dimaksudkan itu bukanlah bermakna
bahan-bahan itu tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang bahaya
kepada tubuh badan kita. Sebaliknya kandungan ‘racun’ itu masih terkawal
dan dibenarkan penggunaannya. Tapi jika diamalkan secara berterusan
dalam jangka masa yang lama, bahan-bahan kimia itu berpotensi menganggu
keseimbangan hormon dan menyebabkan mutasi kepada sel tubuh badan yang
membawa kepada barah atau kanser.
Beringatlah para wanita, kanser bukan penyakit biasa. Penderita akan
menderita secara perlahan-lahan sebelum malaikat izrail datang
memanggil. Aku sendiri tidak sanggup melihat keadaan pesakit-pesakit
kanser bertarung nyawa sehingga aku berharap dijauhkan diuji sedemikian
rupa. Kebanyakkan pesakit ini akan berakhir dengan kematian kerana
kebanyakkan kanser dikesan agak lambat sehingga mencapai stage atau
peringkat yang telah kronik. Berhentilah dimomokkan dengan kecantikkan
dikaca tv sebelum terlambat. Keseronokkan anda sekarang adalah
penderitaan anda akan datang. Obsesi anda terhadap kecantikkan akan
membunuh anda jauh lebih awal.
Bukan tidak boleh cantik, tapi bersederhanalah. Jika anda ingin juga
menggunakan produk kecantikkan, kurangkanlah dan cukuplah sekadar
penggunaan luaran saja seperti pencuci muka. Berhentilah mengambil
produk-produk pil, serbuk atau apa saja dipasaran kerana ia meningkatkan
kandungan kimia dalam badan anda. Benar, kesan bahan-bahan ini terhadap
individu adalah berbeza. Namun banyak bukti yang menunjukkan bahawa
bahan kimia tertentu ini boleh menyumbang kepada kanser ini terjadi.
Kembalilah kepada penggunaan bahan-bahan semula jadi dan jugak petua-petua tradisional orang-orang dulu yang jauh lebih selamat dan berkesan daripada produk-produk sekarang. Amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan semula jadi yang bukan sahaja melambatkan proses penuaaan malah ia menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru disamping menyingkirkan sel-sel rosak yang mengalakkan pertumbuhan kanser.
Pesanlah kepada keluarga dan orang tersayang anda, sampaikan maklumat
kepada mereka tentang bahayanya bahan-bahan kimia ini terhadap
kesihatan mereka. Ibu aku sendiri satu ketika dulu berada dalam kategori
obses kepada kecantikkan. Macam-macam produk yang di”claim” sebagai
produk kesihatan dia ambil. Tapi Alhamdulillah dia diberikan kesedaran
lebih awal sebelum terlambat dan mak aku kini dah berhenti menggamalkan
gaya hidup seperti itu.
Dan pesanan aku untuk kaum lelaki, terutamanya para suami. Jika anda
sayangkan isteri anda, hentikanlah jugak kegilaan anda mengejar
kecantikkan daripada para isteri. Kebanyakkan pesakit wanita yang aku
jumpa, ramai mengatakan terpaksa mengamalkan pengambilan produk-produk
kecantikkan ini kerana si suami mahukan mereka cantik ,muda dan ‘ketat’
seperti mereka mula-mula kahwin dulu. malah ada yang jika tidak ambil,
suami mengugut akan kahwin lain, diceraikan, diabai dan sebagainya.
Sayangilah isteri anda seadanya kerana mereka adalah ketua bidadari anda
disyurga nanti. Kepuasan anda nanti akan menjadi barah dan kanser buat
para isteri.
Sekian,terima kasih.
– Z
No comments
Post a Comment