SLIDER

kakak
Showing posts with label kakak. Show all posts

Walaupun Pedih Tapi Aku Gembira Akhirnya Kakak Aku Dapat Apa Dia Nak, Dulu Dia Suamiku Kini Dia Abang Iparku

20 Apr 2024



Salam buat semua para pembaca, kisah yang ingin aku kongsikan sedikit panjang. Ia adalah tentang diri aku sendiri dan suami yang kini sudah menjadi bekas suami. Kami bercinta selama 2 tahun sebelum buat keputvsan untuk berkahwin.

Kami tak langsungkan majlis pertunangan sebab bagi kami tak ada sebab untuk kami lengahkan lagi pernikahan memandangkan kedua-dua beIah pihak pun bersetuju untuk terus berkahwin. Aku kenal dengan suami semasa aku buat internship dekat company dia.

Dia seorang yang kelakar, baik hati dan gentIeman bagi aku. Pada waktu tu, ramai rakan sekerja yang lain yang cuba-cuba nak meng0rat dia, tapi ntah kenapa aku yang dipilih. Bila kenang balik kenangan sewaktu bercinta buat akan tersenyum tapi kini hanya ada air mata.

Selepas 2 tahun berkahwin, aku masih lagi belum mengandung walaupun kami dah berusaha. Tapi suami masih setia dan sayang aku disaat aku rasa betul-betul rendah diri dan down. Alhamdulillah bos di tempat kerja juga memahami dan bagi aku cuti beberapa minggu untuk tenangkan em0si aku.

Keluarga aku sering buat gathering berkumpul sama-sama ada satu kejadian yang bila aku fikir balik itu adalah petunjuk tetapi aku ketika itu terlalu percayakan suami. Malam itu semua orang dekat luar meraikan hari jadi anak saud4ra.

Aku perasan suami aku tak ada jadi aku pergi cari dia. Tiba-tiba aku nampak dia keluar dari bilik kami bersama dengan kakak aku. Aku terk3jut dan minta penjelasan apa yang mereka buat dalam bilik. Suami kata kebetulan sebab kakak aku nak pinjam pencuci muka aku sebab dia terlupa bawa.

Kebetulan pulak kami pakai produk yang sama. Aku percaya apa yang mereka cakap, aku senyum dan terus tarik tangan suami untuk keluar bersama. Itu adalah petunjuk pertama untuk aku tapi siapalah yang aku pikir bukan-bukan tentang suami dan kakak sendiri kan.

Lepas tu suami kena pergi outstation sebab dia boleh d1katakan orang penting la dekat syar1kat tu tapi seingat aku, kakak pun ada pergi outstation tapi negeri yang lain. Sekali lagi aku tak suspek apa-apa. Banyak kali aku perasan ‘kebetulan’ antara suami dan kakak aku.

Mereka boleh terserempak masa makan tengahari, dan kebanyakan apa yang suami aku bagi dekat aku, kakak pun ada. Aku dah mula fikir yang bukan-bukan namun dalam masa yang sama, suami masih jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.

Nafkah zahir dan batin tak pernah curang. Aku sebagai isteri dapat rasa sesuatu yang tak kena, biasalah firasat seorang isteri kan. Aku solat minta petunjuk dari Allah, aku dapat mimpi tapi aku fikir itu hanyalah mainan sya1tan tambah lagi dalam keadaan aku sendiri yang tengah ragu-ragu dengan suami.

Hinggalah satu hari aku nampak suami dan kakak aku makan tengahari bersama. Aku ikut diorang dari belakang. Tujuan aku pergi pejabat suami sebab nak bagitahu berita gembira yang keputvsan UPT aku positif, maknanya aku hamil.

Aku nampak diorang sangat mesra, kakak siap berpaut tangan dengan suami dan suami pun layan dia macam dia layan aku. Aku terk3jut dan cuba tahan air mata. Aku terus contact boss bagitahu aku tak dapat pergi kerja sebab s4kit.

Malamnya aku tak terus terang dengan suami, aku nak tengok sejauh mana permainan mereka dan nak dapatkan banyak lagi bukti-bukti. Suami masih seperti biasa, layan aku dengan baik. Sebelum ni aku tak pernah cek HP suami sebab aku percaya dia betul-betul, malam tu aku nekad cek call history dan juga mesej dia dengan kakak.

Aku istighfar panjang baca kesemua mesej diorang, lebih dari sembang biasa hingga perkara-perkara Iucah macam suami isteri. Aku tangkap gambar semua sebagai bukti kemudian aku terus menangis semahu-mahunya dalam tandas.

Dia tipu aku selama ini, dia buat aku nampak bod0h. Aku sedih mengenangkan anak yang da dalam perut. Aku tak bagitahu orang lain kecuali kawan baik aku. Sanggup seorang kakak buat adik dia macam ni?? Beberapa hari berlalu aku masih diamkan tentang kehamilan aku, sesekali aku tanya untuk menduga suami sekiranya dia ada apa-apa yang ingin cerita atau bagitahu dekat aku.

Dia kata tak ada apa-apa. Dia tanya aku kenapa. Aku cakap aku sayang dia dan dia baIas yang dia sayang aku. Sebulan kemudian Allah gerakkan hati aku sekali lagi untuk ikut suami diam-diam selepas pergi check up baby.

Aku nampak suami dan kakak masuk ke sebuah hotel. Padahal dia bagitahu aku yang dia terp4ksa OT malam tu. Aku ikut dan aku tunggu diluar bilik hotel, ntah berapa lama aku tunggu sehinggalah mereka keluar dengan keadaan baju yang kusut dah macam kena cakar kucing.

Diorang terk3jut bila nampak aku, “Selama ini, saya ingatkan saya boleh percaya awak.” Itu je ayat yang mampu aku ucapkan buat suami. Dengan segala bukti yang ada, aku failkan perceraian, aku rasa jijik. Mak aku tahu hal ini dan dia memang marah sangat dan halau kakak aku keluar dari rumah.

Aku menangis dekat mahkamah bila kami dah sah bercerai. Aku minta maaf dekat suami sebab tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia sehingga dia pilih untuk curang dengan kakak aku sendiri. Selepas cerai dia tahu aku mengandung, dia nak rujuk balik tapi aku tak nak.

Hati aku dah terIuka, mungkin aku boleh maafkan jika wanita tu orang lain tetapi dia adalah kakak aku! Aku langsung tak boleh terima pengkhi4natan ni. Selama tu, mak dan rakan baik aku yang jaga aku sebab memang aku tak bermaya dengan keadaan yang tengah mengandung.

Aku berterima kasih sangat dekat mak dan kawan aku sebab sentiasa ada dengan aku ketika aku sangat-sangat down. Sekarang apa yang lebih mem3ritkan, bekas suami kini dah jadi abang ipar aku. Memang s4kit sangat tapi dalam masa yang sama aku gembira kakak aku akhirnya dapat apa yang dia nak.

Seorang suami yang sempurna. Aku tak pergi majlis diorang, aku tak sanggup. Masa awalnya mak tak setuju, tapi aku cakap aku ok jika itu yang diorang nak. Sekarang anak aku dah 2 tahun, dia bijak, handsome macam bekas suami aku.

Bekas suami pun tak abaikan nafkah buat anak, jadi aku terima je. Bila bekas suami datang nak tengok anak, anak aku nangis sebab dia tak tahu pun itu ayah dia. Aku tahu bekas suami aku sedih tapi itu yang dia pilih. Aku mengandung seorang diri, aku berdikari tanpa bantuan seorang suami.

Aku ingat lagi ketika nak bersalin, aku dah putvs asa tapi mak yang bagi semangat untuk aku. Hingga saat ini orang nampak aku macam cool je tapi hanya Allah je tahu apa yang aku rasa. Aku selalu tak pikir kalau ada jamuan atau gathering keluarga sebab aku tak sanggup nak berdepan dengan diorang.

Tapi ahli keluarga yang lain faham keadaan aku. Aku nak jadi wanita yang kuat untuk anak aku. Aku nak dia membesar jadi seorang lelaki yang baik dan menghargai perempuan. Dekat tempat kerja, bos dan rakan-rakan pun begitu menyokong dan sentiasa bagi aku semangat.

Bekas suami plak terp4ksa berhenti kerja sebab malu dengan rakan sepejabat. Aku harap perkahwinan mereka hingga Jannah dan mereka tak kh1anati rumahtangga mereka, seperti apa yang bekas suami aku buat dekat aku dulu. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku. -Tiara

Kredit Artikel : mhdaily

Kisah Anak Luar Nikah Dipinggir IbuBapa Sendiri. Remuk Hatiku Bila Dapat Tahu Ibu Dan Ayah Kahwin Lepas 4 Bulan Aku Lahir

15 Apr 2022



Aku Eyna, 27 tahun merupakan seorangi pegawai pemasaran di salah sebuah syarikat tersohor di Malaysia.

Aku merupakan anak sulung dari 4 beradik, adik aku yang kedua dan ketiga telahpun mendirikan rumahtangga dan menetap bersama sama keluarga mertua masing masing.

Ayahku telah pun pencen pada 28 April yang lalu, manakala ibu masih berkerja di salah sebuah kilang disini sebagai seorang supervisor.

Sejak dari kecil aku merupakan anak yang selalu terpinggir, ibu dan ayah mengajar aku untuk hidup tanpa bantuan orang lain dan harus pandai berdikari.

Aku dihantar pulang ke kampung untuk bersekolah disana, aku cuma akan menjadi ‘ anak ‘ ketika cuti sekolah panjang sahaja.

Begitulah rutin aku selama 5 tahun, bahkan boleh dikira dengan jari berapa kali aku pulang ke rumah aku sendiri.

Setiap kali pulang ke rumah, pasti aku akan mengambil baju kotor ibu untuk dibawa ke kampung, buat melepaskan rindu pada keluarga yang jauh disana.

Aku sering dibvli di sekolah hanya kerana kawanku yang lain tidak pernah berjumpa mereka, hinggalah pada pertengahan darjah 5 aku telah dibuli sehingga dirotan oleh cikgu berulangkali hingga lebam dan berbekas darah beku di tangan.

Sebaik pulang nenek, kelihatan sangat sedih kemudian mengkhabarkan kejadian tersebut kepada ibu dan ayah.

Ibu menitipkan pesan bahawa dia akan menukarkan aku untuk bersekolah disana dalam masa terdekat.

Aku sangka aku akan menyambut berita itu dengan penuh perasaan teruja kerana akhirnya aku tidak perlu menunggu cuti sekolah lagi tetapi rupanya itu adalah permulaan bagi segalanya.

Sebaik selesai urusan pertukaran sekolah di Selangor, aku ditempatkan didalam kelas pertama ekoran kecemerlangan aku dalam setiap peperiksaan setiap tahun.

Setiap hari aku akan berjalan ke sekolah selama 15 minit seorang diri sambil memikul beban yang banyak kerana aku akan menghadapi UPSR pada tahun tersebut, sedangkan adik adikku yang lain akan menaiki bas sekolah yang dibayar setiap bulan oleh ibu dan ayah.

Sekiranya aku letih untuk berjalan kaki, aku juga akan menaiki bas tersebut namun aku harus membayar RM2 untuk pergi dan balik menggunakan wang belanja aku sendiri.

Namun tidak pernah keluhan itu terpancar dari bibirku kerana ibu dan ayah sering menekankan bahawa anak sulung harus tumbuh dengan tabah sekali.

Jadual aku padat dengan sekolah kebangsaan di waktu pagi, sekolah agama di waktu petang dan tuisyen di waktu malam 2 hari sekali.

Aku menguruskan keperluanku sendiri, berbeza sekali dengan adikku yang lain kerana segala serba serbi pasti disediakan oleh ibu dan ayah.

Hari demi hari, berbaki seminggu sebelum UPSR ketika aku sibuk menyiapkan borang termasuk salinan fotostat hati aku tertarik untuk melihat sijil nikah ibu dan ayah sekadar tahu tarikh pernikahan mereka kerana aku tidak pernah tahu tentang hal itu.

Alangkah remuknya hatiku bila mengetahui bahawa tarikh pernikahan ibu dan ayah 4 bulan setelah kelahiranku, berkali aku melihatnya dengan harapan aku salah tapi setiap kali itulah kebenaran dihidangkan untukku.

Aku menangis sehari suntuk, tetapi aku tidak berani untuk memberitahu mereka bahawa aku telah tahu semuanya, aku hadapi hari hari yang mendatang dengan perasaan yang sungguh berkecamuk.

Bahkan, aku sampai menangis ketika menjawab UPSR dan aku mula menyalahkan diri aku sendiri.

Aku kekal tegap menyimpan rahsia itu sehingga sekolah menengah, untuk menutup pengetahuanku, aku telah menjadi pelajar cemerlang setiap tahun sehingga dinobatkan antara Pelajar Harapan Negeri Selangor.

Tahun demi tahun, keadaan makin sukar bagiku. Aku mula memberontak bila layanan mereka tidak memadai buatku, mungkin aku telah melihat jurang kemesraan itu dan aku telah pun tahu punca semua itu.

Aku mula berpeleseran di waktu malam bersama rakan rakanku yang lain, termasuklah lelaki. Aku mula keluar secara sembunyi, merokok, bergaul bebas dan bahkan aku mula minum minuman keras.

Aku menjadi sangat liar dan tidak terkawal, cara ibu dan ayah mengajarku adalah dengan kekerasan dan bukannya secara diplomasi hati ke hati.

Setiap kekerasan yang hinggap di batang tubuhku seolah tidak terasa apa pun, sekadar menjadi angin lalu buatku dan itu membuatkan aku semakin memberontak.

Pada permulaan tingkatan 5, aku telah dipukul oleh ibu hanya kerana aku memarahi adikku kerana tidak meninggalkan makanan buatku yang lelah berjalan menghadap terik mentari sewaktu pulang dari sekolah.

Ibu memijak mukaku berulangkali sehingga mukaku bengkak dan mengeluarkan drah dengan begitu banyak sekali, aku tidak sanggup lagi hidup menjadi anak buangan lalu aku mengambil keputusan untuk lari dari rumah.

Berbekalkan RM20, aku menaiki bas menuju ke Ipoh. Aku cuma sehelai sepinggang berbekalkan duit belanja yang dikumpul, IC, sebotol air mineral dan sehelai baju sejuk.

Seharian berjalan di kota yang asing, tanpa makan bahkan sesuap, tanpa wang untuk pulang akhirnya aku terduduk disebuah tangga kedai.

Aku melepaskan lelah dan tertidur pulas sambil memegang perut yang lapar. Aku akan mengutip makanan di tokong kecil, mandi di tandas awam berhampiran dan tidur semula di tangga dalam keadaan duduk, panas dan dihurung nyamuk.

Seminggu berkeadaan begitu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berkerja. Aku mendapat tawaran berkerja disebuah kelab malam sebagai ‘assistent bartender’ di Ipoh.

Aku diberi kemudahan untuk tinggal di rumah sewa yang disediakan oleh pihak majikan. Setiap hari dihidangkan oleh gemerlap dunia membuatkan aku lupa pada keluarga juga pada agama, hampir setahun aku menghilangkan diri tanpa khabar buat mereka.

Saat itu aku terasa puas dan bebas tidak lagi hidup menjadi sesiapa, namun disatu sisi yang lain aku merasa kosong dan rindu pada yang jauh dimata.

Setelah lebih 2 tahun diperantauan akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang dan mendaftarkan diri sebagai calon persendiriaan SPM hasil pertolongan kaunselor sekolah dan aku juga menggunakan gaji yang telah dikumpul selama berkerja di bar tersebut.

Kepulanganku juga membawa kerinduaan dan azam seorang anak untuk berbakti pada keluarga namun benar kata pepatah ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Pulangnya aku ke rumah tidak disambut baik, bahkan mereka memerliku sepanjang masa namun aku sudah lalu pada istilah ‘ keluarga ‘ mereka.

Aku mengasingkan diri daripada mereka, aku meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Begitu payah rasanya, hampir aku terpunduk jatuh di tengah jalan.

Alunan ‘perempuan sundal’ , ‘jalang’ dan sebagainya akan didendangkan dari mulut ibu dan ayah. Adik adikku yang lain juga terikut dengan alunan tersebut dan itulah mimpiku setiap hari.

Aku kekal teguh berdiri menjadi tempat melampiaskan amarah mereka saban hari sehingga keputusan SPM telah pun keluar.

Hasil lelah dan kesabaran itu terbukti bila aku mendapat keputusan ‘Straight A’s’ dalam peperiksaan tersebut sekaligus melayakkan diriku untuk melanjutkan pelajaran di universiti.

Di semester akhir pengajian, aku dikhabarkan oleh guru di kolej adik keduaku bahawa dia disahkan hamil 5 bulan akibat terlanjur. Ibu dan ayah terus menikahkan mereka berdua untuk menutup malu.

Kini mereka telah pun dikurniakan seorang anak perempuan dan selang 8 bulan kemudian sekali lagi aku dikhabarkan bahawa adikku yang ketiga telah menghamili teman wanitanya dan berakhir dengan pernikahan untuk menutup malu.

Serasa puas benar, akhirnya kata kata mereka dulu telah berpatah balik kepada mereka sendiri.

Aku juga telah pun disahkan menghidap tekanan perasaan yang pelbagai dan masih lagi meneruskan rawatan dengan pakar pskiatri. Mereka masih belum insaf dengan kejadian yang telah berlaku.

Doakan aku kuat menjalani hari yang mendatang, doakan mereka berubah suatu hari nanti.

Kredit : ekisah


Kisah Tragis Wanita Dipaksa Kahwin Dengan Perogol Merupakan Abang Ipar Sendiri

9 Apr 2022


Kes wanita dirogol dan dipaksa berkawin dengan perogol sebagai mengambil ‘tanggungjawab’ dan menutup tindakan yang lakukan adalah amat tidak wajar. Trauma dan derita kisah hitam yang dihadapi pasti dapat dirasakan seumur hidup. Selebriti dan aktivis masyarakat Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 40 ada kongsikan posting didalam laman instagram beliau kisah tragis wanita yang terpaksa berkahwin dengan perogolnya sendiri. Semoga menjadi panduan terutama buat mak-mak, agar simpan sedikit perasaan ‘curiga’ pada walaupun pada ahli keluarga sendiri. Kena percaya dengan apa yang diluahkan oleh anak-anak sendiri dan jangan pandang remeh dengan luahan mereka.

Berikut merupakan posting yang dikongsikan Farrah Adeeba; Ini salah satu kisah #stopperogoldalamrumah #stoprapistinthehouse yang paling tragis. Kisahnya lebih panjang tapi saya kongsikan ringkasannya.

Apa yang saya pelajari ialah, ibu-ibu harus akrab dan sentiasa percaya kepada anak sekiranya mereka meluahkan yang mereka dianiaya, didera atau dirogol. Wanita ini lalui apa yang dia lalui kerana tidak dipercayai. Hampir kesemua kisah yang DM Farrah mengatakan mereka berdiam diri kerana takut tidak dipercayai. Anak anak harus tahu yang kita sebagai ibu akan percaya dan mempertakankan hak mereka. Akhir sekali saya yakin dengan maklumat kita mampu memberdayakan anak anak kita untuk berani. Ini antara usaha kempen ini. Kepada sesiapa yang setuju dengan cadangan kahwinkan mangsa dengan perogol, sila hadamkan kisah ini.

Berikut antara perkongsian kisah wanita tersebut; 

Salam Farrah, saya ada cerita dirogol abang ipar semasa saya di Tingkatan 3. Tapi saya tak berani beritahu keluarga sebab dia abang ipar kesayangan dan keluarga saya sangat percayakan dia. Saya trauma sampai sekarang umur 46 tahun.Kisah saya agak rumit Farrah. Saya kena tinggalkan rumah dan sekolah sebab macam-macam fitnah. Kakak saya bercerai dengan abang ipar. 

Saya terpaksa berkahwin dengan abang ipar sendiri sebab dia dah rosakkan saya.Semua orang termasuk keluarga sendiri fikir saya yang goda abang ipar. Mereka fikir saya yang jahat. Sekarang walaupun dah ada anak dengan abang ipar, saya masih rasa sakit hati dengan perbuatan dia sebab dia tak pernah rasa bersalah apa dia buat pada saya dan keluarga.Lebih lagi dia abaikan tanggungjawab pada saya.Semua waktu muda saya habis disebabkan kejahatan seorang abang ipar.


ADAKAH AWAK MASIH BERKAHWIN DENGAN DIA

Ya. Dan saya benci dia sepenuh hati. 


SUBHANNA ALLAH. AWAK MESTI BERITAHU KELUARGA.

Tak boleh. Saya ingin beritahu anak-anak ada perkara yang mereka perlu tahu mengenai ayah mereka. Tapi anak-anak tak nak dengar apa-apa perkara yang buruk mengenai ayah mereka. Saya minta tolong farrah untuk sampaikan pesanan ini kepada ibu bapa. Tolong nasihatkan ibu-ibu supaya jalinkan hubungan yang rapat dengan anak-anak terutama anak-anak perempuan.Jangan jadi macam saya. Bila benda ini jadi pada saya, Saya takut nak cakap dengan mak saya dan ahli keluarga yang lain.Sebab abang ipar orang yang sangat mereka sayang dan percaya. Saya minta sangat supaya ibu-ibu lain nasihatkan anak-anak baik-baik dan berlemah lembut supaya anak-anak percaya pada kita.Jangan terlalu berkeras dan suka membebel marah-marah.

Dekatkan diri kita dan rasa hormat pada anak-anak.Untuk diri saya sendiri saya serahkan nasib pada Allah SWT. Anak-anak saya sedang remaja.Jiwa mereka yang sangat sensitif.Ada yang nak SPM tahun ni. Saya mengadu pada tuhan.Kalau tak hak saya dapat di dunia Insya Allah akan ada diakhirat nanti. 

Nasihatkan juga ibu-ibu supaya ajar anak-anak hal-hal agama dari usia kecil. Baik anak lelaki mahupun perempuan. Supaya anak-anak tahu dosa, pahala dan aurat mereka antara ahli keluarga sendiri. Jadi buat mak-mak, mohon sangat jadikan kisah ini sebagai satu iktibar dan pengajaran. Dengarlah luahan anak-anak dan bina hubungan rapat dengan mereka. Tanamkan rasa kepercayaan pada mereka dan terbitkan sedikit rasa tidak mudah percaya dengan orang sekeliling walaupun ahli keluarga sendiri.


Kredit : Farrah Adeeba  ,  MingguanWanita


Betul Ke Orang Kata Anak Kedua dalam Keluarga Istimewa. Fakta Anak Kedua Yang Penuh Misteri

26 Nov 2021

 


Adakah kita dapat memilih urutan dalam keluarga, urutan ke berapa yang kita mahukan? Pastinya tidak. Telah ditetapkan dan ditakdirkan kita dilahirkan mengikut urutan mengikut kehendakNya.

Pernah terdengar tak, anak yang dilahirkan sebagai anak kedua mempunyai sifat dan karakter yang tersendiri. Admin pun ada terdengar dan Admin sendiri adalah anak nombor dua dalam keluarga dan Admin juga sedang memerhatikan sifat anak Admin yang nombor dua. Jom kita selusuri benarkah apa yang diperkatakan ramai atau berdasarkan kajian? 

Fakta Istimewa Anak Kedua

Ramai mengatakan, antara karektar yang sangat terserlah sebagai anak kedua ialah mereka nampak bersikap lebih dewasa dalam segala urusan ,keputusan dan perbuatan. Mereka berada di tengah-tengah untuk menghormati kakak,abang dan menyayangi serta menjaga adik-adiknya. Sebab itu kadangkala kita boleh ternampak mereka sentiasa akan mengalah kepada abang dan kakaknya sebagai orang yang lebih dewasa dan mengalah kepada adiknya kerana perlu menyayangi adik yang lebih kecil daripadanya. Situasi ini akan mempengaruhi perkembangan sifat dan karektar. Boleh nampak sifat mereka yang sering berlapang dada dengan adik-beradik. 

Terdapat fakta dan kajian menarik yang ditemui oleh seorang Doktor Medik dan Psikologi iaitu Alfred Adler, yang berpendapat urutan kelahiran dalam sesebuah keluarga turut mempengaruhi sifat dan karektar seseorang. 

Jom kita mentelaah fakta apakah yang diperkatakan oleh beliau tentang anak kedua. Bolehlah kita jadikan panduan dan rujukan bila kita dah ada anak nanti.

1. Rasa Terasing

Anak kedua sentiasa merasa terasing didalam keluarga kerana kebiasaan ibubapa sekarang selalu memberikan lebih perhatian kepada anak pertama kerana kepercayaan mengatakan anak pertama harus dididik untuk memiliki sifat yang baik untuk dijadikan sebagai contoh kepada adik-adiknya.

Selain itu , perhatian turut beralih kepada si bongsu kerana , kepercayaan anak bongsu adalah anak yang paling kecil dalam keluarga yang perlu diberi lebih kasih sayang dan perlindungan. Maka tinggallah anak kedua bersendirian dan kurang mendapat perhatian dari keluarga. Oleh itu kita boleh nampak anak kedua lebih cekal dan lebih 'independent', sebab pembentukan dalam keluarga sendiri telah memaksa dia berbuat sedemikian.


2. Melakukan Sesuatu Lebih Berbeza

Disebabkan kurang mendapat perhatian, seringkali akan nampak mereka selalu akan berusaha lebih gigih untuk membuat sesuatu perkara. Kadangkala mereka akan melakukan sesuatu diluar kotak fikiran, semata-mata untuk mendapatkan  perhatian dari ibubapa. Mereka akan mencuba membuat sesuatu yang berbeza daripada adik-beradiknya dengan harapan perhatian ibubapa turut beralih kepada mereka.

3. Lebih Kreativiti , Lebih Berimaginasi

Disebabkan mereka sering melakukan perkara diluar kotak fikiran, mereka sentiasa bersemangat apabila dapat melakukan sesuatu perkara dan sering berimaginasi untuk merealisasikan impian mereka. Bidang kesenian sangat sesuai untuk mereka. 

Walaubagaimanapun,  anak kedua tidak boleh berada di bawah tekanan. Mereka sangat sukakan kebebasan, fleksibiliti dan bidang pekerjaan yang sesuai adalah bidang yang boleh mengekspresi diri meraka. Mereka tidak dapat mengikut  aturan yang ditetapkan contoh seperti dari  segi jadual, masa dan peraturan. Oleh itu kebanyakan mereka lebih suka kerja-kerja freelance atau bekerja dimana ada tempat-tempat yang mereka sukai sahaja.

4. Ramah Dan Suka Bersahabat

Disebabkan mereka suka mengekspresi diri mereka, anak kedua dilihat sangat peramah, ringan mulut dan suka bersahabat dengan orang luar, dunia luar. Mereka sentiasa berusaha menjalin persahabatan dengan ramai orang  dan berusaha memastikan ikatan persahabatan itu kuat seperti hubungan keluarga.

5. Sedikit Masalah Dalam Hubungan Cinta

Kerana sifat inginkan perhatian yang lebih, takut disisihkan sebati dari kecil, menyebabkan anak kedua agak sukar untuk mencari  pasangan cinta kerana amat risau pasangannya tidak memberi perhatian kepada mereka seperti yang diharapkan. 

Mereka sering dilihat mengharapkan perhatian lebih daripada pasangan mereka, kerana mereka tidak dapat merasai itu semasa mereka kecil. Dan sekiranya mereka gagal mendapat pasangan sepert itu, anak kedua biasanya akan menyalahkan diri sendiri dalam hal ini.


Haaaa...Bagaimana ?  Ada tak di antara ciri-ciri diatas sama seperti anda atau anak anda? 

Pada pendapat Admin, faktor yang mempengaruhi ,bukanlah dari urutan kelahiran, tetapi faktor lingkungan dalam keluarga seperti didikan, pergaulan, dan pembentukan adalah faktor penting yang mempengaruhi sifat, karektar dan keperibadian seseorang  itu. Oleh itu kita sebagai seseorang yang telah melalui pengalaman lalu, perlu berusaha memastikan faktor lingkungan keluarga yang baik dan tersusun untuk menyokong perkembangan anak-anak bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi dan mental.

Antara cara yang paling asas adalah memberikan perhatian, kasih sayang, tanggungjawab dan tumpuan yang sama rata kepada anak-anak supaya mereka tidak rasa terasing dan tersisih dari lingkungan keluarga mereka sendiri.

Admin 


Jangan Bercita-Cita Wahai Perempuan

23 Nov 2021





Isu: Dilemma Have It All.

“buat apa penat-penat sambung belajar? Baik duduk rumah jaga makan minum suami. Nanti suami cari lain kan susah”,
Sinis komentar yang hinggap di telinga itu. 

“kesian la siapa yang berbinikan doktor, terabai kehidupan. Semua kena urus sendiri. Siapa suruh cari bini doktor”, 

Maka isteri yang terhimpit dengan keperluan sumbangannya kepada masyarakat dan dalam masa yang sama dituntut untuk ‘pastikan suami makan air tangan isteri’, terduduk menangis dan tertekan emosi akibat sindiran yang tidak henti. 

Ya. Mempunyai cita-cita membuktikan kami juga manusia seperti makhluk lelaki, namun hakikatnya wanita tetap tidak dapat lari dari sebuah dilema.

Tertarik dengan isu yang cuba dibawa oleh golongan femnisme yang realistik sekitar tahun 2012, iaitu ‘Can women really ‘Have it all’?” dengan mengetengahkan perbincangan-perbincangan seputar permasalahan besar bagi wanita iaitu, -bukan masalah dalam pengurusan antara kerjaya dan keluarga- tetapi lebih besar dari itu, iaitu wanita-wanita yang takut untuk bercita-cita. 

Seorang journalist wanita menulis dalam akhbar ‘The Atlantic’, berkenaan sebuah tajuk menarik, iaitu “We Need To Tell Girls, They Can Have It All (even if they can’t)”, dan dikisahkan pernah berlaku semasa Anne Mulchahy, seorang tokoh korporat wanita yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang itu dijemput untuk memberikan ucapan di Harvard Business School, ada seorang peserta bertanyakan soalan, “what it took to be CEO?”

Dan beliau menjawab, beliau perlu berhenti daripada menangis di tepi jalan ketika berhadapan dengan situasi tekanan bisnes dan rumahtangga.  Jawapan tersebut membuatkan topik perbincangan dan soalan peserta bertukar dari topik business leadership kepada work-life balance, hanya kerana peserta lebih tertarik untuk mengenali bagaimana mampu seorang wanita memenuhi cita-citanya. 

Gayle, journalist tersebut kemudian menimbulkan persoalan, “Is all of this talk about our personal lives undermining women? And do we spend as much time encouraging girls to excel as we do helping them balance work and family?”. 

Tidak dinafikan bahawa memiliki cita-cita dan kesungguhan ke arah mencapai cita-cita bagi seorang wanita, merupakan antara dilema terbesar dalam hidup. Saya sendiri tidak terkecuali, lebih-lebih lagi kini anak bakal memasuki angka 2. 

Lantaran kita dimomokkan oleh pemikiran masyarakat yang penuh ugutan seperti, “perempuan tinggi manapun dia, ceruk dapur juga nanti”, “jangan banyak sangat bersuara, nanti tiada lelaki nak”, “perempuan tak payah sibuk urusan luar, nanti keluarga cerai berai”, “siapa suruh isteri dia sibuk, sebab tu suami dia curang” dan momokan-momokan lain yang negatif. Sehingga peratus wanita yang berjaya memenuhi cita-cita sebenar yang diburu dalam masa yang sama berkeluarga adalah sangat kecil. 

Tertarik mengikuti perbincangan-perbincangan seputar, “Do women find it hard to be ambitious due to guilt and pressure to raise a family?”. 

CNN telah mengadakan temu bual bersama 10 orang tokoh wanita yang terdiri dari kalangan senator, CEO, perancangan strategi bagi parti politik, mantan timb. presiden saluran ESPN, dan sebagainya di bawah topik, “Our Struggle To Have It All”. 

Konklusi yang dapat disimpulkan dari responder-responder ada 4, iaitu: 

1- soalan tersebut tidak patut timbul hanya bagi wanita, mengapa lelaki juga tidak ditanya? Bukankah jika lelaki mempunyai kerjaya, mencapai cita-cita, dia juga perlu prihatin dan mengambil berat terhadap keluarganya? Kerana seorang bapa juga tidak boleh berlepas tangan dalam urusan keluarga, rumahtangga dan anak-anak. 

2- masalah akan timbul apabila lelaki tidak berubah seiring perubahan yang dialami oleh wanita. Apabila lelaki-lelaki masih selesa ditakuk tradisional, memandang wanita sebagai orang gaji dan pelayan di rumah, pulang ke rumah mahu terus disambut di muka pintu dan terhidang air panas maka peluang untuk wanita berimpian besar akan sentiasa disekat dan diancam. 

3- ‘have it all’ bukanlah sebagai matlamat sebenar, tetapi yang sebenarnya ialah mempunyai peluang untuk membuat keputusan dalam pemilihan seperti mana lelaki juga diberi peluang. 

4- sokongan pihak luar, adalah sesuatu yang sangat-sangat diperlukan terutamanya stereotype masyarakat yang masih banyak negatifnya. 

Sungguh. Saya tertarik dengan kesedaran bahawa wanita juga adalah manusia. Maka bukankah setiap manusia itu punya impian dan hak untuk diberi peluang membuat keputusan dalam hidup?
Hanya segelintir wanita yang diizinkan Allah untuk beruntung memiliki pasangan yang memahami dan bertolak ansur sepertimana yang selayak dan sepatutnya dilakukan oleh setiap pasangan. 

Believe in Yourself and Negotiate For Yourself. 

Arus baru feminisme ini dipelopori oleh seorang tokoh, Sheryl Sandberg, Ketua Pegawai Operasi Syarikat Facebook, juga merupakan mantan Timbalan Presiden Global Onlines Sales and Operation bagi syarikat Google dan tersenarai sebagai salah seorang dari 100 orang tokoh berpengaruh seluruh dunia oleh majalah TIME. (boleh tonton ucapannya dalam ruangan TED berkenaan tajuk: “Why we have too few women leaders”) 

Sheryl cuba mengetengahkan 3 point penting bagi golongan wanita untuk melihat kehidupan yang lebih jauh. 

Point 1: Sit at the table.
Hakikatnya, wanita sendiri yang perlu memiliki keberanian dari dalam untuk merobohkan benteng inferiority terhadap lelaki lantaran sebenarnya antara lelaki dan wanita, tahap intelektual dan gerak kerja adalah sama, tiada apa yang membezakan. 

Gender tidak sepatutnya menjadi isu kerana kredibiliti, wibawa, kesungguhan dan nilai-nilai positif yang lain seharusnya yang menjadi kayu ukur dalam menilai kehebatan. 

Makanya wanita harus berani untuk ‘sit at the table’, sebaris lelaki dalam membawa isu dan bidang yang menjadi kepakarannya. Tidak perlu terlebih segan dan ‘inferior’ hanya semata beranggapan lelaki lebih mahir atau lelaki lebih tajam buah fikiran mereka. Kerana banyak sejarah sohabiah dan cendekiawan Islam yang terdiri dari kalangan wanita, ilmu dan buah fikiran mereka bukan sahaja diiktiraf bahkan menjadi pakar rujuk ummat sejagat. 

Point 2: Make your partner a real partner.
Ketenteraman dan toleransi dalam rumahtangga sangat memainkan peranan. Jujurnya fitrah seorang wanita, keluarga adalah segala-galanya. Ikatan tali keluarga kadang kala menjadi faktor wanita perlu berhenti malah berundur dari terus menapak. 

Justeru, memilih dan memiliki pasangan yang memahami merupakan satu anugerah yang membantu seorang wanita memenuhi cita-citanya. Buat pilihan yang bijak dan berdoalah kepada Allah agar diberi pasangan hidup yang membantu dan menguatkan kita dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat. 

Selain itu, pandangan masyarakat harus diubah untuk lebih menghargai pilihan suami yang membantu isteri malah sewajarnya tindakan-tindakan baik sebegitu menjadi suatu fenomena biasa. Bak kata almarhumah Ustazah Yoyoh Yusra, mantan ahli parlimen Partai Keadilan Sejahtera (PKS) yang juga merupakan seorang isteri beranak 13 orang semuanya, dalam soal rumahtangga dan jawatannya sebagai tokoh masyarakat, “pernikahan itu sendiri terbina dengan komitmen dan prinsipnya adalah saling memberi dan berbahagi peranan”. (Beliau telah meninggal dunia dalam kemalangan pada 21 Mei 2011 dan pemergiannya ditangisi oleh seluruh masyarakat Indonesia). 

Point 3: Don’t leave before you leave.
“Don’t leave before you leave. Stay in. Keep your foot on the gas pedal, until the very day you need to leave to take a break for a child- and then make your decisions. Don’t make decisions too far in advance, particularly ones you’re not even conscious you’re making”. 

Seriously, kesan didikan momokan tanpa mengira dalam kalangan masyarakat barat dan timur, telah mencipta satu pemikiran dalam kalangan anak-anak muda wanita untuk melihat rumahtangga sebagai matlamat utama meski ketika itu mereka masih terlalu awal dan sedang berpotensi besar untuk terus menyumbang. 

Sesungguhnya perkara ini adalah sesuatu yang amat bahaya kerana hasilnya, lambakan anak-anak muda wanita dibazirkan dengan kesibukan  berhias dan mencari cinta. Dan terhasillah satu kelompok masyarakat wanita yang takut untuk ke hadapan, berfikir, bersuara dan bertindak asing dari kepompong biasa pemikiran masyarakat, bimbang dilihat aneh dan rebellious

Dan kekurangan serta kesilapan dalam memenuhi 3 point inilah yang membuatkan terciptanya darjat antara manusia yang sama, sekadar dibezakan oleh jantina lelaki dan wanita. 

Penutup: Bercita-cita itu Bukti Menjadi Manusia yang Hidup. 

Perjuangan kewanitaan seharusnya tidak mengejar kesama-rataan wanita dan lelaki dari sudut bentuk fizikal, tetapi perjuangan sebenar adalah dalam mendidik lelaki untuk memiliki kesedaran meletakkan wanita pada kemuliaan dan kebebasan sepertimana yang telah diletakkan oleh Islam. 

Hal kebebasan terhadap wanita dalam membuat pilihan hidup ditekankan oleh Allah menerusi ayat penyusuan -yang lazimnya dilihat sebagai memang tugasan seorang ibu- namun tetap disyaratkan untuk mendapat persetujuan ibu itu sendiri, “..Apabila keduanya ingin menyapih dengan persetujuan dan pemusyawaratan antara keduanya, maka tidak ada dosa atas keduanya..” (alBaqarah: 233) apatah lagi dalam perkara-perkara berkaitan kehidupan seorang wanita itu sendiri. 

Tidaklah saya melihat kepada perlunya wanita semua keluar menjadi pemimpin dan bekerjaya -lantaran saya sendiri cenderung untuk melebihkan keluarga- namun perkara yang perlu dilihat di sini ialah, masyarakat dan terutamanya kaum lelaki yang bakal menjadi suami perlu memiliki kesedaran untuk memberi peluang dan sokongan kepada wanita-wanita yang hidup di sekeliling mereka untuk memiliki cita-cita, memenuhi cita-cita dan membuat keputusan dalam hidup mereka sendiri selagi mana tidak berlawanan dengan hukum syarak. 

Kerana, bukankah wanita juga manusia


Peniaga Yang Tidak Solat

5 Sept 2017


Assalamualaikum..syukur kalau admin post cerita aku ni sebab aku nak kongsi pengalaman aku pasal solat. aku berumur 26 tahun dan baru menimang cahaya mata. hihi 

Aku tertarik dengan isu solat yang baru-baru ni bersiaran di page ni. Aku pun nak cerita pengalaman bertemu dengan orang yang tak solat. 

Lepas aku tamat belajar, aku kahwin, dan beberapa bulan lepas tu aku disahkan mengandung. Alhamdulillah rezeki. Suami aku suruh aku berehat je dekat rumah sebab alah. Lepas beberapa bulan, aku dah sihat dan minta izin untuk cari kerja, suami aku kata ok sebab tahu aku bosan duduk rumah je. Aku tak kisah kerja apa,janji tak duduk sorang sorang dekat rumah. Dalam banyak banyak tempat aku p minta, satu kedai makan ni je yang nak ambil aku kerja sebab dia tak cukup pekerja. Ada dua pekerja tetap, campur aku jadi 3 orang lah pekerja. 

Jadi aku pun kerja lah dengan riang nya dan seronok sebab dapat kerja. Kedai makan ni jual mee kari, mee rebus, laksa, bihun sup, ABC, cendol. Haaa..memang menyelerakan. Lokasi di tepi jalan dan merupakan laluan orang ramai yang nak pergi bercuti. Suasana memang best sebab angin tiup sepoi sepoi bahasa je dekat sini. 

Suami pemilik kedai ni dah buat kedai tu macam rumah kedua diorang, sebab ada satu bilik untuk dia dan anak anak berehat lepas balik kerja dan sekolah. 

Ok, tu semua latar belakang kedai tu. Masa kerja aku kerja dan tiba waktu solat aku kata nak solat. Aku tanya makcik Ani, nak tumpang solat boleh ke? Makcik Ani macam tercengang dan p tanya bos, ‘zu dia nak tumpang solat dalam bilik ni boleh tak?’. Bos tu aku panggil dia kak zu. Kak zu masuk bilik tu bagi aku sejadah dan telekung. Dalam bilik tu penuh baju dan anak anak dia tengok tv. Bilik tu sempit ja, aku kena solat celah celah tempat yang anak dia tak duduk. Bersyukur juga la,kerja kedai makan tepi jalan yang ada tempat boleh solat. 

Seminggu aku kerja, aku perhati je semua pekerja termasuk kak zu tu. Tak pernah pun diorang ni solat. Makcik Ani yang umur dah nak 50 tahun pun tak solat, tapi aku bersangka baik,mungkin diorang solat masa aku tengah ambil order, aku yang tak perasan kot. 

Bila dengar azan, kak zu akan cakap, ‘ha dah azan, p lekaih solat, satgi bila ramai orang kami pening kepala’. Aku kata dalam hati bagusnya dia suruh aku solat awal. 

Dua tiga minggu kerja, aku tak pernah langsung nampak diorang ni p solat tapi selalu suruh aku p solat. Kadang kadang tanya aku ‘hang dah solat ka?’ 

Satu hari tu aku sembang dengan kak zu, kak zu kata ‘dulu kak macam hang la, solat tak tinggai, pakai baju labuh, stokin tangan, stokin kaki semua. Tapi lepas kahwin dengan abang semua hilang’.
Jadi aku tau la diorang ni tak solat tapi jual makanan bagi orang makan dan kak zu ni rajin bagi diskaun pada customer katanya kak sedekah. 

Aku pernah baca air tangan orang tak solat ni tak boleh makan. betul ke? Aku tak pasti sumber yang aku baca tu boleh dipercayai ke tidak. huhu tapi aku tiap tiap hari dok makan macam macam dalam kedai ni,macam mana ni??. 

Aku dapat tahu pula yang kak ni punya supplier bahan mentah dari orang cina. Ayam pun dari kedai cina dan aku mula ada keraguan dengan status halal ayam tu. 

Lepas banyak keraguan dan rasa tak berapa suka dengan situasi bekerja tu,aku buat keputusan nak berhenti lepas dah 5minggu aku kerja, aku rasa sebagai wanita mengandung aku tak larat nak kerja dekat kedai makan, dan aku tak mau makan makanan yang aku ragu ragu. 

Lepas berhenti kerja aku duduk rumah ja buat bisnes online. Hampir sebulan aku berhenti kerja kedai makan tu, kak zu mesej tanya aku dah dapat keja lain ke? Kalau tak kerja lagi dia minta aku tolong datang kerja seminggu sebab pekerja dia cuti. Banyak kali minta tolong, aku memang dah berat hati nak p kerja kedai dia. 

Aku pun p la kerja untuk seminggu. Masa solat aku cari telekung dengan sejadah dan aku nampak lipatan telekung dan sejadah sama macam aku lipat sebulan yang lepas. Aku rasa sedih dan tak tahu macam mana nak tegur, sebab dari pemerhatian aku kak zu dengan makcik ani ni baik tapi tak solat dan tak jaga aurat. 

Dari segi pemakaian pula, baju tangan pendek,tudung pendek, seluar ketat. Aku pula yang malu. Aku nak tanya, wanita Islam yang berpakaian macam tu, tak rasa malu ke? 

Aku pelik, kenapa ada sesetangah orang macam tak kisah je pasal solat? Mungkin dunia akhir zaman, orang yang nak solat pula rasa malu bila nak p solat, yang tak solat relaks ja. huhu dunia akhir zaman. 

Aku harap aku tidak mengata orang dan jika ada salah boleh beri teguran. 

Terima kasih 

– nur

Tetamu Tak Sedar Diri

20 Jul 2017


Assalam admin..kalau confession aku terpilih untuk disiarkan, ribuan terima kasih aku ucapkan in advance. Moga-moga confession aku jadi teladan untuk pembaca yang lain. Tujuan aku hanyalah untuk beri kesedaran kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Isu ni sebenarnya remeh tapi jadi bebanan kepada tuan rumah. Elok-elok ikhlas jadi tak ikhlas pulak.

Untuk pengenalan, aku dan suami dah berkahwin selama 3 tahun dan mempunyai rumah sendiri untuk tempat berteduh. Cut story short, husband aku ni ada seorang kawan baik yang satu kepala. Dah kahwin n mempunyai seorang anak. Husband aku ni pulak jenis yang tak pernah berkira dengan member dia ni. Tu memang sifat suami aku yang aku respect. Aku sendiri pun memang baik dengan member husband and wife dia ni. Selalulah jugak kami pergi holiday sama-sama. Satu kepala, orang cakap. Cuma ada 1 perangai yang aku tak berkenan pasal member husband aku ni.

Dulu, member husband aku ni meniaga. Biasalah adat meniaga ada turun naik. Kehidupan dia sebelum ni tak stabil sangat berbanding dengan kami. Aku dan suami ada kerja tetap dan ada side income juga. Jadi setiap kali keluar makan, aku selalu perhati suami aku yang banyak keluar duit. Waktu tu aku fikir, takpe lah kami ada rezeki lebih jadi tak salah kalau kami hulur lebih. Tapi disebabkan perangai suami aku yang tak berkira tu, akhirnya makan diri. Seolah-olah member suami aku ni cuba ambil kesempatan (pijak kepala) atas kebaikan suami aku ni.

Isu ambil kesempatan ni aku perasan menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Mula-mula aku tak port sangat tapi lama kelamaan aku jadi tak selesa. Member suami aku ni sekarang menetap di selatan tanahair dan dah dapat better job di luar Malaysia. Dah senang dah sekarang, alhamdulillah. Tapi perangai dia yang ‘malas hulur’ masih lagi macam dulu. Takpelah, aku taknak point out pasal hulur-menghulur ni cuma aku nak beritahu yang beliau kini dah senang sikit berbanding dulu. Apa yang aku nak tekankan kat sini adalah adab sebagai tetamu ke rumah orang.

Kemuncak ketidakselesaan aku ni bermula bilamana pada satu hari tu, member husband ni beritahu yang dia akan datang ke KL. Tujuan tidak diberitahu dan katanya nak tumpang bermalam di rumah kami. Waktu dia beritahu husband tu, beliau dah dalam perjalanan dan akan sampai waktu subuh nanti. Waktu kejadian tu weekdays dan esok pagi hari bekerja. Husband pulak waktu tu kerja malam jadi demi taknak ganggu aku (yang waktu tu sedang lena diulit mimpi) ,husband decide untuk minta permission balik awal dari boss dia. 

Tiba-tiba dalam pukul 4am aku dengar bising-bising (suara budak kecil menangis) diruang tamu rumah. Husband pun kejutkan aku (yang waktu tu berada dalam bilik) and maklumkan yang member dia datang bersama dengan keluarga kakak ipar beliau (kakak kepada isteri – ada suami dan 4 orang anak kecil). Memandangkan waktu tu aku tengah mamai, husband cakap dia akan uruskan tetamu. Rumah kami ada 3 bilik je. 1 bilik utama, 1 lagi bilik tetamu dan 1 lagi dijadikan bilik solat/pakaian. 

Jadi, disebabkan kakak ipar beliau ni datang 1 keluarga, tidurlah keluarga kakak ipar beliau ni berhimpit dalam bilik tetamu yang kecil tu. Member husband aku and wife serta anak tidur diruang tamu. Masa kejadian ni aku husnuzon je, maybe tak sempat book hotel agaknya. Keesokan harinya, baru aku tau yang dorang ni datang nak shopping di pavillion dan malamnya nak pergi tengok bola di stadium. 

Tengah malam bila mereka balik, aku dah pun masuk tidur sebab pagi esoknya aku kena kerja. So tak sempatlah berkenalan dengan kakak ipar beliau ni yang aku tak pernah jumpa dan keesokannya dorang pun balik semula ke tempat asal di selatan tanahair tu.

Aku ingatkan setakat itu sahaja yang berlaku. Rupa-rupanya jadi lagi. Kalau sebelum ni dia bawa kakak ipar dan family, kali ni dia bawa pulak pak n mak mertua. Aku tak pernah kenal n jumpa pun pak n mak mertua beliau ni. Katanya nak bawa jalan. Waktu kejadian ni awal pagi sewaktu aku nak melangkah keluar dari rumah ke ofis. Langsung tak beritahu aku mahupun suami yang depa nak datang. Main terjah kaedahnya. 

Kata beliau, kalau ada-ada la. Kalau takde, depa cari alternatif lain. Bila tetamu dah datang, terpaksa aku call pejabat untuk maklumkan aku masuk lewat dan cuba sediakan apa-apa yang patut untuk tetamu. Kali ni sempat la aku bersalaman dengan mak mertua beliau. Jadi dalam keadaan kelam-kabut tu, aku whatsapp husband untuk bagitahu yang aku tak selesa member dia buat camni. Ini dah kali kedua beliau bawa tetamu yang aku tak kenal dan aku rasa ada udang disebalik batu. 

Aku persoalkan kenapa member suami tu tak mahu sewa hotel dan beri keselesaan kepada pak n mak mertua beliau. Depa sendiri pun tak pernah kenal aku and husband (nampak riak depa segan/kekok di depan aku dan suami) . Husband cuba positifkan aku,mungkin percutian budget. Aku persoal lagi, percutian budget boleh shopping di pavillion ke? Boleh makan di chillis ke? Husband takde jawapan untuk segala persoalan aku. 

Demi keselesaan aku sebagai isteri, husband cakap lepas ni kalau member dia datang dengan orang yang kami tak kenali, dia akan bagi alasan supaya member dia tu faham yang kami tak selesa dia bawa orang luar.

Dan yang ketiga terjadi bilamana kali ni, member husband tu pada awalnya datang dengan anak bini je. Tapi keesokkannya adik kandung beliau datang dan bermalam dirumah kami tanpa beritahu atau minta izin dengan kami. Tapi takpe la, husband aku kenal and pernah lepak dengan adik dia ni. So takde la rasa tak selesa sangat. Tapi ada isu lain pulak timbul bila depa ni pasang aircond tak reti nak katup. Dari tengah malam pasang sampai ke pukul 4-5 petang. Kononnya kesian kat baby depa panas. 

Tak boleh berpeluh nanti naik ruam walhal rumah depa sendiri takde aircond. Tapi apa kes kalau baby dah duk diruang tamu,tapi maknya duk mengelit makeup di dalam bilik beraircond segala?? Jadinya, bulan tu bil elektrik kami yang sepatutnya rm40 ringgit tiap-tiap bulan alih-alih naik mendadak ke rm150++. Mana taknya duduk seminggu dirumah kami hari-hari macam tu. 

Husband diam tak cakap apa-apa sebab nak jaga hati aku dan member baik beliau. Walaupun suami aku tu sayang persahabatan dia n kawan dia, janganlah ambil kesempatan di atas kebaikan kami. Tolonglah jangan buat rumah kami seperti hotel. Bawa stranger, keluar masuk sesuka hati and guna elektrik macam elektrik kami tu kerajaan bagi FOC. 

Kami juga manusia biasa ada hati dan perasaan. Kami sendiri tak pernah lakukan sedemikian rupa terhadap anda sebab kami tahu dan faham apa makna ‘privasi’ dan ‘tidak ambil kesempatan di atas kebaikan. Tolonglah faham ‘sahabat’.

– Mawar




Ayah DiGoda Jiran, Selepas Kematian Ibu

10 Jun 2017


Saya anak sulung daripada tiga orang adik beradik, dua perempuan dan seorang lelaki. Dua adik saya masih belajar. Ibu saya telah kembali ke rahmatullah setahun lalu akibat kanser rahim. Walaupun sedih dengan pemergiannya, saya terpaksa reda dan memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adik yang berusia 15 dan 19 tahun.

Saya sudah bekerja, jadi tidak ada masalah untuk uruskan rumah dan perbelanjaan adik-adik walaupun ayah memberi wang yang mencukupi untuk kami tiga beradik. Ayah saya seorang pegawai di sebuah bank berusia lewat 50-an, seorang yang kacak dan sentiasa menjaga penampilan. Dalam usia begitu, ayah masih ada peminat baik di tempat kerja atau di luar. 

Kami tiga beradik menerima kematian ibu dengan lapang dada dan berusaha untuk tidak menyusahkan ayah. Saya tahu ayah rindukan ibu tetapi dia tidak menunjukkannya kepada kami kerana mungkin tidak mahu kami sedih. Nenek sebelah ibu dan ayah telah berusaha untuk mencari jodoh untuk ayah. Tetapi ayah menolak dengan baik dan mengatakan ibu baru pergi. Nenek sangat berharap ayah kahwin lain supaya makan minum ayah terjaga walaupun saya ada.

Kata nenek, lebih senang ada isteri daripada bergantung kepada saya yang satu hari nanti akan berkahwin dan meninggalkan ayah dan adik-adik walaupun setakat ini, saya belum nampak ayah ada cita-cita ke arah itu. Saya tidak ada masalah jika ayah ingin berkahwin lagi tetapi biarlah dengan wanita yang sesuai dan boleh menjaga ayah serta serasi dengan kami tiga beradik. Itu yang penting, bukan berkahwin dengan ayah kerana ayah semata- mata.

Apa yang menjadi masalah sekarang, ayah melayan seorang wanita yang juga jiran kami di sebelah rumah. Sejak ibu meninggal, wanita ini yang saya panggil Cik Ina (bukan nama sebenar) semakin berani menegur ayah secara terbuka. Malah dia juga bersusah payah memasak lauk dan kuih-muih untuk kami anak beranak pada hujung minggu walaupun kami tak minta. Saya mula nampak perubahannya apabila dia selalu bertanyakan ayah kepada adik bongsu saya.

Saya mula bimbang, takut kalau-kalau dia masukkan apa-apa yang tidak baik dalam makanan yang diberinya kepada kami, terutama ayah tetapi saya tidak berani hendak beritahu ayah. Saya tidak mahu mempercayai perkara itu kerana tidak mahu dianggap syirik tetapi tingkah laku ayah semakin hari semakin berubah. Dia juga melayan Cik Ina walaupun sebelum ini ayah jarang berbual dengan perempuan lain terutama semasa ibu masih ada.

Kalau dahulu, ayah jarang berada di luar rumah, sekarang ayah banyak menghabiskan masanya membasuh kereta dan membersihkan halaman. Saya juga pelik dengan perubahan ayah. “Setiap kali ayah keluar, Cik Ina pun keluar. Kadang-kadang dia buat-buat nak angkat pakaian di jemuran, ada ketikanya nak siram pokok bunga dan macam-macam lagi yang dia buat semata-mata untuk menarik perhatian ayah.

Ayah pula kalau kami ada, buat tak pandang Cik Ina tetapi kalau kami terlepas pandang, bukan main mesra lagi mereka. Saya perasan akan tingkah laku mereka berdua dan mengagak tentu ada rahsia di sebaliknya. Malam hari pula, ayah sudah mula bergayut di telefon, kalau saya tanya katanya klien. Kalau tanya lagi, ayah cepat-cepat masuk ke bilik dan tutup pintu. Tingkah laku ayah menyebabkan saya semakin percaya yang ayah dan Cik Ina ada hubungan.

Saya bukan tidak suka kepada Cik Ina tetapi saya rasa ayah tidak sesuai dengan dia sebab dia bukan wanita yang sesuai untuk ayah, lagipun kami tidak serasi dengannya. Pada saya, Cik Ina tidak layak menggantikan tempat ibu. “Saya pernah bercerita dengan nenek sebelah ayah tentang perkara ini dan nenek juga tidak setuju. Kata nenek, dia akan carikan calon isteri untuk ayah jika itu yang ayah mahukan. Tetapi ayah tidak boleh cari sendiri sebab nenek hanya akan cari wanita yang sesuai dan boleh menjaga ayah dan kami tiga beradik.

Sekali lagi saya tegaskan, saya bukan tidak suka dengan Cik Ina tetapi pada saya, dia bukan wanita yang layak dijadikan isteri oleh seorang duda beranak tiga seperti ayah sebab kami sudah dewasa. Cara penampilan, tutur kata dan pakaian Cik Ina juga saya tidak suka. Ayah lebih layak mendapatkan seorang wanita yang tertib, lemah lembut dan berpakaian sopan seperti arwah ibu. Dan saya tidak sanggup melihat ayah hidup di samping seorang wanita yang langsung tidak ada ciri-ciri arwah ibu kami.

Saya telah memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan saya akan berterus terang dengan ayah tentang perkara ini. Saya tidak akan membantah jika ayah ingin berkahwin lagi tetapi bukan dengan Cik Ina. Sekarang ini, saya semakin meluat dengan gelagat Cik Ina yang semakin melampau. Dia juga sudah berani datang ke rumah jika ayah ada. Alasannya nak hantar kuih la, lauk la, pada hal saya tahu tujuannya hanya untuk berjumpa dan bersembang dengan ayah.

Adik-adik saya pula akan lari masuk ke bilik apabila Cik Ina datang, tinggal saya melayan dia. Takkan saya nak tinggalkan dia dengan ayah pula di ruang tamu, tentu tidak maniskan? Saya jadi buntu dan tidak tahu bagaimana hendak mengatasi ma­salah ini. Tapi saya telah nekad akan berterus terang dengan ayah mengenai perkara ini. Biar ayah tahu yang kami tidak suka ayah berbaik-baik dengan Cik Ina.

Saya sangat berharap ayah faham akan situasi ini dan tidak menyifatkan saya cuba mengajarnya. Sebagai anak sulung, saya juga mahu tengok ayah bahagia setelah ketiadaan ibu. Tetapi saya juga berhak memilih siapa wanita yang bakal menggantikan tempat ibu supaya ayah terus bahagia.

Saya akan berbincang mengenai perkara ini dengan kedua-dua nenek dan semoga ada jalan penyelesaiannya nanti. Biarlah nenek pujuk ayah, asalkan ayah tidak tersilap pilih. Saya berdoa supaya ayah ditemukan jodoh dengan wanita yang baik dan dapat menjaga ayah dan kami dengan kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bahagi. Bagaimanapun, saya juga percaya pada Qada dan Qadar, kita hanya merancang, penentunya te­tap di tangan Allah. Semoga Allah pelihara saya dan keluarga serta temukan jodoh yang baik-baik untuk ayah.

Kredit : UtusanMalaysia


 

20 Tahun Diganggu Jin Saka Malah Dirogol

8 Jun 2017




Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan. Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal). 

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar. Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam). Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur.

Itu hanyalah satu kisah benar dari beberapa kisah benar lain yang mungkin tidak perlu saya catat dalam artikel ini kerana tujuan saya menulis hal di atas tadi hanyalah sebagai pengenalan kepada isi sebenar yang akan anda baca selepas ini. Saya juga telah berbincang dengan agak panjang lebar dengan ustaz mentor saya berkaitan hal saka ini dan mungkin saya akan tulis di Megasutra bila ada kesempatan, insyaAllah. Selamat membaca - IbnuYusof.

-----------

'Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling'


"SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup 'mengorbankan' keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam."

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu. 


Ikuti luahannya:
Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun. Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.
Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar. Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada 'belaan' keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

"Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai 'wali' ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan 'khadam' untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

"Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

"Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang 'ia' sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi 'amalannya' diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

INFO: Saka
1. Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untuk membolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaan ghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalam masyarakat dan pelbagai lagi.
2. Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam.
3. Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya seperti menjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat. Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannya seterusnya sesat dari Islam.
4. Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudara sedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pula pelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusi lafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin, azimat termasuk kertas bertulis ayat al-Quran

Kredit : addychini


Responsive Advertisement

Komen Terkini

ONLINE

Total Pageviews

Contact Form

Name

Email *

Message *

Contact Form

Name

Email *

Message *

ARTIKEL LUAR

© mauKongsi apa hari ni ? • Theme by Maira G.