Tetamu Tak Sedar Diri
Assalam admin..kalau confession aku terpilih untuk disiarkan, ribuan terima kasih aku ucapkan in advance. Moga-moga confession aku jadi teladan untuk pembaca yang lain. Tujuan aku hanyalah untuk beri kesedaran kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Isu ni sebenarnya remeh tapi jadi bebanan kepada tuan rumah. Elok-elok ikhlas jadi tak ikhlas pulak.
Untuk pengenalan, aku dan suami dah berkahwin selama 3 tahun dan
mempunyai rumah sendiri untuk tempat berteduh. Cut story short, husband
aku ni ada seorang kawan baik yang satu kepala. Dah kahwin n mempunyai
seorang anak. Husband aku ni pulak jenis yang tak pernah berkira dengan
member dia ni. Tu memang sifat suami aku yang aku respect. Aku sendiri
pun memang baik dengan member husband and wife dia ni. Selalulah jugak
kami pergi holiday sama-sama. Satu kepala, orang cakap. Cuma ada 1
perangai yang aku tak berkenan pasal member husband aku ni.
Dulu, member husband aku ni meniaga. Biasalah adat meniaga ada turun
naik. Kehidupan dia sebelum ni tak stabil sangat berbanding dengan kami.
Aku dan suami ada kerja tetap dan ada side income juga. Jadi setiap
kali keluar makan, aku selalu perhati suami aku yang banyak keluar duit.
Waktu tu aku fikir, takpe lah kami ada rezeki lebih jadi tak salah
kalau kami hulur lebih. Tapi disebabkan perangai suami aku yang tak
berkira tu, akhirnya makan diri. Seolah-olah member suami aku ni cuba
ambil kesempatan (pijak kepala) atas kebaikan suami aku ni.
Isu ambil kesempatan ni aku perasan menjadi-jadi sejak kebelakangan
ni. Mula-mula aku tak port sangat tapi lama kelamaan aku jadi tak
selesa. Member suami aku ni sekarang menetap di selatan tanahair dan dah
dapat better job di luar Malaysia. Dah senang dah sekarang,
alhamdulillah. Tapi perangai dia yang ‘malas hulur’ masih lagi macam
dulu. Takpelah, aku taknak point out pasal hulur-menghulur ni cuma aku
nak beritahu yang beliau kini dah senang sikit berbanding dulu. Apa yang
aku nak tekankan kat sini adalah adab sebagai tetamu ke rumah orang.
Kemuncak ketidakselesaan aku ni bermula bilamana pada satu hari tu,
member husband ni beritahu yang dia akan datang ke KL. Tujuan tidak
diberitahu dan katanya nak tumpang bermalam di rumah kami. Waktu dia
beritahu husband tu, beliau dah dalam perjalanan dan akan sampai waktu
subuh nanti. Waktu kejadian tu weekdays dan esok pagi hari bekerja.
Husband pulak waktu tu kerja malam jadi demi taknak ganggu aku (yang
waktu tu sedang lena diulit mimpi) ,husband decide untuk minta
permission balik awal dari boss dia.
Tiba-tiba dalam pukul 4am aku
dengar bising-bising (suara budak kecil menangis) diruang tamu rumah.
Husband pun kejutkan aku (yang waktu tu berada dalam bilik) and
maklumkan yang member dia datang bersama dengan keluarga kakak ipar
beliau (kakak kepada isteri – ada suami dan 4 orang anak kecil).
Memandangkan waktu tu aku tengah mamai, husband cakap dia akan uruskan
tetamu. Rumah kami ada 3 bilik je. 1 bilik utama, 1 lagi bilik tetamu
dan 1 lagi dijadikan bilik solat/pakaian.
Jadi, disebabkan kakak ipar
beliau ni datang 1 keluarga, tidurlah keluarga kakak ipar beliau ni
berhimpit dalam bilik tetamu yang kecil tu. Member husband aku and wife
serta anak tidur diruang tamu. Masa kejadian ni aku husnuzon je, maybe
tak sempat book hotel agaknya. Keesokan harinya, baru aku tau yang
dorang ni datang nak shopping di pavillion dan malamnya nak pergi tengok
bola di stadium.
Tengah malam bila mereka balik, aku dah pun masuk
tidur sebab pagi esoknya aku kena kerja. So tak sempatlah berkenalan
dengan kakak ipar beliau ni yang aku tak pernah jumpa dan keesokannya
dorang pun balik semula ke tempat asal di selatan tanahair tu.
Aku ingatkan setakat itu sahaja yang berlaku. Rupa-rupanya jadi lagi.
Kalau sebelum ni dia bawa kakak ipar dan family, kali ni dia bawa pulak
pak n mak mertua. Aku tak pernah kenal n jumpa pun pak n mak mertua
beliau ni. Katanya nak bawa jalan. Waktu kejadian ni awal pagi sewaktu
aku nak melangkah keluar dari rumah ke ofis. Langsung tak beritahu aku
mahupun suami yang depa nak datang. Main terjah kaedahnya.
Kata beliau,
kalau ada-ada la. Kalau takde, depa cari alternatif lain. Bila tetamu
dah datang, terpaksa aku call pejabat untuk maklumkan aku masuk lewat
dan cuba sediakan apa-apa yang patut untuk tetamu. Kali ni sempat la aku
bersalaman dengan mak mertua beliau. Jadi dalam keadaan kelam-kabut tu,
aku whatsapp husband untuk bagitahu yang aku tak selesa member dia buat
camni. Ini dah kali kedua beliau bawa tetamu yang aku tak kenal dan aku
rasa ada udang disebalik batu.
Aku persoalkan kenapa member suami tu
tak mahu sewa hotel dan beri keselesaan kepada pak n mak mertua beliau.
Depa sendiri pun tak pernah kenal aku and husband (nampak riak depa
segan/kekok di depan aku dan suami) . Husband cuba positifkan
aku,mungkin percutian budget. Aku persoal lagi, percutian budget boleh
shopping di pavillion ke? Boleh makan di chillis ke? Husband takde
jawapan untuk segala persoalan aku.
Demi keselesaan aku sebagai isteri,
husband cakap lepas ni kalau member dia datang dengan orang yang kami
tak kenali, dia akan bagi alasan supaya member dia tu faham yang kami
tak selesa dia bawa orang luar.
Dan yang ketiga terjadi bilamana kali ni, member husband tu pada
awalnya datang dengan anak bini je. Tapi keesokkannya adik kandung
beliau datang dan bermalam dirumah kami tanpa beritahu atau minta izin
dengan kami. Tapi takpe la, husband aku kenal and pernah lepak dengan
adik dia ni. So takde la rasa tak selesa sangat. Tapi ada isu lain pulak
timbul bila depa ni pasang aircond tak reti nak katup. Dari tengah
malam pasang sampai ke pukul 4-5 petang. Kononnya kesian kat baby depa
panas.
Tak boleh berpeluh nanti naik ruam walhal rumah depa sendiri
takde aircond. Tapi apa kes kalau baby dah duk diruang tamu,tapi maknya
duk mengelit makeup di dalam bilik beraircond segala?? Jadinya, bulan tu
bil elektrik kami yang sepatutnya rm40 ringgit tiap-tiap bulan
alih-alih naik mendadak ke rm150++. Mana taknya duduk seminggu dirumah
kami hari-hari macam tu.
Husband diam tak cakap apa-apa sebab nak jaga
hati aku dan member baik beliau. Walaupun suami aku tu sayang persahabatan dia n kawan dia, janganlah
ambil kesempatan di atas kebaikan kami. Tolonglah jangan buat rumah kami
seperti hotel. Bawa stranger, keluar masuk sesuka hati and guna
elektrik macam elektrik kami tu kerajaan bagi FOC.
Kami juga manusia
biasa ada hati dan perasaan. Kami sendiri tak pernah lakukan sedemikian
rupa terhadap anda sebab kami tahu dan faham apa makna ‘privasi’ dan
‘tidak ambil kesempatan di atas kebaikan. Tolonglah faham ‘sahabat’.
– Mawar
No comments
Post a Comment