SLIDER

Jangan Makan 10 Benda Ini Jika Anda Sedang Beri Susu Badan Pada Si Manja!

Ibu yang sedang memberi susu badan perlu diet yang seimbang. Apa yang anda makan boleh menjejaskan bayi. Jadi, jom elak daripada makan 10 benda ini, tau!

Proses memberi susu badan pada si manja memang bukan mudah. Tapi, susu badan terbukti amat berkhasiat dan disyorkan oleh pakar untuk diberi pada bayi sehingga mereka berusia 6 bulan

Malah, susu badan juga digalakkan menjadi sumber makanan utama buat si manja hingga mereka berusia kira-kira 1 tahun! Malangnya, kadang-kadang susu badan tersebut tak berkhasiat kerana pemakanan ibu.

Ya, betul! Pemakanan anda boleh menjejaskan kualiti susu badan yang diberi pada si manja.

Sebab itu… anda kena elak daripada makan 10 benda ini!


10 makanan yang harus dielak oleh ibu yang sedang beri susu badan

1. Kopi

Kafein yang diminum anda akan masuk dalam susu badan dan ke si manja. Malangnya, tubuh mereka tak mampu untuk mengumuh kafein!Jadi, mereka akan lebih cepat meragam dengan denyutan jantung yang tak teratur dan mengalami insomnia.

Ha… satu lagi – jangan ingat kafein dalam kopi saja, ya! Kafein juga ada dalam teh, minuman bertenaga, soda dan coklat!
Jika anda nak minum juga, hadkan agar ia tak lebih daripada 200mg sehari, kira-kira dua cawan kopi.

2. Alkohol

Alkohol telah terbukti mampu mempengaruhi tidur si manja. Ia mengakibatkan mereka lebih cepat mengantuk, lemah, peningkatan berat badan yang tak normal dan tidak mahu minum susu. 

3. Merkuri

Merkuri terkandung dalam sumber protein terkenal, iaitu ikan. Jadi, cuba elakkan ikan yang mengandungi tahap merkuri yang tinggi seperti ikan kembung, tuna putih, tuna albacore dan tilefish.

4. Racun perosak

Memanglah anda takkan makan racun perosak. Tapi, ia ada dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran!

Antara buah yang  mengandungi jumlah racun perosak yang tinggi adalah buah epal, strawberi, anggur, pic, sayur saderi, bayam, lada benggala, timun, tomato ceri, ubi kentang, kacang snap dan buah beri biru! 

Jika anda ingin makan semua ini, beli yang organik (walaupun agak mahal).

5. Makanan mentah

Jangan makan makanan mentah dan produk tenusu yang tidak dipasteur. Kebanyakan makanan mentah memiliki risiko tinggi untuk terkena pencemaran bakteria seperti salmonella, E.coli dan listeria.

6. Makanan yang buat alergik

Jika anda alergik dengan makanan umum seperti susu lembu, telur, gandum, soya, kerang dan kacang – anda tak perlu makan semua itu. 

7. Makanan ringan & makanan segera

Makanan ringan adalah makanan yang diproses dengan kandungan gula dan natrium yang tinggi. Ia boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik!

Malah, ibu yang kerap makan makanan ringan juga akan kurang gemar makan makanan yang berkhasiat. Tapi si manja perlukan nutrisi!

8. Rempah ratus

Reaksi terhadap makanan yang mengandungi rempah ratus adalah berbeza-beza pada bayi. 

Jika si manja tak mahu minum susu lepas makan makanan yang pedas, anda mungkin perlu kurang makan makanan pedas, dan termasuklah bawang putih!

9. Makanan yang buat perut meragam

Tahukah anda yang buah sitrus, brokoli, lada, kubis dan pucuk Brussels boleh buat perut si manja anda meragam?
Ha.. jadi hati-hati. Jika anda makan makanan ini dan beri susu badan, cuba lihat bagaimana reaksi perut si manja. 

10. Herba

Herba seperti pudina, sage dan pasli dikatakan boleh mengurangkan bekalan susu badan anda! Cuba elakkan daripada makan herba ini, tau!

Apa yang penting, anda sebagai seorang ibu haruslah bijak menjaga kesihatan diri malah memberi yang terbaik untuk si manja.
Jom kongsi artikel ini untuk ibu-ibu yang lain!

Sumber rujukan: New Age Pregnancy

No comments

Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.